PAGI subuh syawal itu puan Aliah telah menyiapkan kuah masak lodeh kegemaran mereka semua. Selepas solat subuh, masing-masing melakukan tugas menghidangkan makanan bersama. Setelah siap semuanya, masing-masing menuju ke bilik bersiap untuk pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.
"Wah, cantik-cantik dan handsome-handsome anak menantu dan cucu ibu. Sesuai betul warna baju tahun ni, nampak semua berseri" kata puan Aliah melihat anak dan menantu serta cucunya yang telah siap.
Tertawa mereka dengan pujian puan Aliah.
"Anak menantu cucu ibu kan, mesti la cantik dan berseri macam ibu" kata Eryna.
"Kakak dengan abang Iqmal mesti dah feeling pengantin baru, ni seketul princess Iris jangan nak buat tak tahu" kata Emir yang dipaksa Iris melayannya.
"Tak kasi peluang betul la Emir ni, baru nak feeling romantic, kan abang" jawab Eryna sambil meminta Iqmal menyokongnya. Ketawa semua yang ada.
"Macam biasa, jom bergambar dulu. Lepas tu bermaafan, alas perut pergi masjid solat" Eidlan bersuara.
Bergambarlah mereka pagi itu. Dari family portrait sampai ke single portrait membawa ke candid portrait. Itu semua kenangan bagi mereka sekeluarga. Eidlan juga turut merakam video mereka bersalam pagi itu menggunakan camera DSLR Canon miliknya.
Tamat sesi bermaafan, mereka mengalas perut dengan menjamah sedikit juadah sebelum menaiki dua buah kereta menuju ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.
"ABANG photo shoot" pinta Aleeya setelah sampai di rumah, pulang dari masjid.
"On" Eidlan memang gemar melayan kerenah Aleeya yang satu itu. Kebanyakan gambar Aleeya yang cantik-cantik adalah hasil daripadanya.
"Nak photo shoot la tu, nak join" kata Emir pula. Dan hasilnya semua berpakat photo shoot di luar rumah dahulu termasuk lah puan Aliah.
"Gambar yang abang ambil memang tak pernah mengecewakan. Belum lagi bila dah edit. Kebaboom" kata abang iparnya, Iqmal.
"Biasa je bang, minat. Boleh lah" kata Eidlan merendah diri.
Setelah puas bergambar mereka masuk ke rumah dan mula menikmati juadah hari raya. Kemudia merancang untuk menziarahi sanak saudara yang berdekatan. Bermacam bunyi notifikasi di handphone masing-masing setelah mereka menghidupkan handphone sejak pulang dari masjid.
"Amboi masing-masing berlumba bunyi ke ni?" tanya puan Aliah sambil tersenyum.
Semua terpinga-pinga dengan soalan puan Aliah. Tersengih puan Aliah dengan reaksi balas anak-anak menantunya.
"Tu handphone tu, berlumba bunyi tak berenti" terus mengundang tawa mereka semua.
"Ada staff, clients dengan kawan-kawan ucap selamat hari raya ibu" jawab Eidlan.
"Betul, Eryna dengan Iqmal dari semalam lagi nak tidur pun bunyi. Sampai off handphone. Ni baru on, berdesup la masuk" jawab Iqmal pula.
"Adik biasalah, cikgu dengan kawan sekolah. Mana yang contact lagi" Emir menyambung.
"Bunga pun sama, mana yang rapat masih berhubung ada la ucap selamat hari raya" jawab Aleeya pula.
"Ibu tahu. Sengaja mengusik, jom lah. Kita gerak ziarah saudara mara. Esok kita pula tunggu tetamu datang" ajak puan Aliah pada anak-anaknya.
DALAM perjalanan, Aleeya baru melihat handphone miliknya. Di rumah tadi dia hanya membiarkan sahaja. Eidlan di sebelah memerhatikannya. Aleeya yang perasan dengan pandangan abangnya segera bertanya.
"Kenapa abang? Pandang Bunga macam tu?"
"Akhtar ada WhatsApp Bunga?" soal Eidlan tanpa berselindung.
"Oh. Ada semalam malam ucap selamat hari raya. Hari yang kita balik tu pun ada, tanya dah sampai ke macam mana. Tapi esoknya baru Bunga reply sebab terlupa" Aleeya memang tidak pernah berahsia dengan Eidlan.
"Harini?" soal Eidlan lagi.
"Entah belum tengok. Sebab banyak sangat ni" jujur Aleeya.
"Kalau dia WhatsApp Bunga reply la. Jangan buat dia tertunggu-tunggu" nasihat Eidlan.
"Baik abang. Bunga tengah reply la ni yang mana ada hantar mesej. Nanti kalau ada chat dia Bunga reply ya" jawab Aleeya sambil tersenyum.
Aleeya membalas semua ucapan yang diterima. Sehinggalah kepada group chat bersama si kembar. Mereka menghantar gambar serta ucapan hari raya juga.
BSM GROUP
Sayang : Selamat hari raya Bunga.
Manja : Selamat hari raya juga Bunga.
Bunga : Selamat hari raya juga sayang-sayang semua.
Manja : Oi. Baru nak reply ke?
Sayang : Gambar mana gambar?
Bunga : Mestilah, rayakan family first gadget last.
Bunga : Nanti aku send. Kena pilih yang cantik dulu (emoji jelir lidah disertakan)
Dia membiarkan mereka typing. Yang terakhir baru Aleeya jumpa nama Akhtar. Paling awal hantar ucapan hari raya pagi itu.
++
Selamat hari raya Bungaku. InsyaAllah, semoga ini hari paling gembira buat kita berdua bersama keluarga. Jangan lupa hantar gambar untuk abang, make sure I'm the first person. -Akhtar-
Aleeya memandang abangnya di sebelah. Ketika itu mereka telah sampai ke rumah datuk saudaranya. Mereka keluar dan jalan beriringan, Bunga mengambil kesempatan menarik abangnya dan menunjukkan WhatsApp Akhtar. Tersenyum Eidlan membaca.
"Reply lah. Hantar gambar" kata Eidlan selamba menyuruh.
"Abang pilih gambar, Bunga reply" jawab Aleeya.
Setelah melihat, Eidlan memilih satu gambar Bunga yang diambil secara candid photo namun menarik dan cantik.
"Gambar ni yang abang candid, cantik. Hidup. Bunga tersenyum, posture badan pun cantik" pilih abangnya.
"Bunga pun ingat nak hantar gambar tu tapi macam over pula tadi rasa" kata Aleeya jujur.
"Abang approve, gambar tu paling cantik. Tak over pun. Natural" muktamad Eidlan membuat pilihan untuk Aleeya.
"Gosip apa ha dua orang ni" sergah Eryna.
"Pilih gambar. Gosip apa kakak ni" geram Aleeya diganggu kakaknya. Ketawa sahaja Eryna, Eidlan hanya tergeleng melihat keadaan itu. Tidak dihirau kakaknya, Aleeya membalas ucapan Akhtar dengan gambar yang di pilih tadi.
++
Selamat hari raya juga abang. InsyaAllah, hari ini hari gembira kita bersama keluarga. Nah, belum send pun pada kembar. Abang orang first dapat gambar Bunga. -Aleeya-
Setelah itu, dia mula melihat group chatnya bersama si kembar lagi.
BSM GROUP
Manja : Pilih yang cantik pun berjam ke?
Sayang : Entah dia ni. Geram aku.
Bunga : Nah sekali 4 aku bagi. Cantik tak? Walaupun tangan beranduh. Abang snap kan. Jangan jealous.
Manja : Ala, tak aci. Nak photo shoot jugak.
Sayang : Alaaaa..cantiknya. serious lah belum edit ni kan. Kalau edit mesti lagi gempak.
Bunga : Yup original. Hahaha. Aku berziarah ni. Nanti malam kita sambung.
Baru mahu menyimpan handphonenya, notifikasi masuk dan tertera nama Akhtar.
++
Lambatnya reply. Cantik sangat Bunga abang ni. Ada gambar lain? Boleh abang minta? -Akhtar-
++
Sorry, balik dari masjid tadi baru on handphone . Ni pun Bunga tengah ziarah saudara mara. Sekejap lagi Bunga send. -Aleeya-
Eidlan dihampiri. Aleeya minta abangnya memilih 3 lagi gambar yang dirasakan sopan dan cantik. Setelah dipilih, Aleeya menghantarnya pada Akhtar.
++
Terima kasih. Abang simpan ya. Ni gambar abang. Sorry biasa je.-Akhtar-
Dilihat Akhtar memakai baju yang sama warna dengannya. Kelihatan segak dan terserlah ketampanannya.
"Eh, sama tema dengan kita. Not bad, pandai dia posing" kata Eidlan.
"Minta dia gambar lagi dua tiga keping. Nanti abang edit" selamba Eidlan berbicara.
"Malu lah, abang la minta sendiri" Aleeya menolak. Tersenyum sahaja Eidlan mengeluarkan handphonenya dan direct mesej Akhtar meminta gambarnya. Akhtar pula sporting, memberikan gambar yang dipinta Eidlan. Tak terkata Aleeya. Tidak lama Aleeya juga menerima gambar yang sama.
AKHTAR lebih banyak berdiam diri sejak peristiwa di perkenalkan calon jodohnya. Along dan angah datang menegurnya yang lebih banyak melihat Akhtar bermain handphone jauh sedikit dari orang ramai.
"Kenapa ni? Sejak kita orang balik Akhtar macam senyap je. Ada masalah ke?" tanya Akif abang sulongnya.
"Entahlah. Nanti lah cerita. Tolong ambil gambar Akhtar jap Angah" jawab Akhtar, dalam masa yang sama dia dia meminta Akmal, abang keduanya membantunya.
"Boleh, tadi pun Akhtar dah tolong ambil gambar Angah banyak" jawab Akmal.
Cantik hasil gambar yang diambil abangnya itu. Dia menghantarnya pada Eidlan dan Aleeya.
"Dah macam orang nak menikah pakai baju colour ni" usik kakak iparnya, Hanim.
"Calonnya jauh, seberang 4 negeri. Lambat lagi 3 ke 4 tahun lagi kot" selamba Akhtar menjawab.
"Amboi ada calon dah ke?" tanya Akmal.
"Mana ada lah, saja merepek" tersenyum Akhtar menutupi kenyataan sendiri.
"Ummi kata dia dah ada calon untuk Akhtar, betul?" Akif bertanya.
"Semua dah tahu la ni?" soal Akhtar kembali.
"Kalau Akhtar dah ada pilihan bagitahu la ummi, hal berumahtangga ni bukan perkara kecil" kata Akmal pula.
"Kak Long, dah tengok gambar Leyla tu. Dah dengar ummi cerita tentang dia juga. Tapi Kak Long pun dah nasihat ummi, tak boleh paksa soal jodoh ni. Akhtar pandai-pandai lah pujuk ummi kalau Akhtar dah ada pilihan sendiri" nasihat kakak iparnya, Hanim.
"Betul, Along dulu pun macam Akhtar, Angah pun. Tapi nasib Along baik sikit, Kak Long memang memenuhi ciri-ciri yang ummi nak. Jadi hal menjodohkan di lupakan. Angah pun, bertegas dengan pilihan dia. Sebab tu Laily dah jadi tunang dia, nak khawin dah pun 3 bulan lagi. Akhtar kalau ada cuba kenalkan dengan kami. Mana tahu ummi boleh terima" kata Akif pula.
"Susah nak cakap, Akhtar ada berkawan dengan someone ni. Gadis biasa, life pun biasa. Akhtar baru berkawan dengan dia, actually Akhtar dah try approach dia lama. Baru-baru ni je dia bagi jawapan accept Akhtar sebagai kawan. Akhtar kenal abang dia, Akhtar dah minta izin nak kawan dengan dia ni. Then tiba-tiba balik rumah, jadi macam ni" jelas Akhtar pada mereka.
"Sekarang ni, memang kawan je la? Kawan biasa ke macam mana ke? Atau memang ada plan apa-apa ke?" tanya Akmal pula.
"Akhtar tak nak bercinta, berjanji bagai semua ni. Akhtar dah plan, nak continue study dalam 2 ke 3 tahun, lepas tu nak kerja dah stabil baru plan nak kahwin. Gadis ni pun, ada plan dia. Sama juga nak continue study, kerja sambil kumpul duit untuk buka cafe and florists. Akhtar tak nak declared apa-apa relations sebab Akhtar tak nak nanti sama-sama terluka, kecewa if tak berjodoh. Apa yang Akhtar nak, kami kekal berkawan sehingga bersatu one day nanti. Dan untuk sampai pada penyatuan tu, Akhtar akan selalu berdoa semoga urusan kami di permudahkan. Tapi bila dah jadi macam ni, Akhtar tersepit dengan keinginan sendiri atau keinginan ummi dengan abi" luah Akhtar pada abang-abang dan kakak iparnya.
"Ada gambar budak tu? Meh la bagi kami tengok" tanya Hanim.
Akhtar membuka folder gallery lalu menghulurkan handphonenya. Abang-abang dan kakak iparnya melihat gambar Aleeya.
"Manis orangnya, nampak sopan. Pakaian pun masih menutup aurat, pakai handsock, stokin. Banyak gambar macam gambar curi je ni" tembak Hanim.
"Ada yang Akhtar curi-curi ambil, masa tu belum berkawan lagi. Gambar yang betul-betul dia bagi, gambar raya harini. Itu pun Akhtar berkeras minta, tapi dengan izin abang dia" jawab Akhtar jujur.
"Along rasa macam ni la, Akhtar bagi ummi dengan abi alasan continue study dulu. Lepas tu baru fikir hal ummi abi minta tu. Dalam masa yang sama cuba la cari cara kenalkan kawan Akhtar ni pada kami semua" cadang Akif.
"Angah sokong, bila dah habis study, dah dapat je kerja. Boleh la kot nak fikir soal kahwin ni. Angah ni pun masih rasa antara mampu dengan tidak, tapi Laily selalu cakap dia yakin dengan Angah. Ummi pun terima Laily tu sebab Angah berkeras dengan keputusan Angah. Laily pun Angah dah slowly nasihat labuhkan sikit tudung tutup dada, baju longgar sikit nak bergaya pun, stokin pakai. Alhamdulillah, dia okay. Berubah dah" ujar Akmal pula.
"Tengok ni gambar dia dari sebulan sebelum puasa sampai harini. Ada perubahankan. Angah memang tak bagitahu ummi apa-apa. Angah nak ummi tengok dia sendiri, nilai sendiri. Manusia berubah" Akmal menunjukkan gambar terbaru Laily pada mereka semua.
"Makin comel dah, makeup pun dah natural. Sopan dah ni, Alhamdulillah. InsyaAllah lembut lah hati ummi tu nanti" kata Hanim.
"Akhtar cuba buat keputusan yang terbaik buat masa ni. Banyak hati yang perlu Akhtar jaga. Harapnya apa yang kita cakap ni habis kat sini je lah" Akhtar berharap rahsianya masih tersimpan.
"Kami zip mulut, soal jodoh semua ni. Kami tak nak paksa. Akhtar yang nak hidup dengan orang yang Akhtar akan pilih nanti, minta pada Allah semoga apa yang Akhtar rancangkan. Allah mudahkan" kata Akif menasihatinya.
"Rahsia tersimpan kukuh. Kak Long pun doakan yang terbaik untuk kita semua" ujar Hanim.
"Eh, budak Leyla tu siap call ummi pagi tadi Angah terdengar. Betul ke Kak Long?" tanya Akmal.
"Ha'ah. Ummi kata dia ucap selamat hari raya, jemput datang rumah. Dia ada WhatsApp Akhtar kan? Tapi Akhtar tak reply" kata Hanim.
"Sayang mana tahu ni?" soal Akif pula.
"Ummi cerita la tadi masa kemas kat dapur" jawab Hanim.
"Ada. Semalam dah nak pukul 1 pagi. Lepas tu subuh tadi dia hantar lagi WhatsApp, siap pesan solat sunat raya. Ni tadi dia hantar gambar pula dengan caption selamat hari raya semua. Siap cakap handsome Akhtar hari ni. Tengok la ni" tunjuk Akhtar.
"Hurm, payah ni. Akhtar pandai-pandai la tolak tapi berlapik kata la. Along tak berkenan pula cara dia ni" kata Akif.
"Akhtar tak simpan number dia?" tanya Akmal.
"Tak, tapi gambar profile Akhtar semua orang boleh tengok. Baru je tadi ni Akhtar setting untuk contact je boleh tengok. Akhtar ni punya la puji kawan Akhtar tu cantik. Dia tak balas apa pun tau" selamba Akhtar berkata jujur.
"Memang cantik pun kawan Akhtar tu, muka dia manis, sejuk mata memandang. Natural sangat cantik dia tu" komen Hanim.
"Kenalkan la nanti dengan kitaorang" pesan Akif.
"InsyaAllah" jawab Akhtar.
"Jom lah, tengok ummi dengan abi dah salam-salam tu nak gerak pergi rumah pakndak pula la ni" ajak Akmal.
Mereka beredar dan mula bersalaman dengan saudara mara dan sepupu sepapat yang ada di rumah pakcik saudaranya itu.
Share this novel