Bab 6

Romance Series 36633

“BUNGA bangun, apa la anak dara tidur lagi hari dah meninggi” bebelan ibunya menjamah telinga.

“Bunga bangun dah ni” jawab Aleeya yang masih bermalasan di katil.

“Bunga jadi tak nak pegi air terjun ni?” soal Emir, si adik yang berdiri diluar muka pintu biliknya.

“Jadi, jap adik. Bunga siap” pantas Aleeya bangun mengemas katil dan berlalu ke bilik air mencuci muka.

Selepas solat subuh berjemaah, dia yang merasa badannya letih kembali menyambung tidurnya semula. Walaupun ditegah oleh ibunya kerana tidak baik perbuatan tidur selepas subuh, dia yang terlalu penat hanya membiarkan sahaja bebelan ibunya. Begitulah rutin mereka jika berkumpul sekeluarga. Solat berjemaah, makan bersama. Semua kerana didikan arwah ayah dan juga ibu mereka.

“Ha…baru nampak muka dah pukul 9.00 dah ni” sapa puan Aliah yang sedang melihat bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk untuk memasak hidangan pada tengah hari itu.

“Sorry ibu, Bunga letih sangat” pinggan dan sudu dicapai, sesudu nasi goreng disuap ke mulut mengisi perutnya yang sedang lapar.

“Ni, siap-siap nak pergi mana pula? Bunga ni kalau cuti bukan boleh sehari melekat kat rumah. Adik pun nak keluar juga ke?” soal puan Aliah yang sedang duduk memotong sayur dihadapannya, matanya terarah ke kelibat si bongsu yang menapak ke arah mereka memakai cap di kepala.

“Bunga ajak pergi air terjun. Dia tak bagitahu ibu ke?” Emir duduk dan mencapai cawan yang berisi air dihadapannya, meneguk selamba air kepunyaan Aleeya.

“Air Bunga la adik. Selamba je minum air orang la dia ni. Bunga baru nak bagitahu ibu la ni. Bunga ajak adik pergi air terjun, sekejap je eh ibu. Pukul 11.30 nanti kitaorang dah ada kat rumah. Boleh eh ibu? Bunga dah lama tak pegi main air kat sana” Aleeya meminta izin dari ibunya.

Air terjun yang berada di kampungnya, menjadi tempat mereka sekeluarga selalu menghabiskan masa bersama-sama sejak mereka kecil lagi. Arwah ayahnya dan juga ibunya akan membawa mereka ke sana apabila tiba waktu hujung minggu atau pada waktu lapang. Menghabiskan masa dengan berkelah dan bermain air disana.

“Air je pun, kecoh la Bunga ni” balas Emir bersahaja. Mahu sahaja Aleeya menepuk bahu adiknya seperti selalu, namun dimatikan niatnya.

“Apa yang rancak sangat ni berbual. Macam best je” Eidlan pula duduk dan mengambil sesudu nasi goreng Aleeya disuap ke mulutnya.

Aleeya hanya menjeling, menahan rasa. Begitulah keadaan jika mereka berkumpul, ada sahaja perkara yang akan adik dan abangnya lakukan pada dia. Nasib badan lah Aleeya.

“Ya lah. Tapi pukul 11.30 mesti dah ada kat rumah. Jangan lama-lama sangat. Adik jaga Bunga. Budak dua orang ni ha. Nak pegi main air sekejap kat air terjun kampung” puan Aliah memberi izin sekaligus memaklumkan kepada Eidlan perancangan anaknya berdua itu.

“Abang ikutlah macam tu, lama dah tak pegi. Kakak call baru sekejap tadi, lagi sepuluh minit dia sampai rumah. Dia singgah beli lauk dan sayur sikit kat pasar. Abang ada bagi duit tambah kat dia untuk beli barang dapur ibu sikit. Jom lah gerak, dah 9.15 ni nanti lambat balik kena marah. Abang ikut diaorang ibu” Eidlan bangun dari duduknya mencapai botol yang berada di kabinet dapur, mengisi air untuk dibawa bersama ke air terjun.

Pantas Aleeya mencuci pinggan dan cawan kepunyaannya di sinki. Setelah siap, dia mencapai bekas Tupperware mengisi beberapa biji kuih seri muka dan karipap sardin yang berada di meja makan. Botol air juga dicapai lalu dia mengisi air. Emir pula mengambil buah-buahan dan mencapai sebotol air jus yang berada di dalam peti sejuk. Recyle bag warna biru Aleeya capai, dimasukkan bekal dan botol air. Emir menghulur padanya buah-buahan dan sebotol jus air untuk disimpan ke dalam bag tersebut. Malas mahu berbalah kata, Aleeya capai dan masukkan saja ke dalam bag. Beriringan mereka melangkah keluar rumah.

“Jalan kaki? Naik kereta? Or naik motor?” tanya Emir.

“Naik motorlah jom.” Jawab Aleeya.

“Okay, jom naik motor. Bunga naik dengan abang. Adik bawa motor kakak. Abang masuk ambil kunci motor kejap” putus Eidlan pada mereka.

“BANYAKNYA motor. Ala, mesti ramai ni” keluh Aleeya kepada abang dan adiknya.

“Ni macam motor kawan abang, Khairul. Tu, sana tu bukan motor Hazim ke adik?” Eidlan menunjuk ke arah motor-motor yang berada di kawasan itu.

“Cutikan Bunga, macam tak biasa. Mesti la ada orang lepak sini. Ha’ah la. Tu motor Hazim” jawab Emir melihat arah yang ditunjukkan Eidlan

“Tapikan pagi lagi ni, selalu budak-budak motor lepak petang kan?” Aleeya kurang senang dengan situasi itu.

“Dah, jom pegi tengok. Harapnya tak ada lah yang ambil tempat kita selalu lepak tu” Eidlan mula melangkah ke arah kawasan air terjun dihadapan mereka.

Aleeya dan Emir jalan beriringan berdua, mereka berjalan dibelakang Eidlan. Aleeya meliar pandang memerhatikan kawasan air terjun itu. Ada beberapa kelompok orang yang berada di situ, telahannya pergi awal pagi tidak akan ada orang atau hanya terdapat beberapa orang. Namun, sangkaanya meleset sebaik sahaja mereka tiba. Berhati-hati mereka mengatur langkah menuruni lereng bukit air terjun disitu. Memijak batu-batuan dan tanah dengan cermat, bimbang tergelincir jatuh pula.

Mujur tiada sesiapa yang menggunakan kawasan yang menjadi tempat kegemaran mereka. Tanpa berlengah bag berisi makanan, handphone, kunci dan tuala diletakkan di atas sebuah batu, selipar yang dilucutkan juga diletakkan bersebelahan bag. Terus sahaja Aleeya masukkan kakinya ke dalam air, duduk diatas batu-batuan yang ada. Merasai air gunung yang mengalir dan sejuk di awal pagi begitu. Abang dan adiknya, awal-awal sudah selamat terjun ke dalam air. Seronok menyelam, entah apa yang dipertaruhkan kali ini. Dia hanya ketawa memerhatikan gelagat mereka berdua.

“Bunga, jom la. Kali ni siapa kalah belanja ABC dengan tahu bakar kat kedai Pak Rahim” jerit Emir kepadanya.

“Okay, jap. Bunga join” sahut Aleeya teruja.

Sedang mereka bertiga seronok usik-mengusik, bertanding siapa menyelam paling lama. Siapa menang, siapa kalah. Siapa tipu siapa tidak. Kedengaran ada suara memanggil nama Emir dan Eidlan. Terhenti aktiviti mereka, mereka berpaling melihat ke arah pemilik suara yang memanggil.

“Lama tak nampak lepak sini, sihat ke bro?” Khairul menyapa Eidlan. Hazim juga berada bersamanya.
“Alhamdulillah, sihat. Jom ke sana. Emir, ajak Hazim sekali lama tak jumpakan” ajak Eidlan pada mereka yang ada disitu. Eidlan sedar ke mana arah pandangan mata Khairul melihat. Kurang senang dengan keadaan tersebut sengaja dia beralih ke kawasan lain mahu melindungi bunga kesayangannya.

Rancak Eidlan dan Khairul berbual, dari satu topik membawa kepada topik yang lain. Bergelak ketawa dengan cerita yang dikongsi bersama. Sehingga Khairul tiba-tiba membawa topik tentang adiknya, Aleeya.
"Makin cantik Aleeya sekarang. Dah ada yang punya?" Khairul selamba bertanya sambil melihat ke arah Aleeya yang sedikit jauh dan terlindung.

"Eh! Kau ni, jaga mata tu sikit. Lebam kang jangan salahkan aku" Eidlan memberi amaran. Dia melihat ke arah Emir dan Hazim sedang berbual.

"Hahaha. Protective betul la kau ni. Tahu la sayang adik. Tapi, betul apa aku cakap. Makin cantik dia sekarang. Aku jadi adik ipar kau lah" Khairul terus ingin berbicara tentang Aleeya.

"Berangan la bro. Aku tak rasa Bunga setuju. Kalau dia suka, lama dah dulu masa kau try dia, dia setuju. Kau kena reject dah banyak kali kan. Putus asa jelah" Eidlan bersahaja membalas kata-kata Khairul.

"Abang jom. Kesian Bunga sendiri kat sana. Lama juga dah ni kita tinggal dia. Hazim pun dah nak balik ni" Emir mengajak Eidlan untuk mendapatkan Aleeya.

"Tak apa lah. Lain kali kita jumpa lagi. Kirim salam pada Aleeya. Aku pun nak balik dah ni" ujar Khairul sambil meminta diri.

Mereka mendapatkan Aleeya yang sedang duduk di atas batu. Aleeya dilihat sedang merendam kakinya di dalam air yang mengalir sambil enak menikmati kuih yang dibawa dari rumah.

"Eh, dah habis ke bual dengan geng. Ingat petang nanti baru sudah" sengaja Aleeya memerli abang dan adiknya yang baru datang duduk bersebelahan kiri dan kanannya.

"Sayang, tak baik la cakap macam tu dengan kita orang. Bagi can la sikit, lama kot tak jumpa geng." Emir menjawab, lalu tangannya cepat mencapai seketul karipap di dalam Tupperware yang di bawa Aleeya.

"Entahnya. Bukan lama pun tinggal dia. Abang nampak je Bunga dari tempat abang duduk tadi. Bunga kan basah tadi kita main air, sengaja abang ajak diaorang cakap jauh sikit. Bukan sengaja nak tinggalkan Bunga kesayangan kat sini sendiri" Eidlan memujuk Aleeya yang sedang merajuk. Masak benar dia dengan perangai si adik yang seorang ni, bila merajuk lebih suka memerli atau mendiamkan diri.

Aleeya hanya diam membisu. Selesai makan, terus sahaja diminum air di dalam botol yang dibawa. Handphone dicapai beberapa keping gambar di ambil, sesudah itu diletakkan semula handphonenya ke dalam recyle bag yang di bawa.

"Sayang....merajuk la tu. Adik belanja rojak kat kedai Pak Rahim nanti. Jangan la merajuk. Tak syok la. Mata tu jeling-jeling, nanti juling baru tau" Emir cuba memujuk dalam masa yang sama sengaja mengusik Aleeya.

"Abang belanja ABC. Tak cantik sungguh la merajuk dah tua-tua macam tu. Muncung tu boleh sangkut hanger" Eidlan menambah.

Bergabung tawa kedua mereka. Aleeya hanya membiarkan. Malas mahu melayan. Seronok dia main air. Tidak lama Emir turut serta, menjerit-jerit Aleeya di sakat adiknya. Eidlan juga tidak ketinggalan sama. Bergabunglah tawa ketiganya, bertiga namun riuhnya seperti ramai sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience