Bab 1

Romance Series 36633

ALEEYA memerhati sekitar cafe. Kelihatan ramai pelajar yang sedang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Segelintir darinya ada yang sedang makan, ada juga yang sedang berbual, tidak kurang juga yang sibuk dengan laptopnya. Matanya meliar mencari tujuan asal ke cafe itu.

"Jumpa. Banyak-banyak tempat situ jugak kau orang duduk" keluhan terlepas dari bibir Aleeya. Laju kaki melangkah ke arah tujuannya. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.

"Maaf, saya tak sengaja" segera permohonan maaf dibuat. ‘Macam mana la boleh tak perasan ada orang ni, kelam kabut sangat la kau ni Eshal Aleeya’, bisiknya dalam hati. Kepala menunduk dan mata masih terpejam bimbang dimarahi kerana kecuaiannya

"Tak apa. Sikit je ni, mujur air tak tumpah" Sapa suara garau orang yang dilanggarnya tadi. Aleeya membuka mata dan takut-takut melihat wajah pemilik suara itu, dilihat lelaki itu sedang menutup botol air mineralnya. Sekali lagi bibirnya laju menutur kata maaf.

"Maaf ya" luahnya kesal sambil memandang wajah empunya suara yang dilanggarnya tadi. Lelaki tersebut memandang dia dan hanya mengangguk kepalanya sedikit sambil tersenyum. Sejurus itu laju kaki melangkah meninggalkan kawasan itu ke arah rakannya yang sedang melihatnya.

"Kau kenapa tadi? Siapa mamat tu?" soal Sayang a.k.a Azlina, salah seorang dari si kembar. Ya, dia ke cafe untuk bertemu dengan rakannya si kembar. Kemana saja pasti berdua. Eh! dah nama pun kembar, mesti la bersamakan. Soalan yang ditanya,di balas dengan gelengan kepala.

"Tak sengaja langgar dia masa aku nak datang sini ni la. Yang kau orang pun, dah tak ada tempat lain nak duduk ke? Sini jugak. Mentang la suka makan aiskrim, betul depan kedai ice-cream ni juga duduknya" Bibir laju menutur ayat macam machine gun. Tergelak si kembar dengan bebelan dia.

"Macam tak biasa, ice-cream for life" sahut si Manja a.k.a Azizah.

Sudahnya bergelak ketawa la mereka bertiga. Si kembar, Azlina dan Azizah wajah hampir seiras tapi dia masih boleh membezakan mereka berdua berbanding dengan rakan-mereka yang lain. Itulah kawan, itulah sahabat. Pada awal kemasukan di kolej itu, mereka tidaklah seakrab kini oleh kerana masing-masing berlainan kelas walaupun berada di course yang sama dan masing-masing rasa macam tak boleh ‘geng’. Atas beberapa peristiwa, mereka menjadi rapat dan bermula dari situ rupanya mereka boleh ‘sekepala’ dalam banyak hal.

"Sayang, kau bawa tak pen drive?" Soal Aleeya.

"Bawa cik Bunga" laju tangan Azlina mencapai bag dan mengeluarkan pen drive miliknya.

"Bunga, lepas finalized ni kita terus pergi print" ujar Azizah yang sedang menikmati aiskrim di tangan.

Bunga, Sayang dan Manja nama gelaran bagi mereka bertiga, dan hanya diguna pakai untuk ahli keluarga dan juga mereka bertiga. Kalau orang luar dengar mungkin sedikit unik dengan gelaran tersebut. Namun bagi mereka gelaran itu istimewa dan hanya insan istimewa yang akan memanggil mereka dengan gelaran tersebut. Sudah semestinya ada juga gelaran yang bukan-bukan dari mulut mereka. Itulah yang menjadikan mereka BFF.

"By the way, siapa mamat tu Bunga? Handsome tak?" soal Azlina tidak puas hati.

"Kan aku dah geleng tadi cik Sayang. Aku tak kenal, aku tak sengaja terlanggar dia. Aku jalan cepat-cepat nak jumpa kau orang. Aku kan dah lambat, tak perasan jam dah pukul 12.00 tadi masa kat library. Tu pun aku blah je tinggal Kak Ain kat sana, nasib baik Kak Sue ada tadi. Kalau tak kesian Kak Ain sorang-sorang" jawab pada Sayang.

"Kelam kabut lagi, tapi handsome tak dia?" sambung Azizah pula.

"Eh, kau orang ni. Jap lagi sebelum jam 2.00 petang nak hantar assignment ni tau. Kacau aku, lambat kang tak sempat hantar padan muka kena reject dengan Encik Affan. Kosong terus markah" Balas Aleeya sambil mata dan tangan ligat meneruskan kerja.

Encik Affan, dalam tegas ada lembutnya dalam lembut ada yang jadi mangsa repeat papernya. Hahaha. Haru. Jangan berani main-main bila bab assignment.

"Okey-okey" serentak si kembar menjawab. Dah nama pun kembar, jawab pun nak sama-sama. Tersengih Aleeya sambil gelengkan kepala.

"Handsome la juga, not bad. Tapi aku tak berani nak tengok lama-lama. Orang buat salahkan. Malu oi, cepat-cepat la aku angkat kaki" dengan selamba Aleeya bercakap.

"Wow, sempat aje mata tu" kata Azizah.

"Dah kau orang nak tau sangat. Tapi kan lembut je cara dia jawab maaf aku tadi. Aku ingat dia nak marah tau, mujur tak marah. Suara dia seksi weh, macam senyum dia juga. Miieeeoowww.." balas Aleeya sambil mengangkat kening dan tersengih gatal. Sengaja ditambah bunyi kucing Parsi gatal dihujung bicara.

“Gatal….” kata Azlina dengan nada gediknya.

“Gatal kucing Parsi jur..” jawab Aleeya spontan dengan aksi mencakar gediknya.

"Hahahahaha" Bergabung tawa mereka bertiga. Mujur suasana di Café sememangnya hinggar-binggar dengan suara-suara pelajar yang memenuhi cafe waktu makan tengah hari begini. Jika tidak pasti mereka hairan melihat keadaan mereka yang ketawa tak ingat dunia, dah serupa kak pon.

"Dah siap, boleh pergi print. Tapi kau orang tengok dulu. Cepat tau semak, 10minit lagi nak pukul 1.00" Ujar Aleeya setelah tugasnya selesai. Hampir 15minit masa diambil untuk mengedit dan finalized assignment berkumpulan mereka.

Si kembar meneliti semula kerja di laptop Aleeya, kemudian menganguk kecil tanda semuanya okay. Menolak semula laptop kepada Aleeya untuk disimpan. Pantas Aleeya save di pen drive terlebih dahulu, kemudian laptop Aleeya tutup dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi menghulur pen drive pada Azlina.

"Kau tak makan dulu ke Bunga? Kita orang dah makan" Azlina bertanya sambil ligat tangan mencapai pen drive yang aku hulur untuk disimpan ke dalam bag. Azizah pula sudah sedia berdiri, kebiasaanya membawa fail kemana sahaja sambil memerhatikan Aleeya yang ligat mengemas laptop ke dalam bag.

"Dah, aku makan dengan Kak Ain tadi sebelum pergi library, makan nasi terus tadi tu yang kenyang lagi" Ujar Aleeya sambil bangun bersedia untuk pergi bersama si kembar.

Berlarian kecil mereka bertiga menuju ke cybercafe untuk print assignment yang telah siap. Bimbang terlambat, tidak sempat hantar carry mark dapat markah kosong. Akibatnya mungkin perlu repeat paper atau lebih parah repeat semester, mimpi ngeri bagi semua pelajar.

Tanpa mereka bertiga ketahui, ada mata yang memerhati gelagat mereka dari awal mereka bertemu. Tanpa sedar terloret senyum di bibir si pemerhati.

Selesai menghantar tugasan mereka, langkah terus dibawa melalui bangunan utama ke arah masjid kolej.

"Singgah mini mart jap. Nak beli roti, air dengan gula-gula. Takut lapar dan mengantuk dalam kelas. Air aku pun dah tinggal separuh ni" Ujar Aleeya pada si kembar.

"Boleh je, jom" Azlina menjawab.

Selesai urusan di mini mart, mereka terus menuju ke masjid kolej. Memasuki ruang koridor untuk ke bahagian solat wanita, dapat dilihat ada beberapa kumpulan pelajar lelaki yang tidak dikenali juga sedang menanti waktu solat, tetapi memilih menunggu di ruang koridor masjid. Tanpa berlengah kaki dibawa melangkah menuju tempat solat wanita, agak ramai juga. Mereka tercari-cari ruang kosong yang ada boleh menempatkan mereka bertiga.

"Sana" Aleeya menunjuk arah yang boleh memuatkan mereka. Laju si kembar mendahului langkah, ke arah yang ditunjuknya tadi.

"Lega dapat duduk, macam nak tercabut kaki jalan je dari tadi" adu Azlina pada mereka.

"Mana taknya kita jalan macam tak cukup tanah. Kejar masa punya pasal" tambah Azizah pula.

"Tak boleh berangan, kena ambil wuduk cepat kita bergilir. Lambat nanti bising Puan Zana" bebel Aleeya sambil ligat tangannya mengeluarkan telekung yang sedia ada didalam bag laptop yang dibawa kemana sahaja. Berat tapi lebih mudah jika keadaan mendesaknya perlu menggunakan komputer dengan segera.

AZAD menoleh ke kiri dan ke kanan mencari arah pandangan Akhtar. Hairan meihat aksi sahabatnya itu yang tersenyum tiba-tiba.

‘Comel’ desis hati Akhtar.

"Woi, kau pandang apa? Tiba-tiba senyum" tegurnya.

"Tak ada apa lah" Jawab Akhtar bersahaja.

"Siapa langgar kau tadi? Kecil je budak perempuan tu, comel. Dia minta maaf sambil mata terpejam. Mesti takut kau marah dia" kata Irham sambil menghabiskan baki makanan yang ada dipinggannya.

"Entah, first time nampak. Budak course lain kot. Tengok pakaian macam bukan budak course kita" Katanya sambil melihat phone di tangan. Gambar curi yang diambilnya diperhati.

"Dah. Jom pegi masjid solat, nak Zohor dah ni lepas tu pukul 2 ada kelas lagi" Kata Azad melihat jam sambil berdiri menanti rakannya.

"Jom." Balas Irham dan Akhtar serentak sambil berdiri dan mula mengatur melangkah ke arah Masjid kolej.

Sedang mereka duduk berbual dan meliar pandang di kawasan koridor masjid, pandagan Akhtar tertumpu pada seorang gadis.

"Macam dia" desisnya dalam hati. Ralit dia memerhati tiga gadis yang melangkah masuk ke masjid itu, degup jantungnya juga berdebar hebat.

"Kau tengok apa? Dari tadi kau macam perhatikan orang" kata Azad sambil terjenguk-jenguk kepala melihat ke arah pandangannya.

"Tak ada apa lah. Tengok orang lalu lalang" Balas Akhtar lalu melihat sekeliling.

"Kau ni pelik betul harini. Tak pernah kau macam ni" Tambah Irham pula. Dia hanya membalas dengan senyum sambil menggelengkan kepala.

"Kejap lagi azan ni, jom lah masuk kita stay dalam saf siap-siap." Ajak Akhtar pada mereka.

“Akhtar, kau nak mengelak eh? Lain macam perangai kau harini. Asal? Kena langgar awek comel terus jadi pelik ke cane?” sakat Azad padanya.

“Relax la weh. Ada 5minit lagi nak masuk waktu. Nak lari la tu” tambah Irham. Meletus tawa kecil mereka berdua dapat mengenakannya.

“Tak ada lah. Aku tengok orang lalu lalang je. Budak tadi tu memang la comel. Sebab dia kecil je macam budak sekolah. Budak tahun satu ke? Tak pernah perasan pula” bidas Akhtar pada mereka.

“Entah. Aku pun tak pernah nampak dia kat cafe sebelum ni. Sama ada time kita datang dia tak ada atau memang dia jarang datang cafe tu” balas Irham pula.

“Pelik kau ni. Selalu bukan kesah pun pasal budak perempuan. Yang duk ada suka kat kau dari tahun satu pun kau tak layan. Siap bagi coklat la apa la. Kau boleh buat tak tau je. Tapi kali ni lain macam ni. Tiba-tiba macam berminat nak tau” Azad bertanya dengan perasaan curiga.

“Tak layan la, sebab aku tak minat. Kalau aku layan jadi macam aku bagi harapan palsu pula kan. Bukan yang hati aku pilih nak buat macam mana” nada bersahaja Akhtar menjawab pertanyaan Azad.

“Habis yang hati kau pilih, yang macam mana? Putih? Hitam manis? Sopan? Lemah-lembut? Tinggi? Ciri-ciri perempuan melayu terakhir?” tanya Irham pula.

“Entah. Mungkin yang bila aku nampak dia, hati aku tahu itu dia” jawab Akhtar bersahaja.

“Wow. Complicated betul seorang Uzzam Akhtar Bin Usaid Akram ni. Semoga bertemu la dengan pilihan hati. Final year dah ni, seorang pun tak melekat dengan kau. Yang datang banyaknya kau reject, belum lagi dari yang mereject diri sendiri setelah direject kau” kata Azad mengusik.

Bergabung meletus ketawa dari mereka dengan istilah Azad. Ada benarnya, Akhtar menolak kerana tidak mahu mempermainkan perasaan mereka. Lebih baik menolak dari memberi harapan palsu.

“Dah lah. Jom masuk, nak azan dah tu.” Kata Aktar seraya mula bangun dari duduk.

USAI solat zohor berjemaah di masjid kolej. Berpusu-pusu para pelajar keluar dari masjid untuk memulakan aktiviti masing-masing. Aleeya, Azlina dan Azizah masih menanti keadaan sedikit reda untuk mereka keluar dari masjid. Mahu bersesak dalam keadaan yang ramai pelajar itu, mereka tidak selesa. Lagi pula mereka masih ada masa lagi sebelum kelas bermula.

“Bunga, habis kelas petang lepak bilik kitaorang. Nak marathon cerita korea semalam” ajak Azizah ketika sedang memakai Sneakers miliknya.

“Aku tengok dulu macam mana nanti eh. Tadi dah janji dengan Kak Ain nak teman dia naik kedai atas cari barang-barang makan kat Kedai Runcit Ahmad tu. Stock makanan dah menyusut. Kang nak masak tak ada bahan pula” balas Aleeya yang sedang menunggu mereka.

Aleeya dan rakan biliknya lebih gemar memasak berbanding membeli makanan atau makan di café sedia ada. Lebih jimat belanja dengan keadaan mereka yang bergelar pelajar. Duit perlu sentiasa ada untuk bersedia dari sebarang kemungkinan membayar salinan nota atau perkara lain yang perlu dibayar atau dibeli mengikut keperluan sebagai pelajar.

Berada di tahun ke dua, Aleeya lebih memahami keadaan kewangan yang sentiasa perlu ada untuk sebarang kemungkinan. Apa lagi bila perlu membuat tugasan luar kolej, belanja yang bukan sedikit. Namun, itulah lumrah mereka sebagai pelajar kolej.

“Nak follow lah macam tu. Boleh? Nak beli barang juga” tanya Azlina ketika mereka sedang berjalan menuju ke kelas.

“Boleh, tapi macam biasalah cik Sayang dan cik Manja kena datang bilik ya..” ujar Aleeya seraya tersenyum padanya sambil mengelak beberapa pelajar lain yang berselisihan dengan mereka.

“Beres, nanti kita orang datang bilik kau” jawab Azizah.

Ketika kami hampir sampai di hadapan pintu masuk bilik tutorial untuk kelas pada petang itu. Mereka berselilih dengan para pelajar course lain, namun itu bukanlah perkara asing bagi mereka di kolej.

“Eh! Macam mamat yang aku langgar tadi. Alamak, boleh pula terserempak kat sini. Malunya” kata Aleeya perlahan pada Azlina dan Azizah.

“Yang mana?” tanya Azlina ingin tahu, segera menoleh melihat kumpulan pelajar yang melepasi mereka tadi.

“Baju kemeja grey, pakai songkok tu” jawab Aleeya mencuri lihat pemuda yang dilanggarnya itu.

“Not bad, sesuai dengan kau Bunga. Sejuk mata memandang” kata Azizah pula, mengusik Aleeya.

“Dia pandang sini, dia tengok kau la Bunga” kata Azlina tiba-tiba yang perasan pemuda itu menoleh melihat mereka.

“Jangan mengarut, jom masuk class” kata Aleeya. Jantungnya berdegup hebat bagai dipalu apabila bertemu mata dengan pemuda itu.

“DIA” bisik hati Akhtar ketika berselisih dengan kumpulan-kumpulan pelajar, yang masing-masing juga menuju ke kelas atau kuliah. Jantungnya tiba-tiba berdebar, kepalanya menoleh memerhati. Hati seolah mengenali, mata tidak boleh lepas dari melihat gerangan si dia.

“Kau tengok apa? Siapa?” tegur Irham yang melihat Akhtar menoleh pandang kebelakang.

“Tak ada siapa, salah orang” Akhtar beralasan.

“Lain betul perangai kau sejak kena langgar awek comel tadi” usik Azad pula.

“Aku pun perasan” Irham menyokong kata-kata Azad. Akhtar hanya tersenyum kecil, malas mahu melayan usikkan mereka berdua.

“Siapa dia? Kenapa tiba-tiba jantung aku berdebar bila Nampak dia. Aku kena cari tahu siapa dia” bisik hati Akhtar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience