"BUNGA!" cemas nada suara Azizah sebaik panggilan dijawabnya.
"Kenapa ni?" soal Aleeya semula.
"Kedai..kedai Bunga" seperti tak terluah bicara Azizah.
"Kenapa dengan kedai?" Aleeya masih tenang bertanya.
"Kau datang sini. Datang sini sekarang" kata Azizah.
"Aku kerja ni weh. Kenapa dengan kedai?" masih lagi tenang Aleeya bertanya.
"Kedai habis..kedai" seperti mahu menangis sahaja suara Azizah.
"Tenang. Jangan panic. Cuba terangkan satu-satu. Tak apa, cakap je" ujar Aleeya.
"Ada orang buat kedai. Kat luar ni habis dah bersepah. Ada kesan simbah cat merah. Ada conteng kat shutter tulis perampas, sundal. Kau datang la sini" kata Azizah padanya.
"Okay. Jangan sentuh apa-apa. Kita ambil gambar untuk buat police report. Harini buka lewat sikit. Kau up dalam Instagram dengan Fac. Kedai buka lewat sikit. Bagitahu untuk customer yang delivery, kata juga kita lewat sikit. Minta maaf pada diaorang. Aku minta pelepasan jap untuk settle masalah kat sana. Just tunggu sampai aku datang" arah Aleeya.
"Okay" jawab Azizah.
Aleeya menamatkan perbualan mereka. Dia menghubungi pula abangnya.
"Abang..i need your help" kata Aleeya sebaik Eidlan menjawab panggilnya.
"Kenapa sayang?" soal Eidlan.
Dengan tenang Aleeya menceritakan apa yang telah berlaku di kedainya. Juga apa yang diberitahu oleh Azizah.
"Abang terus ke kedai. Bunga settle dulu urusan kat office. Apa-apa abang call" pesan Eidlan.
"Okay. Thanks abang" panggilan Aleeya tamatkan. Dia berlalu ke arah meja Murni.
"Kak. Aleeya nak jumpa boss. Dia ada?" tanya Aleeya pada Murni.
"Ada. Baru je masuk. Awal pagi dah cari boss, kenapa?" kata Murni.
"Ada hal sikit. Aleeya pergi jumpa dia dulu" jawabnya kemudian berlalu.
Pintu diketuk. Dia membuka setelah mendapat arahan masuk oleh Nazim.
"En Nazim, saya nak minta half day. Saya nak ke kedai ada masalah di sana" terus Aleeya menyatakan tujuannya berjumpa lelaki itu.
"Kenapa dengan kedai?" soal Nazim ingin tahu.
"Macam ni lah, encik pergi kedai saya tengok apa yang jadi. Saya pun dah tak boleh nak sabar dengan keadaan macam ni. Saya tak ada masa nak explain sekarang. Kita jumpa dekat kedai saya" Aleeya terus berlalu keluar dari bilik bossnya.
"Aleeya.." panggilannya tidak diendahkan, gadis itu terus berlalu.
"Kenapa pula ni. Marah betul gayanya tu" kata Nazim sendirian.
Dia intercom Murni.
"Murni, Aleeya kenapa? Masalah apa dekat kedai dia. Dia minta half day harini?" bertubi-tubi soalan diberikan pada Murni.
"Eh. Kejap-kejap. Saya tak faham. Kedai apa? Tak ada pun dia bagitahu apa-apa. Tadi dia cuma kata nak jumpa boss je" terang Murni.
"Oh. It's okay. Thanks" kata Nazim.
"Aduh. Kejap lagi meeting dengan team financial pula. Tangguh dulu la" kata Nazim sendirian.
"Bro, meeting tangguh petang. Aku ada hal" Nazim menghubungi Darius.
"Okay. Nanti aku maklumkan pada team" jawab Darius.
"Kau ikut aku. Jumpa kat parking. Naik kereta aku" arah Nazim.
"Sekarang?" soal Darius blur.
"Sekarang la, tak kan esok pula" geram pula Nazim dengan soalan Darius itu.
"Okay-okay" jawab Darius.
"KENAPA ni?" tanya Akhtar pada kembar melihat keadaan kedai Aleeya.
"Tak tahu kerja siapa. Sampai je dah jadi macam ni. Kita orang tak tahu nak buat apa. Ni tengah tunggu Bunga datang" jawab Azlina sambil memandang sekelilingnya.
"Bunga kerja kan? Dah call abang Eidlan?" soal Akhtar.
"Kerja. Ya Allah. Tak terfikir nak call abang tadi" baru Azizah teringat akan hal itu.
"Tak apa. Rasanya Bunga mesti dah call" Akhtar tenangkan gadis itu.
"Ni kau buat apa kat sini?" tanya Azlina melihat Akhtar yang berbaju kemeja grey lengan panjang dan berseluar slack hitam.
"Breakfast tadi dengan Irham, Azad dekat kedai hujung sana. Saja lalu sini. Lepas tu nampak jadi macam ni, aku singgah la, kot ada apa-apa yang aku boleh tolong" terang Akhtar.
"Kau kerja ke?" soal Azizah melihat cara pemakaian Akhtar.
"Kerja, tak apa aku boleh masuk lewat sikit" ujar Akhtar tenang.
"Kak Naa! Kak Iza! Kenapa dengan kedai ni" soal Hana yang baru tiba bersama Kira, Haiqal dan Firas.
"Tak tahu la kerja siapa. Ni tengah tunggu Kak Aleeya datang" jawab Azlina.
"Siapa la yang dengki sangat ni" ujar Haiqal.
Akhtar hanya memerhatikan sahaja perbualan mereka.
"Eh. Asal dia conteng perampas, sundal bagai ni. Kak Aleeya rampas pakwe orang, tunang orang ke suami orang? Tapi Kak Aleeya single kan" kata Firas pula yang kelihatan keliru dengan keadaan itu.
"Kak Aleeya tak buat la semua tu. Kau tak nampak ke selama ni dia cuma keluar dengan abang atau Emir je" backup Kira pada Bunga.
"Aku tahu la. Tapi tak pelik ke semua ni jadi" kata Firas lagi.
"Dah. Jangan gaduh. Kak Aleeya tak ada rampas sesiapa pun. Kak Aleeya tu tak ada sesiapa pun. Cuma ada kita, kedai dengan family dia je. Orang rampas yang sepatutnya hak dia pun, dia lepaskan je" ujar Azizah, sempat juga dia memandang Akhtar di akhir bicara.
Akhtar toleh arah lain. Dia tahu kata-kata si kembar yang terakhir dituju pada dirinya.
"Kembar" panggil Eidlan.
"Abang.." jawab Azizah dan Azlina serentak.
"Eh. Akhtar pun ada" tegur Eidlan bila melihat kehadiran Akhtar disitu.
"Saya saja lalu sini tadi lepas sarapan dengan Azad dan Irham. Nampak tu, saya singgah" terang Akhtar.
"Baguslah Akhtar ada. Jom tolong abang" kata Eidlan.
Eidlan mengambil gambar keadaan kedai untuk dijadikan bukti serangan ke atas Aleeya. Di bahagian belakang kedai juga sama. Mujur Bunga&Coklat tidak dipecah masuk oleh si pelaku.
Aleeya tiba di kedainya setelah Eidlan selesai mengambil gambar. Agak terkejut dia melihat kehadiran Akhtar disitu.
"Macam mana abang?" soal Aleeya tanpa menghiraukan hal sekeliling.
"Tak ada kesan pecah masuk. Cuma dia buat kacau bahagian luar je. Belakang kedai cuma ada simbahan cat dengan contengan. CCTV masih function lagi. Boleh kemas dah ni, kejap lagi kita buat police report. Kita tengok rakaman CCTV dulu kat office Bunga" terang Eidlan pada adiknya.
"Okay" jawab Aleeya.
"Kau orang kemas dulu yang berterabur semua ni. Kalau perlu buang, buang je. Kesan cat ni, nanti Kak Aleeya beli paint remover" arah Aleeya pada semua.
"Sayang boleh buka mangga shutter tu. Aku nak naik office ambil video yang CCTV record. Manja handle macam biasa, kejap lagi Kak Zaira hantar pastry kan. Just buat je rutin biasa" kata Aleeya pada mereka berdua.
"What happened? Aleeya?" soal Nazim yang baru tiba bersama Darius.
Aleeya memberi pandangan kosong. Tidak menjawab atau menyatakan apa-apa. Eidlan yang perasan tindakan Aleeya itu segera menyapa Nazim.
"Nazim buat apa kat sini?" tanya Eidlan.
"Tadi Aleeya jumpa saya kat office, minta pelepasan half day. Saya pun tak faham kenapa, dia suruh jumpa dekat sini" terang Nazim.
"Saya nak encik tengok sendiri apa yang kekasih encik buat pada saya. Berjuta kali dah saya kata stop texting saya, jangan ikut saya ke kedai. Jangan datang kedai saya. Cukup saya anggap encik cuma sebagai boss dan kenalan biasa" Aleeya meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Bicaranya juga dingin bagai tiada rasa.
"Wait. Ni kerja Kaisara ke? Aleeya?" keliru Nazim dengan keadaan sekarang. Darius juga sama, masih belum memahami situasi itu.
"Nanti saya explain. Jom kita semua masuk dulu. Akhtar jom ikut abang naik office Bunga" putus Eidlan.
Sebaik shutter di buka. Azlina melihat terdapat sampul surat berwarna putih yang dilayangkan masuk dari celah bawah shutter. Sampul itu diambil dahulu, ingin melihat isinya kemudian.
Aleeya, Eidlan dan Akhtar berlalu ke tingkat atas untuk ke pejabat melihat rakaman CCTV.
"Abang nak air? Bunga nak buat air, i didn't eat anything since yesterday night" ujar Aleeya.
"Boleh juga. Pergi la isi perut dulu. Nanti jatuh sakit pula. Rehat dulu, abang check CCTV record. Akhtar, tolong abang sini" arah Eidlan pada adiknya.
Akhtar masih lagi berdiam diri. Hanya melihat tingkah Aleeya. Apabila dia dipanggil Eidlan, barulah dia mendekat ke arah mereka.
Baru sahaja Aleeya ingin bangun dari duduknya. Azlina dan Azizah masuk pejabat dan menuju ke arahnya.
"Kenapa ni?" tanya Aleeya.
Eidlan dan Akhtar mendekati mereka. Menanti apa yang ingin disampaikan oleh si kembar.
"Nah. Kau tengok la" hulur Azlina padanya.
Isi dikeluarkan. Gambar dia sewaktu majlis berlangsung semalam, namun ada contengan di atasnya. Wajahnya dipangkah tanda X, juga terdapat tulisan perampas, sundal dan mati. Habis bertaburan gambar-gambar itu Aleeya lemparkan diatas meja. Aleeya bangun dari duduknya, tertekan sungguh dia. Namun masih disembunyikan rasa itu, dipamerkan wajah tenangnya.
"Bunga.." panggil Azizah ketika menghulurkan sekeping kertas A4.
"Apa lagi ugutan dia kali ni" kata Aleeya seperti tidak berperasaan. Dicapai dan dibaca nota yang tertulis dengan marker pen berwarna merah.
'Perampas. Berani kau rampas hak aku. Tunggu sahaja akibat kau melawan amaran aku. Kau akan menyesal mencabar aku. -Kaisara-'
Diletakkan sahaja kertas itu di atas meja. Aleeya berlalu keluar dari office untuk turun ke cafenya.
"Abang..." panggil Azizah.
"Tak apa. Dia okay. Bagi dia masa" kata Eidlan yang melihat adiknya berlalu pergi.
Akhtar membaca nota ugutan yang diterima Aleeya. Marah. Geram. Gadis yang disayangi diperlakukan sebegitu. Eidlan menepuk-nepuk perlahan bahu Akhtar faham dengan reaksi pemuda itu. Si kembar pula berlalu untuk kembali melakukan tugas mereka.
"KAK Aleeya. Boss akak tu dari tadi tunggu akak" kata Najwa yang menghampirinya ketika turun di tangga.
"Baru sampai ke ni?" soal Aleeya.
"Eh. Tak la kak. Saya baru je hantar air untuk boss akak tu" jawab Najwa menutupi rasa gugup kerana ditegur Aleeya lewat masuk kerja.
"Apron mana? Tag nama pun tak ada" tegur Aleeya tegas.
"Ada-ada. Saya lupa" bergegas Najwa masuk ke bahagian belakang.
Kira, Hana, Haiqal dan Firas sudah memandang antara satu sama lain. Tidak pernah melihat Aleeya dalam keadaan begitu tegas.
"Kak nak buat air ke? Nak Haiqal buatkan?" tanya Haiqal yang melihat Aleeya mengambil perkakas untuk membuat minuman.
"It's okay. Akak buat sendiri. Thanks" lembut sahaja nada Aleeya padanya.
"Kak, Kira nak keluar ni buat delivery ya" kata Kira padanya.
"Okay. Hati-hati drive" pesan Aleeya pada Kira juga dengan nada yang lembut.
Lega mereka berempat kerana nada bicara Aleeya tidak lagi tegas seperti tadi. Aleeya perasan dengan pandangan anak-anak buahnya itu.
"Akak tegur bila salah. Tak ada salah, akak tak ada sebab nak marah. Akak tahu Najwa baru sampai. Akak nampak dia masuk, akak sengaja perhatikan dari tangga tadi kelakuan dia. Dah sambung kerja elok-elok" kata Aleeya sambil lincah membancuh tiga buah minuman.
"Hana hulur akak sandwich tiga box" minta Aleeya sewaktu Hana melewati tempat pastry diletakkan.
"Hana naik atas dulu kak. Nak siapkan tempahan delivery" katanya selepas menghulurkan sandwich pada Bunga.
Hana dan Kira ditugaskan untuk menjaga bahagian bouquet delivery bersama Azizah. Azlina pula di bahagian cashier namun sesekali akan membantu di cafe bersama Haiqal, Firas dan Najwa.
"Okay" jawab Aleeya dengan senyuman nipis.
"Aleeya, boleh kita cakap sekejap?" soal Nazim yang datang ke bahagian order counter.
"Encik duduk dulu, tunggu sekejap. Saya ada urusan di pejabat. Bagi saya lima minit" jawab Aleeya.
Aleeya berlalu naik ke pejabatnya di atas semula membawa dulang berisi tiga buah cawan dan sandwich.
"Jom minum" ajaknya tanpa melihat Eidlan dan Akhtar.
Aleeya meletakkan dulang tersebut di atas coffee table. Dia duduk di single seater sofa. Eidlan dan Akhtar datang dan duduk di two seater sofa di pejabatnya.
"Sayang buat?" tanya Eidlan pada Aleeya yang sedang makan sandwichnya.
"Kenapa? Tak sedap?" soal Aleeya semula.
"Tak lah. Sedap. Lain rasa dia kalau Bunga yang buat. Abang boleh beza" puji Eidlan.
Akhtar minum air yang dihidangkan Aleeya, pandangan matanya sesekali melekat pada gadis itu.
"Betul cakap abang. Sedap, lain dari yang semalam" kata Akhtar pula.
Aleeya hanya diam. Sungguh pun wajahnya kelihatan tenang, namun hatinya bagai dibadai ombak. Bermacam rasa di dalamnya apabila bersua muka dengan lelaki itu.
Akhtar pula tahu gadis itu mengelak untuk berbicara bersamanya.
"Dah dapat ke CCTV record?" soal Aleeya.
"Dah. Lepas ni boleh pergi buat police report" jawab abangnya.
"Okay. Sebelum tu Nazim perlu tahu hal ni" kata Aleeya.
"Okay. Bunga kena explain kat dia" kata Eidlan.
"Abang explain la. Kalau Bunga yang cakap nanti jadi lain pula" Aleeya bangun berlalu ke arah pintu pejabatnya sebaik habis berkata-kata.
"Hana. Tolong akak, panggilkan boss akak naik. Nanti bawa dia masuk office akak ya" mintanya pada Hana.
Aleeya berlalu ke meja kerjanya untuk mengambil sebotol air mineral, dia duduk semula lalu menghabiskan baki air minumannya. Air mineral yang dibawanya tadi lalu diminum sedikit.
Eidlan memandang Akhtar yang berdiam diri. Akhtar hanya memerhatikan tingkah Aleeya. Tiada sapaan atau teguran antara mereka berdua. Eidlan juga tidak tahu bagaimana untuk memecahkan tembok yang terbina antara mereka berdua itu.
"Kak.." panggilan Hana ketika membuka pintu pejabatnya.
Mereka bertiga toleh pandang ke arah Hana yang datang bersama Nazim dan Darius. Aleeya bangun lalu duduk di kerusi meja kerjanya untuk memberi ruang untuk Nazim duduk.
"Masuk lah. Abang ada hal nak bincang. Terima kasih Hana" kata Eidlan sebaik melihat Nazim bersama Hana.
Segera Akhtar bangun mengambil tempat yang diduduki Bunga. Nazim pula duduk ditempatnya tadi. Eidlan simpan senyum dengan perbuatan Akhtar,dapat dibaca rasa cemburu dimata lelaki itu. Darius pula duduk di kerusi hadapan meja kerja Bunga.
"Kenalkan. Ni Akhtar, Akhtar ini Nazim" Eidlan saling mengenalkan mereka.
"Ni kawan saya Darius" kata Nazim pada Eidlan menunjuk arah Darius duduk.
"So, saya berterus terang dan direct to our topic. As you know, ini kali ke tiga. Aleeya dapat ugutan dan ancaman dari orang upahan Kaisara" Eidlan menerangkan kedudukan situasi sebenar.
"Saya masih cuba cari jalan untuk uruskan hal ni, Eidlan. Saya akan cuba usahakan sesuatu secepat mungkin" kata Nazim pula.
"Saya bagitahu Nazim sebelum ini bukan untuk buatkan keadaan jadi lebih buruk. Tapi nampaknya dah terjadi pun apa yang tidak diingini. Kami serahkan hal ini pada polis. Saya cuma nak minta Nazim, berhati-hati apabila ingin berurusan dengan Aleeya. Atau lebih baiknya, selesaikan masalah antara Nazim dan Kaisara terlebih dahulu tanpa melibatkan Aleeya" jelas Eidlan.
"Saya dengan Kaisara dah lama tiada hubungan, hampir satu tahun kami tidak bertemu atau berhubung. Kami berpisah atas keputusan saya. Mungkin dia yang masih belum boleh menerima perpisahan itu" kata Nazim pula.
"Encik. Better encik jauhkan diri dari saya. Dan selesaikan masalah encik dengan Kaisara. Saya tak nak jadi mangsa keadaan" kata Aleeya dengan nada yang tegas.
"I'm sorry Aleeya. Saya akan betulkan balik keadaan. I'm so sorry for everything. Saya akan bayar ganti rugi kerosakkan yang dia lakukan" jawab Nazim yang sedikit terkejut dengan kata-kata gadis itu.
"Saya tak tahu apa yang encik nak buat atau akan buat. Tapi, kalau dia ganggu lagi kedai saya atau saya. Saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan lanjut" sekali lagi Aleeya berpesan dengan nada yang cukup jelas dan tegas.
"Bunga. Take it easy" kata Eidlan pada adiknya. Dia tahu adiknya itu memendam rasa amarahnya.
"It's okay Nazim. Kami tak salahkan kamu. Kamu perlu selesaikan masalah dengan Kaisara. Terpulang pada kamu cara untuk selesaikan masalah itu. Saya cuma tak mahu adik saya diganggu seperti ini lagi. Saya pun nak keluar ni bawa Aleeya untuk buat police report. Ini semua demi keselamatan Aleeya" kata Eidlan pada Nazim.
"Saya akan selesaikan masalah ni. Saya pun nak kembali ke office semula. Hari ini awak tak perlu masuk office Aleeya. Eidlan saya minta diri dulu. Once again, saya minta maaf atas semua yang terjadi" kata Nazim kemudian berlalu pergi bersama Darius.
"Bunga not nice lah cakap macam tu" tegur Eidlan.
"Nak cakap macam mana lagi abang? Berlapik dah, berkias pun dah. Yang Bunga nampak, cara yang terbaik cakap direct je. Bunga penat dengan semua ni" jawab Aleeya perlahan dengan getaran suara seperti menahan tangis.
Eidlan memandang Akhtar. Meminta Akhtar bersuara menasihati adiknya itu. Akhtar serba salah untuk menasihati gadis itu. Kerana dia juga seperti Nazim. Meletakkan gadis itu dalam situasi sebagai mangsa keadaan.
"Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada orang-orang yang sabar berdasarkan Firman-Nya:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]
Jangan lupa Bunga, ini semua ujian. Istighfar. Tak ada seorang pun dalam dunia ni nak perkara yang tidak baik menimpa mereka. Tak ada pun manusia yang nak perkara yang dirancang mereka tidak menjadi. Sekuat apa pun kita usahakan, jika Allah tak izinkan pasti tak akan terjadi. Terus mendekat kepada DIA, InsyaAllah pasti yang terbaik akan DIA berikan" lembut Akhtar menasihati gadis itu.
Akhtar memandang tepat ke arah gadis itu yang kelihatan menunduk sahaja, yang mungkin menahan rasa. Jika bukan kerana batas dan larangan agama, mahu sahaja gadis itu dirangkul dalam dakapanya untuk memberikan rasa tenang.
Aleeya diam. Perlahan-lahan dia mencerna kata nasihat dari lelaki itu. Ya, mungkin dia lupa dan alpa. Tuhan sedang menguji dia.
"Abang dengan Akhtar tunggu Bunga di bawah. Nanti dah lega, Bunga turun lah. Kita pergi buat police report" putus Eidlan yang melihat kebisuan adiknya itu.
"Apa plan dah balik ni? Akhtar dah mula kerja?" soal Eidlan memulakan perbualan ketika memandu.
"Plan saya nak uruskan hal keluarga. Saya pun dah mula kerja. Alhamdulillah, rezeki dapat panggilan kerja awal" jawab Akhtar yang duduk di bahagian hadapan penumpang.
"Dah balik jumpa family?" tanya Eidlan lagi.
"Belum. InsyaAllah minggu lagi satu saya balik. Buat masa ni, saya perlu uruskan hal berkaitan kerja dahulu" jawabnya jujur.
"Family tak tahu la ni, Akhtar dah balik sini?" Eidlan tertanya-tanya.
"Tak. Sengaja saya rahsiakan. Ada beberapa hal perlu saya uruskan dahulu" kata Akhtar.
"Bagitahu keluarga, tak elok buat macam ni. Keberkatan, reda dan restu ibu bapa tu penting" nasihat Eidlan.
"Betul bang. Tapi saya pun perlukan ruang. Ruang untuk selesaikan satu persatu hal yang lama dulu saya abaikan. Perlu mulakan semuanya dari awal. InsyaAllah, saya akan selesaikan semuanya satu persatu" jawab Akhtar.
"Semoga dipermudahkan semuanya untuk kamu. Abang bukan apa, kamu anak yang baik, adik yang baik. Bila terjadi salah faham. Yang baik itu nanti akan hilang, yang buruk sahaja orang akan selalu pandang. Jangan tersalah langkah dalam kita merencana sesuatu perkara" nasihat Eidlan pada dia.
"InsyaAllah bang. Saya cuba lakukan yang terbaik" jawab Akhtar.
"Offer kerja sekarang contract atau jawatan tetap?" soal Eidlan lagi.
"Jawatan tetap. Saya dibawah unit penguatkuasaan. Sama tempat dengan Irham dan Azad, cuma berbeza unit" terang Akhtar.
"Sama tempat la dengan dia orang berdua. Alhamdulillah, rezeki dapat panggilan kerja awal" kata Eidlan pula.
"Alhamdulillah. Semoga perancangan saya selepas ini sesuai dengan aturan yang terbaik dari DIA" Akhtar berharap perancangan yang disusun berjalan lancar.
"InsyaAllah. Amin" doa Eidlan.
Aleeya dibahagian penumpang belakang mendengar sahaja perbualan mereka berdua. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya, Arjunanya telah lama hilang meninggalkan dirinya. Yang tinggal kini hanya seorang Uzzam Akhtar yang menjadi tunangan orang.
"Nak balik kedai terus?" tanya Eidlan pada adiknya setelah selesai membuat laporan polis.
"Kita singgah kedai cat dulu. Bunga nak beli paint remover" jawabnya.
"Okay" kata Eidlan.
"Abang tak apa ke ni keluar lama?" bimbang Aleeya kerana mengganggu waktu kerja abangnya.
"It's ok. Tak ada meeting, tak ada yang urgent. Abang dengan team tengah sediakan dua contoh plan and designs building yang baru untuk next project. Baru je seminggu masih lagi kumpul bahan, no worries. Anything diaorang akan call" terang Eidlan.
Selesai sahaja urusan diluar, mereka pulang ke Bunga&Coklat semula. Sebaik tiba keadaan di sana sedikit tegang suasananya.
"Kenapa ni Sayang?" tanya Aleeya mendekati Azlina di counter.
"Hana bergaduh dengan Najwa" terang Azlina.
Eidlan dan Akhtar hanya memerhatikan keadaan tanpa berniat mahu mencampuri urusan mereka.
"Kak, Hana nak berhenti. Hana tak boleh kerja dalam toxic environment macam ni" kata Hana yang muncul dari arah dapur belakang dengan mata yang merah seperti baru lepas menangis.
"Drama" kata Najwa sarcastic.
"Stop it Najwa! Kenapa ni?! Explain!" tegas Aleeya menyoal. Mujur tiada pelanggan waktu itu.
"Iman datang tadi nak jumpa Hana. Tapi Najwa kata Hana tak nak jumpa dia. Najwa kata pada Iman, Hana dah ada boyfriend yang kaya, tak ada class nak kawan dengan Iman. Hana tak ada pun kata apa-apa kak. Iman WhatsApp Hana, dia kata Hana sama je macam perempuan-perempuan lain. Pandang harta dan duit. Hana bukan macam tu kak. Hana call tapi tak dapat, WhatsApp pun tak sampai, Iman dah blocked Hana" gugur air mata gadis itu.
"Alah. Saya main-main je. Siapa suruh dia percaya" Najwa menjawab tanpa ada rasa bersalah.
"Look Najwa. You're too much. Hal peribadi orang tak perlu masuk campur. Urus hal diri sendiri. Kata nak kerja bantu mak yang kerja kilang, tapi tak nampak macam membantu pun. Mak awak hulur duit pada awak lagi ada. Akak tak sepatutnya masuk campur urusan hal peribadi macam ni. Tapi ini tempat kerja, tempat kita semua ni cari rezeki. Awak jangan ingat akak tak ada kat sini, akak tak tahu awak punya tingkah laku. Tak perlu pun orang nak mengadu domba, CCTV tu dah bagi akak nampak semua sendiri. Please jaga etika ketika berkerja. Ini amaran terakhir untuk awak Najwa" serious dan tegas Aleeya menegur kelakuan Najwa.
"Hana pergi naik sambung kerja. Jangan buat keputusan ikut emosi. Tak ada masalah yang tak boleh selesai" arah Aleeya pula pada Hana.
"Yang lain pun. Sambung kerja, Firas tolong buat air untuk abang Eidlan dengan kawan dia" arah Aleeya sebelum berlalu ke bahagian dapur belakang.
"Kau okay?" soal Azlina yang mengikutinya.
"Aku okay. Penat otak dengan drama yang macam-macam ni" jelas Aleeya.
"Aku da jumpa dah Najwa tadi. Tapi tak sangka pula dia buat perangai pada Hana. Belum sempat aku nak tegur, kau da sampai" Azlina jelaskan keadaan sebenar pada Aleeya.
"It's okay. Anything nak kena tambah?" soal Aleeya
"Cake. Tadi ada orang datang tempah. Ni kau tak kerja ke? Ke kau half day?" Azlina melihat Aleeya yang sudah memakai apron.
"Tengah hari nanti aku masuk office sana. Cake tu tempah untuk bila?" soal Aleeya lagi.
"Esok. Kau nak buat sekarang ke nak buat malam ni?" kata Azlina.
"Cake apa dia nak? Sama jenis ke lain-lain jenis?" soal Aleeya yang sudah mengambil beberapa bahan untuk membuang cake.
"Dark Chocolate Mousse Cake dengan Golden Key Caramel Cake. Tu je la buat masa ni" jawab Azlina.
"Okay..aku baking dulu. Nanti habis kerja aku datang sini balik untuk siapkan. Kau pergi la depan nanti ada customer tak perasan" lantas Aleeya mula melakukan tugas membuat cake.
"Okay" Azlina tahu Aleeya mahu bersendirian. Dia berlalu ke counter hadapan untuk menyambung tugasnya.
"Mana Bunga?" soal Eidlan.
"Baking. Abang, tak payah la masuk. Bagi dia ruang" jawab Azlina.
"Oh, okay. Abang nak balik office dah ni, sebab tu nak jumpa dia. Tapi tak apa lah, abang terus balik office la macam tu" kata Eidlan ingin berlalu.
"Abang Eidlan, nak balik dah ke?" soal Najwa tiba-tiba.
"Ha'ah. Kenapa?" tanya Eidlan. Azlina memerhatikan sahaja kelakuan Najwa.
"Kawan abang tu belum nak balik lagi eh?" soal Najwa sambil memandang ke arah Akhtar.
"Dia pun nak balik dah. Kenapa?" sengaja Eidlan ingin tahu niat sebenar gadis itu.
"Kalau Najwa nak no phone dia boleh?" minta Najwa tanpa rasa malu.
"Sorry tak boleh. Dia dah ada tunang" jawab Eidlan.
"Oh yeke. Ruginya. Apesal la orang yang handsome ni cepat sangat jadi hak orang" bebel Najwa namun masih didengari Eidlan.
"Salah tu. Patutnya kenapa la orang yang baik akhlak dan adab ni cepat Allah berikan jodoh. Sebab orang yang menjaga rasa malu dengan Tuhan dan manusia, lebih Allah sayang. Nak selamatkan dari manusia yang tergedik-gedik tanpa ada rasa malu, baik dengan Tuhan ataupun manusia. Tak gitu Naa" sengaja Eidlan ambil kesempatan nak sekolah kan budak tak cukup suku tu.
"Betul sangat tu abang" Azlina menyokong dengan penuh bersemangat.
Kelat air muka Najwa, terasa dirinya disindir dengan cara paling halus. Terus dia berlalu pergi dari situ.
Akhtar datang ke arah Eidlan dan Azlina.
"Abang, saya nak minta izin jumpa Bunga sekejap boleh?" tanya Akhtar.
"Abang tak berani nak bagi keputusan, salah satu sebabnya. Akhtar tunangan orang. Tak manis, macam ni lah. Kembar pergi tanya Bunga dulu boleh ke Akhtar nak jumpa dia" kata Eidlan pada mereka.
"Okay. Jap" Azlina berlalu ke bahagian dapur belakang mendapatkan Aleeya.
Tidak lama, Azlina muncul semula bersama Aleeya.
"Ada apa? Ada apa-apa penjelasan lagi yang tak jelas? Atau tak cukup jelas ke kata-kata aku semalam?" Aleeya terus menyoal Akhtar sebaik mereka bersua.
Tersentak Eidlan dengan cara percakapan adiknya itu. Namun tidak berniat untuk menegur, mungkin itu cara terbaik Aleeya untuk meloloskan dirinya dari dirapati Akhtar kembali.
"Bukan. Arjuna cuma perlukan kepastian dari Bunga untuk tindakan seterusnya" jawab Akhtar tenang.
"Arjuna dah lama kehilangan Bunga, saat dia pergi meninggalkan Bunga tanpa kata. Dia dah mati bagi seorang Bunga. Bunga dah lepaskan dan lupakan segala rasa empat tahun yang lalu. Arjuna perlu sedar dan terima hakikat, keputusan yang dia buat dulu penyebab dia kehilangan Bunga. Kau balik lah. Kau tunang orang, aku tak mahu bertambah masalah lagi." Aleeya terus beredar ke bahagian belakang untuk meneruskan kerjanya.
Akhtar melihat Aleeya berlalu pergi. Pedih hatinya, terasa dengan kata-kata gadis itu. Jelas sekali gadis itu benar-benar dingin dan telah menolak kehadirannya kali ini.
"Baliklah Akhtar. Itu keputusan Bunga. Bagaimana dia tidak pernah memaksa dan menerima apa sahaja keputusan Akhtar dulu. Abang harap Akhtar pun lakukan perkara yang sama" nasihat Eidlan sambil menepuk-nepuk perlahan bahunya.
"Saya minta maaf abang" dia kehabisan kata-kata.
"Tak ada yang salah. Bukan Akhtar, bukan juga Bunga. Cuma kehendak DIA semuanya ini terjadi. Ikhlaskan, semoga dipermudahkan urusan kita semua" pujuk Eidlan.
Azlina pula tidak tahu mahu beraksi bagaimana. Hanya mendengar dan memerhati.
"Aku balik dulu Naa. Jagakan dia. Saya balik dulu abang, apa-apa perlu bantuan. InsyaAllah saya bantu" Akhtar meminta diri.
"Abang pun nak balik office ni. Terima kasih untuk hari ni Akhtar" kata Eidlan pula.
Mereka berlalu pergi. Azlina menyambung kembali tugasnya. Kedai juga mula didatangi pelanggan.
Share this novel