Bab 20

Romance Series 36633

ALEEYA terjaga dari lenanya kerana terdengar suara orang berbual di sisi katilnya.

"Hai sleepy head. Macam mana? Okay?" soal Azlina padanya.

Aleeya tersenyum nipis lantas dipeluk tubuh Azlina di sisinya.

"Amboi, peluk Sayang je. Aku tak nak peluk" Azizah bersuara.

Di depang tangannya pada Azizah tanda mahu memeluk gadis itu. Azizah hanya menurut dan berpelukan la mereka bertiga untuk beberapa saat.

"Dah okay tak?" soal Azizah.

"Dah okay. Tapi still kena rehat lagi. Aku MC dua hari. Nanti kau orang tolong bagi surat MC aku untuk kelas esok dengan lusa eh" minta Aleeya pada mereka.

"Boleh je" jawab Azlina.

"Macam mana kau orang tahu aku dah balik hostel?" Aleeya bertanya pada kembar.

"Aku call tadi, tapi Kak Ain yang jawab. Dia kata kau tengah tidur" jawab Azizah.

"Dah masuk waktu asar ke belum? Pukul berapa eh sekarang?" tanya Aleeya.

"Dah, dah pukul 5 petang. Kau nak solat asar ke?" soal Azlina.

"Ha'ah. Aku belum asar lagi. Aku solat jap lah" Aleeya lalu bangun untuk menunaikan solat asar.

Selesai bersolat dia kembali duduk di katilnya bersama kembar.

"Cantik dua-dua rantai nama atas meja kau tu. Bila kau buat?" soal Azlina padanya.

Aleeya hampir terlupa tentang rantai nama kunci dan handphone hadiah dari Akhtar itu. Dia bangun semula ke meja belajar dan duduk di kerusi. Rantai nama itu dicapai keduanya. Memang cantik, simple. Dipandang kembar berdua.

"Aku tak buat orang bagi" jawab Aleeya.

"Siapa?" soal Azlina lagi.

"Akhtar" jawab Aleeya lalu tersenyum pada si kembar.

"Malam kau hilang sekejap tu ke? Yang tiba-tiba muncul dengan dia?" soal Azizah pula.

"Ha'ah. Dia nak jumpa sebab nak bagi benda ni pada aku" terang Aleeya.

"Kitaorang nak cakap ni, tapi sebelum tu kau ada dengar apa-apa cerita tak?" soal Azlina pula. Wajah Azizah juga kelihatan serba salah seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan.

"Cerita apa? Aku baru je balik hostel ni memang tak tahu la" Aleeya menjawab soalan Azlina dengan perasaan tertanya-tanya.

"Tapi apa-apa pun yang kitaorang nak sampaikan ni. Kau kena fikir dulu, betul ke tak benda tu jadi. Then kita orang nak dengar cerita sebenar dari kau" Azizah meminta dia untuk berterus terang pada mereka.

"Okay. Speak" balas Aleeya ringkas.

"Budak rumah aku kecoh semalam pasal sorang exco lelaki, malam ceramah tu berpayung dengan awek dia dekat tapak expo. Dah tu berjanji pakai baju sama macam orang couple, tambah lagi siap sarungkan lagi jacket dia kat awek dia tu" Azlina mula bercerita.

"Bukan tu je, budak lelaki exco tu terkenal dengan sifat tak layan perempuan sebelum ni. Kira macam stock-stock bakal imam sejati la untuk gadis-gadis. So masa dia orang bercerita tu, kita orang terfikir kau tau. Malam tu kan kau orang macam berjanji pakai baju sama, then ni jacket ni ada pada kau lagi, payung kau guna malam tu pun ada ni" kata Azizah sambil menunjuk ke arah jacket dan payung milik Akhtar di tepi almari dan di kerusi yang di duduki Aleeya.

"Kau orang ni, Aleeya baru je keluar hospital. Akak beria la minta budak-budak rumah akak jangan tanya apa-apa dulu nak bagi dia rest" tegur Ain yang baru masuk ke bilik.

"Ops. Sorry Kak Ain. Kita orang bukan apa. Geram la bila dia orang cakap macam-macam kat budak perempuan yang di maksudkan tu. Kitaorang tahu budak perempuan yang dia orang maksudkan tu si Bunga ni" kata Azlina dengan geram.

"Eh, yang ni Kak Ain tak tahu pula. Dia orang cakap Aleeya apa?" Ain menyoal ingin tahu.

"Diaorang cakap budak perempuan tu yang gedik mengurat exco lelaki tu, pastu kata budak perempuan tu perampas, sebab ada seorang exco perempuan memang dah lama suka kat budak lelaki tu. Katanya sebab budak perempuan gedik tu, budak lelaki tu tolak dia. Ada juga versi yang kata dia orang dah jadi kekasih tapi sebab budak perempuan perampas tu diaorang putus" Azizah menyambung pula berita yang sedang hangat tersebar.

"Hurm. Sampai macam tu sekali. Kak Ain tahu siapa yang dia orang maksudkan tu. Kawan course Kak Ain dengan Kak Sue juga. Cerita dia, memang" belum sempat Ain menghabiskan ayatnya bilik mereka diserbu budak-budak rumah mereka.

"Kita orang nak tahu jugak, kita orang masuk" berkumpul la mereka beramai-ramai di dalam bilik Aleeya.

"Kau orang ni kan.." Ain baru mahu bersuara.

"Ala Kak Ain, dah alang-alang ni. Kita orang pun bengang juga bila dengar cerita tak betul ni. At least kita orang boleh betulkan cerita yang tak betul ni" kata Yana salah seorang penghuni bilik hostel mereka.

"Yelah" Ain mengalah.

"Sambung la Kak Ain" kata Azizah ingin tahu. Aleeya pula kelihatan tenang menanti dan mendengar.

"Aleeya okay?" soal Ain perihatin.

"Okay. Akak cerita la. Aleeya pun nak tahu juga" pinta Aleeya.

"Sebenarnya budak perempuan exco yang kata kena tolak la, putus dengan Akhtar la sebab Aleeya tu. Tak betul pun cerita tu. Budak exco tu memang dah lama suka dekat Akhtar dari sem satu lagi. Nama budak tu Nailah, dia da try buat macam-macam nak bagi Akhtar suka dia. Tapi still Akhtar tak layan pun. Sepanjang Kak Ain kenal Akhtar, dia tak pernah suka sesiapa pun, dan tak pernah layan pun orang suka dia, bila orang bagi dia macam-macam. Dia tak pernah terima. Yang selalu jadi mangsa ambil makanan la, coklat la, tu semua kawan-kawan Akhtar, termasuk la Kak Sue. Short off, dia orang tak pernah pun ada apa-apa. And Akhtar dah terang-terang cakap tak suka dan tak boleh terima si Nailah tu. Nailah tu je yang duk ugut budak-budak yang suka Akhtar supaya back off, mengaku yang dia girlfriend Akhtar la. Kes ni budak-budak course Kak Ain semua tahu" terang Ain tentang situasi sebenar cerita tentang exco perempuan yang di gosip kan dengan Akhtar.

"Tapi, kenapa ada yang backup budak perempuan tu? Kata Aleeya jadi batu penghalang la, perampas la" tanya Tiqa pula, juga penghuni bilik hostel mereka.

"Macam kau orang la ada geng kan. Itu yang backup tu mesti la geng Nailah tu. Abaikan je diaorang tu. Dah tahu kan cerita sebenar. So kita tanya pula Aleeya apa yang jadi sebenarnya malam tu. Kenapa dia hilang sekejap dari Kak Ain dengan si kembar ni" kata Ain yang memandang ke arah Aleeya.

"Ha, jawab la Bunga apa jadi sebenarnya" desak Azizah.

"Okay. Masa kak Ain dengan Kak Sue jumpa, si kembar ni tengah belek barang. Akhtar call Aleeya minta jumpa sekejap kat tempat khemah orang jual rantai nama untuk gantung kat handphone, bag, kunci. Dia kata jumpa kat khemah tu, ada barang nak bagi. Rupanya dia nak bagi ni" cerita Aleeya sambil menunjukkan rantai nama hadiah pemberian Akhtar.

"Then, masa nak sampai dah khemah tu kita orang terserempak. Akhtar tegur Aleeya sebab Aleeya tak pakai payung. Jadi, dia payungkan Aleeya sampai masuk kedai tu. Masa kat kedai tu memang ramai la student. Akhtar suh Aleeya pegang payung dia sekejap, dia pegi jumpa orang yang jual barang tu ambil barang yang dia beli ni la. Habis tu, Aleeya nak balik sendiri dah. Nak gerak ke khemah yang Kak Ain dengan kembar ada. Akhtar cakap dia teman, still dia payungkan Aleeya. Aleeya dah minta payung tu nak pegang sendiri dia kata tak apa, jalan je. Aleeya jalan je la sampai kat tempat kita jumpa tu. Pasal jacket pula, jacket ni la. Kan dia buka dan hulur pada Aleeya untuk Aleeya pakai. Akak dengan kembar kan ada masa tu tunggu. Dia still payungkan Aleeya sementara Aleeya sarungkan jacket tu. Dia bagi Aleeya pakai sebab dia perasan baju Aleeya basah kat bahu dengan badan, Aleeya kan pakai baju purple soft malam tu. Dia bagi pakai supaya aurat Aleeya terjaga, sebab waktu tu kita nak pegi tapau makanan kan, sebelum balik hostel. Itu je" Aleeya menerangkan semua yang terjadi pada mereka yang ada di dalam bilik itu.

"Dah agak dah. Sebab kita orang kenal kau macam mana. Ish! Geram betul la dengan penyebar fitnah ni. It's okay, kita orang akan backup kau" kata Tiqa pula.

"Tak apa lah. Benda kecil je pun. Aku okay" jawab Aleeya.

"Dah-dah, keluar bagi Aleeya rehat" Ain meminta mereka untuk beredar dari biliknya.

Mereka yang lain terus keluar dari bilik itu setelah mengetahui perkara sebenar.

"Kau okay kan?" soal Azlina.

"Okay, no worries. Jadi inilah maksud dia kat hospital tadi" Aleeya berkata pada kembar dan Ain.

"Akhtar jumpa Aleeya kat hospital ke?" Ain.

"Jumpa sekejap masa Aleeya nak discharge tadi. Dia minta Aleeya berlapang dada dengan ujian yang akan jadi. Dia minta Aleeya bersabar" terang Aleeya lagi.

"Betul lah tu. InsyaAllah semua akan okay Bunga. Kau ada kitaorang" kata Azizah pula.

"Eh! Dah tambah la, Akhtar jugak" usik Azlina.

Tersenyum sahaja Aleeya diusik begitu. Si kembar dengan Ain syok ketawakan dia. Rantai nama Alu capai, di pasang ke casing handphone dan gugusan kunci miliknya.

MALAM itu selepas menunaikan solat isyak. Aleeya ingin menghubungi ibunya. Pasti ibunya susah hati dengan keadaan kesihatannya.

"Assalamualaikum ibu" Aleeya menyapa apabila talian dijawab.

"Wa'alaikumsalam. Bunga macam mana? Dah makan? Ubat dah makan? Baru ingat nak call ibu ya" bebelan puan Aliah singgah di telinga.

"Bunga okay, alhamdulillah makin okay. Dah makan, ubat pun dah makan. Ala, bunga tak call pun, abang mesti report semua kat ibu kan" usik Aleeya.

"Tu abang cakap. Selagi ibu tak dengar suara Bunga, tak tenang hati ibu tau" puan Aliah menjawab.

"Bunga okay ibu. Kan da call ni. Bukan tak nak call suara Bunga serak sikit. Ni pun baru reda" jelas Aleeya pula.

"Kenapa tak nak balik? Kan cuti dua hari?" soal puan Aliah.

"Bunga tak pergi kelas tapi assignment tetap kena buat dan hantar. Nanti susah pula kalau balik, macam mana nak dapat nota kelas dari kembar. Tak apa lah, kat sini kembar dengan Kak Ain jaga Bunga. Bunga stay aje dalam bilik. Ibu jangan risau eh" terang Aleeya. Dia berharap ibunya memahami keadaan dia.

"Okay lah kalau macam tu. Jaga diri, apa-apa call ibu tau. Makan, jangan lupa makan ubat. Rehat lah. Ibu nak mengaji ni" kata puan Aliah.

"Okay ibu. Selamat malam. Sayang ibu. Assalamualaikum" Aleeya mengakhiri kata.

"Ibu pun sayang Bunga. Wa'alaikumsalam" jawab puan Aliah lalu talian diputuskan selepas mengakhiri perbualan.

"Akak, Nailah tu tak cantik ke?" Aleeya terdetik mahu bertanya kepada Ain.

"Dia bukan tak cantik, tapi perangai dia yang tak cantik. Kenapa Aleeya?" soal Ain pula.

"Kenapa Akhtar tak suka dia eh?" Aleeya ingin tahu.

"Yang tu kena tanya Akhtar la. Lagi pun mana boleh paksa kan soal hati dengan perasaan ni" jawab Ain.

"Hurm. Betul juga kan" Aleeya mengiakan.

"Kak Ain, nanti tanya Akhtar dia nak tak payung dengan jacket dia ni. Kalau dia nak, Aleeya cuci dulu baru bagi dia semula" Aleeya meminta Ain menolongnya.

"Kenapa tak tanya sendiri?" soal Ain.

"Dengan apa yang dah jadi. Segan la kak, lagipun kesian dia kena tuduh macam-macam sejak kenal Aleeya" rasa bersalah dalam masa yang sama Aleeya malu dengan fitnah yang jadi pada dirinya.

"Tak apa lah. Nanti akak tolong tanyakan dia" jawab Ain.

"Terima kasih kak" ucap Aleeya.

Aleeya menutup lampu di meja belajar. Kemudian dia ke katil untuk berbaring merehatkan dirinya. Lampu bilik awal lagi telah ditutup Kak Ain. Hanya tinggal lampu meja belajar Ain sahaja yang masing terpasang.

"MACAM mana? Okay. Kejap lagi aku datang dengan Ustaz dan beberapa orang exco yang lain" kata Akhtar kepada si pemanggil yang menghubunginya.

"Kau sure ke ni Akhtar?" soal Arul.

"Apa pula tak sure nya. Aku da lama senyapkan, kali ni dia cari pasal dengan aku dengan cara melampau. Aku kena buat sesuatu" tegas Akhtar.

"Siapa yang jadi spy kau ni? Boleh percaya ke?" Irham inginkan kepastian.

"Boleh, kejap lagi dia hantar video" tidak lama selepas Akhtar berkata, handphonenya berbunyi tanda notifikasi WhatsApp masuk.

Conversation di buka, video di download untuk melihat rakaman si pengirimnya. Mereka semua menonton video tersebut.

"Jom la. Bukti ada ni, kang terlepas" kata Azad pula.

"Haiqal dengan Ustaz Khair ada kat khemah sana. Haiqal tunggu kita je ni, then boleh ambush" kata Naim pula.

Tanpa berlengah mereka terus menemui Haiqal dan Ustaz Khair, menunjukkan bukti. Ustaz meminta dua orang exco perempuan juga turut serta. Hanan dan Aqmar sebagai wakil exco perempuan, juga mengikuti Ustaz Khair dan juga Akhtar dan ahli exco yang lain.

Perlahan mereka merapati kawasan parking yang sedikit terlindung dan gelap seperti yang terdapat dalam video itu. Pemberi maklumat Akhtar juga turut menanti mereka di situ. Sampai sahaja mereka pada pelajar junior yang memberi maklumat itu, pelajar itu pun beredar atas arahan Akhtar dan Haiqal.

Mendekati kawasan itu, mereka mendengar suara lelaki dan perempuan yang sepertinya sedang mesra berbual. Terus Ustaz meminta mereka mengepung kawasan itu untuk di ambush. Sebaik mereka berada di position masing-masing. Terus Ustaz Khair menghidupkan torch light di tangan, mereka juga turut menghidupkan torch light handphone masing-masing.

"Astaghfirrullahhalazim, apa kamu berdua buat ni" beristighfar panjang Ustaz Khair menyaksikan manusia di hadapan matanya.

Mereka yang menyertai ambush itu juga turut melihat ke arah manusia dihadapan mereka yang berdua-duan di tempat yang gelap itu.

"Bawa mereka ke bilik mesyuarat exco, sekarang!" Ustaz Khair bersuara tegas.

Mereka di situ hanya menuruti. Hanan dan Aqmar mengiringi Nailah. Manakala Irham, Azad, Haiqal, Arul dan Naim mengikuti langkah di belakang Syafiq. Akhtar pula beriringan bersama Ustaz Khair.

"Sejak bila kamu tahu ni Akhtar?" Ustaz Khair bertanya.

"Dah lama Ustaz, saya pernah ternampak sekali sewaktu di luar kolej di kawasan taman berhampiran rumah sewa saya, waktu tu mereka hanya duduk bersebelahan sambil berpegangan tangan. Kemudian saya terdengar junior bercakap tentang hal mereka di kawasan bangunan kolej, cuma saya tak ada bukti kukuh dan kali ni saya kena bertindak untuk bersihkan nama saya dan gadis yang tak bersalah tu. Saya nak mereka mengaku yang khabar angin dan fitnah tu mereka yang mulakan" jelas Akhtar.

"Tak apa lah. Jom kita selesaikan hal ni" jawab Ustaz Khair.

Sampai sahaja di dalam bilik exco. Masing-masing mendiamkan diri. Sempat renungan tajam diberikan pada Akhtar oleh Syafiq. Namun Akhtar hanya pamer reaksi bersahaja. Nailah pula sudah mula dengan drama air matanya.

"Kamu berdua akan di ambil tindakan tatatertib esok. Saya akan maklumkan hal ini kepada yang berkenaan dan ibu bapa kamu akan dipanggil juga hari esok" kata Ustaz Khair tegas.

"Saya tak bersalah, Syafiq yang nak jumpa saya disitu. Dia kata ada perkara penting yang ingin dia beritahu" kata Nailah ingin membela diri.

"Eh perempuan, kau jangan nak macam-macam eh. Kau yang nak sangat jumpa aku tau. Kau yang nak jumpa aku sebab Akhtar kan" tempelak Syafiq pula.

"Sudah! Tak perlu nak saling menuduh. Video kamu berdua ada dirakam disaat kamu berdua mula berjumpa dan menuju ke tempat itu, sehinggalah kamu ditangkap oleh kami. Saya akan tunjuk kan video itu sebagai bukti hari esok" Ustaz Khair bersuara tegas dengan keadaan yang saling bertelingkah menuduh sesama sendiri.

"Ini semua perangkap Akhtar!" kata Syafiq tidak berpuas hati.

"Perangkap apa pula, kitaorang elok bertugas di tapak expo tadi sebelum terima berita tergempar ni" kata Naim pula.

"Jangan suka menuduh. Juga jangan suka menebar fitnah. Dengan apa yang dah jadi, masih nak menyalahkan orang lain lagi. Saya dapat tahu khabar angin dan fitnah mengenai Akhtar juga bermula dari kamu berdua" tegur Ustaz Khair.

"Kamu yang ada ni semua saksi. Esok jika dipanggil sila berikan kerjasama" arah Ustaz Khair lagi.

"Baik Ustaz" serentak mereka menjawab.

"Kamu berdua digugurkan dari jawatan exco. Yang lain boleh teruskan tugas seperti biasa. Kamu, Nailah dan Syafiq esok jam 8 pagi terus ke pejabat saya" arah Ustaz Khair lagi.

Bersurai perjumpaan yang mengejutkan mereka pada waktu itu. Kemudian mereka kembali ke tugas masing-masing.

"Dah salah pun nak salahkan orang lagi tu" bebel Azad.

"Dah la, cukup kita je tahu. Jangan heboh pula berita ni" kata Akhtar.

"Naim nanti kau pesan kat Hanan dengan Aqmar tau, jangan heboh perkara ni" pesan Irham pula.

"Okay. Nanti aku bagitahu dia orang" jawab Naim.

"Kau boleh cool je eh? Kalau aku la time tu jugak aku tembak cukup-cukup dua orang tu" kata Arul pula.

"Biarlah. Ustaz akan uruskan. Yang penting nama aku clear. Dan ternyata aku dengan Aleeya tak bersalah dan kena fitnah" itu lebih penting bagi Akhtar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience