"APA yang urgent sangat nak jumpa Bunga ni?" soal Aleeya pada Eidlan.
"Ada dua berita. Abang tak tahu nak mula yang mana" kata Eidlan.
"Dua-dua berita tak baik ke?" soalnya lagi.
"Tak tahu nak cakap. Yang boleh putuskan baik atau tidak tu Bunga" jelas Eidlan.
"Okay. Just tell me. I'll accept it whatever it is" putus Aleeya.
"Ummi dan abi Akhtar accident malam tadi" Eidlan memutuskan untuk memberitahu berita itu dahulu.
"Ya Allah..habis macam mana keadaan diaorang?" tanya Aleeya bimbang.
"Last berita abang dapat. Abi Akhtar dalam keadaan stabil, patah tangan kiri, kepala berjahit, lain-lain cedera tapi tak serious. Ummi dia yang teruk sikit, masih dalam ICU tak sedarkan diri. Yang dia orang dapat diagnosed buat masa ni, tulang kaki retak, kepala ummi pun berjahit sebab terkena kaca. Bahu dia tulang terkeluar tapi doctor dah masukkan balik, yang lain tak pasti" terang Eidlan.
"Allah..Ya Allah.." sempit terasa di dalam dada Aleeya apabila mengetahui keadaan orang tua Akhtar.
"Abang ingat nak pergi ziarah nanti, Bunga nak ikut?" tanya Eidlan.
"Tak boleh, sebab harini busy sangat. Abang je lah pergi" Aleeya beralasan, dia tidak mahu pergi bimbang bertemu dengan Akhtar dan tunangnya.
"Okay. Lagi satu, ibu ada call abang semalam. Ada orang datang rumah semalam untuk merisik Bunga" Eidlan memberitahunya berita yang kedua.
"Hahaha. Tak kelakar la lawak abang" Aleeya cuba menutup gugup dalam hatinya dengan berkata begitu.
"I'm not. I'm serious. Ibu minta abang sampaikan pada Bunga" serious Eidlan memberikan jawapan.
"Kenapa ibu tak call Bunga je? Kenapa mesti kena bagitahu abang bukan pada Bunga terus?" soal Aleeya bertubi-tubi.
"Sebab ibu tak tahu macam mana nak beritahu Bunga berita ni. Ibu risau Bunga punya penerimaan dengan berita ni. Ibu call abang semalam, dia cakap dia tak tahu cara nak beritahu Bunga. Ibu takut bila ibu terus cakap by phone, Bunga akan terus mengelak dari ibu bila ibu call next time" jelas Eidlan pada adiknya.
"Siapa?" soal Aleeya sepatah.
"Siapa apa?" soal Eidlan semula.
"Siapa yang datang merisik tu?" tanya Aleeya lagi.
"Macam ni lah. Hujung minggu ni kita balik kampung. Dengar dulu semuanya dari ibu. Lepastu baru Bunga buat keputusan. Boleh?" kata Eidlan.
"Bunga tak janji. Bunga cuba. Abang pun tahu weekend selalu full house dengan event luar lagi" Aleeya cuba memberikan alasan.
"Try to make it happen. Abang nak pergi dah ni. Jaga diri, anything call abang" pesan Eidlan.
"Okay" jawab Aleeya sepatah.
"Don't worry about that. Balik kampung dulu, dah tahu baru fikir. Abang pergi dulu. Assalamualaikum" kata Eidlan sebelum beredar dari bilik pejabat adiknya.
Aleeya masih di dalam pejabatnya. Termenung memikirkan berita-berita yang baru diterimanya.
"ALONG dengan Angah balik lah. Akhtar boleh tunggu ummi. Esok atau lusa abi pun dah boleh keluar kalau tak ada apa-apa masalah" kata Akhtar pada Akif dan Akmal.
"Kamu tu yang patut balik. Mandi rehat. Along dengan Angah boleh bergilir jaga ummi dan abi. Lagipun Akhtar dah tunggu dari malam semalam lagi" kata Alongnya, Akif.
"Tak apa. Akhtar boleh jaga ummi" jawabnya mendatar.
"Jangan rasa bersalah, kejadian yang berlaku bukan salah Akhtar pun. Ini semua qada' dan qadar dari Nya. InsyaAllah, ummi akan baik-baik sahaja. Kita cuma kena tunggu ummi sedar" pujuk Angahnya, Akmal.
"Salah Akhtar tak bawakan ummi dan abi malam tu, kalau Akhtar ada pasti perkara ni boleh dielak" kesalnya lagi.
"Cukup-cukuplah salahkan diri sendiri. Seolah Akhtar tak terima semua yang berlaku ini takdir dari Allah. Pergilah balik bersihkan diri, rehat. Apa-apa nanti kami boleh bagitahu" pujuk Alongnya pula.
"Akhtar nak tunggu ummi sedar" putusnya.
"Akhtar. Boleh kita bincang?" soal Leyla.
"Nak bincang apa? Cakap je la kat sini" Akhtar tidak mahu berganjak dari duduknya.
"Majlis kita macam mana? Dua minggu je lagi" kata Leyla.
"Dalam keadaan sekarang, yang kau lebih pentingkan majlis kahwin?! Kau tak nampak ke ummi aku dalam ICU tak sedarkan diri lagi. Kau tak nampak abi aku masih dalam ward lagi. Kau tak nampak?!" sedikit meninggi suara Akhtar.
Terkelu Leyla dengan kata-kata Akhtar yang kasar dan sedikit tinggi memarahinya. Selama ini, dia cuma mendengar suara lelaki itu bercakap kepadanya seperti tiada perasaan.
Eidlan yang sedari tadi ada disitu hanya memerhati, tiada niat mahu mencampuri urusan mereka. Namun dia jatuh kasihan melihat keadaan Akhtar yang tertekan dan menyalahkan dirinya sendiri atas kejadian yang menimpa ibu bapanya.
"Akhtar! Istighfar. Leyla tanya elok-elok. Jawab macam tu pula" tegur Alongnya.
"Leyla. Kau balik dulu. Nanti Angah jumpa mama dengan abah untuk bincangkan hal majlis tu semua. Sekarang bukan masa yang sesuai nak bincang" putus Akmal. Dia juga tidak senang dengan soalan Leyla, tidak kena dengan masa dan keadaan yang tidak sesuai.
"Leyla balik dulu ya. Nanti Kak Hanim bagitahu kalau ada apa-apa" kata Hanim pula pada gadis itu.
Leyla hanya mengangguk tanda bersetuju. Sejak Eidlan tiba, dia rasa terganggu. Dia tahu Eidlan merupakan abang kepada Aleeya. Dia tidak senang dengan kehadiran abang Aleeya itu, dia juga bimbang jika Aleeya juga turut hadir menziarahi ibu bapa Akhtar disitu.
"Akhtar, jom kita pergi minum sekejap. Teman abang, dahaga pula" Eidlan mencari alasan untuk bercakap dengan Akhtar berdua.
Akhtar menurut. Mereka menuju ke cafeteria hospital. Akhtar kelihatan penat dan terganggu. Lebih banyak berdiam diri.
"Abang ke toilet sekejap" kata Eidlan.
Eidlan mencari ruang untuk menghubungi Aleeya. Mungkin Aleeya dapat membantu menasihati lelaki itu.
"Bunga. Boleh tolong abang? Kali ni je" kata Eidlan.
"Tolong apa?" soal Aleeya pada abangnya ditalian.
"Hurm, nak minta Bunga datang sini cakap dengan Akhtar, dia nampak serabut sangat. Tak balik mandi, tak makan apa semua. Dia nampak lost. Cuba Bunga nasihat dia sikit. Mana tahu dia nak ikut nasihat Bunga" minta Eidlan.
"Abang tahu kan dia tunang orang, Bunga tak nak jadi hal lain" kata Aleeya pada abangnya.
"Abang kesian dengan keadaan dia. If Bunga tak nak, tak apa abang tak paksa. Tapi tak salah Bunga datang sebagai kawan" pujuk Eidlan.
"Hurm....abang share location, Bunga jumpa abang kat sana" putus adiknya, lalu talian dimatikan. Eidlan kembali semula mendapatkan Akhtar yang menanti di cafeteria.
"Minum lah. Nak tunggu ummi pun kena ada tenaga" pujuk Eidlan.
"Tak tertelan saya bang. Semua ni salah saya" kata Akhtar lemah. Bergenang tubir matanya, menanti masa untuk luruh air matanya.
"Jangan salahkan diri sendiri. Ini semua berlaku atas kehendak DIA" nasihat Eidlan. Ditepuk perlahan bahu pemuda itu.
Akhtar diam membisu. Dia tahu semua yang terjadi bukan salahnya. Namun dia tetap rasa kesal kejadian itu berlaku ketika dia enggan mengikuti ummi dan abinya yang ke rumah Leyla untuk makan malam bersama. Setitis kemudian setitis, air matanya tumpah juga.
"ASSALAMUALAIKUM" Aleeya menyapa.
"Wa'alaikumsalam" jawab semua yang ada serentak.
Aleeya bersalaman dengan Hanim dan Laily. Dan hanya bersapa dengan abang-abang Akhtar. Akhtar pula tidak menjangkakan kehadiran gadis itu.
"Kenalkan, Eshal Aleeya. Adik saya" kata Eidlan.
"Ada sedikit buah tangan. Ada bubur juga ni, akak boleh beri pada pakcik. Mana tahu dia ada selera nak makan" kata Aleeya menyerahkan sebuah paper bag yang dibawanya kepada wanita yang bernama Hanim.
"Terima kasih. Buat susah saje. Nanti Kak Long beri pada abi" kata Hanim.
Aleeya hanya senyum dan mengangguk kecil sebagai jawapan.
"Nah. Ambil ni. Pergi bersihkan diri" tegas sahaja nada Aleeya pada Akhtar ketika menghulurkan bag kertas berisi tuala kecil dan sepersalinan pakaian, juga travel kit toiletries.
Akhtar menyambut juga walaupun dia tidak menjangkakan tindakan Aleeya itu. Dia memandang Aleeya seketika. Namun masih duduk di situ.
"Sekarang. Tunggu apa lagi?" tegur Aleeya sekali lagi.
Akhtar berlalu pergi. Walaupun dia tidak tahu kenapa Aleeya berkelakuan dan bertindak seperti itu padanya.
"Dah siap? Jom pergi cafeteria" tegur Aleeya sebaik Akhtar tiba setelah selesai membersihkan diri.
"Aleeya pinjam Akhtar sekejap. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi" kata Aleeya kepada mereka yang ada disitu.
Aleeya membuat isyarat kepada Akhtar untuk berjalan terlebih dahulu, dia membimbit sebuah lagi paper bag yang dibawanya.
"Makan" katanya sambil mengeluarkan bekas tupperware berisi makanan. Juga sebuah botol dan thermos cup vacuum flask yang diletakkan di hadapan Akhtar.
"Terima kasih tapi saya tak ada selera" kata Akhtar.
"Makan la. Sikit ke banyak ke, habis ke tak habis ke, makan. Semua ni Aleeya masak, bukan beli. Bubur untuk abi tadi pun Aleeya buat" Aleeya hulur sudu dan garfu pada Akhtar.
Sungguh bagai dikata Eidlan. Serabut dan kusut keadaan lelaki itu. Dia perlu berkeras dengan memaksa lelaki itu membersihkan diri dan makan. Lelaki itu juga kelihatan sedikit susut berbanding kali terakhir mereka bertemu.
"Okay" jawab Akhtar sepatah. Dia berbismillah dan mula menjamah makanan yang dibawa Aleeya.
"Makan dan dengar apa yang Aleeya nak cakap ni. Ummi dan abi kemalangan bukan sebab Akhtar tak teman and bawa dia orang ke rumah tunang Akhtar. Tapi Allah dah takdirkan tayar lori tu meletop ketika hampir berselisih dengan kereta yang dipandu abi. Itu punca kemalangan berlaku. Aleeya tahu Akhtar rasa bersalah sebab tolak kemahuan dia orang untuk bawa dia orang ke rumah Leyla. Mungkin ALLAH nak selamatkan Akhtar dari sama-sama terlibat dalam kemalangan. Sekarang ni yang penting siapkan keperluan abi dan ummi, jaga makan pakai dia orang dalam keadaan macam ni. Bukan duduk termenung serabut dengan apa yang dah terjadi. Rasa berat beban atas bahu dan dalam hati boleh dikurangkan dengan beri bantuan yang dia orang perlukan sekarang. Sebab tu Akhtar perlu makan, minum dan bersihkan diri semua. Positive vibe untuk mereka pulih sangat penting, itu psychology method. Akhtar pun tahu asas tu. So please, sedarkan diri sekarang. Tengok abang-abang dan kakak-kakak ipar Akhtar, dia orang risaukan keadaan Akhtar. Jangan tambah lagi rasa risau mereka yang sedia ada pada ummi dan abi. Come on, Akhtar bukan orang yang lembik. Aleeya dah nak balik. Abang yang minta Aleeya datang sebab risaukan keadaan Akhtar. Tugas Aleeya dah selesai. Akhtar jaga diri" habis berkata-kata, Aleeya bangun dan ingin berlalu dari situ.
"Thanks" hanya sepatah kata yang terluah. Akhtar akui dalam hati semua kata-kata Aleeya itu benar.
"Akhtar kena lepaskan rasa bersalah tu perlahan-lahan. Akhtar akan rasa baik-baik saja kalau buat apa yang Aleeya pesan. Ini je yang Aleeya mampu tolong. Makan tu habiskan. Aleeya balik dulu" Aleeya terus berlalu pulang.
Akhtar merenung arah Aleeya yang berlalu pergi. Dia sudah mendapatkan jawapan kenapa gadis itu tiba-tiba muncul. Dan kehadiran gadis itu memberinya jalan, untuk menghiraukan rasa bersalahnya.
Tanpa mereka ketahui, seseorang telah memerhati dari jauh.
"ALEEYA" panggil satu suara. Dan Aleeya mengenali pemilik suara itu.
"Ya" Aleeya berpaling dan menyahut.
"Tak cukup ke abang awak je yang datang? Kenapa awak perlu datang? Awak lupa ke janji awak pada saya?" tanya Leyla.
"Saya pun tak nak datang. Tapi abang saya yang minta saya datang. Sebagai seseorang yang pernah mengenali Uzzam Akhtar, saya datang untuk menasihati dia. Tidak lebih dan tidak kurang. Dan, saya seorang yang berpegang pada janji. Mana mungkin saya lupa. Saya memang nak balik dah pun" jawab Aleeya bersahaja.
"Saya harap, ini bukan helah untuk awak bertemu Akhtar semula. Saya juga berharap awak dan ahli keluarga awak yang lain tidak akan berhubung lagi dengan Akhtar" kata Leyla tegas.
"If that so, consider it's done. Anything else?" soal Aleeya bersahaja.
"Ingat Aleeya, Akhtar tunang saya dan kami akan berkahwin. Jadi tolong jauhi diri awak dari kami" kata Leyla.
"Look okay. Saya tahu semua tu. Saya tak ada dan tak pernah berniat atau terlintas sikit pun nak mengganggu hubungan kamu berdua. Jangan risau, ini kali terakhir awak akan nampak muka saya" kata Aleeya tenang.
"Saya betul-betul cintakan Akhtar. Dia cinta pertama saya. Saya terlalu takut jika kehilangan dia" sayu nada suara Leyla.
Tersentak Aleeya dengan pengakuan gadis itu padanya. Aleeya segera berpaling, bersedia untuk pergi.
"Dia juga cinta pertama aku. Dan aku sudah lama kehilangan dia" bisik hati Aleeya pedih.
"Saya pergi dulu" putus Aleeya tidak mahu terlibat dalam masalah mereka berdua. Dia ingin segera berlalu.
"Aleeya" terhenti langkahnya apabila sekali lagi dia dipanggil oleh Leyla, namun dia tidak berpaling.
"Apa yang awak buat sehingga dia begitu sukar melepaskan awak dari hidupnya. Apa sahaja kata awak, nasihat awak semua dia turuti tanpa dipaksa" Leyla begitu cemburu dengan keadaan itu.
"Saya tidak pernah melakukan apa-apa. Jawapan itu hanya ada pada dia. Saya pergi dulu" pantas Aleeya berlalu sebaik habis berkata-kata.
Leyla merenung Aleeya yang berlalu. Dia sangat mencemburui apa yang dilihatnya tadi. Bagaimana dengan mudah Akhtar menuruti kata gadis itu membersihkan diri dan makan makanan yang dibawa olehnya. Sedangkan dia juga berusaha membuat perkara yang sama tetapi tidak diendahkan oleh Akhtar.
"Apa lebihnya dia? Apa kurangnya aku?" keluh Leyla.
Kelakuan dan perbualan mereka diperhatikan dan didengari oleh Hanim dan Laily. Begitu juga Eidlan yang kebetulan melalui kawasan itu untuk pulang.
Share this novel