Bab 11

Romance Series 36633

PAGI itu Aleeya bersiap seperti biasa untuk ke kelas. Oleh kerana kelasnnya bermula agak lewat jam sepuluh pagi nanti, dia berkeputusan untuk ke cafe dahulu mengisi perut yang kosong.

Handphone di capai jam menunjukkan angka lapan pagi, dia melihat ada beberapa notifikasi WhatsApp yang belum dibaca. Namun terus sahaja conversation WhatsApp groupnya bersama si kembar dicari.

BSM GROUP

Bunga : Dah siap ke? Kalau dah aku nak gerak ni. Lapar dah oi.

Sayang : Jap, aku baru nak pakai tudung. Manja tengah gosok tudung lagi.

Bunga : Aku tunggu kat pondok la tempat biasa.

Sayang : Okay, lima minit lagi kita orang turun.

Terus dibuka conversation yang belum dibaca. Ada yang dari abang, kakak dan rakan sekolahnya yang masih lagi berhubung dengannya. Namun, terhenti jarinya melihat satu nama baru yang ada di conversation WhatsApp itu.

Akhtar!

Berdebar dadanya. Namun dibiarkan sahaja. Terus di sandang bag laptop dibahu. Fail yang mengandungi assignment dicapai. Handphone di masukkan ke dalam fail itu. Kaki dibawa melangkah keluar dari hostelnya, menuju ke tempat pertemuan yang di janjikan mereka.

Sementara menanti si kembar, dia berkira-kira mahu membuka atau tidak conversation WhatsApp bernama Akhtar itu. Akhirnya dia berkeputusan untuk membukanya.

++
Assalamualaikum. Ni kawan bilik Ain ya yang Sue tumpang? Budak kecil a.k.a Aleeya? -Akhtar-

Tersenyum dia melihat ayat si dia.

"Ingat pula dia kat aku" Aleeya berkata sendirian.

Jari menari di keyboard handphone. Membalas pesanan WhatsApp itu.

++
Siapa ya? Maaf, saya tak ada kenalan nombor ini. Kalau kenal pasti saya ada simpan nombor ini. Maaf dan tolong jangan ganggu saya lagi. -Aleeya-

Butang send di tekan. Sengaja dia mahu tahu adakah benar nombor itu kepunyaan si dia. Jantungnya berdebar menanti balasan dari si dia. Dia juga berharap tidaklah keterlaluan dia menolak dengan cara itu.

"Bunga, oi Bunga" panggil Azizah sedikit kuat.

"Eh, Manja. Bila sampai, sorry tak perasan" kata Aleeya pada si kembar yang tidak jauh darinya.

"Ada la seminit dua. Kau text siapa. Sampai Sayang panggil kau tak perasan. Aku jerit baru sedar" bebel Azizah.

"Entahnya, jenuh panggil. Boleh dia leka tengok handphone" tambah Azlina pula.

"Sorry lah. Lama tau aku tunggu korang punya lima minit tu, dah macam setengah jam. Aku main la handphone kejap" bidas Aleeya semula.

"Sorry" serentak si kembar menjawab.

"Baru sepuluh minit. Jomlah pegi makan kata lapar" ajak Azlina.

"Jom, lapar sungguh ni. Cafe dalam kolej je eh" ajak Aleeya pula pada mereka.

"On je. Jom" Aziah bersetuju.

"KAU pehal weh. Kejap-kejap jeling handphone" soal Irham sambil meneguk air nescafe di gelasnya.

"Aku tunggu mesej orang lah" jawab Akhtar.

"Dah tak reply, kau call je lah” kata Azad pula.

Namun dibiarkan sahaja kata temannya itu. Tidak berniat mahu menjawab. Sedang dia menyuap sesudu mi goreng ke dalam mulutnya. Notifikasi WhatsApp berbunyi. Laju mata memandang screen handphone miliknya. Nama si gadis tertera. Lantas tangan mencapai melihat balasan dari Bunganya.

++
Siapa ya? Maaf, saya tak ada kenalan nombor ini. Kalau kenal pasti saya ada simpan nombor ini. Maaf dan tolong jangan ganggu saya lagi. -Aleeya-

"Alahaiiiiii...tak apa. Ada chances lagi ni" ujarnya dalam hati.

Laju jari menaip mahu membalas pesanan itu.

++
Akhtar. Tak apa lepas ni boleh simpan nombor saya ni. Betulkan ni budak kecil? Aleeya nama awak rupanya. Selamat berkenalan, nama penuh saya Uzzam Akhtar Bin Usaid Akram. Nama penuh awak apa? -Akhtar-

Butang send ditekan. Kelas dia akan bermula jam sepuluh nanti. Sengaja datang awal ke kolej untuk bersarapan dan ingin ke perpustakaan sebentar.

"Oi, asal kau tersengih? Sesuatu betul kau lately" tegur Azad. Hairan dengan sikap rakannya yang sedikit lain kebelakangan ini.

"Mana ada aku sengih" nafi Akhtar.

"Kau mana perasan kau sengih. Kau text sape ni sambil sengih-sengih. Betul kata Azad, sesuatu betul kau sejak kebelakangan ni" Irham menambah.

Dia pamer muka bersahaja. Belum tiba masanya lagi untuk dia bercerita apa-apa pada dua sahabatnya itu.

Tiba-tiba dia terpandang kelibat si gadis berjalan menuju ke cafe yang dia dan rakannya kunjungi. Diperhatikan sahaja gelagat gadis itu. Dari membeli makanan sehingga membeli air dan duduk, matanya tidak lepas memerhati.

"Comel betul, muka tu langsung tak ada ekspresi" tanpa Akhtar sedar terluah kata-kata dari bibirnya.

"Apa yang comel?" tanya Azad sambil memerhati sekeliling.

Mujur gadis itu dan rakannya duduk di tempat agak terlindung sedikit. Namun masih boleh dilihatnya.

"Tak ada apa lah, burung tu tadi comel." nafinya lagi.

Handphone di capai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama seseorang dicari dan mula menaip mesej.

++
Makan sandwich dan minum air mineral je? Patutlah comel dan cantik. -Akhtar-

Gadis itu yang sedang mengunyah makanan kelihatan terpinga-pinga melihat sekeliling seperti mencari dirinya sambil melihat handphone di tangan.

++
Cari siapa tu? Cari saya? Ada ni, saya nampak awak. Pakai baju biru tudung putih. Tengah mengunyah makanan, nasib baik sopan. Comel. -Akhtar-

Butang send ditekan. Dia melihat ke arah gadis itu. Kelihatan gadis itu masih memerhati sekeliling sedang mencari dirinya. Namun wajahnya tetap bersahaja tiada ekspresi. Sesekali dia melihat gadis itu tersenyum dan ketawa juga bersama rakannya. Namun, hanya blue tick sahaja conversation mesej yang dihantarnya.

Jam di tangan dilihat, baru menginjak ke angka lapan empat puluh lima minit pagi. Dia masih ingin memerhati gadis itu. Apabila dia melihat gadis itu seperti bersiap mahu pergi. Pantas handphone dicapai, number gadis itu didail.

"Assalamualaikum. Dah siap makan ke? Nak pergi kelas dah? Oh, okay. Cari saya? Cuba toleh arah kiri, kedepan sikit. Nampak dah? Jaga diri ok, hati-hati jalan. Assalamualaikum" sambil bercakap dia memerhatikan si gadis. Tersenyum dia melihat gadis itu yang sudah melihat keberadaannya. Lagi bertambah gembira hatinya bila si gadis melemparkan senyuman nipis saat melihat dia.

"Kau call siapa?" tanya Irham. Sungguh ketara perbezaan sikap Akhtar pada matanya.

"Orang lah, tak kan burung pulak. Dah siap belum? Kalau dah, jom gerak pegi library kang lambat lagi cancel terus macam haritu" ajak Akhtar pada raknnya.

"LAPAR. Ya Allah. Terima kasih rezeki harini" tangan ditadah doa dibaca tanpa berlengah Aleeya makan dengan segera.

Sambil makan tangan sebelah bermain handphone membuka aplikasi WhatsApp. Tertera balasan dari si dia.

++
Akhtar. Tak apa lepas ni boleh simpan nombor saya ni. Betulkan ni budak kecil? Aleeya nama awak rupanya. Selamat berkenalan, nama penuh saya Uzzam Akhtar Bin Usaid Akram. Nama penuh awak apa? -Akhtar-

++
Makan sandwich dan minum air mineral je? Patutlah comel dan cantik. -Akhtar-

Aleeya memerhatikan kawasan sekeliling, sedikit terpinga-pinga dia mencari keberadaan si dia. Tiada. Handphone dilihat kembali.

++
Cari siapa tu? Cari saya? Ada ni, saya nampak awak. Pakai baju biru tudung putih. Tengah mengunyah makanan, nasib baik cara makan sopan. Comel. -Akhtar-

“Mamat ni stalker ke” bisik hati Aleeya. Terpinga-pinga dia apabila kelakuannya diketahui si dia. Sesekali kepalanya tertoleh-toleh juga cuba mencari keberadaan si dia. Namun setelah beberapa kali mencuba, dia mengalah. Terus sahaja dia berceloteh bersama si kembar. WhatsApp itu juga tidak dibalasnya.

Siap sahaja makan, mereka ingin beredar ke perpustakaan sebentar. Sengaja ke sana untuk menambah sedikit bahan rujukan untuk kelas akan datang. Sedang bersedia mahu beredar dari cafe itu handphonenya berbunyi.

Tertera nama si dia. Laju tangan menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum" salam diberi. Namun jawapan salam hanya di jawab didalam hati.

"Dah siap makan ke? Nak pergi kelas dah?" si dia bertanya.

"Dah, belum lagi nak pergi library sekejap" jawabnya sambil memerhati sekeliling.

"Oh, okay. Cari saya? Cuba toleh arah kiri, kedepan sikit" si dia berkata.

"Cari awak la. Kenapa awak nampak saya tapi saya tak nampak awak" balas Aleeya padanya, dia mengikut juga arah yang diberitahu oleh si dia. Sesaat matanya dapat melihat si pemanggil di sebelah sana.

"Nampak dah? Jaga diri ok, hati-hati jalan. Assalamualaikum" akhiri si dia perbualan mereka sambil memandang kearahnya. Automatik bibirnya mengukir senyum kepada si dia. Cepat sahaja Aleeya menyedarkan dirinya. Mencari arah tujuannya. Library!

"Siapa call? Pelik ni pagi-pagi orang dah call kau. Abang ke?" Azizah bertanya.

"Tak lah. Orang lain. Tak penting pun. Jom" belum bersedia mahu bercerita tentang si dia lagi kepada si kembar. Kerana dia sendiri tidak memahami dirinya, kenapa boleh tiba-tiba sahaja mahu menjawab panggilan dari si dia.

Jantungnya akan turut berdebar apabila tertera nama Akhtar di screen handphone miliknya. Tidak pernah lagi dirasakan begitu. Seperti ada rama-rama berterbangan dan mengepak riuh didalam perutnya. Perasaan yang dia tidak pernah alaminya.

SEDANG Aleeya mencari buku rujukan untuk subject journalism. Handphone di dalam poket bajunya bergetar.

"Siapa pulak mesej kau ni Aleeya, selalu tak ada pula orang nak mesej" bisiknya dalam hati. Namun dibiarkan sahaja. Masih meneruskan aktiviti mencari buku yang berkaitan.

Sesudah siap mencari bahan rujukan. Terus kaki dibawa melangkah ke meja yang diduduki si kembar. Buku di letakkan, tangan mencapai handphone di poket baju.

"Weh, aku sakit perut la. Nak pergi toilet kejap" kata Azlina perlahan.

"Kau ni, baru duduk tak sampai sepuluh minit" Azizah membidas.

"Aku sakit perut la gila. Kalau aku melepas kat sini kau nak tanggung?" kata Azlina bernada geram namun masih perlahan.

"Tak nak aku, kau melepas kau la tanggung" bertelagah sesama mereka.

"Pergi lah cepat Sayang. Lambat kang terlepas betul kat sini. Bukan kau je malu dengan kita orang sekali malu. Tak sanggup aku. Hahaha" Aleeya menyuruh sekaligus menghentikan sesi bertikam lidah si kembar, namun sempat juga dia mengusik Azlina.

Azizah juga mengangukkan kepala tanda mengiakan dan tertawa sama, namun masih dalam keadaan senyap. Pantas sahaja Azlina berlalu untuk ke tandas. Hilang sahaja Azlina dari pandangan, matanya tertancap pada seseorang yang sedang memandang arahnya. Jantung seperti dipalu rentaknya, berdebar apabila matanya bertemu pandang dengan mata si dia yang duduk berselang satu meja di hadapannya.

"Buku ni semua nak pinjam ke kau nak ambil point penting je?" Azizah mengambil sebuah daripada empat buah buku yang diambil Aleeya tadi.

"Yang dua ni, nak pinjam. Yang dua ni nak ambil point penting je. Kau tolong aku eh, sempat ni baru pukul sembilan. Nanti sembilan empat puluh kita stop, kemas pergi kelas." Kata Aleeya pada Azizah sambil tangan mula mencapai pen dan buku nota. Laju sahaja Aleeya mula mencatat nota.

"Okay, aku buat yang ni kau buat yang tu. Macam biasa nanti kita tukar" ujar Azizah. Aleeya mengangguk tanda setuju.

“Fokus Aleeya, masa tak banyak ni” bisiknya dalam hati. Sesekali matanya bertemu pandang juga dengan si dia. Wajah biasa cuba di pamerkan. Lima belas minit berlalu, Azlina tiba selepas ke tandas.

"Kau pegi tandas ke kau buat tandas?" soal Aleeya padanya.

"Hehe, sorry la. Perut aku meragam la. Dah start eh. Meh aku tolong, nak buat apa ni?" kata Azlina perlahan.

"Buat tak tau. Ambil nota la macam biasa" sempat Azizah peril kembarnya.

"Amboi, marah. Meh la aku tolong sambung cik Manja" usik Azlina. Terus buku beralih tangan. Azlina pula mengambil tugas Azizah.

“Aku juga yang tak ada orang nak ganti. Huhu” ujar Aleeya pada diri sendiri. Dia meneruskan mencatat notanya. Sekali lagi handphonenya bergetar. Tangan di seluk kedalam poket baju, handphone diambil. Paparan screen dilihat. Nama si dia muncul, mata terus melihat si dia di sana. Aplikasi WhatsApp di buka.

++
Cari buku untuk bahan rujukan ke tu? Sampai tak nak ambil? -Akhtar-

++
Fokusnya dia. Comel. Nama penuh apa? Mata cantik tu memang warna coklat eh? -Akhtar-

Habis sahaja dibaca pesanan itu. Aleeya memandang ke arah si dia, yang terang-terang sedang memerhatikannya. Handphonenya di angkat ke arah si dia nyalaan screen ditunjukkan dan butang lock di tekan. Screen jadi gelap, tanda dia malas mahu melayan. Tersenyum si dia di sana dengan gelagatnya.

Sebaik jam menginjak ke angka Sembilan tiga puluh lima pagi nota penting di buku itu berjaya di catatnya. Begitu juga dengan si kembar. Aleeya mengambil buku-buku itu dan ingin meletakkannya semula.

Sampai di rak, kaki mahu dijengketkan sedikit untuk meletakkan buku di tempat asalnya. Tiba-tiba buku yang berada di tangannya diambil oleh seseorang, dia menoleh ingin melihat siapa.

"Saya tolong letakkan je. Jumpa lagi, mesej saya jangan lupa balas" ujar si dia padanya sebelum berlalu.

"Dah ke? Jom lah. Nanti lambat pula" ujar Azizah setelah Aleeya menghampiri meja yang di duduki mereka.

"Dah, jom" kata Aleeya pada mereka, barang di atas meja sudah siap dikemas dibantu oleh si kembar.

Matanya mengerling sekilas ke arah si dia. Sepertinya si dia juga mahu beredar. Sempat juga si dia membalas pandang dan mengenyitkan mata padanya. Dengan pantas Aleeya berpaling dan berlalu. Bibir dikemam rapat supaya tidak terlepas senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience