Bab 73

Romance Series 36633

"JOM..ada rush. Dapat report dari someone, katanya tunang si pelaku. Siang hari buat hal" kata ustaz Ayman.

"Tunang buat report tunangnya bersekedudukan? Lelaki ke perempuan yang call tu?" soal Akhtar pula.

"Lelaki. Lokasi Hotel  Kurnia. Yang lain dah ready" jelas ustaz Ayman lagi.

"Okay jom" kata Akhtar.  

Sewaktu Akhtar dan teamnya tiba di ruang parkir kereta, dia berselisih dengan Irham dan Azad.

"Mana?" tanya Irham.

"Rush. Hotel Kurnia" jawab Akhtar pantas.

"Hati-hati bro" pesan Azad pula.

"Aku gerak dulu" kata Akhtar pada mereka berdua.

Sebaik tiba, Akhtar dan team mula berurusan dengan kakitangan hotel berkenaan aduan yang mereka terima. Mereka mula bergerak ke tempat yang dinyatakan si pengadu.

Tok..tok..tok..
Pintu diketuk oleh salah seorang rakan sekerja Akhtar. Mereka menanti, namun tiada jawapan. Sekali lagi pintu di ketuk,  tidak lama selepas itu pintu dibuka. Muncul seorang lelaki tanpa berpakaian dan hanya memakai sehelai tuala yang dililitkan dipinggangnya. Lebih mengejutkan, Akhtar mengenali lelaki itu.

"Kami dari jabatan agama islam, kami mendapat aduan ada pasangan yang belum berkahwin, bersekedudukan di bilik ini. Sila berikan kerjasama" kata ustaz Ayman pada lelaki itu.

"Wait! What?!" lelaki itu kelihatan keliru.

"Baby..who's there?" suara seorang wanita bertanya.

"What the hell.." hanya itu yang terucap dari bibir lelaki tersebut, dia juga kelihatan sangat keliru.

"Sila berikan kerjasama" kata ustaz Ayman.

"Wait. Ini semua tak betul, saya tak buat apa-apa" kata lelaki tersebut.

"Dah terang lagi bersuluh, lagi nak putar belit. Sila berikan kerjasama, jika tidak anda akan ditahan" kata salah seorang ahli dari team Akhtar yang mengikuti serbuan itu.

Akhtar juga seperti tidak mampu berhadapan situasi itu kerana terkejut, dan dia sangat mengenali lelaki itu.

"Ya Allah" kata satu suara yang dikenali berdekatan tempatnya berdiri, Akhtar berpaling untuk memastikan dia tidak salah mendengar.

"Bunga. Jawab lah tu. Dah tiga kali bunyi. Penting kot" tegur Azlina.

"Jawabkan" minta Aleeya pada si kembar.

"Hello.." Sayang toleh pandang pada Aleeya.

"Orang tu suruh kau pergi Hotel Kurnia. Dia suruh kau tengok WhatsApp" kata Azlina padanya.

"Kau buka la tengok, kau tahukan password aku. Dah kenapa aku nak kena pergi Hotel Kurnia pula" kata Aleeya hairan.

"Astaghfirullah hal 'azim. Bunga!!!" sedikit meninggi suara Azlina memangilnya.

Aleeya yang baru selesai menghias cake segera mendekati Azlina yang kelihatan sangat terkejut. Handphonenya diambil, Aleeya mula melihat paparan screen yang terbuka. Terpampang gambar-gambar pasangan yang dalam keadaan mengaibkan. Juga sebuah video yang menunjukkan mereka bercumbuan.

"Allah...Allah...Ya Allah..dia kan? Dia kan ni?" soal Aleeya dengan suara bergetar dan tubuh yang menggigil.

"Kau teman aku pergi. Tak! Kau dengan Manja teman aku pergi. Jom. Sekarang!" Aleeya sudah tidak tentu arah, dia seperti tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

"Bunga..Bunga.." Azlina menahan dia yang kelihatan hilang pertimbangan.

"Istighfar. Jom aku dengan Manja teman" Azlina cuba menenangkan Aleeya yang kelihatan hilang arah.

"Adik! Bunga!" muncul Eidlan yang termengah-mengah dan tergesa-gesa gayanya.

"Abang...." kolam matanya bergenang.

"I know, let's go. Kita pastikan dulu" kata Eidlan.

"Kembar jom ikut sekali, naik kereta abang" putus Eidlan pada mereka.

"Naa panggil Iza jap" pantas Azlina berlalu ke ruangan atas memangil Azizah. Tidak sampai dua minit mereka sudah tiba di kereta Eidlan.

"Siapa yang hantar?" soal Aleeya bingung.

"Abang pun tak pasti" kata Eidlan.

"Majlis tinggal seminggu lebih je" kata Aleeya perlahan.

"Nanti. Jangan fikir dulu. Kita pastikan dulu" pujuk Eidlan.

"Kalau betul. Macam mana?" nada suaranya juga sudah seperti pasrah.

"Abang takut ini perangkap. Atau sekadar nak menakutkan Bunga. Apa-apa pun kita pastikan dulu ya" kata Eidlan masih berfikiran positive.

Tiba di perkarangan hotel, mereka pantas menuju ke lift untuk naik ke tingkat bilik yang dinyatakan. Aleeya masih keliru dengan keadaan itu. Dia tidak pasti sama ada mampu atau tidak untuk berhadapan situasi itu.

Sebaik pintu lift terbuka. Mereka berjalan pantas ke nombor bilik yang dinyatakan oleh penghantar pesanan di WhatsApp.

"Ya Allah" nada suara Aleeya sedikit meninggi akibat terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Terasa seperti kakinya tidak memijak bumi. Hancur luluh hatinya melihat keadaan itu. Eidlan juga kaku melihat dihadapannya terdapat sekumpulan orang seperti membuat serbuan. Eidlan dapat melihat Akhtar juga turut serta berada disitu, tahulah dia itu serbuan dari pejabat agama.

"Aleeya?!" kata Nazim yang masih keliru.

Aleeya berpaling.

"Baby..kenapa kecoh-kecoh ni?" kata suara seorang wanita dengan nada yang sengaja dimanjakan.

Aleeya berpaling semula untuk melihat wajah wanita itu, Kaisara!

"Sila berpakaian cik, dan sila berikan kerjasama" kata salah seorang petugas wanita yang turut serta dalam serbuan itu.

"Dah tak ada apa yang perlu dipastikan lagi. Semuanya sudah cukup jelas bagi Bunga" perlahan nadanya berbicara.

"Tu dia. Cepat-cepat ambil gambar" kata seseorang pada rakannya, mereka tiba bersama camera dan berpakaian seperti wartawan. Mereka melalui Aleeya, kembar dan Eidlan.

"Bunga tunggu di lobby hotel dengan kembar. Nanti abang datang" arah Eidlan pada adiknya.

"Bunga nak balik. Bunga balik sendiri" tuturnya lemah.

"Nope. Tunggu abang dekat lobby hotel. Kembar, make sure tunggu sampai abang datang" arah Eidlan.

"Okay. Jom Bunga" ajak Azizah. Mereka mula meninggalkan kawasan itu.

"Aleeya..tunggu.." panggil Nazim yang mahu keluar mendapatkan tunangnya.

"Encik, sila berikan kerjasama" kata ustaz Ayman tegas.

"Saya tak bersalah. Ini semua perangkap! Aleeya..." kata Nazim, panas hatinya dengan keadaan yang berlaku.

"Nazim. Kita settle dulu masalah ni. Kemudian baru awak selesaikan yang lain" hanya itu yang dapat Akhtar bantu buat masa ini.

"Aku tak buat! Aku tak salah!" jerit Nazim.

"Sabar Nazim. Kita selesaikan satu-satu" nasihat Akhtar lagi.

LAMA Aleeya mendiamkan diri. Sehingga kembar juga merasakan serba salah mahu bertanyakan keadaannya. Mereka sailing berpandangan.

"Aku okay. Aku cuma perlu masa nak hadam semua ni" kata Aleeya tiba-tiba.

"Kau kenal ke siapa yang hantar WhatsApp tu? Aku rasa dia betul-betul tak bersalah. Mungkin ini perangkap Kaisara" pendapat Azizah.

"Sama ada ini perangkap atau tidak. Kita cuma boleh tahu kalau kita dapat mamat yang call Bunga tadi" kata Azlina pula.

"Tak. Aku tak kenal. Aku tak tahu nak buat apa sekarang" jelas Aleeya dengan nada perlahan.

"Itu parents Nazim kan? Yang dua orang lagi tu siapa?" tunjuk Azizah pada mereka.

"Yup. Parents Nazim tu Bunga" kata Azlina pula.

"Mungkin parents Kaisara. Kena tangkap khalwat, mestilah dia orang kena panggil. Wartawan pun ada" kata Aleeya tanpa rasa.

"Aku nak balik lah. Cakap dengan abang, kita balik naik Grab" minta Aleeya.

"Abang dah pesan suruh tunggu apa pun jadi" kata Azlina pada mereka.

Lima belas minit menanti, Eidlan muncul bersama raut wajah yang tegang jelas terpamer, pasti abangnya juga marah dan kesal dengan keadaan yang terjadi.

"Adik okay? Jom kita gerak" ajak Eidlan.

"Hantar Bunga balik rumah" mintanya perlahan.

"Belum lagi, kita ke pejabat agama. Apa pun keputusannya, abang harap Bunga kuat menerima ujian ni" kata Eidlan tegas.

"Abang Eidlan" panggil Akhtar yang berjalan ke arah mereka.

Eidlan berpaling dan menanti Akhtar mendekatinya.

"Dia orang minta selesaikan kes disana secara rahsia. Ini permintaan Dato' Seri dan Datin Seri" jelas Akhtar.

"No. Abang akan ada sekali. Ini melibatkan keluarga kami juga. Sama ada Dato' Seri dan Datin Seri beri atau tidak, abang akan pastikan kami tahu semuanya" tegas Eidlan.

"Macam ni lah. Abang follow kami ke pejabat agama. Abang jumpa Dato' Seri dan Datin Seri nanti bincang disana" nasihat Akhtar. Dia menoleh ke arah Aleeya, jatuh kasihan terhadap gadis itu. Pasti gadis itu terluka dengan kejadian yang berlaku.

"Okay. Kami ke sana. Thanks Akhtar" jawab Eidlan.

Akhtar meminta diri untuk kembali pada rakan kerjanya. Eidlan dan yang lainnya juga berlalu keluar dari hotel untuk ke pejabat agama.

"Apa keputusan abang?" soal Aleeya tiba-tiba sewaktu dalam perjalanan menuju ke pejabat agama.

"Kita tunggu apa kata sepakat mereka" jawab Eidlan pula.

"Cepat berita tersebar. Baru jadi tapi dah naik dalam news" Azlina tunjuk apa yang dibaca olehnya mengenai kejadian tadi.

"Anak orang dikenali. Mesti la cepat. Sebab tu aku minta pertunangan dirahsiakan" kata Aleeya perlahan.

Eidlan parking keretanya sebaik tiba di pejabat agama.

"Jom, kita pergi sana. Bunga kena tabah, kita perlu selesaikan semuanya hari ni" pujuk Eidlan.

Aleeya tidak menjawab. Dia tahu, apa pun yang terjadi dia perlu buat keputusan unktuk dirinya sendiri.

"Aleeya? Macam mana Aleeya boleh ada disini?" tanya Datin Seri Afina pada bakal menantunya.

"Kami perlu tahu arah perbincangan dan keputusan yang akan dibuat" jawab Eidlan tegas.

"Baiklah. Mari kita ke dalam" Datin Seri Afina mengalah.

"Macam mana?" soal ustaz Ayman.

"Kami mahu maruah anak kami terbela. Nazim perlu nikah dengan Kaisara setelah apa yang terjadi" kata Datin Kamelia, mummy Kaisara.

"No. Saya tak buat apa pun pada dia. Dia yang perangkap saya. Aleeya percayalah saya" kata Nazim bersungguh.

"Berita dah tersebar. Gambar mereka dah tersiar di Internet. Jalan yang terbaik, mereka perlu dinikahkan" kata Dato' Khalas pula, daddy Kaisara.

"Tak boleh. Nazim sudah bertunang. Majlis hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ini tunangnya" kata Datin Seri Afina tegas sambil merujuk ke arah Aleeya disebelahnya.

"Jika Datin Seri tidak bersetuju. Kami akan maklumkan kepada wartawan keadaan ini" ugutan Dato' Khalas membuatkan Dato' Seri Nazhan Izzuddin bertambah pening.

"Terbukti mereka bersama. Apa lagi yang mahu dinafikan. Saya berkeras mahu mereka dinikahkan" kata Datin Kamelia pula.

"Maafkan uncle Aleeya" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin pada Aleeya.

"Baiklah. Mereka akan bernikah. Sediakan semua borang dan document yang berkaitan ustaz" putus Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"Papa! No! Nazim tak salah!" keras Nazim membantah.

"Jika kamu masih anggap mama dan papa ibu dan bapa kamu. Kamu ikut cakap papa" tegas Dato' Seri Nazhan Izzuddin memberi kata dua.

"Permintaan Dato' Seri inginkan kes diselesaikan diluar mahkamah dan dilakukan secara tertutup. Denda perlu dibayar sebanyak tiga ribu ringgit. Bernikah atau tidak itu ialah jumlah bayaran denda yang perlu diselesaikan" putus ustaz Ayman.

"Pertunangan diputuskan atau pernikahan diteruskan. Itu semua terpulang pada Aleeya. Apa pun segalanya mesti dilakukan dengan beradab" kata Eidlan pada mereka.

"Mana boleh!  Saya tak mahu anak saya dimadukan" tegas kata Dato' Khalas.

"Saya harap uncle dan auntie boleh datang ke rumah ibu sabtu ni, kita bincangkan semua di sana. Saya reda semua yang terjadi. Jom abang kita balik" Aleeya memberi kata putus.

"Aleeya..Aleeya..tolong la percaya saya" kata Nazim sewaktu Aleeya mahu berlalu.

Akhtar baru sahaja mengetahui Aleeya dan Nazim sudah bertunang daripada Eidlan. Tidak disangka ujian gadis itu kini lebih berat dari sebelum ini. Majlis mereka hanya tinggal satu minggu lebih sahaja lagi. Pasti gadis itu akan mendapat malu jika majlis tidak terjadi. Memandangkan kata Eidlan, semua kad jemputan telah diedarkan dua minggu yang lalu.

"APA citer kes tadi?" soal Irham sewaktu mereka keluar minum selepas berkerja.

"Orang yang kita orang tangkap tu, Nazim" lemah sahaja nada Akhtar.

"What?!" serentak Irham dan Azad bertanya.

"Ya. Rupanya Nazim dah bertunang dengan Aleeya. Aku pun baru tahu tadi, abang Eidlan cerita semua. Dan aku rasa, perempuan tu yang perangkap dia. Tapi disebabkan family Nazim nak hal ini dirahsiakan dari umum, dia orang putuskan untuk nikahkan mereka dan bayar denda" terang Akhtar pada rakannya.

"Lebih menyedihkan, minggu hadapan majlis perkahwinan Bunga sepatutnya, sekali jalan dengan majlis bertandang abang Eidlan. Aku tengok Bunga tadi macam dah lost, macam dah pasrah dengan apa yang jadi. Mesti dia malu bila orang keliling bercakap pasal dia kahwin tak jadi. Kau orang tahu je lah orang kampung ni, aku je sampai hari ni dia orang bercakap" kata Akhtar lagi.

"Ya Allah. Kesiannya dia. Nazim tu ex boss dia kan. Perempuan tu siapa pula yang kena tangkap dengan Nazim tu?" soal Azad.

"Yup. Ex boss dia. Surprisingly perempuan yang ditangkap bersama tu. Perempuan yang sama plan nak culik Aleeya dulu, yang bagi ugutan pada Aleeya" jelas Akhtar.

"Pelik ni. Macam dirancang pula. Habis Aleeya macam mana?" soal Irham.

"Dia tadi senyap je. Sebelum dia balik tadi, dia minta family Nazim datang rumah sabtu ni untuk bincangkan semula hal dia orang. Tak pasti yang lainnya, tu je lah yang aku tahu" kata Akhtar.

"Siapa yang buat aduan?" soal Azad.

"Ada seorang lelaki. Dia buat aduan. Siap bagi gambar dan video sebagai bukti. Dia kata dia tunang perempuan tu tapi perempuan tu nafikan. Lepas tu dah tak dapat contact pengadu tu" jelas Akhtar.

"Nampak sangat lelaki tu kena game ni. Aku rasa perempuan tu la yang rancang. Kesian Aleeya jadi mangsa" kata Irham.

"Apa kata kau je jadi pengganti" cadang Azad tiba-tiba.

"Pengganti apa?" tanya Akhtar pelik.

"Pengganti majlis perkahwinan Aleeya la" kata Azad selamba.

"Gila apa kau ni" kata Akhtar pula.

"Betul juga kata Azad tu. Lagipun kau memang sayangkan dia lagi kan. Mana tahu kali ini memang jodoh kau orang" kata Irham pula.

"Aku bersyukur kalau jodoh aku memang dengan dia. Tapi bukanlah dengan cara macam ni" jawab Akhtar.

"Seolah macam aku ambil kesempatan dalam masalah yang menimpa dia. Plus, aku pun baru putus tunang sebulan lebih. Aku tak berharap dah. Apa pun takdir kami, aku terima je" katanya lagi.

"Kesian dia. Maruah dia mesti tercalar. Dia mesti terluka lebih lagi kali ini" kata Irham.

"Kita doakan yang terbaik untuk dia. Aku yakin dia mampu lalui semua ni" Akhtar yakin Aleeya mampu menghadapi ujian kali ini. Dia seorang gadis yang tabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience