3 bulan kemudian.
"ASSALAMUALAIKUM. Pagi kak" tegur Farhan pada Aleeya.
"Wa'alaikumsalam. Pagi. Mak macam mana?" soal Aleeya prihatin.
"Alhamdulillah. Getting better. Terima kasih kak Aleeya tolong saya" kata Farhan.
"Jangan cakap macam tu. Akak tolong mana yang mampu. Nanti mak dah baik, boleh datang kerja kat sini" jawab Aleeya.
"Bersyukur sangat Firas suruh saya cuba kerja ni" kata Farhan.
"Alhamdulillah. Rezeki awak. Kerja elok-elok, kena amanah baru berkat. Pergi lah buat kerja nanti nak buka kedai dah" nasihat Aleeya.
"Kak Aleeya" panggil Hana yang baru muncul di balik pintu dapur.
"Yup. Kenapa?" soal Aleeya.
"Rose kata ada orang nak jumpa kat luar tu" kata Hana.
"Siapa?" soal Aleeya.
"Entah, tak kenal. Hana tak pernah nampak dia datang pula sebelum ni" jawabnya.
"Suruh dia tunggu sekejap" arah Aleeya sebelum berlalu mencuci tangannya.
Aleeya berlalu ke bahagian depan cafe untuk menemui orang yang dikatakan mahu berjumpa dengannya.
"Hai Aleeya" sapa tetamu yang tidak dijangka.
"Hai. Ada apa Leyla datang cari saya?" soalnya.
"Nak bagi ni. Nanti jemput datang ya" ujar Leyla sambil menyerahkan sebuah sampul yang kelihatan seperti kad undangan perkahwinan.
"Oh. InsyaAllah. Bila ni?" tenang Aleeya bertanya.
"Dua minggu lagi" jawab Leyla teruja.
"Tahniah. Masuk la, jom saya belanja minum" ujar Aleeya.
"Tak apa. Saya baru je lepas breakfast dengan Akhtar tadi. Saya datang nak serahkan kad jemputan je, minta diri dulu" kata Leyla kemudian berlalu pergi.
Aleeya kembali ke bahagian dapurnya. Duduk merenung kad yang diterimanya di atas meja. Hampir tiga bulan sejak peristiwa dia diserang Vincent berlalu. Kali terakhir dia berjumpa Akhtar ketika dia sedarkan diri. Begitu juga Nazim, dia hanya meminta bantuan Murni untuk menguruskan cuti tanpa gaji untuk bilangan hari kerja yang berbaki sebelum dia berhenti dari syarikat itu. Mereka berdua juga tidak ada datang mencarinya lagi.
"Kenapa ni?" soal Azizah yang baru tiba bersama Azlina.
"Tu. Kad jemputan kahwin" ujar Aleeya.
"Siapa bagi? Aku buka" kata Azlina pula lalu dibuka dan dibaca isinya.
"Eh! Melampau la. Rampas hak orang, siap jemput datang majlis dia lagi tak ada rasa malu betul. Bila dia bagi ni?" kata Azlina.
"Baru je tadi" jawab Aleeya.
"Habis. Kau nak pergi?" tanya Azizah pula.
"Tengoklah. Weekend majlis dia buat, selalu kan weekends kita full house, belum yang lain-lain lagi" Aleeya sendiri tidak tahu mahu hadiri majlis itu atau tidak.
"Bil semua dah settled. Resit semua dalam fail. Nak aku letak dalam office?" soal Azizah.
"Yup. Nanti pesan kat Hana untuk kemas kini account eh. Aku malas nak naik, nak settle cakes. So far macam mana Farhan dengan Rose? Okay tak, ada problem?" tanya Aleeya. Mereka berdua menggantikan Najwa yang diberhentikan dan Kira yang sudah mulakan pengajiannya.
"Alhamdulillah. Rose memang superb la buat bouquet. Pantas dan kemas. Farhan pun cepat belajar. Tak ada masalah dengan budak berdua tu. Dia orang pun ngam je, tak ada gaduh-gaduh. Kau confirm nak ambil mak Farhan kerja kat sini?" kata Azlina.
"Yup. Dah berapa kali jatuh sakit kat tempat kerja sebab asthma. Farhan pun susah hati. Penat kan kerja cleaner ni. Biarlah dia kerja kat sini, cuci pinggan, cawan, lap meja. Kerja simple je. InsyaAllah, ada rezekinya nanti" kata Aleeya.
"Bagus juga tu. Kira pun minta buat part time. Weekend selalu banyak kerja luar untuk setup event. Aku accept without your permission sebab condition kau haritu"jelas Azlina.
"It's okay. I trust you. Aku nak sambung baking ni" ujar Aleeya.
"Okay. Jangan penat sangat. Baru je baik luka tu. Benda berat tak boleh angkat okay. Panggil Haiqal atau Firas tolong" pesan Azlina sebelum berlalu ke bahagian cafe kedai.
"Baik Sayang" Aleeya senyum nipis.
"MAAF puan Aliah. Kami datang secara mengejut begini" kata Datin Seri Afina.
"Tak mengapa Datin Seri. Saya memang sentiasa ada di rumah, tapi kadang kala keluar juga bila ada urusan. Jemput minum" puan Aliah yang menyantuni tetamunya, dihidangkan sepinggan kuih koci labu dan air kopi.
"Kami datang ni ada jahat sebenarnya puan. Tapi sebelum itu, kami mohon maaf atas kejadian yang menimpa Aleeya disebabkan hal berkaitan Nazim" Dato' Seri Nazhan Izzuddin mulakan bicara.
"Tak apa Dato' Seri. Itu semua sudah qada' dan qadar, tidak akan terjadi melainkan atas izin Nya. Kalau saya boleh tahu, hajat apa ya? Jika mampu untuk ditunaikan, InsyaAllah. Saya cuba tunaikan. Jika tidak, minta maaf sahaja yang saya mampu" puan Aliah juga berlapik kata.
"Kami nak merisik anak gadis puan yang bernama Eshal Aleeya. Jika belum berpunya, kami mahu jodohkan dengan satu-satunya anak kami Nazim Ilman" jelas Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Oh. Begitu. Nazim setuju dengan keputusan Datin Seri ni?" soal puan Aliah.
"Dia memang ada utarakan hasrat hatinya sebelum ini. Tapi sekarang bila ditanya, dia cuma cakap 'tak ada jawapan, Aleeya pun minta dia jangan ganggu dirinya lagi'. Nazim pun sekarang sibukkan diri dia dengan kerja, kecewa mungkin" jelas Datin Seri Afina.
"Begitu. Saya minta maaf terlebih dahulu, saya tidak berani untuk berikan sebarang keputusan. Jika ditanya tentang Aleeya sudah berpunya atau belum, saya masih boleh berikan jawapan. Tapi jika melibatkan persetujuan, saya perlu bertanya kepada tuan empunya badan" jelas puan Aliah.
"Ini, cincin merisik kami bawakan seperti kebiasaan adat orang melayu. Jika diterima kami bersyukur boleh ditetapkan majlis meminang dan bertunang, tetapi jika tidak anggap sahaja sebagai hadiah dari kami" kata Datin Seri Afina sambil menyerahkan kotak baldu kecil yang terdapat cincin belah rotan di dalamnya.
"Serba salah saya ni Datin Seri. Macam ni lah, saya bincang dahulu bersama anak-anak yang lain, juga bersama Aleeya. Jika sudah ada keputusannya, saya akan maklumkan Datin Seri semula" sopan puan Aliah menyantuni tetamunya.
"Boleh puan. Tiada masalah, cincin ini kami berikan sahaja. Jika keputusan sudah dibuat, diterima atau ditolak. Ini tetap hadiah pemberian kami. Jangan rasa terbeban ya" kata Datin Seri Afina.
"Jika begitu, saya tiada alasan mahu diberi. InsyaAllah, saya akan cuba berikan jawapan dalam masa terdekat" serba salah puan Aliah tika itu.
"Tak apa. Ambil masa, keputusan begini tidak boleh tergesa-gesa. Kami pun faham, ini melibatkan soal masa hadapan anak gadis puan. Kami minta beransur dahulu la, hari juga sudah beranjak petang. Maaf sekali lagi, kami datang secara tiba-tiba" ujar Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Nak beransur pulang dah? Terima kasih sudi datang ke rumah saya yang tak seberapa. Semoga dipermudahkan perjalanan pulang" kata puan Aliah.
"InsyaAllah, terima kasih sekali lagi puan Aliah. Ada apa-apa nanti boleh hubungi saya. Kami pulang dulu. Assalamualaikum" ujar Datin Seri Afina meminta diri.
"InsyaAllah. Hati-hati dijalanan. Wa'alaikumsalam" puan Aliah yang menemani ibu bapa Nazim menaiki kenderaan mereka.
Setelah mereka berlalu. Puan Aliah masuk semula ke dalam rumah. Duduk merenung kotak baldu yang berisi sebentuk cincin belah rotan. Bimbang dan tidak tahu bagaimana caranya untuk maklumkan kepada Aleeya. Handphonenya dicapai, dia menghubungi Eidlan.
"Assalamualaikum, abang. Ibu ada hal nak bincang sikit" kata puan Aliah pada Eidlan
"WA'ALAIKUMUSALAM" jawab Aleeya.
"Tak free. Datang kedai boleh?" ujar Aleeya lagi.
Azizah, Azlina dan team Bunga&Coklat juga saling berpandangan sesama mereka. Jarang benar Aleeya dihubungi waktu-waktu begini.
"Okay. Jumpa esok. Bye" Aleeya menamatkan perbualan.
"Siapa?" tanya Azlina.
"Abang. Nak jumpa aku, dia ajak keluar tapi tengok la list order yang panjang ni" jawabnya.
"Oh. Hal penting ke?" soal Azizah pula.
"Katanya macam tu lah. Aku suruh abang datang kedai je esok" jawab Aleeya sambil tangan lincah membuat tempahan bouquet hari esok.
"Hal apa entah yang penting sampai nak jumpa. Selalu okay je bagitahu on phone. Pelik aku" kata Aleeya lagi.
"Entah-entah ada orang masuk meminang kau tak" seloroh Azizah.
"Kan. Susah jadi orang cantik ni. Asyik nak kena reject je" sahut Aleeya juga berseloroh.
"Perasan teruk" perli Azlina pula.
"Time ni je la pun nak puji diri sendiri" balas Aleeya kembali.
"Kak Aleeya memang tak ada pakwe ke?" soal Rose.
"Pakwe tu apa?" soal Aleeya semula. Aleeya senyum mengusik.
"Boyfriend" jawab Rose teragak-agak.
"Relax. Akak main-main je. Ramai je boyfriend. Cuma setakat 'boy friend' je lah" jawab Aleeya sambil tersengih.
"Ish. Akak ni main-main la, orang tanya betul-betul" kata Rose geram.
"Hana tolong jawabkan. Tak ada. Kak Aleeya single. Bila nak berpunya tu, dia kata tunggu sampai Allah kirimkan seorang lelaki yang akan akad 'saya terima nikah Eshal Aleeya Binti Ehsan'. Ha gituuu. Kan kak?" kata Hana pula.
"Bijak. Esok akak belanja Hana ice-cream" sahut Aleeya.
"Serious la. Tak sangka akak betul-betul single. Ingat just main-main je cakap single" kata Rose lagi bersama tangan yang juga lincah membuat bouquet tempahan hari esok.
"Belum sampai masa untuk berjodoh" balas Aleeya sambil senyum hambar.
"9.00 o'clock already. Nak baking harini ke tak jadi?" tanya Azlina untuk mengalihkan topic perbualan, dia tahu Aleeya tidak selesa.
"Sekarang la. Okay semua, akak nak ke dapur dulu. Siap semua ni, kau orang boleh la balik lepas tu" pesan Aleeya sebelum beredar turun ke bawah untuk ke dapur.
"Kalau betul-betul abang nak bincang pasal orang masuk meminang macam mana?" tembak Azizah setelah mereka tiba di dapur.
"Entah. Aku sebenarnya belum bersedia nak fikir ke arah macam tu. Sebab, Bunga&Coklat ni lagi penting untuk aku. Tapi, if apa yang kau teka ni betul. Aku pun tak tahu nak buat apa atau bagi jawapan apa" kata Aleeya sambil mulakan tugasnya membuat cake.
"Apa kata kalau kau cuba berkawan dulu ke cuba kenal dulu ke" kata Azlina yang turut membantu menyediakan bahan.
"Betul. Mana tahu kalau boleh 'click' dengan kau" sokong Azizah.
"Don't know la. Tapi honestly, aku tak bersedia. Kita doa la sama-sama, moga yang baik-baik je untuk kita" Aleeya lincah mengadun bahan membuat cake.
"Diam tak diam dah 6 bulan Bunga&Coklat ni bertahan. Alhamdulillah, semakin dikenali, bertambah pelanggan, bertambah pesanan. Bertambah rezeki buat kita semua" Azizah mengambil tugas memastikan oven siap tersedia untuk digunakan mengubah topic perbualan.
"Alhamdulillah. Bersyukur sangat" kata Aleeya pada mereka.
Mereka meneruskan tugas membuat cake untuk diletakkan di kedai, juga untuk tempahan hari esok. Dalam bekerja, masih juga mereka berbual-bual tentang perancangan masa hadapan mereka.
"KAU perasan tak Leyla dah mula tunjuk perangai sebenar dia" tegur Irham pada Akhtar sewaktu mereka makan malam bersama.
"Maksud kau apa?" tanya Akhtar semula.
"Bossy" kata Elyn pula.
"Betul. Aku tak suka la dia. Tak boleh ngam la" kata Aira selamba.
"Entah. Aku tak perasan" jawab Akhtar juga selamba.
"Mana nak perasan. Kau pun acuh tak acuh je layan dia" kata Azad pula.
"Aku malas. Bila dia suruh aku pilih, aku pilih dah, dia tak berkenan. Tak cantik la apa la. Dah tu dia je la pilihnya, tanya aku buat apa" jawab Akhtar dengan nada seolah dia menahan kemarahan.
"Tahu pun. Lepas tu, suruh kau buat itu, buat ini. Bila dengan ummi kau pun sama, ummi bagi pandangan dia pula tak nak terima ada je complained. Hujung-hujung semua ikut keputusan dia" sokong Irham.
"Aku kesian kat ummi kau. Haritu masa pilih kain samping songket untuk baju nikah kau, ummi kau berkenan sangat dengan corak yang dia pilih. Datang Leyla selamba cakap buruk, tak sesuai untuk kau la, apa la. Hujung-hujung, ummi kau ikut je apa yang dia nak" bidas Elyn pula.
"Biarlah. Dah itu pilihan ummi aku. Dia yang nak sangat. Kena la terima" kata Akhtar tanpa rasa.
"Eh! Kau ni. Aku lepuk kang" kata Azad pula.
"Apa?" soal Akhtar senada.
"Ada cakap macam tu. Kau patutnya tegas la, backup la sikit ummi kau. Ummi kot" kata Azad geram.
"Aku bukan tak nak. Tapi aku nak sedarkan ummi. Belum jadi menantu dah tunjuk perangai bossy dia, kalau dah jadi menantu entah apa yang dia tunjuk pula. Aku buat macam tu dengan harapan ummi dengan abi tu sedar perangai & sikap Leyla tu macam mana. Tapi tengok la, sanggup beralah sebab percaya Leyla tu jodoh terbaik untuk aku" jawab Akhtar sedikit keras.
"Kau tak boleh diamkan sepatutnya. Ni belum kahwin. Kalau dah kahwin, silap-silap ummi pun kena control dia sekali. Kau boleh ke hidup dengan orang macam tu?" tanya Aira pula.
"Aku dah pernah cakap. Tapi jawapan ummi, biarlah sekali seumur hidup dia, biarlah dia pilih mana yang cantik, yang sesuai, yang selesa. Nikah nak cincin and rantai tangan, ummi kata boleh. Duit hantaran nak lapan ribu ummi kata okay. Mas kahwin nak seribu ummi kata okay. Aku saja pancing, cakap setakat nak beli cincin sebentuk dan bayar duit mas kahwin aku boleh. Duit hantaran pun aku mampu lima ribu je. Kau tahu dia kata apa, ummi tambah la dahulukan, nanti aku bayar kemudian pada ummi. Ummi pun ya kan. Dah tu, nak aku cakap apa lagi" jelas Akhtar pada mereka.
"Ya Allah la perangai. Patut la pun aku tak boleh nak ngam. Baik lagi si Aleeya. Tak berkira, bertolak ansur, hormat orang tua. Dahulukan orang tua. Macam langit dengan bumi bezanya" selamba Aira membezakan mereka berdua.
"Ayang ni. Ada pula cakap macam tu" tegur Azad pada isterinya.
"Ye lah. Tengok masa hari kita kahwin. Dua-dua majlis dia buatkan cake. Pastu suruh bayar separuh harga je dua-dua, lebihnya dia belanja. Siap bagi ayang hand bouquet fresh flowers yang cantik lagi" kata Aira lagi.
"Betul. Masa side aku pun dia suruh bayar cake half price je, siap bagi hand bouquet fresh flowers yang dia buat sendiri" sokong Elyn.
"Eh. Apasal abang tak tahu ni" kata Irham.
"Ha. Kenapa abang pun tak tahu" sokong Azad juga.
"Sebab dia kata jangan bagitahu abang dia datang. Dia datang awal pagi, masa sayang tengah makeup lagi sebelum nikah tu. Dia pakai kerusi roda, masa tu tak silap lepas kes dia nak kena culik tu. Cake pun budak dia yang hantar kemudian" jawab Elyn.
"Sama juga kes dengan aku. Kan memang aku tempah cake kat kedai dia. Dia datang awal pagi masa tengah makeup juga, bukan masa majlis tengah berlangsung. Yang datang hantar cake pun budak dia juga masa tu" jelas Aira pula.
"Nampak sangat dia tak nak bertembung dengan aku" sampuk Akhtar tiba-tiba.
"Kau jangan cakap macam tu. Dia datang jumpa aku sekejap, lepas tu dia terus balik kampung. Aku dapat tahu dia cuti lama lepas tu, yang run kedai dia masa tu si kembar dengan budak-budak dia yang lain" jelas Elyn.
"Masa majlis aku pula dia baru sampai dari kampung tapi dia kata tak dapat tunggu lama sebab ada datin-datin book kedai dia untuk buat majlis, so dia kena ada as owner" jelas Aira pula.
"Kau memang tak ada jumpa dia ke lepas kes kat hospital tu?" soal Azad.
"Tak ada. Sebarang berita pasal dia pun aku langsung tak tahu" jawab Akhtar.
"Tak tanya abang?" soal Irham.
"Abang pun tak cakap apa. Dia cuma kata Bunga okay. Lain-lain dia tak boleh bagitahu sebab permintaan Bunga" jawabnya.
"Kau memang nekad je la ni nak teruskan dengan pilihan ummi kau?" tanya Aira.
"Itu yang ummi dan abi aku mahu" ujar Akhtar senada.
"Sabarlah. InsyaAllah, aturan dari DIA tu yang terbaik. Doa yang baik-baik" nasihat Irham.
Deringan handphone Akhtar mematikan perbualan mereka.
"Assalamualaikum. Ya saya, saya anaknya. Apa?! Baik saya ke sana sekarang" jawab Akhtar.
"Ummi dengan abi accident. Aku kena pergi hospital sekarang" kata Akhtar pada mereka sebelum tergesa-gesa berlalu pergi.
"Ya Allah.." kata Azad.
"Allah..jom-jom follow dia" kata Irham.
Share this novel