MEREKA bersiap mengambil wuduk dan ke ruangan solat untuk sama-sama berjemaah menunaikan solat Zohor. Tidak lama kemudian, azan berkumandang dari masjid kampung itu.
Eidlan meminta Akhtar untuk menjadi imam. Azad dengan sendirinya offer diri untuk iqamat. Dan Akhtar tidak menolak permintaan itu, mereka solat berjemaah bersama sehingga selesai berdoa.
Eidlan mengambil tugas untuk menyapaikan sedikit tazkirah seperti kebiasaan mereka setelah solat berjemaah.
"InsyaAllah, harini tazkirah keluarga sakinah menuju jannah. Setiap dari kita ingin membina keluarga sakinah menuju jannah. Oleh itu, Islam sangat menitikberatkan ketenteraman jiwa kedua-dua belah pihak, ibu bapa dan anak-anak.
Anas r.a menceritakan: “Nabi s.a.w seorang yang berperangai halus dan penyayang.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain: “Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling banyak bergurau dengan isteri-isteri Baginda.” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dan Ibn Abi Dunia)
Aisyah r.a menceritakan: “Nabi pernah membaca al-Quran, sedang kepala Baginda berada si atas pangkuanku, padahal aku dalam keadaan haid.” (Riwayat al-Bukhari)
Kasih sayang dalam rumah tangga bukan setakat pada hubungan suami isteri. Malah ia juga melibatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Dengan kejadian pelbagai gejala sosial yang melanda ni, menjadi suatu yang amat mustahak untuk kita semua bermuhasabah sejauh mana keluarga kita subur dengan kehangatan kasih sayang.
Anak-anak yang rasa disayangi dan menyayangi ibu bapanya, akan lebih prihatin untuk menjaga nama baik keluarga dan sentiasa rasa bermotivasi untuk berusaha meraih kecemerlangan hidup.
Abu Umamah berkata: “Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang ibu dengan dua orang puterinya, seorang didukung dan seorang lagi dipimpin tangannya. Lalu Rasulullah bersabda: ‘Kamu ibu yang tabah dan penyayang. Apabila mereka (ibu-ibu) tidak derhaka kepada suami, maka sesiapa antara mereka yang menjaga solat pasti akan masuk syurga.” (Riwayat Ibn Majah)
InsyaAllah. Semoga kita semua menjadi seperti itu. Sentiasa ingat Allah, solat dan berdoa setiap yang kita inginkan mungkin Allah tidak akan tunaikan sekarang tetapi akan datang. Sentiasa bersangka baik dengan takdir qada' dan qadar dari Nya. InsyaAllah"
Eidlan menamatkan tazkirah pada waktu itu dengan membaca doa keluarga bahagia, Surah Al-Furqaan ayat 74.
Setelah selesai, mereka beredar ke ruang tamu. Puan Aliah, Aleeya dan Eryna serta Iris masuk bilik seketika. Emir juga kebilik dan mengambil guitar milik Eidlan, ingin membawa ke ruang beranda rumahnya, namun di tegur Eidlan.
"Nak pergi mana bawa guitar abang?" tanya Eidlan.
"Lepak beranda ni je, lepas tension jap. Jom bang goreng lagu" ajak Emir.
"Abang pun pandai main guitar?" tanya Irham.
"Sikit la. Minat belajar gitu-gitu je" jawab Eidlan.
"Jom la duduk luar, best juga ni dapat goreng lagu" ajak Azad teruja.
Iqmal dan Eidlan tertawa kecil mendengar kata-kata Azad.
"Jomlah.." Ajak Iqmal. Akhirnya mereka semua keluar ke beranda mendapatkan Emir yang sedang memainkan lagu You're still the one cover by Teddy Swims.
Bertepuk tangan mereka setelah habis Emir bermain guitar dan menyanyi. Aleeya dan Eryna yang tiba di ruang tamu membawa air minuman dan diletakkan disitu. Lalu mereka juga ke arah Eidlan dan yang lainnya di beranda luar rumahnya.
"Nak duduk sini ke? Nak duduk sini sayang ambil air letak sini" soal Eryna pada Iqmal.
"Sini je lah sayang. Lama juga tak tengok Emir dengan Eidlan goreng lagu" jawab Iqmal.
Aleeya dan Eryna berlalu mengambil dulang air dan buah-buahan di ruang tamu dan diletakkan ke meja ruang beranda. Mereka juga kemudian turut mengambil tempat di situ melihat Emir dan Eidlan bermain guitar. Eryna duduk di sisi Iqmal. Aleeya pula duduk di antara Eidlan dan Akhtar.
"Sayang, Faded" kata Eidlan sambil memetik guitar di tangan.
"Common Bunga, lama tak dengar ni" kata Emir.
"Ish dia ni tau. Segan la abang" kata Aleeya.
"Kakak pun da lama tak dengar Bunga, abang dengan Emir nyanyi macam ni" kata Eryna.
"Segan dengan kitaorang ke, ala anggap je kitaorang ni macam kanak-kanak riang tengok orang main guitar" kata Irham pula.
"Cepat sayang, nak masuk je ni" kata Eidlan.
Aleeya menuruti juga. Tidak lepas Akhtar memandang Aleeya sambil merakam video di handphonenya. Azad dan Irham juga tidak tersangka Aleeya pandai menyanyi dengan lenggok suara yang sesuai. Habis sahaja nyanyian Aleeya, riuh mereka menepuk tangan. Aleeya segan, Akhtar memberikan pandangan redupnya. Eidlan menyerahkan guitar pada Akhtar pula.
"Come on geng, boleh caras punya abang Eidlan ni" kata Azad. Ketawa sahaja mereka yang ada di situ.
"Main lagu apa?" tanya Akhtar.
"Always remember us this way" minta Emir.
"Bunga tahu lagu ni cover Caleb and Kelsey?" tanya Akhtar pada Aleeya.
"Favourite dia tu" kata Eidlan menjawab pertanyaan Akhtar. Aleeya hanya tersenyum segan.
Irham bersiap sedia dengan handphonenya untuk merakam moment itu. Azad di sebelahnya juga, menggunakan handphone milik Akhtar.
"Jom sekali. Nanti masuk tau" Akhtar mula memetik guitar dan menyanyi. Aleeya ikutkan juga permintaan Akhtar.
That Arizona sky burnin' in your eyes
You look at me and, babe, I wanna catch on fire
It's buried in my soul like California gold
You found the light in me that I couldn't find
So when I'm all choked up
But I can't find the words
Every time we say goodbye
Baby, it hurts
When the sun goes down
And the band won't play
I'll always remember us this way
Lovers in the night
Poets tryin' to write
We don't know how to rhyme
But, damn, we try
But all I really know
You're where I wanna go
The part of me that's you will never die
So when I'm all choked up
And I can't find the words
Every time we say goodbye
Baby, it hurts
When the sun goes down
And the band won't play
I'll always remember us this way
Oh, yeah
I don't wanna be just a memory, baby, yeah
Hoo, hoo, hoo, hoo
Hoo, hoo, hoo, hoo
Hoo, hoo, hoo, hoo, hoo
Oh, yeah
So when I'm all choked up
And I can't find the words
Every time we say goodbye
Baby, it hurts
When the sun goes down
And the band won't play
I'll always remember us this way, way, yeah
When you look at me
And the whole world fades
I'll always remember us this way
"Wow...hebatlah bang. Bunga nice lah. Best duet kalah Caleb/Kelsey Bunga tu" teruja Emir dengan gabungan suara Bunga dan Akhtar.
"Betul. Best duet. Rugi akak tak record" kata Eryna.
"Mana ada lah" Aleeya menidakkan.
"Nah Irham, goreng lagu memories" serah Akhtar pada Irham.
"Boleh, ramai-ramai jom" kata Irham.
Irham mula memetik guitar dan Azad pula mengambil handphone milik Irham yang diberi untuk merakam moment itu. Mereka semua ikutkan sahaja permintaan Irham. Setelah itu Akhtar, Azad dan Irham ingin meminta diri, namun ditegah Eidlan untuk menunggu sehingga minum petang.
Eidlan mengambil kesempatan itu untuk berbual bersama Akhtar tentang perkara yang diberitahu melalui panggilan telefon semalam.
Selepas itu Aleeya dan Eryna meminta diri untuk ke dapur. Mereka ingin menyediakan minum petang. Karipap, seri muka, cucur badak dan cek mek molek dihidang minum petang bersama air kopi dan teh o.
"SERONOK ibu tengok rumah meriah macam ni. Nanti bila-bila datang la. Tak perlu tunggu raya pun, ibu dah anggap macam anak-anak ibu dah ni" kata puan Aliah pada mereka ketika sedang menikmati minum petang di luar beranda rumahnya.
"InsyaAllah, mesti repeat. Ibu masak sedap-sedap" jawab Azad.
"InsyaAllah. Nanti kita orang nak datang kita orang bagitahu abang Eidlan" kata Irham pula.
Akhtar hanya membalas dengan anggukan dan senyuman. Dia juga selesa berada di samping keluarga Aleeya.
"Akhtar tidur sinikan?" tanya puan Aliah pada jejaka itu.
Terkejut semua yang ada, Eidlan simpan senyum. Akhtar dah tak terkata. Aleeya juga memandang Akhtar dengan pandangan meminta penjelasan.
"Ha'ah, Akhtar tidur sini. Bolehkan ibu. Dia ada urusan dengan Bunga" selamba Eidlan menjawab.
Azad dan Irham memandang Akhtar. Aleeya pula memandang Eidlan sudah serupa macam nak telan Eidlan. Eryna dan Iqmal simpan senyum, awal mereka telah tahu hal itu melalui ibunya.
"Boleh, nanti duduk bilik Bunga. Bunga nanti tidur dengan ibu. Ambil barang yang nak pakai siap-siap ya" kata puan Aliah.
"Kenapa bilik Bunga? Bilik abang dengan Emir kan ada" kata Aleeya dengan riak wajah yang memang tak boleh nak cover tahap terkejutnya.
"Bilik abang dengan bilik Emir penuh barang kan. Bilik Bunga paling sesuai" kata Eryna pula.
"Fine" jawab Aleeya sambil memberikan pandangan macam nak ditelan Akhtar waktu itu juga. Akhtar dah rasa serba salah.
"Tapi Akhtar tak bawa barang, baju semua tak bawa, ada kat rumah Irham. Tak apa kot, lagipun datang tadi satu kereta je" jawab Akhtar serba salah.
"Abang Iqmal boleh tolong hantarkan Irham dengan Azad. Nanti boleh ambil sekali baju dengan barang Akhtar" kata Iqmal pula.
Tidak tahu mahu membalas apa. Hanya senyuman serba salah yang terpamer di wajahnya. Aleeya pula memberikan riak wajah kosong. Akhtar tidak tahu cara mahu memberitahu Aleeya bahawa perkara itu terjadi spontan atas pelawaan Eidlan.
"Akhtar, seri muka favourite kau kan. Tapi ni sumpah sedap, lepas ni mesti kau rindu kuih ibu" kata Azad yang sedang makan kuih itu.
"La...favourite Akhtar ke? Sama la dengan Bunga. Tapi ni Bunga yang buat, bukan ibu. Resepi memang dari ibu, yang boleh buat Bunga je. Kakak pun failed tau" kata Eryna.
Segera diambil sepotong oleh Akhtar dan dia merasai kesedapan kuih itu yang dikatakan Azad. Betul kata Azad, sedap kena dengan citarasanya tidak terlalu manis dan tidak terlalu tanak pulutnya dan tepungnya juga tidak terlalu keras atau lembik.
"Sedap. Betul sedap sangat" kata Akhtar kemudian diambil lagi sepotong dan entah berapa potong. Sejak peristiwa kuih pemberian Leyla, Akhtar tidak mahu menyentuh kuih itu lagi. Namun kerana Akhtar tahu kuih itu hasil masakan air tangan Aleeya laju sahaja dia menikmatinya. Aleeya hanya memerhatikan sahaja tingkah Akhtar yang menikmati kuih hasil masakannya.
Setelah menikmati minum petang mereka menunaikan solat asar secara berjemaah sebelum Iqmal mahu menghantar Irham dan Azad pulang. Mujur juga hanya mengambil masa empat puluh lima minit dari rumahnya ke rumah Irham.
"Bunga pergi la berbual dengan Akhtar di gazebo, dia ada perkara yang mahu dibincangkan" kata Eidlan padanya.
Aleeya melihat Akhtar dan abangnya silih berganti. Sebelum akhirnya dia mengangguk kepalanya tanda bersetuju.
"Bunga simpan telekung dulu, kemas bilik sikit ambil barang pindah bilik ibu. Nanti Bunga ke sana" jawab Aleeya sebelum berlalu masuk ke biliknya.
"Akhtar tunggu Bunga dekat gazebo. Nanti Bunga datang sana. Jangan lupa pesan pada Irham baju dan barang Akhtar" Eidlan berkata pada Akhtar sebelum berlalu ke biliknya.
"Bincang baik-baik. Aku dengan Azad gerak dulu. Nanti aku pass barang kau semua pada abang Iqmal" kata Irham sebelum menaiki kereta Iqmal yang turut ditemani Emir dan Iris.
Akhtar ke arah gazebo dan duduk disitu, dia melihat handphonenya. Gambar dan video yang sempat di rakam apabila seharian dia di rumah Aleeya. Angin meniup sepoi-sepoi bahasa, cuaca yang redup dan pemandangan taman mini yang terjaga dan menarik. Perfect combination, segera dia rakam moment itu sebagai kenangan.
"ADA hal apa nak bincang dengan Bunga?" sapa Aleeya.
"Eh... Sorry tak perasan Bunga dah ada" jawab Akhtar yang sedikit terkejut dengan sapaan Aleeya yang berdiri di belakangnya.
"Bunga terkejutkan Akhtar ya. Sorry" ucap Aleeya yang kini berdiri di bahagian sisi gazebo pula.
"Kenapa berdiri kat sana. Macam mana nak bincang macam ni Bunga" kata Akhtar yang duduk di bahagian tangga gazebo itu.
Aleeya berjalan menghampiri sisi tepi tangga gazebo dan melabuhkan duduknya bersandar dibahagian tiang menghadap ke arah Akhtar.
"Macam ni okay? Ada hal apa Akhtar nak bincang" tanya Aleeya bersahaja.
"Hurm. Mesti marah ni, dah tukar panggilan ni. Marah sebab apa ni? Abang cuba nak faham Bunga marah sebab apa" kata Akhtar pada Aleeya seperti nada sedikit memujuk.
"Marah banyak sebab. First, tak bagitahu Bunga pun nak datang sini. Tahu-tahu je abang kata Akhtar nak sampai dah. Second, kenapa tidur sini. Third, apa hal yang penting sangat nak kena bincang tu" seperti kecewa sahaja nada suara Aleeya.
"Okay. Let me explain, soalan first. Abang call abang Eidlan semalam, bagitahu nak datang raya minta izin dia. Abang saja nak surprised Bunga, tapi nampaknya Bunga tak suka. Abang minta maaf. Second, abang tak plan nak tidur sini. Abang Eidlan offer semalam masa abang call tapi abang cakap tengok keadaan, sebab abang boleh stay rumah Irham. Third, it's about us my Bunga. Ni la yang abang nak cakap dan bincang dengan Bunga" Akhtar tenang menjawab persoalan Aleeya.
"Bukan Bunga tak suka, at least text ke apa bagitahu nak datang. Tak ada la Bunga macam terpinga-pinga bila abang Eidlan kata abang dah nak sampai rumah pagi tadi" jawab Aleeya jujur.
"I'm sorry my Bunga. Abang tak buat macam tu lagi next time. Dah tukar panggilan ni mood dah okay la kan. Boleh kita start our matters?" berhati-hati Akhtar bertanya.
"Hurm. Proceed" Aleeya juga tidak sabar ingin tahu perkara apa yang perlu dibincangkan mereka.
"Apa yang abang nak cakap ni, abang harap Bunga cuba terima dan fahamkan. Okay?" kata Akhtar lagi.
Aleeya hanya mengangguk tanda bersetuju.
"Abang nak kita berkawan secara serious. Tapi kita tak perlu bercinta, berjanji, bersumpah macam pasangan kekasih. Kita bukan kekasih, bukan juga bercinta. Tapi kita berkawan dengan niat dan matlamat bila sampai waktunya dan di izinkan Allah. Kita akan bersatu dalam ikatan yang halal. Abang nak kita saling menjadi seseorang yang istimewa pada diri kita berdua. Abang tak mahu berjanji, bersumpah setia, bercinta, kekasih macam yang ada-ada. Sebab abang takut kita akan sama-sama kecewa dan sakit, bila takdir cerita kita nanti tak akan menyebelahi dan izinkan kita bersama di akhirnya" Akhtar meluahkan apa yang perlu di sampaikan pada Aleeya.
Akhtar melihat tunak ke anak mata Aleeya sewaktu melafazkan niat hatinya. Aleeya yang mendengar pengakuan Akhtar pula melihat tepat ke arah anak mata jejaka itu mencari keikhlasan di setiap kata-katanya.
"Bunga faham maksud abang. Abang juga perlu bersetuju dengan apa yang akan abang dengar dari Bunga. Jika abang boleh terima. InsyaAllah Bunga juga akan bersetuju" Aleeya menyusun kata.
"Abang sedang mendengar" kata Akhtar serious.
"Selama kita serious berkawan. Tidak akan ada ketidak jujuran. Dikhianati itu lebih sakit dari ditinggalkan. Bunga mohon, berterus terang jika salah seorang dari kita mahu mengakhirinya. Dan terakhir, berkongsi apa jua yang perlu diketahui antara satu sama lain. Agar tidak ada salah faham di masa akan datang" kata Aleeya dengan wajah dan nada yang serious memandang Akhtar di hadapannya.
"Kita hanya perlu saling menjaga diri untuk satu sama lain. Tiada sekatan dan halang untuk setiap perkara yang kita lakukan. Hanya meletakkan istilah kita saling istimewa dalam hati masing-masing diantara semua yang ada. Paling utama sentiasa berdoa moga dipermudahkan urusan kita untuk bersatu di akhirnya. Abang tak akan janjikan ia mudah, juga tak akan katakan ia susah. Tapi selagi terdaya abang akan cuba tetap teguh dan pertahankan pilihan hati abang. Hati abang yang pilih Bunga" Akhtar menuturkan kata balasnya.
"Fahamlah Bunga dengan semua ini. InsyaAllah, Bunga terima dengan hubungan kita berkawan secara serious ini. Betul lah telahan Bunga selama ni, 'jaga diri Bunga untuk abang' untuk ini rupanya" kata-kata Aleeya menarik senyum di bibir Akhtar.
"Bunga faham rupanya. Lega hati abang" jawab Akhtar tenang.
"Gelaran awak bukan lagi abang tapi Arjuna. Arjuna untuk Bunga" Aleeya senyum sedikit setelah berkata-kata.
"InsyaAllah. Arjuna untuk Bunga. Tapi kenapa Arjuna? Abang tertanya-tanya" Akhtar melihat Aleeya yang tenang wajahnya.
"Bagi Bunga, Arjuna melambangkan seorang lelaki yang ikhlas. Ikhlas dalam setiap perkara. Terutama ikhlas dalam menerima setiap kekurangan seorang Bunga. Bertanggungjawab. Boleh membimbing Bunga ke jalan Nya. Menyayangi tanpa syarat. Melindungi tanpa gentar. Menenangkan dalam keresahan. Setia seperti lelaki sejati. Jujur dalam memberi" jawab Aleeya sambil merenung lembut pada Akhtar disebelahnya.
"Dengan izin Dia, abang akan sentiasa menjadi Arjuna untuk Bunga" Akhtar berkata yakin.
"Itu je hal yang nak kita bincangkan?" pertanyaan Aleeya membuatkan Akhtar tersenyap seketika.
"Ada satu hal lagi yang perlu abang beritahu Bunga. Tapi boleh Bunga beri abang masa? Selama itu, abang nak Bunga terus percayakan abang. Hanya teguh percayakan abang, walau apa pun terjadi" permintaan Akhtar pada Bunga.
"Nampak serious sangat isunya. InsyaAllah, Bunga cuba. Bila dah sampai masa untuk Bunga tahu. Bunga harap, waktu tu Bunga akan dengar semuanya dari abang sendiri" jawab Aleeya.
"InsyaAllah. Bunga, terima kasih untuk semuanya" kata Akhtar ikhlas.
"Terima kasih juga untuk semuanya. Bunga nak masuk, perlu tolong ibu di dapur untuk sediakan makan malam" Aleeya berpamitan sebelum bangun dari duduknya dan masuk ke dalam rumah.
"Kau istimewa Bunga, sungguh istimewa bagi aku. Tolong tetap teguh bersama aku, walau apa pun terjadi nanti. Hati aku yakin, takdir cerita kita akan membawa kita ke penyatuan di hujungnya" Akhtar berkata sendirian melihat Aleeya yang berlalu untuk masuk ke rumahnya.
Share this novel