BAB 67

Romance Completed 367824

Malam ini dhia hanya mengenakan dress tidur pendek berwarna purple gelap.. Tangan dhia sibuk menyikat rambutnya naik tinggi diatas kepalanya.. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan dari belakang menyentuh bahu dan lehernya..

'' AAAARGHHHH'' jerit dhia keras. Seraya memegang kedua-dua pipinya yang terasa meremang.. Jatuh lah rambutnya semula kebawah kerana belum sempat di ikat.

''sayang it me.. '' pujuk khairul. Meletakkan susu yang dipegangnya kesisi sebelum ia tumbah kelantai. Khairul berjalan ke hadapan dhia.. Menarik tangan dhia dari terus menutup wajahnya.

Dhia menjatuhkan tangannya.. Melihat muka khairul sedang menatap dekat kepadanya. Bibir bawahnya digigit.. Menahan geram..

Plak.. Plak.. Plak..tangan kecil itu menampar lengan khairul.

'' sorry sayang... Tak sengaja.. Tak tahu pulak sayang nak tergejut sampai macam tu sekali.. '' kata khairul..

Dhia menolak dada khairul, membuka laluannya untuk pergi dari situ.. Rasa didadanya masih belum hilang.. Walaupun khairul sudah meminta maaf kepadanya tadi. Kakinya melangkah duduk di sofa.. Mengurut dadanya.. Kemudian tangannya turun ke perutnya.. Dielus lembut disitu..

Khairul mengambil susu tadi.. Dibawa susu itu bersamanya dan diletakan di atas meja kecil yang ada di depan dhia.

'' suka buat macam tu tau!! .. Kalau baby tegejut macam mana? '' kata dhia memuncungkan bibirnya merajuk.

''hubby tak sengaja.. Betul! .. Tak tahu pulak sayang sedang berangan.. Sampai tak sedar hubby masuk bawakan susu..'' kata khairul. Menarik getah yang ada di pegelangan tangan dhia.

'' susu? Hubby buatkan susu? '' tanya dhia tak percaya..

'' tak.. Tuang saja.. '' kata khairul. Dengan gelak kan kecil. Kemudian menyisir rambut dhia mengunakan tangannya.. Mengikat rambut itu tinggi-tinggi di atas kepala dhia.

'' sayang dah minum susu tadi.. Tapi tak apa lah.. Terima kasih.. '' dhia melilitkan tangannya disekeliling leher khairul.. Sebuah ciuman hinggap di pipi putih milik khairul.

'' terima kasih je..? '' tanya khairul tak puas hati.

'' hai.. Dah bagi kiss, dah tu kan.. Takkan tak cukup.. '' balas dhia..

'' hmmm... Puasa lagi lah.. jawapnya yea.. '' kata khairul sambil mengelus peha dhia yang berlapik baju tidur paras lutut tu..

'' puasa..? '' dhia menggelengkan kepalanya.. Tangannya mengambil gelas susu yang ada di atas meja.. Lalu diminum susu tersebut dengan cermat. Selepas itu dhia meletakkan kembali gelas itu di atas meja kecil tadi.

Tangan khairul yang sedang mengusap lembut pehanya ditangkap..

'' boleh tak esok sayang nak makan dekat sini.. '' dhia menunjukkan telefon bimbitnya.. Kepada khairul.

'sempat lagi dia cakap pasal makan..' mahu tak mahu khairul layan kan juga dhia..

'' hmmm.. Nampak sedap.. '' kata khairul.

'' boleh kita pergi esok..boleh? '' tanya dhia. Mengelipkan matanya beberapa kali..

'' boleh je, sayang.. '' jawap khairul.. Jarinya mencuit pucuk hidung dhia.

'' sekarang jom.. '' ajak dhia.

'' kemana? nak pergi makan sekarang ke? kata esok tadi.. '' khairul bingung..

Dhia mendekatkan dirinya.. Memeluk kembali leher khairul seperti tadi.. Tetapi kali ini lebih erat..

'' taknak jenguk baby? '' bisik dhia dengan penuh sensasi..ditelinga khairul
.. Sengaja dhia menghembus nafasnya yang panas ke telinga khairul..

'' sayang goda hubby... Tak menyesal? '' tanya khairul.. Dhia membalas dengan mencium telinga khairul yang sudah bertukar kemerahan.

'' jangan cakap hubby tak bagi amaran.. '' khairul terus mengangkat dhia tinggi.. Dhia memaut erat leher khairul..

Khairul meletakkan dhia dengan lemah lembut diatas katil mereka..kemudian dia, berpusing semula.. Menutup lampu bilik kepada lampu tidur.. Supaya suasana menjadi lebih romantis untuk mereka berdua malam itu..

Keesokannya khairul kembali kerumah mengambil dhia untuk makan tengah hari di tempat yang dhia minta semalam..

Mereka berdua masuk kedalam restoran yang penuh dengan ramai pelanggan, masing-masing sedang makan makanan tengah hari mereka..

'' sana sayang ada kosong.. '' kata khairul menunjuk kearah satu meja yang tak diduduki oleh sesiapa..

Berjalanlah mereka berdua ke situ.. Duduk dan menunggu pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.. Khairul melihat menu yang ada..

'patutlah ramai.. Masakan panas.. Dah macam dekat siam..Western pun ada.. Boleh tahan.. 'pikir khairul.

'' meat grill combo satu.. '' dhia menunjukkan menu dengan jarinya kepada pelayan itu.

Khairul mencari menu yang ditunjukkan oleh dhia di buku menunya..

'Grill chicken + beaf stick +lambchop +fries +coleslaw... Untuk dua-tiga orang makan.. Biar betul bini aku ni.. Lepas geram ke apa ni?' direnungnya wajah dhia.

'' hubby nak order apa? '' tanya dhia.

'' kita share? '' tanya khairul kembali.

'' tak nak.. Order asing lah.. '' marah dhia.

Pelayan yang ada diantara mereka hanya tersenyum..

'' ok.. Tapi sayang kena habiskan yea.. '' pesan khairul.. Bukannya apa.. Kalau dhia tak habiskan.. Yang menjadi mangsa nanti, adalah dia sendiri.

Selepas membuat pesanan.. Pelayan itu pergi.. Menyampaikan pesanan mereka di bahagian dapur.

'' ramai kan.. '' kata dhia.

'' hemm.. '' balas khairul. Mengangguk turut memerhati sekeliling.

'' kenapa sayang order western? bukan sayang kata, nak makan tomyam ke semalam? '' tanya khairul..

'' entah'' dhia mengangkat bahunya..

''Tiba-tiba mulut rasa nak makan Western.. Tanya anak hubby.. '' jawap dhia.

'' seriuslah.. '' kata khairul sambil ketawa..

Pelayan datang menghidangkan makanan yang dipesan oleh khairul dan dhia.. Membulat mata khairul melihat makan yang dipesan oleh dhia.. Satu pingang yang dah serupa talam diatas meja mereka berdua...

Cepat-cepat dhia menadah tangannya.. Membaca doa makan.. Kentang goreng diambilnya... Terus dibawa masuk kedalam mulutnya.

Khairul pula mengambil lambchop di letakkan keatas pinggan kosong..yang dah disediakan bersama dengan set itu.

'' hubby!'' dhia menegur khairul.

'' hubby tolong potongkan kecil-kecil.. Senang sayang nak makan nanti.. Tu makan pelahan-pelahan.. Panas lagi tu.. '' pesan khairul.

Dhia mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.. Adakala dia menyuap juga khairul..

'kan, dah kata !' keluh khairul.

'' sedap? '' tanya dhia sambil tersenyum. Khairul hanya mampu mengangguk.

''jom kita gemuk bersama-sama..'' kata dhia melihat khairul yang sedang mengunyah makanan yang diusapnya tanpa bersuara..

Dalam asyik mereka makan cermin kaca yang ada disebelah mereka diketuk dari luar. Pasangan itu sama-sama menoleh melihat kearah luar..

'' amri!'' kata khairul sebaik melihat sahabatnya yang ada disebelah luar kedai.. Sedang tersenyum dan melambai kearah dia dan dhia.

''tu kan kawan hubby.. yang datang ke majlis kita tu kan..? '' tanya dhia. Menunjuk kearah amri dengan garfunya. Khairul kemudian mengangguk.

'' ya.. '' balas khairul.. Masih tak lepas melihat sahabatnya yang sedang berjalan masuk kedalam restoran .. Berjalan menuju kearah mereka..

'' assalamualaikum amri.. '' khairul bangun menyuakan tangan kepada sahabatnya. Amri melihat tangan yang dihulurkan oleh khairul.

''waalaikummusalam.. Khai..'' amri menyambut huluran tangan khairul..

Sebaik amri menyambut tangan khairul.. Khairul menarik untuk memeluk amri.. Mereka berpelukan seketika.

'' buat apa disini.. '' bisik khairul ditelinga amri.

'' ada benda yang aku nak beritahu.. '' jawap amri berbisik kembali ke telinga khairul.

Pelukan mereka dileraikan.

'' sayang.. Hubby nak jumpa dengan kawan hubby sekejap.. Sayang makan dulu ya.. '' kata khairul.. Dhia menganggukkan kepalanya..

''pinjam khai sekejap yea.. Kak ipar jangan marah tau! Sekejap je..'' tambah amri.. Tersengih memandang dhia yang sedang mengunyah makanan didalam mulutnya.

'' tu bini akulah.. '' bisik khairul perlahan. Menarik amri jauh dari meja makan.

'' sayang duduk makan.. Ok.. Jangan merayau.. Makan pelahan-lahan.. Hubby pergi sekejap saja.. '' kata khairul lagi.

Berkedut dahi dhia mendengar pesan suaminya..

'apeni? Ingat aku ni budak lima tahun?' keluh dhia.. Dhia hanya mampu mengangguk sahaja pada ketika itu.. Memandangkan makanan masih penuh didalam mulutnya..

Dua lelaki itu berjalan keluar dari restoran.. Memilih untuk berbincang di luar.. Dhia melihat sahaja mereka pergi.. Kemudian berhenti tak jauh dari cermin dekat dengannya duduk.

'ceh.. Tepi ni saja pun...pesan macam nak pergi jauh.. ' keluh dhia.. Menyambung kembali makan.

Khairul sengaja memilih untuk berbincang dengan amri dekat dengan cermin tempat dimana dia boleh melihat dhia sedang makan.. Supaya matanya tak terlepas pandang melihat dhia, sementara dia berbual dengan amri.

''amboi.. Caring gila kau, siap potongkan kecil-kecil lagi bagi kakak ipar aku makan.. !'' kata amri menepuk lengan sahabatnya.. Bila melihat mata khairul langsung tak lepas melihat dhia disebalik dinding kaca restoran itu.

'' dia isteri aku.. Orang yang aku sayang.. Tentulah aku jaga dia.. Lebih dari nyawa aku sendiri.. '' kata khairul.. Amri menunduk.. Menarik senyumannya.

'' bagus lah.. Kalau macam tu.. Aku doakan kau bahagia dengan isteri kau.. Dia dah banyak ubah kau.. '' kata amri.

''kau pun sama.. Harap cepat dapat jodoh.. Ape benda yang kau nak cakap dengan aku tadi?'' tanya khairul.

'' aku nak beritahu.. Perempuan yang kau suruh aku, tengok tu.. Dah tak datang ke kelab.. '' kata amri.

'' ok, baguslah tu.. Terima kasih beritahu aku.. '' balas khairul.

'' satu lagi khai.. '' kata amri.

'' ada lagi? '' tanya khairul.. Bila melihat kepala amri terangguk angguk.

'' dia dah kembali.. '' kata amri. Menatap tepat ke wajah sahabatnya untuk melihat reaksi dari wajah yang sedang disirami cahaya matahari itu.

'' siapa yang dah kembali? '' tanya khairul.

'' Nad.. Nadeerah !'' kata amri.

'' nad!? '' riak wajah khairul berubah. Suram. Di mengalihkan pandangan matanya melihat kearah dhia yang sedang tersenyum kepadanya dari jauh.. Perlahan-lahan bibirnya ditarik naik keatas.. Membalas senyuman isterinya..

Amri yang membelakangi dhia berpaling melihat dhia.. Kemudiannya melihat kepada khairul semula..

'' aku harap dengan kepulangan nad.. Tak mengugat hubungan korang.. '' amri meletakkan tangannya di atas bahu khairul.

'' macam mana kau tahu dia dah kembali.? Kau yakin itu dia? Atau? Orang lain? '' tanya khairul.

'' kau dengar tak apa yang aku cakap kan tadi.. !'' suara amri sedikit meninggi.

'' aku dengar.. Aku sayangkan isteri aku.. Cuma dia berhutang dengan aku, satu jawapan.. Aku nak tahu kenapa dia tinggalkan aku.. Itu je.. '' balas khairul.

'' lega aku dengar.. Aku nak beritahu kau ni, pun berat pada mulanya.. Takut kau jadi macam zarif.. '' kata amri.

'' zarif? ''

'' dia dah kembali macam dulu.. Hanyut dengan nad.. ''

'' hanyut? Apa kau cakap ni? '' potong khairul.. Dia mula beremosi.

'' yea lah.. Tiap-tiap malam lepak dengan kita orang.. Sekarang nad dah datang.. Dia dah minum balik.."

'' tiap malam ke kelab? Habis tu khairina.. Dia tu dah kahwin dengan adik aku.. Dia dah ada isteri! Isteri dia tu adik aku!!!'' marah khairul.

Dhia yang berada didalam kedai makan melihat saja kepada suaminya..

'kenapa dia tiba-tiba nampak macam.. marah-marah pula..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience