Bab 61

Romance Series 36633

"ALHAMDULILLAH. Terima kasih pada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis pembukaan Bunga&Coklat secara rasmi hari ini. Tak ada apa yang saya minta selain teruskan menyokong perniagaan kecil kami. Doakan Bunga&Coklat agar terus maju, kami akan berusaha memberikan service yang terbaik untuk pelanggan Bunga&Coklat semua" ucap Aleeya pada tetamu yang membanjiri Bunga&Coklat pada akhir majlis perasmian pembukaan setelah selesai bacaan doa selamat.

Sungguh tidak terjangka olehnya, sambutan dari pelanggan Bunga&Coklat sangat menggalakkan. Tidak menang tangan mereka pada hari itu. Dan yang lebih tidak Aleeya menjangkakan adalah kehadiran ahli keluarganya.

"Aleeya! Tahniah si cantik manis, Bunga&Coklat memang awesome" kata Aira yang datang dari arah belakangnya bersama Elyn, Azad dan Irham.

"Akak, terima kasih" terkejut Aleeya dengan kehadiran mereka berempat.

"Sama-sama. Terima kasih buat bouquet flower yang cantik-cantik dan unik. Bunga&Coklat ni memang  penyelamat orang tu" kata Aira padanya sambil memaksudkan Azad dalam bicaranya.

"Aleeya sihat?" sapa Elyn pula.

"Alhamdulillah. Macam yang akak nampak" senyuman Aleeya ukir diwajahnya.

"Alhamdulillah. Lama kan tak jumpa? Selalu bunga, coklat dengan cake Aleeya je yang Kak Elyn jumpa" ujar Elyn padanya dalam nada mengusik.

"Wakil Aleeya la tu. Sila la, ada sediakan jamuan sikit sempena perasmian Bunga&Coklat. Selesakan diri ya. Aleeya nak pergi tengok staff tu, kesian diaorang tak menang tangan nak layan" Aleeya minta izin untuk berlalu.

Seseorang memerhatikan Aleeya dari jauh. Terlihat sibuk membantu staff dalam masa yang sama turut melayani pelanggan yang datang.

"Aleeya, tahniah atas pembukaan Bunga&Coklat" ucap Nazim pada dia yang hadir bersama ibu dan bapanya.

"Terima kasih encik Nazim" jawab Aleeya. Senyuman dia berikan kepada kedua orang tua Nazim yang ada bersama.

"Tahniah, cantik betul interior Bunga&Coklat ni. Bouquet flower, fruits bouquet pun cantik-cantik hasilnya. Jatuh cinta auntie tengok" kata Datin SeriAfina.

"Delicious cakes and pastry. Tapi yang paling best sekali bagi uncle, the coffee. Sedap sangat macam di five star hotel" sokong Dato' Seri Nazhan Izzuddin pula.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Dato' Seri dan Datin Seri. Biasa-biasa sahaja, terima kasih sudi datang ke kedai saya yang tak seberapa ni" kata Aleeya mesra pada mereka.

"Jangan la cakap macam tu, kamu kawan Nazim. Panggil je auntie dan uncle saja. Tak perlu Dato Datin ni" ujar Datin Seri Afina mesra.

"Tak boleh Datin Seri. Encik Nazim masih boss saya, Dato' Seri masih CEO syarikat saya berkerja" jawab Aleeya sopan, dalam masa yang sama dia mencipta jurang supaya Nazim tidak berharap.

"Kamu berkerja di syarikat saya? Maaf la, saya tak perasan kamu. Kamu berada di department yang mana?" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"Tak apa Dato' Seri. Saya cuma PA kepada Puan Murni" ujarnya.

"Oh. Ya. Murni ada bagitahu dia ada assistant untuk bantu kurangkan workload dia. Awak rupanya. Saya bangga anak melayu macam awak boleh bahagikan masa antara kerja dan perniagaan. Good job, I'm proud of you" puji Dato' Nazhan Izzuddin.

"Biasa saja Dato' Seri. Saya bernasib baik ada team yang bagus cara kerja" ujar Aleeya merendah diri.

"Nazim tak bagitahu pun, yang Aleeya ni staff di office papa. Cantik orangnya, bijak pula tu cari peluang dalam business" kata Datin Seri Afina.

Nazim hanya tersenyum nipis. Kagum dia melihat gadis itu membawa diri. Skill social yang baik dalam masa yang sama juga masih kekal bersifat merendah diri.

"Saya harap Dato' Seri dan Datin Seri boleh selesakan diri. Saya minta diri ya, perlu bantu team Bunga&Coklat yang lain" Aleeya meminta diri untuk membantu yang lain melayan tetamu dan pelanggan yang datang  ke kedainya.

"Sure no problem. Silakan" jawab Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"TAK nak masuk ke? Dah start tu majlis" tanya Irham.

"Kau orang masuk dulu la. Aku follow belakang. Tak nak dia terkejut, nanti terganggu majlis" ujarnya pada mereka berempat.

"Tadi beria suruh aku pecut dari Airport. Takut lambat la, tak sempat la, apa la. Dah sampai, macam ni pula" bebel Azad.

"Sorry. Tadi aku tak terfikir pula pasal ni" jawabnya lagi.

"Ibu ada, family dia semua ada. Cuma dia orang buat surprise untuk Aleeya. Abang yang plan, bagitahu Aleeya mereka tak dapat datang. Tapi dia orang datang je sebenarnya. Nanti jumpa la ibu dengan yang lain. Lama dah kau tak jumpa dia orang. Kitaborang masuk dulu" pesan Irham.

"Okay. Kauborang masuk dulu nanti aku masuk" jawabnya yang berdiri di luar kedai.

Berkecamuk rasa dalam dirinya saat itu, dia yang dapat melihat si gadis di dalam sana. Gembira, rindu, sebak dan paling kuat dirasakan dalam hatinya, rasa bersalah pada si gadis.

"Semakin cantik dan matang Bungaku. Berkeyakinan dan berani. Tercapai impian mu Bungaku. Aku harap engkau masih boleh menerima aku, Arjuna mu" katanya sendirian. Leka dia memerhatikan gadis itu.

"Kenapa tak masuk? Abang dapat tahu Akhtar baru je balik sini" Eidlan menepuk perlahan bahunya dan menegur dia.

"Saya takut ganggu tumpuan dia. Tadi masa nak datang tak terfikir. Bila dah sampai baru terfikir. Saya betul-betul baru sampai dari Airport. Abang sihat?" jawab Akhtar sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Alhamdulillah sihat. Masuk la. Jom masuk dengan abang. Ibu, kakak, adik semua ada. Ramai-ramai ni susah sikit dia nak perasan. Irham tegur abang tadi, sebab tu abang tahu kamu ada sini, jom kita masuk. Abang pun nak letak pastry ni kat dalam, tadi Bunga minta tolong ambil sebab semua busy" ajak Eidlan padanya.

Akhtar melangkah masuk bersama Eidlan. Berdebar kencang degup jantungnya bagai dipalu. Rasa yang tak pernah hilang bila berhampiran gadis itu. Dia menemui keluarga Aleeya, bersalaman dan bertanya khabar. Kemudian dia berlalu dan mencari tempat yang sedikit terlindung oleh tetamu lain. Seboleh mungkin dia tidak mahu gadis itu menyedari kehadirannya.

"Tak nak tegur dia?" soal Elyn. Mereka berempat mendekati Akhtar setelah bertegur sapa dan memberi ucapan tahniah pada Aleeya.

"Nanti lah. Tunggu suasana reda sikit" jawab Akhtar. Matanya tak lepas pandang pada gadis itu.

"Tu. Lelaki tu boss dia, yang abang Eidlan cakap sukakan Aleeya. Anak Dato' Seri, syarikat Naz Sdn Bhd" kata Azad yang terlihat Aleeya berbual bersama Nazim dan keluarganya.

"Handsome, sesuai la dengan Aleeya yang cantik tu" kata Aira. Sengaja dia berkata begitu.

Semua pandangan mata terarah pada Aira. Terasa pedih hati Akhtar dengan bicara Aira itu.

"What? Betul apa. Kalau Aleeya terima lelaki tu jadi pasangan dia pun aku setuju. At least, lelaki tu berani cakap jujur dengan dia. Mengaku dengan abang Eidlan dia suka dan nak jadikan Aleeya wife dia" Aira sengaja berkata begitu dihadapan Akhtar. Marah benar dia dengan tindakan Akhtar selama ini.

"Kau ni. Mulut tak ada insurance la. Depan Akhtar kot kau cakap macam tu" tegur Irham.

"Elyn jom pergi beli cake. Cake semua sedap sebab Aleeya dengan team yang buat sendiri. Biarlah dia orang menenangkan jiwa lara kawan dia orang yang dah bertahun lari ni" Aira tidak endahkan kata-kata Irham padanya.

"Dah jumpa ibu?" tanya Irham.

"Dah. Masa majlis baru mula tadi. Dapat salam dan tanya khabar je. Nanti aku jumpa ibu lagi" ujar Akhtar.

"Jumpa la ibu nanti. Kau terangkan semuanya. Mana tahu ibu boleh tolong pujuk Aleeya untuk jumpa kau" kata Azad pula.

"Tak apa. Nanti aku jumpa. Bagi dia settle dulu. Ramai juga yang datang harini, busy dia orang" Akhtar melihat sekelilingnya.

"Hari biasa pun boleh kata ramai juga. Weekend pun kadang-kadang full house. Tapi harini lagi ramai mungkin sebab dia buat majlis, jadi lagi ramai customer dia. Alhamdulillah untuk dia" terang Irham.

"Jom lah kita borak dengan abang. Ibu pun ada tu" ajak Azad pada mereka.

"ABANG tahu ke Akhtar nak datang harini?" soal puan Aliah pada anaknya.

"Tak ibu. Tadi baru tahu masa Irham sampai. Akhtar baru touch down terus datang sini, dia orang dari Airport tadi" jawab Eidlan.

"Bunga tahu dia ada?" soal ibunya lagi.

"Tak. Belum tahu. Abang pun tak tahu nak bagitahu macam mana pada dia" kata Eidlan.

"Nazim tu, serious ke sukakan Bunga?" topik perbualan beralih pada Nazim pula.

"Serious. Tapi Bunga, ibu tahu lah dia" jawab Eidlan.

"Akhtar masih status tunang orang lagi? Atau dah putus?" Puan Aliah ingin tahu.

"Abang pun tak pasti. Tapi dari mata kasar, tak nampak pula dia post atau share apa-apa pasal tunang dia tu. Kenapa ibu?" tertanya-tanya Eidlan dengan setiap pertanyaan dari ibunya.

"Ibu bimbang Bunga terluka lagi. Yang lama pun masih tak tahu dah terubat atau belum. Dia tak pernah bercerita apa-apa pada kita, tapi naluri ibu ni kuat menyatakan dia benar-benar terluka dan kecewa. Cuma dia pendam sendiri" luah puan Aliah pada anaknya.

"Abang pun rasa perkara yang sama. Tapi tak tahu cara macam mana lagi nak buat dia bercerita dan luahkan apa dia rasa. Bila ditanya soal hati, dia punya jawapan tetap masih belum bersedia, belum bertemu jodoh. Tapi abang pun tak rasa dia tunggu Akhtar, sebab dia tak pernah jawab call atau reply messages Akhtar sampai sekarang" Eidlan pula berkongsi pendapatnya.

"Apa sebenarnya jadi pada mereka berdua" kata puan Aliah membuang pandang ke arah Aleeya dan Akhtar silih berganti. Lalu pandangnya beralih pada Eidlan dihadapannya.

"Ibu kena tanya Akhtar sendiri. Abang pun tak tahu nak explain macam mana. Rumit keadaan dia. Tapi yang pasti, mereka cuma mangsa keadaan" kata Eidlan.

"Tak apa lah. Nanti bila sampai masa, dia akan bagitahu juga. Cuma ibu terkilan, Bunga tak nak sambung belajar. Ibu tetap bersyukur, impian dia tercapai untuk wujudkan Bunga&Coklat ni. Tapi Bunga ibu yang sekarang tak sama dengan Bunga ibu yang dulu. Senyum yang tak ada seri, jenaka yang tak berjiwa, jasad yang terlihat kuat namun hatinya hancur berkecai" luah puan Aliah.

Terdiam Eidlan dengan bicara ibunya. Dia membuang pandang pada Aleeya. Tidak pernah ibunya bercerita perasaannya terhadap satu-satunya adik perempuannya selama ini. Baru hari ini ibunya meluahkan.

"Maafkan Akhtar ibu" kata Akhtar yang berada di belakang puan Aliah. Terlihat Azad dan Irham juga ada.

"Eh. Akhtar, bila ada kat sini?" serba salah puan Aliah tika itu.

"Baru saja lagi, maaf Akhtar tak bermaksud nak mencuri dengar perbualan ibu, maaf ibu. Akhtar akan jelaskan semuanya pada ibu" itulah niatnya yang mahu menemui puan Aliah.

"Tak apa. Marilah. Duduk sini, kita bincang" lembut tutur kata puan Aliah pada Akhtar, bagai seorang ibu dan anak sahaja layanannya.

Mereka duduk bersama dan kesempatan itu Akhtar ambil lalu menceritakan semuanya yang terjadi. Tidak ada satu pun bahagian yang tertinggal. Mata tua itu dapat melihat rasa kasih sayang yang masih menebal dan sama seperti dahulu dari Akhtar terhadap Aleeya. Namun lebih banyak terjelas rasa kesal, dan bebanan jiwa yang ditanggung oleh anak muda dihadapannya ini. Sama seperti anak gadisnya juga, menanggung rasa luka dan kecewa.

"Ini semua ujian untuk Akhtar dan Bunga. Ibu cuma boleh nasihat apa yang terbaik. Berdoalah, minta bantuan dari Nya. Akhtar kena selesaikan dulu pertunangan yang terjadi dengan keluarga. Baru boleh selesaikan masalah dengan Bunga. Betul tindakan Bunga yang menjauhi Akhtar, berdosa apabila seorang wanita berkawan dengan tunangan wanita lain. Berdosa juga, bila Akhtar membuat tunang Akhtar ternanti-nanti dengan ikatan pertunangan ni. Berbincang dan cari penyelesaian yang terbaik. Tapi jika ummi dan abi tak merestui hubungan yang Akhtar pilih, teruskan dengan pilihan mereka. Ibu bimbang jika tiada restu keluarga, hidup Akhtar tak bahagia" nasihat puan Aliah pada pemuda itu.

Eidlan, Irham dan Azad tidak tahu apa lagi yang harus mereka katakan. Benar segala nasihat yang mereka dengari dari puan Aliah. Jatuh kasihan mereka pada situasi Akhtar dan Aleeya.

"Ibu, nak air apa-apa tak?" soal Aleeya yang baru tiba dari arah hadapannya.

Semua terkaku, terkelu. Tidak tahu apa yang akan terjadi jika Aleeya melihat keberadaan Akhtar disitu. Mujur juga Akhtar duduk membelakanginya.

"Tak sayang. Air ibu ada lagi. Bunga boleh berikan ibu secawan air suam?" kata puan Aliah pada anaknya.

"Boleh. Abang nak air lain? Azad ke Irham ada nak air lain?" soal Aleeya lagi.

"Eh. Ni siapa? Kawan abang? Ada nak air juga tak?" sekali lagi Aleeya menyoal, hairan dia melihat susuk tubuh lelaki yang duduk berhadapan ibunya itu tidak menoleh.

Tiba-tiba degup jantungnya berdebar kencang. Rasa yang telah lama hilang kini kembali. Seperti dikenalinya wangian yang dipakai lelaki itu. Fikirannya menyatakan tidak, namun di hatinya mengiakan.

"Bunga bagi mocha latte dua" jawab Eidlan.

"Azad dengan Irham nak caramel latte" jawab Azad pula.

"Okay" jawab Aleeya dan terus berpusing untuk berlalu ke bahagian membuat air.

"Bersedia untuk bertemu dia" Eidlan menyusun kata pada Akhtar.

Puan Aliah tersenyum nipis melihatkan kebisuan anak teruna itu sedari tadi. Terkejut mungkin dengan kehadiran anak gadisnya yang tiba-tiba.

"KAK. Siapa yang  duduk depan ibu? Handsome" tanya Hana pada Aleeya sebelum berlalu membawa sepotong cake untuk pelanggan yang membeli pakej bouquet flower.

"Entah. Akak tak perasan sebab akak ke sana tadi pun tak nampak muka" jawab Aleeya.

Azizah dan Azlina saling berpandangan. Mereka awal-awal lagi telah diberitahu akan kedatangan Akhtar oleh Eidlan.

"Nak aku tolong?" tanya Azizah pada sahabatnya.

"Caramel latte dua. Thanks Manja" jawab Aleeya pantas.

"Kak Berry Tres Leches Cake dengan Golden Key Caramel Cake habis ya. Out of stock. Clear habis" kata Najwa yang baru muncul dari menghantar makanan dan minuman pelanggan.

"Noted. Alhamdulillah" ringkas jawapan Aleeya.

"Sayang, ambilkan sepotong Coconut Cake, Blueberry Cake with Lemon Frosting dengan Raspberry Tiramisu Cake . Nak hantar sekali dekat meja ibu dan abang duduk" minta Aleeya.

"Alright, I'm working on it" jawab Azlina.

"Kak. Siapa depan ibu tu? Handsome, tapi handsome lagi la boss akak yang kat sana tu" tanya Najwa pula. Sekali lagi soalan yang sama diterima dari pekerjanya.

"Najwa pergi tolong Kira tu, nampak dia clearkan dua table tu" arah Azizah pada gadis itu. Kurang senang dia melihat tingkah gadis itu yang asyik memerhatikan Akhtar sedari tadi.

"Baik kak Iza" jawab Najwa dan berlalu pergi.

"Nak aku tolong hantarkan? Ke kau boleh hantar sendiri?" soal Azizah.

"Kau bawa air la. Aku bawa cake. Thanks Manja" putus Aleeya.

"Okay. Aku hantar dulu" Azizah berlalu menghantar air minuman untuk puan Aliah dan yang lainnya.

"Cake are here. Give a try, and please comment. Sorry abang, your  favourite all clear" Aleeya meletakkan satu persatu pinggan yang berisi cake diatasnya, sebelum dia mengangkat muka dan melihat mereka yang berada di hadapannya.

"Air oka..." terkelu. Terkaku. Debaran di dalam dadanya semakin rancak. Aleeya rasa seperti masa terhenti saat itu. Bertentang mata dengan dia yang telah lama cuba dilupakannya.

Semua yang melihat turut terdiam. Reaksi dari gadis itu yang terkaku benar-benar diluar jangkaan mereka.

"Air sedap macam biasa" Eidlan pecah sunyi.

Aleeya tidak tahu apa yang mahu dikatakan atau dilakukan. Terkaku, kelu dan terkejut melihat kehadiran dia yang telah lama tidak ditemuinya.

"Bunga, duduk dulu. Sini duduk sebelah ibu. Customer pun dah tak ramai. Duduk ya sayang" pujuk puan Aliah lembut.

Seperti baru tersedar. Aleeya menurut kemahuan ibunya.

"Bunga sihat?" tanya Akhtar padanya.

"Alhamdulillah" jawabnya sepatah. Sedar dirinya diperhatikan oleh semua yang ada disitu.

"Tahniah Bunga, akhirnya tercapai impian nak buka kedai berkonsepkan florists dan cafe" Akhtar cuba untuk berbual dengannya.

"Thanks" jawab Aleeya sepatah.

Aleeya toleh pandang melihat abang dan ibunya sudah mula berbual bersama Azad dan Irham. Dia berkira-kira mahu beredar dari situ.

"Bunga, boleh kita cakap sekejap?" soal Akhtar.

"Aleeya. Aleeya. Call me Aleeya" kata Aleeya yang mahu bangun dari duduknya.

Tersentak Akhtar dengan ayat yang keluar dari gadis itu. Baru mahu menyusun kata, mereka didatangi oleh seorang lelaki.

"Aleeya, saya dah nak balik. Mama dan papa saya nak jumpa awak dulu" kata Nazim padanya.

"Okay boleh. Jom" jawab Aleeya pantas. Kesempatan itu dia ambil untuk menjauhi Akhtar.

"Makcik, Eidlan. Saya nak minta diri dulu. InsyaAllah, kita jumpa lagi nanti" Nazim mahu hulur salam pada abangnya.

"Jom, saya hantarkan" kata Eidlan pada Nazim.

"Sampaikan salam makcik pada mama dan papa ya" jawab puan Aliah pula.

"Baik makcik, saya pinjam Aleeya sekejap ya. Mama dan papa nak jumpa sebelum balik" Nazim minta izin pada ibunya Aleeya

Puan Aliah mengangukkan kepalanya tanda memberi keizinan. Nazim hulur salam pada Akhtar, Irham dan Azad juga. Mereka bersalaman. Aleeya dan Eidlan berlalu bersama Nazim.

"Kena terima apa pun reaksi Bunga" lembut tutur kata puan Aliah pada Akhtar, seolah seorang ibu memujuk anaknya.

Akhtar pamer senyum nipis. Cuba menutup rasa dalam hati.

"Ibu kenal lelaki tadi?" soal Irham.

"Kenal, boss Aleeya. Sebelum ni tengok gambar sahaja. Mama dan papa dia pun ada datang sekali, baik orangnya walaupun berstatus Dato' Seri dan Datin Seri. Tadi baru ibu berkenalan dengan mereka, pertama kali jumpa dah boleh berbual macam kawan lama" jawab puan Aliah. Dia simpan senyum melihat raut wajah Akhtar yang sedikit terganggu. Dia hanya mampu berdoa agar hubungan anak-anaknya baik-baik sahaja.

Tergugat Akhtar rasakan. Apa lagi bila mengetahui lelaki itu juga menyukai Aleeya. Terasa semakin jauh dia dari gadis itu. Dapat dia rasakan Aleeya telah membina tembok penghalang antara mereka.

JAM menunjukkan 6.30 petang. Semua cakes, pastry dan lain-lain telah habis. Hanya tinggal minuman dan tempahan bouquet flower sahaja. Aleeya memutuskan untuk menutup kedainya awal. Dia dan team Bunga&Coklat perlu membuat cake yang baharu.

"Sayang, Emir cuti sem boleh tak buat part-time kat sini?" soal Emir pada kakaknya itu.

"Boleh sangat. Kalau ada kawan yang nak buat part-time untuk cari duit poket tepi bagitahu Bunga ya. Bunga perlu orang untuk buat delivery surprise" jawab Aleeya.

"Cantik. Nanti kalau ada kawan Emir nak cari kerja, Emir roger Bunga" suka Emir mendengar jawapan dari Aleeya.

Emir kagum, team Bunga&Coklat asalnya dari student yang mencari duit poket tepi namun kini membantu Bunga menguruskan kedainya. Kakaknya itu sentiasa punyai cara untuk membantu mereka yang memerlukan dengan caranya tersendiri.

"Sayang, abang nak hantar ibu pergi rumah kakak. Malam ni ibu tidur sana. Esok lusa baru balik. Iris dengan Irene tak bagi nenek dia orang ni balik" kata Eidlan bersama ibunya.

"Okay. Nanti kalau sempat Bunga singgah rumah kakak. Tapi kalau dah lewat Bunga terus balik, kita jumpa esok. Bunga dan team nak buat cakes. All out of stock. Penat yang berbaloi, Alhamdulillah" jawab Aleeya sambil memeluk ibunya. Terasa kurang beban dalam hati.

Puan Aliah juga turut membalas pelukan anaknya itu. Dia tahu pelukan itu bukan sekadar untuk melepaskan lelah tubuh badan tapi lebih kepada lelah yang di dalam hati. Mana mungkin anak gadisnya itu akan bercerita atau meluahkannya.

"Alhamdulillah atas usaha Bunga dan team yang bersungguh membina Bunga&Coklat ni. Hati-hati ya sayang, jangan lewat sangat balik. Ibu balik dulu dengan abang dan Emir, ibu sentiasa ada untuk Bunga. Ingat tu" pesan puan Aliah sebelum pulang bersama Eidlan dan Emir.

"Abang nanti gambar-gambar dah siap edit selebihnya send pada email Bunga&Coklat ya. Thanks tolong Bunga. Emir nanti Bunga bagi upah bantu Bunga harini ya" kata Bunga pada abang dan adiknya.

"Emir nak tukar, upah harini Bunga belikan kasut bola baru untuk Emir. Boleh?" tanya adiknya.

"Boleh je. Nanti nak beli bagitahu Bunga. Kita pergi sama" jawab Bunga.

"Nak paw Bunga la tu. Jangan layan sangat adik ni sayang" kata Eidlan pula.

"Mana ada la. Kasut bola Emir dah lama tak tukar tau" bijak dia mengambil kesempatan.

"Dah jom. Bunga ada kerja lagi nak buat tu" ajak puan Aliah pada anak-anak lelakinya.

Eryna dan Iqmal awal lagi telah pulang. Alahan Eryna agak teruk juga pada kehamilan kali ini. Namun tertunai juga hasrat kakaknya yang mengidam mahukan Key Lime Pie Layer Cake yang fresh baked air tangan Bunga yang dibuat dihadapannya.

"Tak nak jumpa dia ke? Dia tunggu kau tu. Azad dengan yang lain-lain dah balik tadi. Dia orang pesan Akhtar nak jumpa kau, diaorang minta kita orang pujuk kau jumpa Akhtar" kata Azlina pada Aleeya.

Aleeya toleh pandang pada Akhtar yang masih setia di tempat duduknya. Entah apa yang lelaki itu mahu dengan berjumpa dengannya.

"Nantilah. Kita kemas siap-siap dulu" jawab Aleeya.

"Kak, Kira dah pusing papan closed tu. Atas semua dah clear, Kira kemas dengan Hana tadi" kata Kira yang datang bersama Hana di bahagian chiller cake yang Bunga sedang kemas.

"Okay. Take break dulu. Nanti lepas maghrib kita start baking" kata Bunga.

"Hana dengan Kira pergi tengok Firas dengan Haiqal tu ada apa-apa ke yang perlu tolong kat bahagian air tu" kata Azizah pula pada mereka.

"Malas la. Najwa ada tu. Dia tak suka kita orang la" jawab Hana.

"La. Kenapa pula?" soal Azizah hairan.

"Entah. Haritu dia cakap dengan Firas, dia tak suka kita orang. Katanya tak boleh masuk. Akak tengok la, kalau apa-apa mana nak minta tolong kita orang" jawab Kira.

"Tak apa lah. Nanti kak Naa jumpa dia. Dah macam tu, pergi la rehat dulu. Biar Najwa tolong dia orang" arah Aleeya pada mereka.

"All clear, kau pergilah jumpa dia. Semua dah siap. Haiqal dengan Firas nanti aku tengokkan" kata Azlina pada Aleeya.

"Aku tak nak jumpa dia sendiri. Kau orang teman aku, nanti jatuh fitnah pula kalau cuma berdua. Dia tu tunang orang" kata Aleeya pada si kembar.

"Okay. Jom" setuju Azizah.

Mereka duduk semeja dengan Akhtar. Aleeya memberanikan diri duduk berhadapan dengan lelaki itu.   

"Ada apa nak jumpa? Kedai dah tutup, kenapa kau tak balik lagi?" soalnya tanpa reaksi diwajah.

"Nak jumpa Bunga. Ada perkara yang perlu Arjuna jelaskan dan bincangkan" jawab Akhtar, walaupun dia tersentak dengan kata ganti diri gadis itu padanya.

"Aleeya. Teruskan" hanya itu kata-kata yang keluar dari mulutnya.

"Arjuna minta maaf" Akhtar mula menyusun kata.

"Maaf? Kau minta maaf untuk apa?" bicara Aleeya senada. Seolah tiada lagi rasa dalam dirinya untuk lelaki itu.

"Untuk empat tahun setengah yang berlalu. Untuk kebisuan selama ini. Untuk pemergian tanpa pesan. Untuk segala luka dan parut yang Arjuna tinggalkan. Untuk kekecewaan yang Arjuna berikan. Untuk segalanya yang telah Arjuna lakukan" Akhtar meluahkan segala kesalannya. Terasa sedikit ringan beban dalam hatinya walaupun gadis itu begitu dingin dengannya.

Aleeya diam. Tiada bicara yang keluar dari mulutnya. Melihatkan kebisuan gadis itu, Akhtar yakin gadis itu benar-benar terluka kerana dirinya.

"Arjuna tahu tindakan dulu membuatkan Bunga terluka dan kecewa. Tapi satu perkara yang perlu Bunga tahu. Arjuna juga merasakan perkara yang sama. Bukan niat Arjuna untuk pergi begitu saja. Waktu itu segalanya tersangat berat untuk dipikul dibahu ini. Antara kehendak sendiri dan keluarga. Arjuna perlu pilih salah satunya. Berat, tersangat berat bebanan jiwa waktu itu" jelas Akhtar lagi.

Aleeya tetap masih lagi mendiamkan diri. Masih mendengar. Cuba untuk memahami dan menghadam segala penjelasan lelaki itu.

"Pertunangan itu berlaku atas kehendak ummi dan abi. Bukan kehendak Arjuna. Berkali-kali Arjuna menolak, namun masih ditentang oleh ummi dan abi. Apa yang perlu Arjuna lakukan Bunga? Jika Bunga berada di tempat Arjuna, apa pilihan Bunga? Beri Arjuna jawapan Bunga" kata Akhtar lagi.

"Keluarga. Aku pilih keluarga" jawab Aleeya tenang.

"Tapi aku juga tidak kejam, untuk merahsiakan keadaan dan situasi sebenar pada orang yang aku serious berkawan. Aku pilih untuk berterus terang dan aku mengikut apa yang keluarga mahukan" tegas Aleeya lagi.

"Walaupun tanpa ada rasa?" soal Akhtar yang serious memandang tepat ke mata Aleeya.

"Ya. Walaupun tanpa apa-apa perasan. Restu itu yang lebih perlu aku utamakan. Kasih, sayang, cinta boleh dipupuk kemudian. Dengan adanya restu keluarga, Allah pasti akan hadirkan segala satu rasa" tidak gentar Aleeya membalas pandangan lelaki itu dan menjawab pertanyaannya, walaupun di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Bunga jauh berubah. Seperti bukan Bunga yang Arjuna kenali lama dulu" Akhtar seakan mengalah.

"Arjuna cari Bunga. Seminggu selepas sampai dan selesai urusan di sana. Arjuna cuba menghubungi Bunga. Tapi tak dapat. Fac, Instagram, phone number. Semua tak active. Bunga hilang, puas Arjuna cuba cari. Abang Eidlan satu-satunya peluang yang ada. Tapi dia kata, 'Bunga pesan jangan cari dia'. Tiada apa lagi yang boleh Arjuna lakukan" jelas Akhtar lagi.

"Sebab kau tunang orang. Aku puas menanti penjelasan kau, sehingga tiba saat pertunangan itu. Tapi kau tak muncul, tak ada call, tak ada WhatsApp, tak ada penjelasan. Kau langsung tak jelaskan apa-apa. Kau yang memilih untuk berdiam diri. Dan aku pula, hanya menunaikan janji" jawapan Aleeya buat Akhtar tersentak.

"Apa maksud Bunga? Janji apa?" tanya Akhtar keliru.

"Tak ada apa. Semuanya dah jelas. Walaupun dah bertahun berlalu dan aku dah buang semuanya. Aku terima penjelasan kau hari ini. Maaf telah lama aku beri dan sentiasa aku beri. Balik lah. Tak manis, kau tunang orang" Aleeya bangun dari duduknya ingin berlalu. Melihatkan Aleeya yang mahu beredar, si kembar juga turut ingin pergi dari situ.

"Bunga berubah. Jauh berubah" kuah Akhtar tanpa sengaja.

Terhenti langkah Aleeya. Dia berpaling. Memandang tepat lelaki dihadapannya itu.

"Engkau hilang, aku mati. Ini aku, setelah engkau tiada lama dulu" tegas tutur kata Bunga.

"Aku ada, cuma aku perlukan masa" kata Akhtar.

"Hingga terus senyap tanpa aku tahu apa-apa" Aleeya lepaskan apa yang tersimpan lama dalam hatinya.

"Maaf" hanya itu yang mampu Akhtar katakan.

"Aku juga. Kerana tidak mudah semuanya" Aleeya berpaling dan terus  berlalu.

Si kembar melihat Aleeya yang berjalan pergi. Kemudian mereka toleh pandang pada Akhtar yang masih berdiri di situ. Tidak mereka sangka kata ganti diri juga turut berubah sama. Dan mereka lihat Aleeya meluahkan apa yang dirasakannya selama ini.

"Balik lah. Lama dia simpan luka. Jangan tambah yang baru. Dia masih Bunga yang sama cuma hati dan jiwa dia terluka" kata Azizah sebelum berlalu.

"Dia masih Bunga yang sama seperti dulu. Dia menunaikan janji pada Arjunanya. Cuma bila engkau pergi tanpa kata, dia hancur dan rebah. Tak pernah meluah apa pun yang dia rasa. Sepatah pun tak pernah. Itu lah dia seadanya hari ini, dia yang masih cuba bertahan. Balik lah, puas dia cuba bangkit selama ini. Jangan buat dia rebah kembali dengan kata-kata yang tak pasti" Azlina pula memuntahkan apa yang tersimpan selama ini.

"Tolong jagakan dia untuk aku" minta Akhtar kemudian berlalu pergi dengan rasa kecewa dan kesal.

Azlina melihat Akhtar pergi. Jelas terlihat di mata kasarnya. Mereka  berdua masih punya rasa yang sama, namun keadaan memaksa mereka. Keduanya terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience