"TERROR Aleeya main Balloons Dart, akak sebiji pun tak kena, Ring toss jangan cakap la. Dia sahaja tapau" puji Murni yang duduk disebelahnya.
Mereka duduk seketika untuk berehat, sekaligus memerhatikan rakan-rakan lain yang masih bermain.
"Mana adalah. Senang je tu, akak je kena usaha lebih sikit" usik Aleeya.
"Lepas ni game bombastic pula. Jaga-jaga kak, Aleeya nak balas dendam ni" katanya pada Murni. Lalu air mineral miliknya diminum sedikit.
"Ala. Akak cuma menyokong usaha boss nak memikat hati batu awak tu je" kata Murni.
"Ah, tak kira. Patutnya akak kena la side Aleeya. Kita kan perempuan" ujar Aleeya.
"Memang la patutnya macam tu tapi boss dah bagi upah, so akak tak boleh tolak" gembira Murni menjawab bkata-kata Aleeya.
"Ciss. Dapat upah terus lupa diri. Ni sama group dengan dia ni akak la adjust kan? Haritu Aleeya letak dia kat group lain" bebel Aleeya.
"Opss. Sengaja tukar, arahan boss sendiri" jawab Murni tanpa rasa bersalah.
"Sayang nak air" minta Nazim yang melabuhkan duduknya bertentangan Aleeya.
"Kak, boss nak air tu" Aleeya malas mahu melayan. Entah apa rakan-rakan sekerja akan fikir tentang dia, Nazim asyik melekat bersama dia dan Murni.
"Eh. Dia minta Aleeya la bukan akak" jawab Murni lagi.
"Sayang nak air. Abang dahaga betul ni, please" minta Nazim dengan wajah yang sengaja meminta simpati.
"Saya pergi ambil" Aleeya ingin bangun mengambil air untuk Nazim.
"Tak nak. Nak yang sayang punya" kata Nazim selamba.
Murni terlepas ketawa. Nazim simpan senyum. Aleeya dah terbakar hatinya dengan kerenah lelaki itu. Darius yang baru tiba sedang meneguk air minumannya tersembur mendengar permintaan Nazim itu.
"Nah! Minum aku punya. Gila apa kau usik anak dara orang macam tu sekali" Darius hulur airnya pada Nazim.
"Ish kau ni. Aku saja je la. Nak tengok dia marah. Comel. Cuba tengok tu, muka beku je" jawab Nazim selamba.
"Kau kenakan aku ya. Kau tunggu" bisik Aleeya dalam hatinya.
"Aleeya okay?" tanya Murni yang melihat raut wajah Aleeya yang berubah.
"Okay. Ada orang lancar perang, kita perang betul-betul" kata Aleeya sambil memandang Nazim dengan senyuman sinis.
"Habis la boss" kata Murni.
"I don't care. Challenge accepted" kata Nazim. Darius tepuk dahi.
SESI sukaneka bombastic bermula. Perang antara mereka pun bermula. Aleeya sengaja target ke arah Nazim yang menanti di belakangnya. Habis lencun Nazim tidak dapat menyambut balingan belon berisi air berwarna darinya. Sengaja dia aim memecahkan belon itu pada Nazim. Rakan-rakan sekumpulan yang lain mengeluh kerana cuma sedikit belon mereka yang terkumpul.
"Boss. Sambut belon pun tak pandai ke?" marah Zura ahli kumpulan mereka.
Murni tahan ketawa melihat keadaan bossnya itu. Aleeya senyum sinis.
"Rasakan" bisik Aleeya dalam hatinya.
"Bukan tak pandai la. Aleeya baling tak betul" Nazim tak mahu mengalah.
"Boss kau orang memang tak reti main belon air" sampuk Darius sebelum berlalu pergi setelah puas dia mentertawakan sahabatnya itu.
"Apa la boss ni. Kalah dah kita" kata Fara pula.
"Sorry guys. Game esok kita mesti menang ya" Nazim serba salah, ini semua gara-gara Aleeya lancar perang padanya. Boleh tahan sakit juga hentaman belon air dari gadis itu walaupun balingan dilakukan secara kebelakang.
"Malam ni boss kena nyanyi. Kena bagi menang kumpulan kita" Taufiq memberi cadangannya.
"Kena nyanyi ke? Nanti kalah jangan salahkan saya" kata Nazim pada lelaki itu.
"Boss tak reti nyanyi ke?" lurus Zarul bertanya.
Terlepas ketawa mereka dengan pertanyaan dari Zarul itu. Zarul tayang muka blur.
"Ash, kau je lah nyanyi. Boss nyanyi kalah nanti" kata Zarul lagi.
Makin sakan mereka ketawa. Zarul jadi semakin terpinga-pinga. Aleeya juga turut ketawa dengan reaksi Zarul.
"Jom lah. Kita nak bersiap untuk solat maghrib. Don't worry, kita mesti menang punya. Aleeya kan dah bagi mata tertinggi untuk ring toss, balloons dart pun saya dah bagi high score" ujar Nazim sewaktu kumpulan mereka ingin beredar pulang ke bilik masing-masing.
"Baby!!!" jerit seorang wanita.
"Nazim Ilman!!!" jeritnya lagi.
Mereka semua toleh pandang pada wanita yang memangil Nazim.
"Buat tak tahu. Jom gerak" kata Nazim.
"You! Kenapa you tak stop i panggil you" termengah-mengah gadis itu bercakap setelah berjaya memintas dan berdiri dihadapan Nazim.
Dua lagi rakannya hanya menanti sedikit jauh dari mereka.
"Did i know you? Move aside" arah Nazim selamba. Dia memang sudah menjangkakan kehadiran gadis itu.
Aleeya mengajak Murni beredar. Murni juga mengajak yang lain beredar sama.
"Sayang, wait for me" Nazim mendapatkan groupnya.
"Wuuu...sayanggggg" usik ahli kumpulan mereka.
"I just wanna save my self from that witch" explain Nazim.
"Boss panggil sapa sayang?" usik Zura padanya.
"Semua yang single kat sini" jawab Nazim ceria.
"Auwww...so sweet" kata Fara pula.
"Dah-dah. Kita jumpa nanti" tidak mahu memanjangkan usikan mereka, Nazim menamatkan semuanya.
Kaisara sebal tidak diendahkan lelaki itu. Namun dia tekad akan terus mendekati lelaki itu sementara masih punyai peluang.
"Tak guna. Tak apa. Aku ada masa lagi nak dekati dia. Boleh guna mama dan papa dia" kata Kaisara pada Mimie dan Jane yang berada di sisinya.
"ALEEYA, makan sikit je tak lapar ke?" tegur Alan, salah seorang ahli kumpulannya.
"Sikit je boleh masuk. Penat sangat, tak berapa ada selera nak makan" jawab Aleeya.
"Izzah, kalau penat lagi lapar dibuatnya" kata seorang lagi ahli kumpulannya.
"Aleeya ni pelik sikit. Kat office macam ni la dia, lagi banyak kerja lagi dia tak ada selera nak makan" jelas Murni pula.
"Ha tu, boss datang dengan Dato' Seri dan Datin Seri" kata Ash pada mereka. Semua mata tertumpu ke arah boss mereka kecuali Aleeya yang leka dengan handphonenya.
"Hai semua, dah siap makan ke?" soal Nazim sebaik menghampiri meja makan mereka.
"Tak la boss. Baru je lima minit sampai. Ni tengah makan lagi" kata Zarul.
"Makan boss" pelawa yang lain-lain pula.
"Sila..lepas ni kita jumpa kat tempat karaoke. Tak menyanyi pun kena kumpul kat sana bagi semangat kat wakil kumpulan kita" pesan Nazim pada mereka semua.
"Baby" panggil Kaisara yang muncul tiba-tiba.
"Awek boss ke?" soal Rissa.Â
"Ex" jawab Murni selamba.
"Tak tunggu pun i. Mana papa and mama you? Dia orang kata I boleh joined program you" sengaja dimanjakan suaranya dihadapan pekerja-pekerja lelaki itu.
"Kau tak malu ke? Ni family day syarikat. Bukan holidays" tempelak Nazim. Dia mengelak setiap kali Kaisara cuba menyentuhnya.
Mereka yang berada di meja itu mula berasa tidak selesa dengan drama dihadapan mata. Aleeya bangun mahu mengambil air minuman. Nazim hanya memerhati arah Aleeya pergi.
"Saya pergi makan dulu dengan parents saya. You all selesakan diri, makan apa semua. Nanti kita jumpa ya" Nazim kemudian meninggalkan ahli kumpulannya.
"Kau! Berambus! Tak tahu malu betul" kata Nazim kasar pada Kaisara.
"Nope. You tak ada hak nak halau i. Papa dan mama you tak kisah pun i joined. And you tak boleh lari dari i" Kaisara meraih lengan Nazim.
Nazim tidak mahu melayan, cepat dia mengatur langkah menjauhi Kaisara. Kaisara pula tidak mahu beredar, dia tetap mendekati Nazim. Nazim tahu pandangan mata pekerja-pekerjanya tertumpu ke arahnya namun diabaikan sahaja. Tumpuan Nazim lebih ke arah Aleeya berada.
"Bosan kan uncle and auntie. Muzik je yang main lagu. Apa kata Sara panggil wakil syarikat uncle seorang untuk menyanyi. Dia pandai nyanyi tau, suara dia sedap" kata Kaisara tanpa rasa malu. Dia sengaja ingin mengenakan Aleeya.
"Oh ya. Ada ke? Siapa?" soal Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Sekejap ya. Sara pergi uruskan. Nanti uncle and auntie tahu la" jawab Kaisara dan berlalu mendapatkan pekerja hotel yang menguruskan P.A System di dewan makan mereka.
"Kamu tahu ke siapa?" soal Datin Seri Afina pada anaknya.
"Tak. Tapi Nazim tak sedap hati" jujur dia menjawab pertanyaan mamanya.
"Attention! Attention! Attention! Kita ada seseorang yang akan menyanyi untuk menghiburkan kita semua" kata Kaisara menggunakan microphone ditangannya.
"Wuuuuu..." sahut para pekerja Nazim yang lainnya disusuli dengan tepukan tangan.
"Okay...okay. Tak perlu buang masa. Saya menjemput Eshal Aleeya untuk menyampaikan lagu buat kita semua" ujar Kaisara dengan ceria sambil bertepuk tangan. Pandang sinis diberikan pada Aleeya.
"Uhuk..uhuk.." tersedak Aleeya apa abila namanya disebut wanita itu.
Yang lain sudah membuat siulan nakal dan bertepuk tangan. Tak kurang juga ada yang menjerit nama Aleeya.
"Main kasar dia ni" kata Aleeya geram.
Nazim dan Darius berpandangan. Resah dua lelaki itu dengan tindakan Kaisara yang diluar jangkaan.
"Aleeya okay?" soal Murni prihatin.
"Macam mana ni? Dia panggil Aleeya nyanyi la" kata Zura pula.
"Aleeya tahu menyanyi ke?" soal Fara pula.
"Aleeya kan cakap dia tak nyanyi. Kalau tak mesti dah masuk untuk karaoke session" kata Zarul pula.
"Aleeya. Macam mana ni?" soal Murni pula.
"Akak percaya saya tak?" soal Aleeya pada Murni.
"Mesti la" jawab Murni. Yang lain juga memandang ke arah mereka.
"Wish me luck" ujar Aleeya, lalu dengan tenang bangun mendekati Kaisara.
"Come on Aleeya. Break a leg!" jerit Murni memberi semangat.
"Aleeya tahu nyanyi ke puan Murni?" soal Alan pula.
"Tak pasti" jawab Murni selamba. Yang lain tepuk dahi. Bimbang entah apa akan jadi.
"Tak perlu buat kalau awak rasa tak boleh" halang Nazim pula apabila Aleeya ingin melepasi mejanya.
"Watch me" jawab Aleeya senada.
"Dia boleh ke?" soal Darius pada Nazim.
"Tak tahu. Tak pernah nampak, tak pernah dengar. Tapi masa bincang dalam group pasal karaoke. Dia cakap dia tak nyanyi" jawab Nazim, berdebar. Dia bimbang gadis itu akan mendapat malu.
"Thanks everyone. Okay la. Sebab cik Kaisara kita tak pandai nyanyi, saya akan wakilkan dia la malam ni. Bukan apa, dia takut kalau dia nyanyi kena baling plate, spoon, fork or food" Aleeya cuba berjenaka sebaik tiba di pentas dan memegang microphone sedia ada.
Aleeya mendekati YAMAHA P-125 88 Key Digital Piano yang ada di situ. Dia bercakap seketika dengan pengendali alatan muzik itu. Nazim sudah berdebar menanti tindakan gadis itu.
"Okay guys. Lagu ni cik Kaisara suka sangat. Sebab encik Nazim tujukan pada dia. Sebab cik Kaisara nak sangat saya menyanyi, maaf semua suara saya macam katak panggil hujan. Semua kena ready letak tangan kat telinga" minta Aleeya selamba.
"Ready? Here we go" kata Aleeya lagi.
Aleeya memandang seluruh dewan. Senyuman sinisnya diberikan pada Kaisara. Kaisara pula mencerlungkan pandangannya pada dia. Aleeya buat tak layan, dia juga melihat pandangan mata rakan-rakan kerjanya tertumpu kepada dia. Dia berbismillah dan kemudiannya perlahan jari jemarinya bergerak di atas kekunci piano electric itu dan mula menyanyi.
Hey, this is a story I hate
And telling it might make me break
But I'll tell it anyway
This chapter's about
How you said there was nobody else
Then you got up and went to his house
You guys always left me out
I still have the letter you wrote
When you told me that I was the only man
You'd ever want in your life
I guess my friends were right
Each day goes by and each night, I cry
Somebody saw you with him last night
You gave me your word, "Don't worry 'bout him"
You might love him now, but you loved me first
Said you'd never hurt me, but here we are
Oh, you swore on every star
How could you be so reckless with my heart?
You check in and out
Of my heart like a hotel
And he must be perfect, oh well
I hope you both go to hell
I still have the letter you wrote
When you told me that I was the only man
You'd ever want in your life
I guess my friends were right
Each day goes by and each night, I cry
Somebody saw you with him last night
You gave me your word, "Don't worry 'bout him"
You might love him now, but you loved me first
Said you'd never hurt me, but here we are
Oh, you swore on every star
How could you be so reckless with my heart?
How could you be so reckless?
How could you be so reckless?
How could you be so reckless with someone's heart?
Hey, this is a story I hate
But I told it to cope with the pain
I'm so sorry if you can relate
Sebaik nyanyian Aleeya habis , tepukan gemuruh memenuhi ruangan dewan makan itu. Ada juga yang nakal mengusik memberikan bunga padanya yang terdapat diatas meja sebagai hiasan.
Nazim dan Darius saling berpandangan dan tersenyum. Tidak disangka Aleeya pandai menyanyi. Dan yang lebih mengejutkan gadis itu bermain alat muzik sendiri. Lagi Nazim teruja, gadis itu ubah lyrics nyanyian untuk mengenakan Kaisara semula. Dia tidak kisah apabila namanya dipergunakan gadis itu.
"Terima kasih semua. Maaf la rosak gegendang telinga dengar saya menyanyi. Oh! by theway, lagu tu encik Nazim yang pilih untuk ditujukan pada cik Kaisara" ujar Aleeya dan ingin berlalu turun dari pentas itu.
"Satu lagu lagi" jerit entah siapa. Dan ada pula suara lain yang menyokongnya. Makin riuh mereka bersorak inginkan sebuah lagu lagi dari Aleeya.
Aleeya tidak endahkan. Dia berjalan tenang kembali semula ke tempat duduknya.
"Rasakan" Aleeya lepas geram setelah melabuhkan duduknya di sebelah Murni.
"Aleeya kata tak pandai nyanyi" tegur Murni padanya. Yang lain juga menanti reaksi dari Aleeya.
"Saya cakap, saya tak nyanyi bukan tak pandai nyanyi" Aleeya tayang sengih terpaksa pada semua.
"Betul-betul you kenakan minah tu balik. Siap tukar lyrics lagu" kata Ash.
"Dia yang mula baling bom, bukan saya. Saya mesti la kena pertahankan diri saya" jawab Aleeya selamba.
"I'm on Aleeya side" kata Fara teruja.
"Me too" kata Zura pula.
"Sama" serentak yang lain pula menyokongnya.
Spontan terlepas ketawa Aleeya. Mereka yang lain juga. Terus mereka bergosip sakan. Aleeya buat tak endah, dia busy bertanya dan membalas itu dan ini dengan team Bunga&Coklat.
"WOW! Berani kau eh" Kaisara menghalang laluan Aleeya yang mahu keluar dari bilik air.
"What?" soal Aleeya semula.
"Aku kekasih dia kan" kata Kaisara lagi.
"Jadi? Apa kaitannya dengan aku? If kau kekasih dia, siapa pula lelaki yang dengan kau kat hotel dulu? Lelaki yang dengan kau minggu lepas di Hotel Daisy? Ke kau ni cuma anggap semua lelaki tu kekasih pakai buang untuk isi masa lapang kau?" sengaja Aleeya berkata begitu.
"Bukan urusan kau. Aku nak kau jauhi Nazim. Dia milik aku" ujar Kaisara tegas.
"Really? Tapi itu bukan seperti yang aku tahu. Berpijak di dunia yang nyata, kelak diri sendiri yang kecewa" Aleeya ingin berlalu pergi sebaik dia habis menuturkan kata.
"Dia aku punya. Selamanya aku punya. Kau, tunggu saja aku hapuskan kau sedikit demi sedikit. Sehingga diakhirnya kau hilang dari hidup dia. Dia aku punya. Ingat pesanan aku ni" Kaisara sengaja memberikan ugutan.
"Silakan" jawab Aleeya lalu beredar pergi dari situ.
Setelah Aleeya duduk bersama ahli kumpulannya. Murni menegur dia yang kelihatan sedikit tegang wajahnya.
"Aleeya okay? Kenapa macam stress" soal Murni.
"Minah tiga suku tu tahan Aleeya tadi, ugut Aleeya lagi" jawab Aleeya tenang.
"Serious la? Habis Aleeya okay tak ni?" sedikit kuat suara Murni, menarik perhatian ahli kumpulan yang lain.
"Kenapa puan?" soal Zura pada mereka.
Yang lain juga menoleh pandang pada Murni dan Aleeya.
"Tak ada apa, saya nak terjatuh tadi kat luar sana" jawab Aleeya bersahaja.
"Oh. Ingat kenapa la. Dah nak start ni" kata Zarul pula.
Lima belas minit berlalu. Pertandingan karaoke masih berjalan. Dengan komen dari juri-juri tak bertauliah, ada yang mencuit hati. Terasa hilang sedikit bebanan fikiran Aleeya dari hal Kaisara.
"Okay, turn saya pula. Sebelum saya mulakan. Saya nak tujukan lagu ni untuk seseorang. Terima lah Rela Ku Pujuk, Spider" kata Nazim dihadapan semua.
Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini
Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk
Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Aku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya
Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu, whoa, whoa, wow
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk
Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk
"Wah! Itu dia. Boss kita menyanyi suara ala-ala Tam Spider. Tapi bagi saya boss lagi sesuai jadi spiderman la" kata Razlan selaku juri malam itu. Terlepas tawa Nazim dan yang lainnya.
"Not bad. Tapi siapa pula orang yang boss tuju lagu tu. Yang lain tak ada pun tuju-tuju. Boss nak tackle siapa ni?" kata Ruhi dengan nada mengusik selaku juri yang kedua.
"Uuuuuuu...." disambut oleh rakan kerja yang lain.
Murni sudah teruja. Aleeya buat tak endah. Yang lain masih bersahut sahutan bertanya siapa gerangan penerima lagu itu. Nazim hanya tersenyum diusik begitu.
"Berahsia pula boss ni. Tapi kan, macam kena reject je boss. Sebab lagu boss nyanyi tu menceritakan lelaki tu kejar cinta perempuan tu tapi tak dapat-dapat. Boss kena reject ke ni?" usik Wani pula selaku juri ke tiga. Makin gegak gempita dengan tawa pekerja, ada saja mereka mengusik Nazim.
"Tenang semua tenang. Kita semua tahu boss tak akan mengaku. Jom kita tanya puan Murni" kata Taufiq selamba selaku juri ke empat, dia datang menghampiri Murni.
"Saya ke? Saya tak tahu. Tapi Aleeya mungkin tahu? Aleeya?" sengaja Murni berkata begitu.
"Uuuuuuu..." sorak rakan-rakan lain.
"Hahaha..tahu pula saya ni. Tapi sorry geng, saya tak tahu. Apa pun good job boss. Saya nampak kilat kat luar tadi tu, mujur tak hujan" Aleeya jawab tanpa perasaan.Â
Habis terbarai ketawa masing-masing dengan kata-kata Aleeya. Nazim senyum sahaja. Dia tahu perang semakin hangat. Dia ingin mengenakan gadis itu, tetapi dia pula terkena kembali. Nazim 0 - Bunga 2.
"Habis pun. Senak perut gelak dengan komen dia orang. Lagi senak perut bila dia orang nyanyi main hentam je" kata Fara sewaktu mereka berjalan pulang ke bilik.
"Terhibur betul. Eh, tapi kan. Macam serious je boss tuju lagu tu. Kat sapa eh" kata Zura pula.
"Kan. Siapa eh? Tapi boss nyanyi sedap la. Saja dia orang nak kenakan boss tadi" kata Mai pula.
"Kan. Kat sape la kan? Aleeya, betul tak tahu ke?" sengaja Murni bertanya.
"Entah" jawab Aleeya sepatah. Malas mahu melayan usikan Murni.
++
Penat abang sumbangkan suara abang malam ni. Boleh sayang kata nak hujan. -Nazim-
++
My bad. -Aleeya-
++
Tak sedap ke abang nyanyi? Sepenuh jiwa tau. -Nazim-
++
Tak. Dah nama pun 'sumbang'kan. Patut la jadi lagi tak sedap. Penuh sangat jiwa, tu sebab jadi pecah sound telinga yang dengar, overload. -Aleeya-
++
Sedih abang. -Nazim-
++
Saya tak. -Aleeya-
Tanpa rasa bersalah dia membalas semuanya, juga tanpa ada rasa berdosa. Dia tahu kemenangan akan berpihak padanya.
++
Abang merajuk. -Nazim-
++
Selamat malam. -Aleeya-
"Habis dah chat?" tegur Murni. Dia tahu Nazim yang WhatsApp Aleeya.
"Malas nak layan. Nak tidur penat. Akak pun, bukan nak backup saya. Boleh pula pindah side boss" jawab Aleeya ketika masih lagi memandang handphonenya.
++
Selamat malam sayang. Esok breakfast sekali dengan abang. -Nazim-
++
In your dream. -Aleeya-
"Hahaha. Bagi la dia peluang" pujuk Murni.
Aleeya senyum nipis.
"Selamat malam kak" kata Aleeya kemudian melelapkan matanya.
Share this novel