Bab 88

Romance Series 36633

SUDAH dua minggu berlalu sejak peristiwa kemalangannya, morning sickness Aleeya juga sudah berkurangan. Namun dia masih lagi dihantar dan dijemput Akhtar sewaktu pergi dan pulang dari kerja. Pada hujung minggu pula Akhtar kerap menghabiskan masanya dipejabat Aleeya melakukan kerjanya, atau membantu Aleeya di majlis yang menggunakan khidmat Bunga&Coklat.

"Abang... Jom pergi makan cendol yang bawah pokok tu" ajak Aleeya tiba-tiba.

"Sayang nak sekarang ke? Susah parking situ sayang, sebab tepi jalan. Weekend macam ni lagi ramai orang" kata Akhtar.

"Jom la. Bunga nak sangat" rengek Aleeya manja.

"Abang order je la, dia hantarkan" Akhtar memberi pilihan.

"Tak nak. Tak sedap nanti cair ais dia, Bunga nak makan kat situ juga" rengek Aleeya lagi.

"Okay-okay. Jom siap. Kita pergi" Akhtar mengalah, yakin isterinya itu mengidam. Jarang Aleeya minta sesuatu, melainkan dia benar-benar teringin.

"Yeayyy.. Sayang abang" kata Aleeya teruja.

Akhtar menutup laptopnya dan dikemas fail kerjanya untuk keluar ke kedai cendol yang di maksudkan Aleeya. Terkenal dengan nama cendol pokok, kerana lokasinya di bawah pokok dan berada di tepi jalan. Yang menjadikan cendol itu sedap kerana menggunakan gula Nisan asli.

"Parking seberang jalan la abang. Sini penuh" kata Aleeya yang melihat deretan kereta yang menjadi pelanggan di kedai cendol itu.

"Kena melintas jalan kaki nanti sayang. Bahaya" jawab Akhtar.

"Nanti habis. Buang masa sebab nak cari parking" kata Aleeya seakan jauh hati.

"Jangan la merajuk, kita cuba tengok sampai depan sana. Kalau tak ada juga baru abang u turn parking seberang jalan sana" pujuk Akhtar yang sudah faham dengan nada percakapan Aleeya.

Aleeya sudah mendiamkan diri. Tentu sahaja rajuknya sudah bermula. Akhirnya, Akhtar mengalah. Dia membuat u turn untuk parking di seberang jalan.

"Jom.." ajak Akhtar sebaik keretanya di parking. Aleeya sudah tersenyum, suka apabila Akhtar mengajaknya.

Aleeya order dua jenis cendol untuk dirinya, cendol biasa dan cendol pulut. Akhtar pula memesan cendol jagung untuk dirinya.

"Sedap?" tanya Akhtar melihat Aleeya berselera menikmati cendolnya.

"Sedap. Terima kasih abang bawa Bunga datang sini" ujar Aleeya manja.

"Sama-sama sayang. Suka abang tengok sayang makan berselera" kata Akhtar.

"Lepas ni ada nak pergi mana-mana?" tanya Akhtar pada isterinya.

"Tak ada, kita balik lah. Kerja Bunga kat kedai dah settle" jawab Aleeya.

"Jom abang. Bunga dah sudah" kata Aleeya pada Akhtar. Habis licin dua mangkuk cendol yang dipesannya tadi.

"Jom.." Akhtar yang sememangnya sudah selesai bersetuju untuk beredar.

Ketika mereka mahu melintas jalan, sebuah kereta Nissan Versa berwarna merah meluncur laju secara tiba-tiba ke arah mereka. Akhtar pantas berlari ke arah Aleeya yang sudah mendahuluinya berjalan di hadapan. Aleeya seakan terkaku melihat kereta yang meluncur laju ke arahnya. Walaupun Akhtar sempat mencapai pergelangan tangan Aleeya, sebahagian badan Aleeya dirempuh laju sipi sisi kereta itu menyebabkan pegangan Akhtar terlepas, dan Aleeya jatuh berguling di atas jalan raya.

"Sayang..!!!!!" jerit Akhtar yang juga sudah jatuh tersungkur di atas jalan raya, gara-gara impak rempuhan yang menyebabkan dia terlepas pegangan pada Aleeya. Segera dia bangun dan berlari mendapatkan Aleeya.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu datang membantu. Ada yang menghubungi polis dan juga ambulance. Aleeya sudah berlumuran darah di bahagian kepala dan celahan kakinya.

"Sayang.. Buka mata please.. Sayang..." Akhtar memusingkan tubuh Aleeya yang tertiarap. Tidak berani untuk menggerakkan tubuh isterinya kerana bimbang akan menyebabkan kecederaan lain. Berjuraian air matanya melihat keadaan Aleeya sebegitu.

Aleeya buka seketika mata apabila dipanggil oleh Akhtar. Sebelum pandangannya menjadi gelap dan matanya tertutup rapat.

"Sayang.... " tidak terkeluar suara Akhtar kerana terlalu sedih.

"Ada doctor tak kat sini? Student medic?" jerit salah seorang pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

"Kami" muncul seorang wanita dan lelaki yang baru tiba di situ.

"Tolong berikan ruang. Encik tolong ketepi, berikan kami ruang untuk melihat keadaan mangsa. Boleh kami dapatkan first aid jika sesiapa ada" kata wanita muda itu.

"She's pregnant" kata Akhtar pada wanita dan lelaki itu.

"Fara, you should check the lower body. Let me handle here" kata lelaki itu lalu nadi di kawasan leher Aleeya diperiksa.

"Okay Lee. Berapa usia kandungan wife encik?" tanya wanita bernama Fara itu.

"12 weeks" kata Akhtar perlahan.

Wanita itu melihat lelehan darah dari celahan kaki Aleeya, dapat dia rasakan mangsa kemalangan ini keguguran. Namun diteruskan juga memeriksa jika ada anggota kaki yang patah.

"Yang lelaki tolong beredar. Sekurangnya saya cuba menjaga aurat isteri saya disini. Terima kasih atas bantuan anda" kata Akhtar pada orang ramai yang mengelilingi mereka.

"Yang perempuan tolong stay sini. Kita lindung mangsa, bantu abang ni jaga aurat isteri dia selagi boleh" kata salah seorang pelanggan yang juga melihat kejadian itu.

Kepala Aleeya yang berdarah sudah ditekap menggunakan kain kasa dari first aid orang ramai yang membantu. Tidak lama muncul ambulance bersama paramedic.

Wanita dan lelaki yang memberikan bantuan awal kecemasan membantu paramedic mengangkat Aleeya naik ke atas stretcher dengan skill yang betul.

"1..2..3..up" kata lelaki yang dipanggil Lee oleh rakannya itu.

"The victim was hit by a car and unconscious, head injury as a result of being hit, the neck looks good but need to put cervical collar incase. Hands are also equally no signs of fractures. Victim may have a miscarriage, both legs of the victim showed no signs of fractures but maybe cracked" kata Lee pada paramedic ketika menolak masuk Aleeya ke dalam ambulance.

"Suami dia ikut dia ke hospital" kata wanita bernama Fara itu pada paramedic.

"Cepat encik naik. Nanti dapatkan juga rawatan untuk encik di sana" kata wanita bernama Fara itu.

"Terima kasih" ucap Akhtar.

Pintu ambulance segera ditutup. Siren dibunyikan menandakan ambulance memerlukan ruang untuk bergerak laju di  atas jalan raya supaya segera sampai ke hospital.

"AKHTAR..."

"Abang Akhtar.." 

Berlari Eidlan dan Emir mendapatkan Akhtar yang duduk di ruang menunggu pembedahan berjalan.

Berjuraian air mata lelakinya. Tidak malu dia melepaskan tangisannya dihadapan mereka. Tidak lama kembar juga tiba dalam keadaan berlari ke arah mereka.

"Macam mana?" soal Azizah yang sudah merah matanya.

"Masih di dalam" jawab Akhtar dengan suara yang serak kerana menahan tanggisan.

"Macam mana boleh jadi?" tanya Eidlan pula.

"Erm..tadi lepas Bunga siap buat cake di kedai dalam pukul tiga. Dia ajak pergi makan cendol pokok. Saya berat hati nak bawa, tapi sebab dia merayu mungkin sebab teringin sangat, saya bawa juga. Nak balik, kami nak melintas jalan. Saya lambat sebab kunci kereta terlepas dari pegangan, jatuh saya ambil. Bunga sudah berjalan ke hadapan, tiba-tiba muncul kereta laju ke arah Bunga. Saya berlari nak tarik Bunga, saya dah pegang dia tapi saya terlambat. Sisi tepi bahagian depan kereta tu rempuh sebahagian tubuh Bunga kuat menyebabkan pegangan saya terlepas dan Bunga berguling jatuh atas jalan raya" cerita Akhtar bersama air mata yang turun di pipinya.

"Allah..." serentak kata Eidlan, Emir dan kembar.

Masing-masing sudah basah dengan air mata. Hanya memanjatkan doa di dalam hati supaya keadaan Aleeya baik-baik sahaja.

"Waris pesakit bernama Eshal Aleeya" panggil seorang nurse.

"Saya suami dia" cepat Akhtar mendapatkan nurse tersebut.

"Doctor nak jumpa encik, ikut saya" kata nurse itu.

Eidlan, Emir dan kembar saling berpandangan. Berdebar menanti apa berita yang akan diterima mereka sebentar nanti.

"Suami kepada puan Eshal Aleeya? Saya doctor Nurul dari O&G, obstetrics and gynecology. Maaf encik, kandungan isteri encik tidak dapat diselamatkan. Kami akan lakukan D&C atau dikenali sebagai  Dilation and Curettage. Dalam bahasa mudahnya cuci rahim. Ia dilakukan untuk membersihkan lapisan rahim selepas keguguran atau pengguguran terjadi. Dalam kes encik, isteri encik keguguran. Semasa melakukan proses cuci rahim, kami akan membuang seluruh kandungan daripada dalam rahim. Ia dilakukan untuk mengeluarkan tisu yang tertinggal pada rahim selepas keguguran atau pengguguran bagi mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat" jelas doctor bernama Nurul itu.

"Baik doctor. Keadaan isteri saya macam mana?" tanya Akhtar lemah.

"Saya tak pasti. Kerana sekarang general surgeon sedang berada di dalam, saya yakin mereka sedang lakukan yang terbaik. Sabar encik. Ini semua ujian" kata doctor Nurul sebelum berlalu pergi.

Akhtar mengelap air matanya. Dia perlu kuat dan tabah untuk menghadapi situasi itu.

"Kenapa Akhtar?" soal Eidlan sebaik sahaja Akhtar mendekati mereka.

"Bunga keguguran, doctor O&G terangkan procedure D&C. Bunga masih di dalam dengan pakar bedah am" jawab Akhtar lemah.

"Allahu Akbar.." sekali lagi serentak mereka melafazkan kata-kata.

"Abang perlu call ibu. Akhtar beritahu keluarga Akhtar" kata Eidlan pada Akhtar.

Akhtar hanya bersetuju. Lalu diambil handphonenya menghubungi ahli keluarga yang lain.

"Encik Uzzam Akhtar siapa?" tanya salah seorang dari tiga lelaki yang ada.

"Saya.." jawab Akhtar.

"Saya inspector Hakimin, yang mengendalikan kes kemalangan ini. Boleh kami dapatkan keterangan encik?" kata pegawai itu.

"Ya.." jawab Akhtar. Lalu di ceritakan kejadian yang berlaku, juga kejadian kemalangan sebelum ini.

"Pemandu itu telah kami tahan sebentar tadi atas bantuan dari seorang lelaki yang menjadi pemerhati suspect selama beberapa minggu ini. Kami harap setelah selesai urusan disini, encik akan ke balai untuk membuat police report. Saya akan berkerjasama dengan pegawai yang mengendalikan kes sebelum ini, inspector Fahim" kata pegawai itu lagi sebelum beredar.

"Baik tuan. Terima kasih. " jawab Akhtar.

"Ibu nak datang tapi abang bimbang dia driving sendiri. Abang suruh ibu datang esok" kata Eidlan padanya. Akhtar mengangguk tanda memahami.

"Akhtar.." panggil Alongnya, Akif yang datang bersama kakak iparnya Hanim.

"Along..." dipeluk erat abangnya. Akif yang memahami hanya menepuk-nepuk perlahan belakang Akhtar.

"Sabar. Ujian ni untuk Akhtar. InsyaAllah, semua akan baik-baik. Tabahkan hati, Aleeya perlukan kau" kata Akif.

Akhtar mengesat air matanya. Ya dia harus kuat untuk isterinya.

"Akhtar luka kenapa?" tanya Hanim yang perasan luka di siku dan tapak tangan Akhtar.

"Jatuh tersungkur masa terlepas pegang tangan Aleeya. Sikit je ni" jawab Akhtar.

Masing-masing tidak tahu mahu berkata apa. Hanya berdiam diri dan menanti berita keadaan Aleeya.

"ALEEYA accident" kata Darius pada Nazim yang dihubunginya.

"What????!!!!" terkejut Nazim menerima perkhabaran itu.

"Josh follow Kaisara, dia langgar Aleeya masa Aleeya melintas jalan di cendol pokok" terang Darius. 

"Josh baru call aku ni, Aleeya kat hospital. Kaisara dah kena tahan polis" kata Darius lagi.

"Okay. Thanks" kata Nazim.

"Kenapa?" tanya Jasmine yang berada dihadapannya.

"Teman saya. Kita pergi hospital" minta Nazim.

"Hospital? Siapa sakit?" Jasmine tidak faham apa yang terjadi.

"Saya cerita kemudian, jom" kata Nazim pada gadis itu.

Laju kereta dipandu Nazim. Jasmine disebelahnya sudah tidak betah mendiamkan diri.

"Kita nak pergi hospital tengok orang sakit, laju-laju macam ni nak check-in sama ke kat hospital tu?" perli Jasmine.

"Sorry" kata Nazim sepatah lalu di perlahan kelajuan pemanduannya.

Nazim pada awalnya mengajak Jasmine keluar makan bersama setelah mendapat izin dari imam Hassan. Memandangkan gadis itu berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri kurus.

"Kenapa sebenarnya ni? Min tak faham. Cuba cerita" kata Jasmine.

"Ingat tak wanita yang saya kata hampir seiras dengan awak, yang saya tak jadi berkahwin tu. Dia kemalangan, ex wife saya langgar dia tadi" kata Nazim serba salah.

"Ya Allah. Hey! Gila ke ex wife awak tu? Tapi kan, awak cakap dia dah kahwin" kata Jasmine lagi.

"Ya. Dia memang dah kahwin. Saya tahu ex wife saya mesti berdendam dengan dia, dan anggap dia punca penceraian kami. Mungkin dia ingat saya masih terkejarkan wanita tu. Saya memang dah tak ada apa-apa hubungan dengan wanita tu, saya cuma rasa bersalah bila dia yang menjadi mangsa" jelas Nazim lagi.

"Faham. Kita pergi melawat dia kan ni?" tanya Jasmine. 

"Ya. Saya harap dia dalam keadaan baik-baik sahaja" kata Nazim perlahan.

"InsyaAllah, dia akan okay. Kita doakan" kata Jasmine.

Nazim meneruskan pemanduannya menuju ke hospital yang menempatkan Aleeya. Senyap keduanya, Nazim memikirkan kemungkinan yang menimpa Aleeya. Jasmine pula merasakan seperti kecewa di dalam hatinya.

"Kenapa kita tak keluar lagi?" tanya Jasmine sebaik kereta Nazim berada di tempat parking.

"Saya takut. Saya malu" ujar Nazim pada Jasmine.

"Awak tak buat salah, kenapa awak nak takut. Malu kenapa pula, kita kan nak melawat mereka. Jom lah cepat. Saya lapar tau, balik ni nak siapkan task lagi" kata Jasmine pada Nazim.

"Sorry. Jom. Lepas ni kita pergi makan" kata Nazim pada gadis itu.

Mereka jalan beriringan menuju ke block yang menempatkan Aleeya.

"Assalamualaikum" kata Nazim pada mereka yang menanti Aleeya.

"Wa'alaikumsalam" jawab semua serentak.

Nazim bersalaman dengan Eidlan, Emir dan Akhtar. Jasmine pula bersalaman dengan si kembar.

Mereka kaku seketika, seperti melihat Aleeya. Namun tidak bagi Akhtar. Pun begitu, mereka lihat banyak perbezaannya.

"Jasmine" kata Jasmine pada si kembar, mengenalkan dirinya.

"Macam Bunga" kata Azlina spontan.

"Sorry.." Jasmine tidak memahami maksud gadis itu.

"Muka awak ada iras kawan kami sikit" jelas Azizah.

"Saya?" tanya Jasmine lagi.

"Ya. Ada iras sikit. Sekali pandang nampak macam sama. Tapi bila berdepan, berbeza" kata Azizah lagi.

"Sorry. Saya Naa, ni Iza kembar saya" kata Azlina pula.

"Patutlah sama, kembar rupanya. Saya Jasmine" kata Jasmine sekali lagi mengenalkan dirinya.

"Macam mana kawan awak? Dah dapat berita keadaan dia?" tanya Jasmine.

"Dah, kami tengah tunggu dia ditolak masuk ke wad" kata Azlina pula.

"Kau okay?" tanya Nazim pada Akhtar.

"Macam mana aku nak okay bila sebahagian dari aku ada di dalam sana" Akhtar berterus terang.

"Faham" kata Nazim sepatah. Kelu, tiada kata yang boleh diucapkan.

"Siapa tu?" tanya Akhtar pada Nazim.

"Kawan" jawab Nazim ringkas.

"Ada iras Aleeya, tapi tak sama" kata Akhtar padanya.

"Ya, sekali pandang nampak macam serupa tapi tetap tak sama. Ayah dia selamatkan aku dulu, masa pertama kali aku tengok dia pun, aku ingat Aleeya. Tapi berbeza, semuanya" sokong Nazim pula.

"Aku minta maaf, aku minta maaf untuk semuanya" Nazim baru beroleh kekuatan melafazkannya.

"Tak ada apa yang nak dimaafkan. Kami tak membenci apa lagi berdendam" kata Akhtar.

"Macam mana Aleeya? Doc cakap apa?" tanya Nazim.

"Aleeya keguguran, tulang kaki dia retak. Kepala luka akibat terhentak. Setakat ni itu sahaja yang aku tahu, dan aku pun berharap hanya setakat itu kecederaan dia" jawab Akhtar penuh harapan.

"Allahu Akbar. Astaghfirullah hal azim. Aku minta maaf. Salah aku, semua ni jadi berpunca dari aku. Kalau bukan sebab aku, Kaisara tak akan bertindak gila macam ni" kata Nazim dengan penuh penyesalan.

"Ini semua takdir. Ujian untuk aku dan dia. Tak ada siapa yang salah dan siapa yang betul" kata Akhtar dengan reda.

"Waris pesakit bernama Eshal Aleeya" datang seorang nurse.

"Saya suami dia" laju Akhtar mendapatkan nurse tersebut. Eidlan dan Emir juga sama. Kembar mendekati mereka. Nazim dan Jasmine juga.

"Nurse bertugas dah tolak dia ke wad Orked. Bilik 118, tingkat 3. Encik boleh terus ke sana. Hanya seorang sahaja penjaga dibenarkan teman ya" kata nurse tersebut.

"Baik nurse" kata Akhtar.

"Boleh tak kami nak tengok dia sekejap?" kata Eidlan yang berada disitu.

"Hurm. Boleh, tapi sekejap ja ya sebab kita nak bagi pesakit rehat" kata nurse tersebut.

"Baik nurse. Kami nak tengok dia sekejap saja. Terima kasih" kata Eidlan.

"SAYANG..." panggil Akhtar. Tangan Aleeya disentuh dan digenggam lembut, dapat dilihat air mata yang mengalir walau Aleeya memejamkan matanya.

"Bunga..." panggil Emir yang juga sudah basah matanya.

"Abang kat sini princess. Kuat ya sayang" kata Eidlan pula yang turut menggenggam tangan Aleeya.

Kembar menahan sedu sedan tangisan. Wajah Aleeya yang calar, kepala yang berbalut bandage, branula di tangannya, kaki yang berbalut. Meluluhkan rasa hati mereka. Nazim dan Jasmine juga kelu untuk bersapa.

Aleeya buka matanya. Tidak mampu untuk terus berpura-pura tidur. Dia sangat rapuh dengan berita yang diterima saat dirinya sedar tadi.

"Sayang..I'm sorry, I'm so sorry" kata Akhtar yang melihat Aleeya membuka matanya, di dekatkan wajahnya ke wajah Aleeya. Dikucup penuh kasih kepala Aleeya yang berbalut bandage. Tubuhnya didekatkan pada Aleeya. Mahu berada dekat dengan isterinya.

"Baby kita.. Dah tak ada.." antara keluar dengan tidak sahaja suara Aleeya melafazkan ayat itu. Air matanya semakin laju mengalir keluar. Akhtar kelu, tidak ada ayat yang sesuai untuk memujuk Aleeya, kerana dia juga terasa dengan kehilangan anaknya.

"Princess, baby princess ada. Dia menanti Bunga disana. Jangan menangis sayang. Bunga kena kuat okay" pujuk Eidlan pada adik kesayangannya.

"Sayang.. Bunga rehat dulu ya" pujuk Emir pula. Bagai di siat hatinya melihat keadaan kakaknya begitu. Aleeya yang dikenalinya sejak kecil, bukanlah seorang yang mudah menangis apa lagi mudah rapuh.

Aleeya tutup matanya semula, menarik Akhtar mendekat padanya.

"Ya sayang.." kata Akhtar berusaha menahan sedih.

Aleeya memeluk batang leher Akhtar, lalu disembamkan wajahnya diantara leher dan dada. Matanya ditutup rapat. Cuba meredakan perasaannya.

"Tidurlah sayang. Abang ada. Sentiasa ada" pujuk Akhtar. Dia tahu isterinya sedang memujuk hati untuk meredakan perasaannya. Akhtar berbismillah lalu di alunkan Zikrullah untuk isterinya.

Semakin lebat air mata kembar yang melihat kelakuan Aleeya. Begitulah keadaan dia apabila kehilangan Akhtar dahulu, ketika hatinya benar-benar terluka dan hancur. Kini sekali lagi mereka menyaksikan Aleeya berkeadaan seperti itu, kali ini kerana kehilangan bayi yang dikandungnya pula.

Nazim kehilangan kata-kata. Remuk hatinya melihat Aleeya dalam keadaan begitu. Tewas juga dia yang sedari tadi menahan air mata. Jasmine diam membisu, tidak sangka Nazim akan beriaksi sebegitu. Dia yakin, Nazim masih menyayangi wanita itu.

"Jom kita balik. Esok kita datang lagi" ajak Eidlan pada Emir dan kembar. Juga pada Nazim dan Jasmine. Mereka beredar pulang, meninggalkan Akhtar Menjaga Aleeya.

Akhtar menyedari Aleeya terlena semula apabila pegangannya mula longgar, mungkin kerana kesan ubat masih ada. Akhtar mencium wajah isterinya berkali-kali, bersyukur Aleeya masih ada bersamanya. Di betulkan posisi tubuh Aleeya agar selesa tidurnya. Dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan menukar pakaiannya yang dibawa oleh abangnya, Akmal. Dia segera kembali menemani Aleeya tidur.

"SAYANG.." panggil Akhtar apabila tidurnya terganggu kerana terdengar tangisan Aleeya. Dalam keadaan terpisat dia meraup wajahnya.

"Sayang..kenapa ni? Sakit? Sayang sakit kata mana?" terus segar matanya melihat Aleeya yang sudah berjuraian air mata seperti sudah lama menangis.

Akhtar buntu dengan kebisuan Aleeya. Dicium lembut kepala isterinya. Yakin, Aleeya sedang memendam rasa.

"Abang ada ni sayang. Sayang tak sendirian. Bunga boleh luahkan pada abang" kata Akhtar pada isterinya.

Aleeya terus merangkul tubuh Akhtar. Sepuasnya dihamburkan tangisan dan rasa pilu dihatinya. Akhtar mengusap lembut bahu Aleeya lalu di betulkan duduk isterinya, Akhtar memeluk Aleeya dengan penuh kasih. Tahulah dia Aleeya dalam keadaan sangat sedih kerana kehilangan bayi mereka. SUDAH tentu Akhtar juga merasakan perkara yang sama.

"Baby kita ada sayang, cuma dia kembali lebih awal dari sangkaan kita. Ikhlaskan sayang, biar dia tenang bermain di taman syurga. Kita namakan dia Muhammad ya, sebab jantina dia kita belum tahu. Muhammad tunggu kita di sana, beruntung kita yang menjadi ibu bapa dia. Dia pasti akan menjadi asbab kita akan dapat ke syurga. Kita reda ya sayang, Muhammad mesti tak mahu sayang bersedih apabila dia sedang bergembira bermain di taman syurga" pujuk Akhtar.

Lama mereka berpelukan sebelum Aleeya meleraikan pelukannya. Tangisannya juga reda, dan Aleeya kembali tenang.

"I'm sorry. Salah Bunga tak berhati-hati" kata Aleeya pada suaminya.

"No sayang, bukan salah sayang. Abang tak salahkan sayang, sikit pun tak. Abang pun sedih, kita sama-sama sedih. Tapi kita tak boleh berlebihan dalam bersedih, apa lagi bila ianya tentang kematian. Itu semua sudah tertulis sayang. InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan, sayang akan merasai juga menjadi ibu pada anak-anak kita" pujuk Akhtar lagi.

"Bunga terkilan, kalau lah Bunga mengelak, tak terkaku. Pasti semuanya akan baik-baik" kata Aleeya perlahan yang masih dalam sedu sedan yang tersisa.

"Sayang, tak boleh cakap macam tu. Kalau sayang dapat mengelak, kalau pun abang sempat tarik sayang. Belum tentu juga baby kita selamat, belum tentu juga sayang tak cedera. Jangan persoalkan takdir yang dah Allah tetapkan. Abang tak pandai nak pujuk, tak pandai nak bagi kata-kata manis untuk tenangkan sayang. Tapi abang nak sayang tahu, abang sentiasa ada dengan sayang" Akhtar rangkul semula Aleeya ke dalam pelukannya. Dia tidak mahu, Aleeya hilang arah. Tidak mahu Aleeya menyoal takdir Tuhan. Juga tidak mahu Aleeya menyerah dengan ujian.

"Sayang punya emosi tengah tak stabil. Jadi abang minta, sayang jangan fikirkan apa-apa. Sentiasa beristighfar dan berzikir. Sayang tengah rapuh, syaitan akan cuba membisikkan hasutan. Ini ujian buat kita, Allah sedang mengajar kita untuk belajar melepaskan sesuatu yang bukan milik kita" pujuk Akhtar pada isterinya.

Walaupun pahit hakikat itu, Aleeya harus menerimanya. Dia memujuk hatinya untuk menerima takdir yang telah Tuhan tetapkan. Walaupun susah, Aleeya perlu belajar untuk reda. Begitu juga Akhtar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience