"KENAPA tu?" tanya Azizah pada Akhtar yang melihat Aleeya meluru masuk ke kitchen Bunga&Coklat sebaik tiba.
"Merajuk. Dah dua hari dia nak makan cake chocolate, tapi nak aku buat. Aku mana la reti" kata Akhtar pada kembar.
"Buat je lah. Bukan susah pun" kata Azlina.
"Masalahnya. Aku mana reti buat cake ni. Kalau minta masak lauk ke apa aku boleh la try. Ni cake kot. Kang entah apa-apa rasa" kata Akhtar.
"Jom lah masuk dapur. Kita orang tunjuk, kau buat. Penat tengok muka beku dia tu" kata Azizah.
"Bunga..jom ikut aku naik office jap. Hana nak tunjuk account bulan ni, dengan order form pada kau before nak proceed. Lepas tu nak kau buat cheque untuk settle bills" kata Azlina pada Aleeya.
"Okay sayang" jawab Aleeya sepatah lalu beredar ke pejabatnya bersama Azlina.
"Kau kenapa? Semua benda tak kena" tanya Azlina pada Aleeya.
"Aku geram la. Aku nak cake chocolate. Buat je lah. Tengok je lah YouTube ke cari kat Google ke. Dah dua hari aku tunggu" luah Aleeya geram.
"Serious lah kak Aleeya? Cake chocolate je pun. Merajuk macam masalah besar. Nanti balik Hana buat, esok Hana bawa" kata Hana yang turut bersama mereka.
"Tak nak...akak nak yang abang Akhtar buat.." rengeknya manja pada Azlina dan Hana.
Azlina tahan gelak. Hana pula sudah serba salah mahu beriaksi bagaimana.
"Aduh la mak buyung ni. Kau ni pregnant pelik-pelik je perangai kau kan. Yang tak pernah ada tiba-tiba ada. Nak bau kopi la. Nak makan buah kundang la. Nak makan makanan arab la. Ni cake chocolate Akhtar buat pulak" tegur Azlina.
"Tekak yang nak bukan aku. Aku mana makan semua tu. Buah tu mana aku nak tau bukan musim. Dah teringin nak makan. Salah aku jugak lah? Kau pregnant nanti tahu lah rasa macam mana bila nak sesuatu tu" rajuk Aleeya.
"Alololo..merajuk pulak dia. Anak-anak bonda tengok mama kau orang ni merajuk. Esok besar jangan ikut tau" kata Azlina sambil mengusap 'baby bump' Aleeya.
"Comel kak Aleeya merajuk" kata Hana pula.
Aleeya tayang muka merajuknya. Sentap dengan mereka.
"Kau merajuk dengan Akhtar kan. Nanti aku suruh dia pujuk, kau settle kerja dengan Hana dulu. Aku nak settle budak part-time surprise delivery jap" kata Azlina kemudian beredar.
"Ni kak. Yang ni..." Hana mula membentangkan perincian account Bunga&Coklat seperti selalunya. Aleeya akan melakukan double check untuk memastikan laporan yang diterimanya selari dengan pergerakan aliran duit keluar dan masuk.
"Kalau tak jadi macam mana?" tanya Akhtar bimbang sambil membuat bancuhan cake chocolate yang diminta isterinya.
"InsyaAllah, jadi punya. Ni pun resepi dia. Dia yang ajar kita orang buat sebelum ni" kata Azizah.
"Hai la. Seumur hidup ni la kali pertama aku buat cake. Demi Bunga punya keinginan, aku buat juga la" kata Akhtar yang berusaha memenuhi permintaan Aleeya.
"Hahaha. Kelakar la kau orang ni. Haritu buah. Ni cake chocolate pula. Lagi tunggu time ni, lagi pelik-pelik permintaan si Bunga ni" kata Azizah.
"Kesian tau sebenarnya. Bila dia nak tu, memang betul-betul dia nak lah. Selagi tak dapat, selagi tu la dia nangis malam-malam. Makan benda lain yang dia tak nak, asyik muntah je" jelas Akhtar.
"Hormone. Kadang-kadang selera dia tu orang kata sebab pembawakan budak. Kau kena la bersabar" kata Azizah yang menunjukkan Akhtar cara membuat cake chocolate yang diminta Aleeya.
Sejam Akhtar bertungkus lumus di dapur. Akhirnya siap juga cake chocolate yang diminta Aleeya.
"Rupa dah ada. Cantik elok. Tapi rasa tak tahu la macam mana. Seram pula aku nak bagi Bunga makan" kata Akhtar yang meletakkan cake chocolate yang telah siap itu.
"InsyaAllah sedap. Pergilah bagi dia, dia kat office tu tengah buat kerja. Tadi dia muntah lepas makan sandwich. Tak hilang lagi alahan dia" ujar Azizah.
"Orang tua-tua kata. Ikut nasib alahan ni. Aku kesian tapi itu lah, nak buat macam mana pun tak tahu" kata Akhtar.
"Pergilah bagi dia. Kot dia makan okay tak muntah. Biasa benda yang dia nak tu tak muntah bila makan" suruh Azizah.
"Thanks sangat sudi tolong and ajar aku. Aku pergi tengok dia dulu la" kata Akhtar pada Azizah. Lalu dibawa sekali cake chocolate yang telah siap dibuat untuk diberikan kepada Aleeya.
"Sayang..." panggil Akhtar sebaik masuk ke dalam pejabat Aleeya.
Aleeya yang baring di sofa tetap mendiamkan diri. Akhtar mendekati Aleeya.
"La..tidur rupanya. Kesiannya sayang abang ni" Akhtar cium pipi isterinya.
Aleeya bergerak sedikit apabila terasa tidurnya terganggu.
"Sayang..bangun, makan cake chocolate. Abang buat tadi kat bawah. Tapi tak tahu la sedap ke tidak" kejut Akhtar.
"Cake chocolate" teruja Aleeya sebaik terpandangkan cake yang berada di atas mejanya.
"Abang buat? Betul ni? Bukan beli?" soal Aleeya bertubi-tubi.
"Abang buat. Iza ajar tadi kat kitchen. Abang pakai barang kedai tau. Nanti abang bayar harga cake ni kat bawah" kata Akhtar.
"Okay. Nak cake. Nak makan" kata Aleeya tidak sabar.
Akhtar potong kecil bahagian cake, diletakkan diatas piring lalu diberikan pada Aleeya.
"Sedapnya.." kata Aleeya setelah dimakan sesuap olehnya. Lalu dimakan lagi dan lagi sehingga habis. Akhtar senyum nipis melihat tingkah Aleeya, lega hatinya apabila Aleeya berselera menikmati cake yang dibuat olehnya.
"Dah kenyang. Terima kasih abang, buatkan cake chocolate untuk Bunga. Puas dapat makan" kata Aleeya sambil tersenyum manis.
"Lega hati abang bila cake jadi dan kena dengan tekak Bunga. Abang risau betul kalau tak jadi dan tak sedap" ujar Akhtar.
"Sorry Bunga merajuk. Bunga bukan sengaja. Bunga teringin sangat" kata Aleeya serba salah pada Akhtar. Dilentokkan kepalanya pada sisi bahu Akhtar.
"It's okay. Abang faham" Akhtar cium sekilas kepala isterinya.
"Abang bau chocolate. Sedapnya bau" kata Aleeya pada Akhtar.
"Sayang..jom balik. Sayang penatkan, kita rehat kat rumah ya. Sayang pun tunggu masa je ni nak bersalin. Doctor dah cakap anytime sebab kedudukan baby pun dah cantik kat jalan dia" pujuk Akhtar.
"Ala... Nanti la.. Dah la Bunga dah tak selalu datang sini. Bagi Bunga settle kerja sikit lagi. Lagipun dah janji nak makan rojak buah dengan kembar. Lepas makan nanti kita balik. Please..." rayu Aleeya.
"Okay..lepas makan kita balik" Akhtar mengalah.
"ARE you okay honey?" tanya Nazim pada Jasmine yang sedang merenung handphonenya.
"Hubby...jom pergi makan kat sini. Honey nak cake ni" kata Jasmine sambil menunjukkan gambar cakes di Instagram Bunga&Coklat.
"Kedai Aleeya?" tanya Nazim inginkan kepastian.
"Yup. Jom. Teringin sangat la" jawab Jasmine.
"Okay. Siaplah. Honey tak payah masaklah hari ni. Kita dating jom, kesian Honey selalu kena ikut atau kena tinggal Hubby kerja weekend" arah Nazim pada Jasmine.
"Yeay. Dating without working on weekend" teruja Jasmine.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Jasmine menghabiskan hujung minggunya, di dalam bilik hotel, dirumah sendiri atau dirumah keluarga dia atau Nazim. Kesibukkan Nazim berkerja membuatkan masa hujung minggunya lebih banyak dihabiskan begitu.
"Sorry Honey. Selalu tak dapat dating weekend" Nazim kerling Jasmine disebelahnya ketika memandu.
"It's okay. Mula-mula kahwin dulu, Honey selalu rasa macam Hubby lebih pentingkan kerja dari Honey. Tapi bila dah lama-lama, dah hari-hari tengok macam mana busy Hubby kerja. Honey jadi dah terbiasa" ujar Jasmine.
"Oh. Ada something untuk Honey dalam compartment box tu. Buka la tengok" suruh Nazim pada Jasmine.
"Hadiah? Untuk Honey? Baru je minggu lepas Hubby bagi hadiah jam. Kali ni apa pula?" Jasmine pandang Nazim seketika.
Jasmine buka dan lihat apa yang ada di dalam compartment box kereta suaminya itu.
"Sampul document? Apa dalam ni?" tanya Jasmine sebaik sampul surat itu diambil.
"Honey buka lah. Tengok" ujar Nazim pada isterinya.
"Ticket flight?! Sabah?! Next week?! Yeayyyyyy" Jasmine teruja.
"Kita bercuti dalam Malaysia dulu okay Honey. Next time kita ke tempat lain pula. Hubby busy sikit dengan project baru" kata Nazim pada Jasmine.
"It's okay. Honeymoon dulu Hubby dah bawa Honey ke Maldives. Kira ni honeymoon kali ke dua la. Mana tahu lepas ni kita boleh pergi luar Malaysia untuk babymoon pula" kata Jasmine selamba.
"InsyaAllah, boleh Honey" jawab Nazim.
"Hubby..thanks for eight months marriage. I'm so grateful to have you as my husband" ujar Jasmine manja pada Nazim.
"Me too. I'm so lucky to have you in my life" kata Nazim sambil memegang tangan Jasmine.
Nazim benar-benar bahagia bersama Jasmine. Selama ini dia menyangkakan Kaisara atau Aleeya adalah cintanya. Namun apabila mengenali Jasmine. Suatu rasa yang tidak pernah ada hadir dalam dirinya, dadanya sentiasa berdebar apabila bersama Jasmine. Sayang dan rindunya semakin menggebu bila berjauhan. Ada ketikanya dia yang malu apabila diusik oleh tingkah dan kata-kata Jasmine yang selamba.
"Jom..harap ada lagi la cakes tu. Honey teringin sangat ni" kata Jasmine pada Nazim sebaik mereka tiba di Bunga&Coklat.
"Eh! Jasmine. Hai, nak beli apa?" tanya Azlina yang kebetulan berada di cashier ketika itu.
"Hai kembar. Key Lime Pie Layer Cake dengan Berry Tres Leches Cake ada lagi tak?" tanya Jasmine pantas.
"Ada. Tapi sekejap ya, kita ambil stock baru Berry Tres Leches Cake, yang tadi dah habis. Haiqal, Berry Tres kena ambil baru habis kat sini. Duduk dulu ya, nanti kami hantar. Encik Nazim?" jawab Azlina lalu bertanya pada Nazim jika mahukan cake yang lain.
"Cinnamon rolls and curry puff" jawab Nazim.
"Alright. Nanti kami hantar. Rose, tolong prepared dan hantar pesanan ni" Azlina lalu mengarahkan Rose untuk menghantar pesanan Nazim dan Jasmine.
"Sedap?" Nazim melihat Jasmine yang bersungguh menikmati cake yang dipesannya.
"Sedap sangat. Eh! Tu kan suami Aleeya. Nampak tergesa-gesa je tu tapi tak ada pula Aleeya" kata Jasmine yang melihat Akhtar keluar dari Bunga&Coklat.
"Ada hal mungkin" kata Nazim pula memandang ke arah yang dikatakan oleh Jasmine.
"SAYANG okay?" tanya Akhtar pada Aleeya yang tiba-tiba berhenti makan dan memegang perutnya.
"Sakit. Rasanya dari tadi rasa babies kerap mengeras" kata Aleeya tertahan.
"Kita pergi hospital" putus Akhtar.
"Bunga nak makan lagi" rengeknya dalam keadaan sakit.
"Cuba kau relax jap. Tarik nafas hembus" arah Azizah pula.
"Abang risau sayang. Kita pergi hospital ya" kata Akhtar lagi cuba memujuk Aleeya.
"Braxton Hicks contractions maybe" kata Azlina pula.
Mereka sedang menikmati rojak buah yang dipesannya. Entah kenapa tiba-tiba dia teringin untuk makan makanan itu.
"Arghh..." perlahan terlepas suara Aleeya menahan sakit.
"Nope" kata Azizah.
"I don't think so" kata Azlina.
"Jom ke hospital" kata Akhtar.
Serentak Akhtar dan si kembar berbicara.
"Air dah pecah.." Aleeya beritahu Akhtar air ketubannya sudah keluar sambil menahan kesakitan.
"Bunga.. bernafas.." kata Azizah pula.
"Tarik nafas hembus" kata Azlina pula.
"Aku call ambulance" putus Akhtar.
Akhtar tidak berani mengambil risiko untuk memandu ke hospital, memandangkan waktu cuti begitu jalan selalu sesak.
"Sekejap ya. Sepuluh ke lima belas minit dia orang sampai" kata Akhtar sebaik selesai menghubungi ambulance.
"Abang ambil bag hospital dalam kereta" kata Akhtar lagi, kemudian berlalu pergi.
"Ya Allah...moga cepat la sampai ambulance. Aku risau pula" kata Azizah.
"Kau okay? Nak apa-apa?" tanya Azlina pada Aleeya.
Aleeya masih berusaha menahan kesakitan contractions yang datang dan pergi.
"Okay. Aku nak air. Dia datang dan pergi" kata Aleeya perlahan. Dahinya sudah mula berpeluh.
"Buku pink sayang kat mana?" tanya Akhtar.
"Dalam handbag" jawab Aleeya dengan susah payah.
"Okay. Abang pergi ambil sekejap. Kau orang teman Bunga sekejap" Akhtar berlalu naik ke pejabat Aleeya. Mujur juga meraka sudah berada di dapur Bunga&Coklat ketika itu.
Ambulance sampai lebih awal dari yang dijangka. Semua pelanggan di Bunga&Coklat tertanya-tanya apabila melihat Ambulance tiba di situ.
"Eh! Hubby, ada ambulance la. Siapa sakit?" kata Jasmine.
Nazim melihat ke arah ambulance yang tiba bersama siren yang dibunyikan.
"Aku bawa bag. Kau papah Bunga" putus Azlina sebaik ambulance tiba.
"Eh! Aleeya la! Kenapa tu?" kata Jasmine tiba-tiba.
"Aleeya nak bersalin mungkin?" jawab Nazim pula.
"Nanti kita orang datang. Kau jangan lupa update news kat kita orang" pesan Azizah pula sebaik Aleeya dan Akhtar menaiki ambulance.
"SUAMI boleh tolong isteri ya. Bantu ampu bahu isteri supaya isteri boleh mendekatkan dagu di dada ketika meneran. Ingatkan isteri jangan angkat punggung ya, kita tidak mahu terjadi koyakan besar" kata nurse di bilik Labour Room itu.
"Okay puan. Bukaan dah hampir sepuluh. Bila-bila masa kalau rasa nak meneran dah boleh teran ya" kata doctor Irna yang mengendalikan kes rawatan Aleeya.
"Sayang ready ya. InsyaAllah semua akan baik-baik. Teruskan berzikir ya. Abang tahu sayang boleh. Abang disini, abang cuba bantu apa yang boleh" kata Akhtar walaupun dia tidak tertahan melihat keadaan Aleeya yang menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat mereka.
Aleeya hanya mengangguk dan berusaha mengawal pernafasannya kerana rasa sakit yang dirasakan ketika itu.
"Okay puan. Kalau rasa macam nak buang air besar puan boleh teran ya" kata doctor Irna.
Aleeya meneran sebaik rasa seperti mahu membuang air besar. Akhtar bantu ampu bahu Aleeya supaya mudah untuk Aleeya meneran.
"Okay good..jangan lupa bernafas ya. 1, 2, push...lagi...saya dah nampak kepala baby..good ibu.." kata doctor Irna lagi memberikan bantuan dan sokongan.
"Sayang boleh..push lagi sayang" kata Akhtar pula. Aleeya masih berusaha mengawal rasa sakit dan meneran dengan cara yang betul dengan bantuan Akhtar dan doctor.
"Okay..kepala baby dah keluar. Kita nak lepaskan bahu dia pula ya..1, 2, push.." arah doctor Irna lagi.
Aleeya hanya mengikut arahan dan panduan doctor.
"Alhamdulillah...Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar. It's a boy, ayah tengok ni jantina anak, ibu tengok ni anak ibu. Boy ya" kata doctor Irna sebaik baby selamat keluar.
"Alhamdulillah. Allahu Akbar.." kata Akhtar.
Bayi diletakkan di atas dada Aleeya sebaik nurse membersihkannya sedikit. Aleeya memeluk anaknya. Air matanya laju mengalir, gembira melihat bayinya.
"Ayah, boleh azankan sementara saya nak keluarkan placenta bayi. Lepas ni ayah boleh potong tali pusat bayi ya" kata doctor Irna sambil tangkas melakukan tugasnya.
Akhtar azan dan iqamat pada telinga bayi pertama yang selamat dilahirkan Aleeya. Tangisannya terhenti seketika apabila mendengar suara Akhtar.
"Kita nak scan sekejap ya nak tengok kedudukan seorang lagi bayi" kata doctor Irna sebaik bayi lelaki mereka diambil nurse untuk dibersihkan dan diuruskan hal lainnya.
"Saya kencing" kata Aleeya tiba-tiba.
"Eh, dah pecah air ketuban awak. Nurse get ready" terkejut doctor Irna, lalu mengarahkan nurse yang bertugas supaya bersedia. Dia memeriksa kedudukan kepala baby.
"Dah nampak kepala dia. Ibu rasa nak meneran terus teran ya. Sama juga macam tadi. Ayah boleh bantu ibu" kata doctor Irna.
Beberapa minit berlalu dan beberapa kali usaha Aleeya meneran. Lahir seorang lagi zuriat mereka.
"Alhamdulillah. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar. It's a girl. Ayah tengok ni jantina anak, ibu baby girl ya" kata doctor Irna.
Akhtar mengucapkan syukur kerana bayi mereka selamat dilahirkan. Sekali lagi dia menjalankan tugasnya sebagai bapa untuk azan dan iqamat pada anaknya.
"Ibu luka ibu 1st degree ya. Pandai ibu teran baby. Saya nak mula menjahit ya. Ibu ada rasa nak pitam? Atau ibu dahaga nak minum?" soal doctor Irna prihatin.
"Saya okay. Cuma kaki saya menggigil tak boleh nak kawal" kata Aleeya yang dalam keadaan letih.
"Nurse boleh bagi patient air. Dah siap dah?" kata doctor Irna pada nurse yang bertugas.
"Dah doctor. Suami boleh bantu isteri minum ya" kata nurse lalu menyerahkan secawan air coklat suam pada Akhtar.
"Minum sayang" Akhtar sua air coklat pada Aleeya.
"Kaki ibu shaking macam ni normal ya lepas bersalin sebab ibu menggunakan otot-otot di kawasan kaki dan bahagian lain yang terlibat semasa process melahirkan tadi. Ibu tarik nafas hembus ya. Bertenang, semua dah selesai dah cuma tinggal process menjahit dan kita nak keluarkan darah beku. Jika tidak nanti ibu akan alami 'after pains' atau bahasa kita, rengat yang buatkan ibu jadi sakit dan tak selesa" jelas doctor Irna.
"Abang ada. Abang teman sayang. Sayang kuat" Akhtar kucup lembut dahi Aleeya.
Setelah selesai segala process, Aleeya akan dipindahkan ke bilik wad perseorangan yang disediakan.
"Good job ayah, teman ibu sampai selesai. Tahniah dapat baby kembar sepasang. Ayah boleh tunggu di bilik ward ya. Nanti nurse akan tolak ibu ke bilik ward selepas selesai siapkan ibu. Baby boy beratnya 3.2kg, baby girl 3.1kg nanti doctor pediatrician akan jelaskan keadaan baby. Saya akan jumpa ibu esok ya. Biasanya jika tiada masalah dalam 24jam. Ibu boleh discharge" jelas doctor Irna.
"Baik doctor. Terima kasih" jawab Akhtar.
"Abang tunggu sayang di bilik ward ya" kata Akhtar pada Aleeya.
"Okay" jawab Aleeya sepatah. Dia rasa sangat keletihan.
"MACAM mana?" tanya puan Aliah yang sudah menanti di bilik ward Aleeya.
"Alhamdulillah. Semuanya dalam keadaan baik. Sekejap lagi nurse akan tolak Bunga ke sini. Baby pun nurse akan hantar sekejap lagi lepas siap" jelas Akhtar.
"Alhamdulillah.." jawab ahli keluarga Aleeya dan Akhtar serentak, sejak awal mereka menanti di bilik ward Aleeya. Begitu juga dengan Azlina dan Azizah.
"Tahniah, dah jadi ayah" kata Eidlan pada Akhtar.
"Terima kasih abang" jawab Akhtar.
"Baby apa? Dari haritu lagi tanya. Tapi Bunga asyik la kata surprise" kata Eryna pula.
"Assalamualaikum, saya hantar ibu" kata salah seorang nurse yang bertugas.
"Wa'alaikumsalam" jawab semua serentak.
"Bunga okay?" soal puan Aliah prihatin.
"Okay ibu. Letih je" jawab Aleeya.
"Alhamdulillah. Tahniah dah jadi ibu. Lepas ni tak boleh merajuk lagi" Manja mengusik Bunga.
"Tak sabar nak jumpa dengan kembar. Boleh geng dengan kita orang yang kembar ni" kata Azlina pula.
"Mana baby? Emir tak sabar nak tengok" kata adiknya.
"Sekejap lagi baby sampai" jawab Aleeya.
Tidak lama, pintu ward biliknya dibuka.
"Assalamualaikum. Baby dah sampai" kata seorang nurse yang mengendalikan bayi kembar mereka.
"Yang ni boy" kata nurse itu.
"Yang ni girl" kata seorang lagi rakannya yang sama-sama bertugas.
"Alhamdulillah. Sepasang" serentak mereka mengucapkan syukur. Masing-masing berebut mahu memegang si comel berdua itu.
"Alhamdulillah dapat cucu kembar sepasang kita" kata puan Aliah gembira.
"Alhamdulillah" jawab puan Nuraini dan encik Usaid Akram serentak.
Aleeya senyum melihat reaksi semua, dalam masa yang sama dia juga sebak dan terharu dengan ahli keluarganya yang setia menanti dia dan anak-anaknya disitu.
"Terima kasih sayang. Besar pengorbanan sayang untuk abang" bisik Akhtar pada Aleeya.
Aleeya hanya mampu tersenyum manis bersama air mata bahagia. Akhtar lap air mata isterinya.
"Allah ambil satu, tapi digantikan dua untuk kami" kata Akhtar pada mereka.
"Hikmah disebalik ujian-Nya" kata encik Usaid Akram pada anaknya.
"Sebenarnya. Kami pun tak pasti baby apa haritu, setiap kali checkup baby menyorok. Bila Bunga dah selamat melahirkan baru kami tahu jantina baby" jelas Akhtar.
"Dah azan dan iqamat kan?" tanya encik Usaid Akram.
"Dah abi" jawab Akhtar.
"Dah ada nama?" tanya puan Aliah.
"InsyaAllah, dah ibu. Uzzam Ahnaf. Eshal Ayesha" jawab Akhtar.
"Alhamdulillah" serentak ahli keluarganya mengucapkan syukur.
Seronok puan Nuraini dan puan Aliah mengendong cucunya. Bergilir dipegang seorang demi seorang. Begitu juga ahli keluarga yang lain. Gembira meraikan kehadiran ahli keluarga yang baru.
"Terima kasih sayang. Perjalanan takdir cerita kita penuh dengan pelbagai rasa. Alhamdulillah, sempurna dan lengkap dengan kehadiran mereka. Arjuna cintakan Bunga" bisik Akhtar yang erat memeluk Aleeya disebelahnya.
"Takdir cerita kita hanya DIA yang mengetahuinya. Kerana takdir-Nya, Bunga disatukan bersama Arjuna. Terus bersama Bunga untuk sama-sama menjalaninya, kerana Bunga juga mencintai Arjuna" jawab Aleeya senyum bahagia.
-TAMAT-
Assalamualaikum. Hai readers. Terima kasih kerana sudi baca TAKDIR CERITA KITA. Terima kasih juga sudi menyokong Bunga. Untill next. Bye everyone. Lots of love. ♡
Share this novel