"ASSALAMUALAIKUM" sapa Azizah dihujung talian.
"Wa'alaikumsalam. Ya Iza. Ada apa?" tanya Akhtar sebaik panggilan dijawab.
"Eh! Akhtar. Bunga ada?" soal Azizah.
"Sekejap ya. Dia kat bawah rasanya" jawab Akhtar yang masih terpisat kerana terjaga dari lenanya.
Akhtar turun ke bawah untuk memberikan handphone Aleeya padanya.
"Bunga..Bunga.." panggil Akhtar sambil mencari isterinya.
"Ya, Bunga kat laundry area" sahut Aleeya.
"Call" kata Akhtar sambil menyerahkan handphonenya.
"Hello.." sapa Aleeya pada si pemanggil.
"Astaghfirullah hal azim. Okay. Aku datang sana" jawab Aleeya dan talian diputuskan.
"Kenapa sayang?" tanya Akhtar.
"Nazim buat kecoh kat kedai. Bunga nak minta izin, nak ke Bunga&Coklat sekejap. Sarapan dah siap atas meja, baju pun dah siap sidai" kata Aleeya pada suaminya.
"Kita pergi sama. Jom sarapan dulu" putus Akhtar.
Aleeya hanya mengangguk kecil sebagai tanda bersetuju. Usai bersarapan mereka bergerak menuju ke Bunga&Coklat.
"Sayang tak kejut abang. Buat semua sendiri" kata Akhtar yang sedang memandu.
"Bunga dah biasa buat semua sendiri. Ibu dah pesan, kena jaga makan pakai suami" jawab Aleeya.
"Lepas ni kena buat sama-sama ya. Kita sama-sama berkerja, sama-sama penat. Urusan rumahtangga, urusan bersama. Jika diikutkan dalam islam, kerja rumah, sediakan makanan semua tanggungjawab suami. Jika isteri yang lakukan, itu dikira sebagai ihsan. Melainkan dengan perintah suami, maka isteri wajib buat. Dan isteri boleh minta upah jika lakukan kerja-kerja rumah. Faham sayang? Kita uruskan sama-sama, ini kan rumahtangga kita" kata Akhtar pada Aleeya. Dia lega sekurang-kurangnya, Aleeya sudi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Faham. InsyaAllah" jawab Aleeya.
"Sorry. Semalam Bunga tertidur masa tengah berbual. Sebenarnya harini Bunga off, tak perlu pergi kedai tapi jadi hal lain pula. Sorry" Aleeya memandang Akhtar yang sedang memandu.
"It's okay sayang. Lepas sayang tertidur lepas cakap tu, abang pun tak ada cakap apa-apa" Akhtar usap perlahan kepala Aleeya dengan penuh kasih.
"Bunga cakap apa ya last?" tanya Aleeya.
"Tak ada apa. Last kita cuma bercakap tentang kejadian di Airport lima tahun lepas" kata Akhtar sambil memandu.
Mereka sama-sama mendiamkan diri. Aleeya cuba mengingati semula perbualan mereka, dia bimbang Akhtar terasa hati dengan kata-katanya yang diucap tanpa sedar.
Akhtar di serbu resah, namun disembunyikan rasa itu. Dia bimbang keselamatan isterinya. Bimbang jika Nazim bertindak di luar kawalan.
"Jom, dah sampai" kata Akhtar sebaik kereta telah di parkir.
"Aleeya.."
"Aleeya.."
Kedengaran suara Nazim sebaik mereka berdua keluar dari kereta. Aleeya memandang ke arah Akhtar, begitu juga Akhtar yang memandang Aleeya.
"Hati-hati sayang" pesan Akhtar pada Aleeya.
Aleeya hanya mengangguk kecil sebagai tanda memahami.
"Nazim. Stop it. Kita cakap kat sana" Aleeya datang dari arah belakangnya.
Aleeya meminta Nazim untuk bercakap dengannya di kawasan parking. Jauh dari orang yang lalu lalang di kawasan itu.
"Oh! Hai sayang. Lamanya nak tunggu dapat jumpa you" kata Nazim yang tersekat-sekat kerana keadaannya yang mabuk dan terhuyung-hayang.
"Bunga. He's drunk" kata Azlina pula.
Mujur juga keadaan masih awal pagi. Bunga&Coklat masih belum beroperasi. Akhtar tidak lepas memerhatikan isterinya. Dia sentiasa berada berdekatan Aleeya, bimbang Nazim hilang kewarasan dan melakukan sesuatu pada Aleeya.
"Awak nak apa Nazim? Kenapa buat kecoh di kedai saya. Apa lagi yang awak tak puas hati?" tanya Aleeya pada Nazim.
"Saya nak awak! Awak hak saya! Jom ikut saya, kita kahwin kat Thailand. Mama dan papa tak bagi kita kahwin kan, kita kahwin lari" kata Nazim dibawah pengaruh alcohol.
"Nazim. Saya dah kahwin. Awak dah kahwin. Tak boleh. Kalau saya tak berkahwin lagi pun tetap tak boleh, awak suami orang. Awak balik lah. Cukup-cukuplah hancurkan diri sendiri. Bertaubatlah. Ini bukan cara untuk hilangkan tekanan, kenapa menentang takdir Tuhan" kata Aleeya tegas.
"Awak baliklah. Jangan buat kecoh kat sini. Malu orang tengok, awak orang ternama. Sentiasa bawa nama keluarga dan nama mertua. Balik lah" Aleeya tahu tiada gunanya bercakap dengan lelaki itu dalam keadaan tidak sedar.
"No! I nak you ikut i, sekarang! Kita kahwin kat Thailand" Nazim menerpa ke arah Aleeya lalu dipegang kejap lengan Aleeya.
"Lepaskan Nazim" Aleeya tidak sempat mengelak, dia tidak menjangkakan tindakan Nazim. Dia berusaha melepaskan pegangan Nazim dilengannya.
"No! Ikut i!" desak Nazim.
"Nazim!!! Stop it!!" keras Akhtar menegur tindakan lelaki itu yang memegang isterinya. Panas hatinya melihat Aleeya diperlakukan sebegitu. Dia mendekati mereka.
Aleeya pantas memusingkan tangannya untuk melepaskan cengkaman di lengannya. Dan dia bersedia untuk menerima sebarang serangan.Â
"Oh! Hero dah sampai. Kau ni sentiasa ada bila aku jumpa Aleeya. Dari waktu kami bercinta lagi" kata Nazim berang.
"Nazim enough! Kita tak pernah bercinta pun. Jangan cakap perkara yang tak pernah berlaku. Pergi sebelum i call polis" tegas Aleeya menegur Nazim yang sudah melampui batas.
"No! I tak akan pergi selagi you tak ikut i!" jerit Nazim hilang pertimbangan.
Aleeya ingin berlalu. Nazim sekali lagi bertindak pantas memegang pergelangan tangan Aleeya. Akhtar juga pantas memegang bahu lelaki itu. Bunga rimas diperlakukan sebegitu, tidak suka dirinya disentuh sesuka hati.
"Lepaskan isteri aku!" tegas Akhtar menutur kata.
Nazim senyum sinis. Semakin kejap pegangngannya dipergelangan tangan Aleeya. Akhtar hilang sabar. Aleeya juga turut hilang kesabaran dengan kerenah Nazim. Laju dilayangkan sebuah penampar di pipi Nazim menggunakan tangan kirinya.
"Aku bukan barang yang kau boleh sentuh sesuka hati" Aleeya membuat gerakan memusingkan pergelangan tangannya dan direntap kasar tangannya dari pegangngan lelaki itu.
"Jom abang, Bunga tak ada masa nak layan orang gila" Aleeya menarik tangan Akhtar mengajaknya beredar dari situ.
Baru beberapa tapak Aleeya dan Akhtar melangkah. Nazim mula bertindak agresif, menyerang Akhtar dengan tumbukan namun tersasar dan jatuh tersungkur di kawasan parking itu kerana kepantasan Akhtar mengelak. Instinctnya yang mempelajari seni bela diri, dapat menghidu tindakan yang bakal dilakukan Nazim apabila berada di dalam situasi tegang itu.
"Abang okay?" tanya Aleeya yang berada di dalam pelukan Akhtar. Akhtar menariknya pantas untuk mengelak serangan Nazim tadi. Akhtar mengangguk kecil.
"Sayang okay?" soal Akhtar pula.
"Okay. Jomlah. Nanti Bunga call kawan dia suruh datang ambil dia disini" Aleeya terus menarik Akhtar untuk mengikutinya beredar dari situ.
Dari jauh pergaduhan mereka ditonton oleh team Bunga&Coklat. Juga beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu.
"Hello. Encik Darius.." Aleeya menghubungi rakan baik Nazim.
Akhtar disebelahnya sesekali menoleh ke arah Nazim yang masih terbaring sambil ketawa di kawasan parking itu. Kesal sungguh dia dengan sikap dan tindakan lelaki itu.
"KAU okay?" Azizah baru berkesempatan bertanya keadaan y setelah suasana Bunga&Coklat sedikit tenang daripada pengunjung.
"Okay" jawab Aleeya.
"Betul-betul okay?" Azizah meminta kepastian.
"Aku sebenarnya terasa macam aku pikul dosa orang. Nazim jadi macam tu berpunca dari aku. Dalam masa yang sama, aku sebenarnya nak rasa bahagia dengan hidup aku tanpa drama. Aku penat, penat sangat. Tapi aku tetap rasa macam aku punca semua keadaan ni berlaku" Aleeya tidak mampu lagi untuk terus memendam rasa bersalah.
"Kau tak salah pun. Kau tak pikul pun dosa sesiapa. Nazim jadi macam tu, itu pilihan dia. Akhtar tak jadi kahwin dengan Leyla, itu pun bukan berpunca dari kau. Kau jadi isteri Akhtar, Tuhan dah takdirkan dia memang jodoh kau. Jangan letakkan diri kau sebagai punca masalah keadaan yang terjadi" kata Azlina yang telah mendengar perbualan mereka sebaik Azizah bertanya keadaan Aleeya.Â
"Just let it be. You deserve to be happy Bunga. Setelah apa yang kau lalui. Fikirkan diri kau je, okay" kata Azizah pula.
Akhtar tanpa sengaja mendengar perbualan Aleeya dan kembar. Kasihan dia melihat Aleeya yang melalui semua perkara itu berseorangan selama ini.
"Sayang.." panggil Akhtar seolah tidak mendengar perbualan mereka.
"Ya, nak gerak sekarang?" soal Aleeya.
"Kalau dah free boleh je. Abang saja cari sayang, tak nampak kat tempat bunga. Tunggu sayang naik office tapi tak ada, tu yang abang cari kat sini" kata Akhtar pada Aleeya yang meminta dia menunggu di pejabatnya.
"Sorry. Tadi busy sikit. Abang nak apa-apa?" tanya Aleeya.
"It's okay. Tengah bincang ya, abang tunggu depan la" kata Akhtar.
"Eh! Tak pun, dah habis dah. Bawa la bini kau balik. Dia off patutnya hari ni" cepat Azizah memintas perbualan mereka.
"Betul. Baliklah, kita orang okay je ni. Esok tak payah datang lah. Hari ni pun dah separuh hari kau kat sini. Akhtar bawa la bini kau ni pergi dating, spend time bersama" kata Azlina pula pada Aleeya dan Akhtar.
"Okay lah. Aku balik dulu. Apa-apa hal call" putus Aleeya yang bangkit dari duduknya.
"Abang tunggu sekejap, Bunga nak naik office ambil handbag Bunga" kata Aleeya pada Akhtar dan pantas berjalan mahu ke pejabatnya.
Seketika Akhtar menanti, Aleeya datang mendapatkannya.
"Jom" ajak Aleeya pada suaminya.
Akhtar senyum nipis. Tangan Aleeya dicapai, ingin di pimpin dan jalan beriringan dengannya.
"Uuu.."
"Eeer bershemut la.."
"Untung la boleh pegang-pegang..."
"Romantic habisss.."
Usikan nakal dari team Bunga&Coklat. Aleeya tahan malu, memerah sedikit wajahnya. Akhtar simpan senyum melihat reaksi dan wajah isterinya, dia tahu Aleeya sedang menahan malu dengan usikan pekerjanya.
"Kita pergi jalan-jalan dulu. Abang ada barang sikit nak cari untuk bilik kerja" kata Akhtar yang baru memulakan pemanduannya.
"Okay" jawab Aleeya.
"Abang lupa nak tanya sayang semalam. Barang-barang sayang beli untuk rumah tu, berapa semua total? Abang nak ganti balik" Akhtar baru teringat akan barangan keperluan rumah yang dibeli oleh Aleeya.
"It's okay. Bunga saja beli. Lagipun Bunga yang nak deco rumah sikit" jawabnya.
"Tak boleh la macam tu, tanggungjawab abang tu sayang" kata Akhtar.
"Abang bayar duit barang dapur dengan laundry je. Yang itu wajib. Tapi untuk hiasan, perabot tambahan, carpet semua tu. Itu kehendak Bunga, sebab Bunga yang nak rumah extra cantik dan kemas. Yang abang sediakan dah lebih dari cukup"Â kata Aleeya.
"Abang mampu sayang. Nanti bagi abang total cost okay. Don't worry, pendapatan abang bukan cuma kerja di pejabat agama. Ada kerja sampingan lain" jelas Akhtar.
"Okay, stop it. Before kita bertegang urat tentang bayaran semua tu, nanti Bunga bagi total cost yang abang minta tu. Abang buat kerja apa, selain kerja di pejabat agama?" Aleeya tidak mahu memanjangkan pertelingkahan dia menukar topik perbualan.
"Ada buat business baju dengan kawan, abang cuma pantau perjalanan business. Sesekali abang akan uruskan juga bila kawan abang ada hal. Lagi pun dengan along dan kak long pun ada juga conduct class ilmiah berbayar" jelas Akhtar.
Aleeya hanya mengangguk kecil sebagai tanda memahami perkara yang dijelaskan Akhtar.
"Sayang ada nak pergi mana-mana?" tanya Akhtar.
"Tak pun. Plan nak stay rumah je hari ni. Nak settle kemas rumah lepas tu nak rest. Tak sangka pula jadi hal lain. Kita nak ke mana ni?" Aleeya bertanya.
"Dating" jawab Akhtar lalu senyuman terukir dibibirnya.
Aleeya diam. Tidak tahu mahu membalas apa pada Akhtar. Keadaan sepi antara mereka, hanya terdengar celoteh DJ di radio. Akhtar pula focus pada pemanduannya.
"Jom, dah sampai" kata Akhtar setelah mereka tiba di shopping mall.
Mereka berjalan beriringan. Hujung minggu kebiasaannya ramai pengunjung. Akhtar menarik rapat dan memeluk bahu Aleeya, mahu melindungi isterinya dari terhimpit pengunjung lain yang menaiki lift bersama mereka.
"Sayang ada nak makan apa-apa? Nak cari apa-apa ke?" tanya Akhtar.
"Tak ada nak cari apa pun. Kita pergi makan ice-cream boleh? Lama tak makan ice-cream" kata Aleeya sewaktu mereka berjalan keluar dari sebuah kedai menjual keperluan rumah.
"Jom, Baskin-Robbins okay?" tanya Akhtar pada isterinya.
"Okay" jawab Aleeya. Mereka terus berjalan menuju ke kiosk itu.
"Abang cakap nak cari barang untuk bilik kerja, bilik atas tu nak buat bilik kerja abang ya?" tanya Aleeya sewaktu mereka menikmati ice-cream.
"Abang ingat macam tu lah. Ada ruang khas bila ada kelas online. Bila ada kerja abang boleh settle kat bilik tu, tak ganggu ruang lain. Bunga ada plan lain ke untuk bilik tu?" Akhtar bertanya.
"Bunga memang plan nak setup bilik tu jadi bilik kerja sekali dengan mini library, if abang izinkan" jawab Aleeya.
"Good idea. Nanti kita setup sama-sama" kata Akhtar.
"Akhtar!" Panggil seseorang.
Akhtar toleh pandang arah suara yang memangilnya, begitu juga Aleeya.
"Qaira" kata Akhtar pula.
"Tak sangka jumpa kat sini. Awak sihat? Lama kan tak jumpa" kata gadis yang dipanggil Qaira itu.
"Alhamdulillah. Ya, last jumpa ketika majlis hari raya di kedutaan dua tahun lepas kan" jawab Akhtar pula yang perasan mata rakannya itu memandang ke arah Aleeya.
"Sorry. Kenalkan my one and only love, Eshal Aleeya my wife. Sayang, ni kawan abang masa belajar dulu" Akhtar mengenalkan Aleeya pada gadis itu. Aleeya hulur tangan untuk bersalaman.
"Seriously? Awak dah kahwin? Bila?" bertubi-tubi soalan ditanya Qaira, di sambut ala kadar sahaja huluran tangan Aleeya
"Baru je dua minggu lepas. Cuma majlis sebelah perempuan dulu. Sebelah saya belum lagi, InsyaAllah dah dapat tarikh nanti saya jemput rakan kenalan" Akhtar memeluk rapat pinggang Aleeya disebelahnya. Sengaja dia melakukan itu, Akhtar mahu Aleeya tahu kasih sayang, cinta dan perhatian hanya untuk isterinya itu.
"No wonder la i tak tahu. Bila awak kenal dia? Patut lah ramai kena reject termasuk saya" kata Qaira tanpa segan dihadapan Aleeya.
"6 years ago. Masa kami sama-sama belajar diploma, love at first sight. I fell in love with her first" kata Akhtar yang memandang Aleeya penuh kasih disebelahnya. Aleeya senyum nipis, dalam masa yang sama cuba menahan debaran di dadanya.
"Wow. Setia betul awak. Untungnya isteri awak. Okay lah. I gerak dulu. Jumpa lagi next time Akhtar" kata Qaira yang cemburu melihat cara Akhtar melayani isterinya.
"Okay. InsyaAllah" jawab Akhtar.
Qaira berlalu meninggalkan mereka.
"Sorry. Mesti sayang tak selesa. Abang pun tak sangka boleh terjumpa dia kat sini" Akhtar mohon maaf pada Aleeya.
"It's okay. Dia suka abang ya?" tanya Aleeya polos.
"Sayang, abang tak boleh nak kawal orang suka abang. Tapi InsyaAllah, abang cuma sayangkan Bunga seorang. Dulu, sekarang fan akan datang. Sentiasa Bunga." Akhtar raih tangan Aleeya dalam genggamannya.
Aleeya memandang ke arah lain. Tidak tahu mahu beraksi bagaimana apabila mendengar pengakuan Akhtar.
"Abang nak tanya boleh?" kata Akhtar.
"Boleh, Bunga cuba jawab InsyaAllah" kata Aleeya pula.
"Selama kita bawa diri masing-masing, sayang tak ada kenal sesiapa?" tanya Akhtar.
"Tak ada. Yang nak kenal, nak cuba rapat, yang datang merisik ada je. Cuma hati Bunga tak boleh nak terima" jawab Aleeya jujur.
"Nazim?" soal Akhtar tiba-tiba.
"Nazim? Abang pun tahu dia boss tempat kerja Bunga dulu. Pertunangan Bunga dan dia berlaku atas keputusan ibu dan persetujuan Bunga. Datin Seri datang merisik, Bunga tak tahu nak buat apa. Bunga banyak dah susahkan semua orang sebelum ni bila melibatkan soal jodoh. Jadi Bunga putuskan, biar ibu yang tentukan waktu tu. Jadi kami pun bertunang. Bunga letakkan syarat, no texting, no calls, jumpa ke dating ke apa semua tak boleh. Anything dia boleh go thru dengan abang Eidlan" jelas Aleeya.
"No wonder la dia tak boleh terima dengan apa yang jadi" kata Akhtar perlahan.
"Nak kata Bunga tak ada perasaan langsung tu tidak la, berbulan juga kami bertunang. Mesti la ada juga timbul sikit perasaan dengan kesungguhan dia" Aleeya meluahkan apa yang dirasanya. Dia menghabiskan baki ice-cream yang tinggal.
"Abang cemburu. Abang harap perasaan yang sayang katakan tu dah hilang" akui Akhtar tentang perasaannya saat itu.
"Dah tak ada. Kosong, macam yang Bunga katakan pada malam perkahwinan kita" jawab Aleeya sambil memandang sekitarnya.
"Abang akan cuba isi kekosongan sayang, hati dan jiwa sayang akan terisi dengan kasih, sayang dan cinta dari abang. Sayang dah habis makan? Jom kita jalan-jalan" kata Akhtar pada isterinya. Aleeya menunduk mendengar bicara Akhtar.
"Dah. Terima kasih belanja" ujar Aleeya pada suaminya.
Akhtar senyum nipis. Mereka berjalan beriringan mencari keperluan untuk rumah mereka. Akhtar memegang tangan Aleeya, ingin berpimpin tangan dengan isterinya. Aleeya biarkan sahaja, dalam masa yang sama dia menahan rasa berdebar setiap kali di sentuh oleh suaminya. Mana pernah dia bersentuhan dengan lelaki selama ini.
"UMMI sihat? Bila boleh jalan?" soal Leyla yang datang ke rumah puan Nuraini.
"Alhamdulillah. Tak tahu lah. Masih dalam rawatan" jawab puan Nuraini.
"Akhtar tak balik?" soal Leyla sambil memandang sekitarnya.
"Tak. Ada urusan kerja dengan kawannya" jawab puan Nuraini.
"Bila majlis kami boleh berlangsung ni ummi? Lama Leyla tunggu" Leyla masih berharap.
"Nur Leyla. Ummi minta maaf, tapi kamu kena terima hakikat pertunangan kamu dan Akhtar dah pun putus" kata puan Nuraini.
"Kenapa semua orang nak putuskan pertunangan kami eh? Kenapa ummi tak halang Akhtar dari putuskan pertunangan kami. Leyla tak boleh terima semua ni" bentak Leyla.
"Ummi dah cuba halang. Ummi dah cuba pujuk, tapi tetap Allah tak izinkan perkara tu terjadi. Leyla kena belajar terima hakikat ya nak. Kita hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan sebaik-baik perancangan. Reda nak. Ramai lagi yang sesuai untuk Leyla. Ummi yakin ada jodoh yang lebih baik untuk Leyla" pujuk puan Nuraini.
"Ini semua salah ummi. Kenapa la ummi dengan abi accident masa hari nikah kami dah dekat. Kalau tak, pasti kami dah berkahwin" Leyla meninggi suara pada puan Nuraini.
"Astaghfirullah. Istighfar nak" puan Nuraini tersentak dengan tutur kata Leyla.
"Leyla!!!" marah Laily yang melihat kejadian itu.
"Kak Ngah ni terima kamu datang sini, sebab kamu kata nak melawat ummi! Kalau begini la cara kamu. Jangan pernah jejakkan kaki lagi ke rumah ni" marah sungguh Laily dengan cara Leyla yang biadab terhadap ibu mertuanya.
"Kak Ngah jangan nak berlagak baik la. Kak Ngah pun terpaksa je jaga ummi kan sebenarnya. Kak Ngah lupa ke dulu ummi tak suka pun kak Ngah, ummi terpaksa terima sebab abang Ngah je" bidas Leyla tanpa memperdulikan perasaan orang lain.
"Ummi tak suka kak Ngah ke ummi benci kak Ngah ke. Bukan urusan kamu. Yang penting kak Ngah sayang ummi. Kamu balik sekarang!" geram Laily dengan cara dan sikap Leyla itu.
"Kenapa bising-bising ni?" soal Akmal yang baru tiba bersama encik Usaid Akram.
"Leyla balik dulu ummi" cepat sahaja Leyla berlalu meninggalkan ruang tamu itu untuk pulang.
"Kenapa Aini?" soal encik Usaid Akram.
"Tak ada apa bang" jawab puan Nuraini perlahan.
"Ummi jom, Laily hantar masuk bilik. Ummi rehat ya" kata Laily lembut pada ibu mertuanya.
Akmal dan abinya hanya memerhatikan sahaja. Mereka yakin, pasti ada sesuatu yang terjadi.
"Kenapa tadi sayang?" tanya Akmal pada isterinya yang sedang menyiapkan bahan untuk memasak hidangan tengah hari mereka.
"Sayang tak suka la Leyla tu. Biadab dengan ummi, dengan sayang. Jangan bagi dia datang sini lagi lah" kata Laily geram.
"Kenapa? Cuba ceritakan pada abang" kata Akmal pada isterinya.
Encik Usaid Akram yang kebetulan mahu ke dapur mendengar perbualan anak dan menantunya. Dia memasang telinga ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
"Leyla tu..." Laily menceritakan apa yang terjadi dan tindakan Leyla yang biadab terhadap mertuanya.
"Astaghfirullah hal azim. Sampai macam tu sekali. Nanti kita bincang dengan Along dan kak Long" putus Akmal.
Sayu, sedih dan pedih yang dirasakan encik Usaid Akram mendengar cerita Laily. Namun dipanjatkan kesyukuran pada Tuhan, kerana gadis itu tidak menjadi menantunya.
"Abi?" tegur Akmal yang melihat abinya berdiri di laluan dapur.
"Abi nak ambil air untuk ummi. Dahaga katanya" kata encik Usaid Akram.
Laily dan Akmal saling berpandangan. Berharap abinya tidak mendengar perbualan mereka.
"Abang, next appointment ummi bulan depan Laily tak boleh temankan. Laily kena ganti kawan yang nak bersalin. Macam mana ya?" Laily ubah topik perbualan mereka.
"Kak Long?" tanya Akmal.
"Kak Long dengan Along pun tak boleh, sebab dia ada kurus seminggu. Jadi wakil sekolah masing-masing. Abang tak free?" Laily minta kepastian pada suaminya.
"Tarikh tu tak boleh, ada pembentangan kertas kerja dengan client. Nanti kita tanya Akhtar" putus Akmal.
"Kesian dia, dah selalu sangat bawakan ummi ke physiotherapy. Tak apa ke? Bimbang ganggu kerja dia pula" kata Laily bimbang.
"Kita tanya dulu" putus Akmal.
"APA nak jadi dengan kamu ni Kaisara?!" marah Dato Khalas pada anaknya.
"Sudah lah bang" pujuk Datin Kamelia.
"Ini salah awak lah! Manjakan dia sangat! Semua permintaan dia awak suruh saya tunaikan, ini lah jadinya!" marah Dato Khalas.
"Ini satu-satunya anak kita bang. Abang lupa ke dulu kita pun hampir kehilangan dia. Saya cuma tak mahu apa-apa jadi pada dia dan saya menyesal" jawab Datin Kamelia.
"Itu je lah modal awak. Tengok jadi apa pada budak ni? Semua sebab awak terlalu manjakan dia. Saya nak awak selesaikan masalah ni" kata Dato Khalas kemudian berlalu keluar dari rumah itu.
"Sara kenapa buat macam ni nak? Apa lagi yang mummy dan daddy bagi tak cukup sampai Sara jadi macam ni" bebel Datin Kamelia.
Kaisara yang sudah tidak sedarkan diri hanya terbaring tanpa reaksi. Setiap hari dia akan pulang lewat pagi dalam keadaan mabuk. Juga akan menjerit-jerit memanggil Nazim sehingga dia rebah tidak sedarkan diri.
"Hello. May i speak to Mr Nazim Ilman" Datin Kamelia menghubungi pejabat menantunya.
"It's okay. Tell him to call me back" katanya menahan sabar.
"Datin Kamelia, his mother in law!" kata Datin Kamelia bengang.
"Apa punya menantu la. Nak call pun kena tunggu dia free. Nak jumpa nak kena buat appointment. Ni isteri hilang, tak balik berhari-hari pun tak di endahkannya" bebel Datin Kamelia.
"Kaisara, bangun. Kaisara.." kejut Datin Kamelia pada anaknya.
Share this novel