BAB 62

Romance Completed 367809

Pagi itu selepas sarapan.. Khairina berjalan dekat dengan taman rumahnya.. Selalunya dia akan pergi bersama dengan ufairah..mengambil angin.. Menenangkan fikiran.. Melarikan diri sekejap dari masalahnya.

Tapi, harini dia sendirian. Ufairah tak dapat pergi bersamanya bila mendapat panggilan telefon dari sahabatnya.. Ufairah terpaksa pergi untuk perjumpaan persatuannya yang telah lama dia tak muncul kan diri disana.

Berjalan-jalan khairina di sekitar taman.. Setelah beberapa pusingan dia berjalan..dia memilih untuk duduk di salah satu kerusi batu yang ada ditaman itu..melihat telatah orang yang ada di taman itu. Ada yang membawa anak kecil yang ditolak didalam kereta bayi, ada yang berjoging bersama anak-anaknya, bersama rakan, tak kurang ada yang bermain bola dengan anak mereka disitu..

'bahagia saja mereka semua.. Ada bersama keluarga.. Tapi, tak macam aku..' khairina menuduk melihat ke tanah sambil kakinya digoyang-goyangkan.. Menguis-nguis tanah..

"assalamualaikum" tegur satu suara..

Khairina berpaling melihat kearah suara yang menegurnya..

'ustaz'

"assalamualaikum" ulang irfan sekali lagi.

"waalaikummusalam.." jawap khairina. Kembali mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"mana bonda.. Tak nampak pun..?" tanya irfan..

"bonda.. Ada hal.. Jadi saya sendiri, saja hari ini.." jawap khairina..

"macam tu.." kata irfan..

Kebetulan ada bola yang datang ke arah khairina.. Irfan segera ke hadapan menghalang bola itu.. Menangkap bola yang dengan tangannya.. Berlari-lari dua anak muda kepada mereka..

'' abang.. Maaf.. Tu bola kami.. '' kata anak muda itu. Menunjuk kearah bola yang dipegang oleh Irfan.

'' main bola tu hati-hati ya.. Kena abang tak apa.. Kalau kena kakak tu.. Macam mana.. '' kata irfan menunjuk kearah khairina yang masih duduk di kerusi batu.

'' maaf kak.. '' kata dua anak muda itu serentak.. Kepada khairina.

Khairina sekadar menarik bibirnya tersenyum, dan mengangguk kecil membalas kepada mereka.

Berlarilah dua anak muda itu semula ke tengah padang.. Sambung bermain bola semula..

'' kenapa saya tengok khairina jarang tersenyum.. Senyuman itu, satu sedekah yang murah.. Tapi besar pahalanya.. Jadi kerap-kerap lah tersenyum.. '' kata irfan sambil menayangkan senyumannya.

'jika engkau mahu orang lain tersenyum kepadamu.. Maka senyumlah.. Percayalah dengan senyuman yang ikhlas.. Akan turut membuatkan orang lain juga turut tersenyum.'

Khairina melihat wajah irfan yang sedang tersenyum manis kepadanya.. Sungguh bercahaya sekali wajah ustaz muda itu. Khairina kemudiannya menunduk lalu menarik bibirnya tersenyum di bawah sana.

''senyum itu tak menyakitkan.. Tapi menjadi penawar kepada hati yang sakit..'' sambung irfan lagi. Masih berdiri disamping khairina.. Melihat permandangan yang sama dengan pandangan mata khairina.

'' terima kasih ustaz.. '' kata khairina.. Sekadar memandang sekilas lelaki didepannya dan bangun..

'' saya minta diri dulu ustaz.. Matahari dah mula meninggi.. '' kata khairina lalu membawa tangannya menutup mata yang terkena sinaran cahaya matahari yang semakin terasa bahangnya.

'' baik lah.. '' balas irfan..dengan wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman..

Khairina berpaling dan berjalan pergi meninggalkan ustaz muda itu..

'' jangan lupa senyum! Allah tak pernah biarkan kita bersendirian, ketika kita menghadapi ujian darinya.. '' laung Irfan.. Khairina menghentikan langkahnya.. Berpaling dan mengangguk kecil sambil tersenyum kembali buat Irfan.. Kemudian dia berpaling semula menyambung perjalanannya pulang ke rumah mertuanya.

'orang lain yang ambil peduli tentang kita.. Tapi dia.. Hanya akan membuatkan hati ini bertambah sakit..dan sakit..'

Hari yang dinantikan tiba.. Khairul membawa dhia ke hospital untuk temu janji dengan humairah..
Mereka berdua berjalan masuk kedalam hospital bersama..

'' dhia qaleesha.. '' panggil seorang jururawat.

'' saya'' jawap dhia spontan lalu mengangkat tangannya.

''hubby tak nak ikut masuk sama?'' tanya dhia kepada khairul..

'' maaf suami tak boleh masuk ya.. '' kata jururawat tersebut.

'' tak apa sayang.. hanya untuk pemeriksaan biasa.. Hubby tunggu di luar ni ya.. Kak myra ada didalam tu.. '' kata khairul.. Mengelus lembut belakang dhia.

Dhia melangkah masuk ke dalam.. Jururawat memintanya menukar pakaiannya kepada pakaian yang sudah disediakan..dan meminta dhia berbaring di atas katil..

'pemeriksaan biasa.. Tapi kenapa aku rasa gugup sangat..adakah proses di hospital lebih terperinci? tak macam di klinik?' pikir dhia.. Dia yang tak mempunyai pengalaman.. Memandangkan ini kehamilan pertamanya sekadar akur, menurut saja apa yang diarahkan kepadanya .

'' assalamualaikum.. Sihat? tenang ya esha.. Proses ni tak lama.. sekejap sahaja.. '' kata seorang doktor perempuan yang baru masuk ke dalam.

'' waalaikummusalam, kak myra!alhamdulillah esha sihat.. '' balas dhia.

'' ya betul tu, esha. Kak myra ni.. '' kata humairah tersenyum di sebalik topeng yang menutup separuh mukanya.

'' Tenang ya.. Proses ni tak lama.. '' ulang humairah lagi.

'' ya.. '' dhia cuba berbaring dengan tenang. Mengikut saja apa arahan yang diberikan.

Dhia merasakan perutnya sejuk. Dhia menunduk dan melihat kearah perutnya yang sudah menonjol itu.. Dia melihat doktor humairah sedang tekun meneliti sesuatu di skrin.. Sebelum memberi isyarat kepada salah satu jururawat nya..

'' esha lihat disini.... '' humairah menunjukkan kearah skrin. Dhia segera berpaling ke arah skrin tersebut..

'' ini bayi kamu.. '' kata humairah lagi.

'' bayi yang didalam perut esha? '' tanya dhia polos.

'' ya betul tu.. '' kata humairah.

Seraya itu dhia merasa perutnya seperti dicucuk.. Tapi belum sempat dia berpaling kearah perutnya, humairah cepat-cepat menarik keluar jarum yang mencucuk ke perut dhia.. Tergejut dhia melihat jarum yang panjang dan nipis yang baru keluar dari perutnya..

'' kenapa esha dicucuk ! Kenapa kak myra? '' tanya dhia cemas.. Dia takut sesuatu berlaku kepada bayi yang berada didalam kandungannya .. Tapi jururawat segera memegang tangannya, menahan bahunya.. melarang dhia dari terus bangun.

'' jangan risau esha.. Tak ada apa yang kamu perlu risaukan.. Semuanya sudah selesai.. '' pujuk humairah bila melihat muka dhia berubah. Ya proses itu sudah pun selesai...

'' esha berhak tahu.. Apa yang kak myra buat tadi.. !'' kata dhia sebak..

'' kak myra cuma lakukan proses Amniosentesis. Baru tadi kak myra mengambil cairan air ketuban dari kandungan esha.. '' kata humairah.. Menerangkan apa proses yang baru dilakukannya..

'' untuk apa? untuk tahu siapa ayah kandungnya? '' kata dhia.. Sakit hatinya pada ketika itu.

'' proses ini bukan hanya untuk tu esha.. Ianya, untuk melihat samada bayi dalam kandungan mempunyai sebarang ketaknormalan yang serius. Cecair amnion mengandungi sel-sel kulit bayi yang luruh dan sel-sel inilah yang akan dianalisa.

Ia merupakan satu ujian diagnostik, yang bermakna bahawa ia boleh memberitahu kita dengan sangat tepat samada bayi mempunyai kecacatan tertentu. Ia juga boleh memberitahu jantina bayi esha..'' kata humairah lembut, agar dhia tidak terus cemas.

'jantina!!apa salahnya dengan jantina anaknya..' hati dhia kembali bergelora..
Isu jantina amat sensitif baginya.

Selepas selesai menerangkan semua kemungkinan atas proses tadi dan memantau keadaan bayi didalam kandungan dhia.. Humairah membenarkan dhia keluar dari bilik rawatan.

Khairul yang setia menunggu di kerusi, bangun sebalik melihat dhia keluar dari bilik tersebut.

'' dah puas sekarang!'' kata dhia dan berjalan pergi.

'' sayang... marah? '' tanya khairul.

Dhia diam dan berjalan pergi.. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dia katakan pada ketika ini.. Sampaikan wajah khairul pun dia tak mahu pandang..

Khairul mengikut saja, mengejar langkah dhia yang dikuasai oleh perasaan amarah.. Dhia mengangkat tangannya menahan teksi yang berada di luar.. Cepat-cepat khairul menarik tangan dhia dan menjatuhkannya kebawah semula.. Khairul menunduk meminta maaf kepada pemandu teksi yang menghampiri mereka..

Khairul menarik tangan dhia.. Membawa dhia ke keretanya... Khairul tetap memperlakukan dhia seperti biasa.. Walaupun dhia sedang memprotes setiap pekara yang khairul buatkan untuknya..

Bila khairul hendak memasangkan tali pingang.. Dhia cepat-cepat menariknya.. Lalu memakainya sendiri..

'' sayang.. Semua ni atas permintaan ibu.. Bukannya hubby yang nak pun buat proses ni.. '' kata khairul lembut. Tangan khairul ingin menyentuh perut dhia.. Tapi tangan itu terus ditempis kasar oleh dhia.

'' kenapa? Sebab nak tahu anak ni anak siapa? '' tanya dhia..

'' bukan..bukan macam tu sayang... Dah sah-sah tu anak hubby kan.. '' jawap khairul

'' atau nak tahu jantina anak ni? salah ke kalau dia perempuan? '' kali ni nada dhia mula berombak.. Sebak dadanya kini.

'' no.. Bukan macam tu sayang.. Hubby tak kisah pun kalau dia perempuan ke.. Lelaki ke.. Itu kan anak kita.. Amanah Allah kepada kita.. '' khairul cuba mengambil tangan dhia.. Tapi dhia menolak untuk menerima setiap sentuhan yang datang dari khairul.

Dhia melepaskan nafas berat.. Sambil kepalanya tergeleng geleng kecil.. Menggigit bibir bawahnya.. Geram.

'' tak pernah pun dhia paksa sesiapa.. Untuk bertanggungjawab kepada anak ni.. Tak kiralah dia lelaki atau pun perempuan.. '' air mata dhia mula mengalir..

'' kenapa perlu buat proses tadi? walau macam mana pun keadaan anak ni nanti.. Dhia sebagai ibunya.. Akan tetap membesarkan anak ni.. Walaupun hubby tak nak.. '' kata dhia menudingkan jarinya kepada khairul.

'' ya Allah.. Kenapa jauh sangat sayang fikir.. Sumpah.!!. Bukan sebab-sebab yang sayang cakapkan tu.. '' khairul mengangkat tangannya.. Dia tak tahu macam mana lagi dia nak terangkan kepada dhia.. Tambah-tambah lagi bila melihat wajah dhia yang sudah basah,dengan air mata.

'' tipu!! Kalau tak sanggup.. Kita tamatkan saja semua ni.. '' kata dhia. Khairul menangkap Kedua-dua tangan dhia..

'' tamatkan? Tamatkan apa? Sayang jangan pikir yang bukan-bukan.. Jangan sesekali pun terpikir pekara tu.. NO!'' tegas khairul menjerit tepat di hadapan muka dhia..

Tangisan dhia bertambah kuat dan semakin menjadi-jadi..

'' kita jumpa ibu.. Biar ibu yang jelaskan semuanya.. Dah hubby cuba jelaskan.. Tapi sayang dah mula merepek hal yang lain-lain pula.. '' khairul memandu keretanya keluar dari kawasan hospital terus menuju ke pejabatnya.

Sebaik sampai khairul membuat panggilan kepada ibunya..

'' assalamualaikum ibu.. ''

'' baik kami kesana.. '' khairul mematikan panggilan..

Tanpa berkata banyak khairul melepaskan tali pingang yang mengikatnya..keluar dari kereta.. Membuka pintu kereta untuk dhia dan membawa dhia keluar. Mereka sama-sama berjalan menuju ke cafe yang ada tak jauh dari situ..

Dari jauh liyana mengangkat tangannya bila melihat wajah anak dan menantunya yang suram berjalan masuk kedalam Cafe tersebut.

'' kenapa ni? '' tanya liyana.

'' kami baru balik dari hospital.. '' kata khairul.

'' ibu tahu.. Kak myra baru saja call ibu.. Yang kamu heret esha macam tu kenapa.. '' marah liyana. Menujuk kepada khairul.

'' tanya lah dhia.. Dia.. '' khairul mengaru kepalanya.. Kusut.

'' duduklah esha... Ibu terangkan.. '' kata liyana.. Dhia bersalaman dengan liyana.. Khairul menarik kerusi untuk dhia duduk.. Kemudian khairul pergi meninggalkan mereka berdua..

'' esha marah sebab kena buat proses tu di hospital tadi..? maafkan ibu.. Ibu cuma nak lebih berhati-hati.. Anak ibu bukannya khairil, khairul dan khairina.. Tapi ada lagi dua.. Yang menunggu ibu di syurga disana.. '' terang liyana.

Mendengar kata liyana.. Dhia mengangkat wajahnya yang sebam melihat liyana yang sedang tersenyum kepadanya..

'' bukan sebab sangsi ni.. anak khai? atau pun jantina anak ni? '' tanya dhia.. Liyana mengeleng..

'jadi aku salah?menuduh suami aku begitu?sampaikan menyatakan perkara yang tak sepatutnya.. ' dhia berpaling melihat sekeliling.. Tiada khairul disitu.. Dia mula cemas.

Liyana, melihat wajah dhia yang sedih tadi bertukar menjadi cemas.. Mencari khairul.. Bibirnya melebar.. Sudah faham sangat dengan apa yang dhia sedang rasakan kini.. Kerana dia juga pernah merasakan kehilangan insan yang dia sayang dalam sekelip mata.. Bibir dhia menguntum kan senyuman bila melihat khairul sudah kembali disebalik dinding cafe.. Liyana bersandar melihat pasangan bakal mama dan papa dihadapannya.. Marah-marah sayang.. Itukan lumrah dalam kehidupan rumah tangga..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience