BAB 13

Romance Completed 367824

Bermula dari pertemuan pertama. Berlanjutan kepada pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya.. Sampai naik muak dhia dibuatnya bila asyik terserempak dengan lelaki yang bernama zarif itu. Entah lelaki itu sengaja atau memang mereka kerap terserempak secara kebetulan.

Marissa dan dhia berjalan ke sebuah warung yang didirikan di tepi jalan. Sebuah warung kecil tapi selalu dipenuhi oleh penggemar char koewteow goreng nya.

'' abang macam biasa.. Dua ya.. Kami duduk disana.. '' kata Marissa sambil menunjukkan kearah sebuah meja yang masih kosong..

'' ok baik... Duduk dulu na.. Lambat skit ni.. Takpa kan.. '' kata lelaki itu.

'' tak apa.. Boleh.. Kami tunggu.. '' balas Marissa.

'' nak minum apa? '' tanya lelaki itu lagi.

'' tak apa.. Kejap lagi kami order sendiri.. '' balas Marissa.

'' cantik..!! Duduk dulu na.. '' kata lelaki itu lagi.

Marissa berjalan kearah meja dimana dhia sudah menunggu di situ. Belum sempat dia melabuhkan punggung. Seorang anak muda datang untuk mengambil pesanan minuman mereka. Selesai memberi nama minuman yang mahu mereka minum.. Anak muda itu berlalu pergi.

'' kau sembang apa dengan abang tu..? '' tanya dhia.

'' tak sembang apa pun.. Abang tu cakap lambat sikit .. Tak apa kan.. Kau tak kerja kan malam nanti..? '' tanya Marissa.

'' keja.. Tapi tak apa.. Bukan lama sangat pun kan.. '' kata dhia.

'' tak apa ke ni.. '' tanya Marissa cemas. Takut nanti dhia, tak sempat nak berehat sebelum kembali berkerja di kedai serbaneka tersebut. Datang anak muda tadi menghantar air yang dipesan oleh mereka.

'' tak apa.. '' balas dhia lagi.

Tak lama selepas itu, makanan mereka pun tiba. Sempat abang yang menghantarkan makanan mereka meminta maaf kerana lambat menyiapkan makanan yang pesan oleh mereka berdua.

'' uisshh.. Dhia.. Dia ikut kau sampai kesini.. '' bisik Marissa perlahan.

'' siapa? Kucing ke? '' tanya dhia melihat ke bawah meja mencari kelibat kucing.

'' haah.. Kucing jantan.. Ikut kucing betina.. '' kata Marissa mengusik dhia. Bekerut dahi dhia mendengar apa yang baru dikatakan oleh Marissa.. Dia masih mencari kelibat kucing yang dikatakan oleh Marissa. Tapi tak berjumpa pun dengan seekor kucing pun di bawah meja.

'' tu ha kucingnya..'' tunjuk Marissa dengan bibirnya yang muncung. Kearah belakang dhia.

Dhia pun segera berpaling melihat kebelakang, zarif sedang duduk di meja yang lain sedang tersenyum kearah mereka berdua.. Lelaki itu siap mengangkat sebelah tangannya melambai kepada dhia dan Marissa.

''apa dia buat disini?'' tanya dhia.

'' makan lah.. Ni kan kedai makan.. '' jawap Marissa santai.

'' kenapa kita asyik jumpa dia.. Dia tak ada kerja ke apa.. '' rungut dhia.

'' entah.. Yea lah kot.. Tak ada kerja.. Kerap saja dia ke bakery.. '' balas Marissa.

'' makan cepat risa.. Nak balik.. Kejap nak sambung kerja pula.. '' kata dhia.

'' ish.. Tadi ok.. Ok.. Nampak mamat tu.. Terus kau nak balik.. Kesian dia. Aku rasa dia suka dekat kau lah dhia.. '' usik Marissa.

'' tak habis-habis merepek.. Dia tu entah sapa-sapa.. Aku kenal pun tak.. '' alasan dhia.

'' macam mana nak kenal, bila jumpa je kau asyik lari.. Cuba kau tanya dia.. Mana tau, betul dia sukan kau dhia.. '' kata Marissa lagi.

Dhia melepaskan nafas berat. Entah kenapa dia merasakan kedatangan lelaki itu sangat menganggu dirinya.

'' entahlah.. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dekat Kau risa. '' kata dhia lemah.

'' kau cuba terima dia.. Contohnya.. Kau berkawan dulu dengan dia.. Tak salah kan.. '' cadang Marissa.

'inilah, mungkin yang maksudkan oleh kak Sarah sebelum ni.. Perkara yang melibatkan hati.. Tapi betul juga kata risa.. Apa salahnya kalau berkawan dengan lelaki yang bernama zarif tu.. Dia tak nampak macam penjahat pun.. Tapi kalau betul dia penjahat macam mana.. Mana ada orang mengaku dia orang jahat. '

''berangan apa dhia.. Aku dah sudah makan ni.. '' kata Marissa. Mula bangun dari tempat duduknya.

Mereka berdua berjalan ke hadapan melintasi zarif yang sedang duduk seorang diri tersenyum kepada mereka.

'' abang.. Nak bayar.. '' kata dhia. Menegur tuan kedai yang asyik memasak di ruang dapurnya. Dia mengecilkan api dapurnya sebelum berpaling kepada dua pelanggan nya itu.

'' kamu berdua punya makanan dah dibayar.. '' kata lelaki itu.

'' apa! Dah di bayar? Siapa yang bayar? '' tanya dhia.

'' ya betul abang..siapa yang bayarkan '' sampuk marissa pula.

'' tu.. Abang yang ada duduk dekat meja sana tu..'' balas abang itu lagi sambil menudingkan jarinya kearah zarif.

'ahh.. Kenapa pula dia lagi!! aku nak lari jauh dari dia.. Lagi jadi mendekat pula dengan kerenah dia..' keluh dhia.

'' jom kita p sana!takkan kita nak balik macam tu saja.. Dia dah belanja kita tu.. Sekurang-kurangnya kena cakap terima kasih kat dia.. '' kata marissa menarik lengan dhia yang masih membatu kan dirinya tak mahu berganjak dari tempat dia berdiri.

'' yea lah.. Tak perlulah nak tarik-tarik.. '' akhirnya dhia menyalah.

'' ok lah abang.. Kami kesana dulu.. '' kata marissa kepada tuan kedai tersebut.

'' yea lah.. Abang pun nak sambung masak balik ni.. '' balas lelaki itu.

Mereka berdua jalan bersama kearah meja yang diduduki oleh zarif.

'' assalamualaikum.. '' dhia memberi salam.

'' waalaikummusalam '' zarif menjawap salam yang diberikan oleh dhia.

'' terima kasih bayarkan makanan kami.. '' kata dhia. Sebaik belakangnya ditolak oleh marissa.

'' saya akan terima ucapan terima kasih dari dhia.. Tapi dengan satu syarat.. '' kata zarif.

'' syarat..! '' kata dhia sedikit meninggi.

'' ish kau ni dhia.. Jangan lah menjerit macam tu.. Malu nanti orang tengok nanti tak pasal-pasal orang ingat kita bergaduh pula.. '' tegur marissa berbisik di telinga dhia.

Dhia memerhati sekeliling melihat beberapa orang yang sedang melihat kearah mereka bertiga. Terus berona merah mukanya.. Malunya bukan main lagi, seraya itu dia menunduk dan segera duduk di samping kerusi yang ada disamping zarif.

Zarif menarik senyumnya melihat wajah comel itu bertukar merah. Bibirnya tambah melebar lagi bila melihat gadis itu spontan duduk di sampingnya.

'' syaratnya? Saya akan bayar semula harga makan tadi.. '' kata dhia, segera dia mengeluarkan wangnya dari dompetnya.

'' saya taknak wang saudari.. '' kata zarif.

'' dah tu? Encik zarif nak apa? '' tanya dhia. Dia dapat merasakan zarif sedang bermain helah dengannya..

'' dhia kena jadi teman saya.. Sahabat saya dan seterusnya.. '' kata zarif sambil ketawa kecil. Membuatkan dhia menarik wajahnya..

'dah agak..banyak sungguh akalnya.'

'' hanya untuk berkawan dengan saya encik zarif ikut saya beberapa hari ini? '' tanya dhia lagi.

'' apa salahnya kalau saya mencuba nasib kan.. '' kata zarif lagi.. Kalini senyumannya bertambah lebar.

Dhia seperti cacing kepanasan duduk tak diam ditempatnya.. Lalu segera dia menarik tangan marissa duduk di sebelahnya.

'' jomlah kita balik.. Aku macam takut pulak tengok dia senyum-senyum dari tadi. '' bisik dhia dekat ditelinga marissa.

Dua gadis itu kembali melihat kepada zarif. Masing-masing tersenyum.

'' kami balik dulu lah encik zarif'' kata dhia.

''ha betul tu.. Kejap lagi dhia nak sambung kerja malam pula..'' sokong marissa.

'' boleh tapi.. Dhia kena bagi dulu phone dhia.. '' zarif meminta, dan menyuakan tangannya di hadapan muka dhia.

'nak buat apa dengan telefon bimbit aku?' tanpa banyak soal.. Dhia mengeluarkan telefon bimbitnya yang dibeli secara ansuran dari sebuah kedai telefon bimbit.

Entah apa yang dibuat zarif, dua gadis itu hanya melihat sahaja. Sehingga telefon yang ada di atas meja itu berbunyi.. Dua-dua gadis itu melihat kepada telefon yang sedang berbunyi itu.

'' saya dah save kan nombor saya.. Kalau saya call tolong jawap yea.. '' kata zarif. Mengembalikan semula telefon bimbit milik dhia.

'' ok lah saya balik dulu ya.. '' kata dhia, bangun dan mengambil telefon bimbitnya dan menyimpan kedalam begnya..

'' ingat ya.. Saya call, angkat tau.. '' kata zarif lagi.

Dhia mengangguk angguk sahaja.. Mereka berdua berjalan keluar dari warung tersebut.

'' dhia! Sah dia sukakan kau lah!'' kata marissa ceria. Entah kenapa dia pula yang terlebih teruja berbanding dengan dhia.

'' tak tahu lah risa, kalau ayah aku tahu ni.. Pasti dia marah.. Tak pasal-pasal nanti aku kena balik ke kampung semula.. Sebab tu lah aku tak nak.. Nanti kalau eijaz tahu.... ''

'' abang tahu apa? '' kata eijaz yang baru mahu menegur mereka berdua.. Tapi bila mendengar namanya disebut.. Terus saja dia menyapa mereka berdua tanpa memberi salam.

'' haahhh Hahaha.. '' marissa ketawa tiba - tiba. Dhia memberi isyarat mata kepada sahabatnya.

'' tak lah abang.. Risa kata dia macam dah lama tak nampak abang.. '' bohong dhia.

'' ha. Ah.. Ya betul.. '' marissa menayangkan sengih.

'aduh, kenapa kau jual nama aku dhia.. Malu lah aku!' keluh marissa.

'' abang ada hal.. Abang datang ni nak beritahu dekat dhia.. Yang akan ke Jepun.. Harap dhia disini dapat jaga diri.. ''kata eijaz.

''Jepun? kenapa? '' tanya dhia yang penasaran.

Eijaz tersenyum 'sekurang-kurangnya dia ambil peduli tentang aku!, walaupun sebagai seorang abang.. Itu satu perkara yang cukup untuk buat aku senang.'

'' ada hal business disana.. Tempat kerja abang hantar abang kesana.. '' kata eijaz lagi.

'yea.. Akhirnya aku bebas! Bebas sepenuhnya!!!!!' hati dhia qaleesha sedang meletup-meletup seperti bunga api yang sedang meletup di udara..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience