"ASSALAMUALAIKUM" sapa Akhtar sebaik panggilan dijawab.
"Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya.
"Jadi Bunga nak pindah rumah kita harini?" soal Akhtar pada isterinya.
"InsyaAllah.." jawab Aleeya.
"Nak Arjuna ambil? Atau Bunga datang sini ambil kunci rumah?" soal Akhtar.
"Saya jumpa awak pukul 12.00 nanti sebelum awak solat jumaat boleh? Saya dropby je nanti, ada kerja sikit di kedai pagi ni, ada tempahan untuk birthday cake" jawab Aleeya.
"Kalau macam tu, Arjuna datang kedai nanti. Bunga tak perlu datang tempat kerja Arjuna" kata Akhtar.
"Boleh juga" jawab Aleeya.
"Breakfast apa pagi ni?" soal Akhtar ingin tahu.
"Beli je sekejap lagi on the way pergi kedai. Ni tengah tunggu kembar bersiap. Bunga pergi dengan dia orang" jawab Aleeya.
"Awalnya pergi, baru pukul 7.00 ni sayang" kata Akhtar.
"Kena buat tiga biji cakes, customer datang pickup pukul 2.30 petang. Semua perlu buat baru, semalam letih sangat. Terus balik je tak buat apa pun lagi ni" jelas Aleeya.
"Okay. Hati-hati, anything call ya. Take care, Assalamualaikum" pesan Akhtar pada isterinya sebelum panggil ditamatkan. Dia juga perlu bersiap untuk ke tempat kerja.
Tengah hari itu, Akhtar meminta Irham dan Azad menemaninya untuk berjumpa Aleeya
"Kau dengan Aleeya macam mana?" soal Irham sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke Bunga&Coklat.
"Macam tu lah. Masih sama. Harapnya lepas dia pindah stay sekali dengan aku ni, makin bertambah baik hubungan kita orang" jawab Akhtar yang sedang memandu.
"Seminggu lebih ni, dia ada cari kau?" tanya Azad pula.
"Dia cuma WhatsApp untuk beritahu aku, dia pergi balik kerja atau keluar untuk urusan lain. Tak ada la dia saja-saja cari tanpa sebab" jawab Akhtar pada mereka.
"Aku pun tak nak desak or paksa dia sangat. Dia dah setuju nak pindah duduk sekali dengan aku pun, aku dah bersyukur. Sekurangnya boleh la kami baiki mana yang kurang. Dia layan aku baik je, hormat aku as suami. Apa je dia nak buat, dia akan minta izin dulu" jelas Akhtar lagi.
"Alhamdulillah, Aleeya mungkin cuma perlukan ruang untuk terima perkahwinan kau orang. InsyaAllah, semua akan baik-baik. Kau bila nak buat majlis sebelah kau ni?" kata Irham.
"Tu lah, aku kena tengok kesihatan ummi dulu. Next week, aku plan nak bawa Aleeya balik kampung. Boleh la bincang sekali nanti, apa-apa aku bagitahu" kata Akhtar.
Sebaik keretanya di parking. Akhtar menghubungi Aleeya.
"Assalamualaikum. Dah ada depan kedai ni, kat parking" kata Akhtar sebaik panggilannya dijawab.   Â
Tidak lama menantu, kelihatan Aleeya membuka sedikit shuttle kedainya.
"Tak nak masuk dulu? Awak dah makan ke belum?" tanya Aleeya sebaik tiba di kereta Akhtar, tangannya dihulurkan untuk bersalaman tanda menghormati Akhtar sebagai suami.
"Bunga busy lagi? Dah makan tadi sebelum pergi solat, ni terus nak balik office" kata Akhtar ketika menyambut salam Aleeya.
"Tak, tunggu customer datang pickup je. Lepas tu balik rumah ambil barang baru gerak pergi rumah sana" jawab Aleeya.
"Sayang dah makan?" soal Akhtar prihatin.
"Belum, lepas customer pickup cakes baru pergi makan. Kunci rumah ada bawa?" jawab Aleeya sekaligus bertanyakan kunci rumah mereka.
"Okay. Ada ni, yang ni untuk Bunga simpan. Kad access guard ni pun untuk Bunga. Arjuna tak boleh lama, nak balik office. Bunga nanti hati-hati memandu ya. Anything call" Akhtar serah segugus kunci untuk simpanan Aleeya.
"Okay" Aleeya hulur tangannya untuk bersalaman sebelum Akhtar beredar kembali ke pejabatnya.
Akhtar senyum nipis dengan tingkah isterinya itu. Walaupun masih terasa dingin layanannya, Aleeya tetap menghormatinya sebagai suami.
"Bagus Aleeya, walaupun kau orang kahwin koboi. Dia tetap hormat kau as suami dia" kata Azad.
"Itu lah. Walaupun dia macam dingin sikit dengan aku. Tapi bila aku tanya atau bercakap dengan dia. Dia tetap akan respond. Aku harap dia buka hati dia untuk terima aku semula" kata Akhtar.
"InsyaAllah. Dia terima kau tu, tengok lah. Dia yang hulur salam dulu bila kau datang and nak balik. Kau je kena pandai tackle dia sekali lagi" kata Irham pula.
"Aku cuba, doakan aku" kata Akhtar pada mereka.
"KAU okay ke ni sendiri je? Tak banyak pun barang kau bawa" kata Azizah padanya.
"Okay je. Aku bawa yang penting je. Baju pun aku tinggal sikit kat sini, mana tau aku malas nak balik sana. Aku balik la sini" jawab Aleeya bersahaja.
"Weh, kau ni macam tak nak pindah je" kata Azlina pula.
"Bukan tak nak la. Cuma belum bersedia sepenuhnya. Lagipun jauh sikit rumah Akhtar dengan kedai. So kalau balik lewat, tak larat nak drive jauh boleh aku tidur sini" Aleeya beralasan.
"Ikut kau la" kata Azlina.
"Kau orang tak payah pindah eh, jangan gatal nak cari rumah sewa lain. Rumah ni loan dah approved, tunggu document berkaitan lepas tu aku dah boleh pergi bank sign tukar hak milik semua" pesan Aleeya pada mereka.
"Really? Alhamdulillah" soal Azizah.
"Yup. So, rumah ni akan jadi rumah aku, tak payah pindah. Bil air dengan electric je korang settle. Tapi kalau rasa bersalah, nak sangat bayar sewa bagitahu la. Nanti aku caj ikut harga semasa" usik Aleeya.
"Ceh! Caj ikut harga semasa. Memang tak mampu la" tempelak Azlina.
"Tahu takpe. So tak payah gatal nak bayar sewa. Duduk je, cuma settle bil air dengan electric yang korang guna. Aku nak gerak dah" kata Aleeya pada si kembar.
"Hati-hati tau drive. Sampai bagitahu" pesan Azizah.
"Jangan gaduh-gaduh. Bincang elok-elok tentang masa berkerja, apa semua. Kau tu bukan bujang lagi" pesan Azlina pula.
"Yelah. Nanti aku bincang dengan dia. Esok aku tak datang tau. Kau orang tolong handle eh" sekali lagi Aleeya mengingatkan mereka dia tidak akan datang berkerja hari esok.
"Don't worry. Kita orang tahu lah nak handle. Budak-budak pun tahu dah tugas masing-masing" kata Azlina.
"Hati-hati. Tahulah kitao rang handle hal esok. Kau tu apa-apa hal bagitahu" kata Azizah pula.
"Okay. Bye. Assalamualaikum" Aleeya memandu perlahan meninggalkan rumah yang bakal menjadi miliknya.
Aleeya tiba di rumah milik Akhtar ketika jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Sebaik dia melangkah masuk, keadaan rumah sudah bertambah baik berbanding sebelum ini. Langsir sudah siap terpasang. Dining area juga sudah terdapat sebuah set meja makan. Bahagian belakang dapur juga sudah siap di renovated. Terdapat sebuah washing machines disitu, sesuai untuk dijadikan laundry area. Kawasan itu juga sudah ditutup, supaya terlindung dari pandangan jiran yang lalu lalang menggunakan lorong belakang kawasan rumah itu.
Aleeya berlalu ke bilik utama untuk meletakkan bag pakaian dan barangan peribadi miliknya. Dilihat ada beberapa perubahan di dalam bilik itu. Tersenyum nipis dia dengan keadaan bilik yang kemas walaupun susun aturnya tidak berapa sesuai.
"Nanti boleh susun atur semula. Kemas dan bersih pun dah cukup baik" Aleeya berkata pada dirinya sendiri.
Dia turun semula ke dapur. Menyimpan barangan basah, stock ayam, ikan, sayuran dan buah-buahan yang dibelinya ke dalam refrigerator. Dia menyusun atur semula barangan kering seperti tepung, gula dan lain-lain. Perkakas dapur yang sedia ada dan yang baru dibelinya juga di susun di cabinet dapur.
"Siap!" kata Aleeya setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya menyusun atur semula bahagian dapur, agar lebih mudah dan selesa baginya.
"Next, laundry area pula" bebelnya sendirian.
Aleeya memasang rak khas untuk meletakkan pelbagai sabun cucian, bakul laundry dan barangan berkaitan laundry. Disusun dan di deco ikut cita rasanya.
"Cun!" ujarnya setelah berpuas hati.
Ruang tamu di susun semula kedudukan sofa, coffee table dan meja tv diubah. Dibentangkan carpet yang dibeli untuk diletakkan di ruang tamu itu.
Dining table dikawasan dining area juga diubah sedikit kedudukannya. Table cloth diletakkan dan dialas semula menggunakan PVC transparent tables cover, kemudian diletakkan glass vase cylinder dan dimasukkan artificial white Calla Lily.
"Settle" puas dapat menyusun semula ruang tamu dan dining area itu.
Aleeya beralih pula ke bilik utama. Dia mahu menyusun pakaiannya dan barangan lain. Ketika sedang leka mengemas, kedengaran pintu utama rumah dibuka.
"Dia dah balik ke?" jam dipergelangan tangannya dilihat, hampir menginjak ke angka 6.00 petang. Leka Aleeya mengemas, tidak sedar masa berjalan pantas. Cepat-cepat dicapai tuala yang tersidai untuk menutup kepalanya.
"Bunga" panggil Akhtar. Dia berjalan ke arah dapur mencari isterinya.
"Saya kat bilik" jawab Aleeya dari dalam bilik utama.
Akhtar melihat keadaan rumah yang berubah wajah. Dia sempat melihat keadaan dapur yang juga sudah kemas tersusun. Dia yakin, pasti Aleeya sudah mengemas rumahnya itu. Pantas dia berlalu naik ke tingkat atas.
"Sayang buat apa?" tanya Akhtar sebaik pintu dibuka.
"Mengemas" jawab Aleeya bersahaja.
"Sayang alih dan susun semua ni sendiri ke?" tanya Akhtar yang melihat kedudukan bilik utama yang berubah susun atur dan kedudukannya.
"Ha'ah. Sorry tak minta izin awak, saya lupa. Fikir nak kemas je" jawab Aleeya serba salah dengan reaksi Akhtar.
"Eh! Arjuna tak kisah pun. Tapi kan boleh tunggu Arjuna balik nak alihkan barang-barang semua ni. Nasib baik tak ada apa-apa jadi" kata Akhtar prihatin.
"It's okay. Bunga dah biasa. Bukan angkat pun. Tolak-tolak je. Saya susun bagi sesuai dengan ruang bilik. Pakaian awak pun saya ubah sikit, susun semula" jawab Aleeya yang masih leka menyusun baki pakaiannya pula.
Akhtar melabuhkan duduknya dia sisi katil. Melihat tingkah Aleeya yang lincah mengemas.
"Awak nak makan apa malam ni? Tadi saya ada beli barang dapur sikit. Ada ayam dengan ikan" kata Aleeya yang berlalu ke arah meja solek untuk menyusun barangan skincare, makeup dan perfume miliknya.
"Tak apa lah. Malam ni kita makan luar. Sayang pun mesti penat, pagi tadi busy di kedai. Balik rumah sini, berkemas pula" kata Akhtar.
"It's okay. Saya boleh masak. Lagipun saya malas nak keluar" jawab Aleeya yang baru selesai mengemas.
"Kalau macam tu Sayang masak la apa pun, Arjuna okay je" jawab Akhtar.
"Awak mandi la dulu sementara saya turun nak masak" kata Aleeya yang mahu turun ke tingkat bawah. Namun dia ditahan oleh Akhtar.
"Tuala Arjuna atas kepala jadi tudung Bunga, macam mana nak mandi. Kenapa sayang tutup kepala, kan cuma ada kita" kata Akhtar lalu mengambil tualanya yang menjadi alas menutup kepala Aleeya.
"Sorry. Lupa. Saya belum biasa" jawab Aleeya perlahan.
"Kena belajar biasakan, okay sayang. Arjuna pergi mandi dulu, nanti Arjuna datang bantu sayang" kata Akhtar kemudian berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Tanpa berlengah Aleeya terus turun ke dapur untuk memasak. Dikeluarkan bahan-bahan yang diperlukan.
"Masak apa? Nak tolong apa-apa tak?" tanya Akhtar yang menjengah ke dapur dan mendekati Aleeya.
"Siakap steam lemon dengan sayur campur. Nasi tengah masak, ikan pun tengah kukus. Sayur dah siap, awak boleh tengokkan ikan lagi 10 minit boleh tutup api. Saya nak naik bersihkan diri" kata Aleeya yang cuba mengelak didekati Akhtar.
"Boleh. Pergilah" jawab Akhtar.
"Sorry, bukan nak biadab, saya busuk" kata Aleeya kemudian berlalu naik ke tingkat atas. Dia mahu membersihkan dirinya. Tidak selesa apabila Akhtar mendekatinya yang masih belum mandi, bimbang jika ada bauan yang kurang menyenangkan.
"TERIMA kasih masak untuk kita harini. Pandai Bunga masak, sedap" kata Akhtar yang membantu Aleeya mengemas.
"Sama-sama" jawab Aleeya yang sedang mencuci pinggan.
"Awak nak air panas?" tanya Aleeya setelah selesai mencuci.
"Tak apa lah. Awal lagi ni, kalau nak nanti Arjuna boleh buat sendiri" jawab Akhtar.
"Kalau maca tu, boleh kita bincang sikit? Tentang schedule saya. Kerja awak. Kerja saya" kata Aleeya tenang.
"Boleh. Jom kita bincang kat ruang tamu" ajak Akhtar.
"Awak kerja pukul berapa sampai berapa? Cuti awak macam mana?" Aleeya mulakan perbincangan. Dia duduk menghadap Akhtar disebelahnya.
"Kerja isnin sampai jumaat, Arjuna masuk kerja pukul 8.00 pagi balik pukul 5.00 petang. Cuti sabtu ahad. Cuma kalau ada rush malam, atau hari minggu kena panggil. Kena la kerja" jawab Akhtar, perlahan dicapai jemari Aleeya dibawa dalam genggamannya.
"Ala..mula dah dia pegang-pegang ni. Dia tak tahu ke jantung aku dah macam nak race F1 ni" bisik Aleeya dalam hati.
"Okay. Awak tahu saya run business Bunga&Coklat. Waktu operasi pukul 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Cuti cuma hari jumaat. Weekend pula, saya banyak handle kerja luar bila ada customer booking decorations untuk event" Aleeya mula menyusun kata. Perlahan tangannya cuba ditarik dari pegangan Akhtar.
"Awak reda dan restu tak, saya teruskan kerja saya sekarang? Boleh awak izinkan saya teruskan, apa yang saya buat sekarang?" soal Aleeya.
"Bunga mesti tak tahu syarat yang family Bunga beri sebelum Arjuna bersetuju untuk meneruskan pernikahan kita" kata Akhtar.
"Family saya ada bagi syarat ke?" soal Aleeya ingin tahu.
"Ada. Keluarga Bunga minta Arjuna berikan keizinan, restu dan reda pada Bunga untuk terus berkerja dan berbusiness.Arjuna tak ada masalah pun, cuma Arjuna mahu Bunga bijak bahagikan masa antara kerja dan rumahtangga kita. Juga sesekali untuk keluarga besar kita" Akhtar mahu Aleeya lakukan yang terbaik di antara kerjaya dan rumahtangga mereka.
"InsyaAllah, saya akan cuba. Berikan saya masa untuk menyesuaikan diri dengan kerja dan rumahtangga. Saya akan cuba imbangkan keduanya" jawab Aleeya yang berasa lega dengan jawapan yang diberikan Akhtar.
"Arjuna ada permintaan pada Bunga" kata Akhtar tiba-tiba.
"Apa dia?" tanya Aleeya, hatinya sudah berdebar menunggu apa yang akan diminta oleh Akhtar.
"Tukar panggilan saya awak tu. Tukar pada gelaran yang sesuai untuk kita as husband and wife" kata Akhtar pada isterinya.
"Nak tukar pada apa?" Aleeya buat muka blur.
"Arjuna panggil Bunga, sayang atau Bunga. Bunga nak panggil Arjuna apa?" tersenyum Akhtar melihat raut wajah isterinya yang kelihatan comel dalam keadaan blur begitu.
"Panggil apa? Awak nak saya panggil awak apa?" Aleeya ulang semula dengan soalan pada permintaan tidak dijangka itu.
"Bunga rasa, apa yang Bunga nak panggil pada suami Bunga?" sengaja Akhtar membalas dengan pertanyaan.
"Tak tahu. Abang? Hubby? Arjuna? Husband?" kata Aleeya dengan pilihan yang biasa dia dengar.
"Hubby pun okay juga" kata Akhtar.
"Eee. Tak nak lah" Aleeya tidak bersetuju.
"Habis tu? Baby? Okay?" sakat Akhtar.
"Lagi la tak nak. Saya panggil abang je lah" putus Aleeya.
"Okay. Good. Saja nak merewang dulu. Abang. Panggil abang. Arjuna suka bila Bunga sebut abang" putus Akhtar.
"Saja je kan" geram Aleeya.
"Gurau la Sayang" kata Akhtar sambil tersenyum nipis.
"Okay, kalau macam tu saya panggil abang. Tapi bila marah, saya panggil nama. Kalau saya panggil nama tu maksudnya ada perkara yang saya marah atau saya memang saya tengah marahkan awak" kata Aleeya.
"Kalau abang marahkan sayang atau ada perkara yang abang marahkan. Abang akan panggil dengan nama Eshal. Okay?" putus Akhtar pula.
"Okay. Tapi saya harap, kalau ada perkara yang mengganggu atau perkara yang tidak menyenangkan. Kita boleh duduk berbincang bersama" kata Aleeya pada Akhtar.
"InsyaAllah sayang. Rumahtangga kita, kita yang kawal. Kita yang uruskan bersama" pesan Akhtar.
Sepi. Keadaan jadi sunyi seketika. Aleeya tidak tahu apa lagi yang mahu dibincangkan dan dibualkan. Akhtar mengambil peluang memandang sepuasnya wajah yang dirindui sekian lama. Aleeya yang perasan dirinya direnung, segera membetulkan kedudukannya menghadap ke arah tv.
"Kenapa tengok Bunga macam tu?" soal Aleeya kurang selesa.
"Abang rindu sangat dengan sayang. Bertahun pendam rindu, hanya berdoa semoga sayang baik-baik sahaja. Bila Allah dah takdirkan sayang jadi milik abang, rasa rindu tu semakin bertambah" Akhtar meluahkan perasaannya.
Aleeya diam sejenak. Dia memutuskan untuk bertanya tentang hal yang terjadi lima tahun yang lepas.
"Kenapa abang pilih untuk terus pergi macam tu je?" tanya Aleeya tanpa memandang Akhtar.
"Abang minta maaf, abang buntu waktu tu. Abang tak tahu nak jelaskan macam mana. Sebenarnya, abang takut nak berterus terang, sebab abang akan buat sayang terluka. Jadi abang pilih untuk berdiam diri, waktu tu abang fikir yang bertunang tak semestinya berkahwin" Akhtar jujur mengakui kesilapannya. Jemari Aleeya diraih dan digenggam.
"Bunga dapat tahu awal lagi yang abang akan bertunang, sebelum abang tiba-tiba berdiam diri. Waktu tu, Bunga dah bersedia nak mendengar penjelasan dari mulut abang sendiri. Tapi bila abang memilih untuk berdiam diri, Bunga akur. Itu pilihan abang" Bunga menunduk. Dibiarkan sahaja Akhtar menggenggam tangannya. Dia juga mencari kekuatan untuk berbicara soal itu.
"Wait. What?! Bunga tahu lebih awal? Siapa yang beritahu Bunga?" soal Akhtar hairan. Dirapatkan kedudukannya bersebelahan Aleeya yang bersandar di sofa.
"Ya. Bunga dah tahu dulu abang akan bertunang, sebelum abang betul-betul bertunang dan menyepi. Leyla datang jumpa Bunga di kolej" Aleeya memandang Akhtar disebelahnya.
"Ya Allah. Sayang, abang tak tahu sampai macam tu sekali tindakan dia. Sumpah sayang, abang tak tahu. Kalau abang tahu, abang tak mungkin berdiam diri" terkejut Akhtar mendengar penjelasan Aleeya.
"It's okay. Waktu tu dia minta Bunga jauhkan diri dari abang, dia minta Bunga putuskan hubungan dengan abang. Bunga cakap, kita tak ada apa-apa hubungan pun, cuma sekadar kawan. Awak pun tak ada cakap apa-apa pada Bunga tentang hal pertunangan tu. Lepas tu Leyla mula bercakap tentang hukum hakam. Dia minta Bunga tak ganggu abang, cari abang atau apa pun. Bunga ambil keputusan, berjanji akan jauhkan diri dari abang bila ternyata abang dan dia betul-betul bertunang" Aleeya ceritakan kejadian yang berlaku suatu ketika dahulu. Aleeya memejamkan matanya, terasa sungguh penat badannya dengan aktiviti seharian.
"Sebab tu Bunga langsung tak cari abang? Tak tanya apa-apa, tak minta penjelasan?" soal Akhtar ingin tahu.
"Ya. Sebab Bunga dah berjanji untuk jauhkan diri dari abang. Dan juga sebab Bunga tak mahu dapat dosa, jika Bunga jadi orang ketiga antara abang dengan dia. Bunga tak mahu dilabel perampas, perosak atau pengacau hubungan orang" jawab Aleeya. Selesa apabila dirinya bersandar pada sofa, membuatkan rasa mengantuk mula menerpa.
"Maafkan abang. Abang tak tahu Leyla bertindak sampai macam tu. Abang juga minta maaf atas tindakan abang pada sayang waktu itu" Akhtar ditimpa rasa bersalah.
"It's okay. Tindakan dia, tak ada sesiapa pun yang boleh kawal. Mungkin dia bertindak macam tu kerana terlalu mencintai seorang Uzzam Akhtar. Bunga sebenarnya pernah cuba nak membenci abang tapi tak boleh, sebaliknya Bunga cuba memahami kenapa abang memilih untuk berdiam diri, walaupun Bunga dihimpit rasa kecewa dan terluka" kata Aleeya perlahan. Dia cuba menahan dirinya dari terlena.
"Pada awalnya, abang pilih untuk mencari masa yang sesuai untuk beritahu Bunga. Tapi, bila difikirkan semula. Abang tak sanggup dan tak mampu untuk berterus terang, sebab abang tahu Bunga akan terluka" jelas Akhtar.
"Hari abang nak berlepas ke luar negara, untuk sambung belajar. Bunga sebenarnya datang nak minta penjelasan. Tapi, mungkin Tuhan tak izinkan. Bunga cuma lihat abang dari jauh, waktu tu Bunga buat keputusan untuk lepaskan semua rasa yang ada dan akhiri hubungan kawan antara kita" luah Aleeya lagi dengan mata yang terpejam.
"Itulah penyesalan terbesar dalam hidup abang. Saat abang ternampak Bunga di balai berlepas. Abang menyesal tak berhadapan dengan Bunga dan terangkan semuanya. Abang settle je hal kat sana, abang cuba hubungi Bunga. Tapi Bunga dah mulakan langkah baru untuk terus melangkah tanpa abang. Maafkan abang" jelas Akhtar.
"Perpisahan yang paling menyakitan adalah perpisahan yang tidak diucap. Dengan secara tiba-tiba hilang, tiba-tiba tiada. Lalu meninggalkan banyak tanda tanya" kata Aleeya perlahan. Tanpa sengaja dia sebenarnya meluahkan perasaannya yang dipendam sendirian selama ini. Matanya sudah memberat. Badannya terasa letih benar hari itu.
"I'm sorry" kata Akhtar bersama rasa bersalah yang menghimpit dadanya. Kata-kata Aleeya benar-benar menyedarkan dia. Kesilapan yang dilakukan pada gadis itu bukan lah kesilapan yang mudah untuk dimaafkan.
Akhtar melihat ke sisi, isterinya hanya diam tidak beraksi. Di intai sedikit wajah isterinya, ternyata Aleeya sudah pun terlena.
"Tidur rupanya. Maafkan abang sayang" kata Akhtar merenung Aleeya yang sudah terlena.
Perlahan dibawa Aleeya bersandar ke dalam pelukannya. Dicium lembut ubun isterinya, haruman tubuh Aleeya menusuk hidungnya. Dibiarkan seketika keadaan seperti itu, sebelum dia mengangkat tubuh langsing Aleeya dibawa naik ke bilik mereka.
"Selamat malam my Bunga. Semoga hari-hari mendatang, hati Bunga akan terbuka kembali untuk menerima abang semula" dilabuhkan ciuman di dahi Aleeya.
"YOU!!!" jerit Kaisara.
"Pergi mampos!!!" balas Nazim pula.
Datin Seri Afina dan Dato' Seri Nazhan Izzuddin saling berpandangan.
"Apa nak jadi la dia orang ni" keluh Datin Seri Afina.
"Kita suruh mereka pindah keluar, duduk di rumah sendiri" cadang Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Saya tak setuju. Entah apa akan jadi nanti. Duduk bersama kita pun dah macam-macam hal. Apa lagi bila mereka pindah keluar" kata Datin Seri Afina.
"Biarkan mereka belajar urus hal rumahtangga mereka sendiri" tegas Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
Nazim berjalan turun, dia ingin keluar dari rumah itu.
"Kamu nak ke mana?" soal Datin Seri Afina pada anaknya.
"Keluar" jawab Nazim tanpa rasa.
"Dah lewat malam begini? Mahu ke mana?" soal Datin Seri Afina lagi.
"Kemana saja yang boleh. Asalkan tak perlu lihat betina sundal tu disini" jawabnya.
"Kamu duduk sini, papa nak bincang. Sekarang" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Ada apa?" Nazim labuhkan duduknya. Sambil lewa sahaja sikapnya.
"Papa nak kamu pindah keluar dari rumah ni. Duduk dirumah kamu sendiri, uruskan hal rumahtangga kamu. Papa tengok, sekarang kamu dah tak solat, nasihat papa dan mama kamu tak endahkan" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Oh. Sekarang kena halau pula? Lepas ni apa lagi? Kenapa perlu solat sedangkan apa yang Nazim minta Tuhan tak tunaikan?" kata Nazim sarcastic.
"Astaghfirullah hal azim. Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni? Kamu mempersoalkan apa yang telah Allah takdirkan. Kamu sepatutnya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan untuk mencari ketenangan hati, bukan semakin jauhkan diri dari DIA. Solat. Solat yang memberikan kamu ketenangan, solat yang memberikan kamu jalan penyelesaian. Bercakap macam orang tak ada ilmu agama kamu ni" marah Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
Nazim tidak menghiraukan kata-kata papanya.
"Nak suruh keluar? Sekarang juga Nazim akan keluar dari rumah ni" kata Nazim dengan perasaan marah.
Nazim beredar dari ruang tamu itu. Seperti malam-malam lainnya, dia akan melepaskan rasa geram dan kecewa di club dan akan pulang pada waktu hampir subuh.
"Sejak bila kau pandai minum ni?! Macam orang tak ada agama kau sekarang. Kenapa ikut sangat hati yang panas tu? Dah tak ingat Tuhan?" soal Darius. Marah benar dia dengan kelakuan Nazim.
"Sejak perkahwinan aku dengan Aleeya tak jadi. Sejak mama dan papa aku hancurkan kebahagiaan aku. Sejak Aleeya pilih lelaki lain untuk jadi pengganti aku" kata Nazim yang sudah mula mabuk.
"Sampai bila kau nak macam ni? Meletakkan kesalahan pada semua orang? Kau dah jauh berubah. Kau kena cuba reda dengan takdir yang dah Allah tentukan untuk kau" nasihat Darius.
"Kau cakap senang la. Cuba kau yang ada kat tempat aku" tempelak Nazim pada rakannya.
"Nazim. Jangan sia-siakan apa yang kau usahakan selama ni. Ini semua ujian buat kau. Kau berusaha berubah untuk jadi lebih baik sebelum ni hanya kerana Aleeya ke? Atau untuk diri kau sendiri? Manusia ni, bila diberikan ujian. Itu tandanya, Allah memberikan perhatian pada doa-doanya. Manusia perlu takut bila tak ditimpa ujian, mungkin kerana Allah murka, Allah tidak memandang manusia tersebut apatah lagi doa-doanya. Aku harap kau berubah. Kau jauh lebih baik dari kau yang sekarang" Darius masih menasihati rakannya. Setiap kali berjumpa pasti akan dititipkan nasihat dan pesanan agar rakannya itu berubah.
"Dah tak ada apa yang aku nak minta! Aleeya dah kahwin, dah bahagia. Aku?! Musnah impian aku kerana terpaksa ikut permintaan mama dan papa aku! Kononnya demi syarikat demi pekerja. Habis aku ni?! Aku ni! Aku yang jadi mangsa, adil ke? Adil ke Tuhan pada aku?!" kata Nazim geram.
"Ya Allah! Istighfar Nazim! Kau masih ada aku. Ada mama dan papa kau. Allah dah tentukan semua ni. Yang berlaku semua ni atas izin DIA. Jangan ikutkan rasa marah kau ni. Jom balik! Aku hantar!" berang Darius mendengar kata-kata Nazim.
"No! Aku tak akan balik!" kata Nazim tegas.
Darius menggunakan segala kekuatan yang ada membawa Nazim keluar dari club yang penuh sesak dengan lautan manusia.
"Kunci. Bagi aku kunci kereta kau" kata Darius tegas.
"Aku boleh drive sendiri" Nazim tolak Darius ketepi. Nazim masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian pemandu, dan pintu dikunci. Dia ingin segera pergi, rimas dileteri sahabat sendiri.
"Nazim! Nazim!" panggilan Darius tidak diendahkan.
"Masalah lah dia ni. Jadi apa-apa hal kan susah nanti" bebel Darius geram.
Share this novel