Bab 23

Romance Series 36633

ALARM di sebelah telinga berbunyi. Terbangun Aleeya dari lenanya. Terus dia duduk di atas katil. Pelik dia melihat handphone itu berada betul-betul di sebelah telinganya. Cuba mencerna peristiwa yang jadi sebelum dia terlena.

"Alamak! Siapa call eh semalam. Adui, mesti aku merapu entah apa-apa" Aleeya berkata sendirian. Handphone di ambil, mahu melihat log call yang ada. Dia melihat dengan jelas nama yang tertera. Akhtar!

"Alaaaaaaa...." Aleeya mengetuk-ngetuk kepalanya dengan handphone yang berada di tangan. Rasa seperti mahu menangis sahaja.

"Aleeya kenapa? Sakit kepala ke?" tegur Ain yang baru selesai mandi.

"Eh..tak ada la kak..ada hal sikit jadi" kata Aleeya sambil tersengih. Mahu menutup gugup dan segala rasa yang menjengah jiwa.

Aleeya cuba abaikan segalanya. Saat ingin bangun dari duduknya, handphone di tangan bergetar menandakan ada notifikasi yang masuk. Terus di lihat screen handphone. Tercampak handphone di tangannya. Mujur atas katil, kalau ke lantai mahu retak screen handphonenya itu. Semua gara-gara nama Akhtar yang muncul.

++
Assalamualaikum. Dah bangun ke tu Bunga abang? Selamat pagi. Selamat menunaikan solat subuh. -Akhtar-

"Hai lah. Ni memang nak buat serangan hendap ke apa? Aku merapu apa malam tadi ni. Adoiiii" sekali lagi Aleeya bercakap dengan dirinya sendiri.

"Ah! Bangunlah mandi, solat subuh dulu. Fikir kemudian" dalam keadaan berkecamuk Aleeya bangun mengemas katil, kemudian diambil tuala mandi serta pakaian dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai menunaikan solat subuh. Aleeya termangu di atas sejadah buat seketika. Terfikir akan entah apa yang dicakapkan dalam tidurnya ketika menjawab panggilan Akhtar.

Aleeya berkira-kira mahu ke cafe sahaja sebentar lagi untuk membeli sarapan pagi. Handphone di ambil, masih belum mahu membalas text WhatsApp dari Akhtar. Aleeya masukkan phone ke dalam poket seluar track suit yang dipakainya. Tudung diambil dan di pakai, dua keping not sepuluh ringgit juga di ambil dari purse. Pen drive juga di masukkan ke dalam poket seluar sebelah kiri, mahu diberi kepada si kembar untuk bantunya menghantarkan assignment yang telah siap.

Ketika Aleeya baru melangkah keluar dari biliknya menuju ke pintu utama. Handphonenya bergetar, dia ambil dan dilihat screen nama Akhtar yang tertera menghubunginya. Berkira-kira mahu menjawab atau tidak, namun dijawab juga panggilan itu.

"Assalamualaikum" sapa Aleeya.

"Wa'alaikumsalam. Aleeya buat apa? Abang WhatsApp tak reply pun, tinggal blue tick je kat abang" Akhtar bertanya setelah panggilan dijawab.

"Tadi mandi, solat apa semua. Ni baru plan nak pegi cafe beli sarapan, tapi kejap lagi nak singgah bilik kembar sekejap nak pass pen drive. Sebab nak hantar assignment. Ada apa ya awak call pagi-pagi?" Aleeya menerangkan situasinya sekaligus ingin bertanya kenapa Akhtar huhunginya seawal pagi. Aleeya berharap agar kejadian malam tadi tidak akan dibahaskan.

"Awak? Semalam elok je Aleeya panggil abang, masa jumpa bagi makanan. Bunga lupa ya. Semalam abang call orang tu, tanya dia rindu abang ke dia cakap 'hurm' lepas tu abang tanya nak jumpa abang lagi ke dia jawab 'hurm'. Abang panggil Bungaku pun orang tu menyahut je, dua kali tau" sengaja Akhtar ingin mengusik gadis itu. Suka benar dia dapat mengenakan gadis yang mula mendapat tempat dalam hatinya.

"Eh. Ada ke? Aleeya tak perasan pun. Aleeya mamai kot time awak call. Tak valid la kan sebab Aleeya tak sedar" Aleeya cuba mengelak.

"Hahaha. Ok lah. InsyaAllah, one day pasti akan valid bila tiba waktunya. Abang nak hantar breakfast, pukul 7.15 nanti abang sampai. Aleeya pergi la jumpa kembar dulu. Nanti sampai abang call" Akhtar mengalah sahaja. Namun, janji untuk berjumpa tetap juga diteruskan.

"Oh. Okay. Tapi tak susahkan ke? Nanti awak nak pergi class lagi?" Aleeya bimbang jika kerana dirinya, terlewat pula Akhtar ke kuliah nanti.

"InsyaAllah sempat, class abangkan pukul 8. Jumpa nanti okay. Assalamualaikum" Akhtar mengakhiri bicara.

"Okay. Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya.

Terus Aleeya menuju ke bilik si kembar untuk memberikan pen drive miliknya. Jam dilihat baru pukul 7 pagi, pasti si kembar sedang bersiap di biliknya.

"KEMBAR. Aku nak masuk ni" pintu di ketuk, Aleeya menanti seketika di hadapan pintu bilik si kembar.

"Masuk lah, kita orang tengah siap" sahut Azizah.

"Nah! Pen drive aku. Nanti kau orang tolong print kan then hantarkan sekali eh. Ni sekali duitnya. Lebih guna lah tak payah return back" Aleeya menyerahkan pen drive dan not sepuluh ringgit kepada Azlina yang sedang mengenakan tudung di kepala.

"Yeayyy..okey bebeh. Thank you" Azlina menyimpan pen drive dan not sepuluh ringgit di dalam poket bag miliknya.

"Last day kan MC harini? Esok pergi class cam biasa?" soal Azizah yang sedang membetulkan tudungnya di hadapan cermin.

"Yup. Last day. Esok macam biasa" Aleeya juga sudah tidak sabar mahu ke kolej. Bosan juga terperap di bilik.

"Makan tengah hari nak tapau tak?" soal Azizah lagi.

"Eh, tak apa la. Ada class kan pukul 2? Nanti aku turun beli, atau aku kirim kat budak rumah je. It's okay" jawab Aleeya.

"Okay lah. Kita orang dah siap. Nak pergi cafe dulu beli sarapan. Lapar gila ni" kata Azlina.

"Okay je, jom la keluar" kata Aleeya pada mereka.

"Kau tak nak lepak sini ke?" soal Azizah.

"Tak lah. Aku lepak bilik aku je. Boleh sambung baca novel" jawab Aleeya sambil tersengih.

"Jom lah gerak" ajak Azlina.

Mereka berpisah di luar bilik hostel si kembar. Aleeya ingin pulang ke biliknya, manakala si kembar ingin ke kolej.

Sedang dia berjalan menuju ke biliknya, handphone di dalam poket seluar bergetar. Laju tangan mengambilnya dan segera ikon hijau digesek.

"Assalamualaikum" sapa Aleeya.

"Wa'alaikumsalam. Abang dah sampai kat bawah dah. Aleeya turun ya" kata Akhtar sebaik panggilan dijawab.

"Dah sampai? Okay" terus Aleeya matikan panggilan, dan dilajukan langkahnya tidak mahu Akhtar menunggu lama.

Waktu puncak begini menunggu lift pasti lambat. Akhirnya Aleeya putuskan menggunakan tangga sahaja. Mujur hanya dari tingkat empat sahaja. Mencungap juga bila sampai di bawah. Aleeya menenangkan diri seketika, apabila rentak nafasnya kembali teratur baru Aleeya meneruskan melangkah menuju ke tempat Akhtar menanti.

"Hai, ikut mana turun?" Akhtar menyapa.

"Hai, Aleeya ikut tangga block E sana. Dari bilik kembar, ramaikan guna lift waktu macam ni" jawab Aleeya perlahan.

"Patut merah muka. Berlari ke?" Akhtar melihat gadis itu memerah sedikit mukanya dan nafasnya kelihatan sedikit penat.

"Tak lari, jalan je. Tapi boleh tahan la dari tingkat 4" jujur Aleeya menjawab.

"Ya Allah. Nah, ambil ni sarapan. Abang beli nasi goreng dengan kuih sikit campur-campur. Ada air horlicks suam, nanti naik bilik sarapan" Akhtar menyerahkan dua bungkusan plastic kepada gadis itu.

"Okay. Thanks" Aleeya menyambut huluran itu.

"Lepas ni dah susah nak jumpa. Silap-silap ni last kita jumpa. Abang minta maaf ganggu Aleeya macam ni. Abang ikhlas. Aleeya jangan ambil hati dengan usikan abang. Tapi abang betul serious nak kawan dengan Aleeya. Aleeya take time okay, bila ready bagitahu abang. Okay lah. Abang nak pegi kolej terus ni dah 7.20 dah jam. Jaga diri tau. Assalamualaikum" kata Akhtar kemudian masuk ke dalam keretanya.

Aleeya menjawab salam Akhtar, dia memerhatikan sahaja kereta itu sehingga hilang dari pandangan matanya. Hatinya terasa sesuatu dengan kata-kata Akhtar tadi. Tapi entah apa Aleeya juga tidak memahaminya.

JAM menunjukkan 10 pagi. Aleeya berkira-kira mahu menghantar WhatsApp kepada Akhtar. Handphone di capai. Nama Akhtar dicari dan jari mula menaip mesej.

++
Sorry. Jangan la cakap macam tu. InsyaAllah, Aleeya tak ambil hati pun. Bagi Aleeya sikit masa lagi, bila Aleeya dah sedia Aleeya akan bagitahu. -Aleeya-

Dihantar text WhatsApp itu. Aleeya sendiri keliru dan berbelah bahagi dengan perasaannya sendiri. Aleeya akui, kehadiran Akhtar sering buat hati dan jiwanya terusik dengan perasaan yang sukar dia tafsirkan.

"Apa yang aku cakap dengan dia masa on call malam tadi eh. Tapi macam ada dengar suara orang mengaji, tu yang buat tidur jadi makin lena tu. Kak Ain kot pasang mengaji, dia balik nanti tanya lah" Aleeya berkata sendirian.

Aleeya meneruskan membaca novel yang masih berbaki separuh itu. Leka membaca sehinggalah ada bunyi notifikasi di handphone. Laju tangan mencapai handphone dan melihat screen. Nama Akhtar tertera, jam pula dilihat sudah hampir menginjak ke angka 1 petang. Patutlah perutnya sudah berkeroncong minta di isi. Aleeya baca text WhatsApp yang diterimanya.

++
It's okay. Take your time. I'll always be here, waiting for you. InsyaAllah. -Akhtar-

Satu perasaan lega, hubungannya dengan Akhtar masih baik-baik sahaja. Aleeya bimbang juga sekiranya tanpa sengaja dia menyakiti hati jejaka itu.

"KITA pergi awal sikit pagi ni. Aku nak jumpa Aleeya last. Lepas ni, aku tak kacau dia dah" kata Akhtar pada Irham dengan Azad.

"Kau okay ke?" soal Irham.

"Okay. Aku okay" Akhtar mula bersiap.

"Kau gaduh dengan dia ke?" Azad pula menyoal.

"Tak lah. Kita orang okay. Aku cuma rasa, nak bagi space untuk masing-masing. Aku tak nak try hard sangat, takut dia semakin menjauh. Aku bagi dia masa supaya dia boleh terima kehadiran aku ada dalam hidup dia. Tu je. Mana la tau bila jauh macam ni, boleh buat dia terbuka hati kan" Akhtar berterus terang dengan tindakan yang sengaja dia ambil.

"Oh! Aku ingat kau dah give up nak try lagi" Irham pula menuturkan apa yang terlintas difikirannya.

"Kau ni Irham. Tapi betul juga apa Akhtar buat ni. Mana tahu keadaan akan berubah lepas ni. Aleeya boleh terima kau, siapa tahu kan" Azad bersetuju dengan tindakan Akhtar.

Ya. Tapi yang lebih penting Akhtar mahu hubungannya dengan Aleeya masih terjaga dan terbatas. Kerana dia memasang niat mahu menjadi Arjuna idaman gadis itu dan ingin Bunganya itu tetap terpilihara indah.

"Awal kita siap ni, boleh pergi breakfast dulu ni. Baru pukul 7 pagi" kata Azad.

"Jom gerak, boleh je sebab pun aku nak tapau breakfast untuk Aleeya sekali" Akhtar mengajak mereka.

SEBAIK Akhtar bergerak meninggalkan kawasan parkir selepas dia bertemu Aleeya. Matanya memerhatikan cermin pandang belakang dan cermin sisi kereta. Melihat Aleeya masih setia berdiri dan melihat dia berlalu pergi.

"Ya Allah, jika benar dia yang aku cari dan nantikan selama ini. Lindungi lah dia dalam jagaan Mu. Satukan kami bila telah tiba waktu itu. Kerana aku ingin bersama dia dengan ikatan yang halal dan di dalam keredaan Mu" bibir Akhtar menitip kan doa untuk dirinya dan Aleeya.

"Macam mana? Apa reaksi dia?" tanya Irham sebaik dia duduk di dalam dewan kuliah itu.

"Macam mana lagi. Macam tu lah. Muka dia yang sentiasa tenang, cool je yang aku nampak. Tapi dalam hati dia, aku tak tahu la" jawab Akhtar.

"Tak apa lah, InsyaAllah kalau ada jodoh lari hujung dunia pun pasti akan bersatu juga" Azad memberi kata semangat.

"Harapnya macam tu lah" Akhtar juga merasakan perkara yang sama.

"Weh tak lama lagi nak puasa dah dua bulan lagi, lepastu kita final exam minggu ketiga puasa tu. Lepas raya sem baru kita dah busy habiskan berapa class then practical. Sikit lagi nak habis dah" teruja Irham berkira-kira tempoh baki masa yang ada.

Akhtar dan Azad hanya mengiakan. Dan dia mula mengira baki masa yang ada untuk meninggalkan kolej itu. Juga berharap dia miliki jawapan gadis itu sebelum dia tamat belajar di kolej itu.

Ustaz Qayyum telah tiba di dewan kuliah untuk memulakan kelas ulum hadith pagi itu. Akhtar melihat handphonenya seketika jika ada text WhatsApp dari gadis itu, namun hampa. Tanpa berlengah Akhtar menukar kepada mode silent seperti kebiasaannya.

Berbaki setengah jam lagi kelasnnya. Handphone di poket seluarnya bergetar tanda ada notifikasi. Perlahan tangan menyeluk ingin melihat notifikasi di screen handphone. Tersenyum dia bila melihat nama yang tertera. Namun kerana masih perlu focus pada kuliah, di biarkan sahaja dulu WhatsApp dari gadis itu.

"YA ALLAH, laparnya" kata Irham sebaik duduk di meja makan bersama sepinggan nasi yang berisi lauk dan sayur.

"Kau ni, macam pagi tadi tak makan je. Padehal kau bantai soto siap kuih lagi" Azad menegur.

"Tu pagi. Ni dah tengah hari. Aku makan, jemput makan" Irham terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sebaik sahaja doa habis di baca.

"Kau tak makan ke Akhtar?" tegur Azad yang melihat Akhtar masih duduk di meja tanpa sebarang makanan dan minuman.

"Sekejap lagi aku pergi. Nak tengok WhatsApp kejap" Akhtar yang mula melihat handphone di tangan menjawab pertanyaan Azad.

Akhtar membaca text WhatsApp yang di hantar oleh gadis itu kepadanya pagi tadi. Selepas habis kuliah pagi, ada pula class lain yang menanti. Di tambah dengan perbincangan berkumpulan lagi. Sehingga Akhtar mengambil keputusan untuk menanti tengah hari sahaja untuk membalasnya.

++
Sorry. Jangan la cakap macam tu. InsyaAllah, Aleeya tak ambil hati pun. Bagi Aleeya sikit masa lagi, bila Aleeya dah sedia Aleeya akan bagitahu. -Aleeya-

Jari menari menaip kata balas. Akhtar tahu Aleeya perlukan masa. Dia juga perlu menghormati keadaan itu. Selesai menghantar kata balas, Akhtar bangun menuju ke arah makanan dan mula mengambil makanan untuk makan tengah hari.

"Aleeya mesej apa?" tanya Irham sebaik sahaja Akhtar duduk di meja makan.

"She need time, bila dia dah ready di akan bagitahu" kata Akhtar ringkas.

"Oh, okay la tu. At least dia tak la diam membisu, kira ada lagi la harapan" kata Irham sebaik dia mendengar jawapan Akhtar.

"Hopefully. Aku okay je" jawab Akhtar selamba.

"Weh, petang lepas habis class jom badminton. Lama dah tak main. Harini class habis awal kan, jom lah" ajak Azad.

"Aku on je" kata Akhtar.

"On, tapi tanya Haziq free tak. Kalau tak kena cari orang lain. Kang aku tak ada partner" kata Irham.

"Settle. Aku cari. Court kolej la. Area rumah mesti full. Sini diaorang jarang guna" Azad memberi kata putus.

"Okay" serentak Akhtar dan Irham menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience