"ALEEYA" Elyn mulakan bicara.
"Ya kak. Ada apa call ni?" soal Aleeya yang tertanya-tanya kenapa Elyn menghubunginya.
"Akhtar bertolak pergi sambung study harini. Dia on the way pergi Airports" Elyn menjawab pertanyaan Aleeya.
"Tak apa lah. Akak tolong sampaikan ucapan semoga berjaya dari Aleeya pada dia ya" jawab Aleeya.
"Aleeya datang lah. Jumpa dia. Mungkin dia akan jelaskan semuanya pada Aleeya" pujuk Elyn lagi.
"It's okay kak. Dia yang buat keputusan untuk berdiam. Aleeya hormatkan keputusan dia" Aleeya mengalah, sehingga saat ini pun Akhtar masih tidak menghubunginya. Tiada sebarang khabar dan penjelasan yang diberikan padanya.
"Aleeya. Kak Aira ni, datang sini dulu. Abang Azad dengan Irham pun ada ni. Aleeya datang ya. Sempat lagi ni. Dia baru keluar tadi masa call abang Azad. Akak nak Aleeya datang, akak tunggu" habis bicara terus Aira memutuskan talian.
Aleeya menatap handphonenya tanpa ada rasa marah atau sedih. Yang dirasakannya hanya kecewa, ya dia kecewa. Kecewa kerana sikap berdiam diri dari Akhtar. Kali terakhir Akhtar menghubunginya memberitahu dia akan pulang ke rumah ibu bapanya, dan itu berlaku seminggu sebelum Leyla datang menemuinya di kolej semasa semester akhirnya.
Kembar di sebelahnya hanya memandang Aleeya yang tiba-tiba berdiam diri setelah menjawab panggilan dari Elyn.
"Kenapa Bunga?" tanya Azlina.
"Kau okay tak ni?" Azizah pula bertanya.
Melihatkan tiada reaksi dan jawapan balas dari Aleeya. Azizah menepuk perlahan bahu sahabatnya.
"Ha?" terpinga-pinga Aleeya tersentak apabila bahunya ditepuk Azizah.
"Kau kenapa? Okay tak ni?" soal Azlina lagi.
"Kak Elyn cakap Akhtar fly harini. Dia on the way pergi airport. Kak Aira suruh aku datang sana. Dia orang semua on the way ke airport juga" terjawab persoalan si kembar dengan penjelasan Aleeya.
"Then, go lah. Kau tunggu apa? Kita pun tak ada plan apa-apa petang ni" kata Azizah.
"Entah la. Dia yang pilih untuk berdiam. Aku nak buat apa. Kalau aku pergi, tak nampak macam aku ke yang terhegeh dan terkejar pada dia. Aku tak marah, aku tak sedih. Tapi aku kecewa, dia boleh berterus-terang kalau dah tak nak teruskan. Aku terima apa je keputusan dia" kata Aleeya pada si kembar.
"Pergi lah. Mana tahu kau dapat jawapan yang kau sendiri tertanya-tanya selama ni. Just go, if kau tak dapat jawapan dari mulut dia pun, at least kau boleh tahu dari body language dia" pujuk Azlina pula.
"Macam ni lah. Kita orang temankan kau. Lagipun Kak Elyn dengan Kak Aira ada kat sana, Irham dengan Azad mesti ada juga. Kalau tak dapat jawapan dari Akhtar, mana tahu boleh dapat jawapan dari dia orang. Kita pergi, jom siap" putus Azizah pula.
Berat hati Aleeya mahu bertindak sebegitu. Namun, ada benarnya juga kata-kata si kembar. Dalam dia masih berkira-kira mahu pergi atau tidak, akhirnya dia bersiap juga.
Sebaik sampai di airport. Elyn minta dia terus ke restaurant KFC. Mereka menunggunya disitu.
"Aleeya" panggil Elyn sambil melambaikan tangan padanya.
Aleeya dan si kembar berjalan ke arah mereka berempat yang duduk di bahagian yang sedikit terlindung.
"Akhtar minta kita orang tunggu sini. Dia settle bagasi dia and check-in semua. Nanti dia datang sini, tapi akak tak bagitahu Aleeya pun ada sekali" kata Aira pada Aleeya.
Azad dan Irham saling berpandangan. Gusar hati mereka berdua dengan keputusan gila Elyn dan Aira. Aleeya melihat reaksi tidak senang duduk Azad dan Irham, namun hanya dibiarkan sahaja. Azizah dan Azlina duduk di meja yang agak jauh kedalam dan terlindung namun masih dapat dilihat Aleeya dari tempat duduknya.
"Aleeya sihat? Lama kita tak jumpa" tanya Aira.
"Alhamdulillah kak, sihat. Last jumpa masa convocation kan, dah dua bulan berlalu" jawab Aleeya berbasa-basi.
"Akhtar!" kedengaran suara seorang wanita memangil.
Mereka berlima toleh pandang ke arah pintu masuk restaurant. Segera Bunga toleh pandang arah lain, kemudian terus bangun dari duduknya dan menuju ke arah meja si kembar dan duduk membelakangan meja yang diduduki mereka berempat tadi.
"Kenapa?" tanya Azlina yang terkejut dengan kehadiran Aleeya disitu secara tiba-tiba dan tergesa-gesa.
"Dia. Tapi bukan dia sorang, ada Leyla sekali. Jangan pandang, nanti dia perasan. Aku tak nak dia perasan kita ada kat sini" perlahan Aleeya menutur kata.
Dah nama pun si kembar mana boleh tak pandang. Azizah dan Azlina toleh pandang seketika. Nampak air muka mereka berdua seperti kecewa dan kesal memberi idea datang ke airport.
"Kau okay?" soal Azizah padanya.
"Aku okay" jawab Aleeya perlahan. Seperti biasa dia bijak menyembunyikan rasa.
"Nak gerak sekarang ke nak tunggu?" tanya Azlina.
"Dah alang-alang kita datang, aku nak tunggu dan lihat sampai dia nak naik flight. Last, just for the last. Bila dia berlepas, aku pun akan lepaskan semuanya. Semuanya" jawab Aleeya sedikit bergetar nada suaranya.
Si kembar yang memahami hanya memegang tangan kanan dan kiri Aleeya, berharap dapat memberi sedikit kekuatan untuk dia terus bertahan dan tidak rapuh saat itu.
Aleeya hanya memerhatikan dari kejauhan, saat Akhtar bersama keluarganya, rakannya dan juga tunang serta bakal keluarga mertuanya. Aleeya menahan rasa. Walaupun jelas Akhtar lebih banyak berdiam diri. Terpamer jelas wajah kurang senangnya dengan Leyla yang berada disampingnya.
Namun kenyataan dia tunang kepada gadis itu lebih menikam jiwa dan hati Aleeya. Dan dia sembunyikan segala rasa yang ada dalam dirinya. Tanpa diduga, Akhtar menoleh pandang ke arahnya dan si kembar sewaktu berdiri di escalator yang sedang bergerak turun. Bertemu pandangan mata mereka. Dikawal air mata yang ingin menitis dari tubir matanya. Dipamerkan reaksi tenang dan pandangan kosong pada jejaka itu. Sama kosong seperti hati dan jiwanya. Hilang sahaja kelibat jejaka itu, air jernih mula menitis dari tubir matanya. Setitis, kemudian setitis lagi dan akhirnya mengalir deras di pipi. Namun tiada esak tangisan yang hadir. Hanya tangisan sepi, seperti dirinya.
"Kak! Kak! Kak Aleeya" panggil gadis bernama Kira. Hana disebelah Kira juga memandang ke arahnya.
Tersentak Aleeya dengan panggilan itu. Hilang terbang segala kenangan yang lalu. Entah kenapa, akhir-akhir ini dia sering terkenang peristiwa yang lalu. Mungkin kerana teguran dari abangnya.
"Ada apa Kira? Sorry akak tak perasan Kira panggil" jawab Aleeya.
"Akak okay ke? Akak menangis?" soal Hana berhati-hati.
"Akak okay" Aleeya lap air jernih di pipinya. Entah sejak bila mengalir dia sendiri tidak pasti.
Kira dan Hana gadis yang kerja secara part-time untuk membantunya menyiapkan bouquet flower yang ditempah pelanggan. Gadis berdua itu hanya akan datang ke rumahnya apabila dia memerlukan bantuan mereka.
"ASSALAMUALAIKUM" puan Aliah memberi salam.
"Wa'alaikumsalam ibu" jawab Aleeya manja.
"Jadi balik ke minggu depan?" tanya puan Aliah padanya.
"Mesti la jadi ibu. Dah sebulan lebih Bunga tak balik tau. Rindu sangat kat ibu" luahnya.
"Alhamdulillah. Bunga boleh ambil Emir sekali? Dia ada call semalam kata nak balik juga minggu depan. Tak perlu dia balik naik bas" kata puan Aliah.
"La. Emir pun nak balik ke, dia tak call pun Bunga. Bertuah punya adik. Nanti Bunga call dia ya. Bunga balik dengan dia sekali. Ibu jangan risau okay" jawab Aleeya pada ibunya.
"Ya. Bunga tengah kerja. Ibu tak nak ganggu lama-lama. Call nak tanya Bunga jadi balik atau tak je. Bunga sambung kerja ya, ibu letak dulu. Assalamualaikum"
"Baik ibu. Wa'alaikumsalam" jawabnya kemudian talian diputuskan.
Aleeya baru berkira-kira mahu menghubungi adiknya Emir. Tiba-tiba ada suara berdehem di belakangnya. Serta-merta dia menoleh dan meletakkan semula handphonenya.
"Eh. Sorry encik Nazim. Saya tak perasan" Aleeya mohon maaf.
"It's okay. Saya pun datang salah timing" kata Nazim.
"Eh, tak ada lah. Ada apa yang saya boleh bantu?" soal Aleeya pada bossnya.
"Ada. Saya nak minta awak tolong follow-up dengan company Carl & Sons ni. Murni banyak sangat kerja dah workloads, kesian dia. Boleh awak tolong handle yang ni?" tanya Nazim.
"Boleh encik. Selagi encik percaya yang saya boleh handle. Should be no problem at all" jawab Aleeya.
"Of course i do believe you can handle it" Nazim serah fail ditangannya.
"Oh ya. Awak nak balik kampung ke minggu hadapan?" tanya Nazim tiba-tiba.
"Yup. Saya nak balik kampung. Ada apa-apa ke encik?" Aleeya sedikit terganggu apabila ditanya sebegitu.
"Tak. Cuma tadi saya terdengar awak cakap dekat phone nak balik. Saya teka je awak nak balik kampung" selamba Nazim berkata padanya.
Aleeya senyum nipis dengan jawapan yang diberikan padanya.
"Nanti awak tolong Murni ya. Nampak macam banyak sangat kerja dia nak handle tu" kata Nazim padanya.
"Baik encik. Saya pun baru je ambil empat fail project dari puan Murni pagi tadi untuk bantu kurangkan workload dia. Dah alang-alang encik datang sini, saya nak serahkan dua fail project dari MH Resources dan Jazz Studio yang saya dah siapkan. Encik perlu semak semula dan jika tiada apa-apa masalah boleh sign nanti saya serah semula pada puan Murni" panjang berjela penjelasan Aleeya dan sekaligus menyerahkan fail yang dikatakan pada Nazim.
"Sorry. Mesti awak terasa macam saya nak kata awak tak ada kerjakan. Bukan macam tu, banyak project masuk. Banyak bebanan kerja bertambah. Kesian pada Murni nampak dah macam stress sangat tu, semua hantar pada dia last minute. Dia pula nak kena double check semua sebelum sampai pada saya" terang Nazim pula setelah menyambut huluran fail dari gadis itu.
"Saya faham" jawab Aleeya.
"Awak boleh teruskan kerja awak. Maaf ya" kata Nazim sebelum berlalu ke biliknya.
Aleeya ambil semula handphonenya dan menghubungi adiknya Emir yang kini sedang menyambung pengajian di UTM Kuala Lumpur.
"Assalamualaikum" Aleeya memberi salam.
"Wa'alaikumsalam. Sayang, nanti Emir call semula. Baru masuk dewan kuliah ni" jawab Emir.
"Sorry. Okay. Take care. Assalamualaikum" jawab Aleeya dan menamatkan perbualan. Lantas Aleeya meneruskan kerjanya semula.
Tanpa sedar waktu telah menginjak ke angka 6.30 petang saat dia melihat ke arah jam yang dipakainya. Dia toleh pandang ke arah meja Murni. Dilihatnya Murni juga masih leka dengan kerjanya. Dia kemudiannya bangun menuju ke arah Murni untuk menyerahkan semula dua buah fail yang diambilnya pagi tadi.
"Kak, nah. Dah siap. Boss tinggal semak dan sign je. Banyak lagi ke kerja akak ni, ada yang Aleeya boleh tolong lagi? Akak balik pukul berapa ni?" tanya Bunga.
"Terima kasih Aleeya. Banyak juga ni. Ada tujuh project lagi. Dia orang ni suka bagi last minute. Letih akak pesan bagi awal, tapi last minute juga bagi. Pukul 6.30 dah rupanya. Suami akak ambil pukul 8 nanti, akak siapkan dulu mana yang boleh ni" jawab Murni.
"Macam tu, Aleeya tolong akak la. Kesian akak, banyak tu. Akak bagi dua fail project yang nak dekat due. Aleeya go through. Nanti siap Aleeya serah pada akak" Aleeya tawarkan bantuan.
"Aleeya pun balik lewat? Tak apa ke ni?" tanya Murni.
"Tak apa. Budak part-time datang malam ni 8.30 untuk tolong buat order bouquet. No worries. Akak balik nanti, Aleeya pun balik" jawab Aleeya.
Azan Maghrib berkumandang, Aleeya segera menuju ke surau di pejabatnya. Sementara Nazim juga ingin berbuat perkara yang sama. Berselisih mereka sewaktu mahu masuk ke dalam surau setelah selesai berwuduk. Serentak mereka sama-sama mengelak kerana bimbang terbatal wuduk. Murni yang melihat kejadian itu ketika mahu ke surau tertawa kecil.Â
Selesai solat. Nazim menanti di meja Murni. Pelik melihat Murni dan Aleeya masih belum pulang waktu begitu. Kebiasaannya hanya tinggal dia seorang diri.
"Kamu berdua memang balik lambat ke? Banyak lagi fail nak go through?" tegur Nazim sebaik melihat Murni dan Aleeya yang sedang berjalan bersama dari arah surau.
"Ha'ah boss. Aleeya teman akak. Banyak lagi fail. Aleeya dah settle kan dua lagi tadi, ada baki lima lagi. Pantas Aleeya buat. Due semua minggu ni, saya dah pesan bagi awal. Last minutes juga dia orang serah" jawab Murni bagi pihak Aleeya juga.
"Esok sambung lagi. Dah malam ni, saya pun nak balik jam 8 nanti. Bimbang pula tinggalkan kamu berdua di office ni" kata Nazim pada mereka.
"Baik, kami pun nak berkemas dah ni. Suami akak pun dah on the way" kata Murni.
"Aleeya, awak balik naik apa?" soal Nazim pada Aleeya.
"Macam biasa, naik kereta. Hari-hari pun saya drive, encik" jawab Aleeya.
"Okay lah. Lega saya. Ingat awak naik teksi, sebab saya pernah nampak awak tunggu teksi kat perhentian depan sana" terang Nazim.
"Oh. Itu sebab saya hantar kereta service, kena tinggal di bengkel" jawapan balas Aleeya.
"Oh. Okay. Berkemas la kamu berdua ya, lepas tu pulang. Saya pun nak berkemas dan nak pulang" kata Nazim.
Nazim kemudian berlalu masuk ke officenya semula. Murni dan Aleeya mula mengemaskan fail kerja dan meja mereka sebelum meninggalkan pejabat.
"SUSAH betul lah nak jumpa dia. Semua plan pun tak jalan. Habis idea dah aku" marah Kaisara.
"Tu lah, elok dah dulu okay. Kau buat hal. Sekarang kau dah melepas, kau bising pula" jawab Mimie.
"Kau ni dah kenapa nak simbah minyak kat api" tegur Jane pada Mimie. Mimie tayang riak muka tak bersalah.
"Kau dah cuba ke pergi rumah dia? Office dia? Cuba kau pergi office dia" cadang Jane pada Kaisara.
"Dah. Baru sampai pintu masuk bangunan dah kena halau dengan guard. Eeeee...geram aku" jawab Kaisara.
"Rumah dia jangan cakap lah, belum sampai pagar lagi guard dah terpacak tak bagi masuk. Parents aku dah tak nak masuk campur, tak nak tolong aku. Bengang betul aku" luah Kaisara lagi.
"Kat office dia, tak ada ke sesiapa yang boleh tolong kau?" tanya Mimie pula.
"Darius? Memang tak la dia nak tolong aku. Of course la dia akan berpihak pada Nazim" sarcastic nadanya menjawab.
"Apa kata kau minta tolong Bad. Kau plan la dengan Bad. Dia mesti okay kan kalau Bad ajak jumpa. Tak pun kau suruh la Bad make a plan yang boleh jumpakan kau dengan dia" Jane pula memberi idea.
"Eh. Bagus la otak kau ni. Tak terfikir pula aku. Nanti aku contact Bad" bertukar ceria nada Kaisara.
"Eh, apa cerita kau dengan Shahrul?" Mimie bertanya tanpa rasa bersalah.
"Rimas la aku. Asyik nak jumpa, nak berkepit je. Always control and jealousy. Plus dia bukan pewaris Haq Empire pun. He's nothing compare to his brother and Nazim. Can't trust his words" Kaisara mulai bosan dengan lelaki itu.
"Be careful with and don't mess up with him. Aku da cakap banyak kali dengan kau. Jangan libatkan diri dengan buaya tu. It was not a good idea at the first place" nasihat Mimie.
"It's just for fun. Not more than that. Dia yang syok sendiri" jawab Kaisara angkuh.
"Betul cakap Mimie tu. He's not someone yang kau boleh play around tau. Banyak dah kita orang dengar cerita pasal ex dia. Be careful la babe, better kau stop the game before it's too late" Jane pula menyokong kata-kata Mimie.
"Relax la. Everything will be fine. It will be end. Soon baby soon. Aku pun da bosan dengan dia" jawab Kaisara.
Mimie dan Jane saling berpandangan. Walaupun mereka berdua tahu Kaisara akan kotakan apa yang dikatakannya. Mereka bimbang jika Shahrul bertindak seperti yang mereka dengari dari cerita kenalan mereka. Wanita yang menjadi bekas kekasih lelaki itu akan menerima perkara yang tidak diingini. Dirogol bergilir-gilir, muka yang cantik akan disimbah asid, tangan atau kaki akan dicacatkan. Tiada yang berani tampil untuk membuat aduan kerana telah diugut oleh lelaki itu.
HABIS usaha dia cuba mengelak dari gadis itu. Tidak selesa apabila gadis itu sentiasa mengekorinya sebaik mereka tiba di airport. Kerana menjaga air muka ahli keluarga yang lain, dia beriak tenang seolah tiada apa. Namun dalam hatinya, dia tidak suka akan perkara itu.
"Saya harap pertunangan kita berakhir dengan pernikahan" kata Leyla yang duduk bersebelahan Akhtar.
"Jangan bermimpi terlalu tinggi. Takut jatuh terhempas berderai" kias Akhtar lalu bangun dan duduk menjauhi Leyla.
Tersentak Leyla dengan tutur kata dan perbuatan Akhtar padanya. Dia cuba menutupi rasa itu dengan tersenyum.
"Kita dah bertunang pun. Dah enam bulan, kenapa awak susah sangat nak terima kenyataan" Leyla meluahkan rasa padanya.
"Awak tahu jawapannya" jawapan balas Akhtar semakin membuatkan Leyla terluka.
"Habis. Kenapa awak bersetuju untuk teruskan pertunangan ni?" terasa marah namun dia berusaha mengawal rasa itu.
"Kerana ummi dan abi" sekali lagi jawapan Akhtar seperti belati yang menusuk tepat ke jantungnya.
"Jadi, apa hala tujunya hubungan kita ni?" soal Leyla lagi.
"Saya hanya mengikut kemana takdir membawa saya" Akhtar tidak mahu memberi sebarang jawapan.
"Saya terima awak seadanya. Asal awak sudi terima saya seadanya" kata Leyla padanya.
"Jangan berharap. Bimbang luka tidak mampu terubat" kiasan Akhtar cukup jelas dia menolak.
"Saya tahu dalam hati awak hanya ada dia. Saya tetap akan katakan, saya terima awak seadanya. Walau tiada sedikit pun, rasa cinta buat saya. Saya tetap berharap awak terima saya seadanya, walaupun saya tidak seperti dia. Saya ikhlas, betul-betul ikhlas cintakan awak" Leyla bertegas dengan pendiriannya.
"Hanya dia. Sentiasa dia. Selamanya dia" Akhtar juga menyatakan apa yang terbuku dihatinya.Â
"Saya pula yakin. Saya yakin itu jodoh kita" Leyla masih tidak berputus asa.
"Terpulang. Saya tidak menjanjikan apa-apa. Kerana awak sudah tahu dari awal jawapan saya. Gunakan kesempatan pemergian saya ini untuk fikirkan semula semuanya" Akhtar malas mahu berbalas kata lagi.
"Kerana jawapan saya masih sama. Dia dan hanya dia" kata-kata Akhtar akhirnya pada Leyla.
"Irham. Azad. Aku nak kena masuk dah. Macam aku minta sebelum ni, tolong tengokkan dan jagakan Bunga untuk aku" katanya pada Irham dan Azad dihadapan Elyn dan Aira.
"Kau tahu tak Bunga ada kat sini?" soal Aira dengan nada geram.
"Bunga datang sini? Kat Airport ni? Mana dia?" tertoleh-toleh ke setiap arah dia mencari kelibat Bunga.
"Kau rasa dia nak muncul depan kau ke, dengan apa yang kau dah buat pada dia?" kata Elyn pula.
"Dia ada kat sini ke? Kenapa aku tak nampak dia?" masih dia mencari kelibat Bunga di sebalik lautan manusia yang memenuhi ruang airport itu.
"Dia ada tadi. Tapi lepas dia keluar dari KFC. Kita orang tak nampak dia lagi dah" jawab Irham pula. Kasihan dia dengan keadaan sahabatnya itu.
"KFC? Dia ada kat sana tadi? Kenapa tak bagitahu aku. Dia dengan siapa? Seorang?" bertalu-talu soalannya pada mereka berempat.
"Dia datang dengan kembar. Aku yang suruh dia datang. Tak sangka pula, boleh ada drama sebabak kau dengan tunang kau. Ingatkan tunang kau tak follow kau jumpa kita orang" terang Aira.
"Aku dah cakap dengan family aku nak jumpa kau orang. Tiba-tiba dia follow aku. Aku mana nak tahu dia follow aku. Dia dah balik ke? Confirm?" tanya Akhtar lagi inginkan kepastian.
"Tak tahu. Puas call tapi dia tak jawab" kata Elyn pula.
"Sorry Akhtar. Buat keadaan jadi lagi rumit" Azad mohon maaf padanya.
"Tak apa lah. It's okay. Bukan salah kau orang. Sekarang aku cuma harap, aku boleh lihat dia walaupun dari jauh" Akhtar sangat berharap dapat melihat wajah Aleeya sebelum dia berangkat pergi.
Sebaik dia melepasi ruang pemeriksaan ticket dan passport dia yang turun menggunakan escalator menoleh pandang ke arah ahli keluarganya. Kemudian berpaling ke arah sahabatnya berempat. Tanpa disangka, dia melihat wajah gadis itu tidak jauh dari kedudukan sahabatnya. Matanya mencari mata gadis itu. Melihatkan riak wajah yang tenang dan pandangan yang kosong dari gadis itu, dia diserang rasa bersalah. Dua rakan gadis itu juga turut melihat ke arahnya.
Empat tahun berlalu sejak peristiwa itu. Itulah kali terakhir dia melihat Aleeya. Juga kali terakhir pertemuannya dengan Leyla. Sehingga kini dia masih mengelakkan diri dari Leyla. Dia menyekat gadis itu di platform media social miliknya, juga menyekat gadis itu dari menghubunginya.
Share this novel