BAB 23

Romance Completed 367824

Awal zarif tiba di kelab pada malam itu.. Sahabatnya yang lain juga hairan melihat zarif ada di dalam kelab itu. Selalunya lelaki itu adalah yang terakhir sampai.

'' mana khai? '' tanya salah seorang mereka.. Yang lain mengangkat bahu, tak tahu.

'' hai abang!'' tegur suara seorang wanita.. Zarif berpaling melihat kearah wanita itu..

'' khairina? buat apa disini? '' tanya zarif.

'' dengan kawan.. '' khairina menunjukkan kearah sekelompok wanita yang sedang melambai kearahnya..

'tak sangka.. Abang dan adik sama naik saja!' zarif menarik senyuman sinisnya.

'' abang seorang? boleh khairina temankan.. '' kata khairina mengumpan zarif.

'' kawan khairina kan disana? Kenapa tak duduk dengan mereka saja.. '' kata zarif.

'' alah abang.. Selalu dah duduk dengan mereka, sekali sekala.. Apa salahnya temankan abang. '' kata khairina.

Zarif menyuakan tangannya mempersilakan khairina duduk di kerusi kosong di sampingnya.

'' mana abang khai? '' tanya zarif kepada khairina.

'' abang.. Entah.. Dia tak keluar dari bilik dari kemarin malam.. '' kata khairina santai Seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku.

'memang abangnya nampak sedikit terkesan sebaik pulang dari hotel pagi tadi.. Hebat sangatkah perempuan itu, sampaikan membuatkan abang khai tergugat beremosi begitu..'

'' dia tak sihat ke? '' tanya zarif.. Khairina membalas dengan mengangkat bahunya.

Mereka menghabiskan malam itu bersama.. Sempat khairina menyelitkan beberapa keping gambar didalam jaket yang dipakaikan oleh zarif. Sebelum lelaki itu beredar dari kelab.

Sementara di rumah khairul berkurung saja didalam biliknya.. Sambil sibuk membuat beberapa panggilan keluar.

'' macam mana? '' tanyanya.

'' kami masih mencari..'' jawap seseorang di sebelah sana.

'' cepatlah cari dia.. Maklumkan kepada saya segera.. !'' kata khairul sebelum menamatkan panggilan.

'' aku akan cari kau dhia.. Dhia qaleesha.. '' kata khairul sambil tangannya mengengam erat telefon bimbitnya..

Dia melihat ke skrin telefon bimbitnya sebaik telefon itu berdering.. Nama sahabatnya naik disitu.. Mereka dari tadi tak henti-henti menelefonnya dari tadi. Termasuklah zarif.

'ahhh.. Zarif.. Kalau kau tahu apa yang aku dah buat!' khairul melempar telefon bimbitnya ke sofa.. Beg meninju yang tergantung di tengah ruang biliknya di tumbuk sampai di merasa keletihan.

Khairul kemudiannya merebahkan dirinya ke lantai kelelahan.. Dia cuba menutup matanya..belum sempat dia dibuai mimpi. Tangannya memgepal penumbuk, menghentakkan lantai berkali-kali.

''kenapa setiap kali aku pejam mata.. Wajah dhia yang aku nampak.. !'' khairul menarik getah yang mengikat rambutnya. Dia bangun duduk. Jatuhlah rambutnya yang paras bahu kebawah.

'kau!' khairul merasa debaran setiap kali dia terbayang kan wajah gadis kecil yang bernama dhia itu.

'apa kena dengan aku ni!' keluhnya tak keruan..

'jangan-jangan.. Tak mungkin!' dia menafikannya. Dalam diam dia memaki hamun dirinya sendiri.

Sampai dirumah zarif naik keatas masuk kedalam biliknya. Dia tak mahu bertembung dengan bondanya. Sebaik sampai didalam biliknya di melemparkan jaket kulitnya di atas katil. Sementara dia berpaling berjalan ke arah bilik air.

Dia keluar semula sebaik selesai membersihkan dirinya.. Kemudian mengenakan pakaian tidur.. Belum sempat dia merebahkan dirinya ke atas katil.. Dia terlihat ada beberapa keping kertas bertaburan di katilnya bersama dengan jaket miliknya. Tangannya mengambil kertas putih itu..dia memusingkan kertas tersebut. Matanya membulat. Tak menyangka dia melihat wanita didalam gambar tersebut.. Gambar dhia,bersama dengan seorang lelaki..

Zarif kembali mengumpulkan gambar gambar tersebut. Melihatnya satu persatu.. Walaupun gambar itu tak menunjukkan wajah si lelaki.. Dia sudah dapat meneka siapa gerangan lelaki yang bersama dhia.. Zarif geram melihat wajah dhia seperti suka dengan layanan oleh lelaki itu.. Lelaki itu melindungi tubuh dhia yang putih.. Hanya kelihatan wajahnya dan bahunya sahaja.

'' KHAI!!''

Tanpa berfikir panjang.. Zarif menukar pakaiannya semula..dan keluar dari biliknya. Berlari lari anak turun kebawah, dan berjalan keluar kearah keretanya.

'' tak guna kau khai.. !'' zarif menampar kasar stereng keretanya.. Dia memandu keretanya menuju ke rumah khairul.. Kerumah keluarga khairul.

Sebaik sampai dia dibenarkan masuk kedalam oleh pengawal yang menjaga di pos keselamatan rumah itu. Kerana pengawal sudah mengenalinya, jadi itu tak menjadi masalah baginya..

'' abang!'' kata khairina tergejut. Melihat zarif ada di ruang tamu mereka.

'' abang nak jumpa khai!'' kata zarif dengan nafasnya yang tak sekata.

'' abang duduk dulu.. Biar khairina yang naik panggilkan abang. '' kata khairina..

Zarif tak menjawap di hanya mengangguk sahaja.. Melihat khairina berlari memanjat anak tangga keatas. Zarif berpaling melihat kearah sofa. Hatinya yang terasa panas tak dapat melabuhkan punggungnya diatas sofa yang mempunyai corak bunga-bunga itu..

Khairina tak ke bilik abangnya.. Dia malah ke biliknya sendiri.. Membuat satu panggilan kepada seseorang. Kemudian dia turun semula ke ruang tamu dimana ada zarif sedang berdiri tak tenang disitu.

'' mana abang khai..? '' tanya zarif.

'' kejap lagi abang turun lah tu.. '' balas khairina. Zarif melihat tubuh khairina yang berbalut baju tidur nipis.

'' khairina naiklah atas, abang cuma nak jumpa dengan abang khai.. '' kata zarif tak senang dengan khairina yang berpakaian tak sopan dan boleh menimbulkan syak wasangka.

'' lama lagi ke? '' tanya zarif tak selesa.

'' kejap lagi turunlah tu... '' kata khairina.

'' tak apa lah abang balik dulu lah.. Maaflah abang menganggu.. Esok sahaja abang datang balik.. '' kata zarif.. Seraya berpaling untuk pergi.

'' abang tunggu lah..kejap lagi abang turun lah tu.'' kata khairina..
Mengikut langkah kaki zarif sebaik sampai di hadapan pintu dia memeluk sebelah tangan zarif.. Manakala zarif pula sudah membuka pintu utama rumah tersebut.. Berdirilah beberapa orang lelaki yang mahu mengetuk pintu rumah yang dibuka oleh zarif..

'' Allahuakbar.. !!'' kata mereka serentak.. Melihat khairina yang sedang memeluk tangan zarif.. Dengan pakaian khairina yang tidak ditutup dengan sempurna.

Zarif mengerutkan keningnya tak mengerti apa yang berlaku.. Dia berpaling melihat kearah khairina.. Ternyata tali baju milik khairina sudah jatuh kebawah dengan tangannya yang dipeluk oleh khairina.

'' kamu!!'' jerit zarif. Menunding jarinya ke wajah khairina.. Khairina menayangkan wajah tak bersalah.. Dia segera melepaskan tangannya dari terus memeluk tangan zarif. Perlahan lahan tangannya menarik tali bajunya yang terjatuh.

'' sila beri kerjasama dan ikut kami.. '' kata salah seorang lelaki itu.

'' tapi kami tak buat apa-apa tuan.. Saya dah nak balik.. Tuan.. '' kata zarif.

'' semua orang selalunya berkata seperti yang anak katakan.. Kita selesai di sana saja... Sila ikut kami.. Jangan melawan.. '' kata lelaki itu lagi..

'' didalam rumah masih ada orang, tuan.. Kalau tuan tak percaya tuan periksalah'' kata zarif tak mahu terus dipersalahkan.

''tak apa mari kita naik tengok.. '' kata salah sorang lelaki itu.

Mereka naik ke atas dimana naik ke bilik khairul. Mengetuk bilik tersebut.. Namun tak berjawap dari dalam.

'' khairina mana abang khai.. '' tanya zarif.

'' khairina dah panggil tadi.. Sepatutnya abang ada didalam.. '' khairina membuka pintu bilik abangnya, memanggil abangnya.. Namun tak ada sahutan.

'' sudahlah kita bawa saja mereka berdua.. Nanti banyak lagi alasan mereka berdua.. '' kata seorang lelaki yang nampak lebih garang dari yang lain.

'' tapi saya tak salah tuan!ini cuma salah faham'' jerit zarif.

'' kamu pakai pakaian yang menutup tubuh kamu....dan ikut kami'' kata wanita yang mengikut melakukan serbuan itu.

Zarif dan khairina di tarik keluar dari rumah tersebut.. Kebetulan waktu itu khairul baru balik.

'' kenapa ni? '' tanyanya.

'' abang.. '' panggil khairina dengan nada sayu.

'' kemana nak bawa adik saya? '' tanya khairul lagi.

'' mereka didapati bersalah, berkesedudukan tanpa mempunyai ikatan.. '' kata lelaki yang nampak garang itu.

"khai..aku datang nak jumpa kau.. Khairina beritahu kau ada di dalam...."

Belum sempai zarif menghabiskan ayatnya.. Dia telah ditolak masuk kedalam kereta pegawai itu..

'apalagi kalini khairina..' keluh khairul.. Dia masuk kedalam keretanya dan mengikut kemana mereka membawa adiknya pergi.

Lama juga khairul menunggu disitu.. Menanti ahli keluarga dari pihak zarif. Kemudian kelihatan Tengku zawawi hadir dengan isterinya.

''dimana zarif? Kenapa boleh jadi macam ni?''tanya zawawi kepada khairul yang berada di ruang menunggu.

'' mereka ada didalam.. Ditahan didalam.. '' jawap khairul.

'' khai tak tahu, kenapa boleh jadi macam ni.. Khai keluar.. Balik-balik je dah kecoh depan rumah... '' terang khairul.

'' kamu pasti ini bukan olah kamu khai? '' kata ufairah menyeringai khairul. Kepala khairul segera mengeleng.

'' saya tak tahu apa-apa Puan Sri.. '' balas khairul lagi.

'' mana ahli keluarga kamu yang lain..? kenapa ada kamu sahaja? '' tanya zawawi sambil memeluk bahu isterinya.. Menenangkan ufairah dari terus menyerang khairul.

'' mereka tak ada.. Ibu ada urusan luar dengan abang.. '' balas khairul.

'' jadi kamu jadi wali adik kamu? '' tanya zawawi lagi.

'' hah!'' khairul terkaku.. Membisu kemudiannya.

'wali, maksudnya apa.. Aku selama ini bebas tak pernah menanggung sedikit beban dan tanggungjawab pun di bahu ini..dan malam ini aku di pilih menjadi wali.. Wali kepada khairina..mampukah aku..' didalam dada khairul berdebar tak terkata.. Debar didadanya seiring dengan nafasnya dihembuskan keluar, kuat oleh khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience