Bab 4.

Romance Series 36633

ALEEYA merenggangkan tubuh, letih di badan mula terasa, mujur semua assignment telah disiapkan dan dihantar. Ada juga sedikit masa untuk melapangkan fikiran dan melepak. Tinggal sehari lagi kuliah dan kelas yang perlu dihadirinya, dia telah merancang untuk pulang ke kampung minggu itu. Perancangan untuk pulang selepas kelas terakhirnya esok belum diberitahu kepada ibu dan juga adik-beradiknya. Handphone dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka nama seseorang dicari dan mula menaip.

++
Salam. Esok lepas kelas Bunga ingat nak balik kampung. Abang balik tak? Kalau balik Bunga tak payah drive, naik abang je. Kalau tak balik, Bunga drive kereta la balik sendiri. -Aleeya-

++
Bunga nak balik? Esok abang ambil okay, kita balik sekali. Adik pun nak balik juga esok, Ibu call abang tadi bagitahu. Bunga dah call Ibu bagitahu dia? -Eidlan-

++
Belum, saja nak surprise. Hihihi. Abang jangan bagitahu Ibu tau. Esok abang ambil Bunga ya kat hostel. Kakak balik tak? -Aleeya-

++
Okay. Pukul 5.30 petang abang datang ambil tau. Jangan lambat. Tak pasti la, nanti abang tanya kakak dia balik tak. -Eidlan-

++
Okay boss. Thanks abang, love you. Jumpa esok. -Aleeya-

++
Okay Bungaku sayang. Jaga diri. Love u too. -Eidlan-

Aleeya punyai seorang, kakak, abang dan adik. Hubungan mereka bagai isi dengan kuku. Boleh juga diibaratkan bagai anjing dengan kucing. Ada sahaja olah mereka bila bertemu. Orang tua mereka yang masih ada hanya ibunya. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sewaktu perjalanan hendak ke tempat kerja. Dia yang berumur 20 tahun, berjarak 5 tahun dari abangnya. Abangnya pula berjarak 2 tahun dari kakaknya. Dia dan adiknya pula berjarak 5 tahun. Walaupun berjarak agak jauh umur mereka tetapi mereka tetap akrab saling menjaga antara satu sama lain.

“Ain, Sue nak pinjam phone kejap. Prepaid handphone Sue habis. Nak call Akhtar kejap, dia mesej Sue ni nak tanya pasal assignment. Sue nak reply pun tak boleh ni. Internet pun habis dah ni” Sue yang berada di meja study Aleeya meminta pertolongan dari Ain.

“Ain pun habis dah kredit handphone ni Sue. Tunggu pakwe Ain nak topupkan dari semalam tak masuk-masuk lagi ni” jawab Ain yang juga sedang membuat assignment di meja studynya.

“Kak Sue pakai phone Aleeya ni, tak apa pakai je. Aleeya pakai postpaid” Aleeya yang sedang berbaring segera bangun menghulur handphone ditangannya pada Sue.

“Tak apa ke Aleeya? Kak Sue nak call abang Akhtar ni” tanya Sue was-was pada Aleeya.

“Tak apa kak. Pakai je. Sekejap je kan, bukan akak nak cakap berjam-jam pun” Aleeya bangun untuk mengambil air, tekak terasa dahaga pula.

Terus Sue mendail nombor telefon Akhtar untuk menghubunginya. Dia yang sedang menanti panggilan dijawab hanya tayang senyum pada Aleeya.

“Janganlah Kak Sue beritahu tu nombor aku. Jadi lain pula nanti” bisik Aleeya dalam hati.

“Hello. Akhtar, Sue ni. Prepaid Sue habis, call pakai handphone lain. Pasal assignment tu….” terus mereka berbicara.

Aleeya capai novel, terasa mahu membaca dari menonton berbagai cerita yang ada dilaptop. Bil postpaid sudah tentu abang yang bayar. Selagi tak melebihi had, tiada masalah. Lagi pula Aleeya bukan selalu menghubungi orang. Hanya call keluarga dan si kembar atau rakan kelas, itupun berkaitan assignment atau kuliah dan kelas.

“Nah, terima kasih Aleeya. Kak Sue save nombor abang Akhtar dah. Kalau-kalau dia call cari Kak Sue, Aleeya tau dah tu nombor dia” Sue memulangkan semula handphonenya.

“Okay” jawab Aleeya ringkas.

“Dia kirim salam tau. Tadi dia tanya nama Aleeya lagi. Kak Sue tak beritahu, takut Aleeya tak selesa dia tahu nama Aleeya” kata Sue yang telah duduk di meja study milik Aleeya untuk menyambung tugasannya.

“Wa’alaikumsalam. Tak payah la bagitahu. Biarkan je, dia panggil Aleeya budak kecik. Ada ke patut” Aleeya tayang wajah cemberutnya.

“Amboi nak kacau adik Ain ke Akhtar tu. Tapi kalau dia ok je. Orang lain Ain tak bagi” Ain mencelah perbualan mereka.

“Ha, kan Ain. Dia single tau Aleeya. Ramai suka dia tapi dia tak layan, siap dapat bunga la coklat la. Dia buat derk je. Tapi dengan Aleeya ni macam berminat pula” Sue menambah.

“Ye la tu, dia minat Aleeya” ketawa suka Ain menyakat Aleeya.

“Aleeya memang tak ada pakwe ke?” soal Sue tiba-tiba.

“Tak ada, malas lah bukan boleh percaya lelaki ni. Masa sem 1, ada la kenal mamat ni. Dia boleh cheating dengan Aleeya. Siap dia mengaku kat awek tu kata Aleeya yang perasan kita orang bercinta, pada hal kita orang memang tak bercinta pun. Berkawan je. Eh, panas hati Aleeya ni. Terus Aleeya jumpa dua orang tu kat café depan hostel sana. Buat dia orang mengaku semua. Mamat tu pulak kat situ juga kena lempang dengan Aleeya. Dia yang terhengeh dua bulan kejar kita minta couple. Pastu buat macam tu. Salah orang la nak main-main” terhambur segala rasa yang disimpan, kerana peristiwa itu juga dia memilih untuk kekal single.

“Kira Aleeya frust la ni. Macam tu dia buat Aleeya. Cantik ke budak perempuan tu?” tanya Sue berminat untuk tahu.

“Tak cantik pun, cantik lagi Aleeya. Mamat tu bukan handsome sangat pun biasa-biasa je, jauh beza la kalau bandingkan dengan Akhtar. Ain pun sama geram tau, tapi Aleeya memang berani la dia lempang mamat tu selamba je” celah Ain pada perbualan Sue dan Aleeya.

“Tu Kak Ain da jawab. Tapi puas la Aleeya dapat bagi pelempang sebijik kat mamat tu. Semua orang yang ada kat café tengok masa tu. Frust tu tidak la kak, cuma serik la nak kawan dengan sesiapa lagi” panas hatinya apabila mengimbau peristiwa itu.

“Ganas mu ni Aleeya, tak padan kecik comel tapi garang. Habis la abang Akhtar kalau dia jadi pakwe Aleeya” usik Sue.

“Kesitu pulak kak Sue ni. Tak terfikir dan tak pernah fikir dah nak ada pakwe lagi” bersahaja Aleeya menjawab sambil membaca novel ditangan.

Ketawa suka Sue dan Ain dapat mengenakan dirinya. Entah, sejak peristiwa itu tak pernah lagi dia berfikir tentang perihal bercinta dan dia lebih selesa keadaan begini. Single.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience