“MAAF ya.” Ujar gadis tersebut untuk kesekian kalinya.
Dia melihat anak mata gadis itu lalu mengangguk kepalanya sedikit sambil tersenyum tanda memaafkan. Matanya tunak melihat tubuh kecil itu berlalu pergi.
“Akhtar, dah siap tak assignment Ustaz Zul?” tegur rakan kelasnya Sue yang duduk di meja barisan belakang.
Habis terbang lamunan dia tentang peristiwa di cafe tengah hari tadi. Mata gadis itu yang membuatkan hatinya terusik dengan rasa yang tidak pernah ada. Anak mata yang berwarna coklat bersinar lebih ketara coklatnya bila tertempias cahaya. Entah asli, entah kanta lekap. Dia sendiri tidak pasti. Namun mata itu berjaya menarik perhatiannya.
“Akhtar, dah siap ke belum? Orang tanya dia duk berangan apa? Ingat makwe la tu” Sekali lagi Sue bertanya padanya.
“Dah, Cuma nak finalized je tinggal. Kenapa? Sue tak siap lagi ke?” soal Akhtar pula.
“Dah siap tapi nak tengok Akhtar punya boleh? Sue just nak compare kot-kot ada yang kena baiki atau tambah ke. Macam biasa la. Akhtar punya assignment kan always tip top jadi rujukan Sue” ujar Sue padanya sambil tersengih.
“Boleh nak tengok tapi dalam pen drive. Bawa laptop ke? Habis kelas ni la kalau nak tengok. Ustaz Khir da masuk tu” ujar Akhtar bersahaja.
“Habis class la Sue tengok” jawab Sue padanya. Mereka mula menumpukan perhatian pada pengajaran ustaz Khir yang akan bermula.
“JOM, balik hostel. Lega woi kelas dah habis. Hehehe” kata Azizah sambil bangun dari duduknya.
“Jom, jadikan nak ikut pergi kedai atas?” soal Aleeya pula pada mereka.
“Jadilah. Nanti dah siap kita orang datang bilik kau eh” ujar Azlina pula.
“Okey. Aku pun tak sure Kak Ain habis kelas pukul berapa. Nak call takut dia dalam kelas. So nanti lepas solat asar siap-siap je lah, datang bilik aku macam selalu” kata Aleeya pada mereka sambil melihat handphone di tangan. Ada beberapa notifikasi di WhatsApp.
Begitulah rutin mereka. Pergi dan balik kuliah atau kelas berjalan kaki bersama-sama. Lebih mudah dan dalam masa sama boleh di anggap sebagai senaman. Maklum lah tak berapa rajin nak bersenam. Handphone di tukar kepada mode biasa, kebiasaan setiap pelajar bila hadir ke kelas handphone akan ditukar kepada mode silent.
“Akak masej aku la, tanya balik ke tidak minggu ni. Kita ada aktiviti club tak eh minggu ni? Haritu dia orang announce, aku tak dengar sangat” kata Aleeya sambil tersengih melihat si kembar.
“Mana nak dengar kau duk usyar mamat banking tu kan? Ada minggu ni” Tempelak Azlina padanya.
“Alah, aku crush je kat mamat tu. Good looking but still he’s not the one” Aleeya tayang senyum tak bersalahnya.
“Eh! Cakap pasal mamat tu kan. Semalam masa aku teman Nina pergi cafe, aku nampak dia jumpa one girl ni. Girl tu budak club kita jugak. Aku tak sure la kau orang perasan tak girl tu. Aku rasa awek dia la, dia bagi makanan bungkus pada budak tu” kata Azizah tiba-tiba. As usual, gosip dan kami tak dapat dipisahkan.
“Alaaa…. kena stop crush la pasni. Kang ada aku kena serang dengan awek dia and the gang. Hahahaha” spontan terletus ketawa Aleeya kerana membayangkan dirinya diserang oleh awek dan kawan-kawan awek crushnya itu.
“Hahahaha. Sengal la kau ni Bunga. Tak boleh bayang aku, kau gaduh sebab lelaki.” Azlina turut menambah.
“Kan, low class betul gaduh sebab lelaki ni” kata Aleeya bersahaja.
Kebiasaan mereka berjalan pulang ke hostel sambil berbual. Tidaklah terasa penat berjalan. Ada waktunya mereka bergelak ketawa dengan lawak yang entah apa-apa. Ada waktunya mereka akan bergosip seperti ini. Ada juga waktunya mereka berlarian seperti anak kecil bermain kejar-kejar. Siapa tahu semua itu akan jadi kenangan yang tak mungkin mereka lupakan.
“Nanti la call akak. Abang pun duk tanya ni aku balik tak minggu ni. Korang balik tak lepas koko?” soal Aleeya pada mereka. Maklum lah mereka berdua memang kerap pulang ke rumah memandangkan rumah mereka dalam negeri yang sama. Tidak seperti Aleeya yang berlainan negeri.
“Tak, kitaorang nak outing.” kata Azizah menjawab pertanyaan Aleeya.
“Dating la tu. Pegi mana? Tak ajak. Merajuk lima minit” kata Aleeya mengusik.
“Ala, bukan tak nak ajak. Nanti kau krik krik. Aku pegi tempat lain. Manja pegi tempat lain” Azlina bersuara serba salah.
“Agak dah. It’s okay Cik Sayang dan Cik Manja. Cik Bunga memahami” kata Aleeya.
Mereka berdua sememangnya sudah berpunya. Hanya Aleeya yang masih sendirian menanti Arjunanya. Sampai sahaja di kawasan hostel, kami berpecah untuk ke bilik masing-masing dan berjanji akan bertemu semula seperti yang dijanjikan. Kerana Aleeya terlewat mendaftar untuk menduduki hostel, terpaksa lah mereka berlainan bilik untuk semester ini. Namun masih beruntung juga kerana mendapat bangunan yang sama.
SEDANG Ain bersedia untuk pulang ke hostel setelah tamat kuliah petang itu, dia disapa oleh Sue.
“Ain, nak balik hostel dah ke?” Sue bertanya padanya.
“Yup, dah janji dengan Aleeya nak pegi Kedai Runcit Ahmad. Ada apa Sue?” tanya Ain semula.
“Nak pinjam laptop kejap boleh. Nak tengok assignment Akhtar kejap, Sue tak bawa laptop harini.” katanya padaku.
“Boleh, nah gunalah. Ain nak call Aleeya kejap, nak tanya dia kat mana. Takut dia tertunggu-tunggu Ain pula” Ain menghulur bag laptopnya pada Sue dan segera keluar dari kelas untuk menghubungi Aleeya.
Setelah menghubungi Aleeya, segera Ain kembali kepada Sue untuk turut serta melihat assignment Akhtar. Dia yang telah siap dan menghantar assignment miliknya hanya memerhati Sue dan beberapa rakan di hadapannya bertanya itu dan ini kepada Akhtar, Azad dan Irham.
“Ain dah siap? Dah hantar?” soal Irham padanya.
“Dah, tadi tengah hari Ain dah submit. Lagipun esok dah date line” Ain menjawab pertanyaan Irham.
“Tu lah, Sue baru nak finalized. Tu yang tengok Akhtar punya kot ada yang boleh nak tambah dalam tu. Nah Ain, terima kasih tau” kata Sue sambil menghulur laptopnya semula.
“Sama-sama. Ain gerak dulu la ya. Dah janji dengan Aleeya. Sue minggu depan jadi nak stay bilik Ain?” soal Ain sambil menyimpan laptop ke dalam bag.
“Jadi, nanti Sue WhatsApp Ain” kata Sue yang turut mula menyimpan barang ke dalam bagnya.
“Okay, Ain gerak dulu. Bye semua” Terus Ain berlalu untuk kembali ke hostel meninggalkan mereka yang masih berada di dalam kelas itu. Ingin segera pulang untuk ke kedai membeli barang bersama Aleeya.
“BUNGA. Kita orang nak sampai depan pintu bilik kau ni” sapa Azizah menghubungi Aleeya.
“Jap. Aku dengan Kak Ain dah siap. Nak keluar dah ni. Tunggu depan lift je lah. Jumpa kat situ. Kita turun sama” Aleeya memberi kata balas.
Setelah berjumpa di tempat yang dijanjikan. Mereka menaiki lift turun ke tempat parking yang disediakan di hostel. Aleeya memang membawa sebuah kereta ke kolej, Myvi pemberian abangnya. Lebih mudah untuknya bergerak ke mana-mana. Namun, ke kolej dia lebih gemar berjalan kaki kerana tidak mahu berebut tempat parking dengan pelajar lain.
“Jom masuk” kata Aleeya setelah alarm kereta ditekan.
“Kak Ain duduk tempat penumpang depan eh. Kita orang duduk belakang” ujar Azlina pada Kak Ain.
“Okay kalau macam tu” Ain hanya menurut dan terus masuk ke dalam kereta.
Kereta Aleeya pandu meninggalkan kawasan hostel. Ain merupakan senior mereka di kolej, walaupun berlainan course. Aleeeya selesa bersamanya, sejak awal Aleeya mendaftar masuk ke kolej Ain telah menjadi roommatenya. Ain kini sudah berada di tahun akhir. Sepanjang tempoh belajar di kolej itu memang kebanyakkan masa mereka akan kemana-mana bersama jika tiada urusan lain. Ain juga menerima baik keberadaan si kembar sebagai teman rapat Aleeya yang sering keluar dan masuk bilik mereka.
Sampai sahaja di Kedai Runcit Ahmad segera mereka memilih dan mengambil barangan yang hendak dibeli. Agak ramai juga pelanggan pada waktu ini. Kedai ini menjadi pilihan para pelajar untuk membeli barang keperluan kerana harganya yang sedikit murah berbanding kedai lain. Sedang memilih barangan, tiba-tiba Azizah memanggilnya di kawasan menempatkan mi segera.
“Bunga. Bunga. Sini jap, Bunga” panggil Azizah.
“Dia ni la. Tak boleh kuat lagi agaknya panggil aku. Tengah ramai-ramai macam ni. Kan ke pelik je orang tertengok-tengok nak tahu siapa empunya nama classic tu” bisik Aleeya dalam hati.
“Ha. Apehal duk panggil macam tu. Orang da terjenguk-jenguk nak tengok sape Bunga yang kau duk panggil tu” kata Aleeya geram.
Azizah tanyang sengih. Geram sungguh Aleeya lihat Azizah yang tersengih begitu. Nasib baik sayang. Kalau tidak, pasti gadis itu sudah kena sedas tepukan berbisa di bahu. Walaupun berbadan kecil, tetapi rasa perit apabila ditepuk dengan tanganya itu. Yang selalu jadi mangsa tepukan berbisa Aleeya sudah tentu la abang dan adik lelakinya yang kuat menyakat.
“Sorry. Excited. Maggie yang kita cari habis haritu dah restock. Kau nak tak, nak aku ambilkan untuk kau. Kalau tak nak, aku tak ambil. Tak boleh minta aku punya nanti kalau kau teringin nak makan” bersahaja Azizah bercakap dengannya sambil membelek-belek jenis mi segera di hadapannya.
“Eh, zalim betul. Kedekut macam haji bakil. Berkira eh, nanti aku berkira dengan kau baru tau” balas Aleeya pula.
“Hahaha. Aku gurau je lah. Why so serious my Bunga. Garang nau. Patut tak ada yang nak dekat” sengaja Azizah mengusik Aleeya.
“Kesah pulak aku Cik Manja oi. Ambilkan 2 bungkus, nanti minta kau punya kau tak nak bagi. Kau kan anak sedara haji bakil” sengaja Aleeya berkata begitu dan sepantas mungkin berlalu meninggalkan Azizah ke tempat dia memilih barang tadi.
“Dah siap” Azlina muncul dengan tangannya penuh memegang barangan yang ingin di belinya.
“Aku pun dah. Tunggu Manja dengan Kak Ain, aku pegi tengok diaorang kau pegi beratur dulu” kata Aleeya sambil berjalan mencari Azizah dan Kak Ain.
Usai membuat pembayaran mereka menuju ke kereta milik Aleeya untuk pulang ke hostel. Namun keretanya telah di block oleh sebuah kereta yang tidak diketahui kepunyaan siapa. Sementara menanti pemilik kereta datang, Aleeya mula menghidupkan enjin kereta dan meletakkan barangan yang dibeli di ruang menyimpan belakang.
Tidak lama kemudian beberapa pelajar lelaki memasuki kereta tadi dan mula bergerak pergi. Sebal perasaan Aleeya, tiada kata maaf kerana buat mereka menunggu. Ain dan si kembar leka bermain dengan handphone di tangan. Chat pakwe masing-masing la tu. Dia juga yang krik krik.
Radio Aleeya on. Kedengaran suara DJ yang berceloteh ingin memutarkan lagu Afganshah Reza, Jodoh Pasti Bertemu di corong radio. Terus volume radio dinaikkan sedikit. Bagi layan jiwa orang single sepertinya.
Sebaik lagu berkumandang dicorong radio. Dengan spontannya bermula la acara karaoke di dalam kereta. Begitulah keadaan mereka setiap kali menaiki kereta. Ada saja lagu yang digemari ke udara, pasti akan bermula sesi karaoke di dalam kereta ini.
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Ku pasrahkan hatiku takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu jodoh pasti bertemu
Jika aku bukan jalanmu
Ke berhenti mengharapakanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu (jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memiklikimu jodoh pati bertemu
SAMPAI sahaja di kedai, terus Akhtar ke dalam untuk mengambil beberapa barangan yang ingin dibeli. Ingin segera selesai kerana dia memakir kereta dibelakang sebuah kereta Myvi. Tidak merancang untuk berlama-lama dia malas mahu mencari petak pakir yang kosong. Sedang dia mencari-cari barang yang ingin dibeli, dia terlihat gadis itu juga berada di dalam kedai yang sama.
Kesempatan diambil menilik gadis itu. Gadis dengan gaya yang bersahaja. Hanya berseluar tracksuit hitam bersama baju lengan panjang. Tudung di selimpang sebelah ke bahu. Bersih wajah tiada ekspresi itu tanpa secalit make-up, dagu yang kelihatan sedikit berlekuk. Tingkah yang bersahaja dan kelihatan tenang tidak nampak seperti dibuat-buat. Menarik, simple dan sempoi tidak seperti gadis lain yang akan menjaga penampilan dan pergerakan di hadapan orang lain.
Sedang asyik menilik, tersentak dia. Semua gara-gara dia terdengar suara seorang gadis memanggil rakannya. Dia kembali memerhatikan gerak geri gerangan si gadis. Gadis itu mula bergerak, mungkin dia ke arah lain mencari barang. Seketika pandangannya bertembung dengan gadis itu. Namun cepat dia beriaksi seolah tidak ambil peduli, tangan sibuk mengambil dan memilih barang walhal itu bukan barang yang mahu dibelinya. Sejurus gadis itu melepasinya, dia mengekori dalam diam.
“Bunga, nama dia Bunga? Klasik. Unik. Macam orangnya yang misteri” bisik hati Akhtar apabila mengetahui gadis itu yang dipanggil rakannya.
Tersungging senyum kecil dibibir tanpa Akhtar sedar. Sengaja dia mencuri dengar perbualan dua gadis tersebut. Sesekali mata mencuri pandang wajah gadis itu. Bermata bundar berwarna coklat, alis yang nipis terbentuk asli. Bentuk mulut yang kecil dan bibir berwarna asli kemerahan. Pandangan mata yang penuh misteri dan seolah menyembunyikan sesuatu.
“Garang boleh tahan, tak padan kecil. Single lagi? Ada peluang ni” monolog hati Akhtar.
Lihat saja dari gerak gerinya. Tiada senyuman, wajah beku tanpa ekspresi. Tidak mesra alam langsung seperti kebanyakan gadis. Namun cepat segalanya berubah bila bersama dua rakannya itu. Senyum manis teloret di bibir kecilnya, redup pandangan matanya dan bercahaya. Semakin kuat keinginan dia untuk mengenali gadis itu.
“Sayang, Manja dan Bunga. Nama panggilan diaorang sangat la unik dan rare” Akhtar berkata sendirian.
“Kau mengumam apa ni, dah siap belum? Kitaorang dah siap. Tinggal nak bayar je ni” kata Azad yang muncul tiba-tiba bersama Irham dan dua lagi rakannya Haziq dan Khairul.
“Dah, jom pegi bayar. Kang marah pulak orang yang aku block kereta tu tunggu lama” kata Akhtar segera.
“Weh, aku nampak awek yang terlanggar kau masa kat café tadi. Dia tengah beratur tunggu turn nak bayar barang” kata Irham.
“Tahu, aku nampak dia tadi. Kau kenapa, macam berminat je? Jangan macam-macam, awek kau nak campak mana” kata Akhtar pada Irham, sekaligus ingin mengusir rasa tidak enak di dada.
“Ni ha, Haziq tadi cakap. Ada budak comel tapi muka tegak. Dia senyum kat budak tu tapi dia cakap budak tu buat derk je. Dia tunjuk kat kitaorang. Sekali tengok budak yang langgar kau kat café rupanya” sampuk Azad.
Dia menoleh pada Haziq di belakangnya dengan perasaan ingin tahu. Haziq ni boleh tahan buaya juga, biasa la test market dengan rupa yang ada.
“Haziq, betul ke?” soal Akhtar padanya.
“Ha’ah. Lalu sebelah awek tu tadi, saja la aku test market tayang senyum. Dia boleh buat derk je dengan aku. Tapi serius awek tu comel, sebab aku nampak dia ketawa dengan senyum masa dia dengan kawan-kawan dia tadi. Tapi tu lah, aku senyum kat dia dia buat derk je. Dah ada balak kot” teka Haziq rambang.
Lega dia mendengar. Balak? Dia single la. Akhtar tahu kerana kebetulan dia memasang telinga mencuri dengar gadis itu berbual dengan rakannya.
“Oh. Agaknya la kot” balas Akhtar bersahaja.
Sedang Akhtar beratur menanti giliran untuk membayar, dia memerhati sahaja gelagat gadis itu yang berjarak beberapa orang di hadapannya. Perbualan rakannya tidak diendahkan. Matanya focus memerhati gadis itu dan rakan-rakannya.
“Eh, Ain? Kawan Ain ke?” bisik hatinya.
Baru Akhtar berura-ura mahu menegur Ain. Irham terlebih dahulu menegur Ain.
“Ain, beli barang? Datang dengan siapa?” tegur Irham.
“Ha’ah. Beli barang sikit. Datang dengan roommate, sekali dengan kawan-kawan dia.” balas Ain pada Irham.
Perbualan mereka terhenti di situ. Ain dan gadis itu serta rakannya ingin membuat bayaran. Terus di perhatikan tingkah mereka yang membuat pembayaran sehingga mereka tiba di sebuah kereta.
“Alamak, kereta dia ke? Kena cepat ni nanti lama pula dia tunggu. Atleast aku tahu tu kereta dia” kata hati Akhtar.
Selesai membuat pembayaran, terus Akhtar memberitahu rakannya dia ke kereta untuk mengalihkannya kerana pemilik kereta yang dia block sudah menanti.
Share this novel