Bab 5

Romance Series 36633

ALEEYA menerima notifikasi WhatsApp dari abangnya.

++
Abang otw. Bunga siap-siap. -Eidlan-

++
Okay, Bunga baru sampai bilik ni. Tadi kuliah habis lewat. -Aleeya-

++
It’s ok. Siap je. Abang tunggu tempat biasa. -Eidlan-

++
Alright. -Aleeya-

Terus dia bergegas ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan solat. Barang untuk pulang ke kampung pula, dia hanya membawa sedikit buku rujukan dan laptop bagi menyiapkan assignmentnya. Pakaian pula masih banyak di kampung, disini pula dia hanya sekadar membawa cukup pakaian untuk melalui hari-harinya bergelar pelajar.

“Aleeya jadi balik harini?” soal Ain yang baru tiba dibilik mereka.

“Jadi kak, sekejap lagi abang Aleeya ambil. Dia pun dah on the way. Akak ada nak minta tolong apa-apa ke sebelum Aleeya balik ni?” Aleeya melipat telekungnya setelah selesai solat.

“Tak ada lah, akak tak jadi balik. Last minute ada kena betulkan semula group assignment, lecturer tak puas hati. Kalau tak, markah kira kosong. Terpaksa la masing-masing berkorban.” Kata Ain bernada sedikit kecewa.

“Assignment yang dengan Kak Sue tu ke?” soal Aleeya yang sedang bersiap.

“Bukan, yang ni yang lain. Nanti balik sini bawa lauk sedap-sedap tau” Ain merebahkan tubuh di katilnya. Penat mungkin, kerana baru pulang dari kolej.

Begitulah kebiasaan mereka. Jika pulang ke kampung, sekembalinya ke hostel pasti akan membawa lauk pauk dari rumah. Berkongsi dan makan bersama-sama, adakalanya Azlina dan Azizah juga akan turut serta.

“Okay, Kak Sue mana? Tak balik sekali dengan Kak Ain ke?” Aleeya tidak melihat Sue bersama Ain. Biasanya mereka akan pulang ke hostel bersama.

“Dia balik rumah sewa dia sekejap, ambil buku dan barang sikit. Dia stay sini lagi sampai minggu depan. Aleeya okay kan? Akak nak pegi solat kejap, belum solat ni” Ain bangun dari pembaringannya, mahu menunaikan solat setelah berehat seketika.

“Okay je. Aleeya tak ada ni nanti bagi la dia tidur atas katil Aleeya” kata Aleeya sambil melihat handphone di tangan berbalas WhatsApp dengan Azlina dan Azizah. Ada sahaja gossip dari mereka, dia pula hanya melayan sahaja. Perempuan dan gossip mana boleh dipisahkan. Hahahahaha.

++
5minit abang sampai. Da masuk pintu kolej ni. -Eidlan-

++
Bunga turun sekarang, tunggu tempat biasa. -Aleeya-

WhatsApp abang dibalas. Ain yang baru selesai solat didekati dan tangannya dihulur mahu bersalaman. Dia sudah mahu pulang ke kampung.

“Eh! macam kenal tu. Dia nak balik dah ke?” Sue bersuara sambil menunjuk arah seseorang berhampiran tempat parkir kereta.

“Balik mana? Nama penuh dia apa?” soal Akhtar pada Sue sambil melihat arah yang ditunjukkan Sue.

“Mana boleh bagitahu. Cari sendiri. Dia tak bagi Sue bagitahu nama dia” Sue tayang sengih.

Kereta dihentikan, unlock button ditekan. Akhtar dan Sue membuka tali seat beltnya kemudian membuka pintu untuk keluar.

“Bagitau la, janji Akhtar tak bagitau sesiapa” berusaha Akhtar cuba meyakinkan Sue.

“Bunga yang cantik, selalu mahalkan kalau dijual kat kedai? Macam tu lah dia. Dia bunga yang cantik dan tersangatlah mahal. Nak tahu, kena la usaha lebih lagi” giat Sue pada pemuda itu.

Keluar dari kereta dia ke boot menyimpan barang di belakang. Ingin membantu Sue untuk mengangkat barang-barangnya. Matanya sempat juga dikerling memerhati gadis yang berhampiran keretanya, seperti sedang menanti seseorang.

Baru berhasrat ingin menegur gadis itu, kelihatan sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih menghampiri. Kelihatan seorang pemuda keluar dari kereta itu dan membantu memasukkan barangan milik gadis tersebut ke dalam boot penyimpanan barang dibelakang. Dilihat gadis itu kemudiannya menyalami tangan pemuda tersebut. Tersentak dia melihat adegan dihadapan matanya, apabila pemuda itu melabuhkan ciuman didahi gadis itu. Berbahang rasa dihati dan tertanya siapa pemuda itu.

“Akhtar! Duk perati anak dara orang macam nak tembus. Apesal telinga merah? Jealous la tu. Kalau berani pegi la tegur” selamba Sue berkata-kata.

“Laki tu cium dia. Suami dia ke? Dia dah khawin? Ke abang dia? Sue?” soal Akhtar bertalu. Pemuda itu kelihatan seperti lebih berusia darinya.

Ketawa lepas Sue dengan pertanyaan bertalu dan muka keliru yang dilihat pada Akhtar. Seperti betul tekaannya. Akhtar memang mempunyai hati terhadap Aleeya.

“Jadi betul la ni. Akhtar memang ada hati dengan dia? Nak tahu tu siapa jom ikut Sue, tolong bawa yang ni kita pegi tegur dia” Sue menyerahkan kotak kecil yang berisi buku-buku rujukan dan sedikit fail kepada Akhtar.

Akhtar hanya menuruti langkah Sue yang sudah mendahuluinya. Setibanya mereka, serentak pemuda dan gadis itu berpaling. Pemuda itu melemparkan senyuman mesra, gadis itu pula hanya menayang wajah tidak punyai ekspresi.

“Nak balik dah ke? Gerak terus ke ni?” soal Sue mesra seperti sudah mengenali pemuda itu.

“Ha’ah. Terus gerak balik je ni. Lambat-lambat nanti lewat pula. Sue dari mana ni? Banyak barang” balas pemuda itu pula.

“Sue dari rumah sewa. Datang tumpang stay bilik dia orang, sebab ada group assignment. Berulang tak ada transport susah. Eh, lupa pula. Kenalkan, ni Akhtar kawan Sue dengan Ain. Dia tolong hantar Sue datang sini” ujar Sue lalu melihat Akhtar disebelahnya.

Akhtar hulur tangan kanannya untuk besalaman, disambut mesra pemuda itu. Pemuda itu mengenalkan dirinya dengan nama Eidlan.

“Abang jom. Nanti lambat sampai” ajak gadis dihadapannya sambil tangan gadis itu memeluk lengan pemuda yang bernama Eidlan itu.

“Okay, jom sayang. Abang minta diri dulu la. Lewat dah ni, belum jammed lagi makin lambat sampai kampung. Bunga dah tak sabar nak jumpa ibu dia” Akhtar melihat Eidlan mengusik gadis itu.

“Okay. Hati-hati memandu” Sue membalas sambil menyambut huluran salam Aleeya.

Akhtar juga menyambut huluran salam Eidlan. Dia menjadi keliru dengan keadaan itu. Hatinya seperti terluka dengan perbualan yang didengarinya. Terasa seperti dia mula cemburu dengan situasi itu.

“Abang? Sayang? Diaorang ni apa? Suami isteri? Tak kan lah. Tapi dia panggil Bunga. Betul la nama dia Bunga?” Akhtar berteka-teki dengan dirinya sendiri. Matanya tidak lepas memerhatikan kereta pemuda itu meninggalkan kawasan parkir hostel.

“Apesal muka Akhtar macam cicak tertelan kapur ni? Hahahaha. Mesti ingat tu pakwe ke suami dia kan? Itu abang dia la. Sue dengan Ain kenal family dia, sebab pernah ikut dia balik kampung. Diaorang adik-beradik memang rapat, abang dengan adik dia memang suka panggil dia sayang selain panggil dia Bunga. Ada kisah disebalik nama-nama panggilan dia. Gelaran Bunga tu cuma family dia je yang panggil macam tu. Nak tahu nama sebenar dia, kena la tanya tuan punya badan sendiri. Dia single. Banyak dah kasi info ni, belanja makan eh nanti” Sue mengambil kotak yang berada di tangan Akhtar dan mahu beredar.

“Thanks Sue, confirm dia single kan? Nanti claim dengan Akhtar belanja makan tu bila free eh. Thank you” kata Akhtar yang melihat Sue mula berlalu mahu naik ke bilik hostel Ain. Langkah dibawa ke kereta dengan hatinya yang bersorak gembira dengan sedikit maklumat berkenaan si gadis yang diperolehinya dari Sue.

“BUNGA, siapa laki tadi? Bunga kenal ke?” tanya Eidlan yang sedang tenang memandu.

“Entah. Tak kenal pun, pernah jumpa dua kali je. First, Bunga terlanggar dia masa kat café. Second, Bunga jumpa masa tolong Kak Sue angkat barang nak stay bilik kita orang. Kenapa abang tanya?” jawab Aleeya yang sedang leka memerhati luar kenderaan.

“Macam dia suka Bunga. Abang perasan dia perhatikan Bunga je” kata Eidlan lagi.

“Entah. Mana la Bunga tahu. Kenal pun tidak. Pelik ke kalau orang tengok kita? Abang jangan nak pandai-pandai jadi nujum eh” balas Aleeya kurang senang.

Entah kenapa Aleeya juga rasa ada kebenaran dalam kata-kata abangnya, tentang dia menjadi perhatian lelaki itu. Dan rasa yang satu itu juga turut hadir bersama seperti juga pertemuan tanpa sengaja mereka berlaku sebelum ini.

“Tak adalah. Abang rasa je. Sentap pula adik abang ni. Nak singgah mana-mana tak? Kalau tak ada kita teruskan je perjalanan. Nanti kita berhenti untuk solat maghrib je” Eidlan memujuk si adik di sebelahnya.

“Tak ada nak singgah pun, kita terus jelah eh abang. Tapi Bunga macam mengantuk sangat ni, seharian kelas rasa penat betul. Kalau tertidur sorry tau” Aleeya pamer muka minta simpati pada abangnya.

“Tak elok la Bunga tidur time nak maghrib ni, tahu penat lepaskan maghrib dulu. Nanti lepas tu baru tidur okay” nasihat Eidlan.

“Yelah. Tak tidur” Aleeya mengalah. Handphone diambil, aplikasi WhatsApp dibuka dan mula menaip mesej kepada si kembar. Sengaja mahu menghilangkan rasa mengantuk.

“Kalau betul dia suka Bunga, macam mana?” giat Eidlan, sengaja mahu mengetahui respond adiknya itu.

“Abang…..stop it” tegas Aleeya menjawab.

“Fine. Abang tanya je” kata Eidlan selamba.

Aleeya tidak memberikan jawapan mahupun reaksi terhadap kata-kata Eidlan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience