SELEPAS bersarapan pagi, Eryna serta Iqmal dan Iris bertolak pulang ke kampung keluarga Iqmal untuk meraikan hari raya di sana pula sebelum mereka pulang ke rumah sendiri dan mula berkerja.
Eidlan dan Akhtar pula akan bertolak jam 9.00 pagi ini, Eidlan mula mengemaskan barangnya dan di simpan ke dalam kereta. Bekalan makanan dari ibunya juga di simpan ke dalam kereta.
Aleeya melakukan tugas mengemas di dapur. Aleeya lebih banyak diam, di usik Eryna dan Emir pun Aleeya hanya membiarkan sahaja. Eidlan yang perasan keadaan itu ingin bertanya, namun kerana sikap Aleeya yang mendiamkan diri membuatkan Eidlan buntu.
"Bunga, abang nak balik dah ni. Akhtar pun nak balik dah. Jom" panggil Eidlan.
Aleeya mencuci tangan dan mengelapnya dengan kain bersih sebelum mendapatkan abangnya.
"Bunga okay?" soal Eidlan sebaik Bunga tiba di sisinya.
"Okay, letih sikit" jawab Aleeya.
"Lepas ni rehatlah. Cuti 3 bulan kan?" tanya Eidlan lagi.
"Ha'ah. Lepas tu da final year. Nanti nak naik sem baru. Abang hantar Bunga ya?" minta Aleeya pada Eidlan.
"Boleh. Nanti bagitahu tarikh pada abang. Kalau ada apa-apa nak share call je abang okay" pesan Eidlan sewaktu mereka beriringan ke arah beranda rumah mereka.
Akhtar juga sudah menanti di beranda rumah bersama puan Aliah dan Emir.
"Akhtar dah ambil buah tangan ibu tadi?" tanya puan Aliah.
"Dah. Susahkan ibu je. Terima kasih" ucap Akhtar pada puan Aliah.
"Ibu, abang gerak dulu ya. Nanti lambat mesti jalan jammed. Esok nak kerja dah" Eidlan meminta diri. Dia bersalaman bersama ibunya, Emir dan Aleeya.
"Emir nak final exam dah. Jangan main-main lagi. Jaga diri" pesan Eidlan pada adiknya.
"Okay abang" jawab Emir.
"Bunga kalau ada apa-apa nanti call abang" pesan Eidlan pada Aleeya pula sambil mencium sisi kepala Bunga yang berada di sebelahnya itu.
"Ada rezeki kita jumpa lagi ya Akhtar" Eidlan menghulurkan salam pada Akhtar.
"InsyaAllah bang" balas Akhtar sambil menyambut huluran salam Eidlan.
Akhtar juga bersalaman dengan puan Aliah dan Emir. Berpamitan untuk bertolak pulang ke rumahnya.
"Akhtar balik dulu semua, Assalamualaikum" Akhtar meminta diri.
Puan Aliah, Emir dan Aleeya memerhatikan dua buah kenderaan itu yang mula meninggalkan perkarangan rumah. Puan Aliah masuk ke dalam rumahnya, hanya tinggal Emir dan Aleeya sahaja di beranda rumah.
"Sayang, gaduh ke dengan abang Akhtar?" soal Emir.
"Tak ada lah. Kenapa?" soal Aleeya pula.
"Ingat gaduh, macam mengelak je dari dia" kata Emir.
"Tak lah. Kan Bunga kemas dapur tadi. Ni Emir balik lusakan? Ibu hantar?" tanya Aleeya.
"Ha'ah la. Bunga tak ikut ke? Jom lah. Kawan Emir tak pernah jumpa Bunga. Diaorang tak caya Emir ada kakak yang comel tapi garang macam Bunga ni" usik Emir.
"Tengok lah nanti. Suka cakap Bunga garang eh. Tak boleh ke kalau cakap comel je" geram Aleeya dengan Emir yang suka menyakat dia.
"Emir nak pergi rumah kawan jap. Emir da bagitau ibu tau. Nanti kalau ada orang datang Bunga call eh, Emir balik" pesan Emir sebelum keluar.
"Ye lah. Hati-hati bawa motor tu, awak tu tak ada lesen" pesan Aleeya.
Aleeya masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikunci, lalu dia mencari ibunya di dapur.
"Buat apa ibu?" tanya Aleeya pada puan Aliah yang berada di meja dapur.
"Nak kemas tapi tengok Bunga dah siap kemas, ibu duduk lah sini. Sunyi dah rumah. Semua dah balik" kata puan Aliah sambil tersenyum.
"Ha'ah. Kalau tak nanti lalat datang. Kalau ada orang datang tak ada la kita kalut dengan dapur tak siap kemas. Ibu bawakan Akhtar apa tadi?" jelas Aleeya sekaligus bertanya buah tangan yang dibekalkan puan Aliah pada Akhtar.
"Sama dengan apa yang ibu bawakan kakak dengan abang. Raya kan ni, tak elok biarkan dia balik dengan tangan kosong" jawab puan Aliah.
"Ibu Bunga masuk bilik jap ya. Nak rehat, nanti apa-apa ibu nak minta tolong. Ibu panggil Bunga ya" kata Aleeya pada puan Aliah.
"Pergi lah, ibu pun nak rehat kejap ni" puan Aliah juga mahu ke biliknya.
SETIBANYA Aleeya di bilik, dia melihat kemas tersusun katil dan biliknya. Baju dan kain pelikat Eidlan yang digunakan Akhtar ada di dalam bakul laundry miliknya, begitu juga dengan tuala miliknya yang digunakan Akhtar.
Aleeya ke arah mejanya. Ada sekeping kertas dan sebatang pen diatasnya. Dilabuhkan duduknya di kerusi dan mengambil kertas itu. Ada tulisan nota yang di tinggalkan oleh Akhtar.
Assalamualaikum Bungaku,
Mohon maaf Arjuna mu dahulukan jika ada perkara yang membuatkan diri Bunga terasa. Tiada niat mahu melukakan Bunga tersayang ini. Terima kasih untuk setiap waktu yang mengisi jiwa dan rasa bahagia dalam diri Arjuna mu ini selama berada di sini. Please jangan merajuk ya Bunga. Bagi waktu dan ruang untuk abang selesaikan semua yang sedang abang lalui ini. Seperti yang abang minta, terus percaya, terus setia dan bertahan demi kita sehingga tiba waktunya untuk kita bersama. Abang kongsikan kenangan kita bersama, nanti Bunga tengok WhatsApp ya. Juga izinkan abang menyimpan semua kenangan yang kita lakarkan bersama. Jaga diri Bunga untuk Arjuna. Assalamualaikum.
Ikhlas, Arjuna untuk Bunga.
Aleeya mengambil handphone di dalam poket seluarnya. Sejak malam tadi dia menukar mode silent. Langsung tidak membuka sebarang notifikasi yang masuk. Aleeya merebahkan tubuh di atas katilnya. Handphone di unlock. Ikon WhatsApp di tekan, ada beberapa chat dari rakannya termasuk group bersama si kembar. Nama Arjuna dicari.
Ada video nyanyian mereka berdua 'always remember us this way' dan juga gambar-gambar dia bersama Akhtar sewaktu di meja makan, sewaktu mereka berbincang di gazebo. Entah siapa yang ambil dia tidak tahu. Tetapi dapat dia agak, mesti dari Irham atau Azad. Gambar di gazebo itu mesti dari abangnya sendiri. Cantik-cantik candid photo itu, tersenyum dia melihatnya.
Laju jari menaip dan hantar WhatsApp pada Akhtar.
++
Thanks. Bunga simpan semua ni. Nanti dah sampai, beritahu Bunga. Hati-hati memandu. -Aleeya-
Setelah itu Aleeya melelapkan matanya, dia mahu tidur seketika sementara tiada apa-apa yang perlu di lakukan. Semalam susah dia ingin lena, memikirkan apa perkara yang Akhtar minta supaya dia menunggu sehingga waktu yang sesuai tiba. Tidak lama kemudian, Aleeya sudah terlena kerana rasa mengantuknya.
SETIBANYA Akhtar di rumah Irham. Azad dan Irham sudah menanti di bawah pangkin pokok mempelam. Salam diberikan Akhtar, dan terus melabuhkan duduknya di antara mereka berdua.
"Macam mana?" soal Irham.
"Hurm. Dia setuju untuk berkawan secara serious dengan aku. Cuma aku belum bersedia nak bagitahu hal family aku tu. Aku tahu, dia mesti akan tarik diri. Abang Eidlan pun cakap macam tu. So tunggu masa sesuai untuk aku bagitahu" jelas Akhtar.
"Kau yakin ke? Habis nanti family kau macam mana?" Azad pula bertanya.
"Aku yakin dengan pilihan hati aku. Aku yakin takdir aku memang dengan dia. Cuma sekarang ni ujian bagi aku nak mengalah atau perjuangkan" jawab Akhtar tenang.
"Tengok dia dengan family dia biasa je, tapi hidup harian dia penuh dengan pengisian jiwa, penuh kasih sayang. Tengok lah diaorang layan kita macam mana. Tak terasa macam bukan keluarga" kata Irham pula.
"Itu lah, ibu dia sampai bahasakan diri ibu dengan kita. Aku respect betul dengan didikan family dia. Low profile, ilmu akhirat sentiasa jadi pesanan dan ingatan bersama" Azad juga bersetuju dengan Irham.
"Jom lah masuk jumpa mama, kejap lagi korang nak balik dah" kata Irham.
"Eh, mama tak tanya apa-apa ke semalam?" soal Akhtar ingin tahu.
"Abang Iqmal jumpa mama semalam, bagitahu kau tidur sana. Nak kenal-kenal dengan kau. Mama okay je la" jawab Irham.
"Jom lah, pukul 10 nak gerak. Nak hantar Azad lagi. Nanti balik rumah sewa roger. Tempat kita buat part time pun offer kerja gaji per hours. Boleh la buat tambah duit poket kalau nak" kata Akhtar pada mereka.
"Ha..okay gak tu. Dari kita tak ada buat apa-apa ni kan" jawab Azad.
Mereka masuk ke dalam rumah menemui puan Liza, mama kepada Irham. Setelah berbual-bual seketika, Akhtar dan Azad meminta diri ingin bergerak balik ke rumah mereka.
Di dalam perjalanan pulang, mereka singgah sebentar di stesen petrol pump untuk mengisi minyak kereta. Ketika menanti Azad ke tandas. Akhtar mengambil handphonenya di dalam poket seluar dan melihat jika ada balasan WhatsApp dari Aleeya. Ternyata benar telahannya, Aleeya telah membalas WhatsApp yang di kirim sebelum bertolak pulang dari rumah gadis itu.
++
Thanks. Bunga simpan semua ni. Nanti dah sampai, beritahu Bunga. Hati-hati memandu. -Aleeya-
Akhtar segera membalasnya.
++
Sampai rumah nanti Arjuna call Bunga. Arjuna hantar Azad dulu ke rumahnya di melaka. Jaga diri Bunga untuk Arjuna. -Akhtar-
Selesai Akhtar pesanan WhatsApp itu, Azad juga telah tiba dan menaiki keretanya. Akhtar mula bergerak meneruskan pemanduan untuk segera sampai ke destinasinya.
AKHTAR tiba di rumahnya ketika jam menginjak ke angka 5.00 petang. Letih mula terasa di tubuhnya. Sebelum keluar dari kereta, dia membuat panggilan telefon kepada Aleeya. Selepas beberapa ketika menanti, panggilan di jawab Aleeya.
"Assalamualaikum. Buat apa tu?" soal Akhtar pada Aleeya.
"Wa'alaikumsalam. Baru nak keluar ambil angin di gazebo sambil baca novel" jawab Aleeya.
"Abang baru sampai rumah ni. Jaga diri ya sepanjang cuti semester ni. Naik sem nanti abang jarang ada di kolej macam sebelum ni, sebab class tak banyak sebelum intern mula. Susah dah nak jumpa or tengok Bunga di kolej. Kalau ada apa-apa call abang ya" pesan Akhtar pada Aleeya.
"Baik Arjuna ku" jawab Aleeya.
Tertawa Akhtar dengan jawapan yang diberi Aleeya. Bahagia terasa menjengah jiwanya.
"Cuti sem ni buat apa?" tanya Akhtar ingin tahu.
"Tak buat apa. Tangan tak baik lagi ni, Bunga stay rumah je rasanya" jawab Aleeya.
"Nanti dah okay tangan update pada abang ya. Bunga, cuti sem ni abang kerja. Tempat abang buat part time selalu. Kalau Bunga nak WhatsApp, text je abang okay. Nanti ada free abang reply" beritahu Akhtar pada Aleeya.
"Oh. Baik. Hati-hati bila abang buat apa-apa pun. Jaga diri Arjuna ya" jawapan Aleeya cukup buat Akhtar rasa dia di sayangi gadis itu.
"Suka Bunga panggil macam tu. Rasa sangat istimewa. Terima kasih. Abang nak mandi and rehat ni. Bunga jaga diri ya. Jaga diri Bunga untuk Arjuna. Assalamualaikum" sekali lagi Akhtar berpesan sebelum menamatkan panggilan.
"Baik Arjuna. Arjuna juga jaga diri. Wa'alaikumsalam" akhiri Aleeya, setelah itu panggilan ditamatkan.
Akhtar mematikan enjin keretanya dan masuk ke dalam rumah. Dia melihat suasana rumah yang sunyi. Mungkin ummi dan abinya berada di dalam bilik. Dia terus berlalu ke biliknya untuk membersihkan diri dan berehat.
"SIHAT mama Liza?" soal puan Nuraini ketika mereka sedang bersapan pagi.
"Alhamdulillah, sihat" jawab Akhtar.
"Lauk pauk semalam, mama Liza ke bagi?" soal puan Nuraini lagi.
"Oh, yang tu bukan. Ibu kawan Akhtar yang lain. Sebab tahu kita orang nak gerak jauh, dia bekalkan takut jammed tengah jalan. Tapi semalam jalan okay, tu yang cepat sampai" jawab Akhtar.
"Sedap masakan dia. Kena dengan selera ummi abi" puji puan Nuraini.
"Alhamdulillah ummi abi suka. Nanti Akhtar bagitahu kawan Akhtar tu" Akhtar lega.
"Kamu cuti ni ada plan apa pula?" tanya encik Usaid Akram pula.
"Kerja tempat part time tu. Sama je ni, dia orang offer gaji ikut jam. Makan minum diaorang sediakan. Boleh buat tambah duit poket and simpan sikit untuk sambung nanti" jawab Akhtar.
"Nak sambung kat mana? Berapa tahun? Dah rancang semua tu?" soal encik Usaid Akram ingin tahu.
"Dah. Result okay cuba apply luar Malaysia. Kalau biasa je dalam malaysia pun ok. Semua tempat yang nak sambung tu, akan ambil masa dalam dua tahun setengah ke tiga tahun" jawab Akhtar.
"Kalau ummi suruh bertunang dulu sementara nak habiskan belajar, Akhtar setuju?" pertanyaan puan Nuraini terus mematikan seleranya ketika itu.
"Perlu ke sampai macam tu ummi? Ummi tak percaya dengan takdir qada' dan qadar yang dah Allah tetapkan? Kalau ada jodoh nanti adalah, kalau tak ada mungkin jodoh Akhtar akan dapat yang lebih baik lagi" Akhtar mula rasa terbeban dengan desakan umminya.
"Ummi bukan apa, nanti terlepas yang baik. Susah dah zaman sekarang nak jumpa calon macam Leyla tu" jelas puan Nuraini.
"Akhtar tak bersedia. Akhtar tak nak masalah akan datang, ganggu tumpuan Akhtar. Lagipun permintaan ummi ni tak pernah ada dalam perancangan Akhtar. Akhtar masih perlu kejar banyak lagi ummi. Kerja, kewangan, hidup yang stabil sekurang-kurangnya. Akhtar betul-betul tak bersedia untuk pikul perkara yang tiba-tiba macam ni" luah Akhtar berterus terang.
"Tak apa lah kalau itu jawapan kamu" kata encik Usaid Akram.
Puan Nuraini sudah mendiamkan diri. Seperti berjauh hati dengan jawapan anaknya. Encik Usaid Akram pula kelihatan tenang sahaja seperti tiada apa-apa.
"Maafkan Akhtar, tak ada niat nak buat ummi dan abi berkecil hati. Akhtar betul-betul tak bersedia dengan semua ni" kata Akhtar lalu bangun dan berlalu ke dapur mencuci pinggan dan cawannya sendiri.
"Macam mana ni bang, kita dah janji. Tak pernah Akhtar menolak permintaan saya sebelum ni" kata-kata puan Nuraini di dengari Akhtar saat mahu keluar dari ruangan dapur setelah siap mencuci.
"Itulah. Saya pun tak sangka dia akan menolak. Macam ni lah, kita tukar pada merisik. Bertunang kita tangguhkan dahulu. Kita pujuk dia lagi. Hashim dan Zaharah berharap sangat dengan kita" jawab encik Usaid Akram pula.
"Boleh ke macam tu? Kira kita merisik sahaja la ni. Jadi perkara ni perlu di rahsiakan dulu tak perlu di hebohkan. Bila dah bertunang baru kita jemput yang lain-lain" kata puan Nuraini lagi. Jeda Akhtar mendengar perbualan ummi dan abinya itu.
"Ya cuma bagitahu mereka, merisik ni cuma kita dan mereka sahaja. Nanti kita beri cincin risik sebagai tanda sahaja. Bertunang nanti Akhtar yang akan sediakan semua. Kita bagi la Akhtar waktu" kata-kata dari encik Usaid Akram.
"Baik lah kalau macam tu. Nanti saya beritahu Zaharah" jawab puan Nuraini.
Akhtar terus keluar dari tempat dia mendengar perbualan ummi dan abinya. Dia berjalan melalui ummi dan abinya seperti tiada apa yang berlaku. Dia perlukan bantuan dan pendapat dari Akif dan Akmal tentang perkara itu.
"LEYLA, ummi Akhtar call mama tadi. Majlis untuk bertunang kita tangguhkan sebab Akhtar belum bersedia. Jadi akan ada majlis merisik sebagai tanda sahaja dari mereka. Leyla setuju?" tanya puan Zaharah pada anaknya.
"Kalau itu permintaan mereka, Leyla setuju sahaja mama. Sekurang-kurangnya ada la juga jawapan dari mereka" jawab Leyla walaupun sedikit kecewa.
"Hujung minggu ini mereka datang, tapi hanya ummi dan abinya sahaja. Leyla pilih pakaian yang sesuai ya" pesan puan Zaharah lagi.
"Baik mama. Leyla masuk bilik dulu ya" ujar Leyla pada puan Zaharah.
Leyla berlalu masuk ke biliknya.
"Merisik pun merisik lah. Janji kami akan bersatu akhirnya nanti. Entah kenapa aura dia sangat kuat, buatkan aku tak boleh berhenti untuk terus sukakan dia. Aku yakin, aku dengan dia memang berjodoh" kata Leyla sambil menatap gambar Akhtar di handphonenya.
"Dia block aku ke? Dah lama tak boleh nak tengok gambar profile dia. Status dia pun dah tak boleh nak tengok sejak hari raya pertama lagi. WhatsApp aku pun dia tak pernah reply, awal je blue tick sekarang macam tak baca pun ada. Macam tak sampai pun ada. Ke dia dah ada orang lain? Tapi mustahil lah, kata ummi dia. Dia memang tak pernah ada kekasih" Leyla berteka-teki dengan dirinya sendiri.
"YA. Ada apa Akhtar?" soal Akif sebaik menjawab salam.
"Along tahu ke plan ummi nak merisik bertunang semua ni?" tanya Akhtar pada Akif.
"Masa Akhtar ke johor tu, ada family diaorang datang. Bincang nak buat majlis merisik sekali bertunang minggu depan. Tapi Along dengan Angah dah cakap. Apa-apa pun tunggu Akhtar balik. Perkara macam ni, tak boleh main tentukan je. Angah pun cakap, Akhtar mungkin dah ada plan sendiri. Kalau nak sangat, kena tunggu la jawapan setuju dari Akhtar. Kalau Akhtar setuju baru Along cakap boleh teruskan" jelas Akif tentang perkara sebenar.
"Itu je?" soal Akhtar lagi.
"Setakat ni itu je lah. Kalau Akhtar tak setuju, itu hak Akhtar. Along dengan Angah tak nak masuk campur dengan pilihan hidup Akhtar. Macam Along dengan Angah cakap sebelum ni, yang nak hidup berumahtangga tu nanti Akhtar bukan kami, bukan ummi atau abi. Akhtar kena buat pilihan" nasihat Akif pada adiknya.
"Akhtar dah tolak, Akhtar dah cakap tak bersedia. Akhtar dah berterus terang dengan ummi abi apa rancangan Akhtar. Cuma Akhtar belum bersedia untuk beritahu tentang kawan Akhtar ni. Masih jauh lagi perjalanan ni, Akhtar buntu kenapa isu ni nak muncul sekarang. Lagi buntu bila dengar ummi dan abi nak masuk merisik hantar tanda tanpa pengetahuan Akhtar" luahnya pada Akif tentang apa yang di dengarinya tadi.
"Bila ummi abi cakap ni, rasanya isu ni dah tutup haritu. Tunggu persetujuan Akhtar, kalau tak setuju tak perlu teruskan. Jadi sepatutnya tak ada isu lagi kalau Akhtar tak setuju" terang Akif.
"Tadi, Akhtar terdengar ummi dengan abi nak tukar pada majlis merisik and bagi cincin sebagai tanda. Bertunang tunggu Akhtar bersedia. Apa yang Akhtar perlu buat sekarang ni?" Akhtar buntu dan perlukan pendapat abangnya itu.
"Along pun tak tahu. Akhtar tahu kan ummi punya keputusan macam mana. Macam ni lah, Akhtar tutup mata la dengan hal merisik ni. Selagi Akhtar tak bersetuju untuk bertunang, pertunangan tu tak akan berlaku. Nanti perlahan-lahan Along, Kak Long dengan Angah cuba fikir cara terbaik untuk bantu Akhtar macam mana" hanya itu jawapan dan cara terbaik mampu Akif berikan pada adiknya. Jatuh kasihan juga dia, tapi keputusan umminya sangat sukar untuk di ubah.
"Thanks Along" jawab Akhtar dengan nada pasrah.
"Jangan fikir sangat lah, buat masa ni buat macam biasa je. Busykan diri, cuba elak dari bercakap hal ni dengan ummi abi. Doa banyak-banyak, minta dengan Allah. Semoga urusan hidup Akhtar di permudahkan. Along ada tetamu ni kat rumah mertua, apa-apa hal boleh call je nanti" kata Akif pada adiknya sebelum menamatkan panggilan.
Akhtar beristighfar. Merenung ke luar tingkap biliknya. Mencari rasa yang mampu menenangkan jiwanya. Dia cuba menerima ujian yang diterimanya. Dia bermuhasabah diri seketika.
Bangkit beralih ke katilnya. Dibuka gallery gambar folder yang tertulis Bungaku. Dia tatap gambar-gambar Bunga. Menerbitkan sedikit rasa tenang dalam hatinya.
"Saat kita baru bermula, tetapi kita terus di uji begini. Maafkan Arjuna mu Bunga. Teruslah menjadi kekuatan dan sebab untuk Arjuna pertahankan impian kita bersama" luah Akhtar ketika merenung gambar Aleeya.
"SAYA dah beritahu Zaharah. Dia setuju untuk kita merisik sebagai tanda" kata puan Nuraini pada suaminya.
"Baguslah begitu" jawab envik Usaid Akram.
"Abang rasa, Akhtar tu dah ada pilihan sendiri ke? Cara dia mengelak buat saya ragu-ragu pula" tanya puan Nuraini.
"Entahlah. Abang pun rasa macam tu juga. Cuma dia belum bersedia nak kenalkan pada kita. Atau pun dia memang tak ada pilihan, tapi betul-betul belum bersedia" kata Usaid Akram pada isterinya.
"Tak pernah lagi dia menolak permintaan saya. Kali ini, lain benar caranya. Dia pun nampak macam tak berminat sahaja pada Leyla tu" kata puan Nuraini lagi.
"Awal lagi saya dah kata, soal hati ni kita tak boleh nak paksa. Tapi saya ikut setuju, sebab saya tahu Akhtar memang tak ada pilihan sendiri. Kalau dia ada pilihan sendiri. Kita kena kenal lah dengan pilihan dia, baru kita boleh menilai sesuai ke tidak. Macam soal Angah juga, saya tengok si Laily tu semakin berubah. Semakin sopan pakaian dan caranya. Kita tahu dia memang tak berapa banyak cakap macam Hanim yang mudah mesra, tapi perhatikan cara dia. Semua tertib, sopan, hormat orang tua, beradab, solat terjaga. Itu dah cukup untuk kita tahu dia boleh bantu Angah mendidik zuriat mereka nanti" kata-kata encik Usaid Akram sedikit menjentik hati isterinya.
"Betul lah tu. Gembira saya tengok perubahan Laily. Tapi saya memang berkenan betul dengan Leyla ni bang. Saya nampak sesuai sangat jika dia jadi pasangan Akhtar" masih lagi puan Nuraini berharap.
"Jika ada jodoh mereka, adalah. Merisik ni sebagai tanda sahaja. Jika tidak berjodoh, kita berlapang dada. Kita perlu jelaskan juga pada Hashim dan Zaharah. Ini cuma perancangan, jika tidak berjodoh jangan lah pula kita bermusuhan" terang encik Usaid Akram lagi.
"Ya lah. Nanti kita terangkan pada mereka sewaktu merisik" jawab puan Nuraini.
TIBA hari minggu yang dijanjikan. Puan Nuraini dan encik Usaid Akram ke rumah puan Zaharah dan encik Hashim bagi merisik anak gadisnya Leyla.
"Yang ini, cincin belah rotan kosong sebagai tanda merisik sahaja. Jika berjodoh, bersatu lah mereka. Jika tidak, anggap sahaja bukan rezeki kita nak berbesan" terang puan Nuraini pada semua yang ada.
"Jika tak jadi, cincin ini perlu kami pulangkan? Tapi harapnya menjadilah ya. Berharap sangat kami ni, kerana yakin anak teruna kamu boleh jaga Leyla dengan baik" kata puan Zaharah pula.
"Tak perlu pulangkan. Anggap sahaja sebagai hadiah. Jujur saya katakan, ini dari kami bukan dari Akhtar. Jika dia telah bersedia dan bersetuju untuk bertunang, nanti cincin tunang itu akan dibeli sendiri oleh Akhtar ya" kata encik Usaid Akram pula.
"Faham, kami faham. Kita sebagai ibu bapa doakan la semoga mereka berdua berjodohan ya. Sesuai benar mereka jika menjadi pasangan" kata encik Hashim pula.
"Leyla bila pulang ke hostel? Ada satu tahun lebih lagi ya nak habis belajar?" tanya puan Nuraini.
"Minggu depan dah naik sem baru. Betul masih ada setahun setengah lagi. Lepas tu habis lah" jawab puan Zaharah.
"Kita bagi ruang lah pada mereka ni habiskan belajar dahulu. Mana tahu nanti bila dah sampai masa Akhtar bersetuju, boleh lah kita teruskan dengan perancangan kita untuk satukan mereka" kata puan Nuraini.
"Ya betul. Saya setuju, mana tahu kan nanti. Tiba-tiba terbuka hati mereka ni, mudah kerja kita. Kita mendoakan yang baik-baik sahaja hendaknya" kata encik Hashim pula.
Selepas beberapa ketika mereka berbual-bual. Mereka mula meminta diri untuk beransur pulang. Sebaik encik Usaid Akram dan puan Nuraini pulang, puan Zaharah memanggil anaknya Leyla untu menyerahkan cincin risik padanya.
"Ni cincin risik sebagai tanda dari ummi dan abi Akhtar. Yang ini bukan dari Akhtar ya. Nanti bila dah bersetuju untuk teruskan majlis bertunang, baru Akhtar yang akan beri cincin sewaktu bertunang. Ini pakai di jari manis kiri ya" serah puan Zaharah pada Leyla.
"Baik mama. Kiranya macam Leyla baru kena book la kan. Bila bertunang kira macam dah setuju untuk bernikah akan datang la ya?" soalnya pada puan Zaharah.
"Macam tu lah. Cuma tadi kami bincang, kalau tak berjodoh cincin ini jadi hadiah dari ummi dan abi Akhtar. Kalau berjodoh akan bertunang la kamu bila sampai masanya" pesanan puan Nuraini di sampaikan pada Leyla.
"Mama dan abah doakan ya kami berjodoh, Leyla yakin Akhtar memang sesuai untuk jadi bakal suami Leyla" katanya pada puan Zaharah dan encik Hashim.
"InsyaAllah Leyla" jawab encik Hashim dan puan Zaharah serentak.
Leyla ambil dan sarungkan ke jari manisnya. Muat-muat sahaja. Dia berniat akan terus memakai cincin itu sehingga tiba waktu untuk menyarungkan cincin pertunangan pula. Tinggi harapan dan impian Leyla untuk di satukan bersama Akhtar.
Share this novel