Bab 42

Romance Series 36633

SETELAH sampai di kawasan pantai yang dibenarkan untuk camping. Mereka parking kereta di kawasan yang disediakan dan mula mengeluarkan barangan yang di bawa ke tapak camping yang di sediakan. Leyla hanya menanti dan memerhatikan sahaja.

"Khemah Bunga ke ni?" tanya Akhtar.

"Yup. Bunga bawa tadi tak perasan ke?" soal Aleeya semula.

"Sorry. Tak perasan. Biar dulu la, Arjuna punya ada. Azad dengan Irham pun ada bawa juga. Ambil barang yang lain dulu ya,  bag baju kemudian pun tak apa. Tak decide lagi nak stay or balik nanti kita bincang" kata Akhtar.

"Okay" jawab Aleeya.

Aleeya mengambil picnic basket dan picnic mat yang dibawanya. Akhtar mengeluarkan khemah, arang dan sedikit peralatan untuk BBQ. Box ice yang berisi pelbagai bahan perap mentah yang sedia untuk di bakar juga dikeluarkannya.

"Boleh ke angkat banyak macam tu? Bunga tolong ya" kata Aleeya Akhtar.

"Thank you my Bunga" kata Akhtar sambil menyerahkan recycle bag yang berisi sedikit peralatan BBQ. Dia mengangkat khemah, arang dan box ice bersama. Mereka jalan beriringan. Leyla kemudiannya juga mengikuti mereka dari belakang.

"Habis dah barang dalam kereta kau?" tanya Azad sebaik mereka tiba di kawasan yang menjadi pilihan untuk memasang khemah. Azad membawa tikar dan meja kecil lipat untuk meletakkan makanan nanti.

"Dah. Ni je. Arang, box bahan perap dengan dulang, penyepit dengan sos. Pemanggang dalam kereta Elyn tadi. Irham masuk sana" kata Akhtar.

Irham tiba dengan khemah miliknya dan pemanggang yang dibawa mereka. Elyn pula membawa recycle bag berisi pinggan, cawan dan sudu garfu pakai buang serta plastic sampah. Dan juga satu recycle bag yang berisi nugget dan kentang goreng yang disediakan Akhtar, Azad dan Irham dari rumah sewa mereka.

"Nak pasang khemah kat sini ke? Ke nak cari tempat lain?" tanya Irham.

"Sini ok la kot tak ramai pun. Lagipun jauh juga dari khemah yang ada, redup pun ok ni" kata Akhtar.

"Betul, sini je ok. Dah boleh pasang khemah cepat. Lapar dah ni" sokong Aira.

"Tak makan ke on the way tadi?" tanya Elyn.

"Azad beli sandwich sebekas je, share la apa yang ada. Dalam kereta cuma ada corton air je" kata Aira geram.

"Sorry la sayang. Okay-okay cepat pasang, cepat siap, cepat makan" kata Azad serba salah.

Elyn dan Irham sudah ketawa dengan pertelingkahan kecil itu, Aleeya dan Akhtar tersenyum sahaja. Aleeya ambil roti yang dibeli di bakery di dalam bakulnya. Di hulur pada Aira. Leyla hanya mendiamkan diri.

"Ambil la buat alas perut Kak Aira. Memang beli extra banyak ni makan sama-sama. Siapa-siapa nak ambil je dalam ni. Ada buah. Ada pastry, tarts dengan roti" kata Aleeya.

"Thank you dik. Penyelamat sangat ni. Kalau tak, ada orang dah kena telan kejap ni" kata Aira pada Aleeya, sempat juga diperli Azad hujung ayatnya.

Mereka mula membuka peralatan khemah masing-masing. Elyn, Aira dan Bunga hanya menanti bersama barangan yang ada. Angin agak kuat juga membuatkan Akhtar, Azad dan Irham sedikit terganggu kerja mereka. Leyla bersiar seketika di tepi pantai jauh sedikit dari mereka, menenangkan diri mungkin.

"Angin kuat juga ni, aku tolong kau dulu la. Nanti kau tolong aku" kata Azad pada Irham. 

"Ha. Okay jugak tu" kata Irham.

Akhtar pula meneruskan kerja memasang dome tent miliknya. Dia mula menyambung flexible poles untuk khemahnya. Khemah yang dibentang ditiup angin seperti ingin terbang. Aleeya menghampiri, mengambil L shape besi pacak tapak khemah dan dibenamkan sedikit kedalam pasir di bahagian lubang penjuru khemah. Tersenyum Akhtar dengan cara Aleeya, tidak terfikir pula dia cara itu membantu. Akhtar mula masukkan flexible poles ke bahagian khas yang ada di main canvas.

"Bunga tolong" Aleeya menghampirinya dan membantu.

"Thank you my Bunga" jawab Akhtar.

Akhtar ikat kedua-dua flexible poles bagi menstabilkan rangka khemah, selesai sahaja Akhtar mengikat. Bunga meletakkan top cover dan cangkuk pada tempat yang disediakan agar top cover tidak melayang. Mereka memasang semula L shape besi pacak ke dalam lubang penjuru khemah dan benamkannya ke dalam tanah. Siap!

Azad dan Irham juga baru selesai memasang milik Irham. Mereka melihat ke arah Akhtar dan Aleeya yang nampak tidak kekok dan pantas sahaja membantu Akhtar.

"Untung lah Aleeya terror pasang tent. Kita ni juga yang kesian" kata Azad.

Ketawa sahaja Akhtar. Aleeya hanya tersenyum. Irham bantu Azad pula memasang khemahnya. Akhtar sudah mula menyediakan pemanggang untuk BBQ.

"Nak pasang kat mana ni? Tepi khemah? Ke belakang khemah? Klau depan khemah nanti bau masuk pula dalam khemah" kata Aleeya.

"Tulah. Arjuna pun fikir perkara yang sama. Tanya diaorang la sekejap" jawab Akhtar.

Selesai khemah di pasang Azad dan Irham. Elyn dan Aira mula meletakkan barang mereka kedalam khemah. Kemudian mendapatkan mereka yang berkumpul di barangan yang mereka bawa.

"Nak setup kat mana?" soal Akhtar pada mereka semua. Aleeya juga menanti pendapat mereka.

"Belakang la. Angin kurang sikit" kata Aira.

"Betul. Kalau depan nanti angin kuat, asap banyak masuk khemah" sokong Elyn.

"Okay la belakang. Tikar Bunga nanti kita buat lepak kat depan. Tikar kita bawa ni boleh buat letak barang prepare untuk BBQ" putus Akhtar.

Mereka yang lainnya bersetuju dan mula mengambil tugas masing-masing. Aleeya membantu Akhtar menghidupkan api arang untuk membakar. Irham membantu Elyn membentangkan tikar. Azad membuka kaki meja lipat kecil yang dibawa mereka. Mereka menyusun peralatan dan makanan yang ada.

"Nak sejuk kan air boleh masuk dalam box bahan perap tu" kata Irham pada Elyn dan Aira.

"Cun" balas Elyn suka. Boleh mereka minum air sejuk. 

LEYLA mula menghampiri kawasan mereka berkumpul ketika mereka sedang bergurau dan berjenaka sementara menanti makanan di panggang. Aleeya lebih banyak mendengar dan turut tertawa, terhibur dengan kerenah mereka. Akhtar juga sesekali membahan rakannya, dan dia sentiasa memerhatikan Aleeya di hadapannya yang duduk bersama Elyn dan Aira.

"Aleeya diam je. Tak nak cerita apa-apa ke?" soal Irham padanya.

"Tak lah. Tak ada apa yang menarik pun nak kongsi" kata Aleeya.

"Aleeya pergi karaoke tak?" tanya Aira.

"Pergi juga tapi dua tiga kali je dengan kembar kalau kat kolej, itu pun bila da habis exam" jawab Aleeya jujur.

"Mesti best ni suara" kata Elyn pula.

"Tak ada lah. Biasa je" jawab Aleeya.

"Biasa la sangat. Dia nyanyi live suara macam dalam radio. Masa raya haritu kita orang datang raya teman Akhtar, dia duet dengan abang dia dengan Akhtar. Padu teruk" kata Azad pula.

"Mana ada la, macam katak panggil hujan ada la. Mujur tak hujan" Aleeya membidas.

Tertawa mereka yang ada di situ dengan ayat Bunga yang spontan. Dan tawa mereka terhenti bila perasan kedatangan Leyla ke situ.

"Datang dah" kata Irham.

Akhtar dan Aleeya menoleh arah pandang mereka yang ada disitu. Tertancap pandang mereka pada Leyla.

"Akhtar boleh kita bercakap?" tanya Leyla.

"Lima minit, awak tunggu kat sana" tunjuk Akhtar arah kawasan yang terdapat kayu tumbang.

"Okay" jawab Leyla dan berlalu ke arah yang ditunjukkan Akhtar.

"Bunga. Sini sekejap" panggil Akhtar.

Alee3y bangun dari duduknya dan mendapatkan Akhtar yang sedang memanggang.

"Arjuna jumpa dia sekejap ya. Bunga percayakan Arjuna?" soalnya pada Aleeya perlahan.

"Pergi lah. Bunga ada je dekat sini. Bunga percaya" jawab Aleeya dengan nada juga perlahan yang hanya didengari mereka berdua.

"Tunggu Arjuna ya" pesan Akhtar. Aleeya hanya mengangukkan kepalanya.

Akhtar kemudian berlalu ke arah gadis bernama Leyla itu. Aleeya menahan rasa dalam hati dan memerhatikan sahaja dari tempatnya berdiri.

"Aleeya, meh lepak sini" panggil Azad padanya atas permintaan Aira.

Aleeya berpaling dan senyum sedikit. Dilihatnya Irham sudah mengambil tugas membakar pula.

"Aleeya okay?" tanya Elyn sebaik Aleeya duduk semula.

"Okay je" Aleeya pamer senyum.

"Azad kau bawa guitar kan. Goreng lagu" kata Irham ketika sedang melakukan tugas memanggang. Elyn juga sudah menghampiri Irham ingin turut membantunya.

"Jap, aku ambil dalam khemah" kata Azad dan berlalu ke khemahnya.

Aira merakam moment mereka menggunakan camera miliknya. Aleeya turut perasan sejak tiba, Aira asyik merakam detik-detik yang dirasakan menarik menggunakan cameranya.  Azad tiba dengan membawa guitar di tangannya.

"Jom..lagu apa ni nak main?" soal Azad.

"Aizat, Pergi" kata Aleeya spontan.

Azad dan yang lain hanya memandang Aleeya dengan riak wajah yang terkejut. Terdetik di hati Azad dan Irham Aleeya seperti ingin meluahkan perasaannya tika itu melalui lagu tersebut.

"Kenapa semua tengok Bunga macam tu?" soal Aleeya dengan pandangan mereka.

"Tak ada apa. Okay juga tu, Azad start la" kata Irham. Elyn dan Aira juga turut pamer senyuman pada Aleeya.

"Alright" jawab Azad kemudiannya mula memetik guitar di tangan dengan chord lagu itu. Kemudian dia memberi isyarat untuk Aleeya memulakan nyanyian.

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasih mu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah lagu ku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku
Tak daya kau ku lupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah lagu ku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah lagu ku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

Tamat sahaja nyanyian Aleeya. Mereka bertepuk tangan untuknya.

"Gila best suara Aleeya. Boleh dia kata macam katak panggil hujan pula tadi" kata Elyn di sebelah Irham.

"Kan da bagitahu tadi suara dia best" kata Azad pula.

"Okay lagu lain" kata Aira pula teruja.

Mereka bernyanyi bersama-sama. Bergelak ketawa bila Azad dan Irham menegur Aira dan Elyn yang ada kalanya lari tempo. Aleeya juga terhibur dengan keletah mereka semua.

DIKEJAUHAN, Akhtar melihat sahaja gerak geri Aleeya yang berada di kawasan perkhemahan mereka. Dapat dirasakan pandang mata Aleeya yang sedikit terluka sewaktu mereka berbicara, namun masih Aleeya menafikannya. Dia tahu Aleeya terluka tapi apa lagi yang boleh dia lakukan.

"Cara awak pandang dia. Macam sayang sangat pada dia. Awak cintakan dia?" kata Leyla padanya tiba-tiba.

"Ada hal apa yang awak nak bincang?" soal Akhtar tanpa mahu menjawab pertanyaan Leyla padanya.

"Kita. Tentang kita. Bagi saya peluang untuk kenal awak. Bagi diri awak peluang untuk kenal saya. Boleh?" minta Leyla.

"Maaf. Saya menolak" jawapan Akhtar membuatkan Leyla tersentak.

"Tapi kenapa? Sebab dia ke?" tanya Leyla dengan nada kecewa.

"Bukan sebab sesiapa. Tapi sebab saya sendiri tak nak" jawab Akhtar.

"Apa hubungan awak dengan dia?" tanya Leyla pada jejaka yang sudah mula dicintainya itu.

"Kawan. Kami berkawan, kerana saya yang mahu kami berkawan" jawab Akhtar.

"Apa maksud awak dengan 'saya yang mahu kami berkawan'. Saya tak faham" Leyla bertanya.

"Saya yang mulakan langkah nak berkenalan dengan dia. Saya yang minta pada dia untuk menjadi kawannya. Dia tak seperti wanita yang saya kenal dari zaman sekolah sehingga sekarang. Dia lain, istimewa" jawab Akhtar sambil melihat Aleeya dari tempat duduknya.

"Apa lebihnya dia berbanding saya?" Leyla terasa pedih di hati mendengar jawapan dari Akhtar.

"Lebihnya dia kerana saya yang mencarinya, bukan dia yang mencari saya. Tidak seperti kebanyakan gadis yang mencari saya. Dia mahal. Dia terjaga seperti sekuntum Bunga yang terletak di dalam balang kaca. Kelihatan jelas di pandang mata kasar, namun segalanya tersimpan rapi dalam bekasnya tersendiri. Dia tidak mendekati, malah menjauhi. Dia melindungi dirinya sendiri. Dia tidak mendedahkan diri seperti gadis lain yang sentiasa ingin dilihat. Sebaliknya dia menyepikan diri demi mereka yang terpilih untuk mendampinginya" kata Akhtar sambil membuang pandang ke arah ombak yang menghempas pantai.

"Awak cintakan dia kan? Awak bukan sekadar berkawan dengan dia kan?" Leyla mahukan kepastian.

"Kami berkawan. Berkawan secara serious. Dan kami sama-sama berdoa semoga diakhirnya Tuhan satukan kami" jawab Akhtar tenang.

"Habis bagaimana dengan saya? Ummi dan abi awak dah datang menghantar tanda hanya menanti jawapan awak untuk urusan pertunangan kita" kata Leyla bernada sayu.

"Maaf. Itu semua tanpa pengetahuan saya. Saya telah menolak permintaan mereka" kata Akhtar sambil melihat ke arah Leyla seketika.

Lama mereka berjeda. Sebelum Leyla bersuara.

"Jadi perkenalan kita ni, hanya permainan takdir untuk saya?" kata Leyla.

"Jangan menyalahkan takdir. Tiada siapa yang tahu apa takdir yang tertulis untuk setiap manusia" nasihat Akhtar tenang.

"Jadi, jika ditakdirkan awak tak berjodoh dengan dia?" pertanyaan Leyla seperti merentap degupan jantung Akhtar seketika. Terdiam lama dia mahu menjawab pertanyaan Leyla itu.

"Saya menerima takdir dari Dia. Apa pun ia. Selagi saya mampu untuk pertahankan, saya akan cuba. Selagi takdir masih memihak kepada saya, hanya usaha yang saya perlukan" jawapan Akhtar membuatkan Leyla seperti terdetik rasa dalam jiwa, bahawa takdir menemukan mereka bukan sia-sia.

"Kerana saya juga yakin takdir menemukan kita bukan sia-sia. Dan awak sememangnya jodoh saya. Saya yakin itu jodoh kita" Leyla bertegas dengan pendiriannya.

"Terpulang awak. Jangan salahkan saya bila jiwa, hati dan perasaan awak terluka, kerana awak tahu sejak awal saya telah menolak" kata Akhtar juga bertegas dengan keputusannya.

"Tidak mengapa. Saya hanya perlu menanti dan yakin. Kerana tidak semua cerita cinta akhirnya akan bersama" Leyla berkeras juga.

"Terserah. Tiada apa lagi yang perlu kita bincangkan. Bagi saya, jawapan telah saya berikan dengan jelas. Assalamualaikum" Akhtar bangun dan berlalu meninggalkan tempat itu.

Leyla hanya memandang sepi pemergian jejaka itu. Hatinya terasa pedih, jiwanya terluka. Namun dia tekad untuk tetap setia, tidak mengalah untuk menanti suatu hari nanti mereka akan disatukan juga.

"Aku yakin itu jodoh kita, aku yakin itu. Aku terluka sekarang, namun diakhirnya bahagia akan menjadi milikku" Leyla berkata sendirian dengan air mata yang setia menemani dan membaluti luka hatinya. Dia kemudiannya mengesat air mata di pipi dan berlalu meninggalkan kawasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience