"MAAFKAN aku Bunga. Bukan niat aku mahu melukai kau. Aku tersepit antara kehendak keluarga atau kehendak sendiri. Aku berdiam kerana tidak tahu bagaimana harus aku jelaskan semuanya" dan lagi, Akhtar meluahkan rasa untuk entah ke berapa juta kalinya sambil melihat screen yang terpapar gambar si gadis.
Selama ini dia hanya mencari tahu keadaan gadis itu melalui si abang yang dihubunginya sesekali.
Terhenti segalanya antara mereka. Tiada kata perpisahan, itulah yang paling menyakitkan. Masing-masing membawa haluan tanpa ada kata putus.
Sehingga detik ini, dia masih mahu percaya dan yakin. Aleeya ditakdirkan untuk menjadi pasangannya. Tetapi dia juga sedar, dirinya telah membuatkan Aleeya terluka. Dia sendiri sudah terikat dengan pertunangan tanpa rela itu.
"Aku yakin jodoh itu milik kita. Di setiap aku berlapang dada dengan istikharah ku, arah engkau juga hati ini tuju. Sabarla menanti Bunga, yakinlah ini ujian sementara untuk kita" Akhtar berharap dan terus berharap bahawa semuanya adalah ujian untuk dirinya dan juga si gadis.
Dia menghitung bulan yang masih berbaki sebelum pulang ke tanah air. Perancangan disusun, supaya lebih mudah bagi dirinya apabila pulang nanti.
Permasalahan dan penyelesaian diatur. Dia harus bijak bertindak demi untuk tidak lagi menyakiti sesiapa.
Keluarga Leyla mahupun keluarganya. Kerana keduanya sama penting baginya. Tidak mahu menjadi punca kedua buah keluarga bermasam muka.
"AKHTAR ada call Leyla?" pertanyaan ummi Akhtar setiap kali menghubunginya.
"Tak ada ummi. Tak apa lah. Busy agaknya. Tak lama lagikan dia nak balik sini" jawab Leyla.
"Mungkin lah. Ummi dengan abi cadang nak adakan majlis nikah lepas 6 bulan Akhtar balik. Nanti ummi dan abi datang berbincang dengan mama dan abah Leyla. Tapi ni ummi nak tanya dulu, Leyla setuju ke?" soal puan Nuraini.
"Leyla ikut mana yang baik ummi. Bagus juga dicepatkan majlis. Kami pun dah bertunang 4tahun. Leyla pun dua bulan lagi dah convocation. Kerja pun dah ada. Tak ada masalah bagi Leyla" jawabnya jujur.
Jika boleh, memang dia mahu. Segerakan majlis pernikahannya bersama Akhtar. Bimbang semakin lama dia berharap, dia semakin terluka. Puas dipujuk hati agar bersabar menanti hari pernikahan yang tidak pasti. Pertanyaan dari ummi Akhtar memberi sedikit kelegaan bagi dirinya.
"Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Nanti ummi dan abi bincangkan hal ini dengan mama dan abah Leyla ya. Hari convocation nanti jangan lupa ingatkan ummi, nanti ummi datang dengan abi" kata puan Nuraini lagi.
"Baik ummi. InsyaAllah, nanti sehari sebelum Leyla call ummi ya" jawab Leyla bersama rasa teruja yang ditahan.
"Leyla jaga diri ya. Jumpa nanti. Assalamualaikum" puan Nuraini memutuskan perbualan.
"Akhirnya Leyla. Kesabaran dan penantian kau bakal berakhir dengan penyatuan pernikahan. Aku menang Aleeya. Aku menang Akhtar, aku yakin kau jodoh aku" Leyla bermonolog sendirian.
SEBULAN berlalu sejak peristiwa dia bersarapan pagi bersama Aleeya dan abangnya. Sekarang dia lebih bersahaja apabila berbicara dengan gadis itu. Aleeya juga kelihatan sedikit selesa untuk berbicara jika berurusan dengannya. Sebelum ini gadis itu lebih selesa mendiamkan diri, banyak mendengar dan memerhati.
"Aleeya, awak tunggu sekejap" arahnya pada si gadis sebaik mesyuarat tamat.
Aleeya yang baru sahaja bangun dari duduknya kembali duduk semula, memandang ke arah Murni dengan memberi isyarat mata yang bertanya kenapa. Hanya isyarat bahu diangkat sebagai balasan dari Murni tanda tidak tahu.
Setelah semua beredar, hanya tinggal dia dan Aleeya di bilik mesyuarat itu. Dia terus meneliti tiga buah fail dihadapannya yang memerlukan tanda tangannya segera. Setelah siap dia mengangkat kepalanya memandang ke arah Aleeya yang masih menanti dirinya.
"Sorry. Saya dah sign, all is well. Boleh serahkan pada Murni nanti" katanya sambil menghulurkan ketiga-tiga fail kepada Aleeya.
"Baik encik Nazim" jawab Aleeya ringkas.
"Aleeya, out off work issue. Malam ni awak free tak?" soal Nazim tanpa berkias.
"Kenapa encik? Ada apa-apa ke yang perlu saya bantu?" tanya Aleeya semula.
"Boleh tak teman saya malam ni, ada dinner reunion with my colleagues. I don't have partners to bring along. Boleh temankan saya?" soal Nazim lagi.
"Hurm. Malam ni ya? Pukul berapa ya? Ada dress code ke? Or any rules?" soal Aleeya lagi. Berkira-kira mahu membantu atau tidak.
Tersenyum Nazim dengan soalan dari gadis itu. Hatinya bersorak girang apabila gadis itu seperti memberi reaksi positive, sudi untuk menemaninya menghadiri majlis reunion yang diadakan rakan seuniversitynya ketika diluar negara dahulu.
"Majlis pukul 8.30 malam di Vistana Hotel. Dress code tak ada ditetapkan pun, cuma yang bersesuaian untuk majlis dinner la. There's no rules. It's just a reunion and dinners only. Boleh temankan saya?" jelas Nazim dan sekaligus bertanya lagi jika gadis itu sudi menemaninya.
"Encik memang tak ada calon lain ke yang boleh teman? I means your girlfriend or someone special untuk temankan?" soal Aleeya kembali.
"Tak ada. I'm single. Kawan perempuan pun tak ada. If awak sudi temankan saya, saya janji you will be fine. Cuma makan malam, keselamatan awak bawah tanggungjawab saya" jawab Nazim masih mengharap.
"Saya kena tanya abang saya dulu. If dia izinkan, InsyaAllah saya boleh tolong temankan" jawab Aleeya mudah.
"Kau dah kenapa baik sangat nak teman dia Bunga oiii" bisik hatinya dengan keterlanjuran kata jawapan pada bossnya itu.
"Boleh bagi saya contact number abang awak. Saya akan call dia sendiri untuk minta izin nak bawa awak temankan saya malam ni" kata Nazim pada gadis itu.
Aleeya menulis number phone abangnya di helaian kertas, lalu bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Nazim dan menghulurkan kertas itu. Dia mahu keluar dari bilik mesyuarat itu.
"Awak nak pergi mana? Belum habis lagi kita punya hal ni. Duduk dulu. Once settled awak boleh keluar" katanya pada gadis itu.
"Saya tak selesa, kita berdua je dalam ni" jawab Aleeya.
"Sorry. Bilik ni kan glasses, diaorang kat luar nampak kita kat dalam. Kita pun nampak diaorang kat luar. Kita pun bukan duduk rapat atau buat perkara tak baik. Lepas dapat cakap dengan abang awak dan dapat izin dari dia. Awak boleh kembali ke meja awak" kata Nazim lagi.
Nazim menghubungi number yang diberikan Aleeya. Setelah panggilan dijawab, dia terus mengenalkan dirinya dan menerangkan tujuannya menghubungi Eidlan. Setelah berbicara seketika, handphone dihulurkan pada Aleeya.
"Abang awak nak cakap" katanya pada Aleeya.
Aleeya sambut huluran handphone milik bossnya itu. Dan segera berbicara bersama abangnya.
"Ya abang" jawab Aleeya.
"Amboi, nak dating eh. Pergilah, abang izinkan. Hati-hati tau. Jaga diri. Anything call abang okay" sempat Eidlan mengusiknya.
"Bukan dating lah. Boss minta tolong teman" bidas Aleeya geram.
"Hahahaha. Yelah. Teman boss bukan dating. Tapi kalau teman sambil dating pun okay" usik Eidlan lagi.
"Abang!!! Bunga letak kang" ugutnya pada Eidlan.
"Sorry my Bunga. Pakaian sopan okay. Jaga diri tau. Enjoy your dinner tonight" pesan Eidlan lagi.
"Okay abang" jawab Aleeya lalu menyerahkan semula handphone kepada Nazim.
Nazim kembali berbicara seketika bersama Eidlan, sebelum menamatkan perbualan sempat juga Eidlan berpesan pada Nazim untuk menjaga adiknya itu.
"Okay. Done. Malam ni lepas maghrib, saya datang ambil awak ya" kata Nazim.
"Baik encik. Saya keluar dulu" jawab Aleeya dan berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
Nazim memerhatikan Aleeya yang berlalu keluar. Lega hatinya, gadis itu sudi menemaninya untuk hadir ke majlis reunion yang dianjurkan rakan University sewaktu menuntut di luar negara dahulu.
SEPERTI yang dijanjikan, Nazim tiba di rumah sewa gadis itu pada jam 7.50 malam. Dia menghubungi Aleeya dan menyatakan dia telah tiba di hadapan rumah sewanya dan menanti di dalam kereta sementara Aleeya masih belum keluar dari rumahnya.
Seketika menanti, Aleeya keluar dan mengunci pintu rumahnya. Nazim segera keluar dari keretanya dan menanti Aleeya di hadapan pintu pagar. Gadis itu kelihatan cantik dengan solekan nipis dan sopan dalam persalinan plain dress berwarna mint green, dan juga padanan shawls white pearl bercorak bunga minimalist yang berona sama dengan dressnya. Kebetulan yang tanpa disengajakan, sama pula dengan warna baju kemeja yang dipakainya malam itu.
"Macam janji pula kita" tegur Nazim sebaik Aleeya keluar dari pintu pagar luar rumahnya.
"Janji?" soal Aleeya kurang faham.
"Baju kita, rona sama. Macam berjanji pula" jawab Nazim.
Bunga yang selesai mengunci pagar. Segera berpaling dan melihat ke arah Nazim malam itu. Ya, warna yang senada. Bagai berjanji sahaja. Lelaki itu kelihatan segak dalam suit white pearl dan padanan kemeja berona mint green.
"Kebetulan yang tidak dirancang" jawab Aleeya sambil tersenyum nipis.Â
"Jom. Kita gerak, takut jalan jammed. Lambat pula kita sampai nanti" ajak Nazim padanya.
Kereta mula bergerak menuju ke destinasi. Nazim memulakan bicara setelah suasana yang sepi selama hampir 10 minit.
"Terima kasih sudi teman saya malam ni" katanya pada Aleeya.
"Sama-sama encik Nazim, bukan saya buat apa pun, setakat temankan je. Bukan hal besar" jawab Aleeya ringkas.
"Jangan la panggil saya encik. Kita bukan ada kat office atau berurusan tentang kerja waktu sekarang ni. Boleh panggil saya Nazim saja" terasa formal benar dia dengan panggilan gadis itu untuk dirinya.
"Saya tak boleh la. Tak biasa" jawab Aleeya.
"Bahasakan awak saya pun okay. Macam kawan-kawan. Saya pun dah anggap awak kawan saya, bukan setakat pekerja sahaja" minta Nazim lagi.
"Segan saya nak berkawan dengan orang hebat macam encik" kata Aleeya.
"Saya manusia biasa je Aleeya. Macam awak, Murni atau macam Darius. Cuma mungkin takdir hidup saya lebih sedikit rezekinya berbanding orang lain. Apa yang saya ada ni pun atas usaha papa saya. Saya hanya menjadi penyambung legasi sahaja" Nazim merendah diri.
Memang hakikatnya pada dia, segala yang dimilikinya adalah kerana dia penyambung legasi dari usaha bapanya. Kerana itu dia berusaha menjaga semuanya sebaik mungkin.
"Walaupun sebagai penyambung legasi, tapi encik berusaha untuk kekalkan prestasi dan majukan lagi syarikat untuk betapak kukuh di masa akan datang. Bukan perkara yang mudah, perlukan orang yang luar biasa untuk dapatkan hasil yang luar biasa juga" jawab Aleeya pula.
"Kerana ini tanggungjawab. Saya perlu pikul dan laksanakan sebaik mungkin. Tapi saya dengar, Aleeya pun ada running business sendiri. Betul?" Nazim terus cuba memancing perbualan bersama si gadis.
"Bukan lah business beribu, apa lagi berjuta. Cuma business kecilan untuk masa hadapan" jawab Aleeya merendah diri.
"Saya tahu pun dari Murni. Betul ke Aleeya nak berhenti kerja?" soalnya lagi.
"InsyaAllah. Bila semua dah hampir selesai, baru saya akan serahkan surat perletakan jawatan. Buat masa terdekat ni belum lagi" jawab Aleeya jujur.
"Why not, awak tak perlu berhenti kerja. Just hire orang untuk run management. Awak just buat observation, bukan lebih menguntungkan?" pendapat sekaligus pertanyaan dari Nazim.
"Itu impian saya. Kalau boleh saya nak uruskan sendiri business saya. If ada staff pun mungkin hanya dua or tiga orang sahaja. Lagipun idea saya cuma buat mini cafe and florist. Dalam masa sama saya running untuk surprise delivery, soon mungkin nak add some package for surprise setup. Tak ada la besar pun business saya, cukup untuk menjamin masa hadapan saya dan bantu students yang memerlukan kerja part-time" jawapan Bunga buatkan Nazim terdiam seketika. Setiap yang dilakukan gadis itu pasti akan ada terselit bantuan untuk insan lain.
"Saya doakan impian awak tercapai" balas Nazim pula.
"Ameen. Terima kasih" jawab Aleeya senang.
"Oh ya Aleeya. Nanti kalau ada soalan pelik atau diluar kebiasaan. Harap awak tak ambil hati ya. Selagi saya boleh jawab, saya akan tolong jawabkan untuk awak" pesan Nazim pada gadis itu.
"Akan ada soalan yang pelik dan luar kebiasaan ke?" datang dah blur si Aleeya ni.
"Hahaha. Comel. Maksud saya, if ada soalan yang tak terjangka dari kawan-kawan saya nanti. Awak jangan risau, saya akan tolong jawabkan" lucu benar rasanya bila gadis itu kelihatan sedikit blur.
"SAMPAI pun CEO kita ni" sapaan seorang lelaki pada Nazim sebaik mereka tiba di ballroom yang ditempah untuk majlis malam itu.
"Tak payah la usik aku macam tu. Apa khabar Johan?" tanya Nazim pada rakannya itu.
"Alhamdulillah. Baik bro. Eh, ni siapa yang datang dengan kau ni. Bakal wife ke wife ko?" tanya lelaki yang bernama Johan itu.
Aleeya yang mendengar pertanyaan itu sedikit tersentak dan terkejut.
"Kau ni, bila pula aku bagi kad jemputan majlis aku. Kenalkan, Eshal Aleeya. Boleh panggil dia Aleeya" masak benar Nazim dengan perangai mengusik rakannya itu.
"Hahahaha. Saja usik kau la. Hai Aleeya, saya Johan. Jomlah yang lain-lain pun dah ada. Ramai juga yang datang" ajak Johan pada Nazim sempat juga dia menyapa Aleeya.
Mereka berjalan beriringan menuju ke sekumpulan kelompok yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Nazim masih berbual bersama Johan, namun tidak sesekali dia mengabaikan kehadiran Aleeya disitu. Sesekali dia akan bertanya keadaan gadis itu.
Aleeya memerhatikan sekeliling. Agak ramai juga tetamu jemputan majlis reunion itu. Ada yang sudah berkeluarga, ada juga yang membawa pasangan seperti tunang atau kekasih.
"Awak okay?" soal Nazim padanya setelah dia diperkenalkan pada rakan-rakan Nazim.
"Okay. Saya okay" jawab Aleeya.
"Maaf la. Ramai pula yang joined kali ni. Saya pun tak sangka. Dia orang ni semua kenalan saya di University sewaktu di luar negara dulu. Walaupun berlainan bidang jurusan, kami selalu buat gathering sebagai aktiviti hujung minggu untuk rapatkan hubungan antara sesama pelajar Malaysia" jelas Nazim padanya.
"Oh. No wonder lah, ramai. Bagus juga bersilaturrahim macam ni, kekal berhubung walaupun dah bawa haluan masing-masing" kata Aleeya.
"Sorry. Setiap kali kenalkan awak. Setiap kali tu mereka mengusik awak dengan soalan isteri saya atau bakal isteri saya. Dia orang bukan tak tahu saya single" kata Nazim lagi.
"It's okay. Biasa la tu" Aleeya juga sebenarnya malu bila diusik begitu. Namun dia tetap beriaksi tenang.
Sesi menyapa dan bersuai kenal terus berlangsung. Bertanya khabar dan bertukar cerita. Aleeya hanya mengikut sahaja arah dan rentak Nazim malam itu.
"Eh, kalau macam ni la sikit punya cantik dan beradab calon kau. Akak restu sangat" usik wanita yang bernama Maria itu.
"Sebelum ni bukan main payah lagi kau nak suka baju matching-matching ni. Malam ni dia pulak pakai baju matching" usik wanita bernama Dahlia pula.
"Mana ada la kak. Kebetulan tersama. Tak rancang pun, kan Aleeya?" Nazim minta sokongan darinya.
"Tak berjanji tapi tiba-tiba tersama pula. Kebetulan yang tidak disengajakan" jawab Aleeya sopan.
"Wah. Jodoh kuat ni orang tua-tua kata" usik Faizal, suami kepada Maria pula.
"Ameen. Mana nak tahu kan" selamba reaksi Nazim mengiakan usikan itu. Aleeya pula sudah terkelu.
"Elok dah pilihan sekarang ni, daripada si Kaisara dulu tu. Jaga baik-baik hubungan kali ni. Moga berjodoh hingga akhir hayat" kata Zainal suami kepada Dahlia pula.
"Kalau berjodoh, InsyaAllah bang" jawapan pendek Nazim namun penuh makna.
Sekali lagi Aleeya terkelu. Kali ini, lain pula arah bicara mereka. Tidak berani dia untuk berbicara. Hanya mengunci mulut dan tersenyum nipis menutup rasa gusar dihatinya.
Mereka mengambil tempat, majlis bermula dengan kata aluan pengacara. Majlis berjalan dengan santai dan tenang. Pengacara majlis menyampaikan ucapan jutaan terima kasih pada Nazim kerana telah sudi menjadi penyumbang terbesar bagi melaksanakan majlis malam itu. Tiba waktu untuk para tetamu menjamu selera pengacara memainkan bingkisan video lama dan gambar-gambar kenangan mereka. Segalanya terpapar dari projector, mengimbau semula detik-detik mereka sewaktu di luar negara.
"Aleeya, jom ambil makanan. Semua self-service" ajak Nazim.
"Awak ambil dahulu la, nanti saya pula" jawab Aleeya. Kurang selesa dia apabila sering beriringan bersama Nazim.
"Okay, saya ambil air dulu. Awak nak air apa?" soal Nazim prihatin.
"It's okay. Nanti saya ambil sendiri" Aleeya tolak dengan sopan.
Nazim segera bangun dan menuju ke arah buffet table yang tersedia. Mengambil air, lalu dihantarkan pada Aleeya.
"Air untuk awak" dia meletakkan segelas air dihadapan Aleeya. Kemudian berlalu semula ke buffet table untuk mengambil makanan pula.
Aleeya yang agak terkejut dengan tindakan Nazim padanya menjadi kelu. Tidak sempat berterima kasih, Nazim sudah berlalu ke meja buffet.
"Jom makan" tiba-tiba Nazim berbicara padanya yang leka memerhatikan layar yang memaparkan tayangan.
"Eh, bila awak ambil ni? Susahkan awak saja. Saya boleh je ambil sendiri" terkejut Aleeya dihadapannya terhidang sepinggan buah dan sepinggan makanan untuknya.
"Tak susah pun. Bukan saya kena masak. Makan lah, jangan lupa baca doa dulu" jawab Nazim.
Aleeya hanya tersenyum nipis sebagai balasan. Dia mula menjamah makanan yang telah diambilkan oleh Nazim.
"Anyway, thank you so much sebab awak sudi jadi partner saya malam ni" ucap Nazim padanya.
Aleeya hanya senyum sebagai balasan ucapan terima kasih itu. Malam itu berlalu dengan dia lebih mendengar bicara antara Nazim dan kenalannya, juga banyak tersenyum nipis dengan usikan dan gurauan dari mereka.
AKHTAR melepaskan lelah seketika dari tugasnya malam itu. Merenung ke arah gambar raya dia bersama Irham dan Azad ketika beraya bersama Bunga dan keluarganya. Membuatkan dia terkenang tentang peristiwa lalu.
"Ummi dan abi dah sepakat, pertunangan Akhtar akan tetap berlangsung. Kalau Akhtar sayangkan ummi dan abi. Hormatkan kami sebagai ibu bapa, Akhtar akan akur dengan permintaan kami" kata puan Nuraini padanya.
"Abi tahu Akhtar ada perancangan sendiri. Cuma, abi minta Akhtar hanya ubah sikit saja perancangan Akhtar tu dengan tambahkan pertunangan antara Akhtar dan Leyla. Akhtar nak further study, kami semua menyokong. Yang lain masih berjalan macam yang Akhtar mahukan" sokong encik Usaid Akram pula.
Akhtar masih mendiamkan diri. Seolah dia telah mengkhianati janjinya sendiri. Terasa satu bebanan yang berat menghempap dirinya. Buntu. Ya dia buntu. Antara dirinya dan keluarga.
"Minggu hadapan majlis pertunangan berlangsung. Semua dah ditetapkan dan dirancangkan. Akhtar kosongkan jadual untuk majlis pertunangan tu. Ummi nak Akhtar hadir majlis tu" tegas kata-kata puan Nuraini padanya.
Dia masih lagi mendiamkan diri.
"Akhtar! Kamu dengar tak ummi cakap ni?" naik lagi seoktaf suara puan Nuraini. Geram benar dia dengan kebisuan anak bongsunya itu.
"Tunaikanlah permintaan kami ni. Perkara ini tak ada yang salah pun kami buat untuk kamu. Dengar cakap ummi" pujuk abinya, Usaid Akram.
"Ikutlah apa yang ummi dan abi rasa terbaik. Akhtar masuk bilik dulu" dia bangun dan berlalu ke biliknya.
Masing-masing yang berada di ruang tamu itu hanya memandang Akhtar dengan rasa kasihan. Along dan Angahnya sudah habis daya memujuk ummi dan abinya untuk membiarkan Akhtar membuat keputusan hidupnya sendiri. Namun semua ditolak mentah-mentah, terutama oleh umminya.
"Tengoklah adik kamu tu, apa pun tak cakap. Apa yang susah sangat nak dengar cakap ummi dengan abi ni" puan Nuraini masih lagi meluahkan rasa geram dengan sikap Akhtar.
"Kan Akhtar dah cakap tu, ikut keputusan ummi dan abi. Ummi janganlah marah-marah macam ni. Along tak nampak pun Akhtar membantah" pujuk Akif pada umminya.
"Angah pun tak nampak Akhtar membantah, dia turut semua yang ummi minta. Ummi uruskan je la apa yang patut. Laily dengan Kak Long boleh tolong" sokong Akmal pula.
"Yelah. Nanti Hanim dengan Laily tolong ummi uruskan barang untuk dulang bertunang" mengalah juga puan Nuraini dengan pujukan anak-anaknya.
"Nanti kami tolong ummi uruskan ya" kata Hanim.
Akhtar yang duduk ditangga hanya mendengar semua perbualan itu sebelum bangkit dari duduknya berjalan menuju ke bilik.
Handphone dicapai. Group WhatsApp dibuka.
Buddies
Akhtar : Aku kalah, aku rasa aku dah gagal.
Azad : Apehal ni weh?
Irham : Aku tak faham. Kenapa ni bro?
Akhtar : Ummi dan abi dah buat keputusan yang aku tak boleh nak tolak. Aku rasa macam aku dah khianati Bunga. Majlis pertunangan dengan Leyla, ummi dan abi akan teruskan minggu depan.
Irham : Kau serious?
Akhtar : Aku tak main-main bro.
Azad : Kau kena berterus-terang dengan Aleeya.
Akhtar : Aku tak tahu macam mana nak explain pada dia. Aku buntu.
Irham : Betul cakap Azad, kau kena jelaskan semua ni pada Aleeya.
Azad : Aku minta maaf la tak bagitahu kau, sebab aku pun tak pasti pasal hal ni. Haritu Aleeya ada tanya pada Aira, betul ke kau dengan Leyla nak bertunang.
Akhtar : Mana dia tahu? Kenapa dia tanya macam tu pada Aira?
Azad : Aku pun tak pasti. Tapi Aira cakap tak ada pun dengar dari aku atau kau pasal ni. Terus dia kata maybe salah faham dari dia je.
Irham : Dia pun tanya soalan sama pada Elyn. Elyn tanya kenapa dia tanya soalan macam tu. Dia cakap ada orang sampaikan pada dia. Bila tanya siapa, dia cuma diam cakap tak apa.
Akhtar : Allah. Siapa punya kerja pula ni.
Irham : Kau tanya la dia bro.
Azad : Betul. Tanya dia. Aku yakin mesti ada yang sampaikan pada dia. Tapi siapa pula kan? Kita orang pun baru tahu ni.
Diraup perlahan wajahnya. Sungguh, jika boleh diundurkan masa. Dia mahu kembali ke saat itu. Mahu menjelaskan segalanya pada Aleeya.
"TAK guna!" jerit Kaisara.
"Kau apehal ni?" tanya Jane padanya.
"Nazim pergi reunion bawa perempuan lain. Kau tengok ni" tunjuknya pada gambar-gambar yang terpapar di screen handphonenya.
"Siapa hantar gambar-gambar ni pada kau?" soal Jane lagi.
"Bad. Dia pergi reunion tu. Kau tahukan Bad rapat dengan aku" jawab Kaisara bengang.
"Dah tu kau nak buat apa. Kau pun yang buat keputusan tak nak pergi reunion tu. Bosan la, tak best la apa la" Mimie mencelah perbualan Kaisara dan Jane.
"Mana aku tahu Nazim nak pergi. Aku check dah, nama guests. Nama dia tak ada. Tiba-tiba muncul pula malam ni. Kalau aku tahu dia joined memang aku pergi. Peluang kot nak jumpa dia. Dah la susah gila nak cari dia. Dia sekat semua hal berkaitan aku" bebel Kaisara tidak berpuas hati.
"Badrul memang tak tahu ke dia joined?" sekali lagi Jane menyoal.
"Tak tahu. Mati-mati dia mengaku dia tak tahu sbb memang nama Nazim tak ada dalam list guest yang hadir. Aku pun dapat list tu" kesal Kaisara bersatu dengan rasa bengang.
"Siapa perempuan tu? Kau tak kenal? Sepupu dia ke? Kawan-kawan dia ke? Pakai tudung lagi" kata Jane.
"Pakai tudung? Serious la? Bak sini aku nak tengok" celah Mimie pula.
Kaisara tidak endah. Jane menunjukkan gambar-gambar yang terpapar di screen handphone Kaisara. Panas hatinya menjadi-jadi, seperti mahu meletup dadanya.
"Wow. Cantiknya" terlepas kata-kata itu dari mulut Mimie. Jane di sebelahnya menyiku dia yang sudah terlepas kata. Jelingan mata yang tajam dari Kaisara dia terima.
"What? Dah memang cantik. Aku cakap la cantik. Look okay, kau cantik, perempuan tu pun cantik. Tapi berbeza citarasa je la. Kau cantik dengan cara kau. Dia cantik dengan cara dia. Pada aku, kalau kau nak balik si Nazim tu. Kau la kena ambil hati dia balik, bukan salahkan perempuan tu. Yang buat masalah pun kau kan" Mimie bela dirinya. Memang ada masanya dia tidak sebulu dengan Kaisara. Dia bukan seperti Jane yang selalu menjaga hati Kaisara.
"It's okay la Sara, kau kena usaha sikit lagi untuk dapatkan Nazim semula" Jane cuba meredakan suasana.
"Aku tengah buat apa selama ni? Tahu kan satu cara pun tak menjadi. Semua sudut dia sekat aku dari mendekati dia. Rumah family dia pun aku dah tak boleh datang, guard bodoh tu tak bagi aku masuk" jawab Kaisara bengang.
"Ha. Yang dulu kau kata ada plan tu apa dia? Dah try buat?" soal Mimie pula.
"Nak jalan plan macam mana, selagi aku tak jumpa dia, tak dapat contact dia. Plan tak boleh nak jalan la" bebel Kaisara.
"Sebenarnya, apa plan kau?" Jane pula bertanya.
"Perangkap dia, untuk buat dia terus kena khawin dengan aku" jawab Kaisara sambil tersenyum sinis.
"Serious lah kau. Tak marah pulak parents kau nanti?" soal Mimie.
"Pernah ke parents aku marah aku?" soalnya kembali.
Tergeleng kepala Mimie yang sedia maklum, semua kehendak Kaisara tak pernah ditolak kedua orang tuanya. Segala permintaan dan kerenahnya sentiasa dituruti.
"Soal maruah keluarga kot" jawab Mimie pula.
"Yup. Sebab soal maruah keluarga la, diaorang tak akan tolak dan ambil remeh hal macam tu kan? Aku yakin parents Nazim pun tak akan menolak punya" jawab Kaisara angkuh.
Jane dan Mimie saling berpandangan. Tiada lagi kata yang mampu keluar dari mulut mereka. Masak benar dengan kegilaan Kaisara. Apa yang dikatakan, itulah yang dilakukan.
LEYLA sedang sibuk mencari idea untuk tema majlis pernikahannya nanti. Mencari barangan yang sesuai untuk disenaraikan sebagai hantaran.
"Leyla. Boleh mama masuk?" soal puan Zaharah.
"Boleh ma, masuk lah" jawabnya.
"Leyla tengah buat apa?" puan Zaharah berbasa-basi.
"Saja usha tema majlis nikah dengan barang-barang yang sesuai untuk hantaran" jawabnya.
"Mama pun nak cakap sikit la soal ni. Leyla dengan Akhtar ada contact ke? WhatsApp, call ke video call?" tanya puan Zaharah prihatin.
"Tak ada ummi. Maybe dia memang nak focus untuk habiskan study dia disana" jawab Leyla cuba menutup kelemahan hubungannya dengan Akhtar.
"Mama minta maaf kalau apa yang mama cakap ni buat Leyla terasa. Tapi ini untuk kebaikan Leyla juga" puan Zaharah berhati-hati menyusun kata.
"Apa dia mama? Macam serious sangat isunya" Leyla menutup gugup dihatinya.
"Mama dengan abah rasa, pertunangan Leyla dengan Akhtar ni seperti tanpa kerelaan Akhtar. Leyla seperti bertepuk sebelah tangan. Mama dengan abah tak mahu Leyla terluka" susun kata puan Zaharah buatkan Leyla tersentak seketika.
"Eh, mana ada la mama. Akhtar sendiri yang setuju dengan ummi dia. Tak kan lah pula dia tak setuju, kalau dia tak setuju mesti kami tak bertunang" Leyla berdalih menutup kepincangan hubungannya.
"Betul dia setuju. Mungkin dia setuju kerana terpaksa menuruti kehendak ummi dan abi dia. Mama perasan sikap dia, cara dia seperti tak berminat pada Leyla. Ni, dah bertunang hampir 4 tahun pun langsung tak ada tanya khabar Leyla ke apa. Leyla tak menyesal ke jika tetap memilih untuk teruskan hubungan ni?" akhirnya terluah juga apa yang selama ini dia dan suaminya bincangkan tentang anak bongsunya ini.
"Leyla sayang dia mama. Leyla tak pernah sukakan sesiapa sebelum ni, tak pernah rasa jatuh cinta sebelum ni. Tapi bila pertama kali nampak dia, Leyla memang dah jatuh suka pada dia. Rasa cinta tu datang dengan sendirinya" luah Leyla pada puan Zaharah.
"Bila mama dan abah bercadang nak jodohkan kami. Leyla terus setuju, lelaki seperti dia memang yang Leyla nantikan selama ni" dia berharap mamanya akan memahami.
"Jika Leyla bukan pilihan dia. Tapi dia hanya menuruti kemahuan keluarga. Leyla masih nak teruskan? Macam mana pula kalau dia dah ada pilihan sendiri tapi dia rahsiakan?" bertubi-tubi soalan mamanya lontarkan.
"Leyla yakin. Bila ada restu dari keluarga, hubungan yang hambar akan jadi lebih bahagia diakhirnya" dia menjawab dengan yakin.
"Mama dan abah tak mahu Leyla terluka" nasihat puan Zaharah pendek untuk anak bongsunya itu.
"Waktu kita ikut hantar Akhtar ke airports, dia berangkat sambung pengajiannya. Leyla katakan yang Leyla akan tetap menanti. Dia pula jawab yang dia akan mengikut kemana takdir membawa dia. Leyla yakin takdir akan menyatukan kami ma" kata Leyla pada mamanya.
"Mama dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Leyla. Kami sentiasa minta Allah hantarkan lelaki untuk jadi suami yang baik, dari keturunan yang baik-baik yang mampu menyanyangi, melindungi, menjaga dan menjadi imam dan penjaga Leyla. Mama keluar dulu" kata puan Zaharah pada Leyla lalu dia bangun dari duduknya dan keluar dari bilik anaknya itu.
Leyla hanya memerhatikan mama yang berlalu meninggalkan biliknya. Dalam hati dia mengaminkan doa mamanya itu. Namun dia tahu, mama mahu dia membuat pertimbangan semula hubungannya dengan Akhtar.
Share this novel