BAB 39

Romance Completed 367824

Khairul kembali ke pintu utama.. Melihat dhia yang sedang melangkah perlahan-lahan menuju kearahnya.. Hujung bibirnya tersuing keatas, tersenyum. Dhia mengangkat wajahnya melihat khairul yang tersenyum.. Senyuman itu.. Ianya adalah sebuah seyuman kemenangan.

'' apa senyum-senyum!'' kata dhia sebaik sampai di hadapan pintu.

'' senyum kan sedekah sayang.. Sepatutnya sayang kembali senyum.. Bila melihat senyuman khai yang ikhlas ni.. '' balas khairul.

'' bukannya masam macam ni.. '' khairul mencubit pipi dhia lembut..

Tanpa mengeluarkan kata dari bibirnya.. Dhia mengangkat tangan kanannya menunjuk kearah rumah sewanya.

Khairul menunduk mencium dahi dhia.. Dia tahu apa yang cuba dhia sampaikan.. Walaupun tak diucap dengan kata-kata.

'' sayang dah jadi isteri khai.. Bukannya isteri upahan.. Isteri simpanan.. Isteri sah khai.. Jadi.. Khai nak sayang tinggal di rumah ni bersama-sama dengan khai.. Kalau esok, nak pergi tengok kawan sayang tu.. Khai izinkan.. Bila-bila, sayang nak pergi pun boleh.. Tapi.. Sayang kena tinggal disini.. Disisi khai.. '' ucap khairul..

'disisi dia? apa maksud dia ni!'

'' jom masuk.. Mari tengok.. Sesuai tak dengan citarasa sayang.. '' ajak khairul seraya meragut jari jemari dhia.

Dhia melangkah masuk kedalam dengan tangan yang dipimpin oleh khairul. Terpukau dhia melihat ruang tamu rumah tersebut.. Rata-rata ruang tersebut mengunakan warna hijau turquoise lembut.. Sedikit campuran kelabu dan cream.. Hati dhia menjerit waktu itu juga.. Tapi dhia berusaha menyembunyikannya.. Hanya senyuman mengantikannya.

'macam mana dia tahu aku suka warna ni?' ligat dhia berfikir..

Khairul membawa dhia duduk di sofa.. Dhia tak merasakan itu seperti rumah.. Tetapi seperti sebuah tempat penginapan.. Susun atur rumah itu teratur dan kemas sekali..

'macam ni agaknya.. Rumah orang kaya..' pikir dhia. Dhia merasakan dirinya kerdil sekali berada didalam rumah indah tersebut.. Jauh sungguh rumah tersebut dengan rumah sewanya yang disebelah.. Padahal saiz ruang rumah itu sama..

'' sayang.. Nak ke dapur? atau kita terus naik ke bilik kita? '' tanya khairul tersenyum nakal. Bekerut kening dhia memandang tajam kearah khairul.

'' siapa kata kita kena tidur sekali? dhia taknak!'' protes dhia.

'' siapa pula.. kata kita akan tidur asing? '' balas khairul.

'' dhia.. Dhia tak sedia.. '' balas dhia gugup..tangan yang digengam oleh khairul segera ditarik kembali.

'' tak sedia apa sayang.. '' khairul menyelak rambut dhia dan menyelitkan rambut itu di belakang telinga dhia.

'' tahu tak.. apa yang khai rasakan sekarang ni ? '' tanya khairul. Dhia cepat-cepat mengeleng..

'' bila khai tengok sayang ada di depan mata ni.. Buat dada khai berdebar, tak percaya cuba sayang dengar.. '' khairul menarik kepala dhia mendekat ke dadanya.

'macam mana khai nak beritahu sayang lagi.. Bila menahan rasa ni.. Kau buat aku terpaku..'

'' ternyata hanya sayang yang harus khai cintai.. Sayang buat khai jadi tak tentu arah, setiap kali malam berganti malam.. Khai tak tahu apa yang berlaku kepada diri khai sendiri.. Khai hanya terbayang kan sayang.. Khai yakin dengan perasaan khai.. Khai hanya mahukan sayang..hanya sayang yang harus khai cintai selama.. '' ucap khairul..

Dhia yang berada di dada khairul dapat mendengar debaran yang dikatakan oleh khairul.. Dhia menghadam setiap kata yang baru dituturkan oleh khairul kepadanya.. Dhia mengangkat wajahnya dari terus melekat didada khairul.. Merenung wajah kacak suaminya itu.

'Ya.. Tiada cela di wajah kacak itu.. Siapa yang tak akan tertawan dengan wajah kacak milik khairul.. Tapi..'

Khairul mengosok pipi dhia dengan lembut.. Membuatkan dhia menelan air liurnya sendiri.. Perlahan lahan khairul mendekatkan wajahnya dan bibir mereka menyatu.. Lembut dan hangat sekali kucupan antara dua bibir tersebut. Khairul mula menurunkan bibir nya di leher dhia..

Dhia yang sedang memejamkan matanya terasa kan bagaikan sesuatu yang menjentik kotak pikirannya.. Terus tubuh dhia mula mengeletar.. Khairul yang menyedari hal tersebut.. Menghentikan aktivitinya.. Melihat wajah dhia yang tiba-tiba bertukar pucat seperti tidak berdarah..

'' sayang? '' khairul menyentuh bahu dhia.. Dhia dengan pantas menepis dan mengundurkan dirinya.. Menjauh dari khairul..

'' kenapa ni? '' khairul jelas melihat dhia sedang menggeletar. Seperti takutkan akan sesuatu. Dhia kemudiannya mengeleng dan memeluk tubuhnya sendiri.

'' dhia belum bersedia.. Dhia.. '' air mata dhia sudah mengalir di pipi..

'' sayang..'' khairul menyapu air mata dhia yang mengalir di pipi dengan belakang tangannya..

Khairul kemudiannya melihat bekas ciuman nya yang ada di leher dhia..

'adakah ciuman itu sebegiti sakit!?' khairul bingung.

'' tak mengapa lah, kalau sayang belum sedia.. Khai akan tunggu.. Khai tak akan paksa sayang.. Khai nak mulakan semuanya dari mula.. Memulakan sebuah cinta yang indah dengan sayang.. Khai tak akan mengunakan tubuh sayang semata-mata untuk mengukuhkan lagi ikatan cinta kita'' khairul menghela nafas berat..

''itu bukannya.. Satu perkara yang baik kan.. Lagipun, kalau sayang belum sedia..dan menyerahkan tubuh sayang tanpa rela.. Itu akan membuatkan kita berasa tak dihargai.. Khai berharap khai mampu memberikan kebahagiaan dan Cinta sejati buat sayang...'' ucap khairul. Dhia mula Perlahan-lahan berhenti menangis..

'' sebenarnya.. ''

Dhia mengelap air matanya sendiri yang masih bersisa di pipinya..

'' tadi.. Dhia.. ''

Berat sungguh dhia ingin menerangkan keadaan sebenar kepada khairul.. Khairul yang sedang berada di hadapannya ditatap lama...

'' tak mengapa sayang.. Jangan paksa diri.. '' khairul menarik senyumannya.. Agar dhia tak terus memikirkan hal yang baru saja berlaku.

'' tak! Khai perlu tahu!'' kata dhia nekad.

Khairul melihat wajah dhia, seperti sedang bergelut dengan sesuatu yang bersarang di fikirannya. Dhia sedang bermain dengan tangannya sendiri.. Sungguh dia gelisah sekali.. Nak meluahkan apa yang sedang dia rasakan pada ketika itu.

'' sayang.. '' khairul kemudiannya mengeleng.. Tak sanggup nak memaksa dhia meneruskannya. Dhia kelihatan sangat tersiksa hendak berkata-kata.

'' tadi tu.. ''

'' dhia Tiba-tiba.. ''

'' terbayang kan kejadian malam tu.. Dhia jadi takut.. '' ucap dhia dengan gugup..

BAM!!! Tiba-tiba khairul merasakan seperti ada sesuatu batu besar menimpanya.. Sesuatu yang amat dia takutkan akhirnya muncul.. Dia tak menjangkakan dhia masih tak melupakan apa yang belaku pada malam hitam tersebut.. Peristiwa yang terburuk dalam hidup dhia.. Mana mungkin dhia boleh melupakannya.. bagaimana rakusnya dirinya pada malam itu.. Sungguh dia berkasar dengan dhia.. Rasa bersalah mula bertandang . Peristiwa itu jugalah yang mengikat mereka menjadi sepasang suami isteri yang sah sekarang.

'' Khai..'' panggil dhia.. Bila melihat khairul terkaku membisu di tempatnya.

'' khai minta maaf sayang.. Khai janji tak akan paksa sayang lagi.. '' khairul mengengam tangan dhia.. Memohon dengan bersungguh-sungguh.

'' bagi dhia masa.. ''

'' ssshhh.. Kita tak perlu cakapkan hal ini lagi.. Khai janji akan tunggu sampai dhia sedia.. '' balas khairul. Dhia mengangguk.

Kemudian khairul teringatkan peristiwa dia bermalam dirumah keluarga mertuanya.. Dimana dhia mengamuk semasa menyentuh perutnya..

'khai! Ini adalah hukuman buat kau khai!!!' khairul mengutuk dirinya sendiri.

'' come !.. Mari khai tunjukkan bahagian lain rumah ni..'' kata khairul..

Khairul membawa dhia ke dapur.. Dhia melihat ruang dapur yang sudah lengkap semuanya.. Tangannya membuka peti sejuk yang berkilat berwarna hitam itu..

'' wow!'' teruja dhia melihat isinya.. Penuh atas dan bawah.. Hilang masalah yang mereka bincangkan tadi seketika.

'' boleh nak yang ni? '' tanya dhia.

'' sayang it your house, ok! Tak perlu bertanya.. '' kata khairul.. Dhia mengeluarkan satu kotak air susu.. Khairul menghulurkan gelas kosong jernih kepada dhia..

'' terima kasih.. '' ucap dhia..

'' untuk? ''

'' semuanya.. '' balas dhia.. Khairul menarik bibirnya tersenyum..

'' satu lagi nak tanya.. Macam mana khai tahu warna favourite dhia..? '' tanya dhia. Mula minum susu yang dituangnya tadi.

'' kebetulan'' balas khairul.

Dhia mengecilkan matanya.. Tak percaya dengan alasan yang khairul berikan..

''khai selalu tengok sayang banyak pakai pakaian yang berwarna macam ni.. '' akhirnya khairul mengalah.. Memilih untuk mengaku.

'' khai intip dhia? biar betul?!'' tanya dhia tak percaya. Khairul mengangguk.

'' kesian.. '' perli dhia kembali menyimpan kotak yang masih berisi susu didalam peti sejuk. Manakala khairul membawa gelas yang dhia minum tadi kesingki dan membasuhnya..

'' jomlah.. Khai dah mengantuk ni.. Nak mandi.. Lepas tu nak tidur.. '' kata khairul..

'' tapi.. ''

'' jangan risau sayang.. Hanya tidur.. Please.. '' pujuk khairul.

Dhia melihat wajah suram suaminya.. Tangannya naik menyentuh pipi khairul.

"maaf.. khai.. Dhia.." dhia tak menyambung ayatnya.. Berat sekali nak menjelaskannya..

"dhia tak layak digelar isteri buat khai.. Dhia tak tahu macam mana nak hilangkan rasa takut ni.. Peristiwa tu.."

Khairul terus memeluk tubuh dhia.. Seerat-eratnya..

"khai tahu dhia terseksa dan tertekan.. Maafkan khai.. Khai lah puncanya.. Kita jangan cakap lagi hal ni sayang.. Khai akan tunggu dhia.. Biarlah lama mana pun.. Khai akan tunggu.." ucap khairul lembut dekat dengan telinga dhia..

Khai membawa dhia naik keatas.. Apa yang dirancangnya tak menjadi malam tu.. Malam itu, malah menjadi satu malam yang beremosi bagi mereka berdua.. Khairul hanya mampu berdoa agar dhia dapat melupakan peristiwa itu perlahan-lahan.

Dhia disuruh membuka sendiri pintu bilik tidur mereka.. Manakala khairul bersandar di dinding luar bilik tersenyum kearahnya..

Tangan kecil dhia memulas tombol pintu..kemudian menolaknya kedalam pelahan lahan.. Gelap gelita..

"sayang buka lampu.. Ada disebelah kanan.. Suis lampu.." arah khairul.

Dhia pun merabalah dinding sebelah kanannya seperti yang dikatakan oleh khairul.. Sehingga dia dapat merasakan suis lalu menekannya..

Terang ruang bilik itu disirami dengan cahaya lampu yang tergantung cantik ditengah ruang itu.. Dhia bejalan perlahan lahan masuk kedalam dan duduk di kerusi panjang yang ada di hujung kaki katil.. Kakinya bermain-main dengan karpet berbulu gebu berwarna cream..

Khairul mengeluarkan telefon bimbitnya.. Mengambil gambar dhia yang tersenyum manis duduk disitu.. Dari dalam telefon itu dia melihat dhia sedang mengamit memanggilnya. Dia mengalihkan pandagan matanya melihat kepada realiti, dimana dhia berada.. Berjalan masuk kedalam bilik dan menyambut tangan dhia..

"dhia suka.. Suka sangat.. Terima kasih.. Cantik sungguh .." puji dhia..

"alhamdulillah.. Sayang suka.. Kalau ada apa-apa yang sayang tak suka.. Kita tukarkan semula nanti.." kata khairul.

"takkk.. Cantik semuanya.. Dhia suka.. Sejuk saja mata memandang.." ucap dhia.. Tersenyum manis kearah khairul..

"ok.. Sayang.. Khai nak mandi dulu.. Or.. Sayang yang nak mandi dulu.." tanya khairul.

"khai lah.. Lepas tu baru dhia.." kata dhia.. Khairul mencium belakang tangan dhia.. Kemudian dia berjalan masuk kedalam bilik air yang ada didalam bilik itu..

Sementara itu dhia meneroka setiap ruang bilik yang indah itu... Kemas dan teratur..

'cantik.. Ni kalau aku balik ambik barang aku yang dekat rumah sewa bawa masuk bilik ni.. Terasa macam bawa masuk sampah je.. ke dalam bilik yang cantik ni.. Cacat habis semuanya nanti..' pikir dhia..

Khairul keluar dari bilik air dengan mengenakan kain tuala putih paras pingang menutup bahagian bawah tubuhnya..

''khai dah sudah ni.. Sayang pergi mandi.. Khai dah laras kan water heater.. '' kata khairul berjalan masuk ke satu pintu dan menghilang disebalik pintu tersebut.

'' apa? Heather? '' tanya dhia bingung. Dhia berjalan ke bilik air..

'' sayang.. Ni baju dengan tuala sayang.. Kenapa ni? tengok apa'' tanya khairul yang sudah siap mengenakan pakaian tidur.

''apa tadi khai beri tahu? tak paham.. '' tanya dhia. Masih berada di dalam bilik air.. Khairul meletakkan tuala dan baju di atas rak besi yang ada disitu.

'' ni guna ni mandi... Takut mandi air sejuk malam-malam ni.. Mandi air ni tak la sejuk sangat.. '' kata khairul... Menunjukkan shower yang tergantung.

'' ni.. macam ni, cara nak guna.. '' khairul menunjukkan caranya.. Kemudian dhia tergelak sendiri...

'' kenapa ketawa? '' tanya khairul.

'' masa di kampung dhia ajarkan khai mandi... Sekarang dah terbalik.. '' terang dhia.

'' bukan sekadar nak ajar.. Kalau nak khai mandikan pun boleh.. '' usik khairul yang sudah memengang pancuran di tangannya dan menjurus kaki dhia..

'' aiiihh!!'' marah dhia..

'' tak naklah!basah dhia nanti.. Kalau jatuh macam mana? '' dhia menahan tangan khairul dari terus membuatkannya basah.

'' khai bukannya main-main.. Khai serius lah.. '' kata khairul..

'' dhia mandi sendiri.. Ok! Khai keluar dulu.. Tadi kata mengantuk kan..pergi tidur sana.. '' dhia menghalau khairul keluar..

'' hmm.. Lepas mandi kita solat.. Khai tunggu sayang.. '' kata khairul.

Khairul keluar dari bilik air.. Sementara menunggu dhia mandi.. Dia membentangkan sejadah.. Kemudian dia teringatkan sesuatu..

'telekung!'

Dhia yang baru sudah mandi.. Keluar sudah siap berpakaian baju tidur yang disediakan oleh khairul..

'haiii.. Untungnya.. Rasa macam tuan puteri ja..' dhia senyum-senyum sendiri.

'' sayang! Ada satu masalah.. Telekung tak ada!'' kata khairul..

'' telekung dhia ada dalam beg pakaian dhia.. '' kata dhia tersenyum.

'' fuhh! Nasib ada.. Ahh, macam mana khai boleh terlupa.. Ibu lah ni tak ingatkan khai.. '' rungut khairul sambil menyelongkar beg pakaian dhia dan mengeluarkan telekung dhia.

Mereka kemudiannya solat berjemaah bersama. Selesai solat masing-masing naik ke atas katil..

'' sayang... '' panggil khairul..

'' hmmm.. '' balas dhia yang sedang sibuk dengan telefon bimbit yang berada ditangannya.

'' khai... Tak puas nak sembang dengan sayangggg... Tapi... Khai mengantuk sangat'' kata khairul..

''tidur je khai.. '' dhia berpaling lalu menepuk dada khairul perlahan.

'' esok kita sambung lagi sembang yea.. '' kata dhia lagi.

'' esok khai kena kerja.. '' balas khairul..

'' balik dari tempat kerja kan boleh.. '' kata dhia.

''have you decided.. Kerja yang mana yang sayang akan pilih?'' tanya khairul.. Mengengam tangan dhia.. Yang berada didadanya.

'' hemm.. Dhia sayang dua-dua.. '' balas dhia.

'' sayang!''

'' ok-ok!''

'' dhia.. Pilih untuk buat kerja dirumah je.. '' putus dhia.

'' pilihan yang bijak.. '' khairul mencium tangan dhia..

'' esok boleh temankan khai ke office memandangkan sayang free kan.. '' kata khairul.

'' hah!taknak lah.. !'' bantah dhia.

'' no excuses !'' khairul mengeleng perlahan.

'' tapi dhia kenalah pergi ke bakery.. Terangkan kepada kak citra.. Nanti dia kata apa pulak.. Takkan nak diam macam tu saja.. '' kata dhia.

'' esok kita pergi sama-sama.. Lepas tu temankan khai ke office.. '' kata khairul.

'' nanti tak ganggu ke? '' tanya dhia.

'' tak.. Sayang boleh terus buat kerja sayang disana... Senang, sayang ada depan mata khai.. '' khairul mencium dahi dhia.

'' khai ni kenapa? nanti orang kat sana pikir apa pula.. Nanti menganggu pula.. ''

'' khai.. '' dhia mendongak melihat khairul sudah tertidur..

''lah cakap sorang-sorang rupanya..'' keluh dhia.. Tangannya menyelak rambut yang menutup wajah khairul.

'' rambut panjang.. '' dhia tersenyum sendiri. Tangan dhia mengelus lembut rambut khairul yang panjang hitam pekat itu..

'' lembut.. Selalu pergi salon ke apa ni? '' kata dhia.. Tangannya dari tadi tak lepas memegang rambut suaminya..

Dhia yang terbaring tadi terus bangun ke posisi duduk.. Malam itu matanya tak mahu terlelap pula.. Dia bermain-main dengan rambut panjang khairul..

Keesokannya.. Dua-dua mereka bangun terlewat..

'' sayang! Bangun..kejap lagi nak nak habis subuh.. '' khairul mengejutkan dhia..

'' ahh ya.. ''balas dhia.. Ni lah habuannya berjaga malam.. Terasa bagai baru saja dia lelap kan matanya..

''cepat khai tunggu sayang.. Kita solat sama'' arah khairul.

Dhia akur lalu mengikut sahaja apa yang diarahkan kepadanya..

Selesai solat dhia turun kebawah.. Untuk membuat sarapan.. Manakala khairul diatas sendirian.. Bersiap. Makanan pagi sudah siap di hidang di atas meja..

Dhia berjalan di ruang bawah melihat ruangan yang ada di rumah tersebut..

'' bilik apa ni? '' dhia membuka pintu bilik tersebut.

Banyak barangan yang asing sekali baginya.. Benda beroda hitam ada dimana-mana..

'' sayang.. '' kedengaran suara khairul melaung memanggilnya ..

'' ya!'' sahut dhia..

'' buat apa disini.. Khai cari sayang.. Ingat dah lari ke rumah sebelah ke tadi.. '' usik khairul..

'' kejap lagi memang nak pergi.. Nak ambik baju.. '' kata dhia. Khairul mengangguk.

'' sayang!! What have you done with my hair?!'' khairul menunjukkan kearah rambutnya..

'' pfffhh.. '' dhia menahan gelak.. Sungguh geli hatinya..melihat wajah khairul begitu.

'' sayang tak kelakar ok.. Sekarang sayang buka.. '' khairul mengambil tangan dhia lalu meletakkannya di atas kepalanya.

'' tak nak.. !!'' dhia kembali menarik tangannya kebawah.

'' sayang.. Macam mana khai nak ke office dengan rambut macamni! Habis staff gelak nanti.. '' khairul menarik salah satu rambutnya yang sudah didendankan rapi oleh dhia.

'' marilah dhia buka.. '' dhia akhirnya membuka dendanan rambut khairul.. Rambut yang lurus itu kini telah bertukar beralun dan kembang.. Khairul meraup rambutnya.. Menarik dengan jari-jarinya dan mengikat diatas kepalanya seperti selalu.

'' suka ya.. Kenakan orang.. '' kata khairul sambil tangannya ligat mengikat rambutnya.

'' alah.. Cakap orang.. Dia tu!'' balas dhia turut tak mahu kalah..

'' ni bilik apa? '' tanya dhia.

'' bilik gym khai.. '' jawap khairul.. Sebaik selesai mengikat rambutnya.

'' ohhh.. ''

'' sayang nak join boleh.. Tapi selepas baby kita keluar.'' kata khairul memegang perut dhia..

'' nanti khai carikan barangan lain yang sesuai untuk sayang.. '' sambung khairul lagi.. Dahi dhia diciumnya..

'' ok.. '' balas dhia..

'' sebenarnya.. Dhia sedang cari ni.. '' dhia kembali menarik pintu bilik tersebut menutupnya kembali.

'' cari apa sayang? '' tanya khairul.. Memaut bahu dhia.

'' mana mesin basuh? '' tanya dhia..

'' ke kena basuh guna tangan? '' tanya dhia lagi.

PAP! Khairul menepuk dahinya sendiri.

'' memang taklah khai nak suruh dhia basuh baju dengan tangan.. Dengan keadaan dhia macam ni!'' kata khairul.

'' dah tu? ''

'' kenapa perlu mesin basuh? hantar dobi saja!'' jelas khairul.

'' dobi! Tak nak lah!'' potong dhia.

'' kenapa? Kan senang.. Nanti pergi ambik dah siap semuanya.. Siap lipat siap gosok!'' jelas khairul.. Dhia mengaru kepalanya..

'' membazir lah.. Kita berdua je pun.. '' kata dhia.

Khairul menerung wajah dhia.. Mula menghidu bau-bau perang mulut akan bermula tak lama lagi..

'' ok sayang.. Nanti kita beli mesin basuh ya.. Mesin pengering sekali.. '' kata khairul..

Dhia diam.. Tak pula membalas.. Mereka berjalan ke meja makan..

'' dhia nak kerumah sebelah.. Nak ambil baju.. '' kata dhia sebaik melihat khairul duduk di kerusi meja makan.

'' hemm'' balas khairul.. Masih duduk di meja makan.

''bukakanlah pagar.. Macam mana dhia nak keluar.. '' khairul kemudiannya ketawa..

'' sorry!sorry.. Terlupa.. '' sungguh dia terlupa tentang hal tersebut.

Khairul bangun menarik dhia berjalan bersama dengannya kearah dinding yang ada banyak tombol suis disitu..

'' ni sayang.. Ni suis untuk bukakan pintu pagar.. Ni remote dia.. Tekan ni.. '' terang khairul.. Kedengaran diluar pintu pagar terbuka dengan sendirinya..

'' yea.. Terbuka.. !'' dhia bersorak. Dah macam budak sekolah tengok pagar sekolah terbuka..

'' amboi!!! Ingat.. Ambik baju je.. Khai tunggu sayang disini.. Kalau tak balik dalam lima belas minit.. Jangan salahkan khai!'' sengaja khairul menggertak isterinya itu.

'' ok! Lima belas minit..dah lebih dari cukup tu.. '' balas dhia..

'' fifteen minutes start from now sayang.. '' kata khairul lagi..

Cepat-cepat dhia memakai kasutnya..

'' ambik remote ni.. Ni sayang punya.. '' kata khairul meletakkan remote kecil itu ditangan dhia.

Dhia berlari-lari keluar..

'' jalan! Jangan lari!'' laung khairul.. Melihat belakang tubuh dhia.. Dhia berpaling.. Kemudian menjeling kearahnya.. Khairul menarik senyuman.. Dari pintu rumahnya dia melihat dhia sudah sampai dipagar sebelah sana.. Dhia sudah masuk kedalam perkarangan rumah sewanya..

'' tik... Tok.. Tikk.. Tok!! Khairul memperingati isterinya.. menunjukkan kepada jam yang ada ditangannya. Kini dhia sudah masuk kedalam rumah tersebut.

'' haiiii lah.. Sukanya usik dia.. '' khairul menepuk dadanya sendiri.. Kemudian menekan suis untuk menutup pagar kembali kepada asal.

'' dhia!'' tegur marina bila melihat pintu bilik dhia terbuka luas.

'' kak!'' balas dhia. Tangannya masih sibuk memilih pakaian yang bakal dipakainya.

'' kak nak cakap sikit ni.. '' kata marina.

'' kenapa kak? cakap lah kak.. Tapi dhia tak boleh lama.. Masuklah kak.. '' pelawa dhia.

Marina masuk kedalam bilik dhia dan duduk di katil dhia.

'' pasal duit rumah sewa ke kak.. Dhia.. ''

'' bukan-bukan! Bukan yang tu.. Ni yang lain!'' marina segera memotong.

'' dah tu kak? '' tanya dhia.

'' dah lama kak nak bagitahu.. Tapi macam-macam sangat yang jadi dalam hidup dhia kebelakangan ni.. Jadi mulanya kakak dengan marissa ingat benda tu tak penting lah.. Tapi.. Berat pulak hati ni.. Kalau asyik simpan.. '' kata marina.

'' tak apa kak.. Kakak cakap je.. Dhia pun tak tahulah.. Banyak sangat benda yang berlaku dalam dua bulan ni.. Semuanya terlampau cepat.. Entahlah kak.. '' dhia ketawa kecil..

'' sebenarnya ada yang cari dhia.. Dari dhia balik kampung sebelum ni masa nikah dengan hanif lagi.. Dan kemarin.. Dia datang lagi.. '' terang marina.

'' cari dhia? siapa?'' tanya dhia keliru.. Siapa yang cari dia di bandar ni?

'' abang eijaz? '' nama itu muncul di bibirnya.. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki yang pernah meluahkan isi hati kepadanya itu.

''bukan eijaz.. Tapi..''

''ZARIF!''

''maksud kakak? TENGKU ZARIF?'' dhia ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya..

Marina menganggukkan kepalanya.. Dia melihat dhia santai sahaja.. Masih tenang memilih pakaian.. Tapi siapa tahu didalam hati dhia bagaimana.. Diluar nampak tenang.. Tapi didalam.. Hanya dhia seorang sahaja yang tahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience