Bab 51

Romance Series 36633

"ALEEYA, awak ikut saya petang ni. Meeting dengan syarikat SK Beauty" kata Nazim padanya sebaik mereka bersurai untuk meeting mingguan.

"Bukan encik Nazim pergi dengan encik Darius dan team production ke?" tanya Aleeya pada Nazim.

"Betul. Dia orang ada. Tapi saya nak awak ikut sekali. Awak naik dengan saya. Pukul 2.30 petang kita gerak" kata Nazim padanya.

"Baik encik Nazim. Ada apa-apa lagi?" soal Aleeya pada bossnya itu.

"Tak ada. Thank you Aleeya" jawab Nazim yang memandang seketika padanya dengan senyuman kecil.

Aleeya terkaku. Segera kepalanya dianggukkan. Terus dia keluar dari bilik mesyuarat itu.

Murni yang memerhati hanya simpan senyum. Tahu Aleeya terkejut dengan cara bossnya itu, masakan tidak. Bossnya itu tidak pernah senyum dan beramah mesra dengan pekerja wanita.

Sebaik Aleeya keluar. Dia yang menanti Nazim meneliti fail-fail yang perlu ditanda tangan, segera bertanya.

"Boss nak ajak Aleeya dating eh?" usiknya.

"Awak ni Murni. Kalau tak kacau saya tak boleh ke?" tanya Nazim tanpa memandang Murni.

"Ye la. Selalu boss ajak saya. Ni boss ajak Aleeya, first time ni" kata Murni musykil.

"Apa salahnya saya bawa dia. Selalu awak je ikut. Ni fail-fail ni. Awak nak kena settle harini kan. Awak settle kan semua ni, saya bawa Aleeya harini" kata Nazim pada Murni.

"Ye la boss. Nanti kalau good progress inform la saya ya. Aleeya mesti tak akan cerita punya dengan saya" masih lagi Murni giat mengusik bossnya itu.

"Buat apa saya nak cerita dengan awak. Biarlah jadi rahsia antara kami" Nazim sengaja melayan usikan Murni.

"Haaa..kan betul. Mengaku pun boss" terletus juga ketawa dari Murni.

"Pandai awak spin eh" kata Nazim pada  Murni.

"Saya twist sikit je. Susah betul boss nak mengaku boss ada hati pada Aleeya" Murni masih mahu tahu.

"Siapa la saya ni. Macam langit dengan bumi saya dengan dia" kata Nazim merendah diri.

"Eh. Boss tak ada la jahat mana. Cuma kena dekatkan diri lebih sikit dengan Pencipta. Tapi saya perasan, boss dah mula ke arah tu. Sikap boss dah mula berubah sikit, saya sokong boss" Murni sedar akan perubahan Nazim itu.

"Selama ni saya tak baik la?" sengaja dia bertanya begitu.

"Bukan la macam tu, boss baik je. Cuma bab yang tu memang kurang sikit la. Then silap sikit je nak marah, tak pun terus mengamuk, tu la yang tak best. Tapi bila boss dah mula ke arah jalan yang benar ni, sikap boss pun sikit sebanyak berubah. Boss lebih cool, chill sikit" jujur Murni pada Nazim.

"Saya sedar khilaf saya. Thank you Murni. Sabar dengan kerenah saya yang macam-macam. Nasib baik awak tak letak jawatan, kalau tak. Tak tahu la mana saya nak dapat PA yang boleh kekal bersabar dengan kerenah saya" kata Nazim pada Murni.

"Tulah boss, nasib baik saya penyabar. Boss tak nak belanja saya makan-makan ke, handbag mahal ke, pakej percutian ke. Sempena kesabaran saya melayan kerenah boss" seronok Murni mengusik bossnya itu.

"Boleh...boleh..tapi saya kena jadi menantu la kalau nak semua tu" balas Nazim yang turut seronok mengusik Murni.

"Ceh. Lambat lagi. Tak nak saya ada menantu kepala angin macam boss" kata balas Murni.

"Kutuk saya ya. Saya pun tak boleh bayangkan kalau saya jadi menantu kamu. Mesti asyik kena bagi hadiah je" Nazim masih melayan usikan Murni.

"Hahaha. Nasib la siapa jadi menantu saya nanti" jawab Murni.

"Dah, dah. Sambung buat kerja cepat" Nazim kembali serious dalam urusan kerjanya.

"Baik boss" jawab Murni.

LEYLA memandang sepi handphone miliknya. Tiada satu pun balasan dari beribu pesanan yang dihantarnya kepada Akhtar.

Call langsung tidak bersambung. Apa lagi video call. Habis daya dia berusaha untuk mendekati Akhtar. Namun seperti semua sia-sia.

"Macam mana lagi perlu aku buat untuk kau pandang kewujudan aku dan keikhlasan aku ni Akhtar?" luahnya sendirian.

Bertahun dia menanti. Hanya ummi dan abi Akhtar yang sentiasa bertanya keadaan  dirinya. Pertunangan yang berlangsung dahulu juga tidak dihadiri Akhtar. Malah tiada sepatah kata pun dari lelaki itu.

"Tak kan dia masih berhubung dengan gadis tu. Tapi gadis tu dah berjanji tak akan mengganggu dan mendekati Akhtar lagi. Dia dah janji pada aku" katanya sendirian. Terkenang peristiwa ketika dia dengan beraninya menemui gadis itu dahulu.

Dia menanti di cafe kolej untuk menemui gadis itu. Memerhatikan suasana sekeliling yang berbagai ragam.

"Assalamualaikum. Maaf lambat, lama awak tunggu saya?" soal Aleeya pada Leyla.

"Wa'alaikumsalam. Tak lama pun" jawab Leyla.

"Ada apa ya awak nak jumpa saya?" tanya Aleeya padanya.

"Boleh kita bincang sikit? Saya rasa awak perlu tahu hal ni. Penting untuk hidup saya dan awak" Leyla memulakan bicara.

"Boleh. Saya kebetulan free ni, mujur awak datang ni saya tak ada class. Bincang tentang apa tu?" Aleeya terkejut dengan kehadiran gadis itu di kolejnya. Namun masih dia memenuhi permintaan gadis itu ingin berjumpa dengannya.

Leyla bernasib baik, apa bila dia menegur sekumpulan gadis bertanya tentang Aleeya dan menyatakan hasrat untuk bertemu gadis itu. Kebetulan yang berpihak padanya, kumpulan gadis itu merupakan rakan sekuliah Aleeya. Mereka menawarkan diri untuk menghubungi Aleeya, dan menunjukkan tempat yang sesuai untuk bertemu Aleeya.

"Maaf saya datang mengejut. Saya pun mencuba nasib je ni nak jumpa dengan awak. Tentang saya, awak dan abang Akhtar" jawab Leyla.

Aleeya sedikit tergamam dengan apa yang di dengarinya. Namun dia sememangnya bijak menyembunyikan rasa.

"Oh. Okay. Berkaitan apa tu ya?" soal Aleeya berterus terang.

"Dua minggu lagi saya dan Akhtar akan bertunang. Saya datang ni, nak minta awak undur diri sebelum kita bertiga sama-sama terluka" Leyla terus menyatakan perkara yang ingin dibincangkan bersama.

"Oh. Okay. Tapi maaf saya cakap. Akhtar tak ada pun bagitahu saya apa-apa tentang hal ni" terasa sempit di dada namun masih dipendam dan dikawal Aleeya.

"Ya. Sebab ini perancangan ummi dan abinya berasama ibu bapa saya, dan saya sendiri bersetuju dengan pertunangan yang akan berlangsung nanti. Saya dah dirisik oleh ummi dan abinya ketika syawal yang lalu" Leyla berterus terang.

"So, apa yang saya perlu buat sekarang pada pendapat awak, adalah dengan saya mengundurkan diri dan berhenti berkawan dengan Akhtar? Macam tu?" Aleeya masih tersenyum dalam bicaranya.

"Ya. Saya tahu dia suka awak. Tapi bila awak menolak dia, saya pasti dia akan akur pada keputusan family kami" Leyla mengharap.

"Maaf saya cakap. Kami hanya berkawan. Tak ada sebarang hubungan istimewa. Penerimaan dia tentang isu pertunangan yang awak cakap ni, itu semua keputusan dia. Jika dengan keadaan saya mengelakkan diri dari dia, dan menjauhi dia buatkan awak rasa selamat dan lega. Saya cuba" jawab Aleeya padanya.

"Saya tahu awak akan faham apa yang saya nak sampaikan ni. Majlis pertunangan akan berlangsung seperti yang dirancang. Saya yakin, awak juga tahu hal berkaitan hukum hakam ni" tambah Leyla lagi.

"Tahu. InsyaAllah, dengan didikan ilmu yang keluarga saya beri. Saya faham apa yang awak cuba sampaikan ni" jawab Aleeya lagi.

"Saya harap awak boleh janji" Leyla mengharap gadis itu betul-betul menunaikan permintaannya.

"InsyaAllah. Saya janji, awak dan dia bertunang. Saya tak akan beri sedikit pun ruang untuk kami berkawan" jawab Aleeya tenang.

"Terima kasih Aleeya" Leyla bersara lapang dada mendengar kata-kata Aleeya.

"SAYANG buat apa?" tanya Eidlan sebaik panggilan dijawab.

"Bouquet customer order untuk esok. Ada apa abang?" Aleeya bertanya.

"Baru nak ajak dating esok. Nampak macam busy je" keluh Eidlan.

"Ala. Esok nak dating dengan kembar. Tapi boleh je if u don't mind, join sekali" jawab Aleeya.

"Eh. Habis bouquet customer siapa hantar?" tanya Eidlan.

"Budak runner la. Macam biasa diaorang pickup dalam chiller box depan rumah nanti. So, nak join ke tak esok ni?" tanya Aleeya padanya.

"Pukul berapa? Abang pickup Bunga" jawab Eidlan pantas.

"Cun, pukul 10 ambil Bunga. Kita terus ke Mid Valley, kita orang plan jumpa kat sana je" jawab Aleeya.

"Okay. Esok abang datang awal sikit kita pergi breakfast dulu" Eidlan memberikan arahan.

"You are the boss" jawab  Aleeya.

"Sayang, Akhtar ada call or massage?" tanya Eidlan berhati-hati.

"Abang. Abang tahu kan dia dah jadi tunang orang. Plus kita tahu pun dari orang lain. Jadi no point pun dia cari Bunga. Call or massage, dah tak penting pun. Bunga tak nak jadi perampas atau penghancur hubungan orang. Berdosa" jawab Aleeya.

"Okay. I'm sorry. Sayang sambung la buat kerja. Kita jumpa esok okay. Good night. Assalamualaikum" Eidlan menutup bicara. Dia tahu adiknya terluka, tapi gadis itu sendiri tidak mahu berbicara hal tersebut. Aleeya juga tidak mahu ambil tahu keadaan sebenar disebalik perkara yang berlaku.

"It's okay. See you tomorrow. Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya dan menamatkan panggilan.

Termenung seketika dia bila hatinya terusik dengan pertanyaan dari abangnya. Ya, dia berusaha sembunyikan luka di jiwanya. Dia berusaha melupakan semuanya. Namun dia tetap seorang wanita biasa.

"Entah kenapa, engkau sendiri tidak pernah berusaha untuk menerangkan segalanya sebelum pertunangan itu berlaku. Aku menanti penjelasan dari kau Arjuna. Aku menunggu sehingga tiba detik pertunangan itu berlangsung. Kebisuan yang engkau pilih. Aku masih sabar menunggu sehingga tiba saatnya engkau pergi, namun masih juga begitu. Kau memilih untuk membisu dan membiarkan aku dengan penuh persoalan dan tanda tanya. Aku memilih untuk berhenti menanti, kerana aku tidak mahu menjadi punca untuk permasalahan akan datang" keluh Aleeya sendirian bersama air mata yang tanpa izinnya luruh sendiri.

Sekian lama dia cuba melupakan, namun masih segar terpahat kenangan mereka bersama. Dan dia hanya mampu memendam segala rasa yang ada. Sendiri, nyata tersimpan rapi segala rasa luka, kecewa dan dikhianati itu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience