Bab 52

Romance Series 36633

ALEEYA yang sedang bersiap untuk keluar pagi itu agak terkejut rumahnya didatangi tetamu. Kedengaran suara orang memberi salam.

"Assalamualaikum"

"Siapa pula tu. Abang selalu kalau dah sampai mesti dia call dulu" Aleeya berkata sendirian.

"Assalamualaikum" sekali lagi salam diberi.

"Wa'alaikumsalam" mujur dia telah siap bertudung. Laju kaki di bawa ke pintu utama untuk melihat siapa yang memberi salam di luar rumah sewanya.

Sebaik pintu di buka. Dia melihat orang yang memberi salam menanti di hadapan pagar rumah sewanya.

"Sorry. Saya ganggu Aleeya pagi-pagi ni" kata Nazim padanya.

"It's okay, ada apa encik cari saya pagi-pagi. Sampai ke rumah ni" tanya Aleeya yang berjalan menghampiri pintu pagar rumahnya.

"Kebetulan saya memang ada urusan pagi ni, lalu area rumah awak, saya singgah nak ajak awak keluar breakfast. Aleeya nak keluar ke?" soal Nazim melihatkan keadaan Aleeya yang sepertinya sudah bersiap mahu keluar.

"Oh. Kenapa encik tak call dulu. Betul, saya memang nak keluar pagi ni" Aleeya menjawab pertanyaan Nazim.

Sebuah kereta Honda berwarna black metallic sampai berhampiran pintu pagar rumah sewanya. Kenal benar dia dengan kereta itu dan pemiliknya.

"Assalamualaikum. Sayang dah siap?" sebaik Eidlan keluar dari keretanya terus dia bertanya pada adiknya.

"Dah siap dah" jawab Aleeya.

Eidlan melemparkan senyuman pada lelaki yang berada di situ. Dia sedia maklum, lelaki itu boss kepada adiknya.

"Apa khabar encik Nazim?" Eidlan menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Alhamdulillah. Sihat" jawab Nazim dan menyambut huluran salam dari Eidlan.

"Abang tunggu sekejap, nak ambil handbag dengan kunci pintu" Aleeya kemudiannya berlalu ke arah rumah sewanya itu.

Eidlan hanya tersenyum dan mengangguk pada Aleeya tanda memahami.

"Ada apa encik datang sini awal pagi macam ni? Ada urusan kerja ke dengan Aleeya?" Eidlan bertanya.

"Eh, tak ada. Kebetulan saya lalu kawasan sini, saya ada nak jumpa client berdekatan area sini. Ingatkan nak ajak Aleeya breakfast sekali, tak tahu pula dia dah ada janji. Salah saya, tak tanya dia dulu" kata Nazim jujur.

"Oh, kalau macam tu. Jom lah, join kami sekali. Kami pun nak pergi breakfast ni" pelawa Eidlan.

"Eh. Tak apa lah. Mengganggu saja nanti" Nazim menolak.

"Tak ada mengganggu pun. Kami pun berdua, ramai-ramai seronok juga. Jom lah" ajak Eidlan lagi.

Belum sempat Nazim mahu menjawab. Aleeya terlebih dahulu bersuara.

"Jom lah. Encik follow kami dari belakang. Kita breakfast sekali. Dah alang-alang encik pun nak ajak saya pergi breakfast. Kami memang nak pergi breakfast ni" pelawa Aleeya.

"Okay lah kalau macam tu. Saya follow" Eidlan tidak lagi menolak pelawaan tersebut.

SEJURUS tiba di sebuah restaurant yang biasa Aleeya dan Eidlan kunjungi. Mereka mencari sebuah meja untuk diduduki. Eidlan menunjukkan tempat sebuah meja berhampiran dinding yang agak sedikit privacy. Aleeya hanya bersetuju dengan pilihan abangnya.

"Kat sini breakfast kena self service. Kecuali air, diaorang akan buat dan hantarkan. Encik boleh pilih la di bahagian buffet table tu. Ada kuih, pelbagai masakan mi, bihun, ada macam-macam lagi" terang Aleeya pada Nazim.

"Jom lah. Kita pergi ambil makanan" ajak Eidlan.

"Abang pergi dulu dengan Encik Nazim. Tapi sebelum tu order air dulu. Kejap lagi pekerja dia orang datang ambil order air, Sayang orderkan. Abang nak minum air apa? Encik Nazim?" soal Aleeya pada mereka berdua.

"Abang nak air teh tarik. Encik Nazim nak air apa?" tanya Eidlan pada Nazim.

"Kopi O. Air suam satu ya" jawab Nazim.

"Alright. Pergi la ambil makanan dulu. Orang tu nak datang ambil order air dah" kata Bunga pada Eidlan dan Nazim.

Selesai memesan. Aleeya mengambil handphonenya untuk menghubungi Azlina dan Azizah.

"Assalamualaikum. Dah siap-siap ke Manja dan Sayang?" soal Aleeya.

"Wa'alaikumsalam. Tengah siap-siap ni. Kau dah gerak ke?" tanya Azizah sebaik menjawab panggilan Aleeya.

"Aku breakfast dengan abang. Abang ikut kita tau, aku lupa nak text kau orang malam tadi. Lepas breakfast ni baru kita orang gerak. Jumpa kat sana ke nak kita orang pickup?" tanya Bunga.

"Jumpa kat sana" jerit Azlina menjawab pertanyaannya.

"Loudspeaker la tu. Okay lah. Jumpa kat sana nanti. Aku letak dulu" jawab Aleeya.

"Okay. Jumpa kejap lagi. Muah muah. Bye" kata Azizah pula sebelum panggilan di tamatkan.

Pelayan tiba di meja Aleeya menghantar air yang telah dipesan. Tidak lama, Eidlan dan Nazim tiba bersama makanan mereka.

"Sayang, pergi la ambil makanan. Pagi-pagi dah minum ais ya" sempat Eidlan menyinis dan menjeling ke arah air yang di order adiknya. Aleeya hanya tayang senyum padanya sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Maaf kalau saya tanya. Encik Eidlan dengan Aleeya, ada hubungan istimewa ke?" Nazim memberanikan diri bertanya.

"Istimewa yang macam mana maksud encik Nazim? Tak payah la encik-encik dengan saya. Panggil Eidlan saja" sengaja Eidlan bermain tarik tali dengan soalan Nazim, dia tahu arah tujuan soalan itu.

"Kekasih, tunang, atau suami. Kalau macam tu, dengan saya pun tak perlu berencik. Panggil saya Nazim saja" kata Nazim pada Eidlan. Keliru dia dengan keadaan Aleeya dan lelaki itu. Seingat dirinya, Murni kata gadis itu masih single.

"Oh. Maksud Nazim hubungan macam tu. Tak ada lah, hubungan kami memang istimewa. Sebab hubungan sedarah, Aleeya tu adik saya" jawab Eidlan berterus terang, dia tidak mahu Nazim terus berteka-teki.

"Ya Allah. Saya ingat Eidlan suami Aleeya. Sebab panggilan sayang abang. Then Aleeya pegang tangan, nampak manja dengan Eidlan. Sebab Aleeya yang saya kenal dia sangat menjaga batas" terluah juga apa yang ada di hatinya.

Eidlan hanya tersenyum dan mengangguk tanda memahami sebelum dia berbicara.

"Semua yang tak kenal kami secara dekat akan beranggapan macam tu. Saya pun faham, Aleeya tak akan bercerita tentang hal peribadi dia termasuk hal keluarga. Boleh dikatakan, dia seorang yang sangat perahsia. Nak meneka setiap tindakan dia pun kami tak boleh agak. Sebab dia memang seorang yang sangat menjaga semuanya. Sendirian" terang Eidlan sambil menoleh pandang ke arah adik kesayangannya.

"Oh. Macam tu. Eidlan, maaf saya tanya. Dia dah ada someone yang special ke? Apa yang saya perasan, dia akan menolak semua yang cuba mendekati dia" tanya Nazim teragak-agak, namun keinginan untuk tahu lebih menguasai.

"Mungkin. Mungkin juga tidak. Saya pun tak ada jawapan untuk soalan Nazim tu. Kena la tanya pada dia sendiri" jawab Eidlan.

Aleeya tiba di meja mereka dengan makanan miliknya, serta merta perbualan Eidlan dan Nazim mengenai dirinya terhenti. Kemudian mereka hanya berbual kosong dan menikmati sarapan mereka. Nazim bertegas untuk membayar bil mereka, sebagai tanda terima kasih sudi sarapan bersama-sama. Mereka kemudiannya berpisah, membawa hala tuju masing-masing.

DALAM perjalanan menuju ke Mid Valley. Aleeya memberitahu abangnya dia mahu lena seketika. Dia tidur agak lewat kerana menyiapkan tempahan bouquet pelanggannya.

Sebaik tiba di Mid Valley. Eidlan telah mengejutkan dia dari lenanya. Aleeya melakukan regangan ringan untuk melegakan rasa lesu di tubuhnya.

"Penat sangat ke? Kalau penat, kenapa keluar juga harini?" tanya Eidlan di sebelahnya.

"Dah janji. Lagi pun lama sangat tak jumpa dia orang. Penat sikit la. Sebab banyak juga tempahan yang Bunga siapkan untuk harini. Jom lah. Dah sampai ke belum diaorang agaknya" katanya pada Eidlan.

"Sampai bila Bunga nak macam ni?" tanya Eidlan sebaik mereka beriringan berjalan dari tempat parking ke arah pintu masuk mall.

"Maksud abang apa?" tanya Aleeya kurang faham.

"Sibuk kan diri sampai masa untuk rehat tak ada. Sayang sibuk buat itu ini sebab nak lupakan rasa luka dalam hati tu kan?" kata Eidlan padanya.

"Mana ada lah. Bunga cuma minat, InsyaAllah doakan la end of this year ke next year. Bunga da boleh buka mini cafe and florist impian Bunga tu. Siapa tahu mungkin lagi cepat. Nanti tak adalah busy lagi macam sekarang. Sekarang memang la nampak semua Bunga buat. Bunga perlu kerja untuk kumpul duit nak buka kedai impian Bunga tu, once settled. Bunga dah tak busy macam sekarang. Masa tu nanti kita boleh dating selalu sampai kak Eisya jealous" jawab Aleeya bersahaja.

"So bila nak settle down pasangan hidup pula?" tanya Eidlan.

"Nanti lah. Belum ada. Belum sedia" jawabnya.

"Abang tu tanya Bunga. Abang tu yang sepatutnya settle down. Kakak dah nak masuk tiga, Iris dengan Irene dah nak ada adik lagi. Abang jangan la tunggu Bunga. Bunga okay je, kesian Kak Eisya dah nak masuk dua tahun abang kawan dengan dia" Aleeya menukar arah perbualan.

"Kak Eisya faham, lagi pun abang dengan dia baru plan nak bertunang, InsyaAllah kalau ada jodoh. Masing-masing ada plan. Bunga tu, yang masih mendiamkan diri" kata Eidlan pula.

"Mana ada Bunga mendiamkan diri. Kalau Bunga buat macam tu, semua orang cari Bunga tak jumpa. Bunga tak balik kampung, tak hangout macam ni, tak pergi MMA class. Tapi Bunga ada kan, buat je semua tu. I'll not shut myself down la abang" Aleeya tidak mahu mengalah.

"Tu dia orang. Jom" Aleeya sengaja mengalihkan perbualan, tidak mahu perihal dirinya dibahas.

"Rindu....." kata Azlina dan Azizah serentak sambil berpelukan bertiga sebaik Aleeya mendapatkan mereka.

"Alahai. Abang ni tak ada pun orang nak rindu" sengaja Eidlan mengusik.

"Abang kalau ada orang rindu tu Kak Eisya la. Tapi kita orang paling rindu abang belanja" kata Azlina.

"Kan....jom wayang. Abang bayar" sengaja Aleeya mengenakan abangnya.

"Good idea. Lama dah tak 'pau' abang" sokong Azizah pula.

"Nice...kalau kau orang dah bergabung. Memang abang surrender" Eidlan sememangnya kalah dengan kerenah dah keletah mereka bertiga.

"KAU macam mana?" soal Azlina pada Aleeya.

"Macam mana apa? Aku macam ni la. Kerja office, busy dgn business surprise delivery aku" jawabnya bersahaja.

"Shop lot haritu yang kau cakap jadi ke proceed?" tanya Azizah pula.

"Jadi InsyaAllah, owner sekarang kata penyewa sedia ada akan move out dalam tiga ke empat bulan lagi sbb diaorang tengah setup tempat baru tu. Aku proceed je la, kira barang semua aku letak sana nanti. Slowly setup, aku pun dah submit documentation and paper work semua. Doakan la, dalam masa terdekat ke tahun depan ke aku dah boleh fully focus pada business aku je" terang Aleeya.

"Kita orang pun lagi dua ke tiga bulan habis dah. Lepas ni kena cari kerja pulak. Entah mana tercampak rezeki kita orang nanti" kata Azlina.

"InsyaAllah, ada la tu nanti. Mohon je mana-mana yang dapat. Yakin dengan rezeki Allah. Abang pun dulu macam mempersoalkan tindakan Bunga yang dah dapat kerja tetap, tapi dia tetap juga nak proceed dengan surprise delivery dia tu. End up, tengok dah 3 tahun bertapak. Customer pun makin ramai, yang baru yang repeat order" celah Eidlan dalam perbualan Bunga dan si kembar.

"Tu la kan. Abang ni bila nak khawin? Semua dah ada, rumah, kerja, kereta, motor. Semua dah complete. Kak Eisya dengan abang dah almost two years kan" soal Azizah pula.

"Doakan. Tapi sebelum tu, kalau boleh nak lepaskan the one and only my Bunga ni dulu. Tak pun sekali jalan dengan abang, senang keja" jawab Eidlan jujur.

"Eh, kita pula. Muda lagi la. Belum terfikir dan terasa nak ke arah tu lagi" jawab Aleeya.

"Kau memang tak nak try buka hati untuk orang lain ke?" tanya Azlina pada Aleeya.

"Mana ada la. Aku tak tutup pun hati ni untuk sesiapa. Cuma belum bertemu yang sesuai or belum ada jodoh mungkin. Siapa la nak kat aku ni" jawab Aleeya bersahaja.

"Eh. Ada la. Yang tadi datang tu. Jodoh la tu. Dia suka Bunga kan, ke Bunga yang buat-buat tak perasan?" bersahaja Eidlan menyoal adiknya.

"Siapa abang?" tanya Azizah.

"Datang mana? Jumpa Bunga ke? Siapa?" soal Azlina pula ingin tahu.

"Kau orang percaya la cakap abang ni" Aleeya malas mahu melayan.

"Eh, betul la. Ada seorang lelaki ni, datang jumpa Bunga semata-mata nak ajak breakfast. Abang yakin dia ada hati dengan Bunga" jawab Eidlan bersungguh.

"Wow. Siapa lelaki tu?" tanya Azlina.

"Kita orang kenal tak?" tanya Azizah pula.

Aleeya menjeling abangnya. Bertalu-talu soalan dari si kembar sedari tadi. Selagi tak beri jawapan, confirm akan ada soalan seterusnya.

"Bukan sesiapa la. Boss tempat kita buat intern dulu la. Ingat kan Encik Nazim. Korang percaya la cakap abang tu" malas Aleeya mahu melayan.

"Kalau dia. Aku sokong" cepat sahaja Azlina membuat kenyataan tak rasminya.

"Aku pun approve. Cukup pakej, setakat angin kus-kus dia tu. Kau hembus hilang lah" celah Azizah pula.

"Herlok. Merepek lah lagi. Korang dengan abang sama je. Nak buat pakatan bersama ke apa ni? Dah. Change the topic" Aleeya malas mahu melayan usikan si kembar dan abangnya.

Aleeya dengan pantas menukar topic perbualan. Mereka berbual dan bergelak ketawa, menghabiskan masa bersama sebelum Aleeya dan Eidlan menghantar si kembar pulang ke rumah sewa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience