PAGI Sabtu Aleeya dan kembar sama-sama bersiap untuk keluar. Aleeya akan menghantar kembar terkebih dahulu ke stesen keretapi yang berdekatan, sebelum bergerak ke rumah sewa Akhtar.
Pakaian lebih dibawa atas permintaan Akhtar, Aleeya juga membawa rattan picnic basket, picnic mat juga dibawanya bersama. Khemah untuk camping sememangnya sentiasa tersedia juga dibawa. Dia dan kembar kerap juga mengikuti aktiviti camping yang di anjurkan kelab Rakan Muda atau apa sahaja activity camping yang ada.
"Kau orang balik nanti macam mana? Dia orang hantar ke balik sendiri?" tanya Aleeya pada kembar setelah tiba di stesen keretapi.
"Dia orang hantar. Don't worry" kata Azizah.
"Okay. Apa-apa hal call okay. Hati-hati dalam train. Aku gerak dulu nak singgah kedai beli buah tangan untuk picnic" kata Aleeya pada kembar yang sudah berada di luar keretanya.
"Kau pun take care" pesan Azlina.
Pada mulanya Akhtar mahu mengambil Aleeya di hostel. Memandangkan kembar juga perlu keluar, Aleeya berkeputusan untuk ke rumah sewa Akhtar sahaja. Selepas selesai membeli sedikit buah-buahan, air mineral dan beberapa jenis makanan di bakery. Aleeya bergerak ke rumah sewa Akhtar, dia berjanji untuk tiba di rumah sewa Akhtar pada jam 9.30 pagi.
"Assalamualaikum, Bunga dah sampai kat depan rumah ni" sapa Aleeya sebaik Akhtar menjawab panggilnya.
"Wa'alaikumsalam. Ya? Okay. Sekejap" jawab Akhtar.
Tidak lama Akhtar yang sudah siap keluar menemui Aleeya di keretanya. Aleeya parking keretanya di seberang jalan hadapan rumah sewa Akhtar. Kurang manis pula untuk parking di hadapan pagar rumah lelaki bujang.
Akhtar mengetuk cermin tingkap kereta. Aleeya menurunkan cermin kereta dan tersenyum memandang Akhtar di hadapannya.
"Handsomenya. Nak pergi picnic ke nak pergi mengurat anak dara orang ni" usik Aleeya.
"Nak mengurat orang tu la" sengaja Akhtar melayan usikan Aleeya.
"Dah siap nak gerak ke ni?" tanya Aleeya.
"Kita orang dah siap dah. Kita gerak sekali dengan dia orang, sekali jalan. Bunga naik kereta Arjuna ya? Nanti kereta Bunga park dalam rumah sewa Arjuna" jawab Akhtar.
"Okay. Yang lain dah sampai?" soal Aleeya lagi.
"Belum. Elyn dengan Aira tak sampai lagi. Tengah tunggu diaorang la ni. Bunga dah breakfast?" tanya Akhtar.
Aleeya tunjuk roti dan air kotak miliknya yang baru di jamah sedikit ketika tiba di hadapan rumah sewa Akhtar. Akhtar ambil air kotak yang di pegang Aleeya, lalu diminum dengan riak wajah yang tidak bersalah.
"Air Bunga la Arjuna" kata Aleeya.
"Dah jadi air kita" dihulur semula air kotak pada Aleeya. Tergeleng kecil Aleeya dengan sifat selamba Akhtar itu.
"Nak roti sikit" minta Akhtar.
"Tak breakfast lagi ke? Tapi yang ni Bunga dah makan. Ambil yang baru ya" kata Aleeya yang ingin mengambil roti lain untuk diberikan kepada Akhtar.
"Tak apa, nak yang Bunga da makan tu. Nak sikit je" minta Akhtar. Aleeya hulur juga roti yang baru hanya di makan sedikit tadi.
"Belum breakfast lagi. Tu sebab lapar, orang tu punya makanan pula nampak sedap" Akhtar hulur semula roti itu pada Aleeya setelah dimakan separuh.
"Ingat dah breakfast dulu dah. Bunga tunggu dalam kereta je la ya. Tak manis pula kalau tunggu depan rumah orang bujang. Nanti apa kata jiran. Arjuna masuk la dulu, nanti Aira dengan Elyn sampai. Bunga keluar" Aleeya sedikit bimbang jika jiran Akhtar tersalah anggapan padanya.
"Okay. Tunggu sekejap eh" kata Akhtar sebelum berlalu masuk ke rumah semula.
Sepuluh minit menanti Aleeya hanya melayan lagu dan novel di dalam kereta dengan tingkap yang sedikit terbuka. Akhtar datang ke arah keretanya. Aleeya yang perasan segera menurunkan cermin kereta.
"Kenapa Arjuna?" tanya Aleeya sebaik Akhtar tiba di keretanya.
"Kereta Aira problem. Ada kereta Elyn, dengan kereta Arjuna je. Barang banyak juga ni nak bawa. Sebab buat BBQ sekali" jelas Akhtar.
"Oh. Macam tu pakai la kereta Bunga. Tak ada masalah pun" ujar Aleeya pada Akhtar.
"Bagi Azad bawa kereta Bunga boleh? Bunga naik dengan Arjuna ya?" tanya Akhtar.
"Boleh. Tak ada masalah. Kita pindahkan barang Bunga dulu dalam kereta Arjuna" kata Aleeya lalu tersenyum nipis.
Aleeya alihkan keretanya ke hadapan pagar rumah Akhtar supaya mudah untuk memindahkan barangnya ke dalam kereta Akhtar. Sedang mereka menyusun dan memindahkan barangan. Sebuah kereta Swift tiba, kelihatan Elyn dan Aira di dalamnya. Azad dan Irham juga turut keluar mendekati mereka.
"Sorry, kereta tak boleh start. Tak tahu la apa problem. Dah try dari pukul 8 lebih tadi" kata Aira pada semua.
"Tak apa. Benda dah jadi. Nanti balik sini abang tengokkan kenapa dengan kereta tu kat hostel" sahut Azad
"Tak apa la. Nasib baik Aleeya memang bawa kereta datang sini. Pakai je kereta Aleeya" kata Aleeya mesra.
Mereka mula menyusun segala keperluan yang ada untuk dibawa. Azad dan Aira memindahkan barangan mereka ke dalam kereta Aleeya. Irham pula bersama dengan Elyn. Ketika hampir siap menyimpan barang ke dalam kereta yang akan dipandu masing-masing, tiba-tiba muncul sebuah kereta axia merah. Irham, Azad dan Akhtar saling berpandangan. Aleeya perasan sesuatu dengan pandangan mata ketiga-tiga jejaka itu. Elyn dan Aira pula kelihatan seperti keliru dengan suasana itu.
"Bunga boleh tunggu dalam kereta Arjuna sekejap? Semua barang yang nak masuk dalam kereta ni dah siap simpan. Kita nak gerak sekejap lagi" minta Akhtar pada Aleeya.
"Okay, Bunga masuk dalam kereta" dengan hati yang berat dan perasaan tanda tanya Aleeya menuruti juga permintaan Akhtar.
Elyn dan Aira juga dilihatnya sudah menaiki kereta selepas Irham dan Azad bercakap dengan mereka. Hanya tinggal Akhtar, Azad dan Irham yang menanti pemandu kereta axia itu menghampiri, dan ternyata ianya seorang wanita.
"ADA hal apa lagi ni?" tanya Akhtar dengan nada kurang senang.
"Leyla datang nak jumpa Akhtar. Mama dan ummi dah tahu. Boleh kita keluar sama sekejap harini?" tanya Leyla sambil memerhatikan ke arah kereta Akhtar. Dia yakin dan pasti tadi ada seorang wanita yang masuk ke dalam kereta Akhtar itu. Dia juga lihat mereka seperti ingin ke suatu tempat dengan barang-barang yang di masukkan ke dalam kereta masing-masing tadi.
"Kami nak keluar, ada program kami sendiri minggu ni" kata Irham pula.
"Program apa? Ke mana, Leyla boleh follow dengan kereta. Nampak banyak barang tadi. Ada aktiviti luar ke?" tanya Leyla mendesak ingin turut serta.
"Ya. Ada program luar. Maaf full house" kata Azad kurang senang.
Akhtar hanya mendiamkan diri dengan riak kurang senang. Dia berharap jangan la sesuatu terjadi. Dia lebih bimbangkan keadaan Aleeya dari yang lainnya.
Sedang Aleeya menanti, handphone milik Akhtar berbunyi. Dia melihat nama yang tertera di screen, UMMI. Dua kali panggilan terlepas. Serba salah Aleeya mahu menjawab panggilan itu, seperti penting sahaja. Aleeya akhirnya mengambil handphone Akhtar lalu keluar dari kereta menemui Akhtar.
Azad yang perasan kehadiran Aleeya segera mencuit Akhtar dan meminta Akhtar melihat ke arah Aleeya dengan isyarat matanya. Akhtar sudah serba salah, berharap Aleeya membatalkan niatnya menghampiri dia. Namun, Aleeya sudah pun tiba ke arahnya.
"Handphone bunyi, dah dua panggilan terlepas nama Ummi. Call la balik takut urgent" kata Aleeya sambil menghulurkan handphone kepada Akhtar. Aleeya kemudiannya berlalu semula masuk ke dalam kereta Akhtar. Dapat dia rasakan pandangan kurang senang gadis yang berada di situ padanya tadi.
"Siapa tu? Kenapa dia naik kereta Akhtar?" nada Leyla kurang senang.
"Kita orang masuk kereta dulu lah. Nak tutup pagar. Aku keluarkan kereta kau sekali" kata Irham pada Akhtar. Dia dan Azad kemudiannya berlalu meninggalkan Akhtar di situ.
"Okay. Tolong tengokkan keadaan dia" minta Akhtar pada Irham.
Akhtar kemudian menghubunginya umminya semula. Tidak dihiraukan pertanyaan Leyla itu.
"Assalamualaikum, ada apa ummi?" tanya Akhtar pada puan Nuraini.
"Leyla nak datang jumpa Akhtar. Pergi la jumpa dia nanti." ujar puan Nuraini
"Akhtar ada plan dengan Azad dengan Irham. Nak pergi PD, picnic dan BBQ kat sana" jawab Akhtar.
"Ha. Bawa je lah sekali Leyla. Boleh berkenalan sekali. Dengar cakap ummi ni" suruh puan Nuraini padanya.
"Ummi, Akhtar tak selesa la. Lain kali boleh tak Akhtar jumpa dia" kata Akhtar kurang senang.
"Dia tadi call ummi dah bagitahu nak sampai rumah sewa kamu. Jangan macam-macam Akhtar, jumpa dia. Ini arahan ummi" kata umminya tegas. Puan Nuraini tahu Akhtar mahu mengelak.
"Assalamualaikum ummi." Akhtar memutuskan talian. Tidak mahu berbalah dengan umminya. Handphonenya terus ditukar kepada flight mode.
Leyla hanya memerhatikan Akhtar, sesekali melihat ke arah kereta milik Akhtar. Ingin sekali dia tahu siapa gadis yang dilihatnya tadi.
"Awak balik lah. Saya ada hal harini" kata Akhtar dan segera berpaling untuk beredar.
"Sebab dia ke Akhtar tak nak jumpa Leyla? Sebab dia ke Akhtar menolak Leyla? Sebab dia Akhtar tak hiraukan Leyla?" bertalu-talu pertanyaan Leyla kepada Akhtar dengan nada sedikit meninggi.
IRHAM telah mengeluarkan kereta milik Akhtar dari dalam kawasan parking rumah. Sebelum keluar untuk mengunci pintu pagar sempat dia bertanya kepada Aleeya keadaan gadis itu.
"Aleeya okay?" tanya Irham.
"Okay. Tapi, boleh Aleeya tahu siapa gadis tu?" penuh mengharap Aleeya bahawa Irham akan menjawab soalannya.
"Better Akhtar yang terangkan nanti. Tapi Aleeya tetap kena terus percayakan Akhtar ya. Dia betul-betul serious dengan Aleeya" pesan Irham sebelum keluar dari kereta.
Aleeya hanya mendiamkan diri. Cermin sisi kereta dipandang, melihat Akhtar dan gadis tadi. Rasa tidak senang dengan situasi itu sekarang. Banyak persoalan dan tanda tanya dalam dirinya ketika itu.
Irham mendapatkan Akhtar. Entah bila akan selesai, gadis bernama Leyla itu seperti tidak mahu mengalah.
"Aku dengan Azad nak pergi petrol pump. Aku nak isi minyak. Azad nak topup kad touch and go dia. Kau lama lagi ke? Kita orang tunggu kat stesen petronas selalu tu" kata Irham pada Akhtar.
"Jom lah. Aku pun nak isi minyak kereta juga ni" Akhtar mula melangkah mahu beredar dari situ bersama Irham.
"Pertanyaan Leyla tak berjawab. Jadi betul lah kan?" Leyla masih tidak berputus asa.
Terhenti langkah Akhtar dan Irham, kemudian Akhtar bersuara menjawab pertanyaan Leyla.
"Saya tak perlu jawab pun. Sebab antara saya dan awak, tak pernah ada apa-apa dan tidak akan ada pun. Tak pernah pun saya bersetuju atau beri jawapan dengan cadangan atau permintaan ummi dan abi saya" kata Akhtar tegas tanpa berpaling.
Leyla yang terasa amarahnya semakin meluap. Sakit hatinya terasa bagai di tusuk dengan belati. Dia berjalan pantas ke arah kereta Akhtar dan mendekati pintu hadapan bahagian penumpang lalu dibuka dengan kasar.
"Keluar! Aku kata keluar! " jerit Leyla pada Aleeya lalu menarik tangan Aleeya keluar dari kereta. Aleeya yang terkejut hanya termangu dan menurut.
"Drama apa lagi ni" bisik hati Aleeya. Walaupun begitu Aleeya masih lagi dengan riak wajah yang tenang.
Akhtar dan Irham yang terkejut dengan tindakan Leyla itu segera mendapatkan Aleeya, bimbang diapa-apakan oleh Leyla.
Elyn, Azad dan Aira juga turut terkejut dengan kejadian itu. Mereka juga keluar mendapatkan Aleeya.
"Ada apa ni? Tak perlu terjerit-jerit macam perempuan tak ada harga diri. Malu pada orang keliling. Boleh je cakap baik-baik" kata Aleeya masih dalam keadaan tenang.
"Kau tu yang tak ada harga diri. Apa hubungan kau dengan Akhtar?" soal Leyla pada Aleeya dengan suara yang masih lagi meninggi.
"Mengucap, istighfar" kata Aleeya, dia kemudian memegang erat tangan Leyla lalu di bawa ke arah tembok kecil tepi longkang rumah Akhtar dan duduk kan Leyla di situ.
Mereka yang lain sudah terpinga-pinga melihat situasi itu. Tidak terjangka begitu lembut Aleeya bertindak. Sangka mereka pasti akan terjadi perang besar.
"Kak Elyn ambilkan air mineral satu" minta Aleeya. Elyn segera mengambil sebotol air mineral dan diberikan kepada Aleeya.
"Ambil ni. Minum, tak baik ikutkan rasa amarah. Kan itu perkara yang sangat iblis suka. Tenangkan hati, sekejap lagi saya jumpa awak" perlahan nada Aleeya berpesan sebelum berlalu mendapatkan Akhtar dan yang lainnya.
"Aleeya cakap dengan dia dulu. Siapa nama dia? Akhtar?" nada suara Aleeya masih dalam keadaan tenang, namun panggilan nama Akhtar terus berubah.
"Tak ingat. Cuma ingat nama dia Leyla" jawab Akhtar jujur dalam rasa serba salah dan bimbang dengan wajah tenang Aleeya yang bijak menyembunyikan emosi sendiri.
"Okay" Aleeya berlalu mendapatkan gadis itu semula.
"Awak dah tenang Leyla? Boleh kita cakap dengan cara yang baik tak perlu marah dan jerit-jerit" tanya Aleeya yang duduk di sisi Leyla.
Akhtar mendekati Aleeya dan Leyla. Dia hanya mendengar dan memerhati.
"Maaf" hanya itu perkataan yang keluar dari Leyla. Malu. Dia terasa malu dengan gadis itu. Melayan dia dengan sopan dan lembut walaupun dia berkasar tadi.
"Ada apa sebenarnya ni? Saya langsung tak faham" kata Aleeya pada Leyla.
"Awak dengan Akhtar. Apa hubungan awak dengan dia?" tanya Leyla lagi.
"Kami kawan. Kami berkawan. Awak perlu tanya dia sendiri untuk jawapan yang awak nak cari. Saya dah pun berikan jawapan dari pihak diri saya. Apa pun masalah awak dengan dia, tak perlu bertindak sehingga keterlaluan" kata Aleeya masih dengan nada yang tenang.
"Kawan je? Bukan kekasih? Bukan bercinta?" Leyla masih bertanya.
"Saya dah bagitahu. Untuk jawapan yang awak mahu dari Akhtar. Awak perlu bertanya pada dia sendiri. Setakat ini, apa yang saya tahu. Kami berkawan. Untuk jawapan yang lain, awak perlu bertanya pada Akhtar sendiri" nasihat Aleeya lagi.
"Dia tak pernah jawab call atau WhatsApp saya. Dia tak pernah nak berbincang dengan saya. Bila saya tanyakan soalan, tak pernah saya dapat jawapan" nada suara Leyla yang berubah membuatkan Aleeya menoleh pada gadis itu. Ada air jernih di pipi gadis itu, tahulah dia yang gadis itu sedang menangis.
Aleeya bangun dan mendapatkan Akhtar yang berdiri hampir dengan kedudukan mereka. Memandang tepat ke anak mata Akhtar.
"Akhtar. Saya percayakan awak. Sentiasa. Apa pun, hubungan awak dengan dia atau masalah awak dengan dia. Awak tak boleh lari. Awak perlu berdepan dan selesaikan. Hari pun dah lewat ni, lagi lambat kita gerak lagi lambat kita semua sampai. Masing-masing pun belum makan lagi. Awak bawa lah dia sekali. Jangan besarkan lagi masalah ni" minta Aleeya pada Akhtar sebelum berlalu ke arah keretanya yang akan dipandu Azad.
"Bunga.." panggil Akhtar yang melihat Aleeya melangkah pergi.
Aleeya tidak endah dan terus masuk ke bahagian penumpang keretanya. Azad dan Aira saling berpandangan. Leyla pula sudah berdiri dan melihat situasi itu.
"Awak drive kereta awak. Follow kita orang. Sampai sana nanti kita bincang" kata Akhtar kemudian berlalu mendapatkan Aleeya di kereta yang akan dipandu Azad.
Pintu kereta bahagian penumpang yang diduduki Bunga dibukanya. Dia melihat Aleeya yang masih berwajah tenang.
"Bunga naik dengan abang. Dia akan drive kereta dia sendiri. Jom" ajak Akhtar pada Aleeya.
Aleeya menurut tidak memberi sebarang jawapan atau soalan. Sampai di kereta Akhtar, Aleeya masuk dan duduk memakai seat belt. Hanya mendiamkan diri. Akhtar diserang rasa bersalah dan bimbang melihatkan penerimaan Aleeya dengan situasi itu.
MEREKA berhenti di petrol pump untuk mengisi minyak dan menambah baki touch and go. Sebelum keluar, Akhtar memandang lama Aleeya di sebelahnya. Aleeya yang perasan dengan renungan Akhtar juga turut membalas pandangan itu.
"Bunga okay?" Akhtar bertanya selepas beberapa ketika.
"Okay" jawab Aleeya.
"Bunga nak apa-apa? Arjuna nak beli air sekali" tanya Akhtar lagi.
"Nope. I'm good" jawab Aleeya.
"Arjuna isi minyak dengan topup touch and go sekejap. Bunga lock pintu ya, nanti Arjuna datang baru Bunga unlock" pesannya pada Aleeya.
"Okay" sepatah jawapan Aleeya.
Akhtar keluar dan terus menuju ke bahagian pintu mart petronas. Dia ingin membeli sedikit kudapan dan air untuk mereka berdua. Kereta Leyla turut berada di belakang keretanya. Leyla yang melihat Akhtar keluar juga turut keluar mengikuti Akhtar.
Aleeya hanya memerhatikan sahaja. Dalam diam dia sedikit terluka namun di pendamkan sahaja. Sabar dia menanti penjelasan dari Akhtar. Dapat dia rasakan hal yang disembunyikan Akhtar pasti berkaitan gadis bernama Leyla itu.
Setelah selesai membuat pembayaran untuk mengisi minyak, topup touch and go dan juga sedikit makanan dan minuman yang dibeli, Akhtar segera beredar ke keretanya. Tidak dihiraukan Leyla yang mengikutinya sejak masuk ke petronas mart itu tadi. Sampai di kereta, Akhtar mengetuk cermin tingkap bahagian yang diduduki Aleeya. Faham dengan keadaan itu Aleeya menurunkan cermin tingkap kereta.
"Ambil ni, Arjuna nak isi minyak sekejap" hulur Akhtar pada Aleeya barang yang dibelinya. Aleeya hanya menyambut tanpa bicara.
Setelah meletakkan nozel minyak ke dalam tank kereta, Akhtar sekali lagi mendekati cermin tingkap Bunga.
"Buka air Bunga, hauslah" minta Akhtar pada Aleeya.
Aleeya mengambil air mineral miliknya dan dihulurkan pada Akhtar. Akhtar kemudian memandang Aleeya.
"Air yang Arjuna beli tadi, ada jus Bliss. Bukakan yang tu please" minta Akhtar lagi. Aleeya hanya menurut, dibuka dan dihulurkan pada Akhtar.
"Tangan kotor pegang nozel dengan penutup tank, Bunga boleh tolong pegangkan untuk Arjuna minum?" mintanya lagi pada Aleeya.
Aleeya tekan unlock button, dia kemudiannya keluar dari kereta dan membantu Akhtar untuk minum. Di suakan botol ke mulut Akhtar. Akhtar meneguk air yang disuakan Bunga.
"Thank you princess, Bunga minum la sikit" kata Akhtar pada Aleeya.
"Tak apa. Bunga okay" jawab Bunga ingin masuk ke dalam kereta, cepat dihalang oleh Akhtar.
"Minum dulu sikit baru masuk kereta" kata Akhtar. Aleeya lalu menurut malas mahu berdrama.
Leyla yang melihat adegan itu terasa perasaan cemburunya meluap-luap. Semakin dia rasa tercabar dengan gadis itu. Riak wajah gadis itu sentiasa tenang, tutur kata yang sopan dan beradab, wajah yang cantik dengan solekan yang sangat tipis. Dia turut cemburu dengan kelebihan itu.
Mereka mula bergerak meneruskan perjalanan apabila Azad dan Irham juga telah bersedia dan mula memandu. Dilihatnya kereta milik Leyla masih mengikuti dari belakang.
"Bunga" panggil Akhtar. Aleeya mendiamkan diri.
"Bunga, my princes, say something please" tidak betah Akhtar melihat kebisuan Aleeya.
"Apa yang perlu Bunga cakap?" tanya Aleeya dengan nada perlahan.
"I'm sorry my Bunga. It was unexpected. I'm really sorry" Akhtar berkata dengan nada serba salah.
"She was the things that u ask me waiting for the exactly time to i knows? Is it true?" soal Aleeya tanpa berselindung.
Akhtar toleh pandang Aleeya disebelahnya. Gadis itu bertanya namun tidak memandang ke arahnya. Akhtar mencapai pergelangan tangan Aleeya yang dilapisi baju blouse gadis itu. Tersentak Aleeya dengan sentuhan Akhtar itu, cepat Aleeya memandang wajah Akhtar disebelahnya.
"Bunga dengar dulu apa yang Arjuna nak terangkan ni. Bunga dengar dengan hati dan jiwa yang tenang" Akhtar melepaskan pegangannya setelah habis berkata-kata. Aleeya masih lagi diam.
"Arjuna hanya kenal Bunga, nak tahu tentang Bunga dan berdoa semoga kita berkawan sehingga bersatu akhirnya nanti. Antara Bunga dengan dia, Bunga yang Arjuna kenal dahulu. Arjuna tak kenal dia. Tak pernah kenal dengan dia sebelum ni. Dia anak kenalan ummi dan abi. Ummi dan abi ada suarakan permintaan mereka untuk satukan Arjuna dengan dia, tapi Arjuna menolak. Dan seperkara lagi yang perlu Bunga tahu, family Arjuna yang tahu kita berkawan hanya Along dan Angah. Ummi dan abi, belum masa lagi untuk Arjuna beritahu. Arjuna ada perancangan. Sebab itu Arjuna menolak cadangan ummi dan abi. Dan Arjuna belum bersedia untuk beritahu ummi dan abi tentang Bunga. Bunga jangan salah anggap, bukan Arjuna tak serious. Tapi waktu sekarang belum sesuai. Bunga masih study, ada perancangan untuk continue lagi, Arjuna pun sama. Arjuna masih belum boleh untuk beri commitment pada hidup berumahtangga, kerja pun belum ada. Bunga tahu perancangan Arjuna kan, dan Arjuna masih berpegang pada perancangan itu, ummi dan abi pun tahu perancangan Arjuna tu" terang Akhtar tentang perkara yang terjadi.
Tersenyap keadaan seketika selepas Akhtar menerangkan duduk perkara sebenar. Aleeya cuba menghadam dan memahami duduk perkara sebenar yang terjadi.
"Apa kata ummi dan abi?" soal Aleeya memecah sepi, dia melihat Akhtar disebelahnya.
"Arjuna menolak, mereka hanya diam. Sesekali ada mereka minta Arjuna pertimbangkan permintaan mereka. Jawapan Arjuna masih sama. Budak tu, dia ada WhatsApp Arjuna, dapat number dari ummi. Tapi Arjuna blocked, Bunga percaya Arjuna?" Akhtar pandang sekilas Aleeya disebelahnya yang juga sedang memandangnya.
"Bunga percaya" jawab Aleeya. Tahulah dia, tentang maksud gadis itu menghubungi Akhtar namun tidak mendapat balasan.
"Dia ada datang cari Arjuna sebelum ni?" soal Aleeya ingin tahu.
"Ada. Sekali. Ingat waktu kita lunch sama last time? Dia ada datang waktu tu, katanya nak berbincang. Tapi Arjuna cakap, tak ada pun perkara yang perlu dibincangkan. Sebab antara kami tak ada apa-apa. Dia tahu rumah sewa tu pun sebab ummi yang bagitahu" jawab Akhtar jujur.
"Hurm. It's okay" kata Aleeya.
"I'm sorry. Tak sangka dia akan datang lagi, harini pula tu" kata Akhtar melihat Aleeya disebelahnya.
Aleeya senyum sedikit dan hanya mendiamkan diri. Dia kemudiannya melontarkan pandangan ke luar tingkap.
"Calon pilihan ummi dan abi la ni. Hai la Bunga, nampak macam kau kena tarik diri je. Tapi sanggup ke? Dah sejauh ni aku simpan rasa hati pada dia. Sanggup ke aku berkorban?" bisik hati Aleeya.
"Bunga" panggil Akhtar.
"Ya" jawab Aleeya.
"Suapkan makan boleh, lapar. Tadi Arjuna ada beli sandwich, roti dengan potato chips. Nak sandwich" minta Akhtar pada Bunga.
Aleeya capai plastic yang diletakkan di seat belakang. Sandwich diambil dan dihulurkan pada Akhtar. Akhtar lihat sandwich kemudian dia lihat Aleeya semula.
"Macam mana nak buka tengah driving ni Bunga" kata Akhtar.
"Sorry, nah" kata Aleeya sambil menghulurkan sandwich yang telah dibukakan.
"Suap" kata Akhtar.
"Pakai sebelah tangan tak boleh?" tanya Aleeya.
"Okay" Akhtar mengalah. Baru ingin diambil potongan sandwich menggunakan tangan kiri. Aleeya telah menarik semula hulurannya.
"Buka mulut" kata Aleeya yang memegang potongan sandwich di tangan kanannya.
"Tadi suruh makan sendiri" sengaja Akhtar mengusik.
"Makan tangan kiri siapa ajar? Cepat la, ke sampai sana nanti baru nak makan?" Aleeya membebel tanpa sengaja.
"Thank you my Bunga. Kita kongsi okay, Bunga makan sekali" jawab Akhtar kemudian menggigit sandwich yang disuakan Aleeya.
"I'm good. Arjuna makan la Bunga suapkan" jawab Aleeya.
"Makan sekali, kalau tak. Tak payah makan la" kata Akhtar pada Aleeya.
"Fine" malas mahu memanjangkan isu, di ikutkan sahaja permintaan Akhtar.
Mereka lebih banyak diam dari berbual. Aleeya masih terfikir akan perbualannya dengan Akhtar tentang gadis bernama Leyla itu. Akhtar pula masih bimbang penerimaan Aleeya terhadap apa yang diketahuinya tadi. Dia juga khuatir apa pula yang akan berlaku di sana nanti.
Share this novel