Bab 26

Romance Series 36633

"BUNGA..." terketar Azlina memanggilnya.

Aleeya sudah terduduk menahan kesakitan lengannya yang berdarah.

"Manja buka first aid cepat" arah Azlina.

"Tengah buka la ni" menggigil tangan Azizah melakukan kerja.

"Kain kasa dengan bandage" minta Irham pada Azizah.

"Aku okay" perlahan Aleeya bersuara. Wajahnya sedikit pucat, dahi berpeluh, mukanya kelihataan sedang menahan sakit. Lukanya agak dalam juga.

Ditekap kain kasa pada luka dan di balut lengan itu dengan bandage. Akhtar yang tiba, terus mencempung tubuh Aleeya dan dibawa masuk ke kereta milik Aleeya. Dia ingin segera membawa Aleeya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Dup dap dup dap dup dap" rentak jantung Aleeya laju saat dirinya tiba-tiba dicempung Akhtar. Malu menyerbu diri. Walaupun dalam kesakitan, jantung Aleeya masih juga berdebar. Pertama kalinya dia sedekat ini dengan lelaki selain abang dan adiknya.

Azizah dan Azlina dengan pantas mengekori mereka dan bantu membukakan pintu kereta. Namun, mata Azlina terlihat salah satu tayar kereta Bunga telah pancit.

Azad dan Irham pula sedang berurusan dengan pihak polis. Di sebelah sana Naim juga sama, mungkin menguruskan Daniel dan Faris. Akhtar lebih pentingkan rawatan untuk Aleeya. Urusan lain dia tidak mahu peduli.

"Akhtar, tayar kereta bocor. Tiba-tiba je pancit tak ada angin, tadi masa sampai okay" Azlina menunjuk ke arah tayar yang pancit itu kepada Akhtar yang telah meletakkan Aleeya dia bahagian penumpang belakang.

"Shit! Ni mesti kerja dia orang" kata Akhtar dengan nada yang marah.

"Irham! Tayar bocor. Aku nak kereta sekarang" jerit Akhtar pada Irham yang sedang berurusan dengan pegawai peronda itu.

Berlari Irham mendapatkan kereta Akhtar, lalu dipandu ke arah Akhtar sedang menanti.

Akhtar dan si kembar pantas bertindak memindahkan Aleeya dan sedikit barangan yang dibeli ke dalam kereta Akhtar untuk mengikuti Aleeya ke klinik. Aleeya tidak mampu membantah dengan tindakan Akhtar yang mencempung tubuhnya buat kali ke dua. Melihatkan terbias ketegangan di wajah lelaki itu, Aleeya menahan segan dan mendiamkan diri.

Akhtar memandu laju kearah poliklinik di kawasan sekitar itu. Mujur doktor bertugas masih ada, kerana klinik itu beroperasi 24jam.

Mereka menanti Aleeya di ruang menunggu. Handphone Aleeya berbunyi, nama Eidlan tertera. Azlina dan Azizah saling berpandangan. Akhtar yang melihat menghulur tangan, tanda meminta handphone Aleeya. Di jawab panggilan itu olehnya.

"Sayang, are you okay? Abang lewat sikit tengok mesej Bunga. Abang terus call the police since i read your message" tanya Eidlan cemas.

"Akhtar ni, Bunga cedera. Kita orang bawa ke poliklinik yang dekat sekitar sini. Tengah tunggu doctor bagi rawatan" jawab Akhtar serba salah.

"Ya Allah! Apa jadi sebenarnya Akhtar?" meninggi suara Eidlan bertanya.

Baru ingin menjawab doctor keluar dan menemui Akhtar.

"Saya bagi rawatan awal kecemasan, tapi kecederaan dia agak dalam. Perlu ke hospital, saya dah call ambulance nak hantar patients ke hospital mana?" tanya Doktor mahukan kepastian.

"KPJ Hospital" tegang suara Eidlan yang masih di talian dapat didengari mereka yang berada di situ.

"KPJ doktor" jawab Akhtar.

"Okay, I'll arrange everything" kata doktor lelaki bernama Ganesh yang berbangsa india itu. Dia berlalu masuk semula ke bilik rawatan.

"Tell me what happened?" Eidlan menagih penjelasan.

Akhtar menerangkan setiap perincian cerita kepada Eidlan serta memohon maaf apa yang terjadi.

"Abang tak marah Akhtar, tapi abang kesal dengan apa yang jadi. Akhtar dengan kembar tunggu sampai abang datang" Eidlan memutuskan panggilan.

"Azad, datang poliklinik Kautsar 24jam. Sekarang, kejap lagi Aleeya kena refer ke KPJ hospital naik ambulance" Akhtar terus memutuskan talian.

Tidak lama ambulance sampai. Azad, Irham dan Naim juga tiba menaiki grab car. Akhtar menghulurkan kunci keretanya.

"Nak kitaorang follow" tanya Naim.

"Ambulance boleh naik seorang sahaja yang teman" kata doktor Ganesh.

"Kau naik kita orang follow belakang" kata Azizah pada Akhtar.

Ambulance mula bergerak. Mereka pula menaiki kereta Akhtar berlima.

"Boleh ke ni naik 5 orang?" tanya Azad.

"No choice, kereta Bunga tayar bocor. Akhtar syak kerja dia orang" Azlina bersuara.

"Allah" kata Irham.

"Kita singgah kereta Bunga dulu ambil barang, lepastu kita pergi hospital. Lagipun nak masuk waktu berbuka dah ni" kata Azizah.

"Okay" balas Azad pendek. Dia mengambil alih tugas memandu. Irham duduk di bahagian penumpang hadapan. Naim, Azlina dan Azizah pula di bahagian penumpang belakang.

TIBA di kereta Aleeya, rasa sesak di dada Azlina dan Azizah melihat titisan darah yang ada. Azlina sudah mengalirkan air mata, Azizah yang melihat juga sama. Berpelukan mereka seketika mencari semangat. Pantas mereka mengambil makanan dan minuman yang dibeli di bazar tadi. Melihatkan bungkusan air Aleeya yang pecah dan makanan yang berterabur di jalanan semakin mengundang rasa sesak di dada mereka. Azad, Irham dan Naim yang memerhatikan juga turut terkesan emosinya. Azizah mengambil bungkusan plastic yang masih elok tidak tercemar, sayang dengan pembaziran makanan yang terjadi tanpa sengaja.

Masuk semula ke kereta Akhtar, mereka mula bergerak. Dalam perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Sehinggalah Irham memecahkan suasana dengan bertanya soalan tentang Aleeya.

"Aleeya dia belajar self defense ke?" tanyanya rawak.

"Ha'ah, MMA. Kenapa?" Azlina bersuara.

"Dah lama?" tanya Irham lagi.

"Sejak umur 12tahun sampai sekarang tapi, dah jarang la dia pergi class MMA sejak masuk kolej ni" jawab Azizah pula.

"No wonder lah dia boleh fight macam tu. Dah, kau orang jangan sedih. Tengok semangat dia kuat, kau orang pun kena kuat semangat macam dia. Dia akan baik-baik je" kata Irham.

"Dia fight dengan Syafiq?" soal Naim ingin tahu.

"Yup. Masa aku tengah settle Daniel, Akhtar kena settle Faris. Syafiq dapat dia, so dia tak ada pilihan, aku nampak dia fight like a trained person. Pergerakan dia sharp and lincah" Irham bercerita.

"Korang kenapa lambat datang?" Irham bertanya melihat kearah Azad di sebelahnya.

"Masa nak keluar tu kereta kena block, kenapa tak call" balas Azad pula.

"Nak call apa, situation macam tu mana sempat nak call" balas Irham geram.

"If you have to fight, commit and do not stop" tiba-tiba Azlina bersuara.

Semua pandangan mata terarah padanya. Azlina mengesat air matanya. Sebelum menyambung bicara.

"Bunga punya slogan hidup, itu kata-kata tenaga pengajar MMA dia. Dia ambil dan guna dalam hidup dia. Sebab tu tadi dia berlawan habis-habisan. Selamatkan kita orang, langsung tak bagi kita orang tolong dia" habis berbicara Azlina memeluk Azizah disebelahnya.

Terdiam semua yang ada. Dalam hati Azad dan Irham sama-sama mengiakan, kata-kata Akhtar tentang gadis itu misteri dan istimewa. Azan berkumandang di corong radio, menandakan waktu berbuka.

Azlina dan Azizah memberikan satu bungkusan air kepada Naim untuk di kongsi mereka bertiga, dan membuka kuih-muih yang dibeli mereka tadi juga dihulur sama kepada mereka. Jadi lah untuk mereka mengalas perut waktu berbuka.

SAMPAI di hospital Aleeyq segera ditolak ke bilik rawatan oleh nurse yang bertugas. Laporan awal dari poliklinik doktor teliti dan membuat keputusan terbaik untuk rawatan yang diberikan.

Akhtar menanti di luar, azan telah berkumandang menandakan telah tiba waktu berbuka juga. Seorang nurse datang memberikan sebotol air mineral dan sepeket kecil kurma padanya.

"Awak tak nak dapatkan rawatan?" tanya nurse tersebut melihat kesan luka di tepi bibir Akhtar, lebam dan sedikit luka di tulang pipi, luka kecil di dahi, dan tangan yang luka dan memerah sedikit bengkak akibat bergelut dan bertumbuk.

"Nanti, saya tunggu tunang saya dulu" jawab Akhtar ringkas.

Lima belas minit kemudian muncul Irham, Azad dan Naim serta si kembar.

"Macam mana?" tanya Azlina sebaik tiba di tempat menunggu.

"Masih kat dalam" ringkas jawapan yang diberi Akhtar.

"Kau dah buka?" tanya Naim pula.

Akhtar menunjukkan botol mineral dan kurma sepeket kecil kurma di sebelahnya. Namun kelihatan hanya sedikit air yang kurang, kurma mungkin hanya sebiji yang di makan Akhtar.

Mereka semua hanya diam. Masing-masing duduk mengambil tempat, menanti perkhabaran tentang Aleeya.

"Dalam ambulance tadi dia okay?" tanya Azizah pada Akhtar.

Akhtar hanya mengangguk kepalanya tanpa bicara. Riak wajahnya sukar di teka, seperti kosong tiada apa-apa.

"Patients punya penjaga" panggil nurse.

"Saya" segera Akhtar bangun mendapatkan nurse itu.

"Hubungan encik?" nurse bertanya.

"Tunang dia" jawab Akhtar serious.

Mereka yang ada disitu hanya saling berpandangan.

" Family members tak ada? Doctor nak jumpa" kata nurse itu lagi.

"Abang dia on the way, hanya saya yang ada ikatan dengan pesakit di sini" tegasnya. Mahu naik angin Akhtar kerana nurse banyak bersoal jawab pula.

"Baik, jumpa doktor di dalam" kata nurse itu.

Akhtar masuk ke dalam bilik rawatan, yang lain pula masih menanti di luar. Tidak lama, Akhtar keluar dan duduk semula di tempatnya.

"Doctor cakap apa?" tanya Azlina.

"Luka dah jahit, tapi dalam masa 24 jam kena pantau. Sama ada warded or balik. Tapi aku pilih warded. Apa-apa hal nurse dengan doctor ada untuk tengok dia. Dia okay tengah rehat" jelas Akhtar pada semua yang ada di situ.

"Aku kena tunggu abang dia sampai, kalau kau orang nak balik dulu balik lah" kata Akhtar perlahan dan kelihatan letih.

"Balai polis pun nak kena settle, dia orang nak keterangan kita dengan saksi" kata Irham pula.

Hampir terlupa Akhtar dengan perkara itu. Keluhan berat terlepas dari bibirnya.

"Esok tak boleh? Harini juga ke?" soal Akhtar serious.

"Tak apa lah, kita orang pergi harini. Nanti aku bagitahu pegawai bertugas kau bagi keterangan esok" Irham memberi kata putus.

"Kau dua orang kena pegi dapatkan rawatan, jangan biar macam ni. Pergi lah, kita orang ada kat sini tunggu Aleeya" Azad bersuara.

Irham dan Akhtar hanya mengangguk. Mereka bangun dan menuju ke kaunter mendaftar untuk mendapatkan rawatan.

"BUNGA macam mana?" Eidlan bertanya sebaik tiba.

"Dia okay, Akhtar minta dia warded. Ada dalam bilik tengah tidur, lepas Akhtar suapkan dia makan tadi" jawab Akhtar.

"Akhtar sendiri?" Eidlan melihat keadaan jejaka itu yang agak teruk juga kesan pergelutan yang terjadi.

"Okay, tapi hati ni yang tak okay. Tengok keadaan Bunga macam tu, sakit yang dalam ni lagi terasa" sambil memegang dadanya.

"Yang lain mana?" melihat hanya Akhtar berseorangan di situ.

"Pergi balai polis bagi keterangan. Kembar berdua, Azad akan hantarkan balik ke hostel lepas selesai urusan di balai" jelas Akhtar lagi.

"Dah solat? Makan?" Eidlan bertanya soalan itu, memandangkan Akhtar kelihatan seperti tidak peduli dengan keadaan dirinya.

"Dah solat, Akhtar tak ada selera nak makan" jawabnya ringkas.

"Pergi makan, kasihan la Bunga kalau nampak Akhtar macam ni. Mesti dia lagi rasa bersalah. Abang kenal adik abang tu. Dia cekal orangnya, abang percaya setiap tindakan dia. Itulah yang dia rasa terbaik. Abang akan tunggu dia. Akhtar dengar cakap abang ni, pergi makan. Ni ada baju lebih abang bawa, tukar baju tu. Nanti jumpa Bunga tak adalah dia tengok Akhtar yang tak terurus macam ni" arahanya pada Akhtar dan menghulurkan sebuah bag kertas berisi t-shirt dan seluar track kepunyaan yang di bawa.

"Abang tak marah Akhtar?" Akhtar bertanya serba salah.

"Tak. Untuk apa abang marah. Abang tahu Akhtar dah cuba yang terbaik. Qada' dan Qadar yang Allah tentukan macam ni perjalanannya. Pasti ada hikmah" Eidlan menepuk-nepuk perlahan bahu Akhtar di hadapannya.

"Abang masuk dulu tengok Bunga, Akhtar pergi makan dan bersihkan diri, nanti kita jumpa dalam wad Bunga" Eidlan berlalu naik ke bilik yang menempatkan Aleeya.

Akhtar membawa langkah ke bilik air untuk membersihkan sedikit kotoran dan menukar pakaian yang diberikan Eidlan. Selesai, dia menapak ke cafeteria hospital, dan membeli makanan untuk mengisi sedikit perutnya. Dipaksa juga makan walaupun tidak berselera.

EIDLAN membetulkan selimut yang menutupi tubuh Aleeya. Melihat kesan lebam di tepi bibir dan tulang pipi, lebam di pergelangan tangan, bengkak dan luka di sendi jari membuatkan Eidlan sakit hati terhadap si pelakunya.

"Hai la adik abang ni, banyak betul ujian Allah bagi semenjak dua tiga menjak ni ya. Allah sayang adik sangat ni" kata Eidlan sendirian.

Aleeya yang sedang tidur terasa seperti mendengar suara abangnya. Perlahan mata di buka. Melihat abangnya di sisi katil membuatkan dia lega.

"Abang" panggil Aleeya perlahan dengan suara yang serak.

"Bunga..da bangun, nak apa-apa tak?" Eidlan bertanya sebaik dia melihat dan mendengar Aleeya memanggilnya.

"Tak, bila abang sampai? Sorry susahkan abang lagi" kata Aleeya perlahan.

"Apa pula cakap macam tu, Bunga adik abang tau. Apa pun abang tetap akan buat untuk adik abang ni" jawab Eidlan sambil mengusap kepala Aleeya perlahan.

"Akhtar dah balik?" tanya Aleeya.

"Belum, abang suruh dia pergi makan dengan tukar baju. Nasib baik abang bawa baju extra" Eidlan memberitahu keberadaan Akhtar.

"Abang jangan marah dia tau. Bukan salah dia pun. Dia dengan kawan-kawan dia dah buat yang terbaik untuk kita orang tadi. Salah Bunga, silap ambil tindakan" perlahan Aleeya berbicara, bimbang abangnya akan menyalahkan Akhtar kerana keadaan dirinya.

"Tak lah. Bukan salah sesiapa. Ingat, bila Allah tak izinkan sesuatu terjadi pasti tak akan jadi. Bila Allah izinkan sesuatu terjadi, elak macam mana pun akan tetap terjadi. Dalam hal ni tak ada sesiapa yang salah" terang Eidlan padanya.

"Lepas ni kena selalu pergi class MMA lagi berlatih. Kalau Sir tahu ni bising dia. Don't worry abang cuma bagitahu kakak and make promise yang tahu ni kita je sampai keadaan sesuai" Eidlan tidak mahu ibunya di kampung bimbang dengan keadaan adiknya itu.

"Thanks abang. Abang, nanti abang cakap la dengan Akhtar. Bunga risau tengok dia macam tu. Dia macam sembunyikan rasa bersalah dia dari Bunga. Dia lain sangat, dingin. Cakap dengan Bunga pun sikit je, itu pun dia cuma tanya Bunga ok ke, nak makan, nak apa-apa. Lepas tu diam, pandang Bunga pun macam tak nak. Tadi lepas suapkan Bunga makan, dia suruh Bunga tidur lepas tu dia keluar tak masuk-masuk dah" adu Aleeya pada abangnya.

"Abang dah cakap dengan dia, nanti dia okay la. Bunga jangan risau lah" pujuk Eidlan.

Akhtar yang kebetulan mahu masuk ke wad Aleeya terdengar gadis itu bercakap tentang dirinya. Tidak jadi dia mahu masuk, namun dia memasang telinga mendengar perbualan dua beradik itu. Gadis itu terasa dengan sikap dirinya yang di katakan dingin.

"Betul? Bunga tak salahkan dia pun, tadi masa dia orang bergelut Bunga punya dada rasa macam nak meletup. Tak pernah Bunga rasa macam tu. Masa budak tak guna tu nak curi tikam dia, Bunga da tak boleh fikir dah. Dalam kepala ni nak selamatkan dia je, tak nak dia cedera. Blank habis, cuma boleh fikir nak tolak dia jauh dari kena tikam" Bunga bercerita tentang situasi cemas yang membuatkan dia terluka akibat terhiris pisau di lengan kirinya.

"Bunga sayang dia. Sebab tu Bunga jadi macam tu" Eidlan berkata selamba.

"Apa abang merepek ni" Aleeya menafikan.

"Bunga je tak sedar. Sebenarnya Bunga sayang Akhtar tu. Kita cuma akan rasa macam tu bila kita dah sayang orang tu tau" Eidlan membahaskan isu hati dan perasaan.

"Merepek la abang ni, kalau sesiapa pun orang tu mesti Bunga akan rasa macam tu jugak" Aleeya tetap menafikannya.

"Mustahil sayang, kalau orang lain. Dia akan fikir nak selamatkan nyawa orang tu je. Tak ada la concern macam awak cakap ni sayang. Sanggup sendiri luka jangan orang tu yang luka. Dah suka, dah sayang tak nak mengaku lagi tu" sengaja Eidlan membakar adiknya itu. Payah betul nak mengaku perasaan dia tu.

"Malas layan. Bunga tak boleh puasa eh ni? Nurse cakap tadi tak boleh puasa sampai okay sikit. Abang, minggu depan dah final tau. Macam mana ni?" rengek Aleeya.

"Tak payah la puasa dulu. Kan kena makan ubat, Bunga bukan sengaja nak ponteng puasa. Tangan kanan kan tulis, tangan kiri yang cedera" selamba Eidlan berbicara.

"Tak nak kawan" rajuk Aleeya.

Akhtar yang mendengar perbualan mereka tersenyum nipis. Hilang sedikit rasa berat yang menghimpit dada memikirkan kerana dia Aleeya ditimpa masalah. Akhtar kemudiannya masuk ke dalam bilik itu perlahan-lahan seperti tidak mendengar apa-apa.

"Haaa..ubat merajuk dah sampai" kat Eidlan selamba.

"Mana? Ubat merajuk la sangat. Bunga sakit tau ni, abang saja la nak buat Bunga sedih. Tak sayang Bunga la tu. Baik mati je tadi" rajuk Aleeya tak habis lagi.

"Ada pula cakap macam tu, tak sayang ibu? Tak sayang kita orang? Tak sayang Akhtar?Abang usik sikit je pun. Manja sangat" sengaja Eidlan menyelitkan nama Akhtar sekali.

"Sayang la. Sayang semua. Bunga susah la kalau nak tulis sebelah tangan je. Nanti kertas goyang tulisan tak cantik" Aleeya yang tidak menyedari Akhtar masuk ke bilik menjawab selamba.

"Oh, sayang Akhtar la ni?" tanya Eidlan sambil simpul senyum.

Akhtar pula sudah memerah muka dan telinga melihat gelagat dua beradik itu.

"Sikit la, kawan kan. Ish, tak boleh la nak sorok dari dia ni" kata Aleeya geram.

Tergelak Eidlan dengan pengakuan adiknya itu. Akhtar pula tahan senyum mendengar jawapan Aleeya itu.

"Akhtar, kan abang dah kata, dia cuma akan buat tindakan yang terbaik bila dia rasa perlu. Dah dapatkan jawapan, kenapa dia bertindak macam tu. Jangan salahkan diri sendiri lagi" tiba-tiba Eidlan berbicara tenang.

Bunga kalih pandang, terkejut dia tengok Akhtar tercegat berdiri berhampiran sofa yang ada. Memerah mukanya, dia mengalihkan pandangan pada abangnya. Malu mula menyerbu diri. Mana nak sorok ni Eshal Aleeya oi.

"Akhtar teman Bunga sekejap. Abang rasa haus pula, nak ke cafeteria sekejap. Bunga, ubat merajuk dah sampai depan mata, jangan buat perangai pelik-pelik" Eidlan beralasan dan sempat menitip pesan. Sengaja memberi ruang kepada mereka berdua berbincang.

"DAH lama ke awak masuk?" tanya Aleeya memecah sepi.

"Tak ada lah lama" sengaja dia berkata begitu tidak mahu Aleeya malu.

"Awak macam mana? Okay?" baru Aleeya berani mahu bertanya keadaan jejaka itu.

"Abang okay. Aleeya tu je yang abang risau. Sakit macam mana? Boleh tahan lagi?" Akhtar kembali berlembut dengan gadis itu.

"Sakit tapi boleh tahan lagi" jawab Aleeya. Dia memerhatikan seluruh tubuh dan wajah Akhtar.

"Kenapa? Aleeya nak tanya apa-apa ke, cakap apa-apa ke dengan abang?" soal Akhtar yang perasan Aleeya memerhatikan keadaan dirinya.

"Bunga buat abang risau kan? Sorry. Abang jangan salahkan diri abang dengan apa yang jadi. Bunga yang silap langkah tadi. Abang dah dapatkan treatment belum? Lebam, luka semua ni?" Aleeya berbicara perlahan sambil menahan rasa malu yang menggebu dalam dirinya.

Tersenyum Akhtar melihat dan mendengar cara Aleeya membahasakan dirinya pada dia.

"Awak la ubat terbaik abang" bisik hati Akhtar.

"Dah, abang okay. Sikit je ni nak dibandingkan dengan luka Aleeya tu" pujuk Akhtar padanya.

"Bunga bukan Aleeya. Bunga" pantas sahaja Aleeya membetulkan panggilan Akhtar padanya.

"Okay, Bunga. Abang risaukan Bunga abang ni. Abang pun nak minta maaf, angkat Bunga tanpa izin" kata Akhtar tenang.

Melihatkan Aleeya yang diam. Mungkin malu dengannya. Akhtar berkeputusan untuk menyuruhnya berehat.

"Bunga rehat la. Tidur, nanti sakit pula luka tu. Doktor pesan tak boleh banyak gerak tangan kiri tu, kena hati-hati. Bunga tidur, rehat. Abang ada tunggu Bunga" kata Akhtar pada Aleeya yang diam sedari tadi.

"Abang. Terima kasih untuk semuanya, dan setiap satunya. Bunga hargai dan terima dengan ikhlas" Aleeya berkias pada Akhtar.

Akhtar memahami maksud di sebalik setiap ayatnya. Tersenyum memandang gadis itu.

"Terima kasih juga sudi terima abang jadi kawan. Tidurlah" jawab Akhtar sambil membetulkan sedikit selimut yang menutupi tubuh Aleeya.

Mudah Aleeya terasa lenanya menjemput, mungkin juga kesan ubat masih ada. Akhtar yang melihat Aleeya mula memejamkan mata, berlalu seketika ke bilik air mengambil wuduk dan datang semula menemaninya. Perlahan Akhtar berbismillah dan mulai membaca surah-surah lazim, Aleeya yang masih di awal lena membuka sedikit mata melihat Akhtar yang memandangnya sambil mengaji. Aleeya tersenyum dan menutup semula matanya, dan terasa tenang tidurnya malam itu.

"Tidur lah Bungaku, semoga sakit dan luka itu segera hilang. Terima kasih sudi terima kehadiran abang dalam hidup Bunga. Akan abang setia dan sentiasa melindungi dirimu dari disakiti" bisik hati Akhtar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience