Bab 74

Romance Series 36633

"MAAFKAN pihak kami kerana tidak dapat meneruskan majlis pernikahan dan persandingan seperti yang telah kita rancangkan" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"Kami juga mohon maaf atas apa yang terjadi. Dengan ini, secara rasminya pertunangan antara anak saya Nazim Ilman dan juga Eshal Aleeya telah berakhir" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin lagi.

"Perkara sudah terjadi, kami reda dengan ketentuan Tuhan" kata puan Aliah.

"Kami akan berikan ganti rugi untuk segala persiapan sebagai tanda mohon maaf kami" kata Datin Seri Afina.

"Tak perlu. Boleh saya tahu kenapa Nazim tidak turut serta" Aleeya menolak pemberian pihak mereka.

"Nazim tidak bersetuju untuk memutuskan pertunangan ini. Tetapi kami tiada pilihan. Pihak sana mendesak untuk mereka disatukan, jika tidak reputasi syarikat kami menjadi taruhan" berat Datin Seri Afina menyampaikan hakikat yang terjadi.

"Bagaimana sampai boleh terjadinya perkara itu?" soalan puan Aliah menyentak hati Datin Seri Afina.

"Nazim dan perempuan itu berkerjasama untuk sebuah tender project yang besar. Sebenarnya untuk mengelak apa-apa kejadian berlaku. Murni ditugaskan untuk sentiasa mengikuti Nazim jika urusan diluar. Tapi pada hari kejadian sepertinya pergerakan mereka telah diatur, Murni terpaksa untuk menjadi wakil Nazim menemui salah seorang lagi client untuk project yang lain. Dan Nazim pula sepatutnya perlu berjumpa dengan seorang wakil lain dari syarikat perempuan itu berkerja. Setibanya dia di hotel tersebut, dia telah menanti dan diberikan air oleh pelayan hotel. Menurut Nazim selepas beberapa minit dia minum dan menanti wakil syarikat yang masih belun muncul. Dia terasa seperti mahu pengsan dan merasakan seperti terlalu mengantuk. Saat itu Kaisara muncul, katanya dia menggantikan wakil syarikat mereka. Nazim berusaha untuk meninggalkan hotel pada waktu itu, namun keadaannya tidak mengizinkan. Dia terus pengsan tidak sedarkan diri. Dan seterusnya, dia sedar apabila terasa seperti lenanya terganggu. Sewaktu dia sedar, keadaan yang terjadi seperti yang kita semua tahu. Saya malu, kami malu. Tapi kami tiada pilihan melainkan mengikuti kehendak mereka. Banyak periuk nasi yang perlu kami pastikan terjaga. Kerana itu, kami terpaksa memilih keputusan ini. Maafkan auntie, Aleeya" Datin Seri Afina menjelaskan keadaan sebenar yang menimpa anaknya.

"Tak mengapa. Auntie lebih tahu apa yang terbaik untuk menyelamatkan syarikat dan pekerja syarikat" jawab Aleeya tenang.

"Aleeya..Nazim tak buat semua tu. Uncle percaya dan uncle yakin semua itu. Cumanya kami tidak boleh mementingkan diri sendiri. Maaf ya nak" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin pada Aleeya.

Aleeya diam membisu. Dia juga masih keliru. Namun, keputusan telah pun mereka ambil. Dia reda dan pasrah semua ketentuan Tuhan padanya.

"Kami minta diri dahulu. Maafkan pihak kami sekali lagi" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin pada keluarga Aleeya.

Sebaik mereka pulang. Aleeya meminta ahli keluarganya berkumpul semula.

"Bunga nak minta maaf pada ibu dan semua. Maafkan Bunga kerana memalukan keluarga ini" sebak nada bicaranya.

"Bukan salah Bunga. Ini semua qada' dan qadar dari DIA nak" ibunya memujuk.

"Majlis, kita akan teruskan seperti biasa. Tak mengapa Bunga tiada pasangan. Tak mengapa jika banyak mulut yang akan mengata. Bunga sudah reda dan pasrah dengan keadaan ini" kata Aleeya kemudian berlalu pergi.

"Bunga...Bunga.." panggilan Eidlan diabaikan olehnya.

"Apa kita nak buat ni ibu? Terluka benar hatinya" soal Eidlan. Sejak peristiwa di hotel itu, Aleeya kurang makan dan masanya sentiasa dihabiskan di dapur kedainya. Tidak bercakap mahupun bergurau senda. Sepi dan beku seperti hari ini juga.

"Adik ada satu idea. Tapi ini agak melampui akal juga" kata Emir tiba-tiba.

"Apa dia dik?" soal Eryna.

"Abang Akhtar, dia tak jadi kahwin kan? Plus dia pun masih suka and sayangkan Bunga. Apa kata kita jodohkan aje mereka. Sebelum ni pun, kita tahu Bunga sering menolak orang lain kerana dia. Dan dengan abang Nazim pun, dia ikut pilihan ibu. Kan?" kata-kata Emir cuba dihadam oleh semua.

"Nampak macam Bunga pula yang terdesak" kata Iqmal pula.

"No la sayang. Akak faham apa yang Emir cuba maksudkan. Akak setuju dengan cadangan  Emir. Eidlan cuba call Akhtar" putus Eryna.

"Bunga setuju ke nanti? Dia dah terluka teruk kak. Abang bimbang dia semakin jauh terluka" bimbang Eidlan.

"Ibu juga bimbang, tapi ibu lebih bimbang jika dia terus menutup hatinya selepas ini" kata puan Aliah pula.

"Jadi ibu setuju dengan cadangan dia orang ni?" soal Eidlan semula.

"Ya dan tidak" kata puan Aliah pula.

"Abang, call la Akhtar. Kita bincang bersama" pujuk Eryna.

"Jom kita ke bilik ibu, abang call Akhtar, kita bercakap di dalam sana" putus ibunya.

"UMMI.. Abi.." Akhtar mulakan bicaranya.

"Akhtar nak minta izin dan restu ummi dan abi. Akhtar ingin bernikah dengan gadis yang Akhtar suka suatu masa dulu" katanya lagi.

"Ummi dan abi jangan salah faham. Akhtar akan jelaskan semuanya. Jika ummi dan abi izinkan, majlis yang berlangsung di sebelah perempuan akan diadakan minggu hadapan" Akhtar menanti reaksi kedua orang tuanya sebelum dia meneruskan penjelasan mengenai hal tersebut.

"Awalnya. Kenapa cepat sangat? Kamu baru putuskan pertunangan dengan Leyla. Sekarang kamu kata, kamu nak berkahwin pula dengan gadis yang kamu suka" tempelak umminya.

"Tenang Aini. Kita dengar dulu apa yang Akhtar nak jelaskan" kata abinya pula.

"Akhtar akan jelaskan semuanya" kata Akhtar, lantas bercerita kejadian yang menimpa Aleeya.

"Jadi, tadi mereka ada call Akhtar. Bertanya jika Akhtar masih mahu meneruskan hubungan yang pernah terputus dahulu. Mereka bertanya jika Akhtar sudi untuk memperisterikannya. Sejujurnya hati Akhtar masih mahukan dia, jika ada peluang untuk meneruskan rancangan Akhtar untuk menghalalkannya. Akhtar mahu ambil peluang itu, kerana rasa kasih Akhtar pada gadis itu masih ada" Akhtar membicarakan soal hatinya pada kedua ibu bapanya.

"Gadis itu setuju?" soal abinya.

"Hatinya terluka lebih dalam abi. Sehingga memutuskan untuk tetap meneruskan majlis tanpa mengubah apa-apa rancangan yang telah diatur sejak awal lagi. Ibunya bimbang jika itu adalah cara untuk gadis itu terus menutup pintu hatinya" jawab Akhtar.

"Ummi nak tengok orangnya" kata puan Nuraini.

"Akhtar tunjuk pada ummi media sosialnya ya. Akhtar tiada gambar gadis itu" lalu Akhtar membuka Instagram Bunga&Coklat.

"Ini orangnya. Kedai itu miliknya" jelas Akhtar sebaik menunjukkan gambar-gambar Aleeya yang terdapat di Instagram itu.

"Jika ummi dan abi setuju. Apa yang akan kamu rancangkan?" soal puan Nuraini.

"Majlis pernikahan dan persandingan dilakukan pada hari yang sama. Majlis disini akan dilakukan apabila keadaan mengizinkan. Segala keperluan majlis disana akan diuruskan oleh kakaknya, Akhtar akan memberikan perbelanjaan yang Akhtar mampu. Ahli keluarga kita hanya perlu bersedia untuk hari majlis" terang Akhtar.

"Jika gadis itu menolak. Malu kita nanti" kata abinya.

"Akhtar juga ada fikirkan hal yang sama. Tetapi dari apa yang diceritakan, Akhtar ada sedikit keyakinan gadis itu tidak akan menolak" katanya lagi.

"Kamu bercinta dengan dia dahulu?" soal umminya tiba-tiba.

"Tak ummi. Kami hanya berkawan. Tapi, Akhtar ada nyatakan Akhtar serious ikhlas berkawan dengannya dahulu. Sebelum berlakunya kejadian Akhtar mahu dijodohkan" jelas Akhtar tanpa berselindung.

"Abi tak ada masalah. Jika kamu rasa ini yang terbaik untuk diri kamu" kata encik Usaid Akram.

"Ummi?" tanya Akhtar pada puan Nuraini.

"Terpulang kamu lah. Jika ini pilihan kamu, ummi harap dia mampu menerima kamu dan kami seadanya. Ummi harap dia jauh lebih baik dari pilihan jodoh ummi yang kamu tolak" kata-kata puan Nuraini memberi kegembiraan buat Akhtar.

"InsyaAllah. Akhtar juga harap ini yang terbaik dari DIA. Akhtar akan uruskan semuanya. Terima kasih ummi dan abi" kata Akhtar kemudian berlalu untuk menghubungi semula Eidlan.

"KAU memang sengaja perangkap aku kan?!" jerkah Nazim pada Kaisara.

"I buat apa? You yang tiba-tiba cakap mengantuk sangat, bawa you masuk bilik" selamba Kaisara menjawab kata-kata Nazim.

"Itu semua alasan kau! Macam mana kau boleh ada kat hotel tu? Sepatutnya aku jumpa wakil dari syarikat kau bukan jumpa kau. Macam mana aku boleh ada dalam bilik tu dengan kau?! Tak berpakaian! Ini semua perangkap kau!" hilang pertimbangan dan tidak mampu mengawal amarahnya terhadap wanita dihadapannya itu.

"I datang menggantikan wakil syarikat i. Dia ada urusan lain secara tiba-tiba. You yang heret i dalam masalah ni. Dah gunakan i, you tak nak mengaku pula" Kaisara masih mereka-reka cerita untuk menutupi rancangannya.

"I ingat dengan jelas! Semuanya!" jerit Nazim.

"Oh really? Jadi you ingat lah yang you mulakan aksi bermesra dengan i?" kata Kaisara tersenyum sinis.

"I tak buat!" kata Nazim tegas.

"Video tu buktinya. You sendiri tengok. Masih nak nafikan lagi" Kaisara masih berpura-pura.

"Itu semua sampah! I tak akan kahwin dengan you!" marah Nazim.

"Nazim kena kahwin dengan Kaisara. Jika tidak semua ini akan tersebar. Syarikat kamu yang akan terima akibatnya" muncul Dato' Khalas ketika Nazim berbalah kata dengan Kaisara.

"Saya tak buat semua tu. Anak uncle yang perangkap saya. Seperkara yang saya ingat, anak uncle dah biasa tidur dengan mana-mana lelaki tapi bukan dengan saya" kata Nazim kemudian berlalu keluar.

"Biadab! Kamu melampu Nazim Ilman!" jerit Dato' Khalas pada Nazim yang sedang keluar dari rumahnya.

Kaisara simpan senyum. Akhirnya rancangannya berjaya. Dia sangat beruntung kerana ibu bapanya menyebelahinya kali ini.

"Yang kamu ni tergilakan sangat lelaki biadab macam tu kenapa. Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni yang kamu boleh pilih. Kamu dah bagi daddy malu lebih teruk kali ini. Pastikan kamu kahwin dengan dia. Jika tidak daddy tak akan mengaku kamu anak daddy" marah Dato' Khalas pada anaknya.

"We will get married tomorrow daddy, as planned. Don't worry" jawab Kaisara selamba lalu beredar ke biliknya. Ada perancangan lain yang harus disusun. Dia perlu segera bertindak. Jika tidak pasti Nazim akan mengubah rancangannya dengan tindakan tidak terduga lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience