BAB 2

Romance Completed 367824

"kenalkan ini eliya.. Isteri baru ayah.. Dan ini anaknya.. Namanya eijaz.." kata dhani sambil memegang bahu eliya dan kemudiannya menunjukkan tangannya kepada lelaki muda yang sedang duduk di atas kerusi.

Qasrina mengeluh, dia pasti perkara ini akan terjadi.. Suaminya dah berkali memaklumkan kepadanya tentang niatnya yang mahu menikah lagi, atas alasan mahukan anak lelaki. Dia tak mahu dua anak perempuannya membenci ayah kandung mereka sendiri. Tapi perbuatan yang dhani lakukan ini.. Memang sudah melampau. Perlukah dia menikah secara diam-diam begini.

"apa maksud ayah!" kata qaisara. Dia yang sudah siap memakai seragam kerjanya keluar dari biliknya. Melihat dua wajah asing itu dengan pandangan tajam.

'' seperti apa yang ayah beritahu tadi.. Ini ahli keluarga baru kita.. '' kata dhani tenang sambil tangannya menunjukkan kearah Eliya dan Eijaz.

'' mak.. Kenapa mak boleh tenang saja! Mak tengoklah ayah tu! Dah la tiga tahun ayah tak balik.. Tiba-tiba balik bawa perempuan mengandung dan katakan perempuan tu ahli keluarga baru kita mak !!'' kata qaisara menggoyangkan tangan Qasrina.

'dari mana datang nya perempuan ni.. Semasa dia menikah dengan ayah pasti dia ni sudah mempunyai anak.. Tengok lah anak dia.. Sudah sebaya aku..' qaisara memandang sekilas kepada lelaki yang sebaya dengannya.

'' duduk lah abang.. Saya buatkan air'' kata Qasrina. Memegang erat tangan qaisara lalu melonggarkannya dari terus mencekam tangannya. Qaisara turut mengikut langkah qasrina melangkah ke dapur.

Qasrina memandang sekilas kepada qaleesha yang berdiri kaku disatu sudut. Memandang sahaja apa yang berlaku.

' kenapa? kenapa harus jadi begini? Kenapa ayah sanggup menikah lagi sedangkan selama ini mak melayan ayah dengan baik.. Mak setia menanti disini setiap kali ayah berada di tempat orang mencari rezeki.' mata qaleesha berkaca-kaca melihat kearah ayahnya yang sedang duduk disamping wanita yang sudah bergelar isterinya.

''a.. Aaa... Yahhh'' panggil qaleesha.. Suaranya tersangkut di kerongkong.

Qaleesha melihat sahaja ayahnya sedang berpaling memandang kearahnya.. Ayahnya menggamit memanggil dirinya supaya datang menghampirinya dan duduk bersamanya.. Perlahan-lahan kepala Qaleesha bergoyang kepalanya ke kiri dan kanan. Dia sendiri tak tahu kenapa dia beriaksi sebegitu.

Dhani mengeluh, sebaik mendapat reaksi negatif dari anak kesayangannya yang paling manja. Terdetik rasa kecewa di hatinya.

'' sayang duduk dulu , saya nak bercakap dengan qaleesha sekejap.. '' Dhani berbisik di telinga Eliya. Kepala Eliya dijatuhkan.. Faham dengan apa yang dikatakan oleh suaminya, Dhani.

Dhani bangun dari duduknya dan berjalan kearah Qaleesha. Menarik tangan kecil Qaleesha. Agar anak itu mengikutnya berjalan keluar bersamanya. Mereka dua beranak berjalan keluar dari rumah yang menjadi tempat teduhan mereka selama bertahun-tahun lamannya..
Berjalan sampai di bawah pokok rambutan besar yang hidup subur merendang di halaman rumahnya.

'' Qaleesha marahkan ayah? '' tanya Dhani. Qaleesha mengeleng.. Dia sendiri tak faham dengan perasaannya. Perlukah dia marahkan ayahnya.. Atau perlu apa sekarang ini..

'' Dhia Qaleesha.. Ayah bertanya ni.. Kenapa Esha diam saja? '' kata Dhani lagi.

'' kenapa ayah....buat begini? '' tanya qaleesha. Memandang jauh di tengah sawah padi yang tak berpenghujung dan matanya tertumpu di kaki bukit sana.

'' ayah.. ''

'' ayah dan ibu sama-sama saling menyayangi antara satu sama lain.. Saling mencintai.. Tapi kenapa !? Kenapa ayah buat ibu begini!'' kata qaleesha dengan nada yang bergetar.. Dan dua tangannya memeluk erat tubuhnya yang kecil itu.

'' Esha sendiri tahu yang ayah dah lama teringin kan seorang anak lelaki! '' kata Dhani.

'' hanya kerana alasan itu, ayah sanggup buat kami begini!''

'' apa salah mak! Mak setia dengan ayah.. Mak sayangkan ayah sampai dia dibuang keluarganya sendiri, bila dia memilih untuk berkahwin dengan ayah... Ayah dah lupa..? '' kata Qaleesha menahan amarahnya.. Cuba untuk tidak menjadi biadap terhadap ayah kandungnya sendiri.

'' ayah.. !''

Plakkk..

Pipinya terasa pedih dan sakit.. Qaleesha berpaling melihat kearah orang yang menampar nya.. Alangkah tergejut nya dia terasa.. Matanya membulat tak percaya dengan apa yang dilihatnya..

'' makkkk... '' panggilnya lanjut..

'' abang masuk lah dulu.. Abang datang dari jauh.. Mesti letih kan'' kata Qasrina lembut dan sopan kepada suaminya.

''terima kasih ina.. '' kata dhani, menyentuh bahu isteri pertamanya.

"ayah tak pernah lupa apa yang mak kamu dah korbankan untuk keluarga ni.." sempat dhani berkata sebelum Dhani bejalan pergi meninggalkan dua beranak itu di bawah pohon rambutan yang merendang.

'cis.. Dasar hipokrit..!!!!!' jerit qaleesha didalam hatinya.

'' kenapa mak.. Salahkan apa yang Esha katakan.. '' qaleesha memeluk erat kaki Qasrina.

'' mak nak esha dan kak Sarah jangan masuk campur dalam urusan rumah tangga mak.. Hal tu biar saja mak yang uruskan... '' kata Qasrina, tangannya mengelus lembut atas kepala anaknya.. Dia berpaling melihat kearah qaisara yang sedang berdiri tak jauh daripada mereka. Qaisara menjatuhkan kepalanya.. Akur.

Bermula saat itu keluarga baru ayah tinggal bersama kami.. Ayah siap memperbesarkan rumah tempat kami berteduh bertahun-tahun hanya mahu isteri mudanya selesa tinggal disitu.

Tak berapa lama.. Lahirlah, zuriat ayah yang ayah tunggu-tunggukan.. Seorang anak lelaki dambaannya. Sejak kelahiran si kecil itu dirumah mereka. Ayah banyak menghabiskan masanya untuk anak barunya.

'' mak.. Esha pergi dulu.. '' Qaleesha menyudahkan sarapannya. Sebaik melihat eliya keluar dari bilik tidurnya sambil mendukung si kecil Dhaniel.

Qasrina faham sangat dengan perangai anak bongsunya itu. Memang tak suka dengan anggota keluarga barunya .. Entahlah kenapa..

'' hati-hati naik basikal tu.. '' pesan Qasrina kepada anaknya. Dia melihat Qaisara masih duduk di meja makan sedang makan makanannya.

'' makcik.. Eijaz pergi dulu.... '' kata eijaz seraya mencium tangan Qasrina sama seperti dua anaknya yang lain.

'' hati-hati pergi kerja.. '' begitu jugalah pesannya kepada anak tirinya itu.

'' baik mak cik.. '' balas eijaz tersenyum. Dia berjalan kearah ibunya dan bersalaman dengan Eliya.

Eliya memberikan dhaniel kepada Qasrina sementara dia duduk untuk makan bersama dhani. Qasrina menyambut anak kecil itu dengan senyuman melebar.. Melayan anak kecil itu seperti anaknya sendiri. Keluarga mereka nampak harmoni tapi didalam hati masing - masing hanya tuhan saja yang tahu.

'' abang.. Penat lah nak keluar guna, bilik air diluar.. Apa kata besarkan bilik tidur kita.. Buat sekali bilik air didalam tu.. '' rengek eliya kepada suaminya.

'' tak elok kalau kita buat bilik air di dalam bilik tidur.. '' balas dhani lembut. Manakala Qasrina dan qaisara memerhatikan sahaja. Setiap hari ada saja yang diminta oleh eliya..

'' tapi abang.. Kalau tak elok buat dalam bilik air dalam bilik.. Kita buat sebelah bilik tidur kita.. Tk lah malam-malam saya kena keluar berjalan sampai ke dapur ni.. '' keluh eliya lagi.

''yea lah.. Nanti saya fikirkan...'' putus dhani, membuatkan eliya menarik senyumnya.

'' esha!''

'' esha!'' panggil eijaz.

Qaleesha berpaling kebelakang melihat Eijaz sedang mengejar langkahnya. Qaleesha langsung tak mengendahkan lelaki itu seperti kebiasaannya. Dia meneruskan urusannya.. Memakaikan kasut di kakinya dan melangkah keluar dari rumah itu.

'' kenapa ni? '' tanya Qaleesha bila tangannya ditarik oleh Eijaz.

'' esha tak dengar ke.. Abang panggil esha dari tadi? '' kata Eijaz.

'abang!!!!! Jangan mimpi kau boleh jadi abang aku.. Sampai mati pun kau tetap orang luar dimata aku..' bentak Qaleesha sekaligus merentap tangannya.

'' apa esha! Esha!.. Siapa yang benarkan kau panggil aku esha.. Panggil dhia.. Sama seperti orang lain.. '' kata Qaleesha.

'' kenapa susah sangat Esha nak terima abang dan ibu abang.. '' kata Eijaz..

Qaleesha tak mempedulikan apa yang bau dikatakan oleh Eijaz.. Di berjalan ke arah basikalnya yang elok dipakir di tepi dinding rumah mereka.

'' Esha.. Abang hantarkan Esha ke sekolah'' kata Eijaz.

''boleh.... '' Kata Qaleesha dan berpaling memandang kearah Eijaz yang sedang tersenyum mendengar jawapannya.

'' boleh!! Dalam mimpi!!!'' sambung qaleesha lagi sebelum merentap basikalnya dan menolak basikal itu ke halaman rumah mereka.

Eijaz mengeluh lagi kali ini.. Melihat belakang tubuh Qaleesha pergi mengayuh basikal dengan laju meninggalkan perkarangan rumah.

'apa yang perlu aku buat lagi, supaya dia boleh menerima aku dan ibu..'

Share this novel

WaneyZack
2021-09-02 22:27:29 

Kan.. Itulah kehidupan..

Yasmin Cyg
2021-09-02 21:51:09 

yg br bc pun skit ht tp itulh hdup


NovelPlus Premium

The best ads free experience