"ASSALAMUALAIKUM. Ibu kita orang dah balik" Emir memberi salam.
"Wa'alaikumsalam. Nasib baik balik awal. Ibu dah ready rotan tadi nak libas kau orang kalau lambat" selamba Eryna menyahut.
"Kakak! Lama dah ke sampai?" menjerit suka Emir melihat Eryna yang berada di dapur.
"Ee..perangai dah bujang pun mengada. Tadi lagi dah sampai. Akak nampak masa adik dengan abang keluar naik motor dari rumah tadi" tangan menyambut huluran salam si adik.
"Lah yeke. Kereta tak ada pun. Akak naik apa?" Emir melihat ke arah luar mencari jika dia yang tidak perasan kenderaan kakaknya itu.
"Kereta lah. Abang Iqmal keluar sekejap pergi kedai bawa Iris, dia minta aiskrim" jawab Eryna.
"Oh, patutlah. Ibu mana?" tangan Emir mencapai sepotong kuih seri muka.
"Ada dalam bilik baru je masuk bilik. Tak tahu siapa call, handphone dia bunyi tadi." Eryna turut serta menjamah kuih di atas meja.
"Assalamualaikum. Eh, kakak dah sampai. Adik, tak mandi lagi?" sapa Eidlan yang baru masuk dari pintu dapur.
Tersengih sahaja Emir apabila di tegur abangnya yang baru sampai.
"Adik, tolong Bunga kejap" panggil Aleeya di luar rumah.
"Ye, datang" jawab Emir.
"Abang masuk mandi dulu kakak. Nanti kita masak sama-sama macam selalu" terus Eidlan berlalu masuk ke biliknya.
"Kakak! Rindunya" berlari anak Aleeya mendapatkan Eryna.
Sengaja Aleeya memeluk kakaknya dengan pakaian yang masih basah.
"Basah lah sayang. Sengaja tau dia ni" Eryna menjawab, namun dibalas juga pelukan Aleeya itu. Dia juga rindu dengan adiknya.
"Ala..sikit je pun. Bunga bersih diri dulu. Kejap lagi kita masak sama-sama" ciuman sekilas diberi di pipi Eryna.
RIUH rendah rumah dengan suara mereka yang saling mengusik antara satu sama lain. Bersama-sama melaksanakan tugas memasak di dapur.
Selesai memasak makan tengah hari bersama. Kesemua mereka bersiap untuk menanti azan dan menunaikan solat jemaah bersama.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. QS ALI IMRAN:159"
"Jadi ucapkan Alhamdulillah lebih kerap tanda kita bersyukur dengan rahmat dari Nya yang tidak putus-putus diberikan kepada kita. Berlemah lembut lah sesama kita adik beradik. Kalau ada salah dan silap, tersalah faham kat mana-mana, kita bincang baik-baik. Kekalkan hubungan kekeluargaan yang rapat macam ni sampai ke akhir nafas kita yang ada. Bolehkan semua? InsyaAllah, semoga hidup kita lebih di berkati" kata Iqmal sebagai penutup tazkirah tengah hari itu.
Begitulah rutin setiap kali selesai solat berjemaah di setiap waktu. Akan diselitkan sedikit tazkirah, sebagai pesanan untuk saling mengingatkan diri masing-masing tentang banyak perkara dalam hidup. Agar mereka lebih bersatu hati, saling menyayangi, mensyukuri nikmat tuhan, mengingati ujian yang mungkin Tuhan akan berikan.
"Alhamdulillah. Dah jom pergi makan. Kakak dengan Bunga tolong hidang makan. Abang dengan adik kemas sejadah semua ni" arah puan Aliah.
"Baik Puan Aliah" serentak Eryna dan Emir menyahut.
Terletus ketawa kesemuanya. Iris juga sama. Puan Aliah hanya menjeling geram. Tak tertahan juga dibuatnya dengan kerenah anak-anak, tersenyum sama juga dia. Keletah anak-anak yang mengisi jiwa.
Selesai makan, urusan mengemas pula dibahagi sama rata. Mana yang mencuci, mana yang mengelap pinggan mangkuk, mana yang ambil tugas buang sampah, mana yang ambil tugas mengemas meja. Tugas kerja rumah lelaki dan perempuan sama tiada beza, begitulah didikan puan Aliah dan arwah suaminya.
Petang itu semua ahli keluarganya keluar meronda kampung, Eryna bersama keluarga dan ibunya menaiki sebuah kereta. Manakala Aleeya serta abang dan adiknya menunggang motorsikal. Mereka minum petang di warung Pak Rahim. Menikmati ABC dan berjenis rojak di kedai itu.
"Seronok Pak Rahim tengok kau orang anak beranak ni. Dari dulu sampai sekarang, bersama aje pergi mana-mana. Beruntung arwah ayah dan mak kamu ada anak-anak macam kamu ni. Sentiasa jaga hubungan kekeluargaan. Orang zaman sekarang ni banyaknya hal masing-masing, urusan masing-masing" tegur Pak Rahim pada mereka sekeluarga.
"Arwahnya yang ajar kami supaya sentiasa bersama, bakti pada ibu selagi mampu. InsyaAllah, kami teruskan amanah dan pesan arwah. Doakan kami Pak Rahim" Eidlan membalas sambil tersenyum.
"Adik, macam mana dah ready exam ni?" Eryna menyoal.
"Alhamdulillah, InsyaAllah. Doakan tau. Ni last balik lepas ni da banyak kelas, assignment pun dah tujuh puluh peratus siap. Lepas habis exam baru balik lagi" jawab Emir.
"Adik genius, ape ade hal. Lain la macam Bunga, biasa-biasa je" celah Aleeya.
"Eh, ada cakap macam tu. Masing-masing Allah dah tentukan rezeki kat mana semua. Bunga pun istimewa, Bunga je tak tahu" Eidlan memberi semangat.
Aleeya bukanlah seorang yang bijak seperti kakak, abang dan adiknya. Dia seorang pelajar yang sederhana di dalam pelajaran. Namun dia punyai bakat istimewa dalam bidang seni dan penulisan.
"Bunga study okay? Kakak tengok carry marks Bunga semua atas 2.7 ada yang 3.0 kan. Okay lah tu, at least tak la jatuh CGPA bawah 3.0 kan? Yang penting consistent CGPA 3.0 ke atas. Tak dapat deen pun tak apa, janji Bunga lulus dan berjaya habiskan pengajian. Tak ada repeat paper. Bukan semua orang yang dapat rezeki deen list tu dapat rezeki kerja bagus tau. Rezeki kan, Allah dah tentukan. Jangan give up" Eryna memberi kata semangat pula.
Aleeya masih lagi membisu. Ada waktunya dia rasa terpencil kerana dirinya tidak sebijak adik-beradik yang lain. Puan Aliah hanya mendengar perbualan anak-anaknya sambil melayan Iris yang sedang enak menikmati ABC miliknya.
"Betul kata kakak tu, kawan Abang Iqmal ada yang macam tu. Tiap semester dapat dekan. Graduation Day dapat selimpang selendang lagi. Tapi rezeki kerja dia sekarang beza dengan abang. Alhamdulillah, position kerja abang lebih better dari dia. Abang pun bukan tiap semester dapat dekan. Rezeki tu Allah yang tentukan, yang penting kita usaha. Bukan lah abang nak perlekeh dia, tapi ini contoh. Ada kawan abang graduation dengan cukup makan je. Tapi rezeki dia jadi owner bengkel motor. Nampak tak rezeki ni boleh jadi kita dapat dalam banyak bentuk" sokong Iqmal dengan pendapat isterinya itu.
"Betul lah tu, apa pun keputusannya terhadap pelajaran dan kehidupan ni. Jangan putus asa, usaha. Jangan lupa doa tu senjata orang mukmin, solat tu jaga. Lebih elok teruskan apa yang arwah ayah ajar, tahajud jangan tinggal. Mengaji setiap hari walaupun satu muka surat. Zikir dan tahmid jangan tinggal, dari melagha nyanyi lagu entah apa-apa. Bukan tak boleh, tapi berpada" celah puan Aliah tiba-tiba.
"Baik" jawab anak dan menantunya serentak.
Terletus tawa kecil di bibir tu puan Aliah. Begitulah anak-anak dan menantunya, bila dia bersuara semua akan turut sama menerima teguran dan nasihat darinya. Berterusan mereka berbual dan bergurau senda. Menghargai masa yang ada bersama-sama.
Share this novel