"ALEEYA tolong hantarkan fail ni ke hospital. Boss kena sign. Urgent" kata Murni pada Aleeya yang sedang melakukan tugas di cubiclenya.
"Kak dah bagitahu boss, fail ni urgent? Bila boss boleh discharge kak?" soal Aleeya pada Murni kembali.
"Dah, akak dah inform dia. Esok or lusa discharge dah. Tapi akak nak pesan ni, mood dia memang tak baik. Sejak dia sedar, mood dia memang akan jadi taufan, ribut, petir semua lah" kata Murni.
"Pulak. Okay lah kalau macam tu. Saya pergi sekarang lah. Kerja saya pun dah siap ni. Akak ada nak pesan apa-apa ke selain dari fail nak kena sign ni?" tanya Aleeya sambil mengemas meja lalu mencapai handbagnya.
"Tak ada lah kot. Nanti lepas sign document Aleeya balik office semula ya. Akak nak settle everything petang ni lah. Esok pagi relax sikit tak terkejar" pesan Murni.
"Mesti lah kak, Aleeya keluar ni semata-mata nak hantar fail ni untuk boss sign je. Kot la akak ada nak pesan makan ke air ke. Tu yang Aleeya tanya" jawab Aleeya.
"Eh, boleh la. Beli lah apa-apa untuk kita ngap sama-sama. Suami akak pun lambat sikit ambil akak harini. Boleh la akak settle apa yang patut sementara tunggu dia" tersengih Murni pada Aleeya.
"Alright. Aleeya gerak sekarang" kata Aleeya dan berlalu keluar dari pejabat.
"TENANG, kau macam ni masalah tak selesai tau" kata Darius pada Nazim.
"Aku nak tenang macam mana. Aku tengok tau video yang Murni rakam tu. Selama ni aku yang bodoh tak percaya semua nasihat kau dengan kawan-kawan yang lain. Beberapa Kali juga aku nampak depan mata sendiri tapi aku bodoh percaya pada dia lagi, bagi lagi peluang" luah Nazim kesal.
"Aku dengan yang lain bagi hint kat kau supaya kau selidik sendiri. Cari tahu betul ke kata kawan-kawan yang kau dengar. Tapi kau tak endah. Kau lebih percayakan Sara. Kita orang tak nak keruhkan keadaan sebab kau kawan kita orang. Bagi kita orang kalau Sara tu kebahagiaan kau, kita orang ikut je. Tapi tak sangka sampai macam tu sekali perbuatan dia" kata Darius padanya.
"Aku tak kesah dia lepak club, menari apa semua. Setakat kenal dengan lelaki-lelaki just for fun aku boleh terima. Aku tahu dia nak perhatian sebab aku terlalu busy. Tapi bila dia serahkan segalanya. Dah macam pelacur, tinggal apa untuk aku. Aku pun tak pernah sentuh dia" marah Nazim.
"Entah lah bro. Aku pun tak sangka sampai tahap macam tu. Terkejut juga aku bila kau bagitahu" Darius sendiri tidak menjangkakan Kaisara sudah hanyut terlalu jauh.
"Kau terkejut, apa lagi aku yang hadap" kata Nazim geram.
"Siapa lagi yang tahu hal ni?" soal Darius.
"Cuma Murni dan Aleeya. Itu pun tak sengaja mereka ternampak dan terdengar" kata Nazim lagi.
"Aleeya? Macam mana Murni dan Aleeya ada bersama?" menjadi tanda tanya pada Darius.
"Diaorang meeting, untuk majlis yang papa minta aku urus dekat hotel tu. Kebetulan Murni nampak Sara, dia follow. Hari tu aku cari dia nak bawa beli cincin tapi tak jumpa, aku pergi rumah dia orang gaji kata dia tak balik. Aku cari dia kat apartment pun tak ada. Aku ingat aku nak propose dia masa akhir majlis tu nanti, bila jadi macam ni aku tak tahu apa yang aku perlu buat" luah Nazim lagi.
"Kau accident ni pun pasal dia lah? Hampir patah tangan, kepala berjahit. Mujur tak ada yang serious. Papa dan mama kau, punya la risau. Kau dah la satu-satunya anak diaorang. Lain kali jangan buat macam tu lagi" sangkaan Darius tepat mengena tentang kemalangan yang menimpa sahabatnya itu.
Nazim diam membisu. Merenung keluar tingkap bilik wardnya. Kerana permintaan bapanya dia dipindahkan ke hospital swasta dari HKL. Handphonenya yang berkali-kali berbunyi masih dibiarkan tanpa rasa mahu menjawab melihatkan nama pemanggil di paparan screen.
"Tu, tak nak jawab ke? Banyak kali dah tu bunyi" tegur Darius.
Nazim merenggus geram. Rasa amarahnya membuak. Semua kerana terkenangkan peristiwa yang dilihat di hadapan matanya dan juga video yang ditunjukkan oleh Murni sehari yang lalu.
ALEEYA tiba di hospital setelah jam hampir ke angka 3.45 petang. Segera dia bergegas mendapatkan lift setelah tiba di lobi hospital. Button tingkat ward bossnya di tekan. Dan lift bergerak menuju ke tingkat ward yang menempatkan Nazim.
Setelah tiba, nombor bilik ward dicari. Dia menghampiri pintu bilik ward. Berbismillah sebelum tangan menolak pintu bilik itu. Sebaik pintu di buka. Dia terkejut dan terkedu menerima balingan tepat ke arahnya, mujur juga fail di pegangan menjadi penghalang dari dirinya menjadi sasaran.
Dua pasangan mata memandang ke arahnya. Darius terkedu. Nazim terkelu. Aleeya, hanya pamer wajah tanpa reaksi walaupun dia juga terkejut dengan situasi itu.
"Aleeya, are you okay?" soal Darius padanya.
Aleeya menunduk mengambil kotak cincin yang menjadi peluru terbang padanya tadi.
"Saya okay" jawabnya selamba.
"Ada apa Aleeya datang sini?" soal Darius lagi.
"Oh. Ni, saya nak minta sign encik Nazim. Urgent. Kak Murni minta saya tolong dapatkan sign encik Nazim. Tak sangka encik Darius pun ada kat sini juga" jawab Aleeya sambil menunjukkan fail di tangannya.
"Saya pun datang untuk dapatkan sign encik Nazim juga, sekali melawat dia disini" kata Darius pada gadis itu.
"Ni fail yang encik Nazim kena sign" hulur Aleeya fail di tangannya pada Nazim.
"Sorry. Thank you" kata Nazim senada.
"Sorry juga if apa saya cakap ni buat encik rasa terpukul, tersentap, terasa. Tapi encik kena sedar dengan realiti keadaan sekarang" kata Aleeya sambil meletakkan kotak cincin di meja sisi katil Nazim.
"Kesian cincin ni tak bersalah. Kalau tak nak jual semula, ada juga nilai pada orang lain. Kalau baling, rosak dah tak ada nilai. Bila barang tak bernilai siapa yang nak? Tak ada kan?" kata Aleeya selamba. Habis sabarnya dengan sikap baran bossnya itu. Mujur sempat menepis, kalau tidak pasti benjol dahinya. Terima kasih pada gerak hatinya tadi.
"Soalan saya ni akan buat encik berfikir dengan waras. Mana satu pilihan yang encik akan buat jika di suruh memilih? Bunga ros berduri yang cantik di jaga rapi dari serangga perosak? Atau bunga ros cantik yang tidak berduri dihurung oleh serangga perosak?" soal Bunga memandang tepat ke arah Nazim.
Terkedu dan terkelu Nazim dengan soalan yang ditanya padanya. Darius pula tertarik dengan bicara Aleeya.
"Jika Allah S.W.T ingin menunjukkan kekuasaaannya. Sedetik pun kita tak akan terjangka. Pernah tak encik berfikir, mungkin Allah nak selamatkan encik dari membuat keputusan yang salah dan akan encik sesali seumur hidup encik? Ni, mencederakan diri sendiri dan orang lain. Adalah salah satu tanda manusia tu kufur nikmat. Nyawa kita ni satu je, sekali melayang tak akan ada gantinya. Bersyukurlah, berterima kasih lah dengan Allah kerana masih beri encik peluang untuk meneruskan sisa hidup yang berbaki sampai entah bila. Kalau kita jauh dengan Allah, macam mana kita nak nampak ujian Allah itu indah sebenarnya? Kerana Dia masih memerhatikan kita, dan menyanyangi kita, dia berikan ujian. Belajar untuk ikhlaskan setiap perkara yang jadi dalam hidup kita. Perancangan kita dan Dia tak sama, pasti ada sebab disebaliknya yang suatu masa kehadapan nanti kita akan menyedarinya. Saya harap sampai sini encik faham" Aleeya berhenti berkata-kata dan memandang ke arah dua lelaki di hadapannya itu.
"Kalau awak pula? Apa awak akan buat jika awak setia, namum dikhianati Aleeya?" soal Darius. Ingin benar dia mengetahui jawapan gadis itu.
"Saya akan tersenyum pada takdir saya. Kerana saya tahu, itu yang terbaik dari Dia. Sesetia mana pun kita, jangan sampai membatasi setia kita pada Yang Esa. Terluka? Pasti. Kecewa apatah lagi. Namun siapa kita untuk mempersoalkan qada dan qadar dari Allah? Tidak bersyukur kah kita pada DIA, yang menyelamatkan kita dari lebih jauh terluka dan kecewa sehingga membuatkan iman kita yang nipis, akan menjadi semakin nipis dengan mempersoalkan kenapa kita yang lalui semua tu. Sehingga kini, saya masih tersenyum pada takdir saya. Terluka, saya terima. Namun saya masih meneruskan hidup saya, seperti yang encik Darius nampak" jawab Aleeya, bibirnya tersenyum namun hambar.
Nazim terasa seperti ditampar pipinya, ada benarnya setiap bicara gadis itu. Darius seperti dapat menangkap bicara akhir gadis itu, Aleeya juga pernah terluka. Namun masih gadis itu kuat dan nampak bersahaja.
"Saya dah sign" hulur Nazim pada Aleeya fail di tangannya.
"Saya minta maaf, jika keterlanjuran bicara saya buat encik berdua terganggu. Jangan kerana salah orang lain, orang lain pula menjadi mangsa. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" Aleeya tidak menunggu dan terus berlalu keluar dari bilik itu.
"Kau fikirlah apa yang Aleeya cakap tu. Aku setuju dengan apa yang dia cakap. Mungkin sekarang Tuhan memang nak selamatkan kau, dari kau buat silap yang kau sendiri akan menyesal nanti" nasihat Darius pula.
Nazim diam membisu. Masih berfikir tentang kata-kata Aleeya dan Darius.
"Aku balik office dulu. Apa-apa hal call aku. Aku sentiasa ada untuk kau bro" Darius menepuk perlahan bahu kanan Nazim.
"Thanks bro" jawab Nazim.
MALAM itu, Nazim tidak dapat melelapkan matanya. Masih berfikir akan kebenaran kata-kata Aleeya.
"Mungkin sudah tiba masa untuk aku berbalik semula pada DIA" katanya perlahan.
Dia sendiri sudah merasakan dirinya terlalu jauh dengan penciptanya. Solatnya entah berapa lama dia tinggalkan, jika ada pun ikut rasa rajinnya. Maksiat menjadi temannya. Namun masih Allah memberikan dia kejayaan demi kejayaan. Lalai dia dengan kehidupan dan nikmat sementara dunia. Leka dia dengan pujian dan keraian yang sering diterimanya.
Handphone miliknya dicapai. Number Aleeya dicari. Laju jemari menaip mesej untuk dihantarkan pada Aleeya. Gadis biasa, yang menyedarkan dia dengan cara yang paling biasa dan bersahaja.
++
Saya pilih bunga ros yang cantik berduri terhindar dari serangga. Terima kasih kerana menyedarkan saya. -Nazim-
Mesej dihantar. Dia mula berlapang dada menerima takdir cerita hidupnya.
Aleeya yang sedang menyiapkan bouquet flowers untuk customer. Melihat arah handphone yang berbunyi menandakan ada notifikasi WhatsApp.
Segera dia mencapai handphonenya kerana yang tertera adalah nama bossnya. Bimbang ada perkara yang urgent. Setelah di baca, dia tersenyum sedikit.
"Semoga boss berlapang dada menerima ujian dariNya" kata Aleeya sendirian.
Kemudian dia ligat menyiapkan tempahannya untuk customer esok. Dialah bos, dialah pekerja. Mujur ada student yang menjadi runner untuk hantarkan semua tempahannya esok. Berbagi rezeki lebih terasa nikmatnya pada dia.
SEAWAL jam 8 pagi Aleeya dan Murni memantau persiapan majlis yang akan berlangsung malam itu.
"Aleeya pakai baju apa malam ni?" soal Murni padanya.
"Baju biasa je kak, warna hitam. Malas nak fikir colour" jawab Aleeya sambil tersenyum.
"Akak pakai dress warna baby blue, tapi simple je lah" kata Murni pula.
"Akak mesti lah kena cantik-cantik. PA boss kan. Semua orang kenal" usik Aleeya.
"Pandailah Aleeya. Suka mengusik akak sekarang ya" bidas Murni.
Sedang mereka berbual-bual sambil memastikan semua seperti yang dirancang. Kelihatan dari jauh Nazim dan Darius yang baru tiba.
"Boss datang kak, dengan encik Darius" kata Aleeya menunjukkan ke arah lelaki berdua itu.
Nazim dan Darius yang datang untuk melihat persediaan majlis malam itu menghampiri Aleeya dan Murni.
"Boss" tegur Murni.
"How's everything?" soal Nazim.
"Good as planned before" jawab Murni.
"Aleeya" tegur Darius.
"Ya encik Darius" jawab Aleeya tanpa reaksi.
"Saja la tegur awak. Diam je dari tadi kami sampai" kata Darius.
"Tak ada apa nak cakap" jawab Aleeya.
"Malam ni awak datang kan?" soal Darius lagi.
"Mesti lah. Majlis pentingkan, semua staff wajib datang" jawab Aleeya lagi.
Sejak peristiwa di hospital tempoh hari. Nazim tidak berpeluang lagi menemui gadis itu secara peribadi untuk memohon maaf atas keterlanjuran sikapnya dan ingin berterima kasih pada gadis itu kerana menyedarkannya.
Nazim kerap memerhatikan Aleeya dalam diam sejak peristiwa itu. Mengagumi gadis biasa itu yang kelihatan bersahaja, namun sungguh terserlah kematangannya.
Mereka berempat meneruskan kerja dan memantau keadaan, demi memastikan majlis yang berlangsung malam itu akan berlangsung tanpa sebarang masalah.
"OKAY. Everything was well. Kita jumpa malam ni. Jam pun dah hampir ke 4 petang" kata Nazim.
"Alright. Boss jangan lewat tau. Yang lain semua kumpul jam 7.30 malam paling lewat. Lepas maghrib lah. Aleeya, akak tumpang balik naik Aleeya ya. Suami akak kata anak baru tido kesian pula nak angkat naik kereta" kata Murni.
"Boleh kak, jom lah" jawab Aleeya.
"Aleeya malam ni pakai baju warna apa?" soal Darius berani.
"Eleh, encik Darius nak matching la tu dengan Aleeya kan?" usik Murni.
Tersenyum sahaja Darius di usik begitu.
"Tak pasti lagi. InsyaAllah, yang bersesuaian untuk majlis formal" jawapan selamat Bunga berikan.
"Guest VVIP nanti, kamu yang handle ya Murni? VIP siapa handle?" tanya Nazim mengubah topic perbualan mereka.
"VVIP saya handle, VIP saya minta Aleeya handle. Mostly semua Aleeya kenal, mudah sikit kerja" jawab Murni.
"Alright. Aleeya if anything, boleh terus bagitahu saya ya. If u needs a hand just let me know" kata Nazim pada Aleeya.
"Baik encik Nazim. InsyaAllah" jawab Aleeya ringkas.
"Kami gerak dulu encik Nazim, encik Darius. InsyaAllah, jumpa malam nanti. Jom kak" Aleeya minta diri dan mengajak Murni untuk mengikutinya.
"APA khabar kau Bunga. Angin rindu sering menyapa jiwa. Aku sampaikan pada DIA untuk uruskan semuanya" luah Akhtar sewaktu berjalan melewati kawasan mendekati rumah sewanya.
Handphone di ambil. Nama seseorang dicari. Laju jemari menari membentuk ayat. Kemudian pesanan di hantar.
++
Assalamualaikum. Abang sihat? Bunga macam mana keadaan dia? -Akhtar-
++
Wa'alaikumsalam. Abang sihat. Bunga masih begitu keadaannya. Busy kan diri dengan kerja. Masih tidak mahu berbicara tentang hal kamu berdua. Akhtar ada cuba hubungi dia? Jelaskan keadaan sebenarnya? -Eidlan-
++
Pernah cuba, tapi dia matikan call Akhtar. Mungkin masih marah, atau dia tidak mahu diganggu. Tak apa lah. Tak lama lagi Akhtar pun nak balik Malaysia. InsyaAllah, Akhtar balik nanti Akhtar jumpa dia dan jelaskan semuanya. -Akhtar-
++
Dia pernah luahkan pada abang yang dia tak selesa Akhtar tahu number baru dia. Mungkin dia memang nak mengelakkan diri dari kamu. Kamu nak balik dah? Kalau macam tu baguslah. Abang ada juga cuba nak bercakap hal kamu dengan dia. Tapi dia mengelak. Jaga diri. Semoga semuanya dipermudahkan. -Eidlan-
++
InsyaAllah, dalam beberapa bulan lagi. Bergantung pada keadaan. Thanks abang. InsyaAllah. Sampai kita direzekikan untuk berjumpa nanti. Assalamualaikum. -Akhtar-
++
InsyaAllah. Wa'alaikumsalam. -Eidlan-
"Aku masih berpegang pada janji Bunga. Aku mohon engkau juga masih sama-sama bertahan seperti aku" Akhtar membuang pandang ke arah langit yang membiru indah, sambil berbisik pada dirinya.
"WOW!!! So stunning. Cantiknya Aleeya. Hitam pun sesuai dengan Aleeya" usik Murni.
Aleeya yang baru sampai. Hanya tersenyum nipis di puji begitu.
"Mana adalah kak. Akak lagi cantik tau. Aleeya lambat ke kak?" tanya Aleeya sambil memerhatikan sekeliling.
"Tak lah. Dia orang tak sampai lagi. Akak pun baru sampai. Ni Aleeya boleh solat tak? Akak dah siap-siap ambil wuduk tadi. Akak nak lari ke surau jap. Nak maghrib dah ni. Ada juga staff yang dah ada di surau tadi" kata Murni padanya.
"Aleeya 'ABC' kak. Tak apa lah, akak pergi solat Aleeya take over" jawab Aleeya.
"Okay. Anything call tau" pesan Murni.
Aleeya hanya mengangguk kepalanya tanda memahami. Sebaik Murni berlalu. Dia memerhatikan sekeliling. Ada juga rakan dari department berlainan yang sudah tiba dan mengambil tempat.
Ada yang sedang menjalankan tugas masing-masing. Ada juga yang hanya menanti di table yang telah disediakan kerana tiada tugasan penting pada majlis tersebut.
"Aleeya" tegur Darius dari sisi kirinya.
"Eh. Encik Darius. Maaf saya tak perasan" Aleeya sedikit menjauhkan dirinya. Kurang selesa bila Darius berdiri agak rapat dengannya.
"Cantik Aleeya malam ni. Murni mana?" sempat dia memuji gadis itu sebelum bertanya keberadaan Murni.
"Kak Murni solat sekejap" jawab Aleeya.
Darius sukar untuk mengalihkan pandangan matanya dari gadis itu. Walaupun gaya yang ringkas namun masih tetap kelihatan cantik.
"Ruginya saya tak pakai warna hitam malam ni. Kalau tak boleh jadi pasangan awak. Ambil gambar dengan saya nanti" kata Darius padanya.
"Nanti kita ambil gambar ramai-ramai" jawapan selamat dari Aleeya.
Mana pernah bagi seorang Eshal Aleeya bergambar berdua dengan lelaki asing selain si dia. Itu pun semestinya dengan izin ahli keluarga.
"Encik Darius dah sampai. Elok lah tu. Boleh assist Aleeya untuk sambut VIP. Saya pun dah ready nak sambut VVIP ni" tegur Murni. Sengaja dia cuba memadankan Aleeya dengan Darius.
"Eh. Tak apa lah kak. Bukan ramai pun, VIP 15 guests je. VVIP akak lagi ramai, better encik Darius tolong akak" tolak Aleeya sopan pada Murni.
Terus Aleeya berlalu meninggalkan Murni dan Darius di situ. Belum sempat Murni mahupun Darius bersuara.
"Nasib badan la Kak. Kena reject cara paling sopan pula tu" keluh Darius.
"Hahaha. Relax la. Bunga bukan sekuntum. Banyak je lagi tu yang menanti, encik Darius je kena pilih" usik Murni lagi sambil menunjukkan arah rakan sekerja yang masih anak dara.
"EH! Hello! I'm with my dad and my mom. So basically i should seat with them on VVIP table" nyaring suara Kaisara berbicara.
"I'm sorry, but the invitation card already mentioned it's Dato' and Datin only. Others guests VVIP also get the same information about the invitation. Plus, Miss Kaisara didn't respond us about your confirmation as if you're joining this event tonight" terang Murni secara sopan.
Aleeya hanya memerhatikan kekecohan itu. Dia tiada hak untuk mencampuri urusan sebegitu. Mujur semua tetamu VIP yang perlu diiringi sudah mengambil tempat. Bersyukur dia tidak perlu mengahadapi kekecohan seperti Murni.
"What's going on?" tanya Nazim pada Murni kerana dia dimaklumkan kekecohan itu oleh Darius.
"Miss Kaisara minta untuk duduk dia meja VVIP. Tapi semua meja dah full. Lagipun invitation yang kita hantar pada dia, tak terima sebarang jawapan dari pihak dia. Meja VIP pun dah full" terang Murni.
"Oh! I see. So? You tunggu apa lagi? Balik lah. Yang datang majlis ni semua atas invitation" selamba Nazim menempelak begitu.
"You! I ni kan your future wife. Mana boleh i tak join this event. You jangan bergurau kasar macam ni dengan i" kata Kaisara dengan nada merengek.
"Excuse me. We are over. Don't you remember? There is nothing between us anymore" kata-kata Nazim seperti tamparan hebat buat Kaisara.
"You! Jangan la bergurau macam ni. Depan staff you lagi, malu la i" kata Kaisara masih cuba menutup malu.
"I'm not interested to make any jokes. So please, leave!" kata Nazim tegas.
"You!!! No! I won't leave. I will tell your dad" Kaisara berlalu masuk ke dalam dewan untuk menemui bapa Nazim tanpa sempat dihalang.
"Gila punya perempuan" kata Darius.
"Macam mana ni boss? Kecoh la nanti" bimbang sahaja nada suara Murni.
Aleeya menghampiri Murni.
"Kak, Aleeya dah settle. Aleeya duduk table kita dulu ya" kata Aleeya pada Murni.
"Okay. Nanti akak datang. Ada hal nak settle dulu ni" kata Murni padanya.
Nazim yang sedari awal memerhati Aleeya dari jauh. Entah kenapa pandangan matanya asyik tertancap pada gadis itu malam ini. Cantik, anggun dan beradab. Sungguh manis. Itu yang dia rasakan pada gadis itu.Â
"Nazim, what is going on?" soal bapanya.
"There's no seat for people are not invited, and not responded on our invitation pa. Full for VVIP and VIP also" jawab Nazim ringkas.
"Hurm. I'm sorry Kaisara. There's nothing can uncle do. If you don't mind. Take a seat on any table if able to seat" pujuk Dato' Seri Nazhan.
"Tapi uncle, Kaisara tahu malam ni Nazim nak lamar Kaisara, sebab tu Kaisara datang tanpa invitation" tanpa malu Kaisara bersuara.
"It's true Nazim?" semakin pening Dato' Seri Nazhan dengan drama Kaisar dan anaknya.
"Nope! There's no reason for me to do that. Lagipun kami dah breakup. Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi" tegas Nazim.
"Tipu! PA i bagitahu, PA you call dia untuk tanya size jari i untuk you beli ring for me. What else if not for propose me!" bentak Kaisara.
"I'm sorry pa. But nope! I've no plan for do that. Sebab antara kami dah tak ada apa-apa. Lagipun dia sekarang bersama dengan anak ke dua Ahmed Saqeef Haq dari Haq Empire Bhd" terang Nazim tegas.
Malu Kaisara rasakan waktu itu. Dato' Seri Nazhan juga tahu hal itu apabila ada rakannya yang bercerita tentang gossip itu sewaktu bermain golf bersama.
"Okay. Look. Uncle perlu ke dalam. This is our event. Kaisara duduk mana-mana meja yang ada kosong ya. Nazim, let's get inside. Lewat dah ni" kata Dato' Seri Nazhan.
Darius segera mengajak Murni untuk berlalu ke meja yang sedia ada untuk mereka. Kaisara sengaja ditinggalkan terkontang-kanting seorang diri disitu.
"Arghhhh! Kau tunggu Nazim. Aku balas semua ni nanti. Aku akan pastikan kau masuk semula ke dalam genggaman aku" luah Kaisara geram.
"Apa jadi kak?" soal Aleeya sebaik Murni tiba.
"Apa lagi, drama sebabak lah" kata Murni. Fahamlah Aleeya dengan maksud kata-kata Murni itu.
Share this novel