BAB 51

Romance Completed 367824

khairina terjaga dari tidurnya bila mendengar suara zarif seperti sedang menyebutkan nama seseorang.. Dia merapatkan dirinya..kepada zarif dan meletakkan telinganya dekat dengan bibir zarif. Tak pula dia mendengar perkataan yang keluar dari bibir suaminya itu..

'dia masih tak lupakan perempuan tu.. Aku dengar lah zarif.. Kau bersama dengan aku.. Tapi akhirnya nama lain yang keluar dari bibir kau.. Kenapa?.. Susah sangat ke, aku nak dapatkan cinta dari kau? Langsung tak adakah nama aku dalam hati kau? .. Aku tahu aku salah..semuanya yang aku lakukan sebelum ni, semuanya salah.. Tapi sungguh tak ada peluang kah aku!!?' air mata khairina gugur lagi.. Entah untuk kali yang ke berapa..

Khairina menyingkap selimut yang menutup tubuhnya yang tak berpakaian.. Kakinya dihulurkan kebawah, berusaha untuk bangun.. Sakit yang terasa tak dihiraukan nya lagi.. berjalan dengan lemah masuk kedalam bilik air.. Sebaik saja masuk kedalam bilik air.. Dia membuka pancuran yang ada diatas kepalanya.. Khairina berdiri lama dibawah pancuran itu.. Sampaikan dia sendiri tak dapat membezakan sama ada air matanya mahupun air yang datang dari pancuran.. Semuanya sudah sebati menjadi satu.

'sampai bila.. Harus begini..mungkin saja ini hukuman yang perlu aku tanggung.. Mengasihi seorang suami yang menyimpan cintanya kepada wanita lain.. Macam mana lagi harus aku tawan cinta dia.. Apa lagi yang perlu aku buat..?' terduduk khairina di lantai bilik air.. Duduk lemah disitu..

Setelah menghabiskan masa yang agak lama didalam bilik air.. Akhirnya khairina keluar.. Menatap sayu kearah katil, dimana ada zarif yang masih terlena disana.. Selesai bersiap.. Khairina memilih untuk turun kebawah.. Tanpa mengejutkan zarif. Pernah sebelum ini dia mengejutkan zarif.. Tapi apa yang dia dapat hanya lah amarah dari lelaki itu..

'' bonda.. '' sapa khairina.. Seperti biasa.

'' ha.. Khairina.. Mari tolong bonda.. '' ajak ufairah.. Bila melihat menantunya sudah berada di dapur.

'' baik bonda.. '' khairina menarik sebaris senyuman.

'' kamu dah solat? '' tanya ufairah.. Memberikan sayur untuk dicuci kepada khairina.. Tangan khairina menyambut sayur sawi yang dihulurkan kepadanya.. Kemudian Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya..

'' kenapa tak solat? Uzur? '' tanya ufairah.

'uzur? Baru semalam saja aku melayan zarif..dimana uzurnya.. ' khairina mengeleng lagi..

''kenapa kamu diam saja harini khairina.. Kalau tak, ada saja kamu nak bertanya bonda itu ini.. Kamu tak sihat ke?'' tanya ufairah..

'' tak apa lah bonda.. Khairina ok.. '' khairina mengangkat wajahnya dan memberikan senyuman buat ibu mertuanya.

'sekurang-kurangnya bonda.. Ambil tahu juga tentang aku..'

'' gaduh dengan zarif lagi?'' tanya ufairah. Khairina mengeleng lagi.

'' budak ni.. Kita tanya dia asyik mengeleng saja dari tadi.. Tak fahamlah bonda.. '' kata ufairah kesal..

'' bonda lepas ni, nak tak bonda ajarkan khairina solat?'' kata perlahan.. Malu untuk dia menuturkan soalan itu kepada ibu mertuanya.

Ufairah yang mendengar seraya menutup mulutnya dengan tangan.

'' khairina bukan tak tahu bonda.. Tapi was-was.. Sebab lama dah tak solat.. '' kata khairina.. Menunduk malu.

'' kenapa tak minta zarif ajarkan.. Dia lebih layak untuk bimbing isteri dia. '' kata ufairah memeluk khairina..

'zarif? dia lebih layak? membimbing isteri.. Isteri!?' jiwa khairina sedang gelak mengejeknya dari dalam.

'kalaulah ibu tahu, dia tak pernah pandang khairina ni sebagai seorang isteri.. Melainkan tempat dia melepaskan amarahnya.. DAN sebagai pemanas tempat tidur dia..'

'' abang zarif sibuk bonda.. Bonda pun tengok kan.. Dia sendiri tak ada masa untuk diri dia sendiri. '' kata khairina..

'sememangnya cinta itu buta..dan aku sebagai seorang isteri.. Memejamkan mata yang celik ini, demi maruah sang suami..'

'' hmm.. Zarif ni.. Apa lah yang dia sibukkan sangat..? Tak apalah.. Nanti ibu ajarkan.. Sekali sekala kita ke masjid.. Timba ilmu agama, dengan ayahanda sekali.. Sekurang-kurangnya bonda adalah juga teman.. '' kata ufairah.. Dengan senyuman yang melebar..

'' sekarang ni kita sambung masak ya.. Kejap lagi.. Bos dua orang tu turun.. Bising pula breakfast mereka tak ada.. '' kata ufairah dengan gelakan kecil..

'' betul tu bonda.. '' balas khairina sambil tangannya ligat membasuh sawi

Selesai urusan di dapur.. Khairina membantu ufairah menghidangkan makanan di meja makan..

Dia mendongak memandang keatas melihat ada dua lelaki yang sedang bersama-sama menuruni anak tangga. Matanya tak lepas dari terus memandang wajah kacak milik zarif.. Wajah itu, banyak mengikut disebelah ufairah.. Sampaikan lelaki kacak itu turun mewarisi warna anak mata yang sama persis ibunya.. Tapi bila zarif memberikan tatapan tajam kepadanya.. Segera Khairina melarikan pandangannya.

'dia lelaki kejam..'

'' lepas lunch.. Saya balik.. Kita akan ke butik pengantin.. Pilih baju untuk majlis tu nanti.. '' kata zarif sambil menyuapkan makanannya.. Khairina sekadar mengangguk sahaja..

'majlis tu?? Majlis tak bermakna buat kau kan zarif..'

'' zarif.. Cuba cakap elok sikit.. '' tegur ufairah bila merasakan nada bicara anaknya agak kasar buat khairina.

Zafir menatap bondanya.. Tak percaya bondanya berkata begitu kepadanya.

'dah kenapa bonda ni? kenapa pulak nak aku berlembut dengan khairina.. Aku layan dia macam selalu kan..'

Selesai makan zarif meninggalkan meja makan selepas bersalaman dengan dua orang tuanya.. Khairina melihat saja pemergian suaminya berangkat ke tempat kerja.. Kemudian berpaling melihat kepada pasangan senior yang sedang bersalaman dan bergurau senda. Terdetik rasa teringin untuk merasa sebahagian itu..

'bertahanlah khairina.. Ini pilihan yang engkau buat.. Kau harus kuat.. Jangan mengalah khairina..' khairina memujuk dirinya sendiri.

'' ayahanda pergi dulu ya.. Khairina.. '' kata zawawi.. Khairina menyambut tangan tua itu dan bersalaman..

Berdirilah ufairah dan juga khairina sama-sama di hadapan pintu utama.. Melambai kearah dua biji kereta yang sedang dipandu keluar dari perkarangan rumah.

Dhia berada di lokasi penggambaran.. Bersama-sama dengan kru-kru yang terlibat.. Dhia kelihatan santai saja mengayakan pakaian yang berada di tubuhnya.. Hajar tak pernah pergi jauh darinya..

'' kan abang dah kata.. Dhia sangat sesuai dalam bidang ni! Dulu bukan main tolak lagi tawaran abang nak kenalkan dengan kawan abang.. Sekarang tengok.. Dhia sendiri dah jadi model.. Kena lah jumpa dengan abang lagi.. '' kata kamal

'' dulu tu.. Dhia sendiri tak yakin.. Masih baru kan.. Tak ada pengalaman.. '' balas dhia..

'' hmm.. '' kamal mengangguk setuju.

'' tu lah.. Tapi dhia nampak nature.. Cantik saja.. '' puji kamal.

'' terima kasih abang.. Boleh dhia tengok gambar dhia tadi.. '' tanya dhia..

'' yeah.. Sure.. '' pelawa kamal..

'' min.. Ambilkan kerusi utuk dhia.. '' kata kamal melaungkan kepada seorang kru untuk membawakan kerusi untuk dhia.

'' terima kasih min.. '' kerusi disambut oleh hajar lalu di letakkan kepada dhia..

'' terima kasih kak hajar.. '' kata dhia seraya duduk di kerusi tersebut..

Dhia memerhatikan dengan teliti gambarnya.. Sambil berbincang dengan kamal..

'' sorry ganggu.. '' tegur satu suara.. Mendongak lah dhia dan kamal mengalihkan pandangan dari terus merenung ke arah laptop yang mempunyai banyak gambar dhia disitu..

'' ni ada bunga untuk dhia.. '' kata salah satu kru tersebut yang sedang memegang sejambak besar bunga ditangannya.

'' untuk dhia? '' dhia menunjukkan kepada dirinya sendiri.. Lelaki itu mengangguk..

Dhia menyambut dan membelek bunga tersebut.. Mencari-cari kalau terselit kad yang ditinggalkan oleh si pengirim.. Tapi tiada.

'' tengok dah dapat bunga.. Nanti.. Lagi sibuk lah dhia.. '' kata kamal.

'' taklah abang.. Dhia takut orang salah bagi.. Itu yang dhia cari kad tu.. '' balas dhia.

'' biasa lah tu peminat.. Untuk dhia lah tu.. Takkan untuk abang pula.. '' kata kamal.

Kru lelaki yang membawa jambangan bunga membisikkan sesuatu di telinga hajar..

'' dhia-dhia.. '' panggil hajar..

'' kenapa kak? '' tanya dhia.

'' cuba tengok sana.. Pengirim bunga ada disana.. '' tunjuk hajar ke satu arah..

Dhia bangun dan melihat kearah yang ditunjukkan oleh hajar. Bibirnya semula jadi kembang mekar bila melihat lelaki yang sedang berdiri tak jauh disana.. Siapa lagi kalau bukan suaminya.. Khairul zulhairy..

'kenapa dia datang kesini? Tak keja ke? dah siap tukar baju semua.. Cermin mata hitam bagai.. Nak kemana?'

'' kak mana telefon bimbit dhia.. '' tanya dhia

Hajar menyuakan telefon bimbit dhia.

'' terima kasih.. '' balas dhia kepada hajar.

'' no problem.. '' balas hajar.

'' abang kejap yea.. '' kata dhia kepada kamal.

'' tak apa dhia.. Kita dah selesai pun.. '' balas kamal.

Dhia membuat panggilan telefon kepada suaminya..

'' assalamualaikum sayang.. '' cepat saja khairul mengangkat telefon darinya..

'' buat apa datang sini? '' tanya dhia.. Sambil memeluk jambangan bunga dengan sebelah tangannya.

'' saja! .. Datang tengok isteri buat kerja.. Salah ke?'' tanya khairul.

'' tak salah hubby.. Tapi.. Takut orang tahu bos turun padang saja.. Macam mana? '' balas dhia.

'' biarlah.. I'm looking for my wife.. That's all.. Kenapa perlu takut.. '' jawab khairul sambil tersenyum di sebelah sana..

'alahai.. Depan mata tapi masih segaja bermain tarik tali.. Berbalas-balas senyuman dari jauh.. Kesiannya aku yang masih bujang ni..' keluh hajar yang berada ditengah-tengah diantara dua pasangan itu.. Dia seperti melihat kelopak hati-hati sedang berterbangan di udara, dari pasangan yang sedang dilamun cinta itu..

"kak.. Dhia balik sendiri ya.." kata dhia sebaik panggilan dimatikan.

' tau dik oii.. Tak payah cakap pun kakak dah boleh agak..'

"ok.. Kita jumpa esok ya.."balas hajar dengan senyuman di wajahnya.. Melihat dhia sedang melangkah pergi..

" siapa tu hajar.. Boyfriend dhia ke.. Muka dia macam abang pernah tengok lah.. " tegur kamal yang turut mengintai ke arah pasangan itu.

' hadoi.. Tak kenal pulak dia.. Tapi baguslah tak kenal.. Tak aku kena jawap banyak soalan kontroversi nantinya..'

''abang ni.. Hajar ingat abang pakar dalam bab-bab gosip ni.. Rupanya.. Hemmm'' hajar menarik muka menyindir kamal.

'' gosip tu biasa lah.. Tapi dhia ni lain.. Semua tantang dia.. Private sangat.. Tak tahulah dia terlalu menjaga tentang life dia atau apa.. '' balas kamal.

'' abang jangan.. Abang tak kenal siapa dhia, jangan abang pandai-pandai nak korek rahsia dia.. Kalau abang nak selamat.. Baik abang buat kerja abang je.. '' kata hajar memperingati.

'' yea lah.. Tau lah abang.. '' balas kamal.. Menunduk memandang laptop didepannya.. Tapi ada kala dia masih juga mencuri pandang kearah pasangan yang baru berlalu pergi itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience