Selepas tamat waktu sekolah Qaleesha dan sahabatnya berbasikal bersama-sama menuju ke sungai yang ada di dalam kampung mereka.
'' kau dah bagitahu mak kau ke..nak datang sini? '' tanya marissa.
'' hmm.. Apa bezanya beritahu dengan tak beritahu.. Mak aku tak kisah pun.. Sibuk jaga dhaniel tu.. '' balas qaleesha.
'' kalau ayah kau datang sini macam mana? Serang kita macam dulu-dulu.. Kau ingat tak!'' marissa mengoyangkan lengan qaleesha.
'' ingat.. Mana boleh lupa'' dua hujung bibir Qaleesha tertarik naik keatas bila teringatkan hal itu.. Peristiwa itu berulang kembali di mindanya.
Dimana, ayahnya datang dengan memegang rotan ditangan menghalau dia pulang kerumah.. Qaleesha melepaskan satu keluhan berat.
Marissa yang sedang tersenyum, turut memandang kearah Qaleesha sebaik mendengar keluhan yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
'' itu semuanya dulu.. '' kata Qaleesha dengan nada yang rendah dan memandang ke tanah.
'' sekarang ni, ayah aku dah tak hairankan kan aku.. Risa.. Apa yang aku buat.. Dia langsung tak ambik peduli pun.. '' kata Qaleesha lagi dengan nada yang sebak. Marissa memeluk sahabatnya..
'' aku tahu.. Banyak kan bersabar dhia.. '' kata marissa memberi sokongan kepada sahabatnya. Dia sendiri pun tak pasti, apa yang harus dia katakan pada waktu itu.. Dia takut ucapannya nanti akan mengeruhkan lagi keadaan. Membuatkan sahabatnya terus dibuai emosi.
'' kadang aku rasa, macam nak lari dari semua ni!.. '' luah Qaleesha lagi.
'' sabarlah.. Kau nak lari mana.. Nak tinggalkan aku? '' kata Marissa merajuk.
'' aku ingat lepas ni.. Lepas habis SPM aku nak pergi dari sini.. Keluar dari kampung ni.. Cari hidup sendiri..'' kata Qaleesha meleraikan pelukan mereka.
'' kau nak kemana.. Ke bandar ke? Ikut aku mahu.. Aku nak ke bandar tinggal dengan kakak aku disana.. Kau nak ikut ke? '' tanya marissa.
Seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal.. Qaleesha tersenyum lebar mendengar pelawaan sahabatnya. Kepalanya terangguk dengan pantas.
'' nak!boleh aku ikut! Nak! Nak! Nak!'' kata Qaleesha teruja.
'' boleh nak ikut tu.. Tapi kau kena bagitahulah dengan keluarga kau.. Kita nak kesana.. '' kata marissa.
'' baik.. Janji aku dapat keluar dari rumah tu.. '' kata qaleesha lagi.
Mereka sama-sama mandi di sungai selepas menyalin pakaian sekolah kepada pakaian biasa.. Bermain-main air sehingga puas.
'' dhia.. Dhia!!'' panggil marissa menepuk nepuk permukaan mengisyaratkan kepada sahabatnya yang sedang menyelam di dasar sungai. Tapi isyarat itu tak sampai kepada Qaleesha.
'' mana Esha!'' tegur satu suara. Marissa menunjukkan ke dasar sungai dimana ada qaleesha yang sedang menyelam dan bakal naik pada bila-bila masa saja.
Muncullah kepala qaleesha dari permukaan air.. Tangannya mengibas mukanya dan juga memicit hidungnya yang sudah kemerahan.
'' dhia.. Abang kau!'' jerit marissa..
Qaleesha yang tidak dapat mendengar dengan baik, dia memicit micit telinganya yang terasa bergema.. Sekaligus memandang kearah yang ditunjukkan oleh marissa. Qaleesha melihat Eijaz sedang tarpacak berdiri di atas batu sedang memandang kearahnya.
'' dia bukan abang aku! '' kata Qaleesha kepada marissa.
''nak apa? '' tanya qaleesha yang masih ada didalam air.
'' balik sekarang.. '' kata Eijaz bernada tegang.
'' kenapa nak kena balik..? '' tanya qaleesha lagi.
'' balik sajalah.. Tak elok lah anak dara mandi sungai macam ni.. Mak tak tahu esha kesini kan.. Naik cepat.. '' kata Eijaz sambil menyuakan tangannya mahu menarik qaleesha keluar dari situ.
'' berapa kali dah orang cakap.. Dhia.. Bukan esha!!'' bentak qaleesha memukul permukaan air dengan tangannya.. Sehingga air itu turut terpercik kepada Eijaz yang berada di darat.
'' esha.. Kalau ayah tahu ni.. Mesti ayah marah esha tahu tak... '' kata Eijaz lembut memujuk Qaleesha.
'' biarlah ayah marah.. Tak ada kaitan dengan kau!'' balas Qaleesha.
'' balik lah Dhia.. Dah lama kita mandi ni.. '' kata marissa.. Takut pula kalau sahabatnya dimarahi oleh pak Dhani yang garang itu.
'' semua ni sebab kau.. !'' qaleesha sekali lagi menepis air sungai kepada Eijaz. Membuatkan jejaka itu segera berganjak ke belakang mengelak dari basah.
Eijaz melihat sahaja dua gadis itu mula berjalan keluar dari sungai.. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain bila mendapat tenungan tajam dari adik tirinya. Gadis itu siap membuat isyarat dengan jarinya menyuruhnya segera berpaling. Eijaz segera berpaling dan menarik senyum di wajahnya secara sembunyi.. Ketika dia berpaling semula.. Dua gadis itu sudah hilang.
'apa!! Kemana mereka berdua pergi. Gila.. Jangan cakap mereka dua tu diculik bunian pula...' keluh eijaz sambil memandang ke sekeliling dimana kawasan itu dilitupi dengan pohon-pohon yang merendang.. Sebelum sempat dia melaung untuk memanggil Qaleesha .. Dua gadis itu, keluar dari celah batu besar siap berpakaian sekolah sambil mengelap rambut mereka yang masih basah. Berjalan beriringan sambil bersembang mesra..
'kenapa esha tak senyum manis begini dirumah.. Kalau dirumah, esha tak pernah tersenyum. Nak ajak bersembang jauh sekali lah.. Ayah, eijaz janji akan kembalikan senyuman anak ayah seperti dulu..'
'' tinggalkan dia.. Saja risa'' kata Qaleesha bila melihat marissa sudah berkali kali memanggil eijaz, tetapi tak mendapat respon darinya.
''abanggggg!'' kalini marissa menjerit nyaring kepada eijaz.
'' hah ya.. !'' kata eijaz terperanjat. Membuatkan dua sahabat itu ketawa bersama.
'' biarkan dia Risa.. Kita tinggalkan dia disini .. !'' kata qaleesha yang masih bersisa ketawanya..
'' tak baiklah dhia.. '' kata marissa tak senang dengan cadangan sahabatnya.
Qaleesha menolak basikalnya berjalan keluar dari situ.. Bila sudah sampai di tanah yang agak rata dia menyilang kakinya diantara basikalnya..dan naik menunggang basikalnya.
'' esha tunggu abang!'' eijaz segera bergegas ke arah motosikal miliknya .
Manakala marissa mula mengikut langkah qaleesha. Berbasikal bersama.
'' dhia.. Tak baiklah.. Buat macam tu.. '' kata marissa.
'' apa yang tak baiknya..? '' tanya qaleesha, sekilas memandang kearah belakang melihat eijaz sudah naik keatas motornya.
'' dia kan abang kau.. Sekurang-kurang nya kau kena hormat dia.. Dia kan lebih tua dari kita.. '' kata marissa lagi masih membangkang dengan cara sahabatnya itu.
'' kenapa.. Risa suka dia ke?.. Dari tadi sokong dia ja.. '' perli qaleesha.
'' bukanlah.. Macam tu.. '' marissa melihat kebelakang dimana eijaz sudah berada di belakang mereka. Dia cuma menegur sahabatnya.. Kerana itu memang salah. Dia akhirnya diam sahaja sampailah di cabang yang akan memisahkan mereka.
'' bye dhia.. ''
'' byee Rissa.. ''
Dua gadis itu saling melambai sehingga masing-masing benar-benar terpisah. Eijaz setia mengikuti di belakang qaleesha. Mengiringi qaleesha sampai ke rumah mereka.
Seperti biasa qaleesha menogkatkan basikalnya di tempat biasa.. Eijaz memerhati sahaja qaleesha yang seperti biasa dingin kepadanya ibunya dan juga ayahnya.
'' tengok apa! Tak puas hati!'' kata qaleesha sebelum melangkah masuk kedalam rumah.
'huh.. Budak-budak tak matang.. Macam tak ada ajat lain.. Sejenis saja yang mereka katakan..' eijaz sekadar mengangkat bahu membalas kepada qaleesha.
'' entah apa-apa'' kata qaleesha perlahan. Macam mana pun dia tetap tak puas hati dengan lelaki yang berada dihadapannya.
''assalamualaikum '' qaleesha memberi salam. Sebelum kakinya melangkah masuk kedalam rumah.
'' waalaikummusalam.. '' jawap eijaz yang mengikut langkah qaleesha dari belakang. Sempat qaleesha berpaling dan mengerutkan keningnya kepada eijaz.
'' what! Salahkah jawap salam.. '' balas eijaz santai.
'' dah balik.. Esha.. Ikut kakak kejap.. '' kata qaisarah, lalu menarik tangan adiknya.. Membawa adiknya masuk kedalam bilik mereka.
'' kenapa ni kak.. Bukan kak kerja ke.. Kenapa kakak ada di ni? '' tanya qaleesha. Qaisara membawa adiknya duduk iatas katil bersamanya.
'' esha ingat tak.. Lelaki yang langgar esha hari tu.. '' kata qaisarah teruja.
'' siapa? Siapa yang esha langgar pulak ni? '' kata qaleesha sambil mengaru kepalanya..
'siapa yang aku langgar ni.. Aku naik basikal ja.. Aku tak pernah pula langgar orang.. Kenapa ada orang yang nak minta ganti rugi ka.. Tapi bila masa yang aku langgar orang pulak ni !!' serabut qaleesha memikirkan siapa yang dia telah langgar.
'' lelaki di pejabat pos tu.. Ingat tak.. Kak tak ingat bulan berapa.. Yang dekat belakang tu.. Masa esha datang hantarkan barangan untuk kakak tuuuuu... '' kata qaisarah sambil menepuk peha qaleesha.
'' ohh.. Abang kacak tu.. !'' kata qaleesha ceria bila kembali teringatkan wajah putih bersih milik lelaki itu.
Share this novel