Bab 58

Romance Series 36633

"KAK, ni notis berhenti kerja dua bulan saya" kata Aleeya sambil tangannya menghulurkan sampul surat kepada Murni.

"Eh, serious la?" tanya Murni namun disambut juga sampul surat itu.

"Yup. Hujung bulan ni Aleeya buat majlis grand opening Bunga&Coklat. Ni invitation card untuk akak. Nanti datang ya kalau free" Aleeya hulur sekeping kad jemputan pada Murni.

"Ala, sedihnya. Tinggal bulan depan je" kata Murni padanya.

"Alah. Cara akak cakap tu, macam nanti kita tak jumpa lagi je. Datang la kedai Aleeya nanti kalau rindu" dia memujuk Murni.

"Pandai eh ambil hati" kata Murni.

"Eh, mestilah. Bila-bila masa nak minum free ke makan free datang la kedai Aleeya. Aleeya nak sambung kerja" kata Aleeya.

"Eh, kejap. Akak nak tanya ni. Boss dengan Aleeya gaduh ke?" soal Murni.

"Tak ada la. Cuma haritu ada hal sikit" jawab Aleeya ingin berlalu.

"Aleeya, kejap la. Cerita la dengan akak kenapa. Boss lain sangat tau, dah seminggu lebih dia macam tu" Murni menahan Aleeya dari beredar.

"Macam tu? Macam tu apa maksud akak?" soal Aleeya hairan.

"Tak banyak cakap macam selalu. Serious je. Banyak termenung macam orang ada masalah" terang Murni.

"Hurm. Akak ingat tak yang last meeting Aleeya pergi dengan dia. Maybe sebab hal tu kot. Kita orang terjumpa ex dia kat restaurant yang tak jadi makan tu. Pasal tu kot" teka Aleeya pula.

"Eh. Tapikan, kenapa Aleeya tukar baju lain lepas balik meeting tu? Akak dari haritu nak tanya. Aleeya kata nanti cerita, sampai sekarang ni akak tak tahu" tembak Murni padanya.

"Nanti lunch Aleeya cerita semua ya, sekarang bagi Aleeya buat kerja dulu" minta Aleeya kemudian berlalu.

"Okay la. Akak tunggu" kata Murni.

"Baik mem. Nanti kita story-mory ya" Aleeya terus berlalu ke cubiclenya.

"DIA ni tak nak pujuk aku ke? Aku terasa kot dengan dia" kata Nazim sendirian.

"Eh, dah kenapa kau nak dia pujuk kau pula Nazim oi. Dia bukan awek kau, tunang kau pun bukan. Entah-entah dia tak tahu pun kau merajuk dengan dia. Dah kenapa pula aku merajuk dengan dia ni" katanya lagi.

"Hoi, kau dah kenapa cakap sorang-sorang" sergah Darius pada rakannya itu.

"Kau ni terkejut aku. Bila pula kau masuk ni? Ada apa?" tanya Nazim serious.

"Eleh, dah kantoi dengan aku. Buat-buat serious pula. Kau kenapa cakap sorang-sorang ni?" usik Darius.

"Tak ada apa lah. Busy body betul" Nazim mengelak.

"Aku penat tercegat tunggu kau bagi aku masuk bilik kau ni. Aku nak kau sign ni document client. Kerja dah siap, dia orang kena bayar balance untuk iklan yang dia orang request tu. Kerja settle awal" Darius serah fail dan sebuah sampul surat kepada Nazim.

Nazim ambil tanpa banyak bicara. Sampul surat di tolak ketepi. Disemak fail itu dahulu kemudian baru dia menurunkan tanda tangannya.

"Kau cakap pasal siapa tadi, kau gaduh dengan Aleeya ke? Kenapa kau macam mengelak dia?" bertubi-tubi soalan Darius padanya.

"Mana ada lah. Biasa je" Nazim menafikan kata-kata Darius.

"Eleh, nak tipu aku konon. Tak jadi lakonan kau tu. Kita kenal da lama. Cerita la kenapa" Darius mendesak.

"Aku terasa sikit dengan dia" kata Nazim.

"Dia? Siapa?" tanya Darius keliru.

"Aleeya la. Kita tengah cakap pasal dia kan, lagi mau tanya" jawab Nazim geram.

"La. Kenapa pula. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sentap dengan dia. Jap, kau orang dua dah" Darius buat isyarat tangan pada Nazim. Jari telunjuk keduanya ditemukan berkali-kali dengan maksud bercinta.

"Tak lah. Penat aku confess pada dia macam kau suruh. Sampai sekarang tak ada jawapan" keluh Nazim.

"Serious la? Kena reject juga ke?" usik Darius. Terlepas tawa kecil dari bibirnya.

Nazim menjeling pandang pada Darius. Geram sungguh dia diusik begitu.

"Marah ke tu? Gurau pun tak boleh. Sabar la. Mungkin dia masih menanti jawapan istikharah dia" kata Darius.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin juga. Atau betul juga andaian kau, aku kena reject dengan dia. Tapi dengan cara dia berdiam diri" Nazim pula berteka-teki dengan jawapan yang masih dinantikan dari gadis itu.

"Ha, yang kau ni tiba-tiba nak duk terasa dengan dia ape kes pulak?" soal Darius ingin tahu.

"Haritu aku ajak dia lunch. Tapi ada kejadian yang tak diingini berlaku. Dia terlanggar Kaisara. Lepas tu minah tak betul tu buat masalah. Habis Aleeya jadi mangsa dia, mandi air minuman" belum habis Nazim menerangkan Darius mencelah.

"Habis. Kau tak buat apa-apa?" celah Darius.

"Sabar la. Aku tak habis lagi citer kau dah bagi soalan" kata Nazim.

"Sorry. Teruskan" Darius tersengih ditempelak begitu.

"Lepas Aleeya mandi air minuman yang terkena dia. Aku bawa dia keluar dari restaurant tu. Dia nak balik tapi sebab ada meeting, aku tak bagi dia balik. Aku call mama minta tolong mama, then aku bawa dia pergi butik mama. Kak Nita tolong sediakan semua la untuk dia bersihkan diri. Lepas tu dia boleh kata nak bayar semula semua cost yang aku sediakan tu. Mula-mula tu aku diam je. Lepas tu dia asyik tanya cost semua perbelanjaan tu. Aku cakap tak perlu. Dia berkeras juga nak bayar. Jumaat minggu lepas dia letak duit atas meja aku sekali dengan nota. Tu yang aku terasa" panjang berjela penjelasan Nazim.

"Oh. Pasal tu je kau sentap. Mana nota yang dia bagi tu?" Darius ingin membacanya.

"Nah. Bacalah" kata Nazim sambil menghulurkan nota dari gadis itu.

Encik Nazim,
Terima kasih atas pertolongan encik pada saya tempoh hari. Sebab encik tak beritahu cost kesemuanya. Saya dah cari tahu, dan ini adalah bayarannya. Seperti saya katakan, saya tidak selesa dan tidak biasa menerima pemberian dari orang lain. Sekali lagi. Terima kasih untuk semuanya.  -Aleeya-

"Huishhh. Tetap pendirian dia ni. Dah tu yang kau nak sentap kenapa. Dia dah berterima kasih, lepas tu siap explain lagi, kata dia tak selesa dan tak biasa. Normal la tu. Dia bukan materialistic macam perempuan yang ada-ada" komen Darius.

"Dia pulang macam tu je. At least jumpa la aku ke apa" kata Nazim ingin membela dirinya.

"Eleh. Kalau jumpa dah confirm kau menolak. Dia malas nak bertarik tali dengan kau. Tu sebab dia buat macam ni" kata Darius pula seolah menyebelahi Aleeya.

"Eh kau ni. Kau ni side aku ke side Aleeya?" perli Nazim pada Darius.

"Dalam hal ni, aku side Aleeya. Kau kena tahu tau, dia ni bukan macam Kaisara yang kau kenal. Dia berdikari, dia berprinsip dan dia berani untuk pertahankan pendirian dia. Tak payah la nak sentap sangat. Ni, aku lupa nak bagitahu. Tu sampul surat, dalam dia ada resignation Aleeya. Notice for two months" tunjuk Darius ke arah sampul surat yang diserahkan tadi.

"Serious la?" tersentak Nazim dengan kata-kata Darius.

Terus dicapai sampul tadi dan dibuka. Setelah surat itu dibaca, dia hanya memandang ke arah Darius tanpa berbicara. Darius juga turut memandang ke arahnya. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua.

"ALEEYA.. Ha, cerita cepat. Jangan nak mengelak eh" kata Murni sebaik sahaja tiba di kedai makan bersama Aleeya.

"Order la dulu. Aleeya lapar gila ni. Pagi tadi tak breakfast" jawab Aleeya sambil memandang ke arah menu.

"Ye lah" jawab Murni mengalah.

Selesai memesan makanan, baru Aleeya menerangkan hal yang terjadi.

"Macam ni. Masa kita orang sampai je restaurant yang boss bawa untuk lunch. Aleeya terlanggar sorang minah ni. Actually bukan salah Aleeya, salah minah tu sebab tak tengok keadaan sekeliling masa jalan. Dia sebok main handphone. As manusia beradab, Aleeya minta maaf la sebab dia dah naik hantu. Cuba teka sape minah tu" Aleeya mula bercerita.

"Ex boss?" teka Murni kurang yakin.

"Yup. Lepas tu boss datang la dekat saya and check keadaan saya. Boss ajak duduk tempat yang ada kosong. Then masa saya jalan nak follow boss, minah tu tarik saya sampai saya jadi tak balance and terlanggar budak bawa air-air customer dalam dulang. Then Aleeya mandi la air-air tu semua. Mujur tak ada air panas. Tu lah kisah kenapa Aleeya boleh tukar baju lepas balik meeting tu" terang Aleeya.

"Habis tukar baju apa semua tu kat mana?" tanya Murni lagi.

"Oh. Tu, boss bawa pergi butik. Saudara dia kot. Entah, Aleeya tak tahu" jawab Aleeya jujur.

"Serious? Butik? Butik mama dia ke? Yang Aleeya jumpa tu siapa?" bertalu-talu soalan dari Murni.

"Entah. Aleeya tak tahu la butik siapa. Tak ambil kisah. Orang yang boss kenalkan tu nama dia Nita. Boss panggil Kak Nita" terang Aleeya.

"Betul la tu. Butik mama boss. Kak Nita tu anak angkat Dato dan Datin. Dia yang run kan business butik tu" kata Murni.

"Oh. Okay" jawab Aleeya bersahaja.

"Tu je? Aleeya. Bukan semua tau dapat masuk butik mahal gila macam tu. Butik tu VIP dengan VVIP je tau yang selalu keluar masuk masuk. Untung la Aleeya" kata Murni.

"Dah tu nak Aleeya cakap apa, patut la mahal macam harga beli emas harga baju dengan tudung" kata Aleeya blur.

"Ha la. Butik orang berduit kot. Patut la baju dengan tudung Aleeya pakai tu macam akak pernah tengok. Sebab akak follow INSTAGRAM dengan website dia" kata Murni.

"Oh. First and last la tu Aleeya masuk. Dekat seribu Aleeya bayar balik" kata Aleeya selamba.

"Aleeya bayar balik?" soal Murni keliru.

"Ha la. Tak kan nak pakai free je. Tak boleh saya. Saya pun tak selesa dan tak biasa terima pemberian orang ni. Saya tak nak la berhutang budi, dah tu terima barang free. Saya bukan orang macam tu kak" kata Aleeya lagi.

"Kalau akak. Akak terima je. Baju mahal kot. Boss dah bagi, ambil je lah. Peluang" usik Murni sambil tertawa kecil.

"Bukan saya" kata Aleeya.

"Kak, kalau Aleeya tak join family day syarikat bulan depan boleh tak? Aleeya nak balik kampung la" tanya Aleeya pada Murni.

"Serious la. Aleeya dah nak berhenti. Join la untuk last ni. Sebelum-sebelum ni dah tak joined. Kali ni pun tak nak join juga, tak ada la kenangan akak dengan Aleeya masa family day syarikat" luah Murni.

"Bukan apa kak. Bulan ni Aleeya tak dapat nak balik langsung. So ingat bulan depan nak balik la kejap" jelas Aleeya.

"Grand opening nanti family tak datang ke?" tanya Murni.

"Tak, Dah bagitahu awal pun, tapi masing-masing kata ada hal. Tak dapat datang, kirim doa je. Sedih juga tapi tak apa la, doa yang paling saya tunggu dari keluarga" jawab Aleeya.

"Alahai. Tu sebab nak balik tu ya. Okay je tak nak join. Tapi Aleeya fikir la dulu ya, jangan terus bagi jawapan tak nak join. Banyak masa lagi" pujuk Murni.

"Hurm. Baik, saya yang menurut perintah" kata Aleeya.

Tersenyum Murni dengar jawapan dari gadis itu yang bersahaja tanpa ekspresi di wajahnya.

"DIA tengah buat apa ya? Kalau text dia ni, agak-agak dia reply tak? Try la, mana tahu dia reply" Nazim berteka-teki dengan dirinya sendiri.

Namun jemarinya pantas menari di screen handphone untuk menghantar WhatsApp kepada gadis itu.

++
Assalamualaikum. Buat apa tu? -Nazim-

++
Wa'alaikumsalam. Saya ada di kedai. -Aleeya-

++
Busy? -Nazim-

++
Sikit la. Ada apa ya? -Aleeya-

++
Dengan siapa kat kedai? -Nazim-

++
Semua ada. -Aleeya-

++
Balik pukul berapa? -Nazim-

++
Dalam sejam lagi. Tak banyak da keja tinggal. -Aleeya-

Dilihat jam dipergelangan tangannya. Sudah jam 11.00 malam, maknanya gadis itu akan pulang jam 12.00 malam.

++
Tak apa la macam tu, kita cakap esok. Lunch dengan saya esok. -Nazim-

++
Saya tak janji. InsyaAllah, kalau tak ada urusan lain. -Aleeya-

++
Okay. Jangan balik lewat sangat. Hati-hati drive kereta nanti. -Nazim-

++
InsyaAllah. Thank you. -Aleeya-

Nazim melepas pandang pada langit malam. Sengaja dia duduk di taman untuk mengambil angin malam. Melihat bintang dan bulan jika kelihatan.

"Anak mama buat apa duduk kat sini?" tanya Datin Seri Afina.

"Eh. Mama, mama cari Nazim ke?Saja duduk ambil angin" tanya Nazim pula.

"Macam mana nak perasan. Syok betul main handphone. Mama nampak Nazim keluar tadi, saja ikut nak tengok anak mama buat apa" jawab Datin Seri Afina.

"Sorry ma, Nazim tengah WhatsApp tadi" dia tersenyum pada mamanya yang melabuhkan duduknya berhadapan dia.

"WhatsApp siapa tadi? Serious betul muka tu. Kaisara?" tanya Datin Seri Afina.

"Tak la ma. Bukan dia, orang lain. Erm Ma, nak tanya boleh?" Nazim teragak-agak mahu bertanya.

"Boleh, nak tanya apa?" kata Datin Seri Afina.

"Kalau Nazim suka gadis yang biasa-biasa, mama dengan papa betul-betul tak ada masalah nak terima kan?" soalnya.

"Yang biasa-biasa macam mana tu maksud Nazim?" soal Datin Seri Afina pula padanya.

"Bukan dari background keluarga ternama, orang biasa dengan kehidupan biasa" jawabnya.

"Mama dengan papa pun bukan bermula dengan keluarga ternama. Walaupun sekarang kehidupan bertambah luar biasa, Alhamdulillah. Asal usul tetap kami tak lupa. Tak ada apa pun yang nak dibanggakan dengan pangkat dan darjat. Esok lusa bila kita dijemput Tuhan, pakaian kita tetap kain putih. Dan mungkin yang uruskan perjalanan terakhir kita juga orang biasa-biasa yang tidak berpangkat dan berdarjat. Bagi mama dan papa, Nazim pilih calon yang Nazim rasa sesuai untuk jadi teman dalam susah dan senang. Paling penting beragama, beradab dan tahu menghormati orang yang lebih tua, cukuplah tu bagi mama dan papa. Kenapa tiba-tiba tanya ni? Nazim dah ada calon ke? Calon tu orang biasa-biasa?" dalam menjawab pertanyaan anaknya sempat juga dia bertanya tentang gadis pilihan anaknya jika ada.

"Nazim baru nak berkawan je ma. Itu pun, tak tahu la dia sudi ke tidak" jawab Nazim dengan nada yang seperti pasrah diakhirnya.

"Pula? Siapa yang tak nak kawan dengan anak mama ni? Bukan market tinggi ke anak mama ni?" usik Datin Seri Afina.

"Mama ingat tak hari yang Nazim call mama, minta tolong uruskan keperluan baju haritu. Dia lah orangnya. Pada orang lain mungkin market Nazim tinggi, tapi bukan pada dia" jawab Nazim.

"Ingat. Kak Nita kata cantik orangnya. Sopan dan beradab. Kenapa pula Nazim cakap dia macam tu? Tak nak cerita dengan mama? Susah sangat bawa la jumpa mama, mana tahu terbuka hati dia nak kawan dengan anak mama ni" mudah kata dari Datin Seri Afina.

"Nanti la ma, tunggu dia beri jawapan dulu. Nazim bagitahu mama dulu, gadis yang Nazim nak berkawan ni orangnya biasa-biasa, dan dari keluarga yang biasa-biasa juga. Tapi kan ma, keperibadian dia luar biasa" katanya.

"Mama dengan papa okay, tak ada masalah. So, Kaisara macam mana? Masih cari Nazim lagi? Nazim dengan dia betul-betul dah breakup kali ni?" Datin Seri Afina menukar topik perbualan.

"Biasa la dia ma, sentiasa cari cara nak mendekati Nazim semula. Sorry ma, dengan rumah mama papa ni sekali Nazim terpaksa halang dia dari datang sini cari Nazim. Dah breakup. Confirm. Tak boleh nak terima dah" jujur Nazim.

"It's okay jika itu keputusan Nazim. Tapi mama kesian dengan mummy dia. Mummy dia macam sengaja mengelak dari mama. Malu agaknya" keluh Datin Seri Afina.

"No comment. Mummy dengan Daddy dia bukan masalah bagi Nazim. Nazim masih hormati mereka" katanya.

"Mereka mungkin malu dengan kita. Kasihan mereka, anak tunggalnya buat perkara begitu" jawab Datin Seri Afina.

"Mama doakan Nazim selalu ya. Sebab doa mama yang banyak bantu Nazim yang hampir hanyut dan lalai ni. Doakan semoga Nazim tak lakukan perkara yang memalukan keluarga kita" minta Nazim pada Datin Seri Afina.

"Mama dan papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Nazim dengan kak Nita. Dua-dua anak mama dan papa. Walaupun salah seorangnya bukan dari rahim mama. Tetap mama sayangkan keduanya" kata Datin Seri Afina.

"Terima kasih ma" jawab Nazim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience