Bab 55

Romance Series 36633

"ALEEYA, esok awak free tak?" pertanyaan Nazim mengundang rasa hairan Aleeya.

"Ada apa encik? Esok saya busy sikit, nak setup decorations event customer" jawab Aleeya jujur.

"Malam? Or lusa?" soal Nazim lagi.

"Malam after 9 baru free. Ahad saya free tapi after 2 p.m. Tapi ada apa ya?" soal Aleeya kembali.

"Ada perkara yang saya nak cakap dengan awak. Kalau ahad petang awak free. Boleh luangkan masa untuk kita berjumpa?" tanya Nazim lagi.

"Nanti hari ahad saya inform semula boleh?" Aleeya cuba memberi jawapan terbaik.

"Okay. Boleh" jawab Nazim.

"Tapi, encik nak cakap tentang apa ya? Tak boleh cakap sekarang?" Aleeya dapat rasakan, perkara yang akan diperkatakan sudah tentu mengenai hal peribadi.

Tidak dinafikan, sejak peristiwa Aleeya menjadi teman Nazim dimajlis reunion empat bulan yang lalu. Hubungan mereka lebih santai dan tidak terlalu formal, pun begitu Aleeya masih meletakkan jurang dan menjaga batasnya.

Walaupun ada ketika, bossnya itu akan mengusik dia tentang soal hati. Sesekali berjenaka tentang hubungan mereka. Aleeya sering menepis dan memberikan jawapan balas penolakan darinya dengan cara yang halus.

Gurauan itu hanya saat mereka berdua atau ketika Murni ada bersama. Murni juga ada  menyatakan, boss mereka menaruh hati padanya. Namun Aleeya anggap itu hanyalah gurauan semata-mata.

"Tak sesuai untuk kita bercakap sekarang. Lagipun ia bukan berkaitan dengan hal kerja" jawab Nazim yang sedang memandu.

Aleeya hanya berdiam diri setelah mendengar jawapan dari bossnya itu. Dia toleh pandang arah luar melihat deretan bangunan dan kenderaan yang sesak. Mereka dalam perjalanan menuju ke syarikat Carl & Sons untuk menghadiri mesyuarat bersama. 

"Aleeya, betulkan awak single?" pertanyaan Nazim mengundang rasa berdebar dihatinya.

"Saya belum kahwin lagi encik. Mestila single. Lain la saya dah kahwin, mesti la tak single" Aleeya cuba berjenaka menutupi debar dihatinya.

Tersenyum Nazim dengan jawapan dari gadis itu. Eshal Aleeya, gadis yang sukar dijangka. Seperti jinak-jinak merpati, nampak mesra tetapi apabila di dekati menjauh pergi. Susah mahu melihat gadis itu berjenaka, tertawa dan tersenyum. Kebanyakan masa yang dapat dilihat hanya wajah kosong tanpa reaksi dan ekspresi.

"Jom, sampai dah. Harap semuanya berjalan dengan lancar" kata Nazim sebaik tiba di syarikat Carl & Sons.

Mesyuarat berlangsung agak lama. Banyak perbincangan yang dibicarakan oleh wakil kedua-dua syarikat. Perlu untuk kedua-dua syarikat bersetuju dengan syarat, yang akan memberi kebaikan pada kedua pihak. Setelah hampir dua jam berlalu. Mesyuarat akhirnya tamat.

"Kalau tak sempat balik office ni, boleh tak Aleeya tunggu sekejap dalam kereta? Saya singgah solat jumaat dulu" tanya Nazim yang melihat jam dipergelangan tangannya, waktu menunjukkan pukul 12.45 p.m sebaik mereka keluar dari bangunan Carl & Sons.

"Oh. Boleh. Tak pun saya boleh je naik grab balik office" jawab Aleeya.

"Eh. Tak perlu la naik grab. Bimbang pula saya. Lagipun awak keluar dengan saya, keselamatan awak jadi tanggungjawab saya" kata Nazim.

"Boleh je. Saya boleh tunggu dalam kereta or mana-mana tempat yang berdekatan" kata Aleeya lagi.

"Tunggu dalam kereta ya. Lebih selamat" minta Nazim padanya.

"Okay" malas mahu berbalas kata. Aleeya bersetuju.

"LEWAT masuk office. Dating ke?" Murni mengusik Aleeya sebaik dia tiba di pejabat.

"Kak jangan nak buat gosip. Dengar yang lain, lain jadinya nanti" tegur Aleeya.

"Gurau pun nak marah. Garang betul lah Aleeya ni, tak padan kecik" sakat Murni lagi.

Aleeya tayang muka tak berperasaan. Mujur Murni masak dengan serba sedikit sikap gadis itu. Aleeya yang terlebih dahulu banyak memohon maaf pada Murni kerana bimbang reaksi dan ekspresi dirinya di salah tafsirkan apabila dia mula serious dan focus. Jadi Murni tidak pernah terasa dengan reaksi Aleeya apabila dia mengusiknya. Namun ada tikanya, Murni sampai berair mata ketawa dengan jenaka atau kata-kata Aleeya yang bersahaja tetapi lucu baginya.

"Kak, minggu depan kalau Aleeya nak ambil cuti agak-agak boleh tak?" tanya Aleeya pada Murni.

"Jarang Aleeya nak ambil cuti ni.  Ada apa-apa ke? Nanti akak tengok jadual eh" jawab Murni.

"Ada nak settle hal business sikit" jawab Aleeya jujur.

"Pasal project kedai bunga dan cafe tu ke?" tanya Murni ingin tahu.

"Tepat mengena tekaan akak. Nak Aleeya belanja coklat sebagai hadiah?" jawapan balas Aleeya, sempat juga dia mengusik Murni.

"Tahu la dia selalu beli coklat, coklat je la yang nak dibaginya" jawab Murni bersahaja.

"Hahaha. Alololo, tu pun sentap. Untung nak bagi tau, orang lain kena bayar" sengaja Aleeya mengenakan Murni.

"Nak bagi coklat boleh. Kak nak yang mahal" suka Murni mengusiknya yang jarang sekali mahu bergurau di tempat kerja.

"Fuh. Mahal terus eh. Nanti Aleeya fikir coklat apa yang mahal. Tapi kalau dalam fikiran Aleeya semua coklat tu murah. Tak ada la coklat untuk akak" jawab Aleeya lalu dengan pantas berlalu semula ke cubiclenya setelah dia menyerahkan fail pada Murni.

"Haa. Lari la tu. Akak nak jugak coklat. Tak kira mahal ke murah" kata Murni dengan nada yang sengaja di seriouskan.

Aleeya berpaling dan kemudiannya tertawa kecil dengan kata-kata Murni padanya. Dia kembali ke mejanya dan memulakan tugasan yang menantinya.

"Aleeya, tak nak balik ke?" tanya Murni yang berdiri di tepi cubiclenya.

"Eh, dah pukul berapa?" jam dipergelangan tangannya dilihat, 4.00 petang. Leka dia menyiapkan kerjanya sehingga tidak sedar masa berlalu.

"Baru pukul 4.00 petang. Saja usik, khusyuk sangat buat kerja. Akak tumpang boleh harini? Suami akak ada hal pula, dia lambat sikit. Nak tunggu dia malas pula. Kalau tak keberatan la nak tumpangkan akak" kata Murni.

"Eh, macam tak biasa. Jom la. Berat sangat ke akak sampai tak boleh jalan kereta Aleeya tu?" sengaja Aleeya mengusik Murni.

"Amboi. Akak tau la awak tu kurus. Saja la tu nak kenakan akak kan. Minggu depan tak ada apa. Aleeya nak cuti berapa hari?" tanya Murni padanya.

"Seminggu? Boleh?" soal Aleeya.

"Lamanya. Ni macam cuti nak kahwin je" kata Murni padanya.

"Siapa yang nak kahwin? Aleeya?" soal Darius pada mereka yang muncul tiba-tiba.

"Eh. Tak ada la. Saja saya usik Aleeya" jawab Murni.

"Terkejut saya. Ingat Aleeya nak kahwin" kata Darius pula.

"Encik Darius datang sini ada apa?" tanya Murni.

"Saya cari awak, tak ada kat sana saya tahu awak mesti ada kat sini. Nak serahkan ni" Darius hulur fail pada Murni.

"Encik Nazim minta pada saya tadi, dia suruh serah pada awak nanti dia ambil. Ok lah, saya masuk office saya semula" kata Darius lagi yang seakan tahu Murni akan bertanya padanya.

"Akak la ni. Mujur encik Darius je dengar. Kalau orang lain, heboh dah satu office" geram Aleeya dengan usikan Murni yang tidak mengira tempat.

"Alah-alah. Sentap pula dia. Tadi cakap kita. Dah cepat apply borang cuti. Akak tolong settle kan cuti tu. Sempat ni sebelum pukul 5.00 nak dapat kelulusan boss" kata Murni kemudian berlalu ke mejanya semula.

Tersenyum Aleeya dengan kata-kata Murni. Segera dia mengisi borang permohonan cutinya. Berdoa cutinya diberikan kelulusan, supaya urusan kedainya mampu diselesaikan.

"AKAK nak Aleeya hantar akak dulu ke? Atau akak ikut Aleeya sekejap nak singgah ambil barang Aleeya order?" tanya Aleeya sewaktu memulakan pemanduan.

"Mana-mana boleh. Aleeya cuti lama-lama nak buat apa sebenarnya?" tanya Murni ingin tahu.

"Akak ingatkan pasal project business kecil Aleeya. Kedai tu Aleeya dah dapat kunci tiga bulan lepas. Kedai baru siap renovation, dah siap cat and cuci semua. Aleeya cuti ni nak buat susun atur kedai dan settle segala barangan yang perlu untuk kedai tu" jelas Aleeya.

"Eh. Siap dah, kata setahun lagi. Siapa yang tolong uruskan ni? Aleeya kan kerja" Murni ingin tahu.

"Dapat awal pula. Penyewa lama dah settle awal dari jangkaan. Aleeya pun tak sangka cepat macam ni. Rezeki Aleeya la agaknya. Abang Aleeya tolong uruskan plan kedai, hire orang mahal harga diaorang caj. Hire abang sendiri, dapat la harga murah. Aleeya minta abang buat ikut konsep yang Aleeya nak, kawan dia yang tolong buat renovation. Everything just zus zas, siap" terang Aleeya lagi.

"Oh. Patutlah. Kira Aleeya memang akan berhenti dalam masa terdekat ni la ya?" sedih pula nada suara Murni.

"Dalam sebulan dua lagi macam tu. Kalau cepat siap, cepat la Aleeya hantar resigned letter. Aleeya kena settle semua sendiri. Abang Aleeya just tolong untuk hal besar macam lesen kedai, plan kedai, renovation, everything yang besar-besar la. Untuk setup apa semua Aleeya uruskan sendiri. Meja, kerusi, chiller cakes, chiller untuk bunga, semua lah. Tu yang minta cuti seminggu, barang order dah ada dari suppliers" kata Aleeya lagi.

"Tak best la Aleeya nak berhenti. Habis ni business stop kejap ke macam mana, sebab uruskan kedai tu? Nanti siapa tolong urus kedai Aleeya tu? Dah ada pekerja?" tanya Murni lagi.

"Sementara ni project jalan macam biasa, kedai pun nanti budak-budak yang sama juga tolong. Dia orang awal-awal dah minta Aleeya hire dia orang kak. Dia orang semua student yang cari duit poket dengan kerja part-time" jawab Aleeya.

"Kawan Aleeya yang kembar tu akan tolong handle sebelum Aleeya resign. Diaorang baru je habis degree. Sementara nak tunggu panggilan kerja, diaorang la yang tolong Aleeya handle ni" jelas Aleeya lagi.

"Patutlah tengok relax je kerja macam biasa. Tapi tiba-tiba dah siap, ada kawan tolong handle rupanya. Habis ni cukup ke cuti seminggu?" kata Murni.

"Cukup, InsyaAllah. Kawan Aleeya akan take over tugas Aleeya sementara nanti. Tapi Aleeya curi-curi masa juga lari pergi tengok kedai. Akak tunggu sekejap ya. Aleeya pickup barang kejap" kata Aleeya sebaik tiba di kedai selalu dia mengambil stock untuk project surprise delivery.

Tidak lama masa yang diambil. Dia kembali semua ke keretanya dengan barangan yang dibeli. Agak banyak juga sehingga memerlukan bantuan dari pekerja kedai tersebut.

"Banyaknya. Selalu memang macam ni ke?" tanya Murni sebaik Aleeya masuk ke kereta.

"Ni sikit. Selalu lagi banyak, tapi bergantung juga pada stock yang perlu di top up " Aleeya senyum nipis pada Murni.

"Akak salute la. Kerja office lagi, balik buat kerja lain pula. Aleeya boleh handle emosi dan beban kerja macam ni. Kental betul. Kalau akak dah surrender dah" kata Murni.

"Minat kak. Lagi pun memang Aleeya target kat business je lepas ni. Akak nanti free datang la kedai Aleeya. Nak bagi surprise kat laki akak ke, Aleeya bagi harga baik punya" ujar Aleeya.

"Lepas ni mesti rindu. Tak ada dah geng yang kelakar tapi serious je muka. Mesti susah nak dapat assistant yang cepat siap kerja macam Aleeya" sedih pula nada Murni.

"Lepas ni akak boleh je ajar budak baru yang ganti Aleeya tu macam akak ajar Aleeya. Mana tahu kerja dia lagi bagus dari Aleeya kan" Aleeya cuba untuk menenangkan Murni.

"Nanti mesti bukan akak je yang rindu. Boss mesti tercari-cari juga" Murni pancing Aleeya perihal boss mereka.

"Merepek la akak ni. Tak ada maknanya la" kata Aleeya.

"Dia suka Aleeya tau. Serious ni, akak tak main-main. Dia memang betul-betul suka pada Aleeya" serious Murni berbicara.

"Aleeya tak terfikir lagi perihal berpasangan semua tu kak. Focus Aleeya sekarang pada business" Aleeya mengelak seperti kebiasaannya.

"Aleeya dah ada yang istimewa ke? Selalu je mengelak dari hal berpasangan ni" teringin benar Murni tahu rasa hati gadis itu.

"Tak lah kak. Memang Aleeya tak terfikir pun soal tu semua. Bagi Aleeya, business dan impian sendiri lebih utama dari hal lain. Bila dah sampai masa Allah nak bg pasangan, tetap akan ada juga kan? Jadi tak perlu untuk Aleeya bersusah fikir" Aleeya memberikan alasan yang terbaik bila berbicara soal jodoh.

"Sampai dah kita, terima kasih tumpangkan akak balik ni. Hati-hati memandu, cuti dah approve kan, jumpa another weeks. Semoga urusan Aleeya berjalan lancar" kata Murni sebaik Aleeya tiba di hadapan rumahnya.

"Baik. Terima kasih kak. Jumpa nanti okay. Kalau ada apa-apa urgent akak nak minta tolong time Aleeya cuti, boleh je call Aleeya" kata Aleeya ikhlas.

"Alright. Akak masuk dulu. Hati-hati memandu tau" pesan Murni lagi.

"Baik kak. Bye. Jumpa nanti" jawab Aleeya, kemudian mula memandu meninggalkan kawasan rumah Murni.

"ASSALAMUALAIKUM" Aleeya memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Wa'alaikumsalam" jawab si kembar serentak.

"Balik dah. Jadi ke nak ambil stock?" tanya Azizah.

"Ambil dah tadi Manja. Lambat singgah hantar kak Murni sekali" Aleeya duduk dan melentokkan kepalanya di bahu Azizah

"Penat?" tanya Azizah.

"Sikit la" jawab Aleeya.

"Macam mana hari ni? Okay tak progress?" Aleeya bertanya tentang kedainya.

"Okay. So far so good. Apa yang kau nak tu kita orang dah settle kan. Firas dengan Haiqal datang tolong tadi dari tengah hari, dia orang kata kelas petang batal tu yang datang melepak. Aku suruh la tolong angkat-angkat barang yang berat" jawab Azlina.

"Oh. Habis delivery tadi siapa hantar?" tanya Aleeya lagi.

"Yang pagi aku dengan Manja. Petang punya Kira dengan Hana. Lepas habis delivery, dia orang pun lepak kedai. Malam ada lagi tiga nak hantar. Aku suruh Firas dengan Haiqal hantarkan. Esok punya order ada 200 bouquet. 100 bouquet flower, 50 mix, 50 lagi bouquet buah-buahan" kata Azlina lagi.

"Alhamdulillah. Mujur ada korang tolong aku handle buat masa ni. Korang okay tak stay sini dengan aku? Dah dua minggu kan, sekejap je. Sorry la rumah ni tak cukup barang lagi. Aku busy la tak sempat pun nak tengok tv, tu yang tak beli" kata Aleeya pada si kembar.

"Okay je. Faham la kau bukan selalu ada rumah. Ni pun dah okay sangat. Bilik kitaorang pun lengkap set bedroom. Dapur ada, peti ais ada, microwave ada, oven ada, dining table ada, sofa pun ada. Setakat tv je tak ada, apa la sangat. Laptop ada apa nak buat tengok movie ke cerita online" bebel Azizah pada Aleeya.

"Kot la korang tak selesa. Rumah sewa korang dulu semua lengkap. Siap air-cond lagi" ujar Aleeya.

"Selasa dah ni. Kau pun dah berhabis belikan set bedroom untuk bilik kitaorang. Bukan rumah ni panas sangat pun. Ada kipas bukan tak ada. Eh, kitaorang nak cakap something ni" kata Azlina pula.

"Cakap apa? Cakap la" minta Aleeya pada mereka.

Azlina dan Azizah saling berpandangan. Seperti berat untuk berbicara atau dengan lebih tepat lagi tidak tahu cara hendak memulakan bicara. Aleeya yang melihat situasi itu seakan dapat meneka mesti hal yang akan dibangkitkan.

"Cakap je. Aku okay, apa pun perkara yang kau orang nak cakap just bagitahu" kata Aleeya pada mereka.

"Tadi kitaorang terjumpa dengan Irham dan Azad. Kat kedai yang kau bawa kitaorang selalu makan tu" kata Azizah.

"Oh, okay. Memang kedai tu sedap and murah pun, plus dekat dengan kedai kita. Dia orang tegur kau orang ke?" soal Aleeya lagi. Walaupun ada debaran di dalam hatinya. Seperti kebiasaannya dia beriaksi tenang.

"Ha'ah. Dia orang tanya khabar kita orang. Rupanya kedai tu tempat dia orang makan tiap hari. Cuma kita tak pernah bertembung dengan diaorang sebab diaorang pergi kursus luar sebulan haritu" kata Azlina pula.

"Okay. Jadi kenapa? Tak semestinya kita akan berselisih dengan dia orang hari-hari kan" kata Aleeya bersahaja.

"Dia orang dah tahu kau buka kedai kat situ, and lagi satu diaorang cakap. End of next month, Akhtar balik Malaysia. Kau okay ke dia orang tahu kedai kau?" soal Azizah pula.

"Hurm. Biarlah if dia orang tahu pun. Aku tak ada masalah dengan dia orang. Kenapa aku nak kena mengelak dari dia orang. Plus, Irham tu customer aku. Sejak dia tahu ni business aku, Azad pun sama joined order dari aku. Dia orang selalu order untuk kak Elyn dengan kak Aira. Dia orang pun follow Instagram Bunga&Coklat mesti la diaorang tahu aku buka kedai" jawab Aleeya tenang.

"Alhamdulillah. Kita orang risau la, kalau kau tak selesa dia orang tahu kedai kau kat mana apa semua" kata Azlina pula.

"It's okay. As long as, dia tak tahu alamat rumah sewa ni and my personal phone number. Lain-lain tak ada masalah pun. Aku anggap dia orang macam kenalan biasa and customer aku je. Lagipun ibu dah anggap dia orang macam anak sendiri. Kau pun tahu raya, apa semua dia orang datang. Dia orang pun contact abang. Dia orang cuma contact aku guna number handphone business je. Aku nak masuk mandi lah" terang Aleeya lagi. Dia berkira-kira mahu bangun dan berlalu ke biliknya untuk membersihkan diri, sebelum mengeluarkan barangan di dalam keretanya.

"Lagi satu pasal Akhtar" kata Azlina tiba-tiba.

Tidak jadi Aleeya mahu berlalu ke biliknya. Dia toleh pandang pada si kembar berdua.  Dapat dia rasakan, si kembar seperti tahu sesuatu. Tentang apa dia kurang pasti.

"Pasal Akhtar? Kenapa pula dengan dia. Kau orang tahu kan jawapan aku, aku dah lepaskan dia dan semuanya saat dia berlepas tinggalkan Malaysia lama dulu. And dia tunang orang, entah-entah dah jadi suami orang" kata Aleeya.

"Diaorang cakap Akhtar balik nanti, dia nak jumpa kau dulu. Akhtar minta kau jumpa dia kat Airport. Dia orang minta kita orang sampaikan pada kau" kata Azizah yang memandang Aleeya di sisinya.

"Aku tak boleh. Family dia mesti jemput dia kat Airport. Of course la tunang or wife dia akan ada. Dia orang gila ke apa? Nak suruh aku ni jadi musuh and dibenci Leyla dengan semua orang ke? Tak pasal je aku kena cop perampas atau perosak hubungan diaorang" jawab Aleeya tegas.

"Kita orang dah cakap benda yang sama. Dia orang cakap, Akhtar balik tak bagitahu family dia dan tak ada orang yang tahu dia balik. So, dia nak jumpa kau" kata Azlina, dia cuma menyampaikan pesanan Irham dan Azad.

"Tak tahu? Habis siapa je yang tahu dia balik? Mustahil la family dia tak tahu. Musykil aku" luah Aleeya.

"Entah. Tapi tu lah yang dia orang bagitahu. So kau macam mana? Nak jumpa dia ke?" tanya Azizah pula.

Aleeya pandang si kembar dan pamerkan senyum hambar.

"Tak. Walau satu dunia tak tahu. Tapi aku tak lupa Allah tahu. Aku nak pergi bersihkan diri lepas tu nak siap-siap pergi kedai settle order esok. Nak siapkan barang untuk setup 5 tempat tempahan surprise table dengan deco" Aleeya bangun lalu masuk ke dalam biliknya.

Azlina dan Azizah saling berpandangan.

"Kau tahu kan dia macam mana. Apa yang dia janji dia akan kotakan" kata Azlina pada kembarnya.

"Aku tahu, mana tahu dia ubah fikiran nak jumpa mamat tu. Dia masih sayangkan mamat tu, kau sendiri tengok dia tak pernah tanggalkan cincin yang mamat tu bagi. Kau ingatkan, macam mana dia menangis masa cincin tu tercicir, masa kita pergi kem belia. Tu kat bilik tu dia still simpan lagi bouquet flower dengan kad yang dia dapat dari mamat tu" jawab Azizah pula.

"Aku ingat, aku tahu dan aku nampak semua tu. Dia memang masih sayangkan Akhtar tu. Tapi apa yang dia boleh buat? Bukan senang dia nak lupakan semua macam tu je. Walaupun dia cakap dia dah lepaskan semuanya, tapi hati dia kita tak tahu" kata Azlina pula.

"Aku sedih tengok dia yang sekarang. Life dia sekarang, dia penuhkan dengan kerja atau busykan diri dia. Ketawa pun dah jarang, cara bergurau pun dah tak sama. Dah tak macam dulu. Aku rindu dia yang dulu" luah Azizah.

"Aku pun. Aku harap luka dia terubat dengan masa yang seiring berjalan. Tapi nampak sangat dia letak boundaries pada setiap sudut. Kita doakan yang terbaik untuk dia" kata Azlina pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience