"ALEEYA. Nah, Akhtar bagi" Ain menghulurkan sebuah kertas a4 yang berlipat padanya ketika dia baru pulang dari kelas.
"Kertas apa ni kak?" Aleeya bertanya, namun tetap juga di sambut huluran kertas itu.
"Tak tahu. Dia cuma pesan untuk pass pada Aleeya je, Kak Ain dah bagitahu apa yang Aleeya minta tanya. Tapi dia tak jawab, maybe jawapan yang Aleeya nak ada dalam tu" jawab Ain.
"Kak Ain ada kelas lagi lepas ni?" Aleeya bertanya lagi.
"Ada, ni nak pegi makan jap lepas tu nak solat zohor then kena siap-siap pergi kelas lagi. Aleeya pagi tadi breakfast tak? Kak Ain buat roti bakar" dijawab pertanyaan Aleeya sekaligus bertanya gadis itu bersarapan atau tidak pagi tadi.
"Makan kak, thanks tau. Tengah hari ni je tak tahu nak makan apa. Tengok la nanti turun cafe sekejap ke nanti kirim ke" Aleeya masih belum tahu apa yang mahu dibeli untuk makan tengah harinya.
Kertas a4 itu dibuka ada coretan tulisan di dalamnya. Kemudian Aleeya baca apa yang tertulis di situ.
Assalamualaikum.
Aleeya, kan abang dah pesan, jacket tu Aleeya simpan. Guna bila Aleeya rasa perlu guna. Payung tu pun sama. One day, if Allah izinkan kita akan share semuanya bersama. Take care. Jangan lupa makan, makan ubat dan cukup rehat okay. -Akhtar-
Tersenyum Aleeya membaca pesanan yang diterimanya.
"Hai la. Jangan buat hal lah beli jiwa macam ni. Nanti cair susah" Aleeya bermonolog sendirian.
Handphone Aleeya berbunyi tanda ada notifikasi masuk. Dibaca dan dibalas conversation itu.
BSM GROUP
Manja : Bunga nak makan tak? Ke dah makan tengah hari ni?
Bunga : Nak...belum makan lagi. Tapaukan boleh?
Sayang : Nak makan apa? Manja tengah ambil lauk.
Bunga : Sama pun boleh, nanti aku bayar balik. Thanks.
Sayang : Settle. Jap lagi kitaorang datang bilik kau.
Habis berbalas WhatsApp bersama kembar. Aleeya mencari nama si dia, menghantar text pesanan.
++
Assalamualaikum. Aleeya received note dah. Okay la kalau macam tu. Aleeya simpan. Thanks. -Aleeya-
Tidak lama si dia membalasnya.
++
Already told you to keep it. Dah makan ke belum? Pagi tadi breakfast tak? -Akhtar-
++
Noted. Lunch belum. Pagi tadi breakfast roti bakar Kak Ain buat. -Aleeya-
++
Lunch ni makan apa? Dah beli ke belum? Nak abang belikan? -Akhtar-
++
It's ok. Kembar dah tolong tapaukan. -Aleeya-
++
Okay lah, makan tau. Lepas maghrib abang datang hantar makan untuk dinner. No objection and rejection. Take care. Assalamualaikum. -Akhtar-
++
Okay. You too, take care. Wa'alaikumsalam. -Aleeya-
Sesi berbalas WhatsApp tamat, Aleeya sentiasa rasa berdebar dan gemuruh walaupun hanya berbalas text pesanan. Dia memegang jantungnya yang laju berdegup. Hai la, jiwa kacau betul macam ni. Luaran nampak bersahaja, dalaman bagai dilanda ribut taufan.
AKHTAR yang sedang makan bersama dua orang sahabatnya di cafe menerima text WhatsApp dari si gadis.
Sambil makan dia berbalas text pesanan. Tersenyum dia bila dirasakan peluang untuk mengenali gadis itu sudah terbentang. Gadis yang telah mengisi satu sudut khas dalam hatinya.
"Aleeya?" tanya Irham selamba.
"Eh! Mana tau ni?" Akhtar bertanya.
"Cara kau tu je kita orang dah tahu. Tak pernah dengan orang lain kau jadi macam tu bila berbalas text, dengan dia je kau macam tu" kata Azad pula.
"Macam tu macam mana pula?" keliru dengan ayat rakannya.
"Mata bersinar, tersenyum sikit. Lepas tu khusyuk tawaduk dengan handphone tu. Kita orang cakap pun tak dengar" jawab Irham.
"Ya ke?" sungguh Akhtar tidak menyedari apa-apa.
"Ah, sudahlah kau. Kau memang la tak perasan. Kita orang ni yang perasan semua tu. Kau jadi macam tu sebab dia je, tak ada orang lain" giat Azad lagi.
"Hehe. Weh, nanti malam teman aku hantar makanan untuk dia" pinta Akhtar pada mereka.
"Asal? Dia minta tolong ke?" soal Azad.
"Tak lah. Saja la, Ain bagitahu aku tadi Aleeya dah tau pasal hal tu. Aku rasa bersalah. Nak jumpa la dia sekejap, nak tengok dia. Luaran nampak okay. Dalam hati dia, siapa tahu" jelas Akhtar.
"Okay je. Nanti kita orang teman. Boleh juga aku tapau sekali untuk Elyn" jawab Irham.
"Elok lah tu, si Aira pun duk ngadu kena catu makan sebab beli banyak barang untuk sem ni. Boleh la tapaukan dia sekali malam ni" sahut Azad pula.
"Beres" balas Akhtar.
Akhtar mengenali kedua-dua gadis yang menjadi pujaan hati kedua sahabatnya itu. Mereka berlainan course, namun telah berkawan sejak semester satu lagi.
Selesai makan, mereka bertiga pergi ke masjid seperti kebiasaannya. Menunaikan solat zohor kemudian menghadiri kuliah atau kelas petang yang bermula seawal jam 2 petang.
"Akhtar, apehal Syafiq dengan Nailah kena gugur jawatan exco? Siap kena panggil Ustaz Khair dengan Ustaz Zafran lagi" tanya Sue sebaik dia duduk di dalam dewan kuliah itu.
"Eh! Mana Sue tahu ni?" tanya Akhtar kembali.
"Kecoh dah. Sejak Zamir and the gang nampak dia orang kena panggil masuk bilik tatatertib, pastu ada family dia orang lagi datang" jawab Sue.
"Pasal gugur jawatan exco tu macam mana tahu?" soal Irham pula.
"Hanan dengan Aqmar la. Budak kelas duk kecoh, dia orang kata dua orang tu kena gugur jawatan exco dengan Ustaz Khair malam tadi" jawab Sue lagi.
"Tak pasti la. Kena tanya dia orang sendiri la" jawab Akhtar mudah. Sengaja tidak mahu memberitahu perkara sebenar.
"Ingat Akhtar tahu kes apa. Tak apa lah" jawab Sue.
Mereka bertiga saling berpandangan. Sebelum Azad bersuara.
"Kau kena hati-hati, aku lagi risau pasal Aleeya"
"Betul cakap Azad tu. Kau kena fikir keselamatan Aleeya juga kali ni. Aku risau dia orang take action je dekat dia" Irham menyokong kata-kata Azad.
"Hurm. Nanti aku pesan dekat Ain tengok-tengokkan Aleeya. Kau orang pun tolong la pesan kat buah hati kau orang minta dia orang tengok-tengokkan Aleeya" katanya.
"Tak apa malam nanti jumpa. Kita kenalkan dia orang" cadang Azad.
SELEPAS solat Maghrib, Aleeya membaca Al-Quran seperti selalu. Walaupun hanya satu muka surat atau beberapa ayat. Dia berusaha mengamalkan didikan dari ibu dan ayahnya.
Sedang Aleeya membaca Al-Quran, handphonenya berbunyi. Ada panggilan masuk. Di sudahkan ayat terakhir yang dibacanya, baru dia menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum" Aleeya menyapa.
"Wa'alaikumsalam. Abang dah on the way ni. Lagi lima minit turun bawah tempat biasa. Abang nak bagi makanan" kata Akhtar padanya.
"Oh. Okay." jawab Aleeya pendek.
"Okay jumpa sekejap lagi" Akhtar mengakhiri perbualan.
Aleeya yang memakai track suit dan t-shirt lengan panjang mencapai shawls untuk di pakai. Telekung di buka dan mula melilit shawl ringkas. Dia menanti seketika cuba mengusir debar di dada sebelum turun ke kawasan parking bawah. Handphone di masukkan ke dalam poket seluarnya.
Tiba sahaja Aleeya di bawah, dilihat Akhtar dan juga kawan-kawannya sudah menanti. Perlahan kaki melangkah, malu datang menyerbu dirinya. Terasa seperti segalanya tidak kena.
Akhtar tersenyum kecil melihat tingkah gadis itu yang berat langkah menuju ke arahnya.
"Alahaiiiiii..tak relanya awak nak jumpa abang ye sayang" bisik hati Akhtar.
"Assalamualaikum" Akhtar menyapa.
"Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya perlahan.
"Macam mana harini? Dah okay tak? Esok MC lagikan?" Akhtar bertanya.
"Ha'ah. Cuti lagi. Alhamdulillah, better then before" jawab Aleeya.
"Lega tengok Aleeya dah okay. Haritu pucat sangat muka masa kat hospital" tegur Irham pula.
"Betul. Jaga diri, apa-apa bagitahu je kat abang Akhtar ni. Dia sentiasa sedia berkhidmat untuk Aleeya" usik Azad yang memang terkenal dengan kaki mengusik antara mereka bertiga tu.
"Ishh, kau orang ni. Mengusik dia pula. Aleeya okay?" soal Akhtar perihatin.
"Okay" sepatah jawapan yang keluar.
"Haaaa..tu Elyn dengan Aira. Sampai dah pun" kata Irham melihat ke arah datangnya dua gadis tersebut.
"Sorry. Lama dah sampai eh" kata salah seorang gadis itu.
"Tak ada lah lama, ni kenalkan. Aleeya kawan Akhtar" kata Irham.
"Ni Aira, yang tu Elyn. Tapi rasanya Aleeya kena panggil kakak. Sebab diaorang ni sama umur dengan kitaorang" kata Azad.
"Hai, Kak Elyn kawan Irham" gadis itu memperkenalkan diri.
"Kak Aira kawan Azad" seorang lagi turut memperkenalkan dirinya.
"Hai, Aleeya" jawab Aleeya ringkas. Kekok dirasakan dirinya waktu itu.
"Jangan segan dengan kita orang. Kak Elyn course account, Kak Aira course business. Aleeya course apa?" tanya gadis bernama Elyn itu.
"Aleeya course biasa je, mass comm" jawab Aleeya rendah diri.
"Oh. Jangan segan tau dengan kita orang. Lepas ni mesti selalu jumpa. Kita tukar-tukar number phone lah. Senang apa-apa hal nanti" kata gadis bernama Aira itu.
Aleeya serba salah, dipandang silih berganti Akhtar dan yang lainnya. Dia sangat menjaga privacy dirinya. Bukan mudah untuk Aleeya memberikan nombor telephone miliknya pada orang tidak dikenali.
"Aleeya punya phone bagi abang" akhirnya Akhtar bersuara, setelah melihat gadis itu yang kelihatan serba salah. Dia tahu gadis itu tidak selesa.
"Phone Aleeya?" Aleeya bertanya blur.
"Ya Bungaku, phone awak la. Tak kan abang minta phone abang pula pada Aleeya" jawab Akhtar selamba.
Yang lain sudah tersenyum-senyum melihat adegan mereka berdua. Aleeya keluarkan handphone dari poket seluarnya dan diserahkan pada Akhtar. Sedikit mendekat Akhtar padanya.
"Lock Bungaku, unlock la. Password apa?" Akhtar sengaja mengusik dia.
"Password 3465" jujur Aleeya menjawab sambil melihat Akhtar yang merenungnya.
"Ya Allah dia ni. Haih" keluh Akhtar. Yang lain pula sudah sakan ketawa.
Sungguh Aleeya blur. Seperti bukan dirinya pula dia rasakan ketika itu.
"Elyn number phone" Akhtar meminta.
Elyn pun memberikan number telephone miliknya.
"Done, Aira number" minta Akhtar lagi.
Gadis itu juga turut memberikan number telephone miliknya.
"Dah siap. Nah handphone sayang. Cantik rantai nama tu. Lepas ni tukar password phone tu. Abang minta main-main, Aleeya pergi cakap kenapa. Bahaya. Tukar password phone Bunga nanti" Akhtar berikan handphone gadis itu kembali, terasa seronok dia mengusik gadis itu yang semakin blur wajahnya, comel.
Handphone Aleeya sambut dan simpan semula ke dalam poket seluarnya.
"Abang nak cakap sikit dengan Aleeya. Jom ambil makanan sekali" ajak Akhtar.
Aleeya hanya menuruti langkah Akhtar ke tempat duduk belakang penumpang di sebelah pintu kiri. Sempat Aleeya lihat Azad dan Irham sedang berbual bersama-sama gadis-gadis yang baru dikenalinya tadi.
"Aleeya okay? Betul-betul okay?" Akhtar bertanya sambil memandangnya.
"Okay, Aleeya okay. Kenapa abang tanya" soal Aleeya blur.
Tersenyum Akhtar dengan jawapan Aleeya.
"Sah, dia tengah blur lagi ni" bisik hati Akhtar.
"Tak ada lah. Pasal kes khabar angin tu. Sorry, my mistake" Akhtar berkata ikhlas.
"Tak ada apa lah. It's okay. Perkara dah jadi" kata Aleeya polos.
"Aleeya jaga diri. Pergi mana-mana mesti berteman. Jangan sendiri, jangan seorang diri. Abang nak Aleeya ingat pesan abang ni boleh? Extra careful. Pergi mana-mana mesti berteman. Okay" pesan Akhtar serious.
"Kenapa ni? Ada hal lain lagi ke?" Aleeya seperti dapat menangkap sesuatu dari pesanan Akhtar itu.
"Tak ada apa, cuma Aleeya kena jaga diri. Apa-apa call abang. Terus call abang. Faham?" Akhtar sekali lagi berpesan dengan wajah yang serious.
"Faham" jawab Aleeya ringkas.
"Nah, makanan. Makan tau, nasi putih dengan sup daging. Naik ni terus makan. Dah sudah makan WhatsApp abang" untuk entah yang keberapa kalinya pesanan dari Akhtar.
"Okay" sepatah jawapan yang diberi Aleeya.
"Naiklah. Ingat pesan abang, jaga diri. Abang sentiasa ada untuk Aleeya" pesanan yang terakhir dari Akhtar selepas menyerahkan bungkusan makanan kepada Aleeya.
"Aleeya naik dulu" Aleeya meminta diri. Terus kaki di bawa melangkah ke bangunan hostel, tanpa menoleh. Namun dapat dia dengar suara Akhtar yang ketawa kecil di belakangnya tadi.
"Hai la hati, mujur kau tak melompat keluar dengar ayat dia yang last tadi. Jiwa kacau macam ni" kata Aleeya pada diri sendiri.
Share this novel