"DAH SIAP! MasyaAllah. SubhanAllah. Cantiknya Aleeya, make-up nipis macam ni pun dah cantik" kata Kak Seri makeup artist yang menyiapkan pada hari itu.
Aleeya senyum nipis menutup debar dalam hatinya, menanti saat berdepan kenyataan bahawa pernikahannya tidak akan berlaku.
"Cantiknya kau Bunga" puji Azlina.
"Pengantin paling cantik" sokong Azizah pula.
Aleeya senyum hambar. Memerhatikan dirinya dihadapan cermin.
"Cantiknya anak ibu" kata puan Aliah pada Aleeya sebaik muncul dihadapan pintu biliknya.
"Bunga dah siap? Qadi dah sampai, jom sayang" muncul Eidlan pula.
"Abang dah ready? Nanti abang bagitahu Qadi tau" kata Aleeya sayu.
"It's okay. Jom, Bunga percaya pada abang ya. Semuanya akan baik-baik" kata Eidlan padanya.
"Ibu sentiasa berikan restu ibu untuk Bunga dan kehidupan Bunga, juga untuk masa hadapan yang seterusnya" kata puan Aliah lalu mendakap Aleeya ke dalam pelukannya.
"Jom sayang. Cantik adik abang hari ni" Eidlan hulur tangannya untuk memimpin Aleeya berjalan bersamanya.
Aleeya berjalan menuju ke hadapan pelamin dimana terdapat bantal yang menjadi alas nikah untuk dirinya duduk diiringi Eidlan, puan Aliah, Azizah dan Azlina. Ada beberapa saudara mara sebelah ibu dan ayahnya yang sudah menanti, untuk melihatnya bernikah pagi itu.
"Pengantin lelakinya dah ada?" soal Qadi yang sudah bersedia untuk meneruskan majlis akad pagi itu.
Aleeya memandang ibunya disebelah. Ibunya menepuk-nepuk perlahan belakang kekura tangan Aleeya menenangkan anaknya yang sudah berdebar.
"Assalamualaikum" sapa satu suara yang sangat Aleeya kenali.
Pantas Aleeya menoleh ke arah pintu ruang tamu rumahnya. Kelihatan Akhtar bersama ahli keluarganya, juga turut hadir Irham dan Azad, juga isteri mereka Aira dan Elyn. Tetamu yang sedia menanti menjawab salam yang diberi.
"Sampai dah pengantin lelakinya. Boleh la kita meneruskan majlis" kata Qadi itu.
Aleeya keliru. Dia menoleh ke arah ibunya. Namun reaksi ibunya begitu tenang. Lalu dia menoleh kepada kembar yang juga setia disisinya. Mereka juga kelihatan tenang dengan situasi itu.
Akhtar dengan tenang duduk bersila dihadapan Qadi bersama sepersalinan baju melayu yang berona sama sepertinya juga memakai samping songket yang dipilihnya. Ditemani abinya dan juga abang-abangnya. Umminya dan kakak-kakak iparnya pula di bahagian yang dikhaskan untuk pihak lelaki.
"Baiklah, saya nak bertanya kepada pengantin perempuan. Adakah anda setuju dinikahkan bersama pasangan, oleh wali anda pada hari ini?" soal Qadi pada Aleeya.
Aleeya terpinga-pinga dengan keadaan itu. Dia masih keliru. Eidlan memberi isyarat padanya untuk mengangguk tanda bersetuju. Ibunya disebelahnya juga sama.
"Senyap je pengantin perempuan kita ni. Sekali lagi ya saya tanya. Adakah saudari setuju untuk dinikahkan bersama pasangan oleh wali anda pada hari ini?" Qadi sekali lagi bertanya pada Aleeya.
Akhtar memandang ke arah Aleeya. Aleeya juga memandang ke arah Akhtar. Akhtar ukir senyum nipis untuknya, sebagai isyarat untuk menenangkan Aleeya yang kelihatan seperti hilang arah.
"Bunga, jawab nak" tegur ibunya.
"Ya. Saya setuju" berat untuk dilafazkan, namun dia melakukannya demi keluarganya.
"Alhamdulillah. Ingatkan kena kahwin paksa tadi. Nervous agaknya pengantin perempuan kita bila nampak pengantin lelaki" kata Qadi cuba berjenaka. Disambut dengan tawa kecil para tetamu yang ada.
"Alhamdulillah. Kita mulakan ya. Berwalikan abangnya ya. Jadi kita mulai dengan menyerahkan Wakalah, kemudian khutbah nikah, baru akad nikah dan seterusnya ya" kata Qadi bersaksikan para tetamu yang meraikan majlis pagi itu.
Selepas habis khutbah nikah dan sedikit nasihat sampingan oleh Qadi. Majlis akad pula bermula.
"Aku terima nikah Eshal Aleeya Binti Ehsan dengan mas kahwin Ringgit Malaysia satu ribu tunai" lafaz akad oleh Akhtar dengan lancar.
"Sah" kata saksi yang dilantik pada pagi itu dari kalangan ahli keluarga kedua-dua pihak.
"Alhamdulillah" serentak Akhtar dan Qadi mengucapkan syukur, juga para tetamu yang lainnya sebagai merestui majlis pernikahan mereka.
Tanpa sedar setitis demi setitis air mata Aleeya jatuh. Dia tidak pasti apa rasa hatinya saat itu. Dia juga tidak pasti sama ada dia gembira atau terluka.
"Boleh solat sunat dulu ya pengantin" kata Qadi pada Akhtar dan Aleeya.
"Kebilik ya, dah siap ruangan untuk solat" kata puan Aliah.
Akhtar berjalan mendahului Aleeya bertemankan Eidlan. Aleeya pula diiringi oleh Azizah dan Azlina.
"Assalamualaikum isteriku. Kita solat sunat sujud syukur dulu ya" kata Akhtar yang sudah bersedia untuk mengimamkan solat sunat mereka.
Sebaik salam diberi, Akhtar membacakan doa untuk mereka berdua. Aleeya teragak-agak tidak tahu perlu bersalaman atau tidak.
"Salam nanti ya, jom sambung majlis" kata Eidlan yang setia menanti mereka. Akhtar bersetuju, Aleeya yang masih keliru menurut.
Majlis diteruskan dengan lafaz bacaan Taklik oleh Akhtar kemudian Aleeya, lalu lafaz penyerahan dan penerimaan mas kahwin oleh mereka.
Akhtar menyerahkan sebuah dulang yang berisi sebuah frame di dalamnya tersusun cantik wang kertas satu ratus berjumlah satu ribu kepada Aleeya.
Kemudian, pembacaan lafaz Taklif iaitu lafaz penyerahan tanggungjawab oleh Eidlan sebagai wali, lafaz Taklif oleh Akhtar sebagai penerimaan tanggungjawab sebagai suami. Diikuti oleh pesanan puan Aliah kepada Aleeya dan akhir sekali lafaz terima kasih Aleeya kepada ibunya.
Selesai semuanya Aleeya dan Akhtar diminta untuk menurunkan tanda tangan pada sijil nikah mereka, begitu juga dengan saksi.
Setelah selesai menandatangani borang berkaitan, Akhtar dan Aleeya diminta untuk bersalam sebagai adat membatalkan air sembahyang. Dan Akhtar mahu menyerahkan barangan kemas sebagai hadiah pernikahan mereka.
"Assalamualaikum my Bunga" ucap Akhtar perlahan padanya.
"Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya sepatah.
Akhtar meletakkan tangan kanannya diubun-ubun kepala Aleeya lalu tangan kirinya ditadah untuk berdoa memohon keberkatan. Dimulai dengan Bismillah kemudian Akhtar membaca;
" Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikannya yang Dikau ciptakan padanya. Dan daku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan dari keburukannya yang Dikau ciptakan pada dirinya"
Sesudah itu, Akhtar hulur tangannya untuk bersalaman. Aleeya serba salah mahu menyambut huluran tangan itu.
"Salam Bunga, suami tunggu tu" tegur ibunya.
Aleeya angkat tangan kanannya perlahan-lahan, terketar kecil jari jemarinya. Puan Aliah yang melihat keadaan itu mengusap perlahan belakang badan Aleeya cuba menenangkan anaknya. Akhtar senyum nipis melihat jemari isterinya terketar, pasti kerana Aleeya sedang gemuruh.
Jari jemari sejuk Aleeya menyentuh tangan hangat milik Akhtar untuk bersalaman. Perlahan Akhtar membalas genggaman jemari Aleeya penuh kelembutan dan kasih sayang. Aleeya kaku, jantungnya tiba-tiba berdebar laju. Kali pertama mereka bersentuhan.
"Cium tangan suami tu Bunga" tegur Azizah dibelakangnya.
Aleeya gelengkan kepala tanda tidak mahu. Yang lain mula mengusik. Akhtar menanti seketika, dia memberi ruang pada isteri yang baru dinikahinya itu bertenang.
"Cium tangan suami sayang, tak baik buat suami menunggu" teguran puan Aliah pada anaknya.
Aleeya akur, perlahan dia menunduk untuk mencium tangan Akhtar. Akhtar ambil kesempatan untuk berbisik padanya.
"Abang tak cium sayang disini ya. Banyak mata yang melihat. Cukup sekadar kita bersalaman" kata Akhtar perlahan. Aleeya mengangguk kecil kerana dia juga bersetuju, dia juga malu menjadi tontonan umum.
"Cium dahi dia pula" kata saudara Aleeya yang menjadi tetamu yang menonton majlis akad nikah berlangsung.
"Tak apa nanti sahaja. Cukup bersalaman, malu itu sebahagian dari tuntutan agama. Maaf ya.." kata Akhtar pada mereka yang menanti adegan itu berlangsung.
"Waaa...so sweet la..." kata salah seorang sepupu Aleeya.
"Hulur tangan kanan Bunga" minta Akhtar.
Aleeya akur, tangan kanan dihulurkan sopan. Akhtar menyarungkan sebentuk cincin emas belah rotan, diikuti dengan sebentuk cincin emas permata dijari manis Bunga. Lalu seutas rantai tangan juga dipakaikan dipergelangan tangan Aleeya.
"Bunga..nah, cincin ni sarungkan pada Akhtar" hulur Azlina dulang berisi sebentuk cincin perak tanpa batu yang simple.
"Terima kasih my Bunga" ucap Akhtar sebaik cincin di sarungkan oleh Aleeya ke jari manisnya.
"Terima kasih juga" kata Aleeya semula apabila semua tetamu menanti jawapannya.
"Kasih Bunga sentiasa diterima" usik Akhtar padanya.
"Uuuuuu...." sahut sepupu-sepupu, saudara mara dan tetamu yang ada dengan ayat pickup line Akhtar.
Aleeya semakin menunduk, dia tidak tahu mahu beraksi bagaimana. Mereka bertukar dulang hantaran sebelum Aleeya menemui ahli keluarga Akhtar.
"Pergi jumpa ahli keluarga Akhtar dulu. Dahulukan umminya kemudian abi dan yang lainnya ya nak" pesan puan Aliah.
"Baik ibu" jawab Aleeya perlahan. Tiada pilihan.
"Assalamualaikum ummi" tegur Aleeya pada puan Nuraini yang kini menjadi ibu mertuanya.
"Wa'alaikumsalam" perlahan puan Nuraini menjawab salam yang diberi.
"Ummi, ni Eshal Aleeya" Akhtar mengenalkan Aleeya pada umminya. Kemudian kepada ahli keluarga yang lain.
Mereka menjalani sesi bergambar bersama. Kekok, itu tu yang mereka rasakan. Namun ditahan rasa kekok itu dalam hati masing-masing. Sesi bergambar bersama kedua buah keluarga, sahabat dan kenalan rapat berjalan dengan baik. Namun apabila berdua sahaja, mereka dihambat rasa berdebar dalam diri masing-masing.
"Sejuknya tangan Bunga" saat Akhtar menyentuh tangan isterinya kerana diarahkan oleh photographer.
Aleeya mendiamkan diri. Jari jemarinya masih sedikit menggeletar kerana gemuruh, berdebar dan pelbagai rasa lain yang bercampur baur. Mereka perlu cepat menghabiskan sesi bergambar sebelum masing-masing perlu bersiap untuk sesi persandingan selepas waktu zohor.
Ahli keluarga Akhtar dijamukan dengan makanan ringan sebelum mereka pulang sementara Akhtar dan Aleeya menjalani sesi photography.
ALEEYA termenung di dalam biliknya. Terasa seperti semuanya mimpi. Dia terasa mahu menjerit saat itu, namun ditahankan sahaja. Tidak pasti, marahkah dia, kecewakah dia, rasa tertipukah dia, gembirakah dia, bahagiakah dia atau apa sahaja. Dia sendiri tidak pasti.
"Bunga.." muncul ibunya saat dia sedang mengelamun. Aleeya tidak menjawab hanya mendiamkan diri.
"Ibu minta maaf. Nanti lepas selesai semuanya, kita bercakap hal ini ya sayang" lembut puan Aliah memujuknya.
"Bunga nak tukar baju dulu. Nak ambil wuduk untuk solat zohor" kata Aleeya perlahan.
"Bunga, ini air. Ada kuih muih yang kau suka. Makan sikit untuk alas perut, kau dari malam tadi tak makan. Nanti pengsan pula" pujuk Azlina.
"Letak lah. Nanti aku makan" jawab Aleeya.
"Bunga..jangan macam ni. Nanti jadi apa-apa semua orang risau" pujuk Azizah pula.
"Aku makan nanti. Aku nak buang makeup dan tukar baju dulu" Aleeya masih cuba mengelak.
"Okay lah. Ibu dengan kembar keluar dulu ya. Nanti Bunga makan ya" puan Aliah beralah.
Sebaik ibunya keluar, Aleeya memangil si kembar untuk bertanyakan sesuatu.
"Kembar. Kau orang tahu ke semua plan ni?" tanya Aleeya perlahan.
"Tahu, tapi kita orang cuma setuju untuk rahsiakan, ibu minta semuanya dirahsiakan dari kau" jawab Azizah bagi pihak mereka berdua.
"Okay. Keluar lah, aku nak tukar baju" terasa pedih dalam hati.
"FYI. Dia dah putus tunang dan tak jadi berkahwin. Jadi dia bukan hak sesiapa atau milik sesiapa. Kecuali milik engkau, kau satu-satunya isteri dia mulai saat akad terlafaz" pesan Azlina sebelum mereka keluar dari biliknya.
Aleeya rasa kosong. Dia mula menanggalkan makeup dan menukar pakaian. Kuih dan air yang dibawa kembar dimakan sedikit cuma. Tidak tertelan rasanya makanan itu. Saat itu handphonenya berbunyi notifikasi. Aleeya ambil dan lihat, tertera number yang tiada dalam simpanannya.
++
Cantik sangat isteri Arjuna hari ni. Semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan hingga akhir hayat. -Akhtar-
Dibiarkan tidak berbalas WhatsApp yang diterimanya itu. Dia segera ke bilik air untuk berwuduk dan menanti solat zohor.
"Dah siap pun. Simple macam ni pun cantik, tak ambil masa yang lama nak makeup Aleeya" kata Kak Seri setelah Aleeya siap memakai persalinan untuk majlis bersanding selepas solat zohor.
"Bunga dah ready? Abang dah nak sampai, Akhtar pun dah siap" tanya Eryna yang muncul dihadapan pintu biliknya bersama si kembar yang akan menjadi pengapit dia dan isteri abangnya.
"Dah siap dah" jawab Kak Seri.
"Jom kita keluar. Pasukan kompang pun dah ready" kata Eryna.
Aleeya berjalan perlahan mendapatkan kakaknya dan kembar. Sedikit kekok pada awalnya kerana memakai heels, Aleeya tidak biasa akan hal itu. Paluan kompang kedengaran apabila rombongan keluarga Akhtar tiba bersama abangnya dan keluarga kakak iparnya, Eisya. Paluan kompang hanya diiringi selawat seperti mana yang diminta oleh Aleeya.
"Salam Akhtar, Bunga" kata Azlina padanya. Dia diminta bersalaman sekali lagi apabila menemui Akhtar untuk jalan beriringan. Dia juga diminta untuk memegang tangan Akhtar seperti kebiasaan pengantin berarak.
Mereka duduk di pelaminan tanpa adat merenjis. Tetamu hanya menemui mereka untuk mengucapkan tahniah, mendoakan dan bersalaman. Juga sesi bergambar bersama.
"Makan tau, tadi kuih seketul dua je kau makan. Penat team Bunga&Coklat sediakan hidangan pengantin harini" pesan Azlina lagi.
Akhtar yang mendengar pesanan Azlina terus cuba membuat isterinya makan. Serba sedikit lauk pauk diletakkan olehnya ke dalam pinggan Aleeya.
"Makan ya, makin susut dah badan tu" kata Akhtar perlahan padanya. Aleeya semakin kurus dan sedikit cengkung. Mungkin kerana tertekan dengan keadaan yang berlaku.
Selesai sahaja majlis, jam sudah menginjak ke angka 5.30 petang. Keluarga Akhtar akan menginap satu malam lagi di homestay. Mereka merancang untuk mengadakan sesi suai kenal malam itu.
"Jom kita tukar baju dan solat asar dahulu. Nanti kita tolong kemas" kata Eidlan pada mereka.
"Jom Bunga" kata Akhtar padanya. Sedari tadi tidak dilepaskan jemari isterinya dari genggaman. Jika Aleeya bersalaman dengan tetamu, tangan Akhtar akan berada di pinggang atau bekalang badan Aleeya.
Mereka solat berjemaah dibilik masing-masing. Suasana kekok terasa dalam diri keduanya, namun dicuba kawal rasa itu.
Aleeya menyibukkan dirinya membantu ahli keluarga yang lain mengemas, kesempatan itu digunakan bagi menjauhi Akhtar. Akhtar perasan akan hal itu, namun dibiarkan sahaja. Dia tahu isterinya itu memerlukan masa untuk menerima semua yang terjadi.
"Abang Eidlan! Nyanyi satu lagu" kata Emir yang berada di tempat DJ majlis.
"Come on bang" jerit Firas.
Mereka yang lain sudah teruja. Eidlan ketawa sahaja. Malas mahu melayan.
"Abang! Cepat la. Satu je" pujuk Emir.
"Kak Eisya. Cer pujuk husband tercinta tu" sokong Azlina pula.
Tersenyum malu kakak ipar Aleeya diusik begitu.
"Pergilah" kata Eisya pada suaminya.
"Okay sweetheart" kata Eidlan.
"Uuuuuuuu..." beramai-ramai mereka bersorak mengusik pengantin baru itu.
"Assalamualaikum..lagu ni saya tujukan khas buat isteri tercinta. Terima lah, Kisah Cinta Kita" kata Eidlan lalu menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali.
"Bravo..." kata Haiqal.
"Terbaik abang" kata Emir pula.
"Akhtar, your turn" kata Eidlan pada adik iparnya.
Akhtar berjalan mendekati Eidlan yang menantinya di meja DJ. Bercakap seketika bersama abang iparnya itu sebelum Eidlan berlalu ke arah Aleeya.
"Bunga, pergilah. Lagu duet" kata Eidlan padanya.
Aleeya menggeleng tanda tidak mahu.
"Come on bebeh. Break the leg" kata Azizah pula.
"Come on kak, tak kan takut kot" sengaja Farhan bakar line.
"Ape lagi kak. Buktikan akak tak takut" kata Rose pula.
Saja tau bakar line dia orang ni. Nakal.
"Watch me out" kata Aleeya selamba, lalu berjalan ke meja DJ. Akhtar simpan senyum dengan keletah isterinya.
Akhtar memilih lagu untuk mereka. Sebaik muzik dimainkan, Aleeya tersentak. Mahu atau tidak Aleeya tiada pilihan, dia meneruskan juga duet bersama Akhtar. Lagu Takdir Tercipta menjadi pilihan suaminya itu, lagu yang suatu masa dahulu pernah mereka nyanyikan bersama di dalam kereta sewaktu diawal perkenalan mereka.
"Uuuuu..mantap.." mereka bersorak dan bertepuk tangan setelah nyanyian Aleeya dan Akhtar tamat.
Mereka segera berkemas kerana hari sudah hampir menginjak ke waktu Maghrib. Akhtar beberapa kali cuba mendekati Aleeya untuk membantunya, namun pantas sahaja Aleeya memberi alasan dan menjauhkan dirinya.
"Dah la tu. Nanti yang lain kemas esok. Masuk la, kita bersiap solat maghrib berjemaah" arah puan Aliah pada anak-anak dan menantunya.
"Bunga mandi lama tak? Ke Arjuna mandi dulu?" soal Akhtar ketika sudah berada dalam bilik mereka.
"Mandi lah dulu" kata Aleeya tanpa berpaling pada Akhtar.
"Boleh Arjuna minta tuala?" tanya Akhtar.
"Sekejap" Aleeya berlalu ke almari bajunya untuk mengambil tuala lalu diberikan kepada Akhtar.
"Bunga tolong ambilkan pakaian Arjuna, ada dalam luggage bag yang Arjuna bawa. Arjuna mandi dulu" minta Akhtar pada Aleeya, lalu masuk ke dalam bilik air.
Sebaik Akhtar berlalu masuk bilik air untuk membersihkan diri. Aleeya menghampiri luggage bag yang dibawa Akhtar. Dikeluarkan sehelai kain pelikat, dan sehelai kurta. Diambil pula deodorant, gel rambut dan sikat. Bunga serba salah mahu mengambil boxers milik suaminya itu. Dia berkira-kira mahu ambil atau tidak.
"Ambil ke tak. Nanti dia fikir aku bukan-bukan pula. Ambil je lah" putus Aleeya.
Lalu diambil sehelai dan diletakkan sekali di atas katil bersama barangan lain. Baju kurta milik Akhtar diambil untuk digosok, kemudian diletakkan diatas katil. Bunga keluar dari biliknya setelah siap menyediakan keperluan suaminya itu.
"Hilang dah dia. Susahnya nak memiliki hati seorang Eshal Aleeya" kata Akhtar sebaik keluar dari membersihkan diri. Tidak terlihat keberadaan isterinya dalam bilik itu.
Pakaiannya sudah tersedia diatas katil. Keperluan lain pula elok tersusun diatas meja solek.
"Bunga siapkan juga semua keperluan. Semoga hatimu akan terbuka kembali untuk menerima Arjuna" kata Akhtar sendirian.
SEWAKTU Akhtar menghampiri tempat solat. Dilihat isterinya itu sudah siap memakai telekung dan duduk menanti dalam kalangan wanita.
"Kat mana la sayang mandi dan bersiap. Patutlah tunggu dia tak muncul" bisiknya dalam hati.
"Akhtar imam ya. Emir iqamat" kata Eidlan. Akhtar terus bersetuju, dan Emir mula melaungkan iqamat untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.
"Lepas ni kita makan. Kita nak ke homestay untuk berjumpa keluarga Akhtar" kata puan Aliah setelah selesai doa dibacakan.
Semua mula bersalaman. Dan Aleeya mahu melarikan diri lagi, namun ditahan oleh ibunya. Yang lain juga sedar akan hal itu.
"Tak baik Bunga, suami tu. Sampai bila nak larikan diri, salam ya. Esok kita bincangkan hal yang berlaku harini. Ibu tahu Bunga mahukan jawapan. Tapi hari esok ya. Kan ada kembar dan pekerja kamu ni. Jaga air muka suami nak" nasihat puan Aliah perlahan pada anaknya.
Aleeya mendapatkan Akhtar, duduk melutut dihadapannya dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Akhtar menyambut dan digenggam lembut tangan isterinya itu. Aleeya mencium kekura tangan Akhtar. Sebaik Aleeya mengangkat wajahnya, Akhtar mendekat dan memberikan ciuman diubun-ubun isterinya. Aleeya yang tidak menjangkakan hal itu terus terkaku, jantungnya berdebar hebat.
"Jom, kita pergi makan. Bunga simpan dulu telekung" kata Akhtar padanya.
Mereka bangun bersama. Akhtar mengambil peluang itu berjalan beriringan dengan Aleeya. Jari Aleeya diraih dalam genggamannya, memberi makna dia menyayangi isterinya itu walaupun Aleeya tidak membalas genggaman itu. Aleeya hanya membiarkan, tidak mahu ditegur lagi oleh ibunya.
"Kembar tak ikut?" soal puan Aliah sewaktu mereka ingin keluar menemui keluar Akhtar.
"Tak lah ibu. Kami semua nak melepak kat homestay. InsyaAllah, kita jumpa esok pagi, sebelum kita orang gerak balik KL" kata Azizah mewakili yang lainnya.
"Hati-hati ya" pesan puan Aliah.
"Okay" serentak pula mereka jawab.
"Jom ibu. Kesian dia orang nanti kalau kita lambat, dia orang nak rehat. Esok pagi-pagi dia orang nak balik dah" kata Eryna.
Mereka menaiki tiga buah kereta berasingan. Eryna sekeluarga. Eidlan dan isterinya pula bersama Emir dan ibunya. Aleeya tiada pilihan, dia perlu menaiki kereta Akhtar.
"Senyap je. Bunga marah?" tanya Akhtar pada isterinya.
"Tak ada apa nak cakap" jawab Aleeya perlahan.
"Arjuna tahu banyak persoalan yang sayang perlukan jawapan. Tapi boleh kita bincang kemudian?" tanya Akhtar lagi.
"Okay" hanya sepatah jawapan yang diterima dari Aleeya.
Sebaik tiba mereka bersalaman. Saling mengenalkan diri masing-masing. Bertanya itu dan ini. Namun i tidak bercakap, hanya memberikan senyuman nipis, sesekali mengangguk sebagai jawapan.
"Ummi nak ke tandas" kata puan Nuraini pada Akhtar.
Akhtar melihat kakak iparnya masing-masing sibuk menyuapkan makanan pada anak mereka dan berbual bersama Eryna da Eisya. Aleeya juga turut menyedari hal itu.
"Akhtar bawa ya" kata Akhtar pada umminya.
Aleeya juga turut bangun apabila Akhtar mahu menolak kerusi roda umminya. Aleeya mengikuti mereka. Sebaik tiba di tandas, Akhtar membantu umminya bangun dari kerusi roda dan mahu meletakkan umminya di atas tandas duduk.
"Saya bantu. Ummi jangan malu dengan Bunga ya" ujar Aleeya sopan.
"Ummi, Akhtar tunggu luar. Bunga bantu ummi. Nanti dah sudah Bunga panggil ya" kata Akhtar pada mereka.
"Tak apa. Ummi boleh buat sendiri" kata puan Nuraini segan pada menantu barunya itu.
"Nanti ummi jatuh. Tak apa, Bunga bantu. Ummi jangan malu, anggap Bunga macam anak ummi sendiri" kata Aleeya pada mertuanya.
Sebak. Puan Nuraini teringat akan layanan bakal menantu yang tidak jadi melayan dirinya dahulu. Jauh berbeza mereka. Jauh berbeza perwaktakan dan cara percakapan mereka. Aleeya orangnya kelihatan dingin, namun cara percakapan dan layanannya lebih sopan. Leyla kelihatan lembut, namun cara percakapan dan layanannya tidak menjaga hatinya.
"Dah siap. Ummi peluk Bunga kuat-kuat ya. Bunga bantu ummi duduk atas kerusi roda" kata Aleeya.
Puan Nuraini hanya menurut. Tidak tersangka dia, tubuh langsing yang genit itu kuat memapah diri tuanya. Dan caranya juga berlemah lembut tanpa membuatkan dirinya terasa sakit.
"Ummi selesa tak?" soal Aleeya prihatin.
"Selesa. Terima kasih" puan Nuraini menepuk-nepuk perlahan tangan menantunya itu.
"Jom. Kita keluar" Aleeya buka pintu bilik air. Akhtar masih menanti diluar, Hanim dan Laily juga ada bersama.
"Dah siap?" soal Akhtar.
"Dah" jawab Aleeya.
"Eh. Ummi dah duduk atas kerusi roda? Bunga angkat ummi?" tanya Hanim, kakak iparnya.
"Sayang angkat ummi?" tanya Akhtar pula terkejut.
"Tolak la ummi keluar, tak elok lama-lama dalam bilik air" kata Aleeya tanpa menjawab pertanyaan mereka. Akhtar segera menolak umminya keluar dari biliknya air itu.
"Ummi okay?" soal Laily.
"Okay. Bunga tolong ummi. Dia buat dengan lemah lembut macam kamu berdua juga. Tapi dia kuat angkat ummi" kata puan Nuraini.
Hanim dan Laily tersenyum mendengar jawapan ibu mertuanya itu.
"Alhamdulillah. Terima kasih Bunga" kata Hanim padanya.
"Tak ada apa kak. Tak perlu berterima kasih. Ummi Bunga juga" jawab Aleeya sopan.
"Patutlah Akhtar sayang sangat kat dia" kata Laily pula.
Akhtar senyum nipis, tidak menjangkakan kata-kata Aleeya itu. Namun jauh didalam hatinya, dia sangat bersyukur Aleeya menerima ahli keluarganya dengan baik.
Mereka kemudian berkumpul semula dan berbual untuk seketika. Sesekali Aleeya menjawab pertanyaan mereka. Namun dia lebih selesa mendiamkan diri.
"Kamu kerja?" soal encik Usaid Akram pada Aleeya.
"Kerja. Tapi kerja biasa-biasa abi" jawab Aleeya.
Dia memang kurang senang bercerita perihal dirinya. Akhtar maklum hal itu, namun bagi Akhtar dalam hal ini. Ahli keluarganya perlu tahu serba sedikit tentang dirinya.
"Kamu kerja apa?" tanya bapa mertuanya lagi.
Yang lainnya menanti Aleeya untuk berterus terang tentang pekerjaannya. Namun jawapan yang Aleeya berikan menunjukkan dia belum terbuka untuk bercerita hal itu.
"Kerja buat cakes dengan bouquet surprise je abi" jawabnya.
"Lepas ni, kamu ikut Akhtar duduk di KL?" tanya bapa mertuanya lagi.
"Saya memang kerja di KL abi. Dah jadi isteri ni, wajib la ikut suami" jawab Aleeya sopan.
"Oh. Abi ingat kamu kerja disini" kata encik Usaid Akram.
Eidlan kemudian menukar topik perbualan. Dapat dibaca riak wajah adiknya yang kurang selesa berbicara soal dirinya.
"Terima kasih" kata Akhtar sebaik memulakan perjalanan pulang.
"Untuk apa?" soal Aleeya.
"Ummi, abi dan semuanya" jawab Akhtar.
Aleeya tidak membalas kata-kata Akhtar. Dia membuang pandang ke luar, melihat langit malam.
"Kenapa Bunga tak bagitahu abi yang Bunga berkerja sendiri?" tanya Akhtar.
"Belum bersedia. Kerja pun tak sehebat yang lain-lain. Kerja biasa je, lagipun nanti dia orang akan tahu juga" jawab Aleeya yang masih setia memandang langit malam.
Akhtar tahu Aleeya tidak berminat untuk berbual. Isterinya itu lebih suka mendiamkan diri.
"Solat isyak ya. Lepas tu boleh tidur, rehat. Ibu pun letih ni" pesan puan Aliah pada semua setelah tiba di rumah. Masing-masing menuju ke bilik untuk solat dan tidur.
"Bunga.." panggil ibunya. Aleeya tidak jadi mahu masuk ke biliknya.
"Macam mana pun pernikahan dan perkahwinan ini terjadi. Bunga tetap seorang isteri. Hormat suami ya nak. Ibu tak didik Bunga untuk bersikap dingin macam ni. Syurga kamu itu suami, bila rasa nak marah atau tak suka. Istighfar nak, itu semua hasutan syaitan. Ibu tahu jauh dalam sudut hati Bunga, rasa sayang tu masih ada. Lupakan yang berlalu, mulakan yang baru. Ibu minta maaf untuk semua yang terjadi hari ini" lembut puan Aliah memujuk anak gadisnya itu. Akhtar yang berada di belakangnya juga mendengar pujukan ibu mertuanya itu.
Aleeya tidak menjawab mahupun mengangguk. Dia mengambil keputusan berdiam diri. Puan Aliah memahami, anaknya itu perlukan masa.
"Pergilah masuk, sediakan sejadah untuk berjemaah" kata ibunya. Aleeya kemudian berlalu ke biliknya.
"Akhtar sabar ya. Beri dia masa. Banyak hal yang terjadi pada dirinya" nasihat puan Aliah pada menantunya.
"Tak apa ibu. Akhtar faham" katanya.
SELESAI doa dibaca. Akhtar menghulurkan tangannya untuk bersalaman, Aleeya menyambut dan mencium kekura tangan Akhtar. Akhtar mendekat dan memberikan ciuman diubun-ubun kepalanya. Aleeya ingin bangun namun ditahan Akhtar.
"Nanti dulu sayang, duduk dulu. Arjuna bagi Bunga pilihan. Nak tidur atau Bunga nak segala persoalan Bunga untuk Arjuna, Arjuna jawab malam ni" Akhtar menahan isterinya dan memberi pilihan pada isterinya.
"Boleh jawab semua soalan malam ni? Pasti?" soal Aleeya semula.
"Untuk sayang. Untuk menenangkan fikirkan sayang dan hati sayang. Arjuna akan jawab semuanya" kata Akhtar penuh kasih.
"Kenapa awak pilih cara ni?" soal Aleeya.
"Ibu call Arjuna, tanya masih ada rasa sayang pada Bunga lagi. Masih mahu mencuba jika ada peluang kedua. Arjuna jawab ya, dan jujurnya Arjuna tak pernah lupakan sayang. Dan perancangan mereka bermula. Arjuna akui, Arjuna takut juga jika Bunga menolak untuk dinikahkan dengan Arjuna hari ini" kata Akhtar.
"Ummi dan abi restu?" soal Aleeya. Ini hal yang paling dibimbangkannya.
"Ya. Mereka terima apa sahaja keputusan Arjuna setelah apa yang terjadi" jawab Akhtar, dia masih memegang tangan isterinya kejap.
"Perkahwinan ini ikhlas atau sekadar permintaan ibu untuk menutup aib Bunga tak jadi berkahwin?" tanya Aleeya lagi.
"Ya Allah sayang. Tak pernah terlintas semua tu pada kami. Bukan untuk menutup aib. Ibu cuma risaukan keadaan sayang, Arjuna ikhlas mahu menjadi sebahagian dari hidup sayang" kata Akhtar mengusap perlahan bahu isterinya yang masih bertelekung.
"Kenapa saya tak tahu dan tak diberitanu tentang semua ni?" tanya Aleeya lagi.
"Ibu bimbang sayang menolak. Ibu bimbang sayang akan larikan diri. Ibu bimbang sayang tutup hati sayang sampai bila-bila" jelas Akhtar lagi.
"Macam mana urusan borang nikah boleh siap dalam masa tak sampai satu minggu? Saya tak ada sign apa-apa pun borang permohonan nikah, selain borang permohonan nikah bersama Nazim dulu" soal Aleeya lagi.
"Borang boleh selesai sebab Arjuna pun kerja jabatan agama islam, ada kenalan ustaz di pejabat agama sini. Qadi yang nikahkan kita tadi pun Arjuna kenal. Alhamdulillah, urusan jadi mudah. Tentang sign borang tu, Arjuna tak pasti. Esok Bunga tanya abang Eidlan" jelas Akhtar.
"Kenapa tak kahwin dengan Leyla. Kenapa saya?" soal Aleeya lagi.
"Dari awal, Arjuna bertunang dengan Leyla kerana akur pada permintaan ummi. Berkahwin atau tidak dengan Leyla, juga tidak pernah Arjuna fikirkan. Arjuna lakukan semua itu kerana menghormati ummi yang memberi kata dua, Arjuna turutkan atau Arjuna jadi anak yang derhaka menentang ummi. Dalam masa yang sama, Arjuna masih berdoa tanpa henti meminta Tuhan menunjukkan jalan. Arjuna masih berpegang pada impian, jika diizinkan Tuhan, mahu kita bersatu. Sejujurnya, bukan tidak pernah mencuba menerima Leyla, namun rasa itu tetap tiada. Ummi sedar sesuatu apabila Allah berikan ujian selepas kemalangan itu. Jadi pertunangan kami putus. Arjuna putus dengan Leyla dengan cara yang baik, walaupun Leyla tidak menerima keputusan itu. Walaupun ibunya marah, namun mereka tetap terima pertunangan kami diputuskan" terang Akhtar pada isterinya.
"Macam mana Nazim boleh kena tangkap khalwat? Dan kenapa kes tu jadi kes awak?" tanya Aleeya tentang kejadian di hotel itu.
"Arjuna bertugas di bahagian unit penguatkuasaan. Arjuna salah seorang pegawai yang bertugas untuk melakukan serbuan jika ada laporan. Kes Nazim tu, Arjuna tak tahu itu dia. Sumpah sayang, Arjuna tak tahu menahu. Kami bertindak atas aduan saksi dan bukti yang diterima. Kes tu asalnya, pengadu kata tunang dia bersekedudukan dengan lelaki lain. Masa kami sampai, Arjuna pun terkejut lelaki tu Nazim. Lebih terkejut bila sayang muncul. Masa tu baru Arjuna tahu, Nazim tunang sayang" jelas Akhtar tentang kejadian yang berlaku.
"Pergilah tidur" kata Aleeya ingin bangun dan beredar.
"Bunga.." panggil Akhtar.
"Saya nak ambil angin. Saya perlukan ruang untuk bertenang" jawab Aleeya.
"Arjuna ada satu soalan" kata Akhtar padanya.
"Tanyalah" jawab Aleeya tanpa berpaling.
"Tak ada langsung rasa cinta dalam hati Bunga untuk Arjuna?" soal Akhtar yang sudah berdiri dihadapannya.
Aleeya menarik nafas panjang, lalu dihembus perlahan. Mencari kekuatan untuk menjawab pertanyaan itu.
"Pernah ada rasa itu dalam jiwa. Namun hilang saat engkau pergi. Tak pernah lagi rasa itu menjengah jiwa. Serasa ia juga engkau bawa pergi. Seolah aku juga mati. Inilah aku yang sekarang, kosong" jawab Aleeya memandang tepat lelaki dihadapannya itu.
Tersentap Akhtar dengan jawapan itu. Kerana dia, segalanya musnah. Kerana dia juga gadis itu berubah.
"Dan aku jadi lebih mati, bila diuji tunang ditangkap khalwat depan mata sendiri. Walaupun tiada rasa cinta, rasa kasih yang baru bermula juga mati kerana sakitnya aku rasai di sini" Aleeya tunjuk dadanya.
"Perkahwinan yang hanya berbaki seminggu musnah, aku menaruh harap dalam senyap dia akan muncul menjelaskan semuanya sendiri. Walaupun perkahwinan tidak akan terjadi, aku nekad teruskan juga. Kerana aku berharap aku mampu terus bermula semula walaupun aku terluka, aku malu atau dihina. Tapi siapa sangka hari ini, kisah lain pula yang terjadi" bergetar nada bicaranya, lalu Aleeya ingin beredar pergi.
Segera Akhtar menahan isterinya dari berlalu. Dia menarik Aleeya kedalam dakapanya. Terkedu Aleeya dengan tindakan Akhtar.
"I'm sorry. Semua salah Arjuna. Bagi Arjuna peluang untuk betulkan semuanya. Arjuna akan isi semula kekosongan itu. Maaf sayang, maafkan Arjuna" kata Akhtar yang mendakap erat tubuh langsing Aleeya.
"Lepaskan aku. Aku perlukan masa" perlahan Aleeya menolak tubuh Akhtar.
Akhtar melepaskan pelukannya. Dia tahu Aleeya sudah terlalu terluka. Dia perlu memberi ruang.
"Jangan tidur lambat okay sayang" Akhtar berpesan, lalu dikucup perlahan dahi isterinya itu.
Aleeya berjalan keluar dari biliknya. Dia ke dapur membancuh secawan hot chocolate, lalu beredar ke ruang tamu rumahnya yang masih terpasang pelamin yang menjadi saksi majlis pernikahan dan perkahwinannya berlangsung. Semua sudut direnung kosong, sama kosong seperti hatinya juga.
Aleeya membaringkan tubuhnya, berzikir cuba menenangkan dirinya. Air matanya laju mengalir. Lama kelamaan matanya memberat. Dia terlena disitu. Akhtar sedari awal memerhatikan isterinya dari jauh, terasa pedih dalam hatinya melihat keadaan itu. Dia menanti seketika sehingga Aleeya benar-benar terlena.
"Arjuna janji, semua akan baik-baik sahaja. Bunga akan okay semula. Rasa kosong itu akan kembali terisi dengan kasih sayang dan cinta dari Arjuna" dilabuhkan ciuman penuh kasih diubun-ubun isterinya itu.
Lalu tubuh itu dicempung dibawa masuk ke bilik, perlahan diletakkan di atas katil. Telekung isterinya itu dibuka dengan berhati-hati. Untuk pertama kalinya dia melihat isterinya tidak bertudung. Rambut hitam lebat milik Aleeya dibelai perlahan penuh kasih. Comforter ditarik perlahan menutupi sebahagian tubuh isterinya.
"Selamat malam my Bunga" sekali lagi dikucup perlahan ubun-ubun isterinya.
Share this novel