Bab 82

Romance Series 36633

"GERAM pula saya tengok Akhtar dan isterinya tadi. Boleh pula mereka bernikah sewaktu Aini masih berkerusi roda! Sebelum ini, bukan main bersyarat dan beralasan, sehingga putus tunang dengan anak kita!" puan Zaharah meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Apa salahnya, mereka bernikah bukan sewaktu Akhtar tunang Leyla. Itu hak mereka" kata encik Hashim.

"Bila pula Aini dah boleh berjalan menggunakan tongkat?" soal puan Zaharah pada suaminya.

"Dah sebulan dia boleh berjalan menggunakan tongkat" jawab encik Hashim.

"Guna physiotherapy berbayar la tu. Dulu masa Leyla cadangkan bukan main menolak lagi. Sekarang bukan main, elok pula guna khidmat physiotherapy" kata puan Zaharah yakin dengan andaiannya.

"Awak ni. Nak menuduh je. Aini tu boleh berjalan sebab, menantu dia yang jadi pengantin tadi tu yang bantu lakukan exercise physiotherapy setiap hari, setiap pagi. Tak ambil pun khidmat physiotherapy berbayar ni. Menantu dia tu sanggup masuk kerja lewat untuk bantu Aini. Kata Usaid, keperluan mereka siap tersedia setiap hari sebelum menantunya masuk kerja. Beruntung mereka dapat menantu yang anggap mereka seperti ibu bapa sendiri" jelas encik Hashim lagi, marah benar dia apabila isterinya berprasangka buruk.

"Eh. Awak ni. Kenapa? Tak beruntung ke kalau mereka dapat Leyla jadi menantu mereka?" tempelak puan Zaharah.

"Bukan la itu maksud saya" jawab encik Hashim.

"Saya dengar menantu Aini tu kerja kedai kek je, sambil buat hantar macam jambang bunga ke coklat ke buah gitu lah. Ingatkan hebat sangat kerjanya dari Leyla yang jadi cikgu" kata puan Zaharah dengan nada sinis.

"Ya betul lah tu, kerja kedai kek je. Tapi dia lah boss kat kedai kek tu. Ramai pelanggan tetap dia, dalam kalangan orang ternama Dato dan Datin, syarikat  korporat pun ramai ambil khidmat mereka. Alhamdulillah, murah rezeki dia bantu student kerja part-time dengan dia. Saya tanya staff dia, gaji dia orang saja sama banyak dengan gaji anak awak Leyla  tu. Entah berapa la ya gaji menantu Usaid tu, mesti lagi mahal dari gaji anak awak" sengaja encik Hashim berkata begitu untuk mendiamkan isterinya. Walaupun hal yang dikatakan itu benar.

"Eh! Awak tak payah nak menipu saya ya. Entah-entah berhutang nak bayar gaji pekerja. Bukan besar mana pun business kedai dia tu" kata puan Zaharah masih tidak berpuas hati.

"Suka hati awak la. Nanti cuba cari di Internet, cari Bunga&Coklat. Awak tengok lah kecik ke besar, banyak ke sikit ke orang yang ambil khidmat mereka" kata encik Hashim menutup bicaranya.

Puan Zaharah pantas mencari tentang Bunga&Coklat di handphonenya. Terus terdiam dia apabila melihat Fac dan juga Instagram Bunga&Coklat.

"ALHAMDULILLAH. Selesai juga majlis" kata Akhtar ketika mereka berdua di dalam bilik untuk menukar pakaian.

"Abang ada panadol tak?" soal Aleeya lemah.

"Tak ada, kenapa sayang? Sakit kepala?" tanya Akhtar.

"Hurm" Aleeya sudah tidak mampu menjawab pertanyaan Akhtar. Terasa seperti dirinya mahu rebah.

"Sayang!" Akhtar menahan tubuh Aleeya dari jatuh tersembam ke lantai.

"Panasnya badan. Sayang. Sayang" panggil Akhtar pada Aleeya. Dia terkejut merasa badan Aleeya yang hangat.

Dicempung tubuh isterinya untuk dibawa ke hospital. Mujur juga Aleeya masih lengkap berpakaian hanya sempat dibuka crown dan veil yang dipakainya sahaja.

"Kenapa?!" tanya Hanim cemas melihat Akhtar yang turun sambil mencempung tubuh isterinya.

"Pengsan. Badan Bunga panas sangat, Akhtar nak bawa ke hospital" jawab Akhtar tergesa-gesa.

"Angah drive" laju sahaja Akmal menawarkan diri.

"Ya Allah, menantu aku" kata puan Nuraini sebak dan terkejut dengan kejadian itu.

"InsyaAllah tak ada apa-apa tu ummi. Mungkin Aleeya penat sangat" pujuk Laily.

Aleeya diberikan rawatan awal kecemasan. Drip air di pasang bagi mengelak berlakunya dehydration. Injection diberikan untuk menurunkan suhu badannya yang tinggi.

"Kita tunggu dia sedar. Mungkin dia terlalu stress, penat dan tak cukup rehat" kata doctor yang bernama Dewi itu 

"Sorry sayang. Abang tak sedar sayang tak sihat" Akhtar genggaman lembut jemari Aleeya. Dikucup penuh kasih dahi isterinya dan setia menemani Aleeya.

Aleeya tersedar dan melihat sekelilingnya. Tahu la dia sedang berada dibilik rawatan. Jam dinding dilihat, sudah menunjukkan jam 8.00 malam.

"Abang" Aleeya panggil suaminya.

Akhtar yang tertidur kerana keletihan ketika menunggu terus terjaga.

"Sayang dah sedar. Ada sakit kat mana-mana tak?" tanya Akhtar sebaik terjaga.

"Sorry susahkan abang. Kepala Bunga tiba-tiba sakit sangat lepas majlis tadi, tapi ni dah kurang" jawabnya sedikit lemah.

"Sayang demam. Kenapa tak bagitahu abang sayang tak sihat? Abang minta maaf, abang tak sedar sayang sakit" Akhtar cium kekura tangan isterinya.

"Bunga makan ubat pagi tadi, Bunga anggap lepas tu akan okay" jawab Aleeya.

"Abang panggil nurse kejap drip pun nak habis dah" Akhtar berlalu untuk memangil nurse yang bertugas.

Tidak lama kemudian nurse bertugas datang mendapatkannya.

"Puan dah sedar? IV drip pun dah habis ni. Saya buka ya. Saya nak ambil tekanan darah ya. Sekejap lagi doctor datang, branula ni kita biar dulu. If boleh discharge baru kita tanggalkan" kata nurse yang memakai tag nama Asnida itu.

Sepuluh minit  menanti, doctor muncul untuk melihat keadaannya.

"Puan Aleeya. Rasa macam mana? Better?" soal doctor bernama Dewi.

"Much better" jawab Aleeya.

"Suhu badan you pun dah turun. Tapi you masih nampak a bit pale. You need a rest. Your blood pressure okay. Maybe you penat sangat uruskan majlis kahwin ni. You kena betul-betul rest lepas ni, pergi honeymoon okay" sempat doctor Dewi itu mengusiknya.

"Everything was fine. Tak perlu admit lah. Tapi make sure rehat yang cukup. Kita akan bagi you ubat yang you perlukan la, you boleh balik lepas ni. Tapi if keadaan bertambah worst, cepat-cepat datang hospital okay" kata doctor Dewi tenang.

"Okay. Thank you doctor" jawab Aleeya.

"Encik makes sure your wife ambil ubat ikut time ya. And she needs rest" pesan doctor Dewi pada Akhtar sebelum berlalu.

"Sayang ambil cutikan sampai selasa? Dengar kan doctor pesan, sayang kena rehat" kata Akhtar padanya.

Aleeya hanya mendengar dan mengangguk kecil. Tiada tenaga mahu menjawab kata-kata suaminya.

"Abang pergi settle bil dulu. Lepas tu kita balik ya" Akhtar cium sekilas dahi Aleeya kemudian berlalu.

"KAU jangan melampau Kaisara!" tengking Nazim.

"Memang itu kan yang berlaku. You gilakan isteri orang. Tak sedar yang diri tu pun dah beristeri" Kaisara menjawab semula kata-kata Nazim.

"Kalau aku gilakan dia pun tak ada kaitan dengan kau" tempelak Nazim semula.

"Ada kena mengena dengan i! Sebab i isteri you! Bilik kerja you tu masih penuh gambar betina tu! Office you pun sama! You ingat i ni tunggul ke?! I ni isteri you!" jerit Kaisara bengang.

"You dan parents you yang terhegeh nak i kahwin dengan you! You and your family ugut my dad, untuk jatuhkan our company if i tak kahwin dengan you! You and your family are rubbish!" kata Nazim berang.

"I tak hadap pun perempuan murah macam you. I jijik lagi ada. Bekas orang, i tak akan sentuh" kata Nazim sarcastic kemudian terus berlalu keluar.

"Arghhhh!!! You memang tak guna Nazim!" Jerit Kaisara pada Nazim yang pergi meninggalkannya seperti biasa.

"Kau tunggu la. Kau tak akan jumpa lagi betina tu atas muka bumi ni lagi" kata Kaisara penuh dendam.

Nazim memandu kereta tanpa arah. Setiap hari setiap malam begitulah keadaannya. Jika pulang ke rumah pasti akan berperang besar. Jika tidak pulang pasti akan diserang Kaisara di mana dia berada.

"Semakin bahagia rupanya kau Aleeya" keluh Nazim.

"Kenapa bahagia tu bukan dengan aku?!" luahnya geram.

"Macam mana aku nak lupakan kau? Terlalu banyak kau peduli, tapi aku langsung tak tahu. Kau tak nampak ke aku tersiksa hilang kau" kata Nazim penuh dengan rasa kecewa pada diri sendiri dan apa yang terjadi.

Selepas peristiwa dia mengasari Aleeya dibawah sedar. Darius memberitahu, Aleeya minta dia untuk menasihati dan menegur dirinya yang sudah terlalu jauh hanyut dengan ujian.

"Betapa dia peduli sebenarnya pasal kau! Buktinya, dia masih berlembut sampailah peristiwa kau cuba kasari dia semalam. Macam-macam pesanan dia bagi untuk aku supaya jaga kau! Tolong lah hadam!" tegas Darius meninggalkan pesan padanya.

"You know what boss. Aleeya selalu pesan pada saya untuk ingatkan boss pada Allah. Selalu bagi kata-kata semangat pada boss, sewaktu jadi tunang boss. Setiap saya kata "baca Bismillah boss" itu pesanan Aleeya sebenarnya, dia nak boss mulakan apa-apa dengan Bismillah. Setiap kali boss down pasal kerja, motivation quotes yang saya send tu bukan dari saya tapi dari Aleeya. Dia peduli je bila saya report hal boss pada dia. Jangan sebarangan tuduh boss. Aleeya bukan jenis perempuan yang gedik, curang. Dia tak tahu pun dia kena nikah dengan suami dia sekarang. Kak Murni sendiri tanya dia, dia kata dia tak tahu apa-apa. Memang dia nekad teruskan majlis walaupun dia bukan lagi tunang boss dan tak berkahwin dengan boss, sebab dia tak perlu nak mengelak dengan kenyataan. Dia tak perlu malu kalau dia pengantin tak jadi. Dia sangat kuat bagi kak Murni. Sesekali dia bertanya khabar kak Murni, ada juga dia minta kak Murni nasihatkan boss. Tarik semula boss ke pangkal jalan. Kak Murni kecewa dengan boss. Boss sia-siakan semuanya dalam sekelip mata" kata-kata Murni sewaktu menghantar keperluannya di hotel tempoh hari sering terngiang-ngiang di telinganya.

"Aku ingat selama ni kau tak peduli hal aku. Rupanya kau peduli. Tapi aku sendiri yang buta tak nampak semua tu. Aku memang bodoh, aku memang lemah. Aku dah tak mampu nak berpatah balik semula. Aku jijik, aku hina" laju keretanya dipandu, tidak dihirau keadaan sekeliling.

"Pin pinnnn....." hon dari sebuah motorsikal.

"Strettttt....."

"Bam!!!"

Kereta yang dipandunya berpusing sebelum terbabas merempuh sebatang pokok besar di tepi jalan.

Kepalanya terasa sakit. Darah pekat mengalir di tepi dahinya. Hidungnya juga berdarah kerana impak dari hentakan kemalangan.

"Encik! Encik!"  panggil seorang lelaki berusia yang cuba membantunya untuk keluar dari kereta.

Sebaik dirinya berjaya di keluarkan. Dia terus rebah tidak sedarkan diri.

"Macam mana ni abah? Bawa kereta macam orang gila. Mujur sempat elak" kata Jasmine geram.

"Call ambulance. Kena bawa pergi hospital ni" arah imam Hassan pada anaknya.

"SAYANG.. Dah sampai rumah" Akhtar kejutkan Aleeya yang terlena disisinya.

"Okay" jawab Aleeya perlahan.

Akhtar keluar terlebih dahulu dari kereta, segera mendapatkan Aleeya di pintu kereta penumpang belakang untuk membantunya.

"Abang. Tolong pimpin. Bunga pening" Aleeya hulur tangannya pada Akhtar.

"Boleh sayang. Jom" Akhtar sambut tangan isterinya, lalu dipeluk lembut pinggang Aleeya.

"Macam mana?" soal abinya yang setia menanti di beranda rumah menunggu mereka pulang setelah dihubungi Akhtar yang maklumkan keadaan Aleeya.

"Demam saja abi, mungkin sebab penat sangat abi. Perlu rehat. Akhtar bawa Aleeya naik dulu ya" kata Akhtar pada encik Usaid Akram.

"Ha. Bawa dia naik rehat" kata abinya.

"Angah thanks" kata Akhtar pada Akmal. Angahnya hanya mengangguk kecil sebagai jawapan.

Aleeya duduk di tepi katil. Terasa lesu dan lemah tubuhnya.

"Sayang mandi ya. Bersihkan diri dulu lepas tu makan terus tidur" Akhtar ambil pakaian dan tuala Aleeya, diserahkan kepada isterinya itu.

"Okay" jawabnya perlahan, kebetulan juga dia tidak boleh solat kerana datang bulan.

Aleeya berjalan sedikit melayang seperti mahu terjatuh sewaktu mahu ke bilik air. Akhtar dengan pantas mendapatkan Aleeya.

"Abang risau kalau sayang tiba-tiba jatuh pengsan lagi. Abang mandikan sayang ya" Akhtar menawarkan bantuan.

"Tak apa, Bunga boleh buat sendiri" Aleeya menolak.

"Sayang malu ya? Tak ada apa yang nak dimalukan. Sayang isteri abang" Akhtar cuba memujuk.

Aleeya mengangguk. Dia mengalah, dia juga tidak yakin dia mampu saat itu. Pandangannya terasa berpusing. Jika berada di rumah ibunya, pasti ibunya akan membantu dia seperti selalunya. Jika bersama si kembar, pasti si kembar juga akan membantunya. Akhtar terus memimpinnya ke bilik air.

Kain batik Aleeya sarungkan sebelum pakaiannya dibuka dan dia berkemban seperti kebiasaannya dia mandi. Akhtar buka water heater, di adjust suhunya sebelum dengan berhati-hati di siramkan pada tubuh isterinya. Jelas terlihat parut di lengan kiri Bunga sewaktu diserang dahulu.

"Ni sayang" Akhtar hulur singlet bra, panties dan tuala wanita miliknya.

Aleeya tahan malu. Cepat diambil dari pegangngan Akhtar.

"Abang keluar la, Bunga boleh buat" kata Aleeya menunduk.

"Abang tutup mata, sayang siap la. Sayang pegang tangan abang sebelah" Akhtar tutup matanya. Tangannya dijadikan tempat Aleeya berpaut. Dia simpan senyum bila melihat isterinya itu menahan malu dihadapannya.

Perlahan-lahan Aleeya bersiap. Berhati-hati bimbang terjatuh. Cepat dia berpaut pada lengan Akhtar jika terasa seperti mahu terjatuh.

"Sayang dah siap" kata Aleeya sebaik dia lengkap berpakaian tidurnya. Akhtar memimpin dan membantunya duduk di tepi katil.

"Abang keringkan rambut sayang ya" Akhtar berlalu mengambil hairdryer milik Aleeya lalu dihidupkan untuk mengeringkan rambut isterinya itu.

"Abang mandi sekejap, lepas ni kita makan. Sayang kena makan ubat, lepas tu boleh rehat dah" ujar Akhtar setelah selesai mengeringkan rambutnya.

Aleeya membaringkan tubuhnya sementara menanti Akhtar. Matanya memberat, dia terlena semula.

"Sayang, bangun makan. Ni, ummi buatkan bubur untuk sayang" kejut Akhtar.

Aleeya duduk bersandar di kepala katil. Cuba membuka matanya yang memberat.

"Kenapa bawa naik bilik. Bunga boleh turun" serak suaranya.

"Kak Long yang hantar. Ummi suruh makan dalam bilik je. Sayang tak perlu turun. Ummi buatkan bubur, ummi tahu sayang mesti tak ada selera nak makan nasi" Akhtar letakkan dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air masak di meja sisi katil.

Aleeya ambil dan makan sesuap dua lalu diletakkan semula. Air diminum sedikit.

"Dah" katanya perlahan.

"Sikit je. Makan sikit lagi sayang. Nak makan ubat" pujuk Akhtar.

"Tak ada selera" kata Aleeya lemah.

"Abang suap. Bismillah.." Akhtar sua sudu berisi bubur nasi pada Aleeya.

Aleeya tidak menolak, tiada kudrat mahu membantah.

"Dah" kata Aleeya menolak suapan dari Akhtar.

"Okay. Makan ubat ya" Akhtar letak mangkuk yang masih berbaki separuh bubur didalamnya. Di hulur ubatan yang perlu dimakan Aleeya.

"Tidur ya. Abang turun sekejap hantar mangkuk dan gelas ni" Akhtar kucup lembut dahi Aleeya, comforter ditarik menutupi sebahagian tubuh isterinya.

Mudah lena menjemput Aleeya, mungkin kerana tubuhnya terasa lesu akibat demam. Akhtar segera turun ke bawah menghantar mangkuk dan gelas, juga mahu mengisi perutnya yang lapar.

Aleeya tersedar, kerana tubuhnya mula menggigil dan terasa seperti mahu muntah. Comforter menutupi seluruh tubuhnya di tolak. Akhtar yang baru sahaja keluar dari bilik air, melihat Aleeya seakan tidak selesa.

"Sayang..kenapa ni?" Akhtar mendekat, duduk bersebelahan Aleeya yang sedang berusaha untuk bangun.

"Rasa nak muntah" jawab Aleeya.

Akhtar bantu Aleeya untuk bangun. Baru sahaja setapak melangkah Aleeya tidak dapat menahan rasa mualnya, dia muntah di situ. Akhtar urut perlahan belakang tengkuk Aleeya dan badannya.

"Sorry" jawab Aleeya sambil menahan perit tekaknya.

"Tak apa sayang. Nanti abang lap. Kalau sayang dah, jom kita cuci" jawab Akhtar penuh kasih.

Akhtar bawa Aleeya ke bilik air. Pakaian tidur isterinya diambil untuk digantikan yang terkena percikan muntah. Akhtar memimpin Bunga  kembali ke katil semula setelah Bunga siap menukar pakaian. Aleeya kelihatan menggigil. Akhtar sentuh dahi isterinya, suhu badannya normal sahaja.

"Nak abang tutup Air-cond?" tanya Akhtar.

"Tak apa. Nanti abang panas. Bunga yang rasa sejuk" jawab Aleeya dengan mata terpejam dan menyelubungi tubuhnya. 

"Sayang tidur ya. Abang nak bersihkan muntah sayang tu dulu" Akhtar cium sekilas dahi Aleeya.

"Sorry abang" kata Aleeya sayu. Dia rasa bersalah atas apa yang berlaku.

"It's okay sayang" pujuk Akhtar, diusap penuh kasih kepala Aleeya.

Akhtar merebahkan badannya setelah kerja mengemas selesai. Aleeya yang sedang tidur masih kelihatan menggigil tubuhnya, lalu dia mendekat dan menarik Aleeya kedalam dakapannya.

"Abang peluk sayang ya. Bunga tidur la" bisik Akhtar padanya. Dibacakan Zikrullah dan diusap penuh kasih isterinya agar berasa selesa.

Aleeya terjaga dari lenanya apabila dia mula terasa seperti mahu muntah lagi, jam di dinding menunjukkan 3.00 pagi. Dia masih berada di dalam pelukan Akhtar, selesa berada disitu. Itulah kali pertama dia tidur dalam dakapan suaminya. Perlahan dia cuba bangun tanpa mengganggu lena suaminya.

"Kenapa sayang?" garau suara Akhtar bertanya, dia tersedar apabila Aleeya cuba meleraikan pelukannya.

"Rasa nak muntah lagi" kata Aleeya tertahan.

"Sayang...kenapa?" Akhtar bertanya lagi.

"Muntah" jawab Aleeya sepatah kerana berusaha menahan rasa mualnya.

"Oh. Sekejap abang ambil besen kecil" kata Akhtar kemudian cepat-cepat bangun dan berlalu ke bilik air mereka.

Akhtar muncul bersama sebuah besen plastic kecil untuk Aleeya.

"Nah sayang muntah dalam ni" hulur Akhtar.

Aleeya sambut dan dia muntah di dalam besen itu sehingga lega. Dihulurkan besen itu kepada Akhtar. Akhtar melihat hanya muntah air yang terdapat di dalam besen itu.

"Lega?" soal Akhtar.

Aleeya angguk kecil kepalanya.

"Demam lagi?" Akhtar merasa dahi dan leher Aleeya.

"Tak dah" jawab Aleeya yang gementar disentuh Akhtar begitu.

"Sayang tunggu sekejap. Abang cuci besen dan ambil air suam" kata Akhtar kemudian berlalu keluar untuk ke dapur.

Akhtar muncul semula dengan segelas air suam, dan diberikan kepada isterinya. Aleeya sambut dan meneguk air minumannya sehingga habis.

"Baru pukul 3.00 pagi. Sayang tidur lah" kata Akhtar padanya lalu meletakkan gelas di meja sisi katil mereka.

Aleeya baring semula, namun tidak dapat melelapkan mata kerana rasa yang kurang selesa. Akhtar juga melakukan perkara yang sama, mungkin kerana terlalu letih dia mudah untuk tidur semula. Aleeya cuba mengiring ke kanan, lalu ke kiri masih juga tidak mendapat rasa selesa untuk lena semula. Aleeya perlahan-lahan memegang lengan Akhtar dan mendekatkan kepala ke arah lengan suaminya.

"Kenapa sayang?" soal Akhtar yang tersedar apabila disentuh isterinya.

"Sorry. Bunga tak boleh tidur, rasa tak selesa" jawabnya serba salah.

"Sini. Sayang cuba tidur ya, sayang perlukan rehat" Akhtar menarik Aleeya rapat ke dalam pelukannya, dicium lembut dahi isterinya.

Matanya dipejamkan, anehnya Aleeya mula rasa selesa untuk tidur semula. Akhtar senyum nipis dengan mata terpejam apabila merasakan Aleeya selesa di dalam pelukannya. Mereka sama-sama terlena semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience