BAB 35

Romance Completed 367824

Dhani menayangkan wajah garangnya bila melihat anak perempuannya balik ke rumah dengan seorang lelaki di sampingnya..

"ayah.." panggil dhia gugup bila melihat dhani melangkah keluar dari rumah dan bercekak pinggang di hadapannya.

"dia siapa!?" tanya dhani, dengan suara garaunya yang lantang.. Menunding jari kearah khairul.

'' ayah.. ni khairul. '' kata dhia kepada ayahnya.

"pakcik.. Saya khairul.. Bakal suami dhia.." kata khairul mesra dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Tangan khairul dibiarkan tergantung begitu sahaja.. Dhani tersenyum senget mengejek, ke arah khairul.

'' calon suami! Atau lelaki tak guna yang dah buat anak aku mengandung anak haram !!!'' tempik dhani lantang.. Terketar-ketar dhia mendengar suara ayahnya seperti bunyi guruh yang menyambar ke bumi.

'' ayah.. '' panggil dhia.

'' diam!!'' kata dhani dengan muka yang merah kerana terlampau marah. Dia mengheret dhia dengan kasar lalu menglemparkan dhia masuk kedalam rumah.. Begitu sahaja..

'' kau berambus!'' kata dhani menolak bahu khairul.. Teranjak khairul beberapa langkah kebelakang ..

'' aku takkan izinkan lelaki macam kau masuk ke dalam keluarga aku.. !'' marah dhani.

'' pakcik izin kan kami bernikah.. Demi anak kami.. '' rayu khairul.

'' ahhhh.. Aku tak perduli.. '' kata dhani lalu masuk kedalam rumahnya dan menutup pintu rumahnya dengan kasar.. Terbentur bunyi pintu papan itu kuat..

Dhani berjalan kearah dhia yang masih terduduk di lantai..kemudian berjalan melepasi dhia.. Tak lama selepas itu.. Dia datang semula membawa sesuatu ditangannya..dan melibas kearah dhia..

'ya allah.. Ekor pari..!' dhia ketakutan sampaikan menggigil.

Hanya dengan satu libasan membuatkan.. Kulit dhia terasa seperti terkoyak dan berdarah..

'' ayah.. Jangan ayah.. Sakit!'' rayu dhia.. Menangis teresak esak menahan sakit dan pedih.

'' kamu semua.. !! Anak perempuan yang tak mengenang budi.. Tak ada benda lain selain menconteng arang ke arah muka orang tua kamu sendiri.. !!'' marah dhani.

'' ayah.. Tolong ayah.. Esha minta ampun.. '' kata dhia, tubuhnya membongkok melindungi perutnya dari terkena libasan dari dhani.

Dhani tak memperdulikan rayuan dan tangisan dari dhia.. Bunyi ketukan kuat dari luar juga tak dihiraukannya.. Hanya amarah yang menguasai dirinya.. Memukul dhia sampai terluka disana sini..

'' ayah.. !! Tolong ayah!!!'' jerit dhia sambil memegang kaki ayahnya..

Dhia membuka matanya..terkebil kebil seketika matanya.. Nafasnya juga tidak stabil.. Tercungap-cungap seperti kekurangam oksigen.. Benda yang pertama dilihatnya adalah syiling berwarna putih bilik tidurnya.. Dia berpaling ke kiri.. Kemudian ke kanan dengan perlahan-lahan..

'aku masih di dalam bilik tidur rumah sewa..'

'' ya allah! Aku mimpi ke tadi.. '' kata dhia mengesat air matanya yang mengalir di wajahnya.

Dhia yang terbaring terus bangun terduduk.. Mimpinya terasa, seolah-olah nyata baginya...

'' pertanda apakah ini..? Adakah ayah akan membantah pernikahan ini..? '' dhia mengelus perutnya.. Perasan gelisah mula menyelubunginya..

'' permudahkan urusan ku ya Allah.. '' dhia menjatuhkan kakinya kebawah.. Mengambil telefon bimbitnya untuk melihat waktu ketika itu..

'' dah nak subuh.. Rupanya.. '' kata dhia. Dia membuka mesej dari khairul yang tak sempat nak dibacanya semalam kerana dia sudah terlena.

Baru dia nak membaca mesej dari khairul.. Telefonnya berbunyi.

'' la.. Kenapa pulak'' rungutnya bila khairul sedang membuat pangilan video kepadanya.. Segera dhia menolak panggilan tersebut.

' ada ke patut.. Nak video call time-time macam ni.. 'rungut dhia tak puas hati.

- kenapa tolak vc khai?- khairul

Dhia membaca mesej yang baru diterima dari khairul itu dengan menelan air liur nya..

' alah.. Apa aku nak jawap ni? mesej pulak dia!' rungut dhia.

- answer me.. Khai tahu dhia dah bangun kan..-khairul

- dhia..-khairul

- dhia..-khairul

- dhia qaleesha.. -khairul

- ya.. - dhia

- kenapa terjaga? - khairul

- hmm.. Dah tak boleh tidur.. Lagipun dah nak nak subuh.. - dhia

- ok.. Nak makan apa2 x nanti.. Khai belikan masa otw kesana.. - khairul

- tak apa.. Dhia akan makan siap-siap nanti.. - dhia

- dhia.. - khairul

- apa? - dhia

- thanks.. Terima kasih sangat-sangat, kerana bagi khai peluang.. - khairul.

- dhia nak mandi.. - dhia

- jumpa nanti.. :) - khairul.

- ok..- dhia

'' ok saja.. '' kata khairul tak puas hati.. Dia juga seperti dhia.. Sudah tak boleh melelapkan matanya..tambah pula bila dia melihat status dhia dalam talian waktu itu.. Terus dia membuat panggilan video.. Taksangka dhia akan menolak panggilan video tersebut..dia takut, terjadi apa-apa krpada dhia.. Manakan tidak kerana hari ini mereka akan bertolak ke kampung dhia.. Menyelesaikan semuanya.

Dhia turun ke dapur selepas siap solat untuk menyiapkan sarapan pagi..

'' awal lagi kan.. Sempat ni kalau nak buat nasi goreng..'' kata dhia..

Dhia segera meletakkan beras di rice cooker sebaik dibasuh dengan bsrsih.. Kemudian dia mengambil cili kering, bawang merah, bawang putih dan udang kering lalu menumbuk nya. Sementara menunggu nasi masak.. Dhia membasuh sayur sawi.. Kemudian mengoreng telur dan ikan bilis..

'' masak apa dhia.. Dari atas kakak bau wangi saja ni.. '' kata marina.

'' nasi goreng kak.. '' kata dhia yang sedang memotong daun bawang.

'' nasi goreng apa? ''

'' nasi goreng biasa je.. Kak.. ''

'' oh..nasi goreng favorite dhia.. Cili tumbuk.. Sedap ni..'' kata marina mengacau nasi goreng yang masih ada diatas dapur. Dhia menaburkan daun bawang yang dihirisnya tadi dan menutup api.

'' kakak tak mandi lagi? '' tanya dhia bila melihat marina yang masih memakai baju tidur.

'' belum.. Tiba-tiba lapar.. Bau dhia tumis tadi.. Sampai sakit perut kakak ni.. '' kata marina menyentuh perutnya.

'' ihhh kakak ni.. Pergi gosok gigi dulu..lepas tu kita makan '' kata dhia menolak marina keluar dari dapur.

'' yea lah.. Tak payah tolak.. Kakak pergi ni... '' kata marina akur lalu berjalan pergi keluar dari dapur.

Sedang mereka makan berdua.. Kedengaran bunyi enjin kereta diluar rumah mereka..

'' dah sampai ke dhia? '' tanya marina cemas.

'' kakak belum mandi lagi.. Kenapa mereka sampai awal sangat.. '' rungut marina.

Dhia ketawa kecil melihat marina yang cemas.. Bangun dari kerusinya dan pergi ke ruang tamu mengintai keluar.

'' dhia!!!'' jerit marina.

'' mereka dah sampai lah.... '' berlari marina ke dapur dan melihat dhia masih makan dengan santai.

'' dhia.. Makan cepat.. '' kata marina.

'' kak.. Relax lah.. Kenapa kakak cemas sangat.. '' tanya dhia.

'' ah.. Ah.. Kan.. Bukan apa kakak tak mandi lagi.. Macam mana kakak nak hantar dhia sampai keluar.. " kata marina..

" tak apa lah kak.. Dhia keluar sendiri.. Kakak tak perlu hantarkan.. "kata dhia..

" mana beg dhia..?"tanya marina..

" masih diatas.. "jawap dhia..

" dhia ni.. Kenapa santai sangat.. Jangan biar orang menunggu lama dhia.. Khairul tu bukannya datang sendiri.. Kakak tengok ada vellfire sama tu.. " jelas marina..

Terus tersedak dhia dengan nasi goreng yang di masaknya tadi.. Bila mendengar apa yang dikatakan oleh marina..

" ka kak.. Tak melawak kan.. " kata dhia dengan mata yang berair dan tekak yang terasa pedih..

" ha tu kan.. Tadi santai saja dia.. Lepas dengar.. Terus tercekik.. Betul lah.. Kakak tak melawak.. Serius... Sebijik Mercedes-Benz khairul tu.. Satu lagi vellfire dua-dua warna hitam.. '' kata marina lagi.

Dhia segera bangun mengangkat pinggannya yang masih berbaki nasi goreng.

'' tu nak kemana? '' tanya marina.

'' nak keluar lah kak.. Nanti mereka tunggu lama pula.." Kata dhia.

'' duduk! Habiskan makanan tu.. '' arah marina.

'' tadi kakak sendiri suruh cepat sekarang suruh duduk pula.. '' kata dhia.

'' memanglah dhia.. Tapi.. Dhia kena habiskan makanan dhia tu.. Sikit lagi, dah nak habis tu.. '' kata marina menunjuk kearah pinggan dhia.

Dhia menayangkan senyumannya lalu kembali duduk dan menghabiskan makanan yang berbaki didalam pinggan..

Selepas selesai makan dhia dan marina saling berpelukan dan berucap selamat.

'' marissa..? '' tanya dhia.

'' hmm.. Dia berjaga malam tadi.. Tak bagun lagi lah tu.. Biarlah dia, nanti dia bangun biar dia meraung sorang-sorang..

'' aarhhh.. Mana boleh dhia balik tak jumpa dengan risa dulu.. !!'' jerit marissa yang muncul ditangga dengan muka yang baru bangun tidur.

'' eeeee... Anak dara tak senonoh.. Dhia dah nak pergi lah.. Orang dah menunggu kat luar tu.. '' kata marina kepada adiknya.

'' dhiii lamaaa ke kau balikkkk... '' tanya marissa merengek manja..

'' tak dua hari saja..mana boleh lama-lama nanti kerja aku macam mana.. Ni pun nasib kak rina tolong cover kejap.. '' kata dhia..

'' ishhh.. Kakak ok ja.. Dhia jangan risau, jangan pikir pun tentang disini.. Balik selesaikan semuanya.. Harap semuanya berjalan lancar.. '' kata marina.

'' terima kasih kak'' balas dhia.

''dhhhiiia nak mintak tolong boleh? '' tanya marissa lagi.

'' dah tau sangat ni.. Mesti ada apa-apa, kalau dah panggil manja-manja macam ni.. '' kata dhia..

'' kau sahabat aku dhia.. Aku sayang kau! . '' kata marissa memeluk erat marissa.

'' ok.. Nanti aku singgah rumah mak kau ambilkan barang kau tu.. '' kata dhia..

Dhia membuka pintu.. Manakala dua wanita itu sekadar bersembunyi di sebalik pintu yang terbuka sedikit..

'' bye.. Assalamualaikum.. '' kata dhia melambai kepada mereka..

'' bye.. Semoga selamat sampai.. '' kata mereka berdua.

Dhia berjalan ke pagar.. Khairul sudah tegak berdiri disana dengan mengenakan baju teluk belanga berwarna hitam bercermin mata hitamnya.. Melopong dhia seketika..

'' kenapa pakai macam ni? '' tanya dhia. Sambil membuka pintu pagar.

'' kenapa? Saya kan nak jumpa dengan bakal mertua saya.. '' balas khairul tersenyum manis. Dhia sekadar mengangguk.. Melayankan saja.. Sebelum mood kedua-dua mereka kelaut.

Liyana keluar dari vellfire hitam yang ada di belakang kereta khairul..

'' dhia.. Mari naik dengan ibu.. '' panggil Liyana..

'' ibu.. Kenapa dhia kena naik dengan ibu.. Habis tu.. Takkan khai nak naik seorang.. '' bangkang khairul sambil menunjukkan kearah keretanya.

'' khai akan naik dengan abang .. '' balas Liyana memeluk tubuh memandang kearah khairul.. Khairil keluar dari sebelah pemandu lalu berjalan ke arah kereta khairul sambil mengeleng gelengkan kepalanya.

'' mari dhia.. '' panggil Liyana lagi. Dhia menarik senyumnya dan bejalan ke arah Liyana.. Baru dua langkah dia melangkah tapi kakinya berhenti bila terasa tertarik ke belakang. Dhia segera berpaling melihat khairul sedang menarik hujung beg pakaiannya..

'' lepaskan beg ni.. Beg ni, tinggal dengan khai sahaja..'' kata khairul, dengan wajah tak semanis tadi.

Dhia yang bingung mengangguk sahaja.. Melepaskan beg pakaiannya. Khairil sudah mula ketawa.

''jangan risau.. Balik nanti.. Dhia akan balik dengan khai.. Sebab kita akan balik asing-asing nanti..'' kata Liyana tersenyum lebar. Melihat dhia sudah melangkah naik ke vellfire miliknya.

'' baik ibu.. '' balas khairul pasrah.

'' jangan risau, balik nanti Insya Allah, dhia dah sah buat khai.. Jadi kami tak nak ganggu pengantin baru.. '' usik Khairil. Lalu masuk kedalam kereta khairul. Mendengar apa yang dikatakan oleh abangnya.. Bibir khairul mengembang dengan sendirinya..

Dhia masuk kedalam vellfire. Ternyata didalam itu masih ada orang di dalamnya.. Ada pak masjid sebagai pemandu.. Dan di belakang ada doktor humairah dan dua anak kembarnya.. Khalif dan khadijah.

'' dhia dah kenalkan dengan doktor humairah.. Dia isteri abang ril.. '' Liyana memperkenalkan.

'' ya.. Assalamualaikum doktor.. '' kata dhia.

'' waalaikummusalam.. Panggil saja kak myra..tak perlulah doktor.. Kan lebih mesra.. Kenalkan ni anak kembar kak.. Khalif dan khadijah... Cepat salam acik.. '' kata humairah kepada dua anaknya.. Malu-malu si kembar itu untuk bersalaman dengan dhia..

'' kakak ni siapa mama? '' tanya khadijah.

'' bukan kakak.. Khadijah.. Tapi acik.. Ni bakal isteri acik khai.. '' terang humairah kepada anaknya.. Si abang hanya diam saja selepas bersalaman dengan dhia..

'' betul ke mak tok..? '' tanya khadijah lagi.. Masih tak puas hati..

'' iya sayang.. Panggil acik dhia.. '' kata Liyana..

'' hmm.. Panggil acik Esha je.. '' tambah dia dengan senyuman diwajahnya.

'' Esha? Kenapa Esha? '' tanya Liyana.

'' keluarga dhia semuanya panggil Esha... Dhia tu untuk panggilan kepada kawan-kawan.. Sebab dulu mak cakap dhia ni degil.. Buas sangat.. Sebab tu mak tukar panggil Esha.. Bunyi lembut sikit mak cakap.. '' terang dhia.

'' baiklah.. Kami akan panggil Esha sahaja lepas ni.. '' kata Liyana mengangguk dan tersenyum.

Kereta meluncur laju diatas jalan raya.. Di ekori kereta khairul dari belakang.. Mereka yang majoritinya adalah wanita didalam kereta itu bersembang tanpa henti.. Bersambung-sambung cerita mereka sehingga sampailah mereka tiba di kampung dhia.. Dhia memberi arah sebaik memasuki ke dalam kampung..

Qasrina yang sedang menyapu laman rumah berhenti menyapu bila ada dua biji kereta memasuki perkarangan rumahnya.. Badan yang membongkok tadi terus kembali lurus semula.. Melihat kearah tetamunya.. Turun seorang wanita dan kemudiannya seorang wanita lagi..

'' mak!'' panggil dhia.. Lalu berjalan cepat memeluk ibunya.

'' Esha.. '' Qasrina melepaskan penyapu ditangannya.. Terus memeluk anaknya.

'' kamu Esha! Anak bertuah.. Tak reti nak balik rumah.'' runngut Qasrina yang sangat merindui anaknya yang seorang itu.. Bahu dhia dipukul-pukul nya manja.

'' Esha.. Kamu cakap nak balik.. Tapi tak beritahu pula nak bawa ramai.. '' kata Qasrina menunjuk kearah tetamunya yang sudah keluar satu persatu dari kereta.

''mak.. Sebenarnya.. ''

'' sebenarnya kami datang berhajat.. Bukan sekadar datang menyinggah dan bertanya khabar.. '' kata Liyana..

''silalah masuk dulu.. Ke rumah saya yang tak seberapa ni..''kata Qasrina merendahkan dirinya kepada tetamunya.

'' jangan macam tu.. Kami tak kisah pun.. '' kata Liyana mengikut Qasrina.

'' datin!''

Liyana tersenyum melihat orang menyapanya.. Siapa lagi kalau bukan bekas pekerjanya.. Dhani. Dhia sudah diam terkaku berdiri bila mendengar suara ayahnya. Dia takut mimpinya menjadi nyata.

'' dhani.. Assalamualaikum.. Apa khabar? Kata Liyana.

'' alhamdulillah.. Sihat datin. '' balas dhani.

'' taknak pelawa saya masuk? '' tanya Liyana.

'' maaf.. Maaf.. Saya tergejut tak sangka tetamu saya adalah datin.. Masuk. Masuklah.. Sila masuk.. '' kata dhani mesra.. Mempelawa semuanya masuk kedalam rumahnya.

Seorang demi seorang masuk kedalam rumah mereka memenuhi ruang tamu rumah tersebut..

'' dhia, mari ikut mak ke dapur.. '' panggil Qasrina.

'' baik mak.. '' dhia mengikut belakang Qasrina.

'' kak.. Tak perlu susah susah.. Kami dah makan tadi sebelum sampai tadi..'' kata Liyana.

'' tak apa datin.. Tak susah pun.. '' kata dhani.

'' macam ni lah dhani.. Saya berterus terang sajalah.. Senang.. Tujuan kami kesini.. Nak menyambung ikatan keluarga kita.. Menjadi satu..anak saya ni dah berkenan sangat dengan Esha.. '' kata Liyana.

'' Esha? '' tanya dhani. Tak menyangka Liyana memanggil anaknya dengan panggilan itu.

'' ya.. Kami datang nak mudahkan urusan.. Kami nak segera nikahkan mereka berdua. '' kata Liyana.

Tersandar dhani di kerusi yang didudukinya.. Tergejut dengan apa yang Liyana katakan.

'' tapi anak saya tu janda.. Saya rasanya iddah dia belum selesai.. Dia baru saja bercerai tak masuk lagi dua bulan rasanya saya.. '' kata dhani.

'' jangan macam tu dhani.. Kami sudah tahu status anak dhani.. Dia semenagnya seorang janda.. Janda yang tak disentuh suaminya.. Tadi tak ada perkara yang boleh menghalangnya untuk segera bernikah semula.. '' kata Liyana tenang.

Muka dhani bertukar merah.. Sungguh dia tak mengetahui perkara itu..

'' baiklah saya setuju.. '' kata dhani.. Tiba-tiba rasanya marahnya membuak-buak kepada menantu sulungnya.

'' alhamdulillah.. Jadi marilah kita.. '' ajak Liyana..

'' kemana datin? '' tanya dhani tak senang duduk bila melihat Liyana sudah bangun dari duduknya dan mengalas beg tangannya di bahu.

'' ke pejabat agama.. '' kata Liyana.

'' HAH!'' tergejut dhani dibuatnya. Begitu juga dengan Qasrina dan dhia yang membawa dulang ditangan mereka masing-masing.

''datin tak melawak kan..'' tanya dhani.

'' saya tak pernah melawak dalam setia urusan saya dhani.. Kamu sebagai bekas pekerja saya.. Sepatutnya lebih tahu peribadi saya.. '' kata liyana tersenyum.

'' beri kami masa untuk bersiap.. '' kata dhani.. Mengambil dhaniel..

'' baik..kami tunggu. Khai.. Ambilkan baju Esha.. '' kata liyana. Khairul bangun lalu berjalan keluar dan kembali semula dengan baju yang masih elok didalam plastik.

''ini baju nikah buat Esha..'' kata liyana memberikan baju tersebut kepada dhia.

'' ya.. Ya baik.. '' dhia meletakkan dulang di meja dan menyambut baju yang disuakan kepadanya.

Mereka sekeluarga masuk bersiap ala kadar.. Dhia kemudiannya di bawa keluar oleh ahli keluarganya yang lain. Mereka kemudiannya terus ke pejabat agama.. Sebaik sampai.. Khairul menguruskan semuanya.. Kerana dia sudah memberikan maklumat mereka berdua sebelum ini dan seharusnya tak mempunyai sebarang masalah..

'' minta wali pengantin perempuan masuk untuk akad nikah.. '' panggil seorang petugas.

Dhani segera bangun dari duduknya meninggalkan isteri-isterinya.. Qasrina dan eliya saling berpandangan.. Bingung dengan apa yang terjadi.. Mereka berbual-bual dengan humairah dan liyana yang ada bersama mereka.

Sementara di rumah.. Qaisarah tiba di rumah keluarganya bersama dengan hanif.

'' kenapa sunyi saja ni? bie.. Tadi bie cakap dah call ayah kan.. Cakap nak datang... '' rungut qaisarah, tak puas hati..

'' dah.. Bie dah call.. Ayah kata tadi memang ada di rumah mereka tak kemana-mana sebab Esha kan nak balik.. '' kata hanif.

'arghhh.. Kenapa kena sebut nama Esha! Perlukah?'

'' kita nak tunggu atau nak balik dulu ni..?'' tanya hanif.

'' tunggu lah.. Mana tahu ayah keluar ke kedai.. Tapi takkan semua keluar sekali.. '' balas qaisarah membuka pintu kereta lalu berjalan keluar.

'' kita duduk di sana.. Teduh sikit sayang.. '' kata hanif menunjukkan ke arah pohon rambutan.

'' taknak.. Situ ada semut.. Nanti kena gigit.. Duduk di buai saja..'' putus qaisarah.

'' baiklah.. Kita duduk di buai saja.. '' hanif akur dengan isterinya.

Mereka duduk berdua sambil mengambil gambar bersama-sama.. Sehingga melihat kereta saga putih milik dhani masuk kedalam halaman rumah dan terus masuk kedalam garaj kereta.

'' ha.. Tu pun ayah dah balik.. '' kata qaisarah teruja terus bangun dari duduknya. Segera dia menyarungkan kasut ke kakinya.

Masuk lagi sebiji kereta Mercedes-Benz berwarna hitam pekat bersama dengan vellfire hitam ke halaman rumahnya.. Kini halaman rumah dhani penuh dengan kereta.

'' bie.. Tengok siapa pula tu yang datang ? '' qaisarah menggoyangkan bahu suaminya.. Tapi tangannya berhenti menggoyangkan hanif bila melihat ada dhia keluar dari Mercedes-Benz itu..

'kau dah perangkap siapa pula kali ni Esha.. Nampaknya kau dapat tangkapan besar kali ni.. Lelaki manalah pula kalini yang terpaksa menjadi ayah kepada anak haram kamu Esha..' hanif segera bangun. Teringin sekali dia nak melihat wajah lelaki yang berjaya masuk kedalam perangkap Esha kali ini.. Bibirnya menarik senyuman sinis.

' boleh tahan Esha.. Pandai kau cari lelaki yang ada rupa dan kaya macam tu..bijak kau Esha.. Bijak!' sebaik hanif melihat khairul yang tersenyum kepadanya sebaik keluar dari kereta.

'' dah lama ke tunggu.. '' tanya Qasrina. Kepada hanif dan qaisarah.

'' tak lama sangat mak.. Baru saja.. '' jawap hanif sopan.

'' mak!bukan ayah kata ada dirumah ke.. Ni kami datang siapa pun tak ada.. Kemana semua pergi.. '' tanya qaisarah melihat kearah ayahnya sedang sibuk melayan tetamunya.. Begitu juga dengan eliya.

'' masuklah dulu.. Kita sembang didalam.. Mak tak solat lagi ni.. '' kata Qasrina sambil tangannya membuka pintu untuk mereka masuk kedalam.

'' siapa mereka tu mak.. '' tanya dhia tak putus-putus.. Dia melihat hanif sudah melangkah kakinya kearah mereka dan bersalaman dengan kaum sejenis dengannya..

'' itu.. Besan baru mak.. Lelaki yang pakai serba hitam tu suami Esha.. Adik ipar kamu.. '' kata Qasrina sambil berjalan masuk kedalam.

'' apa!! Mak! Senangnya..macam tu saja mak benarkan Esha kahwin dengan keluarga yang tak tahu dari mana datangnya tu.. Mak tengok lah lelaki tu.. Dengan rambut panjang dia.. Entah-entah lelaki tu, orang jahat mak.. '' kata qaisarah.

'' mak memang tak tahu.. Jauh sekali kenal'' qaisarah mengangguk anggukkan kepalanya..

''entah mak.. Bawak kereta mahal-mahal tu.. Entah buat kerja tak betul di bandar sana.. Entah jual barang salah.. '' kata qaisarah lantang.

'' tapi ayah kamu kenal.. Mak lelaki tu pernah jadi majikan ayah kamu.. '' kata Qasrina.. Terdiam terus qaisarah,dengan mulut yang ternganga.

'' kamu tu jangan cakap yang bukan-bukan tentang orang.. Tak baik..! Dalam kepala kamu tu asyik fikir yang buruk-buruk saja.. '' kata Qasrina menasihati anaknya.. Kemudian berjalan masuk kedalam bilik air untuk mengambil air wuduk.

'cis.. Macam mana pun kau tetap lebih dhia.. Untung lah kau dhia.. Dapat lelaki kaya..' qaisarah mengintai keluar melihat mereka sedang bergelak ketawa diluar.. Tak kurang juga suaminya turut ketawa bersama mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience