Bab 86

Romance Series 36633

"KAU okay ke?" tanya Azizah pada Aleeya.

"Aku rasa penat lain macam. Lepas tu mengantuk je" kata Aleeya yang kelihatan sedikit lesu.

"Nah chocolate ice kaw yang kau minta. Macam orang mengidam je, chocolate dengan ice semata. Gula tak ada, krimer tak ada, susu tak ada" muncul Azlina pula dengan bebelan bersama air chocolate untuk Aleeya.

"Kau perasan tak kau tak ABC bulan lepas?" tegur Azizah.

"Ha'ah la Bunga. Kau tak cutikan bulan lepas?" sokong Azlina pula.

"Ye ke?" soal Aleeya hairan.

"Ni dah masuk bulan baru tau. Dah masuk minggu ke tiga. Kau tak cuti lagi kan?" kata Azizah lagi.

"Betul. Selalu kan timing kita dekat-dekat je" sokong Azlina pula.

Mereka bertiga saling berpandangan. Azlina dan Azizah pamer senyuman yang tidak dapat diteka Aleeya.

"Apehal kau orang senyum macam tu?" tanya Aleeya blur.

Azizah dan Azlina mendekat pada Aleeya.

"Eh! Kenapa ni?" tanya Aleeya hairan.

"Kau dengan dia dah" Azlina tidak habiskan ayatnya, namun jari telunjuknya di dekatkan bersama di hadapan Aleeya dengan nada seakan berbisik.

Aleeya blur. Masih tidak faham.

"Ish dia ni. Aku rasa nak sekeh je kepala tu" kata Azizah pula.

Aleeya masih tidak faham. Sesungguhnya, datang dah blur seorang Eshal Aleeya.

"Kau dengan dia dah bersama ke?" bisik Azizah di telinga Aleeya geram.

"Hahaha. Geli gila bisik-bisik ni" kata Aleeya sambil ketawa kegelian.

Azizah dan Azlina melihat Aleeya dengan keadaan menahan geram. Lain ditanya, lain pula yang dikatanya.

"Sorry. Hurm. Maluuuu" kata Aleeya setelah tawanya reda. Lalu mukanya ditutup menggunakan tangannya.

"Agak dah" serentak kata si kembar padanya.

"Weh. Test lah. Mana tau sangkut" kata Azlina pula.

"Kan. Test lah. Mana tau betul ada, dapat anak buah la kita" kata Azizah pula.

"Tak awal sangat ke? Macam awal sangat je" kata Aleeya pula.

"Kau ni. Dah macam ni punya pelik perangai pun tak sedar lagi" kata Azizah geram.

"Tak pe. Kejap lagi aku keluar delivery, aku singgah farmasi beli. Nanti kau test. Test je, ada Alhamdulillah. Tak ada tingkatkan usaha" kata Azlina pula.

"Sengal.." kata Azizah dan Aleeya serentak sebelum mereka ketawa bersama.

"Amboiii..gembira betul boss-boss kita ni. Husband akak datang tu kak Aleeya" kata Hana yang muncul mencari Aleeya di dapur kemudian hilang semula.

"Panjang umur, sampai dah pejuang kita" usik Azlina.

"Bengong la kau ni" kata Aleeya geram.

"Pergilah jumpa laki kau tu, kang nangis pula dia" usik Azizah pula.

"Lagi sekor. Aku lepuk kang. Nak pergi lah ni. Tapi rahsiakan eh, antara kita je ni" kata Aleeya pada si kembar. Airnya dibawa bersama.

"Jom makan. Tadi sayang kata nak makan Subway" kata Akhtar yang menunjukkan bungkusan ditangan sebaik Aleeya menemuinya.

"Jom naik office. Bunga segan nak makan depan staff" kata Aleeya pada suaminya. Mereka menuju ke pejabat Aleeya.

"Terima kasih belikan" kata Aleeya pada Akhtar sebaik melabuhkan duduk di sofa pejabatnya.

Laju sahaja tangannya membuka bungkusan makanan yang dibawa Akhtar. Teringin sungguh dia. Tidak menunggu Akhtar, dia berbismillah dan terus makan.

"Lapar sangat ke sayang? Tadi pagi tak makan ke?" soal Akhtar hairan dengan tingkah Aleeya yang sedikit lain di pandangannya.

"Sorry, Bunga makan. Cuma Bunga tak tahan sangat nak makan ni" kata Aleeya sambil menunjukkan sandwich Subway Chicken Teriyaki di tangannya.

"Irham, Elyn, Aira dengan Azad kirim salam. Dia orang say thanks sebab Bunga bagi hadiah untuk bakal baby dia orang" kata Akhtar pada isterinya.

"Ala. Mesti abang yang cakap kan" kata Aleeya seakan merajuk.

"Tak la sayang. Tadi semua pergi subway, masa kat sana dia orang asyik la tanya abang ke yang bagi. Abang cakap tak, pastu si Aira buka Instagram Bunga&Coklat. Nampak ada gambar bouquet diaorang tu, diaorang tahu la sayang yang bagi" jelas Akhtar.

"Oh. Lupa pula nak bagitahu Hana tak perlu up gambar yang tu. Tak apa lah, dia orang dah tahu pun" kata Aleeya pada Akhtar.

"Kenapa berhenti makan?" soal Akhtar hairan melihat tingkah isterinya yang sudah berhenti makan sejak tadi.

"Tak habis. Tiba-tiba rasa muak pula" kata Aleeya.

"Separuh pun tak sampai sayang makan tu" tegur Akhtar.

Aleeya sudah mencebik seperti hendak menangis apabila ditegur suaminya. Akhtar garu kepalanya yang tidak gatal apabila melihat keadaan Aleeya seperti mahu menangis itu.

"Okay-okay. Sorry. Tak apa lah tak habis. Nanti abang habiskan" Akhtar cuba memujuk Aleeya.

Sudah seminggu Akhtar perasan sikap Aleeya yang mudah terasa apabila ditegurnya. Teringin hendak makan sesuatu, namun apabila diperolehi. Hanya sedikit yang dimakannya, hairan sungguh dia. Aleeya sudah mula senyum semula, bagaikan tiada apa yang terjadi.

"Sayang. Are you pregnant?" soal Akhtar.

Aleeya yang terkejut menerima soalan itu, cuba menutup rasa berdebar yang hadir tiba-tiba.

"Eh! Mana ada lah" jawab Aleeya sambil menunduk tidak mahu memandang Akhtar.

"Bunga...." panggil Akhtar.

"I don't know" kata Aleeya perlahan kerana tidak pasti hal itu.

"Kita pergi check nak? Sayang lain sangat kebelakangan ni" cadang Akhtar.

"Hurm. Apa kata Bunga buat UPT je dulu nanti bila dah bersedia. Kalau tak pasti baru kita pergi klinik" putus Aleeya.

"Okay sayang" Akhtar tidak mahu membebankan perasaan isterinya.

Sementara Akhtar menghabiskan makanan. Always merebahkan kepalanya di pangkuan suaminya.

"Sayang, tak elok lepas makan terus baring macam ni" tegur Akhtar yang melihat Aleeya sudah memejamkan mata di pangkuannya.

"I'm too tired and sleepy" jawab Aleeya bersama rasa mengantuk yang cuba ditahan. Namun matanya tetap tidak mampu dibuka.

Tidak sampai hati mahu ditegah lagi melihatkan wajah lesu si isteri, Akhtar membiarkan sahaja.

"Mujurlah suami sayang ni masih sado. Kalau tak kerana class MMA dah boroi dah suami awak ni sayang" kata Akhtar pada dirinya sendiri.

Melihatkan Aleeya yang sudah terlena, Akhtar senyum sendiri. Semakin bahagia dia hidup bersama Aleeya. Malu-malu si isteri tetap ada. Manja seorang Eshal Aleeya hanya dia yang rasa. Rajuknya boleh tahan juga. Penyayang isterinya melalui perbuatan bukan kata-kata. Lebih menzahirkan rasa cinta dengan pelukan manja.

"Bunga..sayang.." kejut Akhtar.

"Sayang, abang dah lambat ni. Bangun sayang. Kita solat sama. Lepas tu abang nak kena balik office" pujuk Akhtar.

"Hurm. Jom" jawab Aleeya dengan mata terpejam dan malas sahaja nadanya. Namun dia tetap bangun dari pangkuan Akhtar.

"Abang ambil wuduk dulu. Bunga siapkan sejadah" kata Akhtar pada isterinya.

Aleeya bangun mengambil sejadah, lalu dibentangkan untuk Akhtar dan juga dirinya. Setelah Akhtar selesai, Aleeya pula keluar mengambil wuduk.

Sebaik salam diberi Aleeya kembali meletakkan kepala di pangkuan suaminya.

Akhtar senyum nipis melihat keadaan isterinya, comel. Tidak pernah Aleeya berkelakuan sebegitu sebelum ini.

"Duduk sayang, nak baca doa" tegur Akhtar sebaik habis berwirid.

Aleeya bangun dan menadah tangannya untuk mengaminkan bacaan doa Akhtar. Akhtar hulur tangan untuk bersalaman setelah selesai berdoa. Aleeya sambut dan kekura tangan Akhtar dicium. Akhtar melabuhkan ciuman diubun-ubun kepala Aleeya.

"Abang nak pergi office terus. Lewat dah ni" kata Akhtar sambil melihat jam dipergelangan tangannya yang menunjukkan jam 1.50 minit petang.

Aleeya menahan Akhtar, sengaja dipeluk erat suaminya.

"Abang lambat dah ni sayang" pujuk Akhtar yang membalas pelukan isterinya.

Aleeya melepaskan pelukannya. Sengaja dimuncungkan bibirnya tanda protest. Akhtar mendekatkan wajahnya pada wajah Aleeya. Dipagut lembut bibir isterinya, Aleeya juga membalasnya.

"Nanti sambung kat rumah" kata Akhtar sebaik dia melepaskan bibir isterinya. Aleeya sorok mukanya di dada Akhtar, malu.

"Hahaha. Abang pergi okay. Jaga diri Bunga untuk abang. I love you my Bunga" Akhtar cium dahi Aleeya sekilas sebelum berlalu pergi.

"Sedarlah Bunga. Kerja menanti" kata Aleeya pada diri sendiri.

"TERIMA kasih Pak Hassan untuk tempoh masa yang lama saya menjadi tetamu disini. Segala kebaikan dan nasihat Pak Hassan, InsyaAllah saya akan selalu ingat" kata Nazim pada imam Hassan.

"Sama-sama nak. Amalkan apa yang dipelajari disini. Terus berbuat kebaikan. Ingat selalu pada Tuhan" pesan imam Hassan pada Nazim.

"InsyaAllah. Ada masa saya datang melawat Pak Hassan. Boleh kan?" kata Nazim.

"Boleh nak. Boleh, InsyaAllah" kata imam Hassan.

"Mak Nah. Terima  kasih untuk masakan yang sedap-sedap sepanjang saya disini. Kalau sudi anggaplah saya seperti anak Mak Nah sendiri" kata Nazim pada puan Hasanah.

"Sama-sama nak. Mak Nah memang dah anggap kamu macam anak sendiri. Jaga diri ya nak. Tak ada tempat nak tuju, boleh cari Mak Nah dan Pak Hassan" wanita itu titip pesan.

"Terima kasih Mak Nah. InsyaAllah, ada kelapangan saya call bertanya khabar" kata Nazim pula.

"Nanti sampaikan salam dan maaf saya pada Jasmine ya. Tak sempat nak jumpa pagi tadi, tak sangka dia pergi awal hari ni" kata Nazim pada imam Hassan dan puan Hasanah.

"Dia jadi guru bertugas minggu ni. Itu yang keluar awal pagi. InsyaAllah, nanti Pak Hassan sampaikan. Kamu jangan bimbang lah, Jasmine tu nampak je kasar tapi hatinya mudah lembut" kata imam Hassan.

"Kami gerak dulu ya Pak Hassan" kata Darius pula.

"Ya, hati-hati memandu" pesan imam Hassan lagi.

Mereka mula meninggalkan perkarangan rumah imam Hassan.

"Kau dah ready nak masuk office semula?" tanya Darius pada Nazim.

"InsyaAllah, dah bro. Papa dengan mama sihat?" tanya Nazim pula.

"Alhamdulillah. Dia orang happy dengan perubahan diri kau dengan kerja dan project kau urus berjalan lancar. Dia orang cuma rindukan kau. Sentiasa tanya bila kau nak pulang ke rumah semula" cerita Darius lagi.

"Mama mesti terasa dengan sikap aku masa hadir ke mahkamah, waktu aku dan Kaisara bercerai. Aku tak niat pun nak buat macam tu, cuma waktu tu aku betul-betul belum bersedia nak berdepan dengan mereka. Aku malu" kata Nazim pada Darius.

Teringat bagaimana dia mengelak untuk bertemu dengan mama dan papanya. Terdengar lagi mamanya yang memangil nama dia berulang kali. Namun dia cepat sahaja berlalu pergi ketika itu.

"Mama faham. Aku dah jelaskan. InsyaAllah, kau cuma perlu balik untuk jumpa mereka. Staff bergosip pasal kau sebelum ni, tapi semua tu dah dicaras baik punya oleh Kak Murni dan Mimie. Boleh geng rupanya dia orang tu" kata Darius pula.

"Sorry aku tak datang majlis kau. Nanti kau nak honeymoon pergi mana aku sponsors, pilih je tempat" kata Nazim pula.

"Elok. Kita orang pun tak bercuti honeymoon lagi. Tak sempat sebab busy pindah rumah dan dia tolong cover kerja Murni. Cepat belajar rupanya wife aku tu. Mujur la dia ada basic kerja administration" kata Darius pula.

"Nanti kau boleh la cuti honeymoon. Bulan depan ke. Tapi jangan la lama sangat, kesian Murni. Paling lama seminggu, lebih aku reject" putus Nazim.

"Cis. Kau cuti lama boleh pulak" kata Darius.

"Aku kan boss" jawab Nazim selamba.

"Cuti apanya. Kau hantar fail tiga hari sekali. Meeting online lagi. Cuti macam tak cuti juga" kata Nazim.

"Apa khabar agaknya Aleeya" luah Nazim tiba-tiba.

"Dia sihat dan baik-baik sahaja. Last weekend dia setup decorations and supply dessert untuk jamuan charity company kita dan company Datin Syariffah di rumah anak yatim Sinar Kasih. Husband dia sesekali akan turut serta bantu dia bila weekend program, macam last week tu suami dia ada" cerita Darius.

"Macam mana kau tahu?" soal Nazim lagi.

"Mesti la aku berbual dengan husband dia. Akhtar rupanya memang bertugas sebagai pegawai agama bahagian unit penguatkuasaan. Dan kes kau tu dia pun syak kau kena setup dengan Kaisara cuma tak cukup bukti, dan kes Kaisara kena tangkap bulan lepas tu. Sepatutnya dia ada, tapi dia bercuti waktu tu" cerita Darius.

"Aleeya macam mana? Nampak dia bahagia?" soal Nazim sekadar ingin tahu.

"Yang aku nampak dia orang bahagia, walaupun kelakuan dia orang tu nampak biasa je. Tapi nampak la dari pandangan mata, dia orang saling menyayangi" kata Darius lagi.

"Alhamdulillah. Aku memang doakan dia orang bahagia. Aku rasa berdosa pula bila aku lemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pada mereka dahulu" luah Nazim.

"Dia orang okay la. Dua-dua ada tanya khabar kau. Aku cuma cakap InsyaAllah, kau baik-baik sahaja" kata Darius lagi.

"Lega aku. InsyaAllah, one day nanti aku akan jumpa mereka juga. Aku mengantuk la bro. Aku lelap kejap, nanti kau penat kita tukar" kata Nazim yang sudah mula memejamkan matanya.

"Okay" jawab Darius dan meneruskan pemanduannya.

"DAH belum?" tanya Azizah.

"Dah. Jap" jawab Aleeya.

"Mana?" tanya Azlina pula sebaik Aleeya keluar dari tandas.

"Aku takut nak tengok. Kau orang la tengok, aku letak kat sinki" kata Aleeya.

"Dia ni la" kata Azizah geram.

"Meh aku tengok" Azlina menolak Aleeya dan Azizah ketepi untuk masuk ke dalam tandas.

"Haaaaa...ada.." kata Azlina teruja.

"Apa yang ada?" tanya Azizah.

"Line. Ada dua" kata Azlina yang keluar bersama UPT di tangannya.

"Aaaaa....." jerit mereka bertiga sambil terlompat-lompat gembira.

"Weh. Jangan lompat" tegur Azizah, terus mereka bertiga berhenti serta merta.

"Nasib baik semua dah balik" kata Aleeya.

Handphone Aleeya berbunyi. Mendengar nada dering sahaja sudah tahu siapa pemanggilnya.

"Hah. Yang dah balik tu call nak suruh kau balik la tu. Baik kau jawab cepat" kata Azlina pula.

"Assalamualaikum" segera Aleeya menjawab panggilan Akhtar.

"Nak balik dah ni. Nak tutup kedai dah. Jumpa kat rumah" Aleeya menamatkan panggilan.

"Dah jom balik pukul 10.30 malam dah" kata Azizah.

"Rahsiakan okay" pesan Aleeya.

"Dah tu tak nak bagitahu Akhtar?" soal Azlina.

"Bagitahu, balik ni aku bagitahu. Aku tunjuk ni sekali. Cuma dengan staff aku tak ready lagi. Lepas aku bagitahu family both side, baru aku bagitahu dia orang" Aleeya ambil UPT tadi dan disimpan dalam handbag miliknya.

"Hati-hati memandu" pesan Azizah. Sebaik mereka menaiki kereta masing-masing.

Ketika hampir sampai di persimpangan jalan rumah Akhtar. Kereta Aleeya telah dilanggar dengan sengaja oleh sebuah kereta Hyundai Elantra. Aleeya yang tidak menjangkakan itu tidak dapat mengawal keretanya dengan baik.

"Streeeetttttt..." bunyi geseran tayar dan jalan.

Kereta Aleeya berpusing. Mujur juga tidak terbalik dan jalan waktu itu kurang kenderaan. Kenderaan yang ada mengelak dari merempuh dan dirempuh Aleeya. Hyundai Elantra itu terus meninggalkan kawasan itu sebaik melanggar kereta yang dipandu Aleeya.

"Cik..." datang beberapa orang awam mengetuk cermin tingkap kerana cuba membantu sebaik kereta Aleeya berhenti berpusing.

Aleeya yang masih terkejut seperti terkaku. Ketukan di cermin kereta membuatkannya tersedar dimana dia berada. Aleeya buka tingkap keretanya.

"Cik okay? Keluar cik bahaya ni" kata salah seorang lelaki yang turut membantunya.

"Okay. Saya okay. Baik, saya keluar" jawab Aleeya terketar-ketar kerana masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya.

Aleeya capai handbag lalu keluar dari keretanya dan berjalan ke arah tepi jalan raya.

"Ada sesiapa yang boleh cik hubungi. Nak kena ada polis datang ni. Kes langgar lari ni. Kereta saya ada dash cam, rekod video kemalangan yang terjadi ni saya ada" kata seorang lagi lelaki yang membantunya.

"Ada. Saya call suami saya sekejap" terketar tangan Aleeya mengambil handphonenya.

"Hello. Abang..." sebaik mendengar suara Akhtar, Aleeya menghamburkan tangisannya.

"Sayang..sayang kenapa ni?" gelisah Akhtar mendengar suara isterinya. Hatinya tidak tenang sejak maghrib tadi apabila Aleeya masih belum pulang.

"Abang datang sini. Bunga accident" kata Aleeya yang melilau melihat keadaan sekeliling. Fikirannya tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Sayang kat mana? Sini tu mana? Cuba jelaskan perlahan-lahan. Abang datang sekarang" kata Akhtar yang sangat bimbang keadaan isterinya.

"Sekejap abang" kata Aleeya.

"Encik, tolong cakap dengan suami saya" kata Aleeya pada salah seorang lelaki yang membantunya tadi.

"Hello. Encik.." lelaki itu bercakap dengan Akhtar seketika.

"Nah. Sekejap lagi suami awak sampai. Awak tunggu sini sekejap" kata lelaki itu kemudian berlalu ke keretanya.

Aleeya masih keliru dengan kejadian yang terjadi. Masih menggigil tubuhnya.

"Nah dik. Minum air ni" datang seorang wanita bersama lelaki tadi, mungkin isterinya.

"Terima kasih" kata Aleeya, terketar tangannya menyambut air mineral pemberian wanita itu.

"Kuatkan semangat ya. Akak ada teman adik" kata wanita itu.

Tidak lama Akhtar sampai ditempat kejadian kerana tidak jauh dari umahnya. Polis juga telah tiba.

"Sayang" Akhtar mencari isterinya terlebih dahulu.

"Abang.." sekali lagi luruh air mata Aleeya melihat suaminya.

"It's okay..abang ada ni" Akhtar peluk tubuh Aleeya yang masih menggigil kerana terkejut.

"Jom. Sayang masuk kereta abang dulu. Abang settle apa yang patut" Akhtar pimpin Aleeya hingga ke keretanya.

"Sayang tunggu sekejap okay. Abang ada" Akhtar cium sekilas dahi Aleeya sebelum berlalu.

Hampir setengah jam Aleeya menanti. Akhtar kembali ke keretanya.

"Kita pergi balai buat report. Mujur abang tadi tu sudi bagi rekod dash camera dia. Kereta sayang, syarikat insurance dah hantar wakil towing bawa ke bengkel. Sayang okay? Nak pergi klinik?" tanya Akhtar prihatin sebelum memandu untuk ke balai polis.

"Kena pergi. Anak kita" kata Aleeya perlahan. Perutnya di pegang sedari awal dia duduk di dalam kereta.

"Apa sayang? Anak kita?" soal Akhtar inginkan kepastian apa yang didengarinya, tangan Aleeya dicapai dan digenggam.

Aleeya mengangguk berkali-kali.

"Anak kita. Bunga takut" jawabnya bersama air mata yang berjuraian di pipi.

"Jangan menangis sayang. Okay, jom kita ke klinik buat pemeriksaan" putus Akhtar, dia juga bimbang. Segera keretanya dipandu menuju ke arah klinik berdekatan.

"Jangan bimbang. Fetus di dalam kandungan puan selamat. Bila tarikh kali terakhir puan datang bulan, first day?" tanya doctor bernama Maryam itu ketika sedang melakukan ultra sound pada Aleeya.

"Erm. 21th April" jawab Aleeya.

"Okay. Sekarang dah 25th June. Usia kandungan baru 9 weeks 3 day, due jangka January 25th. Kandungan pun masih baru, puan perlu berhati-hati ya selepas ini. Nanti boleh buka buku pink pregnancy ya. Jom kita ke sana" kata doctor Maryam lagi.

Akhtar membantu Aleeya untuk bangun dari pembaringannya. Di pimpin Aleeya menuju ke meja doctor Maryam.

"Puan mesti terkejut ya dengan kemalangan yang berlaku tadi. Puan jangan bimbang ya, keadaan puan dan baby baik-baik saja. Cuma puan akan alami sedikit trauma, yang itu puan sendiri perlu atasinya. Jika masih gagal, mungkin puan perlukan khidmat psychiatry" nasihat doctor itu.

"Saya cadangkan puan berehat sehari dua. Puan berkerja? Jika perlukan MC saya akan sediakan" kata doctor Maryam.

"Tak apa doctor. Saya berkerja sendiri" jawab Aleeya.

"Encik perlu pantau ya keadaan isteri encik. Dia tak boleh terlampau stress. Bimbang akan menjejaskan kandungan nanti, berikan sokongan. Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian adalah emosi isteri. Ini anak pertama kan? Perubahan emosi ni kerana perubahan hormone yang berlaku pada dia. Jadi, sentiasa berikan sokongan pada isteri ya. Itu sahaja buat masa ini" nasihat doctor itu lagi.

"Terima kasih doctor" kata Akhtar dan Aleeya serentak.

SUDAH berminggu dia memerhati dan mengekori Aleeya untuk menjalankan rancangan jahatnya. Namun dia tersilap percaturan kali ini. Wanita itu tidak mati seperti yang dirancangnya.

"Celaka!!! Kenapa tak mati je terus!" kata Kaisara geram.

"Tak apa. Aku akan pastikan kau mati" nekad Kaisara yang hilang pertimbangan.

"Sial lah!!!" katanya lagi.

"Kau tak akan dapat Nazim! Dia hak aku! Milik aku!" kata Kaisara beremosi.

Dia memandu laju menuju ke rumah condominium miliknya. Dia perlu membuat perancangan lain. Yang pasti dia sangat berdendam dengan wanita itu.

"Sebab kau, semua orang tinggalkan aku! Sebab kau, aku hilang segalanya! Semuanya sebab kau!!!" jerit Kaisara melepaskan rasa amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience