"AKHTAR dah siap cuci kereta?" tanya puan Nuraini padanya.
"Dah ummi. Tu yang duduk sekejap ni, nak hilangkan penat. Ada apa ummi?" soal Akhtar pula.
"Dah lupa ke janji nak bawa ummi dengan abi keluar beli barang sikit?" soal puan Nuraini lagi.
"Allah. Sorry ummi kejap ya. Akhtar siap. Ummi dengan abi bersiap lah. Akhtar siap, kita terus gerak" pesan Akhtar sambil berlalu masuk ke biliknya untuk bersiap.
Sepuluh minit kemudian, Akhtar mendapatkan ummi dan abinya yang sudah menanti di ruang tamu. Suka benar dia melihat ummi dan abinya yang sentiasa bersama kemana-mana, saling menghormati dan berkasih sayang. Akhtar juga inginkan hubungannya dengan isterinya suatu masa nanti begitu juga.
"Jom. Akhtar dah siap ni" tegur Akhtar.
"Jom lah. Kita ke Mydin ya" ujar puan Nuraini.
"Okay mem" usik Akhtar.
Ketika dalam perjalanan mereka berbual-bual seperti kebiasaannya. Sehinggalah membawa ke topik dirinya.
"Akhtar dah ada yang istimewa?" tanya encik Usaid Akram.
"Belum abi. Kawan ada la" jawabnya. Bukan mahu menipu tetapi dia dan Aleeya masih tidak jelas hubungannya. Dia masih belum berterus terang pada Aleeya tentang perasaannya. Akhtar juga masih belum bersedia untuk berkongsi tentang gadis itu kepada ummi dan abinya.
"Kalau abi dengan ummi cari calon untuk Akhtar, setuju?" soal encik Usaid Akram lagi.
"Abi ni. Cara cakap macam dah ada je" tiba-tiba hati Akhtar menjadi gusar dengan pertanyaan encik Usaid Akram.
"Ada. Anak pada kawan ummi. Ummi berkenan sangat. Akhtar tengok la dia dulu, berkenalan" puan Nuraini bersuara.
Diam sahaja Akhtar, tidak tahu mahu membalas apa. Seakan terhimpit dengan permintaan ibu bapanya dan keinginannya sendiri.
"Ummi yakin, dia calon yang sesuai untuk Akhtar. Ummi berkenan sungguh dengan dia, Akhtar berkenalan lah dulu. Anak ummi tinggal Akhtar je. Along awal dah ada calon sendiri, mujur calonnya sesuai dan ummi berkenan. Angah dah menolak permintaan ummi dulu, kerana pilihan dia yang sekarang. Akhtar tak pernah membantah dan menolak selama ini, ummi yakin. Akhtar akan bahagia dengan calon pilihan kami ni" kata-kata puan Nuraini membuatkan Akhtar semakin dihimpit rasa berbelah bahagi. Bersungguh benar umminya itu dengan calon pilihannya.
"Abi dengan ummi nak yang terbaik untuk Akhtar. Tapi kalau Akhtar dah ada yang istimewa, lebih baik dari calon yang kami carikan. Akhtar kenalkan pada kami" bicara abinya seperti memberi sedikit ruang dan peluang pada Akhtar.
"InsyaAllah" hanya itu sahaja yang Akhtar mampu jawab.
Setibanya mereka di pasaraya itu. Akhtar hanya mengikuti abi dan umminya yang membeli barangan keperluan dapur. Namun, sedikit hairan dengan pertambahan pembelian yang diluar kebiasaan mereka membeli. Hatinya menjadi tertanya-tanya. Ingin pulang kah kedua abangnya harini.
"Banyak ummi beli. Along dengan angah nak balik ke?" Akhtar bertanya.
"Tak, tapi ada tetamu nak datang berbuka di rumah. Nanti Akhtar tolong ummi ya, rumah ummi dah kemas semalam. Nanti Akhtar tolong ummi sediakan bahan masakan dan lain-lain" jelas puan Nuraini.
"Baik ummi" jawab Akhtar. Hatinya pula sudah tidak keruan debarannya. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi.
KETIKA Akhtar sedang berehat di biliknya, dia mula terfikir akan perbualan dan permintaan ummi dan abinya pagi tadi. Jam dilihat sudah menginjak ke angka 2.30 petang. Handphone yang langsung tidak disentuh sejak kali terakhir dia berbalas WhatsApp dengan Aleeya pagi tadi diambil.
Melihat notifikasi di screen. Tertera nama Bungaku. Sedikit menghilangkan gusar dalam dirinya. Gambar baju raya yang dibeli Aleeya bersamanya, dia terima.
"Abang minta gambar satu baju je, sekali semua Bunga bagi" tergeleng Akhtar melihat gambar itu. Cantik-cantik warna dan design baju gadis itu. Simple dan sesuai dengan personaliti gadis itu yang sentiasa sederhana.
Gallery gambar di buka. Dilihatnya gambar-gambar gadis itu yang di tangkap secara curi-curi. Sederhana, natural, dan menutup auratnya. Stoking kaki di pakai, baju sentiasa longgar dan berlengan panjang juga menutupi bahagian punggung. Tudung tidaklah labuh seperti rakan kuliahnya, adakala memakai shawls dan juga bawal. Namun cukup labuh menutupi dada. Simple namun masih menjaga auratnya.
Bolehkah ummi dan abinya terima, gadis seperti itu menjadi temannya. Persoalan itu tidak berhenti menjengah benak mindanya. Dia perlu meluahkan pada Irham dan Azad, juga meminta pendapat mereka. Group WhatsApp mereka di cari dan jari mula menaip.
Buddies.
Akhtar : Aku perlukan pandangan.
Azad : Apehal? Kau ok ke?
Irham : Bagitahu lah.
Akhtar : Aku ok. Ummi dan abi aku tiba-tiba cakap soal calon pada aku. Perlu ke aku cerita tentang Aleeya?
Irham : Ummi dan abi kau dah ada calon calon untuk kau ke?
Akhtar : Yup.
Azad : Kau kenal tak?
Akhtar : Tak kenal, siapa pun aku tak tahu.
Irham : Kau dah tahu semua tentang Aleeya? Aku maksudkan background dia, family dia, education dia. If kau dah tahu, aku rasa better kau berterus terang je dengan ummi dan abi kau.
Azad: Betul. Kau kena make things clear dulu between kau dengan Aleeya. Then, baru kau boleh cerita pada ummi dengan abi kau tentang pilihan kau.
Akhtar : Aku baru kenal dia. Aku cuma tahu dia ada abang, kakak dengan adik. Lain aku tak tahu.
Irham : So, make a move la kalau kau betul serious nak dengan Aleeya.
Azad : Calon dari ummi abi kau tu, langsung kau tak kenal? Kau dah ready ke nak bina masjid? Bukan kau kata nak further study?
Akhtar : Aku tak tahu siapa, sama ada aku kenal atau tak. Ummi abi tak sebut pun nama ke apa. Aku memang plan nak further study dulu. Tapi belum cakap dengan diaorang lagi. Pasal Aleeya tu, aku memang serious tapi aku pun takut nak bagi harapan sebab aku takut one day aku tak mampu, then everything ruined the plan.Â
Irham : Istikharah bro. The best solution.
Azad : Aku rasa better kau terus terang plan kau nak further study tu dulu. Maybe buat masa setahun dua ni nanti kau boleh cari kepastian. Atau boleh bagi kau ruang sikit dari bina masjid yang kau tak ready.
Irham : Betul cakap Azad. Tak apa bro. Apa-apa hal kita orang ada.
Akhtar : Thanks. Aku fikir cara Azad dulu. Pasal further study. Aku bincang dengan family aku pasal tu.
"Akhtar, jom tolong ummi kat dapur" panggil puan Nuraini di luar pintu biliknya.
"Sekejap ummi. Lima minit Akhtar datang" sahut Akhtar.
Seketika kemudian Akhtar ke dapur membantu puan Aliah menyediakan bahan masakan untuk menu berbuka nanti. Nasi tomato, ayam masak merah dan pajeri nanas serta sedikit ulaman timun dan salad. Ketika sedang membantu, puan Aliah bersuara.
"Akhtar kenal la dulu ya calon yang ummi abi berkenan ni. InsyaAllah nanti berbuka dia datang sekali" kata puan Nuraini.
Akhtar hanya berdiam diri. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
"Ummi tahu, permintaan ummi ni berat. Tapi ummi nak yang terbaik untuk Akhtar. Ayah dan ibu dia pun berkenan dengan Akhtar. Akhtar pertimbangkan dulu. Tengok dulu, kenal dulu baru buat keputusan. Tapi ummi harap keputusan Akhtar tak mengecewakan kami" kata puan Nuraini lagi.
"Akhtar tanya boleh?" Akhtar meminta izin pada puan Nuraini.
"Apa dia tanya lah" jawab puan Nuraini.
"Ummi tak suka ke tunang angah?" sudah lama Akhtar mahu bertanya, kerana dia melihat penerimaan umminya pada gadis itu berbeza seperti isteri alongnya.
"Bukan ummi tak suka, dia cantik, sopan, baik, pandai serba serbi. Ummi tak nafikan. Tapi pakainya, ummi sedikit tak berkenan" jawab puan Nuraini.
"Akhtar tengok ok je. Tutup aurat, moden sikit la. Cuma tak pakai stoking, baju pun tak ada lah ketat. Suka makeup. Nanti pandailah angah bentuk" Akhtar tahu bakal kakak iparnya itu memang gadis biasa, background biasa namun masih juga sopan dalam berpakaian walaupun bergaya dengan moden style nya namun cukup tertib tingkah lakunya.
"Ummi tahu. Cuma pada ummi, calon yang ummi abi pilih untuk dia dulu jauh lebih baik. Tapi dia menolak dan membantah habis-habisan. Tahulah degil angah tu macam mana. Ummi abi mengalah kerana dia berjanji akan membentuk bakal isterinya itu. Demi tak mahu perkara lain terjadi, ummi abi cuba berlapang dada terima" penjelasan puan Nuraini serta merta membuatkan Akhtar terfikir. Bagaimana pula dengan penerimaan umminya pada Aleeya nanti.
Tidak mahu memanjangkan isu. Akhtar mendiamkan diri. Hanya meneruskan kerja membantu umminya.
JAM 5.40 petang. Semua lauk pauk menu berbuka telah siap dimasak. Hanya air sahaja yang masih belum di bancuh. Encik Usaid Akram pula membeli sedikit kuih muih di bazar berdekatan rumah sebagai tambahan pemanis mulut.
Akhtar ke biliknya untuk berehat seketika dan ingin membersihkan diri. Dia masih terfikir akan bagaimana penerimaan umminya terhadap Aleeya. Jika dilihat gadis itu juga seperti bakal isteri angahnya, gadis biasa. Namun Aleeya lebih sopan sedikit pakainya, dan caranya yang sederhana, wajah yang di makeup nipis sekadar menyerlahkan sedikit wajah aslinya.
"Akhtar, cepat siap kawan ummi abi dah nak sampai sekejap lagi" panggil Usaid Akram di luar bilik.
"Baik. Akhtar siap" jawabnya.
Tidak lama kemudian. Sekali lagi Akhtar dipanggil keluar oleh puan Nuraini pula. Setelah bersiap Akhtar keluar dan menemui kenalan ummi dan abinya itu.
"Akhtar, ni makcik Zaharah. Suami makcik Zaharah, pakcik Hashim. Ni anak bongsu mereka Nur Leyla. Ini Uzzam Akhtar, anak bongsu kami" puan Nuraini mengenalkan semua yang ada pada Akhtar.
Akhtar menyalami lelaki yang dikenalkan dengan nama Hashim itu.
"Selalu juga nampak dia di masjid solat fardhu. Salam aje tapi tak pernah berkenalan" kata lelaki yang dikenali sebagai encik Hashim itu.
"Patutlah macam kenal. Selalu jumpa pakcik kat masjid rupanya" Akhtar berbahasa.
"Duduk lah dulu. Aini ke dapur sekejap, nak hidang makanan. Jam dah 6.30 ni, dah boleh hidang" puan Nuraini berpamitan.
"Kami tolong Aini. Ni ada sikit buah tangan" kata puan Zaharah.
"Jom Leyla kita ke dapur bantu apa yang perlu" puan Zaharah mengajak anak gadisnya sekali.
"Baik ma" jawab gadis itu sopan. Gadis bernama Leyla itu bangun dari duduknya dan beredar bersama puan Zaharah dan puan Nuraini ke dapur.
"Akhtar bila tamat pengajian?" tanya encik Hashim.
"InsyaAllah satu semester lagi, sekali dengan practical lepas tu habis dah" jawab Akhtar jujur.
"Lepas tu kerja?" pertanyaan encik Hashim membuatka Akhtar serba salah. Namun di jawab juga.
"Akhtar plan nak further study lagi. Sambung Degree 2 tahun setengah atau 3 tahun, lepas tu baru fikir soal kerja" jawab Akhtar.
"Oh. Lama lagi lah ya" jawab encik Hashim.
Terasa janggal dengan ayat yang dituturkan lelaki itu, namun Akhtar hanya pamer senyum sahaja.
"Sekejap je tu Hashim. Tak lama mana pun 2 ke 3 tahun tu. InsyaAllah" kata Usaid Akram pula.
"Betul juga ya. Sekarang ni pun sekejap masa berlalu. Leyla pun nak tamat pengajian setahun setengah lagi. Lepas tu baru kerja" ujar encik Hashim.
"Akhtar plan nak kerja di bidang mana tamat nanti?" encik Hashim bertanya lagi.
"InsyaAllah. Dimana ada rezeki di situlah saya. Tapi dalam perancangan ke bahagian penolong pendaftar mahkamah syariah. Atau mana yang layak di rezekikan Allah. InsyaAllah" jawab Akhtar dengan sopan.
"Alhamdulillah. Ada perancangan. Bagus tu. InsyaAllah, pakcik doakan semua dipermudahkan" kata encik Hashim.
Mereka berbual-bual pula ke topik biasa kehidupan harian. Perbualan menjadi rancak. Ketika sedang berbual, gadis bernama Leyla itu menghampiri.
"Abah, pakcik. Mama dengan makcik panggil. Sekejap lagi masuk waktu berbuka" panggil Leyla sopan.
"Ya lah. Seronok berbual tak perasan dah nak masuk waktu berbuka" jawab encik Hashim.
"Jom lah kita, nanti bising pula kesayangan kita tu" kata encik Usaid Akram pula.
Mereka berlalu ke ruang makan. Sudah terhidang, lauk-pauk, kuih-muih, air dan buahan di atas meja. Ada kuih kegemaran Akhtar juga seri muka.
"Seri muka. Tapi rasanya ummi tak buat, abi pun tak beli tadi" desis hati Akhtar.
"Mari duduk, sekejap lagi nak azan dah" kata puan Nuraini pada mereka yang baru tiba.
Masing-masing mengambil tempat. Berbual seketika. Hanya Akhtar dan gadis bernama Leyla itu yang mendiamkan diri. Tidak mahu meyampuk perbualan orang tua. Tidak lama, azan berkumandang menandakan waktu berbuka. Akhtar diminta untuk membacakan doa oleh abinya. Setelah itu, mereka mulakan berbuka dengan buah kurma terdahulu.
Seperti kebiasaannya, mereka akan mengalas perut dahulu dan menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, baru mereka akan makan makanan yang berat. Sekali lagi, Akhtar di minta untuk menjadi imam mereka. Akhtar hanya menuruti permintaan abinya.
Setelah selesai makan dan mengemas meja, mereka duduk sebentar bersama-sama di meja. Kerana encik Usaid Akram dan puan Nuraini ada perkara yang ingin dikatakan.
"Terima kasih, sudi datang ke rumah kami. InsyaAllah, rasanya hajat dan tujuannya dah tercapai. Cumanya sekarang kita serahkan pada anak-anak pula" kata encik Usaid Akram memulakan bicara. Akhtar mula memahami situasi itu.
"Alhamdulillah. Terima kasih sudi terima kedatangan kami. InsyaAllah, hajat dan tujuan nak melihat dan menilai dengan mata kami sendiri dah terlaksana. Kata orang tua dulu-dulu. Lepas lah syaratnya" ketawa kecil encik Hashim dihujung katanya.
"Alhamdulillah. InsyaAllah, begitulah hendaknya. Rasanya dah boleh kita utarakan pendapat kita ni. Biar mereka yang buat keputusan" kata encik Usaid Akram pula.
"InsyaAllah boleh. Macam ni lah, Leyla dan Akhtar. Kami semua bersepakat dan berhajat, untuk menyatukan kamu berdua. Ini hanya hajat kami, jika di izinkan Allah, kamu berdua ingin kami satukan. Tapi kami bagi ruang untuk kamu berdua berkenalan dahulu. Jika kamu berdua sudah sepakat atau sudah punyai kata putus kita akan berbincang semula" kata encik Hashim pula.
"Leyla, kamu macam mana? Selama harini, mama tanya kamu. Tak pernah kamu kata ada orang yang istimewa. Jadi boleh berkenalan dulu dengan Akhtar. Jika kamu rasa sesuai. Mama dan abah memang berhajat untuk satukan kamu" tanya puan Zaharah pada anaknya.
"Leyla ikut mana yang terbaik. Jika bagi mama dan abah ini yang terbaik, Leyla ikhlaskan. InsyaAllah" mudah benar jawapan gadis itu. Ya, Leyla mula merasai perasaan yang menjentik naluri gadisnya ketika melihat jejaka itu.
"Akhtar pula macam mana?" soal puan Nuraini pula.
"Maaf sebelum tu, Akhtar tak menerima dan juga tidak menolak. Tapi, Akhtar minta masa dahulu. Bagi kami kenal dulu, jika sesuai. InsyaAllah, seperti yang ummi dan abi minta akan Akhtar turuti. Tetapi jika sebaliknya, Akhtar rasa tiada keserasian. Akhtar mohon maaf terlebih dahulu" dia cuba memberi jawapan yang terbaik.
"InsyaAllah, harapnya serasi lah" jawab puan Zaharah pula. Berkenan sungguh dia dengan calon untuk anaknya itu.
Setelah tamat perbincangan itu. Mereka pun beransur pulang, kerana ingin menunaikan solat terawih di masjid. Begitu juga dengan Akhtar dan keluarganya, mereka bersiap untuk ke masjid menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah.
"AKHTAR duduk sekejap. Kita bincang" kata encik Usaid Akram setelah pulang dari masjid.
"Saya ke dapur sekejap, ambil air dan sikit kuih-muih yang ada" kata puan Nuraini pula.
Akhtar hanya menuruti. Sejak keluarga gadis bernama Leyla itu pulang. Dia hanya mendiamkan diri.
"Apa perancangan Akhtar sebenarnya?" tanya abinya, Usaid Akram .
"Akhtar nak further study dulu 2 tahun setengah ke 3 tahun, itu pun bergantung pada coure dan University mana yang dapat. Selepas tu baru Akhtar cari kerja yang sesuai. Bila dah stabil baru boleh fikir soal kahwin" Akhtar berterus terang perancangannya. Hanya tidak meletakkan nama Aleeya dalam perancangan kahwinnya.
"Ummi setuju, jika itu untuk masa depan Akhtar. Tapi boleh tak Akhtar pertimbangkan dulu hajat ummi dan abi ni?" kata puan Nuraini yang sedang menghidangkan air dan kuih-muih dihadapan mereka.
"Betul kata ummi, abi tak membantah. Abi tahu, qualifications tu penting untuk dapatkan kerja yang Akhtar nak. Akhtar berterus terang lah, Akhtar dah ada calon yang Akhtar rasa sesuai untuk Akhtar ke?" kata-kata encik Usaid Akram bagai menjeratnya. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak.
"Buat masa ni, Akhtar cuma boleh kata belum. Tapi kemudian hari Akhtar tak tahu, mana tahu Akhtar jumpa seseorang yang hati Akhtar sendiri pilih. Sejujurnya, Akhtar tak menerima dan menolak sebab Akhtar tak mahu bagi harapan. Akhtar tak mahu kecewakan sesiapa. Buat masa ni, ini yang terbaik. Dia memang calon isteri yang macam ummi nak, lemah lembut, tertib, bertudung labuh, aurat terjaga. Tapi ummi, abi. Soal hati ni, Akhtar tak mahu ambil mudah. Akhtar takut nanti banyak hati yang terluka" jawab Akhtar dengan cara paling sopan susun katanya.
"Kalau dah macam tu, kenal lah dulu. Pakcik Hashim dan makcik Zaharah dah beri keizinan untuk kamu hubungi Leyla" kata encik Usaid Akram.
"Ini number phone Leyla. Kamu simpan lah, bila dah sedia berkenalan lah. Tapi ummi sangat berharap, Akhtar dapat tunaikan hajat kami" puan Nuraini menghulurkan kertas yang terdapat number phone gadis itu.
Berat dia mahu mengambil, tapi demi menjaga hati ummi dan abinya. Lambat-lambat Akhtar ambil juga.
"Minum lah, makan ni ada kuih seri muka. Makcik Zaharah bawa, Leyla yang buat. Rasa lah" sua puan Nuraini.
Terasa berat Akhtar mahu ambil. Dimakan juga sepotong demi menjaga hati puan Nuraini. Selebihnya dia hanya makan kuih-muih yang dibeli abinya di bazar. Tidak lama Akhtar meminta diri untuk masuk ke biliknya.
Kertas number phone Leyla pemberian puan Nuraini di letakkan ke dalam laci paling bawah di meja sisinya. Akhtar mencapai handphonenya dan melihat gambar Aleeya yang tersenyum bersahaja yang diambilnya secara curi-curi. Dia menaip WhatsApp kepada Aleeya.
++
Assalamualaikum. Buat apa? -Akhtar-
++
Wa'alaikumsalam. Baru balik rumah. Tadi pergi terawih dekat masjid. Abang? -Aleeya-
++
Sama. Bunga. Boleh abang tahu tentang diri Bunga dan keluarga? -Akhtar-
++
Abang nak tahu tentang apa? Abang tanya, Bunga bagitahu. -Aleeeya-
++
Semua tentang Bunga dan keluarga. Background Bunga, apa perancangan Bunga, abang nak tahu semua. -Akhtar-
++
Okay. Nama Bunga, umur, course semua abang dah tahu. Bunga ada kakak, nama Eryna dah kahwin ada anak seorang, abang Bunga Eidlan. Bunga ada adik nama Emir. Bunga anak yatim, ayah meninggal kemalangan. Ibu Bunga suri rumah berpencen, ehsan dari syarikat ayah kerja dulu. Selain dapat pampasan dan sagu hati dari syarikat tu. Bunga sek men biasa, sek agama sampai sijil darjah khas agama johor. Sebab duduk johor, lahir kat johor, membesar pun kat johor. Habis dip, Bunga plan nak further study lagi tapi tak pasti lagi tengok keadaan. Lepas tu Bunga plan nak buka cafe kecil-kecil samping buat florists & surprise delivery. Setakat ni itu la perancangan Bunga. -Aleeya-
++
Okay, orang johor rupanya. Menarik. Abang doakan semuanya dipermudahkan. Abang pula, habis ni nak further study lagi, nak cuba dapatkan kerja kat mahkamah syariah sebagai penolong pendaftar. Nak stabilkan kewangan dan hidup, baru nak settle down bina rumahtangga. -Akhtar-
++
Wow. Bukan senang tu. Bunga doakan, semoga apa yang abang plan semua Allah mudahkan dan berjalan lancar. Dah lewat ni Bunga nak tidur dah. Selamat malam. Assalamualaikum. -Aleeya-
++
Selamat malam juga. Mimpikan impian kita bersama. Wa'alaikumsalam. -Akhtar-
Akhtar cuba memberi sedikit hint kepada Aleeya tentang perasaannya. Berharap gadis itu memahaminya.
Share this novel