BAB 89

Romance Completed 367824

Tangannya sedang melipat beberapa helai baju yang masih bersisa di atas sofa.. Satu bagasi besar dibuka lebar di tengah ruang bilik itu. Menanti dhia menyudahkan urusannya melipat dan menyusun semuanya masuk kedalam isi perutnya.

'' hubby.. Dua minggu saja kan hubby pergi.. Kenapa banyak sangat baju yang hubby bawa ni.. '' tanya dhia..

Khairul yang sedang membaca buku di atas katil mengangkat wajahnya melihat kepada dhia yang sedang duduk di sofa.

'' mata tahu.. Kalau hubby tak puas duduk disana.. '' kata khairul.

'tak puas duduk disana?' dada dhia berdebar..

'' kenapa? hubby nak tinggal kami ke? '' tanya dhia.. Baju yang diatas ribanya tak dihiraukan lagi.. Baju itu dibiarkan diatas sofa.. Dhia berjalan ke katil lalu duduk di sebelah khairul. Memegang kaki khairul dan menggoyangkannya perlahan.

Khairul menutup buku di tangannya.. Dan meletakkan buku itu di atas katil.

'' kenapa sayang manja sangat, sekarang ni? '' tangan khairul mengelus pipi dhia.

'' hmmm.. Mungkin sebab kita tak pernah berjauhan.. Dan ni yang pertama kali.. '' kata dhia.

'' hubby kan nak pergi beribadat.. Bukannya nak pergi berseronok sayang.. Hubby minta sayang bagi masa untuk hubby.. Hati hubby tak tenang lah sayang.. InshaAllah lepas balik nanti.. Semuanya akan ok.. '' kata khairul.. Dhia mengambil tangan khairul lalu mencium tangan khairul.

'' pergi.. Jangan lama-lama.. Nanti sayang rindu.. '' kata dhia.. Itu yang sebenarnya yang nak dia sampaikan..

'' ok lah tu.. Boleh sayang belajar macam mana rasanya rindu.. '' kata khairul. Mengusik dhia.

'' jahat lah!.. Kalau hubby tak balik.. Sayang pergi cari hubby disana.. '' ugut dhia.

'' sayang ni.. Tadi manja.. Ni dah jadi garang balik.. '' kata khairul.. Tangannya naik mencubit pipi dhia..

'' manja dengan hubby.. Garang pun dengan hubby saja.. Bukannya dengan orang lain.. '' balas dhia..

'' ya sayang.. ''

Dhia bangun semula berjalan ke sofa menyambung kerja melipat baju khairul semula.

'' sayang!'' panggil khairul.

'' ya.. '' jawap dhia..

'' sayang tinggal dengan ibu ajalah sementara hubby ke sana.. Nak tak? '' tanya khairul..

'' kenapa? '' tangan dhia berhenti melipat, dhia mengalih pandangannya kepada khairul.

'' rumah ibu ramai orang.. Kalau ada apa-apa.. Hubby tak lah risau sangat nanti.. Bahaya lah sayang kalau duduk sendiri dengan anak kecil.. '' kata khairul.

'' sebelah rumah kan ada marissa.. Kak marina pun ada.. Kan selalu mereka kesini.. Kalau hubby tak ada.. '' balas dhia.

'' sayang ni.. '' keluh khairul. Menarik muka kepada dhia.

'' iyalah..ok.. Tak payah tayang muka macam tu.. Hilang hensem.. '' kata dhia.

'' hilang hensem pun tak apa.. Sebab tadi orang tu awal-awal dah cakap rindu.. Itu pun dah cukup.. sayang.. '' balas khairul.. Menarik senyumannya ke telinga..

'' pandailah.. Nanti takutnya anak-anak tak kenal papa dia orang.. Mama tak apa.. Mata hati mama kuat lagi.. '' kata dhia dengan gelak kan kecil..

'' wow!! .. Mata hati ya.. Dasyat!.. '' puji khairul.. Tangannya kembali mengambil buku yang diletakkan diatas katil tadi.. Untuk membacanya semula.

'' ni nanti sayang kena kemas baju sayang dengan anak-anak sekali lah ni..? '' tanya dhia.

'' hemm'' balas khairul.. Menganggukkan kepalanya.. Menunduk membaca buku di tangannya.

''ibu dah tahu ke? '' tanya dhia lagi.

'' ibu yang cadangkan sayang tinggal dengan ibu.. '' kata khairul lagi.

'' patutlah.. '' dhia menjeling kepada suaminya yang sedang membaca dia atas katil.

'' patut apa sayang..!'' kata khairul.. Buku ditangannya ditutup sekali lagi. Diletakkan diatas katil. Satu apa yang dia baca langsung tak masuk kedalam kepalanya.

Khairul menjatuhkan kakinya kebawah.. Bangun berdiri dan menghayun kan kakinya melangkah menuju kepada dhia..yang duduk di sofa sedang tersenyum dan menggelengkan kepala memandang kearahnya..

'' patut apa sayang? '' tanya khairul.. Berdiri tegak di hadapan dhia.

'' tak-tak ada apa'' balas dhia..

''nak cakap hubby ni takut dengan ibu lah tu kan.. !'' khairul bercekak pinggang di hadapan dhia.

'' tak! Mana ada.. Hubby kan anak yang baik.. Taat kepada ibu.. Mana ada sayang cakap hubby takutkan ibu.. Tapi T. A. A. T..'' dhia mengeja perkataan itu satu persatu..

'' oh really.. Sayang tak pernah kena, penangan ibu lagi.. Tapi tulah.. Hubby tak suka buat ibu marah.. '' kata khairul lalu duduk disamping dhia dan menjatuhkan kepala di atas bahu dhia..

'' bagus lah tu hubby.. Syurga seorang anak kan dibawah tapak kaki ibunya.. Tak salah apa yang hubby buat.. Apa yang ibu buat untuk kebaikan kita juga.. Tengok ibu tu.. Sepatutnya ibu dah tak payah pikir hal kita.. Kita dah besar panjang.. Dah ada keluarga sendiri.. Tapi ibu.. Masih pikirkan keadaan anaknya.. Tak kira lah anak dia tu dah besar panjang macam ni.. Dah jadi papa pun.. '' kata dhia menepuk pipi khairul secara lembut.

'' yea sayang.. Hubby beruntung ada di sekeliling wanita-wanita hebat termasuk sayang..'' khairul memeluk pinggang dhia dan pipi dhia diciumnya.

'' aaa.. Dah hubby sebut..wanita hebat kan! Bila hubby nak bagi sayang kerja semula.. Ibu cakap hubby bekukan jadual sayang.. kenapa? '' tanya dhia.

'' sayang ni.. Kenapa boleh ingat pula.. Ingatkan sayang akan lupakan terus nak kerja.. Tumpukan jaga khalish dan qamarul saja.. Nanti dia orang siapa nak jaga.. '' kata khairul..

'' tapi.. Tak best la kalau tak kerja.. Tak pegang duit sendiri.. Rasa tak puas.. '' kata dhia.

'' duit? Tak cukup ke duit hubby bagi..? '' tanya khairul.

'' cukup.. Duit tu sayang... '' dhia sedang berfikir untuk menyambung ayatnya.

'' sayang boleh kerja.. Tapi tunggu nanti hubby balik dulu.. Sayang jaga diri dengan anak-anak.. Hubby risau kalau sayang keluar pergi kerja.. Anak-anak nanti macam mana.. '' kata khairul..

'' sayang bawa lah anak-anak ke set.. ''

'' no sayang!'' bantah khairul.

'' whyyyyy? '' dhia menarik manja..

'' hubby tak suka anak kita open depan public... '' kata khairul sambil menggelengkan kepalanya.

'' alah.. Hubby ni.. Anak kita bukannya artis jauh sekali keturunan raja-raja.. Tak open kepada public? .. Sayang nak mereka membesar macam budak-budak lain. '' kata dhia.

'' bukan macam tu.. Bahaya lah sayang.. Sayang nanti sibuk di set.. Lepas tu nanti anak tu lari sana sini.. Buat-buat khalish mengamuk di set.. Macam mana? sayang juga yang susah nanti.. Nanti kru semua complain pula.. '' kata khairul lagi...

'' hmm.. Yealah encik suami.. '' kata dhia.

'' macam tulah.. Isteri yang baik kena ikut cakap suami kan.. '' kata khairul mengelus lembut ubun-ubun dhia.

'' baik.. Sayang akan belajar jadi seorang isteri yang baik untuk hubby.. Dan ibu yang baik untuk anak-anak kita.. '' kata dhia.

'' sayang.. Sayang dah cukup sempurna di mata Hubby..cuma tu la.. Degil tu.. Letih hubby.. '' keluh khairul.

'' hmmmm.. Tau.. '' dhia menarik muncungnya..

'' muncung dah.. '' khairul menarik wajah dhia mendekat.. Lalu mencium bibir dhia sekilas..

Dhia terus memeluk leher khairul dan menyembamkan wajahnya di dada khairul.. Hatinya berat walaupun nak berpisah sementara dengan lelaki yang bergelar suaminya itu.. Khairul membiarkan saya dhia memeluknya sepuas-puasnya.. Sambil tangannya mengelus lembut rambut panjang dhia yang hitam pekat itu.

Keesokannya.. Dhia masuk kedalam bilik air melihat tub mandi yang terisi air..

'kenapa dia tak buang air mandi dia.. Selalu kan dia buangkan dulu..' dhia memasukkan tangannya kedalam tab mandi yang berbuih di permukaannya.. Tangannya mencari tempat untuk menarik palam yang menutup lubang saluran..

'' dapat pun... '' dhia menarik keluar benda itu dari dalam air.. Kerana tergejut.. Dilemparkan semula rantai yang melekat dengan palam itu..dhia menunggu sampai air didalam tub mandi surut semuanya barulah dia menjenguk melihat benda bersinar tadi..

'' rantai? '' tangan dhia mengambil rantai tersebut.. Seutas rantai berloket di angkat sama paras dengan wajahnya.

''hubby!''panggil dhia.

Dhia berjalan keluar dari bilik air.. Melihat khairul sudah memakai pakaiannya..

'' hubby ni?'' tanya dhia.. Menunjukkan seutas rantai yang basah ditangannya..

'' jumpa juga yea..tu untuk sayang.. '' kata khairul..

'' hubby letak dalam tub mandi.. Air mandi hubby? '' kata dhia.. Tak tahu nak merungut ke gembira waktu itu.

'' mana ada.. Hubby guna shower lah.. Saja je.. Untuk sayang air mandi tu.. '' kata khairul mengambil rantai di tangan dhia.. Lalu memasangkan di leher dhia.. Sempat dia mencium bahu dhia selepas rantai itu dikancingkan..

Khairul kemudiannya membawa dhia ke cermin.. Mereka sama-sama melihat pantulan yang ada di dalam cermin.

'' cantiknya rantai ni.. hubby.. Terima kasih.. '' kata dhia.. Memegang loket kristal berbentuk hati berwarna putih.. Yang ada betul-betul diatas dadanya. Khairul yang ada disisinya menarik bibirnya tersenyum..

'' ini tak seberapa.. Berbanding dengan pengorbanan sayang.. Kalau hubby nak terangkan satu persatu.. Rasanya Kita akan lewat ke rumah ibu nanti.. Tambah pula sayang masih belum mandi kan.. '' usik khairul.

'' alah hubby ni.. Baru saja nak romantik sikit dah rosakkan mood.. '' balas dhia.. Khairul mula ketawa melihat dhia menarik wajahnya masam berjalan masuk kedalam bilik air semula..

Setelah siap semuanya.. Khairul membawa keluarga kecilnya menuju ke rumah ibunya..

Sebaik sampai saja di rumah liyana.. Kedengaran tangisan si kembar kecil yang sudah berusia hampir dua minggu itu nyaring..

'' kenapa tu..? '' tanya dhia..

'' entah.. Kita kan baru sampai.. '' kata khairul..

'' jom naik atas tengok.. '' ajak dhia. Khairul mengangguk lalu mengikut langkah isterinya melangkah naik keatas bersama.

Pintu bilik yang sudah terbuka memudahkan mereka untuk terus masuk kedalam..

'' kenapa ni.. Alah sayang.. '' kata dhia mengambil bayi lelaki khairina..

'' entahlah kak zhafran tu.. Zhafirah ok je tadi kak.. Bila dengar abang dia nangis.. Terus dia ikut nangis sama.. '' kata khairina yang sedang memujuk Zhafirah..

'' lapar kot.. Dah bagi susu..? Tanya dhia..

'' dah.. Tapi rasanya susu khairina tak banyak..itu yang ibu keluar pergi cari susu tu.. '' jawap khairina..

'' kesian dia lapar.. Nak kakak susukan dia? '' tanya dhia.. Bila melihat tangan zhafran sedang meraba dadanya.

'' boleh ke kak? Tapi abang... '' khairina mengalihkan wajahnya melihat kepada khairul..

'' hubby? '' panggil dhia sekali meminta kebenaran untuk itu.

'' anak susuan bukan boleh dibuat main sayang.. Sayang dah fikir masak-masak..? '' tanya khairul..

' sebaik anak itu cukup lima kali kenyangnya disusukan dhia.. Secara tak langsung anak khairina anak turut menjadi seperti anak kandung aku sendiri..' khairul melihat zhafran yang sedang berada di pangkuan isterinya.. Bayi itu masih juga menangis.

'' susu kan lah dia.. sayang.. '' kata khairul. Dhia menarik bibirnya tersenyum, lalu bangun duduk di kerusi yang ada di bilik itu untuk menyusukan zhafran.

'' terima kasih abang.. Lepas ni.. Anak khairina.. Anak abang juga.. Terima kasih abang.. '' kata khairina..khairul mengangguk..

Liyana yang baru tiba di rumahnya tak lagi mendegar bunyi tangisan cucunya.. Sangkanya kedua anak khairina itu sudah tidur.. Tapi.. Dia melihat dhia sedang memangku zhafran menyusukan nya..

'' alhamdulillah.. Esha tak kisah ke ni? '' tanya liyana.

'' tak ibu.. Kebetulan susu Esha banyak.. Dalam peti pun ada lagi tak sempat khalish nak minum.. Apa salahnya berkongsi rezeki kan.. '' kata dhia.

'' tapi Esha tahu kan.. Selepas Esha dah susukan zhafran ni.. Hubungan Esha dan zhafran.. Khalish.. Semuanya.. Tak macam dulu lagi.. '' kata liyana.

'' ya ibu.. Esha tahu.. Khai yang izinkan.. '' kata dhia. Mengangkat wajahnya menunjuk kepada khairul yang sedang melayan dua anaknya di satu sudut.

Liyana melihat kepada khairul..

'' ibu bangga dengan khai dah semakin matang.. Terima kasih sebab izinkan Esha susukan anak khairina.. '' kata liyana.. Khairul membalas liyana dengan melemparkan senyuman kepada ibunya..

'semakin kita berubah kepada kearah kebaikan, semakin banyak kita dikelilingi dengan aura positif dan lebih senang dikelilingi orang disayangi.. Aku sebelum ini terlampau leka.. Hanyut dengan perkara yang sia-sia, sampai aku tak nampak semuanya yang indah di depan mata aku sebelum ini.. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience