Bab 25

Romance Series 36633

"HAI adik-adik manis, beli apa tu?" Daniel mengusik.

"Bunga" Azlina mula memaut lengan kanan Aleeya.

"It's okay. Let's keep walking. Orang ramai ni, don't worry" kata Aleeya sambil melihat Azlina dan Azizah.

Perlahan dan teratur langkah Aleeya, dia pastikan Azizah dan Azlina berjalan di hadapannya dan tetap memegang tangan antara satu sama lain.

Lelaki-lelaki itu turut mula merapati mereka. Dalam kesesakan orang ramai, handphone di pegang kukuh dan terus setia di talian bersama abangnya.

"Are you okay Bunga?" tanya Eidlan apabila dia mendengar suara lelaki yang mengganggu adiknya.

"Still okay everything under control, can't you please tell your friend to getting here ASAP?" soal Aleeya perlahan namun masih boleh didengari oleh Eidlan.

"Dia orang dah sampai tengah cari Bunga, can you stop at any kedai wait for them?" tanya Eidlan.

"Yup. Fruits stall. It's the only stall yang jual buah-buahan, we will wait for them here" jawab Aleeya dalam masa sama menunjukkan arah untuk berhenti di sebuah gerai menjual buah kepada si kembar.

Sampai sahaja di kedai itu. Lelaki yang mengekori mereka juga berhenti. Aleeya sengaja membeli buah dan perlahan-lahan memilih, Aleeya menyuruh juga si kembar mengambil buah yang mereka mahu.

"Beli buah la, abang-abang semua ni pun ada buah. Asli lagi" kata Faris disahut gelak tawa oleh Syafiq dan Daniel.

"Sayang! You guys okay?" soal Eidlan cemas.

"Yup! Still okay, plus i feel like wanna punch somebody fruit" kata Aleeya geram.

"Jangan buat gila, fikir kembar. Sekejap je lagi dia orang sampai" kata Eidlan tegas. Bukan boleh dikira sikap unexpected adiknya.

"Sayang! Sorry lambat. Dah nak siap beli ke?" tiba-tiba muncul Akhtar di belakangnya dan menegur Aleeya begitu. Dilihat Irham, Azad dan seorang lagi rakannya turut ada di situ. Fahamlah dia, abangnya meminta bantuan dari Akhtar.

"Beli buah, lepas ni nak beli air pula. Kembar nak beli air kat depan sana. Abang dah beli ke belum? Lambat sangat datang, nak habis tawaf dah ni" sengaja Aleeya berdrama dengan menggunakan Akhtar.

Melihat wajah lega kembar, Aleeya memberi isyarat agar mereka berjalan bersama Akhtar dan rakannya.

"Abang, he's here. Thank you" katanya kepada Eidlan.

"Alhamdulillah. Glad they finally found you. Call me when u get back at hostel. Please take care" pesan Eidlan menamatkan perbualan.

Aleeya toleh ke arah lelaki-lelaki yang mengekori mereka tadi. Malangnya telah hilang dari pandangan. Aleeya kemudiannya melihat kesemua yang berada di situ.

"Mana orang yang follow Aleeya tu?" tanya Irham.

"Dia orang blah dah lepas korang sampai" kata Azizah sambil melihat ke arah keberadaan kumpulan lelaki tadi.

"Korang kenal ke dia orang?" tanya Naim pula.

"Tak, tak pernah jumpa pun. Thank you, sorry susahkan semua orang" jawab Aleeya.

"It's okay, yang penting kau orang selamat, tak apa-apa" jawab Azad.

"Dia orang ada buat apa-apa ke?" tanya Akhtar dengan muka serious. Ketat habis dah muka Akhtar, Aleeya lihat.

"Not so, but one of them talked disgusting words" jawab Aleeya yang memandang tepat ke mata milik Akhtar.

"Betul, perkataan yang bawa kepada lucah" Azizah menyokong.

"Dah lah, jom gerak. Kita orang ada ni" jawab Naim.

Mereka pun berjalan beredar dari kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ingin membeli juadah berbuka. Setibanya mereka di kawasan sedikit lapang, Aleeya berpaling ke arah Akhtar yang berada di belakangnya.

"Kenapa ni?" tanya Akhtar.

"Tak beli makan untuk buka ke? Semua pun kosong je tu tak beli apa-apa?" Aleeya melihat ke arah si kembar dan rakan Akhtar yang lain.

"Tak apa. Pandai la kitaorang nanti" jawab Akhtar mudah.

"Beli la, beli apa-apa. Serba salah rasanya, semua datang sini lepas tu langsung tak beli apa-apa untuk makan" Aleeya pamer wajah serba salahnya pada Akhtar.

"Jangan risau, dah jom" pujuk Akhtar ingin menghilangkan rasa serba salah gadis itu.

SETIBANYA mereka di kawasan berhampiran tapak bazar, Aleeya dan si kembar menghentikan langkahnya.

"Kenapa berhenti?" tanya Azad.

"Kau orang tak nak beli apa-apa ke untuk berbuka?" tanya Aleeya sekali lagi.

"Biasanya kitaorang berbuka kat surau dekat kawasan rumah. Kat situ completed siap ada moreh lepas terawih" kata Irham menjawab pertanyaan Bunga.

"Oh, sempat ke ni nak pergi dah pukul 6.30 petang" soal Azlina pula.

"Alahaiiiiii adik-adik ni baiknya la. Sempat, lepas ni kau orang terus balik hostel kan. Kita orang follow belakang sampai pintu masuk hostel. Lepastu kita orang balik terus pergi surau. Dekat je dengan rumah" jawab Azad pula.

"Okay lah, jom gerak" ajak Naim pula.

"Parking kereta kat mana?" tanya Akhtar pada Aleeya.

"Bangunan sana. Sebab tadi area sini full" jawab Bunga sambil menunjukkan arah kereta di parking.

"Jom, abang teman sampai sana. Irham kau ikut aku teman diaorang ke tempat parking. Azad nah kunci, bawa kereta datang sana dengan Naim" kata Akhtar pada Irham dan Azad sambil menyerahkan kunci keretanya pada Azad.

Kedudukan jarak parking mereka agak jauh. Membuatkan Akhtar berkeputusan untuk berbuat begitu. Masih lagi dia berjaga-jaga, hatinya masih belum rasa tenang.

Ketika sudah begitu hampir dengan kawasan parking kereta Bunga. Mereka di halang laluannya oleh lelaki-lelaki yang mengekori mereka tadi. Terhenti langkah si kembar dan Aleeya. Akhtar dan Irham pula pantas bertindak bergerak ke hadapan melindungi mereka bertiga.

"Well...well..heroes are coming" kata Syafiq memerli. Di sahut dengan ketawa mengejek dari Daniel dan Faris.

"Apa masalah kau ni Syafiq?" tanya Irham.

Automatic tangan Aleeya memegang belakang baju Akhtar dan Irham, si kembar pula berada rapat dengannya.

"Dia orang yang follow kita orang" kata Aleeya perlahan di belakang Akhtar dan Irham.

Fahamlah Akhtar dan Irham, siapa yang mengganggu mereka bertiga di bazar tadi.

"Masalah aku, dia ni" kata Syafiq sambil menuding jari ke arah Akhtar.

Kawasan agak sunyi, Irham mahupun Akhtar bimbang dengan keselamatan gadis bertiga itu.

"Jangan libatkan dia orang. Dia orang tak ada urusan pun dengan kau" kata Irham.

"Siapa yang terlibat dengan dia ni, mesti la terlibat dengan aku juga" kata Syafiq menuding jari ke Akhtar sambil menjengah pandang pada gadis bertiga itu. Daniel dan Faris tayang senyum jahat mereka.

"Sayang, masuk kereta bawa kembar. Lock pintu. Go, now!" arah Akhtar pada Aleeya.

Aleeya sempat menghantar mesej pada abangnya minta hubungi polis di balai berdekatan kawasan mereka berada.

"Eh, eh, eh! Nak ke mana tu sayang-sayang semua" Daniel mula menerpa ke arah Aleeya yang cuba melepasi mereka.

Irham segera bertindak, menghalang Daniel merapati Bunga dan si kembar. Akhtar juga pantas menarik pergelangan tangan Bunga menjauhi Daniel.

"Lepaskan dia orang, uruskan kau cuma dengan aku" kata Akhtar tegas.

Faris mula mengeluarkan pisau Daniel yang di simpannya sejak Syafiq membocorkan tayar kereta Aleeya. Syafiq mula tersegih sinis pada Akhtar dan Irham yang bertindak sebagai pelindung.

"Ala, kacau sikit je. Sikit je pun" kata Faris yang mula ingin merapati Akhtar.

"Aleeya dapat peluang je lari masuk kereta dengan kembar" arah Irham.

"Okay" jawab Aleeya. Dia dan kembar sudah bersedia memasang langkah.

"Now!" kata Akhtar tiba-tiba. Segera kembar dan Bunga berlari ke arah keretanya.

Irham menarik Daniel. Akhtar pula menarik Faris, Syafiq sudah mula mahu bertindak melihat gadis itu berlari melintasinya.

Faris bertindak menghayun pisau yang di pegangannya kepada Akhtar. Irham pula sudah berbalas tumbukan dengan Daniel.

Kunci awal lagi telah Aleeya diberikan kepada kembar, dia tidak senang ingin meninggalkan Akhtar dan Irham sahaja. Sebaik menghampiri kereta, kembar berjaya meloloskan diri dan masuk ke dalam kereta. Aleeya pula sudah di rentap sebelah pergelangan tangannya oleh Syafiq.

Melihatkan Akhtar dan Irham masih mempertahankan diri masing-masing. Aleeya tiada pilihan, selain serta merta bertindak mempertahankan diri. Plastic yang berisi air di tangan kirinya yang bebas di hempukkan ke kepala Syafiq, habis bersepai air jus mangganya.

Tangan kirinnya kemudian memegang genggaman tangan kiri yang dipegang Syafiq dipergelangan, lalu dia menaikkan siku tangan kanan ke atas dan membuat gerakan potongan kebawah dengan teras kekuatan lengannya bagi melepaskan pegangan tangan Syafiq. Terus dibawa kakinya menjauhi Syafiq dan segera berpusing berhadapan lelaki itu. Namun tidak lama Syafiq memberikan lawan balas, tangannya mula menumbuk ke arah Aleeya. Tidak sempat Aleeya mengelak, terundur kebelakang dia di akibat tumbukan itu.

"Ini dah lebih. Main kasar dengan perempuan. Tunggu aku balas" kata Aleeya perlahan. Dia mula memasang langkah, berlari dan membuat jump front kick tepat ke dada Syafiq. Terlentang mamat itu dibuatnya.

"Bunga!" Jerit Azizah risau dengan keadaan itu.

"Stay, lock pintu. Aku okay" arahan Aleeya pada kembar.

Irham yang perasan Aleeya di serang Syafiq segera memanggil Akhtar.

"Akhtar, Aleeya!" jerit Irham setelah dia berjaya menumbangkan Daniel.

Akhtar yang berjaya menepis dan membuang jauh pisau dari Faris ketika berlawan, tertoleh dia melihat Aleeya yang waktu itu di tumbuk Syafiq. Serta merta dia rasa amarahnya memuncak di kilas dan di jatuhkan Faris dengan mudah. Selama berlawan, dia banyak bertahan dari menyerang. Melihatkan keadaan Aleeya, dia terpaksa bertindak dengan melayangkan tumbukan hook menyebabkan lawannya tumbang secara knockout.

Syafiq pula sudah berdiri dan mula menyerang Aleeya, tumbukan dan sepakkan silih berganti. Aleeya yang berbadan kecil lincah sahaja dia mula mengelak dan menepis. Menanti sehingga mendapat peluang,Aleeya melakukan kaedah serangan uppercut dengan teknik lead uppercut di bahagian dagu Syafiq ketika bergelut. Tidak ubah seperti yang dipelajarinya, ketika sparing di dalam kelas latihan MMA yang dipelajarinya bersama adik beradiknya dulu.

Dapat peluang dia berterusan menyerang Syafiq, berhadapan kepadanya dan saling mengikat tangannya di belakang leher Syafiq dan lututnya pula diangkat ke atas pangkal paha. Dia menjauhkan diri dan kembali ke posisi fighting stance. Syafiq mula mengeluarkan pisau lipat dan mengacu ke arahnya. Berlari Akhtar ke arah Akhtar tidak mahu sesuatu terjadi pada gadis itu.

Azlina dan Azizah sudah kehilangan kata-kata melihat situasi itu, mereka berdoa semoga Aleeya tidak tercedera.

"APAHAL ni?" meluru Azad ke arah Irham yang sedikit cedera dan melihat Daniel dan Faris sudah teruk dikerjakan.

"Syafiq, dia orang yang kacau Aleeya dengan kawan-kawan dia tadi" terang Irham tercungap dan lelah.

"Naim, tolong ni settle kan diaorang ni" jerit Azad ke arah kereta.

Segera Naim mendapatkan mereka. Melihatkan keadaan Faris dan Daniel, dia mula mencari sesuatu untuk mengikat mereka berdua.

Dia ke kereta semula mengambil cable tie di dalam dashboard kereta Akhtar. Kemudian dibawa dan diberikan kepada Azad untuk mengikat mereka berdua.

Irham pula terus meluru mendapat Akhtar dan Aleeya yang kelihatan tidak baik keadaannya.

Entah bagaimana Aleeyq tersilap langkah, ketika Syafiq mengacukan pisau kearahnya dan dia mengelak. Aleeya boleh terjatuh dan kesempatan itu di ambil Syafiq mengacukan pisau lipat kepadanya dan mengilas tangan kirinya ke belakang.

"Fikir Bunga fikir, kau bukan tak belajar semua ni" Aleeya cuba mengingati langkah yang perlu diambil.

"Lepaskan dia, lawan kau bukan dia tapi aku" kata Akhtar.

"Hebat juga awek kau ni, MMA fighting ke apa?" kata Syafiq mengejek Akhtar. Sebelah tangan memegang tangan Bunga yang di kilas, sebelah lagi dipautkan ke leher Aleeya dan mengacu pisau disitu.

Irham yang tiba juga agak gugup dengan situasi itu. Jelas terlihat wajah Akhtar yang tegang.

"Macam mana ni? Tengok keadaan dia teruk juga Aleeya kerjakan dia. Tapi ni pisau dah kat leher Aleeya" kata Irham pada Akhtar perlahan.

Akhtar juga sedang berfikir apa tindakan yang terbaik. Melihat Aleeya yang juga sedikit tercedera membuatkan dia rasa kecewa tidak mampu melindungi gadis itu lebih awal.

"Aku pun tak pasti, aku harap dia ada cara nak loloskan diri, masa tu kita bantu dia bertindak" Akhtar bersuara perlahan.

"Tak payah nak bisik-bisik lah. Berani sini lah? Takut ke awek kau ni mati?" Syafiq mengapikan Akhtar dan Irham.

Dan serta merta Aleeya teringat. Gunakan anggota yang boleh bergerak untuk lepaskan diri. Dia punyai tiga pilihan tangan kanan, kaki dan kepala. Fikir Aleeya, fikir the best way. Melihatkan dia yang hanya tinggi di separas dagu Syafiq, tangan kanan yang boleh menyiku rusuk dan kaki yang masih boleh memijak. Dia perlu lakukan momentum yang lebih kuat rasa sakitnya pada pelaku untuk melepaskan diri.

"If you have to fight, commit and do not stop" kata-kata tenaga pengajarnya terngiang di telinga Aleeya.

Segera Aleeya bertindak apabila kedudukan pisau sedikit jauh dari lehernya. Di gerakkan sedikit tubuh dan kepalanya kebawah dan mula menolak dengan kuat bawah sisi dagu Syafiq, membuatkan Syafiq terdongak dalam masa yang sama gerakan pantas siku kanan di tusuk ke rusuk Syafiq juga. Melihatkan itu segera Akhtar dan Irham membantu menyerang Syafiq demi ingin menyelamatkan Aleeya.

Terlepas juga pisau di tangan Syafiq dan dia berlawan balas pula dengan Akhtar. Irham pula membawa Aleeya jauh dari mereka.

"Aleeya okay?" tanya Irham perihatin.

"Okay, Akhtar tu macam mana?" tanya Aleeya bimbang.

"Akhtar bukan calang-calang orang, dia tahu apa patut dia buat. Tunggu sini Irham nak pergi kereta sekejap ambil cable tie" Irham berlalu pergi.

Aleeya sudah terpinga-pinga.

"Cable tie nak buat apa? Polis ni pun tak sampai lagi ke, abang ni baca tak ke mesej aku" Aleeya membebel sendirian.

Melihat Akhtar sudah berhenti berlawan dan mula berpaling ke arahnya dan melangkah, Aleeya mula berasa lega. Namun hanya seketika bila dia melihat Syafiq bangun semula dan mencapai semula pisau lipatnya dan menuju ke arah Akhtar.

"Abang!" jerit Aleeya dan berlari selaju mungkin mendapatkan Akhtar. Menghalangi Akhtar dari tercedera. Tindakan Aleeya berjaya, namun dia pula yang tercedera. Terhiris di lengan kirinya akibat serangan pisau yang dituju Syafiq.

"Aleeya! Kau!!" terkejut Akhtar dengan tindakan Aleeya. Akhtar mula bertindak menyerang Syafiq sekali lagi, ketika itu kereta peronda polis telah tiba.

Polis meleraikan serangan Akhtar yang hilang pertimbangan. Semuanya kerana melihat Aleeya yang dicederakan oleh Syafiq.

Irham dan Azad yang tiba terus menerpa ke arah Aleeya yang cedera. Kembar juga sama, sempat dicapai first aid di dalam kereta. Setelah polis melepaskan pegangannya, Akhtar segera mendapatkan Aleeya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience