"EH! Naik dah Aleeya?" tanya Irham bila Akhtar datang ke arah mereka.
"Dah. Mana boleh lama-lama, anak dara orang tu. Lagipun dia baru baik demam, aku suruh dia naik makan" jawab Akhtar.
"Kau pun usik dia sampai blur budak tu" kata Aira.
"Saja usik dia. Tak sangka dia sampai blur macam tu" Akhtar senyum nipis terbayangkan wajah comel Aleeya tadi.
"Kita orang pun nak naik ni, thanks hantar makan" kata Elyn.
"Okay. Ingat tau, tolong tengok-tengokkan Aleeya tu" pesan Akhtar.
"Tak de hal lah. InsyaAllah, tak ada apa. Apa-apa bagitahu lah" kata Aira.
Irham dan Azad sempat berpesan pada pasangan masing-masing. Akhtar beredar menunggu di dalam kereta. Tidak lama, Irham dan Azad juga menaiki kereta setelah selesai berbual dengan Elyn dan Aira.
"Kau orang rasa ada peluang tak aku nak terus dengan Aleeya?" Akhtar bertanya ketika memandu dalam perjalan pulang.
"Apehal kau tanya soalan macam tu?" soal Irham.
"Dia nampak macam sengaja cipta jurang antara aku dengan dia. Memang la nampak macam okay. Tapi dia masih mengelak aku juga" jawab Akhtar jujur.
"Habis tadi jumpa kau paksa ke camne?" soal Azad.
"Ha'ah. Aku cakap no objection no rejection. Tu sebab boleh jumpa" Akhtar tergelak dengan idea gilanya sendiri.
"Gila lah kau ni" kata Irham.
"Dia sesuatu sangat. Istimewa. Buat aku nak kenal dia. Aku baru dapat tahu sikit je pasal dia dari abang dia masa kat hospital" luah Akhtar.
"Apa yang kau tahu?" soal Azad ingin tahu.
"Dia tak pernah ada boyfriend. Dia pernah kawan dengan sorang mamat ni, tapi mamat ni game dia. Kantoi, budak tu buat hal. Aleeya revenge balik kat mamat tu. Kes student laki kena tampar dekat cafe hostel tahu?" tanya Akhtar pada mereka.
"Pernah dengar, budak hostel kecoh tak berani nak dekat dengan budak perempuan tu. Tak silap budak laki tu berenti. Kenapa tanya?" soal Irham.
"Budak perempuan tu, Aleeya" selamba Akhtar menjawab.
"Serious lah!" serentak Irham dan Azad bersuara.
"Serious, abang dia sendiri cerita kat aku. Menarik kan. Tak pernah lagi dia kotorkan tangan dia sentuh bukan mahram dia tau. Sebab dia punya rasa marah, dia lempang budak laki tu. To be honest, dia sangat terjaga dan di jaga dengan baik. Dari apa yang aku tahu dari abang dia, Aleeya ni jenis susah berkawan lagi-lagi dengan lelaki. Abang dia kata kira aku insan terpilih la boleh kawan dengan dia" Akhtar bercerita sambil tersenyum nipis.
"Haih. Hati-hati lah kau. Jangan lukakan dia sudah. Sekali dia terluka mesti susah nak baik. Dari pa yang kau cakap ni, aku rasa hati dia lembut. Dia macam cipta jurang supaya dia tak disakiti" kata Azad.
"Setuju. Aku pun terfikir benda yang sama macam Azad. Kalau betul kau serious, hati-hati lah. Jangan sampai dia terluka" pesan Irham juga.
Akhtar hanya mengangguk dan mengiakan kata-kata sahabatnya berdua itu.
"Suatu hari nanti akan aku pegang hatimu dan setia melindungi agar engkau tidak terluka bungaku" bisiknya dalam hati.
"ALEEYA beli makanan ke turun bawah?" soal Ain.
"Tak lah kak. Akhtar hantar tadi. Azad dengan Irham pun ada" jawab Aleeya.
"Mesti dia orang jumpa awek dia orang sekali la tu" Ain meneka.
"Ha'ah. Dia orang okay ke kak?" soal Aleeya ingin tahu.
"Siapa? Aira dengan Elyn tu ke? Dia orang okay. Selalu juga jumpa kalau kita orang saja buat makan-makan" jawab Ain.
"Aleeya pergi makan sekejap la kak. Nak makan ubat lagi" Aleeya bangun ingin beredar ke ruang makan, handphonenya dibawa bersama.
Ketika sedang makan. Masuk pula notifikasi group WhatsApp bersama si kembar.
BSM GROUP
Sayang : Buat apa tu Bunga?
Bunga : Makan..lapar woii
Manja : Baru nak tanya nak kirim tak, kita orang nak pegi cafe beli makanan.
Bunga : Lambat, aku tengah makan ni ha. Tapi nak kirim air boleh?
Sayang : Asal? Kau makan tak ada air ke? (emoji jelir lidah disertakan)
Bunga : Sengal. Ada tapi air masak je. Nak air buah, belikan air tembikai.
Sayang : Hahaha. Okay. Macam mana kau boleh ada makanan? Kak Ain masak ke?
Bunga : Tak ada lah. Ada orang hantar makan untuk aku. Hehe (emoji sengih disertakan)
Manja : Amboi! Siapa tu yang hantar? (emoji berfikir disertakan)
Sayang : Abang sayang dia la tu (emoji jelir lidah disertakan)
Bunga : Abang sayang mana pulak? Akhtar la bagi, orang dah bagi aku ambil la. Save duit aku harini..
Sayang : Dia la abang sayang kau. Mana ada orang lain lagi.
Bunga : Merepek merapu bagi kat kau. Champion. Dah la, aku nak makan. Air aku jangan lupa. Aku tunggu, tak ada aku merajuk.
Manja : Yelah. Nanti kita orang pegi bilik kau. Hati-hati makan takut nanti ternampak muka Akhtar dalam makanan tu. (emoji jelir lidah disertakan)
Bunga : Malas layan, sama je dua orang ni.
Aleeya menyambung makan. Ketika hampir habis makanan, handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Segera digesek ikon hijau setelah melihat nama yang tertera.
"Assalamualaikum abang" Aleeya menyapa.
"Wa'alaikumsalam. Bunga buat apa dah makan belum?" perihatin Eidlan bertanya.
"Tengah makan tapi nak habis dah. Abang? Dah makan?" Aleeya bertanya pula.
"Dah. Saja call Bunga. Ubat makan tak?" Eidlan bertanya lagi.
"Makan, doctor cakap tak perlu habiskan yang lain kan kecuali antibiotics dengan vitamin" dia mengulang semula pesanan doctor.
"Ya. Demam dah okay? Batuk? Selesema?" seperti polis pencen sahaja Eidlan bertanya.
"Dah okay. Alhamdulillah. Esok MC lagi tapi Bunga siapkan assignment je tak pergi kelas. Mujur tak ada kuiz" jawab Aleeya.
"Okay. Abang nak sambung buat kerja ni. Jaga diri tau. Apa-apa call abang. Assalamualaikum" Eidlan menutup bicara.
"Okay abang. Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya mengakhiri perbualan.
JAM menunjukkan hampir ke tengah malam. Aleeya yang menyiapkan assignment selepas menunaikan isyak sudah terasa letih dan mengantuk yang amat. Buku-buku di kemas, laptop di off. Aleeya mengambil handphone untuk disetkan alarm. Baru melelapkan mata, handphone yang ditukar ke mode silent bergetar. Mengecil matanya melihat screen, ikon hijau digesek.
"Hurm" jawab Aleeya lemah
"Assalamualaikum, eh! Aleeya dah tidur ke?" tanya Akhtar.
"Dah..hurm" jawab Aleeya sambil menahan ngantuk yang teramat.
"Ubat dah makan tak?" Akhtar bertanya.
"Hurm" ringkas dijawab Aleeya.
"Bungaku" sengaja pula Akhtar mengusik dengan memanggil Aleeya begitu.
"Hurm" jawab Aleeya antara dengar dengan tidak sahaja suara orang yang menghubunginya.
"Bungaku" sekali lagi Akhtar memanggil dengan panggilan itu. Terasa seronok pula mengusik si gadis yang entahkan sedar atau tidak bercakap dengannya.
"Hurmm" sahut Aleeya lagi.
"Rindu tak ni?" tersengih Akhtar sambil bertanya, tahu si gadis pasti dalam keadaan antara sedar dengan tidak bercakap dengannya.
"Hurm" Aleeya menyahut. Dia tidak pasti apa bicara orang disana, kerana kantuknya terasa benar.
"Betul rindu? Esok abang jumpa Bunga abang ni lagi ya" Akhtar sudah ketawa tanpa suara, sengaja mengacau tidur si bunganya.
"Hurm" semakin kedengaran dengan tidak suara Aleeya.
"Bunga... tidur lah, abang teman bunga kesayangan abang ni sekejap" akhirnya Akhtar mengalah, tidak mahu mengusik gadis itu lagi. Entah mudah sahaja perkataan Bungaku itu meluncur keluar dari mulutnya. Dia juga senang memanggil gadis itu dengan gelaran itu.
"Hurm" semakin perlahan dan tidak jelas suara Aleeya. Dia sudah mula hanyut di dalam lena.
"Dah tidur pun boleh menyahut lagi ya. Abang teman sekejap, tidurlah Bungaku. Semoga hari esok engkau akan kembali mekar seperti bunga-bunga yang cantik Allah ciptakan" Akhtar berkata walaupun dia tahu gadis itu tidak mendengarnya. Kemudian Akhtar berbismillah, mula membaca surah-surah lazim di ikuti dengan ayatul kursi buat gadis itu.
Aleeya semakin hanyut dalam lenanya. Sayup-sayup dia mendengar suara orang mengaji, jiwanya tenang dan lena tidurnya. Tidak menyedari apa yang terjadi.
Setelah Akhtar selesai menghabiskan bacaannya. Akhtar menamatkan panggilan itu. Dia juga mahu menjemput lena. Esok perlu menghadiri kuliah pagi.
Share this novel